You are on page 1of 35

Maksud Catan.

Catan merupakan perbuatan meletakkan pewarna "pigment" terlarut dalam pelarut (atau medium) dan agen pengikat (gam) kepada permukaan (sokongan) seperti kertas, kanvas atau dinding. Ini dilakukan oleh pelukis; takrif ini digunakan terutamanya jika ia merupakan kerjayanya. Manusia telah melukis selama 6 kali lebih lama berbanding penggunaan tulisan. Perkataan lukisan digunakan sebagai bererti lukisan gambar seterusnya dalam rencana ini. Lebih khusus lagi, rencana ini tentang lukisan pada permukaan untuk sebab artistik, dianggap salah satu pekara penting dalam bentuk seni. Catan ialah proses menghasilkan seni dengan menggunakan bahan berwarna atau atau cat yang disapu ke atas sesuatu permukaan yang rata. Aktiviti catan membolehkan seseorang menyedari serta dapat merakamkan kesan cahaya pada bentuk, rupa serta susunan yang terdapat pada alam sekitar. Sejarah catan dikatakan bermula pada Zaman Yunani Purba. Gambaran yang dibuat mengisahkan aktiviti keagamaan. Media yang digunakan ialah mozek dan fresco. Pada Zaman Renaissance yang merupakan zaman kemuncak seni lukis di Eropah, media yang digunakan ialah cat minyak, cat air, fresco dan tempera. Pada abad ke-20, muncul satu aliran baharu dalam persembahan catan yang mempersembahkan catan yang mempersembahkan karya seni abstark dan semi abstrak

Aliran-Aliran Dan Perkembangan Seni Catan Di Barat. Sejarah catan bermula pada zaman Yunani Purba dan ia digunakan untuk menggambarkan kisah-kisah keagamaan. Zaman Pertengahan. Aliran Seni Kristian, Seni Romantik, Seni Medievel. Zaman Renaissanse: Zaman kemuncak seni lukis di Eropah. Aliran Romantik, Klasik, Naturalisme. Zaman Baroque dan Rococo. Aliran Barroque, Dutch Painting. Abad ke-18. Aliran Romantisme. Abad ke-19. Aliran Realisme, Naturalisme, Impressionisme, Post-

Impressionisme, Seni Nouveau. Abad ke-20. Aliran Kubisme, Ekspresionisme, Fauvisme, Futurisme, Dadaisme, Surealisme dan Abstrak Ekspresionisme. War Art. Aliran Enviroment Art, Happenings, Seni Poo, Seni Op, Seni Minimal, Seni Konseptual, Seni Landskap.

Apakah yang ditampilkan dalam setiap aliran dan gaya-gaya catan tersebut??
Aliran Realisme. Pada era realisme, Setiap karya yang dihasilkan memerlukan fokus dan kreativiti yang tinggi bagi menghasilkan sebuah karya yang bermutu tinggi dan mempunyai nilai estetiknya yang tersendiri.Setiap karya yang dihasilkan membawa maksud sebuah seni yang serius dan mendalam.Ini bermaksud setiap karya pelukis ketika itu dihasilkan dengan mempunyai agenda yang tersendiri dan bukan dihasilkan semata-mata untuk hiburan atau untuk satu produk yang boleh dinilaikan dengan wang. Pada masa itu diselitkan dengan mesej perjuangan dan keinsafan,lukisan pada masa itu menjadi medium untuk menyampaikan mesej dan propaganda pelukis pada masyarakat umum pada masa itu Kiubisme: Menolak tradisi catan yang mementingkan objek realiti. Menganggap seni sebagai satu konsep kearah penciptaan dan menolak peniruan. Cuba menyelesaikan permasalahan 3 dimensi dalam ruang 2 dimensi. Penggunaan bentuk-bentuk dan satah geometri. Seperti pecahan kaca dan menimbulkan kesan lutsinar. Warna yang bertenaga. Ekspressinisme: Menolak cirri-ciri tradisi klasik. Seni adalah manifestasi perasaan dan keresahan emosi pelukis. Menyingkir subjek dan objek serta menolak peniruan alam. Penggunaan warna yang terang bagi menyampai mesej. Penggunaan warna yang dramatik. Kadang kala tidak ada imej yang jelas dan bersifat organik. Kesan berus yang kasar, kadang kala tidak menggunakan berus.

