You are on page 1of 4

PSV 3103 SEJARAH DAN APRESIASI SENI NURUL NADWAH BINTI KHALID 931017-08-6548 G5.

SENI ISLAM Seni Islam membenarkan umat berimaginasi dan berkreativiti dalam pemikiran mereka,
perlu dijaga dan disuburkan dlm ruang dan batasan syariat. Elemen yang diulang-ulang berbentuk
geometri. Tiada elemen-elemen figura. Kesenian Islam berteraskan konsep tauhid dan bertujuan untuk
mempertingkatkan agama. Seni harus menjurus kepada pengabdian diri kepada Tuhan. Kesenian islam
hendaklah memaksimumkan kesedaran tentang keesaan Allah. Tiada pemisahan antara seni dan agama.

Peranan Kesenian Islam Seseorang seniman perlu memahami ajaran Islam yang hendak disampaikan
melalui seni sama ada seni lukisan, muzik, seni bina, seni pentas. Kesenian Islam perlu mempunyai mesej
yg jelas. Kesenian boleh mendidik manusia supaya menjadi insan yg baik dan insan yg hampir kepada
Allah. Para seniman mempunyai tanggungjawap sosial dalam konteks syariah islamiah.

⢠Seni berkaitan dengan kebudayaan, oleh itu perkaitan kebudayaan adalah kehidupan manusia, maka
kebudayaan itu mencetuskan seni. ⢠Hasil seni itu bertunjang âmardatillahâ (diredhai Allah) Sidi
Ghazalba ⢠Seni bersandarkan daripada Allah kepada Allah ⢠Seni menuju kepada Al-Falah (keredhaan
Allah) Al-Ghazali ⢠Orang yang mempunyai ilmu seni bertemu dengan objek alam semula jadi dapat
mencipta suatu karya dan menghargai objek tersebut Hadis Muslim ⢠Kesenian haruslah berpaksikan
Allah SWT ⢠Kesenian dalam Islam menjadikan Al-Quran, Al-sunnah, ijmak dan qiyas sebagai sumber
Ibnu Khaldun TOKOH SENI ISLAM TOKOH SENI ISLAM

SENI KHAT ISLAM Khat Diwani Khat diwani jali Khat nasakh JENIS KESENIAN ISLAM

SENI BINA ISLAM KUBAH MASJID UKIRAN ISLAM UKIRAN FAUNA DAN CORAK GEOMETRI JENIS KESENIAN
ISLAM

SENI CINA Dipercayai catan Cina bermula dengan gambar binatang Kebayakan catan menggambarkan
keindahan panorama alam semulajadi. Catan mempunyai falsafah Penggunaan warna dengan betul
demi merakamkan objek- objek. (Sui lei fu tsai) Merencanakan komposisi gambar.(Ching yin wei chin)
Harmoninya roh yang menjiwa penghidupan. (Chi yun sheng tung Penggunaan berus untuk membina
struktur.( Ku fa yung pi) Catan Cina lazimnya dibuat di atas kain sutera atau kertas telap dakwat.
Menggunakn ciri-ciri pemandangan dan kemanusiaan Berunsur agama Budha, Taoism dan
Confucianism. Zaman Sung.

SE N I C AT A N C IN A Catan Cina berbentuk kepingan, skrol (gulungan), & juga berbentuk buku album.
Falsafah catan cina ialah, pelukis bukannya abdi, sebaliknya pelukis mesti menjadi tuan kepada berus,
dakwat & kertas atau suteranya Jadi, bagi mengawal penguasaan ke atas berus itu, pelukis mesti
berlatih menggerakkan jari-jari tangannya setiap pagi sehingga menjadi selembut berus & kertas itu
sendiri. Keindahan dalam catan China ialah perasaan kagum yang tinggi oleh pemerhati.

