You are on page 1of 4

Zakaria Noor Dilahirkan pd 1924 di P Pinang.

Dianggap sbg perintis seni lukis generasi pertama Malaysia iaitu sekitar 30 -40 an. . Sejarah seni beliau bermula apabila berhijrah ke K Lumpur pd 1948 ketika berusia 24 thn. Setelah meninggalkan alam persekolahan beliau menyambung pelajaran seni secara pos dr Prest Art School, Australia. Ini krn Msia tidak mempunyai sekolah2 seni utk pelukis berbakat melanjutkan latihan. Sumbangan beliau sbg perintis generasi tradisi seni Malaysia ialah Kump Pengasas Angkatan Pelukis Semenanjung (1961- 68) dan Angkatan Pelukis Se Malaysia (1968 - 95) Beliau byk mempamerkan hasil2 karya dlm pameran kelolaan Majlis Seni Persekutuan (Federal Arts School), Balai Seni Lukis Negara dan Persatuan Seni Selangor.

i. Pengasas dan Ahli-Ahli Persatuan Frank Sullivan, penaung seni yang terkenal telah menemui Mohd Hoessein Enas di Pulau Pinang pada tahun 1949 dan telah menggesa beliau berpindah ke Kuala Lumpur Hoessein. Akhirnya, Hoessein Enas bersama dengan kawan-kawannya menubuhkan Angkatan Pelukis Semenanjung (APS) pada tahun 1967 dengan cogan katanya seni untuk masyarakat dan menggunakan kaedah figuratif. Pada peringkat awal, Angkatan Pelukis Semenanjung (APS) dipengerusikan oleh Mohammed Hoessein Enas dan setiausahanya ialah Idris Salam. Beliau menumpahkan sepenuh jiwa dan raganya untuk membina seni tampak di negara ini. Ahli jawatankuasa terdiri daripada Zakaria Noor, Sabtu Yusuf, Habibah Baharuddin dan beberapa nama yang lain. Allahyarham Tan Sri Yaacob Latif telah dipilih sebagai penaung persatuan ini. Ahli-ahli pada peringkat awalnya ialah Mohd Hoessein Enas, Yaacob Latif, Habibah Manan, Idris Salam, Zakariah Noor, dan Sabtu Yusuf. Ahli yang menyertai kemudiannya ialah Mazli Mat Som dan Syed Ahmad Jamal. Antara ahli-ahli yang terkenal dalam persatuan ini ialah Idris Salam, Mohd Sallehuddin, Sabtu Mohd Yusof, Mazli Mat Som, Ahmad Hassan, Yusof Abdullah dan Zakariah Noor. iii. Kepentingan / Objektif / Hala tuju Persatuan Objektif utama APS ialah memperjuangkan nasib semua pelukis di negara ini selain menjadi medium penghubung antara golongan itu dengan kerajaan. Di samping itu, APS juga bertujuan untuk memperluaskan konsep dan pendekatan dalam seni catan realisme yang menampilkan identiti Melayu. Tidak dinafikan, pengaruh seni tampak Barat masih menebal terutama pada dekad pasca merdeka. Tetapi itu ketika Mohd. Hoessin masih ada. Kenyataannya kini tidak ada sebuah persatuan aktif yang menggabungkan seluruh pelukis tanah air di bawah satu bumbung. Dalam sastera, ada Gabungan Persatuan Penulis Nasional (Gapena) dan teater ada Majlis Teater Kebangsaan (Tema). Penubuhan APS : a) Menyatupadukan peminat-peminat seni lukis di seluruh Malaysia b) Mengutamakan seni yang berkeperibadian Malaysia sebagai teras seni kebangsaan. c) Memelihara dan memperjuangkan seni kebangsaan. d) Bekerjasama dengan pertubuhan-pertubuhan kesenian khasnya seni lukis kebangsaan dan antarabangsa untuk kepentingan serta kemajuan APS dan seni kebangsaan. .Ciri Ciri Istimewa APS : i. Catan berbentuk manusia secara realism menggunakan media cat minyak dan pastel ii. Mempunyai pengikut yang ramai dari kalangan pelukis berpendidikan Melayu iii. Selepas 1970-an, pelbagai gaya catan telah bercampur iv. Aktiviti-Aktiviti Pada tahun 1959, kelas melukis potret telah diadakan di bangunan PBMS. Kelas ini terus berkembang dan akhirnya menjadi empat buah kelas.