Impressionisme: Menumpukan kaedah konsep cahaya dan kesan objek yang dilihat. Warna tidak dicampur dengan warna hitam dan putih dan terus dipalit pada kanvas. Warna bertindihtindih. Tidak melukis secara detail. Mementingkan keserasian warna/cahaya serta watakwatak alam. Mengutamakan suasana yang dilihat misalnyapagi, petang, malam. Aliran ini condong kepada aliran naturalisme. Palitan warna spontantentang apa yang dilukis. Pos-Impressionis: Mencipta bentuk bukan meniru. Seni adalah kejelasan logik bukan tentang struktur. Karya seni bukan sains tulen tetapi seni. Berlandaskan hukum pembalikan cahaya tetapi harus memberi ruang penyataan diri Seni Baraque dan Rococo: Zaman ini juga dikenali sebagai zaman Renaissance Tinggi. Baroque membawa maksud mutiara yang tidak sempurna tetapi indah. Karya menumpukan kepada komposisi, aksi, warna dan cahaya. Latar belakang karya berwarna gelap. Karya tertumpu kepada objek. Pos-Ekspressionisme: Menumpukan kepada percubaan dan penerokaan pelukis terhadap media dan bahan. Ciri-ciri lain sama dengan aliran ekspressionisme. Futurisme: Mengemukakan aliran seni yang berdasarkan teknologi. Dinamik. Pergerakan yang dinamik. Surealisme: Tumpuan bukan kepada ekspresi sedar pelukis tetapi kepada ekspresi bawah sedar minda pelukis. Imej bawah sedar dan alam khayalan. Menyeramkan, sunyi dan tidak logik. Warna-warna gelap digunakan untuk menimbulkan kesan misteri. Objek diletakkan pada tempat-tempat yang tidak sesuai dan dicantum-cantumkan.

Dadaisme: Kumpulan perantaran antar aliran futurisme dengan surealisme. Konsep tanpa kongkongan. Tidak menitikberatkan tradisi penghasilan seni semata-mata. Seni adalah medium untuk melepaskan perasaan. Berpegang kepada konsep kemusnahan juga merupakan penciptaan. Seni Pop: Berasaskan kepada persekitaran dan kebudayaan popular yang mempengaruhi kotaraya New York dan London. Tema, teknik, imej dan metos bersifat semasa dan populariti. Lebih mirip kepada karya pengiklanan dan pengguna. Pelukis seni pop terkenal juga dengan panggilan New Realist. Ciri-ciri yang penting dalam karya Pop ialah ialah warna yang terang pada permukaan yang berbidang besar. Konsep New Realist merupakan kebangkitan kehidupan moden yang mirip kepada kesesuaian zaman sains dan teknologi.

Seni catan di tanah air. Jika melihat kembali kepada sejarah tanah air kita (Malaysia), kita akan mendapati bahawa terdapat tiga faktor utama yang telah mempengaruhi perkembangan awal seni lukis moden Malaysia, iaitu penjajahan Inggeris, penghijrahan bangsa dagang dan status pendidikan. Seni lukis moden pula disifatkan sebagai karya yang berbeza daripada mana-mana konvensyen artistic yang tradisional. Ia lebih menekankan cirri-ciri individualistic daripada manifestasi sesuaru budaya yang menyeluruh dalam sesebuah masyarakat. Kelahiran seni moden tanah air berkaitan dengan proses pemodenan negara. Malahan, pemodenan merupakan salah satu isu terpenting dalam membicarakan perkembangan kebudayaan Malaysia, termasuklah seni visual, seni kartun dan sastera. Pemodenan sering kali dilihat sebagai suatu proses pembaratan, sama ada dari segi bentuk ataupun makna sesuatu objek budaya atau tingkah laku manusia. Bahagian ini berhasrat memberi suatu gambaran umum tentang faktor-faktor awal yang telah mempengaruhi perkembangan stail seni lukis moden Malaysia serta menghubungkanya dengan fenomena pemodenan atau pembaratan.