PERATURAN SENI CATAN CINA Pelukis mesti melakukan meditasi atau renungan ke atas objek yg hendak
dilukisnya itu sehingga terjalinlah hubungan yang intim antara pelukis & objek tersebut. Setiap hal
benda mesti dihayati sebagai satu struktur atau rangka yang mesti dirakam menggunakan berus. Setiap
hal benda atau objek mesti dihayati sebagai satu bentuk berlainan dengan bentuk yang ada di
sekitarnya. Setiap objek ada warnanya yang tersendiri yang mesti dilukis sedekat yang mungkin dengan
cat / dakwat. Setiap catan mesti ada komposisi atau reka letak yang mesti dirancang terlebih dahulu.
Setiap salinan yang dibuat ke atas catan terdahulu mestilah berdasarkan lakaran yang betul.

Tajuk: Emperor Ming Huang's Journey to Shu Artist: Unknown Year: 8 Century A.D Emperor Ming
Huang's Journey to Shu (detail) Tajuk: The Poet Li Po Artist: Liang Kai Tahun: 13th Century KARYA CATAN
CINA

SENI INDIA CIRI-CIRI Menceritakan mengenai perihal masyarakat sendiri. Catan India kebanyakannya flat
dan mendatar. Tidak menggunakan banyak ton. Perkembangan lukisan mengikut empayar
pemerintahan. Aliran lukisan seperti lukisan Mughal dan Lukisan Pahari, lukisan Rajpur. Motif catan
berdasarkan situasi sekeliling. Biasanya seperti burung, pokok,haiwan, dan potret pembesar, perihal
kehidupan. MOTIF Motif utama yang digambarkan ialah mengenai kehidupan manusia seperti sebuah
cerita yang menggambarkan tentang percintaan dan pemburuan, serta kombinasi antara imej manusia
dengan tumbuhan. Kesenian India bermula dari Dinasti Maurya, tahun 132 s.m. Dalam bidang Seni Lukis
pula kesannya boleh dilihat di dinding istana dan ruang dalam rumah golongan kaya dan berasaskan
kepada keagamaan dan pemujaan. Berasaskan epik klasik India seperti Ramayana dan Mahabhrata.

Madhubani Lukisan ini telah dilakukan di dinding lumpur yang baru ditampal tetapi, sekarang mereka
melakukannya di atas kertas, kanvas dan juga kain. kampung.Lukisan-lukisan tiga dimensi
memandangkan mekar dengan warna yang diekstrak daripada tumbuh- tumbuhan yang ditanam di
sekitarnya. Warli Folk Jenis gaya lukisan yang unik ini telah ditemui pada awal tahun tujuh puluhan.
Tema lukisan ini tidak dikaitkan dengan sebarang cerita mitos. Lukisan-lukisan tersebut dibuat pada latar
belakang yang sederhana coklat dengan putih sebagai warna sahaja. Satu-satunya pengecualian adalah
bintik merah dan kuning sahaja diletakkan untuk menghiasi lukisan. Lukisan ini menjelaskan aktiviti
harian Warlis dalam pergerakan cahaya berayun dan berpusar. Maniture Lukisan maniture telah menjadi
popular di India dan Barat iaitu dikalangan pengumpul lukisan dan artis. Ini berdasarkan mutu dan hasil
kerja yang bagus dimana adunan warna yang menarik selain dari aspek kepelbagaian gaya dan tema
yang unik. Sebahagian kecil pakar seni lukisan maniture ini telah menjadi ikutan dan telah berjaya
menghasilkan lakaran yang bermutu. Antara penggiat seni India yang terkenal sekitar awal 1900 iaitu
Coomaraswamy yang menghasilkan seni monograf diantara tahun 1910 hingga 1912 yang diharapkan
dapat memberi pendedahan tentang nilai keindahan seni.