a) Kelas potret oleh Mohd Hoessein Enas b) Kelas Arca oleh Idris Salam c) Kelas grafik oleh Zakaria Noor d) Seni dalaman oleh Habibah Baharuddin Pada tahun 1964, Mazli Mat Som dilantik menjadi pengerusi APS menggantikan Mohammed Hoessein Enas. Angkatan Pelukis Semenanjung bertukar nama kepada Angkatan Pelukis SeMalaysia, selaras dengan gagasan pembentukan Malaysia. APS terus menjalankan aktiviti-aktiviti seperti kelas lukisan, pameran, bengkel dan sebagainya. Kini APS telah pun mempunyai bangunannya sendiri di JalanTun Abdul Razak, Kuala Lumpur. Pada tahun 1969 setelah Syed Ahmad Jamal menjadi yang diPertua APS, kelas-kelas diajar dengan konsep-konsep baru yang dikelolakan oleh pelukis-pelukis terkemuka yang kebanyakannya terdiri daripada pensyarah-pensyarah. v. Hasil Karya / Aliran Gaya seni lukis APS banyak dipengaruhi oleh gaya naturalis dan realism. Hanya selepas tahun 1970-an, pelbagai gaya telah bercampur.

THE WEDNESDAY ART GROUP Pengenalan Pada tahun 1952, Peter Harris telah menubuhkan Wednesday Art Group di Kuala Lumpur dengan tujuan untuk memperkenalkan estetika dan cara seni lukis moden kepada guru dan pelukis muda tempatan yang berminat. Pengasas kumpulan ini iaitu Peter haris merupakan ekspatariat lepasan sekolah seni lukis di United Kingdom yang bertugas sebagai Pengawas Seni Lukis Jabatan Kuala Lumpur pada tahun 1951. Beliau merupakan tokoh yang begiru berpengaruh terhadap seni lukis di sekolah-sekolah pada tahun 1950-an. Tema dan stail Tema kumpulan ini ialah Seni sebagai wadah ekspresi diri. Ianya membawa maksud seni dilihat sebagai alat untuk meluahkan ekspresi ataupun menyampaikan maksud yang tersirat yang wujud dalam diri pengkarya. Tema ini sekaligus memberi galakan kepada pelukis untuk mencipta kaedah, penekanan dan pengucapan tampak yang tersendiri. Objektif utama kumpulan ini ialah memperkenalkan estetika, cara seni lukis, serta alat dan media catan baru kepada ahli-ahlinya. Pengasas kumpulan ini, iaitu Peter Harris juga telah memperkenalkan penggunaan berus besar dan keras menggantikan berus halus dan lembut serta penggunaan gouche sebagai bahan yang lebih liut daripada cat air sebagai media catan baru. Aktiviti yang dilaksanakan ialah bertemu pada setiap hari Rabu dan Sabtu untuk lukisan tubuh manusia (figuratif, gubahan dan lakonan.). Gaya catan kumpulan ini adalah pelbagai seperti aliran impresionis, post-impresionis dan gaya tersendiri. Sumbangan yang diberikan oleh kumpulan ini dikatakan bahawa asas falsafah yang disemai telah menjadi tenaga pembimbing utama dalam bidang seni lukis di Malaysia pada hari ini. Antara pelukis Wednesday Art Group ialah Cheong Laitong, Patrick Ng Kah Onn, Jolly Koh, Antony Lau, Dzulkifli Buyong, IsmailMustam, Hajedar Abdul Majid, Mustapha Mahmud, Zakaria Noor, Ho Kai Peng, LiauSiat Moi, Grace Selvanayagam, Phoon Poh Hon, Abdul Halim Mat, dan tokoh-tokoh lain. Antara contoh karya yang dihasilkan ialah karya Rumah Rakit-Kuala Lipis (1956) yang dihasilkan oleh Peter Harris. Karya ini menggambarkan keindahan dan kepermaian pemandangan alam tempatan. Karya