Latar Belakang Sejarah


Pengelibatan Inggeris di Tanah Melayu bermula di Pulau Pinang pada tahun 1786. dalam tahun 1826, Inggeris kemudiannya membentuk Negeri-negeri Selat yang terdiri daripada Pulau Pinang, Melaka, dan Singapura. Pengelibatan Inggeris dalam hal ehwal pentadbiran mencerminkan usaha-usaha mereka untuk merubah sosiobudaya negara, dan situasi ini boleh disifatkan sebagai asas kepada kemunculan bangsa Malaysia moden (Andaya L. Y., 1982; Piyadasa,1994) Penguasaan Inggeris dalam bidang ekonomi dan sosiopolitik Malaya bertambah kukuh pada abad ke-19 menerusi polisi mereka dengan membawa masuk kaum pendatang dari India dan China untuk bekerja di sektor perladangan dan perlombongan bijih timah. Kedatangan bangsa dagang ini dilihat sebagai pencerobohan hak orang Melayu yang mana boleh ,e,bawa kepada konflik budaya. Ketidak puashatian ini tercermin dalam akhbar seperti Warta Malaya yang sering mengkritik kaum pendatang dan meyeru agar orang Melayu bersatu serta mengguanakan kuasa mereka untuk mempertahankan bangsa. Ekoran daripada itu, sistem pentadbiran serta polisi Inggeris telah menyebabkan krisis ekonomi dan politik di kalangan bangsa Melayu. Penjajahan Inggeris dilihat sebagai suatu ancaman terhadap masa depan orang Melayu, baik dari segi budaya mahupun dari aspek politik. Banyak kartun Melayu pada dekad 1930-an yang melahirkan rasa kebimbangan terhadap kesan penjajahan ke atas orang Melayu. Contohnya karya Abd. Manan yang berjudul Barat Tinggal di Barat, Timur Tinggal di Timur (Warta Jenaka, 23 November, 1936) telah menggambarkan Melayu yang bersifat kebaratan adalah ibarat kacang lupakan kulit. Meskipun begitu, kemunculan para pelukis dari China pada tahun-tahun 1930-an telah mencetuskan suasana berbeza dalam seni lukis moden Malaysia. Melalui pembentukan Akademi Seni Halus Nanyang di Singapura pada tahun 1938, para pelukis ini telah memainkan peranan besar dalam memperkayakan stail catan tempatan dengan hak dan kedaulatan

menggabungkan ciri-ciri Timur dan Barat, di samping membentuk asas pendidikan seni di negara ini. Selain itu, sistem pendidikan Inggeris juga memainkan peranan penting dalam proses pembaratan. Sejak tahun1830-an, sekolah-sekolah yang beraliran penyebaran agama Kristian telah diperkenalkan, di samping sekolah-sekolah Inggeris yang dibentuk kerajaan bagi menyediakan tenaga kerja pengurusan dan pengkeranian bawahan dalam sektor pentadbiran kerajaan. Menerusi sekolah-sekolah seperti inilah pengetahuan tentang sejarah, perundangan serta nilai-nilai budaya Inggeris diperkenalkan kepada para pelajar selain membina sikap ketaatan kepada pemerintah. Sistem pendidikan yang dikatakan terbina di atas dasar-dasar saintifik dan empirikal iru diperkatakan telah menggalakkan para pelajar untuk menangani ilmu pengetahuan dari sudut yang lebih pragmatik, analitik dan individualistik; berbeza daripada pandangan hidup masyarakat tradisional. Malahan, kemunculan pendekatan seni lukis yang bersandarkan kepada ciri-ciri ekspresi individualisme, ekspresif serta naturalistik dianggap terhasil daripada sistem pendidikan tersebut. Fenomena ini seterusnya menjadi landasan kepada lahirnya pendekatan seni lukis moden dan kebaratan sejak awal abad ke-20 dan seterusnya, terutama sekali di kawasan bandar.