TANJORE Lukisan India yang terkenal dengan lukisan tradisional yang penuh dengan hiasan. Lukisan ini
melalui satu proses yang teliti dan panjang yang disediakan melibatkan banyak peringkat. Lapisan kain
ditampal atas kayu untuk mewujudkan base bagi lukisan. base dirawat dengan pes limau untuk
melicinkan permukaan lukisan. kemudian lukis lakaran luaran imej dan mutiara, batu permata, daun
emas dan logam sepuhan dilekat pada imej dengan campuran habuk papan dan gam. PEWARNA
SEMULA JADI Sebelum kemunculan sains dan sintesis warna kimia, artis India menggunakan bahan yang
diperoleh daripada alam untuk mewarnakan lukisan. lukisan ini menggunakan warna yang berasal
daripada akar dan daun, mineral dan bahan-bahan yang mudah didapati. Sebahagian daripada pewarna
ini telah digunakan kepada kain fabrik mereka. KALAMKARI Lukisan yang dilakukan menggunakan pen.
Kalamkari ialah sejenis kraf kuno yang dikesan asal-usulnya 3000 tahun. Seni lukisan ini dan
percetakannya menggunakan pewarna sayur-sayuran. Bentuk seni ini telah diperkaya melalui generasi
sebagai suatu teknik ketukangan kepada warisan keturunan. Dua bandar di purba Andhra Pradesh yang
hampir sinonim dengan Kalamkari, Masulipatnam dan Srikalahasti. Kedua-dua bandar tersebut
menghasilkan lukisan Kalamkari ini mengikut gaya mereka tersendiri.

CANDI ANGKOR WATT Dibina untuk agama Hindu di Kemboja Melambangkan orde Kosmos Bahagian
tengah â tempat pemujaan setinggi 39m dengan teres bertingkat 4 Tembok luar dibina daripada batu
laterit dan batu pasir Tinggi â 213m / Luas 208 hektar Setiap sudut mempunyai menara Ukiran di dinding
menggambarkan epik Ramayana dan Mahabharata Raja Suryavarman II bertanggungjawab membina
Angkor Wat SENI BINA

CANDI BOROBUDUR Dibina untuk agama Buddha Mahayana di Jawa Tengah 9 tingkat. Pagar
langkanDengan relief lukisan Buddah Ukiran cerita Gautama Buddha di tingkat pertama Bahagian paling
atas(sebagai tertinggi) melambangkan tahap nirwana Stupa di candi ini terbahagi kepada 3 tingkat 3
tingkat melambangkan 3 kehidupan iaitu sila, samadhi dan panna Dibina dalam masa 75 tahun Setiap
tingkat-satu tahap kehidupan (diwakili oleh patung stupa dan patung Buddha

FUNGSI CANDI Rumah ibadat- dikenalisebagai Wat (Thailand,Kemboj a,Vietnam) Stupa di Burma Tempat
menyimpan abu jenazah raja dan keluarganya Tempat menyimpan patung dewa utama Lambang
keagungan seseorang pemerintah berdasarkan kehebatan seni binanya. Melambangkan orde kosmos
iaitu Raja dan ibu kota sebagai pusat alam (Angkor Wat dan Borobudur Melambangkan kehebatan ahli
seni melahirkan monumen keagamaan Monumen keagamaan bagi agama Buddha dan Hindu

Taj Mahal Taj Mahal merupakan makam yang dibina oleh Maharaja Shah Jahan sebagai monumen
peringatan untuk Mumtaz Mahal. Taj Mahal mula dibina pada tahun 1632 dan pembinaannya telah
selesai pada tahun 1648. Taj Mahal adalah contoh terbaik senibina Mughal yang menggabungkan
senibina Parsi, Turki, India dan Islam. Taj Mahal merupakan sebuah kompleks bersepadu yang
mempunyai bahagian makam, dewan, taman rekreasi , masjid, menara tinjau dan lain-lain. Sebanyak 43
jenis batu permata, termasuknya berlian, jed, kristal, topaz dan nilam juga turut digunakan. Tempoh
pembinaan Taj Mahal menelan masa selama 22 tahun, iaitu dari 1614-1666.

