You are on page 1of 9

S EN I

SU AR A

ARIF AIMAN BIN AHMAD NAZIM


SENARAI KANDUNGAN

KONSEP SENI SUARA

CIRI-CIRI SENI SUARA

FUNGSI SENI SUARA

CONTOH SENI SUARA

KEDUDUKAN SENI SUARA


NILAI KOMERSIAL DAN
KEBOLEHPASARAN SENI
SUARA
RUJUKAN
Anwar Din (2016)
Suara yang dihasilkan manusia merupakan
anugerah bagi setiap manusia yang dapat
membezakan seseorang melalui perbualan. Beliau
juga menegaskan bahawa suara muzik tertua ialah
suara yang dihasilkan oleh manusia seperti
nyanyian yang disampaikan untuk meluahkan
rasa, kehendak serta kewajipan dalam kehidupan
seharian.

Abu Bakar Yang (2003)

Seni suara merupakan suatu amalan yang


sangat digemari oleh setiap masyarakat.
Bunyi-bunyian, muzik dan nyanyian sudah
menjadi budaya hidup manusia dalam
kehidupan seharian. Pelbagai seni suara telah
wujud daripada bermacam-macam bangsa
mengikut keunikan budaya yang tersendiri.
Namun, bagi orang Melayu seni suara ini
cukuplah sekadar untuk tujuan hiburan yang
tidak melampaui batas sehingga mendorong
kepada berlakunya perkara yang tidak diingini.
Kualiti

Kualiti merujuk kepada suara tertentu yang


dikeluarkan oleh seseorang individu dengan cara
yang tersendiri dan tidak meniru mana-mana gaya
persembahan penyanyi lain. Selain itu, kualiti
suara juga merujuk kepada suara dan intonasi baik
yang dilontarkan oleh individu tersebut (Mohd
Izwan Izhar Haris dan Mohd Kasturi Nor Abd Aziz,
2017).

Pitch atau Pic

Pic ditakrifkan sebagai not atau darjah tinggi dan


rendah nada suara dalam bidang muzik (Kamus
Dewan, 2017). Suara yang baik mestilah mengikut
ketepatan pic yang dilagukan agar tidak lari
daripada not muzik yang sebenar.
Seni suara tradisional merupakan sebuah kesenian
masyarakat Melayu yang berperanan sebagai satu
hiburan dan aktiviti masa lapangan masyarakat
terdahulu (Abu Bakar Yang, 2003). Mohd Nasir
Masroom (2021) juga menyatakan bahawa seni
suara atau nyanyian merupakan salah satu hiburan
yang dapat membahagiakan jiwa dan memulihkan
hati yang sedih menjadi gembira.

Seni suara bukan sahaja berfungsi sebagai satu


hiburan malah dijadikan sebagai satu teknik
dalam menyampaikan sesuatu ilmu pengetahuan
kepada para pendengarnya. Mohamad Azam
Samsudin dan Kamariah Abu Bakar (2018)
menyatakan bahawa nyanyian merupakan salah
satu teknik pengajaran yang dapat memupuk
tingkah laku positif murid-murid di sekolah.
Pernyataan ini juga disokong oleh Nick Perham
dan Harriet Currie (2014) yang menyatakan
bahawa teknik nyanyian dan muzik mewujudkan
kesan positif serta dapat menarik perhatian murid-
murid semasa sesi pengajaran dan pembelajaran
(PdP).
NAZAM

GHAZAL
Seni suara merupakan salah satu kesenian Melayu
yang semakin membangun dan sering diamalkan
oleh setiap masyarakat untuk dijadikan hiburan dan
menyenangkan jiwa. Seni suara pada masa kini
semakin mendapat sambutan yang menggalakkan
khususnya daripada generasi muda. Dendangan
suara dan iringan muzik yang dilagukan sering
dijadikan peneman masyarakat kini semasa
melakukan sesuatu agar tidak kebosanan.

Seni suara juga dikembangkan dengan


menerapkannya dalam sesi pengajaran dan
pembelajaran (PdP) di sekolah bagi menarik
perhatian murid untuk mengikuti sesi
pembelajaran. Seperti yang diketahui, seni suara
juga merupakan aktiviti kegemaran murid-murid di
sekolah bagi mewujudkan suasana pembelajaran
yang menarik dan menyeronokkan.
Pada era globalisasi kini, seni suara sudah dianggap
sebuah karya yang unik dan indah untuk didengari.
Malah, seni suara kini boleh menjadi punca rezeki
setiap individu yang berkebolehan menggunakan seni
suaranya sebagai satu karya yang dapat dinikmati oleh
seantero masyarakat. Misalnya, penyanyi terkenal
Malaysia iaitu Dato' Siti Nurhaliza telah melebarkan
sayapnya dalam bidang nyanyian sehingga ke peringkat
global. Melalui keistimewaan yang dimiliki ini juga,
setiap individu juga dapat berkongsi ilmu yang diperoleh
dalam bidang seni suara untuk membimbing dan
menggilap bakat setiap individu yang berminat dengan
membuka kelas vokal. Sebagai contoh, Datuk Syafinaz
Selamat dikenali sebagai guru vokal bagi penyanyi-
penyanyi terkenal seperti Ernie Zakri.
Anwar Din. (2016). Asas kebudayaan dan kesenian Melayu. Penerbit
Universiti Kebangsaan Malaysia.

Mohd Nasir Masroom. (2021). Toleransi dalam kebudayaan, kesenian


dan hiburan. Universiti Teknologi Malaysia Newshub.
https://news.utm.my/ms/2021/06/toleransi-dalam-kebudayaan-
kesenian-dan-hiburan/

Nick Perham & Harriet Currie. (2014). Does listening to preffered music
improve reading comprehension perfomance?. Applied Cognitive
Psychology 28(2).
https://www.researchgate.net/publication/259679708_Does_listening_t
o_preferred_music_improve_reading_comprehension_performance

Mohamad Azam Samsudin & Kamariah Abu Bakar. (2018).


Kepentingan muzik dan nyanyian dalam pendidikan prasekolah.
Conference: International Conference on Global Education VI.
https://www.researchgate.net/publication/338293436_Kepentingan_Mu
zik_dan_Nyanyian_dalam_Pendidikan_Prasekolah

Kamus Dewan Edisi Keempat. (2017). Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mohd Izwan Izhar Haris, Megat Mohd Noor Megat Teh & Mohd Kasturi
Nor Abd Aziz. (2017). Penjurian dalam pertqandingan nyanyian (vokal)
di Malaysia: Tumpuan khusus terhadap aspek kualiti. Seminar Identiti
Kebudayaan Kebangsaan kali ke-3.

You might also like