Kronologi Perkembangan Seni Lukis Moden Di Malaysia


Sejarah Catan Di Malaysia. Di Malaysia, catan mula berkembang sekitar tahun 1930-an iaitu apabila terciptanya karya karya awal oleh Abdullah Ariff, Yong Mung Sen, O. Don Peris dan lain lain. Mereka ini telah diisytiharkan sebagai Bapa Seni Lukis Malaysia ( Yong Mun Sen), Bapa Seni Potret ( Mohd Hoessein Enas) Bapa Seni Batik (Chuah Thean Teng). Yong Mun Sen merupakan pelukis cat air terbaik kerana beliau telah menandingi dari negara penjajah dan orang inggeris amat hairan dengan kebolehannya. Dia juga telah dikatakan sebagai pelukis catan moden pertama di Malaysia. Selain itu lukisan yang dihasilkan oleh Yong Mun Sen kelihatan di seluruh negara tidak seperti pelukis lain seperti Abdullah Ariff dan juga Syed Ahmad Jamal. 1. Tahun 1930-an dan 1940-an Seni halus (lukisan, catan, cetakan, arca dll) bermula pada tahun 1930-an dengan terciptanya catan awal oleh Yong Mun Sen, Abdullah Ariff. Pelukis Malaysia bebas daripada sebarang kongkongan kerana belum terdedah kepada aliran dari barat. Pendedahan hanya tertumpu kepada penghasilan rakan seperjuangan. Karya mereka mentah dan tidak halus kerana tiada bimbingan.

2. Tahun 1950-an Awal tahun 1950-an, Malaysia mula mempunyai pelukis yang berkedudukan dan dedikasi seperti Yong Mun Sen, Abdullah Ariff, Cheong Soo Pieng, Khaw Sia. Alam seni halus Malaysia masih suram dan kurang memberangsangkan. Ketibaan Mohammed Hoessein Enas dari Indonesia telah membawa era baru dalam aliran naturalis dengan melukis figura manusia kepada pelukis tempatan.Tay Hooi Keat yang baru pulang dari United Kingdom memperkenalkan asas seni lukis seperti bentuk, garisan, rupa, warna, jalinan dan sebagainya.

3. Tahun 1960-an Era 1960-an dikatakan merupakan penghasilan karya yang matang dari pelukis-pelukis Malaysia. Pelukis-pelukis bukan sahaja menganut aliran impresionis malah lebih berani dalam aliran ekspresionis, pop, konseptual, op dan lain-lain.

4. Tahun 1970-an Pelukis seperti Redza Piyadasa, Sulaiman Haji Esa, Chong Kam Kow, Tan Teong Eng dan Joseph Tan telah menggegarkan dunia seni lukis tempatan dengan ungkapanungkapan yang mencabar.Catan hard-edge yang menegaskan kedataran dan tanpa isyarat yang dipelopor oleh Chong Kam Kow, Tan Teong Eng dan Tong Tuck Kan telah menjadi ikutan. Abdul Latif Mohidin telah menghidupkan pendekatan baru dalam lukisan.Karya catan masa ini mengandungi nilai ikon dengan tegasan monolitik. 5. Tahun 1980-an Awal tahun1980-an mengemukakan bidang kanvas yang lebih luas dan menarik dengan munculnya catan pemandangan yang naf, sambungan akademik aliran realisme dan karya-karya yang berprinsipkan mitos dan legenda yang kaya di rantau ini. Terdapat juga pelukis yang mendekatkan diri kepada subjek-subjek yang berkaitan dengan keadaan dan peristiwa yang berlaku dalam negara, warisan budaya serantau, sosial dan politik yang berkontekskan Islam.