KOTA LARANGAN CHINA Kota Larangan merupakan istana rasmi bagi maharaja china yang mula
digunakan semasa Dinasti Ming sehingga akhir Dinasti Qing. Ia terletak ditengah-tengah kota Beijing,
yang kini menempatkan Muzium Istana. Istana ini telah digunakan sebagai kediaman bagi maharaja dan
keluarganya, selain menjadi pusat istiadat dan politik kerajaan China selama hampir 500 ratus tahun.
Dibina pada 1406 hingga 1420, kompleks ini mengandungi 980 buah bangunan yang terselamat dan
8,707 buah bilik dan merangkumi kawasan seluas 720,000 meter persegi (7,800,000 kaki persegi).
Kompleks istana ini menjadi contoh seni bina agam China tradisional, pengaruh budaya serta
pembangunan senibina di Asia Timur dan tempat-tempat lain.

CANDI BOROBODUR Kepercayaan: Hindu Buddha TAJ MAHAL Kepercayaan: Islam CANDI ANGKOR WATT
Kepercayaan: Angkor Wat telah ditukar menjadi kuil Buddha dan digunakan secara berterusan apabila
kepercayaan Buddha menggantikan kepercayaan Hindu KOTA LARANGAN CHINA Kepercayaan: Buddha
Seni bina dan ukiran di Taj Mahal Kaligrafi ayat suci alQuran memenuhi monument. Kubah kecil diatas
menara. Motfif flora

Seni bina dan ukiran di Candi Borobodur Seni pahat ukuran 3D. Arca Relief Menggambarkan sang
buddha dan ajarannya. Tempat beribadah.

Seni bina dan ukiran di Angkor Watt Dewata, antara ciri- ciri gaya angkor watt Dinding dihiasi arca yang
bersekala besar Ukiran batu, epik Hindu Ramayana dan Mahabarata.

Seni bina dan ukiran di Kota Larangan China terdapat takhta maharaja yang disadur dengan emas dan 13
ribu buah pahatan naga iaitu lambang maharaja. Dasar Dewan Taihe setinggi 8 meter yang dibina
dengan batu putih bukan sahaja menjadikan dewan itu lebih megah, tetapi juga mempunyai fungsi
menyekat kelembapan tanah. Terdapat banyak pahatan ukiran kepala naga pada batu putih yang cantik
menghiasi dinding 3 lapis di dasar Dewan Taihe. Kepala naga tersebut bukan hanya hiasan sahaja, tetapi
adalah kemudahan penyaluran air.

MASJID NABAWI Pembinaan asas Masjid Nabawi adalah daripada Nabi Muhammad SAW. Bercerita
mengenai sejarah pembinaannya, Mudir Maahad Dakwah Wa Irsyad Mohd AI-Fateh, Ustaz Mohd Uda
Kassim berkata ketika Nabi Muhammad SAW tiba di Madinah al- Munawwarah, Baginda melihat tiada
tempat untuk orang Islam beribadat. âAntara tujuan Nabi Muhammad SAW berhijrah adalah membina
masjid kerana tiada masjid di Makkah ketika itu. Apabila Makkah tiada masjid, bagaimana Nabi hendak
mendidik para Sahabat? Dengan kuasa politik yang ada, Nabi Muhammad SAW terus membina masjid
tersebut sebaik tiba di Madinah,â jelas beliau yang juga merupakan pendakwah bebas. Masjid Nabawi
terus menerima penambah baikkan daripada hanya dibangunkan menggunakan pelepah-pelepah
kurma, kini cantik seiring penambahan umat Islam. Menurutnya, tanah bagi tapak masjid tersebut dibeli
daripada penduduk Madinah dan di situ juga terdapatnya pohon-pohon kurma, kubur- kubur kaum
Musyrikin dan tempat-tempat penyembahan. SEJARAH PEMBINAAN

You might also like