ini dihasilkan daripada sapuan-sapuan berus yang yang terkawal dengan sifat gouche yang tebal. Nilai yang cuba disampaikan ialah budaya tempatan yang menonjolkan perspektif keindahan rumah tempatan iaitu rumah rakit di sebatang, Sungai Pahang Dari aspek gaya, karya ini merupakan catan gaya impresionis berdasarkan formula asas yang sangat digemari oleh pelukis Inggeris selepas Perang Dunia Kedua. Gubahan seolah-olah telah dibingkaikan oelh dahan-dahan pokok di sebelah tepi kiri dan kanan. Peniruan dan gaya harmoni kekuningan menimbulkan suasana tertentu di dalam karya. Asimilasi stail antara karya-karya Peter Harris dengan pelukis lain dalam kumpulan ini dapat dihayati dengan jelas menerusi pengolahan figura manusia yang berbentuk dengan jinjang dan tinggi lampai serta sapuan berus tebal ala impasto. Kepekaan para pelukis kepada tema-tema kedaerahan dan serantau juga dapat dilihat dalam karya Patrick Ng Kah Onnseperti semangat Bumi, Air dan udara (1958). Pengolahan figura juga dapat dilihat dalam karya Dzulkifli Buyong yang banyak mengambil tema kanakkanak dalam karyanya. Catan pelukis ini merupakan representasi keriangan, kenakalan, keharmonian dan kegembiraan hidup kanak-kanak yang diterjemahkan riang bermain dan bergurau dalam persekitaran alam tempatan. Contoh karyanya seperti Murid Sekolah (1962), Kapal Kertas (1966), dan Burning Ants (1967). Teknik yang digunakan oleh Dzulkifli Buyong ialah catan dipersembahkan secara bersahaja dalam gaya impresionis manakala figura yang digayakan mempunyai daya tarikan spontan dan naf. Kegembiraan hidup kanak-kanak diterjemahkan melalui aktiviti-aktiviti harian mereka. Dari aspek gaya, beliau melambangkan kanak-kanak digambarkan riang bermain dalam persekitaran alam tempatan di samping penggunaan motif-motif kedaerahan menggambarkan suasana dan budaya di desa. Dalam karya Kapal Kertas (1966), beliau telah menggambarkan suasana budaya tempatan di desa. Kanak- kanak di dalam gambar jelas memperlihatkan cirri-ciri kanak-kanak Melayu di perkampungan Melayu. Ianya ditonjolkan dengan pakaian tradisional baju kurung dan kertas akhbar bertulisan jawi di dalam karya tersebut. Kesimpulan Dapat dilihat bahawa pelukis-pelukis dalam Wednesday Art Group telah membuat pembaharuan dengan meneroka media, teknik dan tema yang baru dalam mempamerkan tema pemandangan tempatan yang biasanya dihasilkan menggunakan cat air. Selain cuba menyampaikan mesej alam, mereka juga mengambil berat mengenai aspek kesenian dan budaya hidup masyarakat. Ini adalah sejajar dengan tema utama kumpulan ini yang bertunjangkan kepada Seni sebagai Wadah Ekspresi Diri Contoh karya Pelukis :Peter Harris Tajuk : Rumah Rakit-Kuala Lipis (1956) Media : cat gouche Aliran : impresionis Pelukis : Dzulkifli Buyong Tajuk : Kapal kertas (1966) Media : kapur pastel Aliran : impresionis

You might also like