10

Stail Seni Lukis Moden Malaysia


Tidak seperti seni moden barat yang berkembang menerusi tradisi seni arca, fresco dan catan yang hebat dan panjang, seni lukis moden Malaysia lahir menerusi eksplorasi untuk mencari pendekatan baru dalam menggambarkan alam sejagat. Syed Ahmad Jamal menulis bahawa ketiadaan tradisi bergambar yang hebat telah menyebabkan seni lukis Malaysia bebas dari sebarang penyekatan. Kebebasan menjadi faktor tersirat yang memungkinkan para seniman begitu asyik dengan usaha untuk membebaskan mereka daripada sesetengah batasan lama. Sejarah seni lukis moden Malaysia bermuala pada awal sekitar tahun 1930-an menerusi karya-karya Abdullah Ariff, Yong Mun Sen, O. Don Peris dan pelukis-pelukis cat air Pulau Pinang yang lain. Kumpulan perintis ini telah memperkenalkan pendekatan stail baru dalam tradisi visual tempatan dengan menggunakan kaedah seni catan easel barat untuk mempersembahkan subjek mereka. Sebelum ini, seni visual Malaysia dikuasai oleh penghasilan karya-karya seni tradisional seperti ukiran kayu, batik, tenunan,dan anyaman. Berbeza daripada kesenian tradisional yang secara umumnya bersifat abstrak dan simbolik, golongan perintis seni moden Malaysia manggambarkan alam sejagat menerusi representasi figuratif. Perubahan stail dan konsep karya seni ini merupakan titik peralihan menandakan kelahiran seni lukis moden di negara ini. Oleh kerana karya seni moden Malaysia menerima inspirasinya daripada tradisi barat melalui penjajahan, penghijrahan dan sistem pendidikan, maka tidak hairan lah jika sesetengah penulis menyifatkannya sebagai manifestasi kebudayaan Barat serta penjajahan intelektual ke atas seni lukis Malaysia.

11

Pelukis , Pertubuhan Seni Dan Karya Tempatan.


Antara tokoh penting dalam dunia seni visual moden Malaysia ialah Abdullah Ariff yang sangat dikenalai dengan lukisan-lukisan cat airnya. Beliau dilahirkan pada bulan Jun 1905 di Pulau Pinang. Bertugas sebagsi guru Seni Lukis di Sekolah Anglo Chinese, Pulau Pinang, beliau banyak memberi sumbangan sebagai penyelia seni, pengerusi bahagian kesenian Kesatuan Guru Pulau Pinang pada tahun 1949 serta ahli Penang Impressionist tahun 1932. beliau telah berkhidmat sebagai Kaunselor Majlis Bandaran Pulau Pinang dari ahun 1955-1957. beliau juga adalah satusatunya seniman pelukis tempatan yang terpilih dan dicatatkan di dalam buku The Leader of Malaya and Whos Who 195,6 sehingga lima tahu berturu-turut oleh pelukis dan penerbit oleh J. Victor Morais. Karya-karyanya elah dipemerkan di Singapore, Hong Kong, Austria, Australia, Amerika, England,India dan Norway. Di Amerika pengkritik seni telah mengitiraf karya-karyanya dengan gelaran Ariff Style. Karya-karya catan cat airnya telah banyak dianalisis oleh pengkritik seni di Malaysia seperti T.K Sabapathy, Piyadasa, Zakaria Ali dan Muliayadi Mahamood.

Wednesday Art Group.

Penglibatan guru guru dalam pertubuhan seni di Pulau Pinang telah diakui menyemarakkan lagi kesedaran visual di utara tanah air. Dalam hal ini kuala lumpur juga tidak ketinggalan melibatkan kaum pendidik seni dan golongan yang lain bergiat di bawah satu bumbung persatuan yang dikenali sebagai Wednesday Art Group. Peter

12

Harris

selaku

penyelia

seni

di

Jabatan

Pelajaran

Kuala

Lumpur

telah

bertanggungjawab menubuhkan persatuan tersebut pada tahun 1952. Penang Teachers Art Circle dan Wednesday Art Group yang muncul pada tahun yang sama mempunyai banyak kesamaannya. Antara lain ialah pengasasnya mendapat latihan pendidikan seni di luar negara, kebanyakan ahli ahlinya terdiri daripada guru guru seni serta beroperasi pada tahun yang sama, 1952. Malah hala tuju persatuan tersebut juga menggambarkan hasrat bagi membetulkan kaedah dan tatacara pembelajaran pendidikan seni di tanah air. Sungguhpun Wednesday Art Group sebagai pertubuhan seni mula beroperasi pada tahun 1952 tetapi secara rasminya ia didaftarkan lewat di bawah Pendaftar Pertubuhan pada tahun 1956 dengan rujukan ARS/ SL & NS 113/56. Manakala tujuan pertubuhan ini mengikut Peter Harris ialah untuk mengeluarkan masyarakat yang tahu melukis, mewarna dan dapat meluahkan perasaan melalui seni. Di dalam pertubuhan ini terdapat dua konsep yang diutarakan iaitu Relax Into Art dan Express And Relax Into Art. Penubuhan Wednesday Art Group banyak memberi sumbangan kepada perkembangan seni di Malaya sehingga ke hari ini. Antara sumbangan yang diberi ialah mempersembahkan pelbagai media baru dalam menghasilkam karya seperti gouche. Memberikan kebebasan kepada ahli ahlinya menikmati rasa keseronokan dengan seni. Selain itu Wednesday Art Group telah memperbaiki tatacara pengajaran Pendidikan Seni di sekolah sekolah serta merta dapat meningkatkan mutu pengajaran Pendidikan Seni di sekolah sekolah di tanah air.

