You are on page 1of 3

SEJARAH SENI LUKIS DI MALAYSIA

Sejarah seni lukis di Malaysia telah bermula sekian lama. Ini dapat dilihat melalui
sejarah pengembara-pengembara Eropah dan Inggeris telah meminta pelukispelukis negeri-negeri Selat yang berketurunan Cina atau Melayu untuk melukis
gambaran kehidupan tempatan yang bermotifkan flora dan fauna.Ini disebabkan
oleh minat mereka atau sebagai rekod sejarah.Lukisan-lukisan dan catan-catan
tersebut banyak ditempah oleh pegawai-pegawai Syarikat Hindia Timur yang
ditempatkan di Malaya.
Pihak Inggeris telah memperkenalkan genre lukisan catan lanskap dalam aliran
Realisme, zaman Pre-Raphelites, Turner dan Constable. Perkembangan ini telah
berterusan sehingga abad ke 19 apabile Seni Eropah terutamanya Seni Perancis
mula memberi kesannya kepada seluruh rantau dengan pergerakan-pergerakan
seni seperti aliran Impresionisme, Kubisme, Surealisme, Futurisme dan
Konstruktivisme.
Aktiviti-aktiviti seni yang awal di Pulau Pinang bermula apabila pengasasan Pulau
Pinang pada tahun 1786 oleh Sir Francis Light di bawah Syarikat Hindia timur.
Pelukis-pelukis Inggeris yang tinggal di Pulau Pinang gemar melukis
pemandangan laut dan keindahan alam semulajadi pulau itu.
Perkembangan seni lukis moden boleh dikesan pada tahun 1920an semasa
kumpulan Penang Impressionist ditubuhkan. Kumpulan ini terdiri daripada
ekspatriat Eropah yang kebanyakannya merupakan surirumah bangsa
Inggeris.Disebabkan sikap-sikap kolonialistik pada masa itu, pelukis-pelukis
tempatan Pulau Pinang tidak dibenarkan menyertai Penang Impressionist. Dua
orang pelukis tempatan yang diterima menganggotainya ialah Puan Lim Cheng
Kung dan Abullah Ariff.Abdullah Arif diterima dalam kumpulan itu kerana
perkhidmatan beliau sebagai pendidik seni diperlukan, manakala Puan Lim pula
isteri seorang jutawan yang dapat memberi sokongan kewangan.
Pendedahan seni halus Malaysia pada tahun 1930-an dan 1940-an hanya
tertumpu pada karyawan disekeliling mereka dan penghasilan rakan
seperjuangan. Kebanyakan karya yang dihasilkan tidak menepati piawaian
kerana tidak mendapat bimbingan pelukis professional. Selepas perang dunia
Kedua, Pulau Pinang muncul sebagai pusat daya tarikan para pelukis. Pelukispelukis cat air Pulau Pinang diketahui umum sebagai perintis yang menyarankan
sumber-sumber serta asas-asas awal perkembangan seni halus di Malaysia.
Namun demikian, alam seni halus Malaysia masih berada dalam keadaan yang
suram dan kurang memberangsangkan. Mujurlah kemunculan beberapa
kumpulan dan persatuan pelukis telah memberi nafas kepada keadaan yang
suram itu. Bergerak secar berkumpulan banyak mendorong pelukis membentuk
visi yang serupa, melahirkan karya-karya yang berlandasan dan penuh makna,
dan memperkembangkan dunia seni halus di tanah air.Antara persatuan seni
lukis yang telah memainkan peranan penting dalam perkembangan seni lukis

moden Malaysia ialah Kumpulan Seni Lukis Wednesday, Angkatan Pelukis seMalaysia, dan Kumpulan Seni Lukis Thursday.
Secara ringkasnya sejarah seni lukis di Malaysia boleh dilihat pada jadual di
bawah.

Tahun

Perkembangan

Tahun 1930an dan 1940an

Seni halus (lukisan, catan, cetakan, arca dll) bermula pada tahun
1930-an dengan terciptanya catan awal oleh Yong Mun Sen,
Abdullah Ariff. Pelukis Malaysia bebas daripada sebarang
kongkongan kerana belum terdedah kepada aliran dari barat.
Pendedahan hanya tertumpu kepada penghasilan rakan
seperjuangan. Karya mereka mentah dan tidak halus kerana tiada
bimbingan.

Tahun 1950an

Awal tahun 1950-an, Malaysia mula mempunyai pelukis yang


berkedudukan dan dedikasi seperti Yong Mun Sen, Abdullah Ariff,
Cheong Soo Pieng, Khaw Sia. Alam seni halus Malaysia masih suram
dan kurang memberangsangkan. Ketibaan Mohammed Hoessein
Enas dari Indonesia telah membawa era baru dalam aliran naturalis
dengan melukis figura manusia kepada pelukis tempatan.Tay Hooi
Keat yang baru pulang dari United Kingdom memperkenalkan asas
seni lukis seperti bentuk, garisan, rupa, warna, jalinan dan
sebagainya.

Tahun 1960an

Era 1960-an dikatakan merupakan penghasilan karya yang matang


dari pelukis-pelukis Malaysia. Pelukis-pelukis bukan sahaja
menganut aliran impresionis malah lebih berani dalam aliran
ekspresionis, pop, konseptual, op dan lain-lain.

Tahun 1970an

Pelukis seperti Redza Puyadasa, Sulaiman Haji Esa, Chong Kam Kow,
Tan Teong Eng dan Joseph Tan telah menggegarkan dunia seni lukis
tempatan dengan ungkapan-ungkapan yang mencabar.Catan hardedge yang menegaskan kedataran dan tanpa isyarat yang dipelopor
oleh Chong Kam Kow, Tan Teong Eng dan Tong Tuck Kan telah
menjadi ikutan. Abdul Latif Mohidin telah menghidupkan pendekatan
baru dalam lukisan.Karya catan masa ini mengandungi nilai ikon

dengan tegasan monolitik.

Tahun 1980an

Awal tahun1980-an mengemukakan bidang kanvas yang lebih luas


dan menarik dengan munculnya catan pemandangan yang naf,
sambungan akademik aliran realisme dan karya-karya yang
berprinsipkan mitos dan legenda yang kaya di rantau ini. Terdapat
juga pelukis yang mendekatkan diri kepada subjek-subjek yang
berkaitan dengan keadaan dan peristiwa yang berlaku dalam
negara, warisan budaya serantau, sosial dan politik yang
berkontekskan Islam

You might also like