Penang Impressionist.

Aliran dan gaya impresionisme yang muncul di Perancis dan tersebar di Eropah telah memberi kesan dan impak yang besar kepada penubuhan sebuah persatuan seni di Pulau Pinang. Aktiviti melukis di luar studio secara berkumpulan yang menjadi

13

teras kepada aliran itu menjadi ikutan kepada ahli ahli persatuan ini. di Malaya, Penang Impressionist adalah pertubuhan seni yang awal telah ditubuhkan oleh orang orang inggeris di Pulau Pinang, malah pertubuhan seni yang pertama ditubuhkan di Malaya. Pertubuhan ini didaftarkan di Pulalu Pinang mengikut ordinan No. 116 ( pertubuhan) seksyen 5 pada 2 ogos 1899. Ini bermakna pertubuhan ini adalah pertubuhan seni yang pertama di Malaya yang mula bergiat pada akhir abad ke 19 lagi. Pebubuhan Penang Impressionist dikatakan telah ditubuhkan pada tahun 1920 atau 1928 tetapi tiada rekod yang menunjukkan penubuhan tersebut. Kemunculan Penang Impressionist sebagai satu pertubuhan seni awal di Malaya pada akhir abad ke 19 yang mengadakan pameran karya seni antara tempoh Perang Dunia Pertama dan Perang Dunia Kedua menandakan bermulanya satu kegiatan seni secara berkumpulan di Malaya. Ahli ahlinya terdiri daripada suri rumah tangga pegawai pegawai kolonial British di Pulau Pinang. Kegiatan mereka ialah merakamkan panorama kecantikan Landskap pantai dan darat di pulau tersebut.

14

Bahan-bahan yang digunakan dalam penghasilan catan


Cat Akrilik Cat akrilik boleh didapati dalam bentuk tiub. Ia mengandungi pengilat larut air dan bersifat legap. Bahantara yang digunakan ialah air. Berus yang digunakan untuk berkarya menggunakan cat akrilik ialah jenis lembut dan keras. Manakala kertas daripada jenis cartridge yang tebal ataupun kanvas boleh digunakan. Air yang bersih diperlukan untuk menghasilkan campuran warna.

Cat Air Bahan warna dalam karya cat air ialah pewarna dalam bentuk kek atau tiub. Ia bersifat lut sinar, lembut dan boleh dibuat legap sekiranya cat air dari tiub. Cat air akan menjadi tebal sekiranya disapu berlapis-lapis. Bahantara yang digunakan ialah air. Kertas yang digunakan ialah kertas cat air. Berus yang sesuai digunakan untuk karya cat air ialah jenis lembut dan beraiz antara 000 hingga 14. Palet juga diperlukan untuk membancuh warna. Sebuah bekas seperti gelas atau botol yang bermulut lebar diperlukan untuk mengisi air bersih dan untuk mencuci berus.

15

Cat Poster Cat poster boleh didapati dalam tiub atau botol. Ia mengandungi pengilat larut air dan bersifat legap. Bahantara yang digunakan ialah air. Berus yang digunakan untuk berkarya menggunakan cat poster ialah jenis lembut dan keras. Manakala kertas daripada jenis cartridge yang tebal dan berpermukaan licin digunakan. Air yang bersih diperlukan untuk menghasilkan campuran warna.

Cat Tempera Bahan warna berbentuk serbuk atau perekat dalam tiub yand=g sedia proses. Ia mengandungi bahan pengilat seperti kuning telur atau gam cecair. Untuk menghasilkan karya menggunakan cat tempera, alat dan bahan yang digunakan ialah berus jenis lembut atau keras, kertas tebal, kain kanvas atau papan. Biasanya teknik yang diaplikasikan ialah disapu mengikut lapisan yang nipis, jalur sapuan diselang-selikan supaya kesan warna rata dan licin.

Cat Minyak Cat minyak telah diperoleh dalam bentuk tiup. Bahantara untuk menggunakan cat minyak ialah turpetine. Bahan pengilat yang boleh digunakan ialah minyak linsid, minyak poppy atau minyak kacang. Berus yang digunakan adalah jenis lembut dan keras, pisau palet, kekuda, kanvas, papan, kayu playwood dan kadbod. Teknik yang diaplikasikan ialah teknik lipasto, glazing, cat tepat atau hardedge, titik scumbling atau teknik melembut.

16

Bahan dan alat yang dipilih dalam menghasilkan projek catan ini.
1. cat akrilik. Warna akrilik merupakan pigment warna yang digunakan dalam menghasilkan catan. Warna digunakan dengan Berusakrilik merupakan alatan yang begitu penting dalam bahantara iaitu air. menghasilkan catan. Berus mempunyai pelbagai fungsi dan pelbagai saiz. Iaitu berus yang bersaiz Cat akrilik besar adalah sesuai digunakan untuk mewarna kanvas bahagian latar belakang bagi sesebuah karya kerana kelebaran berus dapat memudahkan warna disapu secara rata ataupun menggunakan teknik teknik tertentu. Berus ini juga dapat mengelakkan daripada warna yang digunakan tersangkut dan tidak rata. 2. Berus. Manakala berus yang bersaiz sederhana dapat digunakan di bahagian objek yang tidak begitu besar. Seterusnya berus yang bersaiz kecil iaitu berus leper dan berus berbulu tajam dapat digunakan 17proses memperhalusi atau memperkemaskan untuk objek objek yang dilukis.

3. Palette. Palette berfungsi sebagai alat yang dapat mengisi warna serta alat yang membolehkan pigmen warna akrilik di campurkan untuk mendapatkan tona warna sebelum di sapu di atas permukaan kanvas.

4. Masking tape.

18

Masking bersudut hard edge.

tape tepat

berfungsi satah dan dalam

untuk objek proses

menghasilkan

mewarna terutamanya dalam teknik

Teknik yang boleh digunakan dalam menghasilkan catan 1. Teknik Berus Kering.
Ciri-ciri Teknik yang melibatkan sapuan warna terus dari tiub ke atas permukaan kertas. Teknik ini boleh juga melibatkan sapuan warna yang pekat ke atas lapisan warna yang telah kering untuk menghasilkan kesan jalinan. Ia akan memberi kesan kering berlegap. Campuran warna

19

Gunakan warna terus dari tiub atau bancuhkan warna yang dikehendaki itu dahulu dengan pekat. Kertas hendaklah kering. Sebaik-baiknya, asingkan warna yang telah dibancuh. Cara Gunakan berus yang kering untuk mengambil warna yang telah dibancuh. Warna disapukan dengan rata pada bahagian tertentu di atas permukaan kertas yang kering. Sapukan pada bahagian tersebut satu demi satu supaya warna pada setiap bahagian tidak bercampur. Gunakan berus yang halus bagi menandakan jalinan yang halus. Jika ingin menimbulkan kesan tindihan, biarkan warna kering dahulu. Kemudian, sapukan warna yang pekat ke atas lapisan warna yang telah kering.

2. Teknik Kecatan. Ciri-ciri Teknik ini melibatkan sapuan warna terus dari tiub. Kertas sentiasa basah sehingga catan selesai dibuat. Catan jenis ini memberi kesan jalinan dan kekasaran. Melalui teknik ini, catan kelihatan bebas, semula jadi dan spontan. Campuran warna Warna yang pekat dari tiub digunakan. Sapuan warna terus dari tiub atas kertas. Jika hendak menggunakan air, hanya gunakan sedikit sahaja. Cara Ambil warna terus dari tiub dan sapukan pada permukaan kertas lukisan. Campuran warna yang kedua ditindihkan di atas warna yang pertama tanpa menunggu 20 warna itu kering. Kertas sentiasa basah sehingga catan selesai dibuat.

3. Teknik Gurisan.

Penggunaan teknik gurisan pada catan artcard menimbulkan kesan yang menarik dan mewujudkan corak tertentu pada permukaannya. Penggunaan minyak masak, minyak linsid, minyak poppy atau minyak kacang, turpetine, aresol, super gloss lacquer, holografik dust serta gold foil glazes sebahagian bahantara utama campuran warna menimbulkan kesan yang menarik pada subjek kajian. Dalam teknik ini, untuk mendapatkan kesan sesuatu gambaran maka cat harus digosok, distensilkan, dipercikan serta diguris sehingga meninggalkan kesan tertentu pada permukaan artcard. Penyelidik menggunakan kaedah negatif kepada positif bagi mendapat kesan yang menarik pada permukaannya. Penggunaan bahan-bahan kimia lain juga turut digunakan bagi melihat tindakbalas serta kesan jalinan yang wujud pada permukaan kertas tersebut. Hasil dari penemuan kajian ini, ianya menimbulkan kesedaran bahawa terdapat bahan-bahan lain serta kepelbagaian teknik boleh digunakan bagi mewujudkan bentuk-bentuk karya catan seni rupa yang baru pada masa akan datang.

21

4. Teknik Scambling Scambling merupakan penggunaan berus yg

terkawal serta secara lembut penggunaan pada satu lapisan nipis di atas warna latar. Ia menimbulkan kesan lutsinar pada warna latar. Teknik ini diguna untuk mendapatkan kesan tekstur yang halus pada suatu latar permandangan.

22

5. Teknik Pointilisme. Titik (Pointilisme) dihasilkan dengan menggunakan berus dengan sapuan cara menegak dan bersistematik di atas kertas artcard. Penggunaan berus cat yang keras di hujungnya dan kawalan campuran minyak dan cat sangat penting bagi mendapat kesan latar yang sesuai dan menarik. 6. Teknik Impasto. Teknik Impasto merupakan teknik ini menggunakan warna terus daripada tiub dan disapu dgn pisau palet. Biasanya hasil catan ini mempunyai warna yang tebal dan legap. Namun penggunaan minyak pada permukaan kertas dapat menimbulkan jalinan-jalin yang menarik terutama kesan batu dan juga pergerakan air.

7. teknik Alla Prima


Teknik ini dilakukan dengan menyapu cat minyak hanya sekali iaitu terus dari tiub dan melukis. Banyak tempelan cat perlu disapu hingga warna yg dikehendaki diperolehi.

8. Renjisan dan percikan


Teknik yang menggunakan berus, semburan atau berus gigi yang melibatkan renjisan dan percikan secara sengaja menggunakan warna cair, cat atau cairan yang dapat meninggalkan kesan ke atas permukaan sesuatu bahan seperti kertas dan kain.

23

9. Teknik Hard - edge


Teknik ini melibatkan proses memisahkan warna menggunakan masking tape bagi menghasilkan kesan sudut tepat dan garis lurus.

Kajian komposisi dan aspek. A. Aspek-Aspek Kritikan Karya Seni Visual: Setiap karya seni visual dikaji dari aspek berikut: 1. Hal benda Mengenal pasti pelbagai hal benda (figura, objek alam, objek buatan manusia dll) yang digunakan dalam karya seni visual. Memahami penampilan imej dalam karya seni visual dalam konteks aliran dan stail yang berbeza.

24

Memahami dan membezakan imej realistik, abstrak dan non-objektif dalam karya seni visual. 2. Komposisi: Mengenalpasti asas seni reka yang terdapat dalam setiap karya seni visual. Mengkaji penggunaan asas seni reka sebagai bahasa seni visual dan memahami sifat-sifat ekspresif asas seni reka dalam menyatakan maksud. Memahami bagaimana asas seni reka diolah dan diadun dalam sesuatu hasil karya seni. Mengkaji penggunaan pelbagai media dan teknik untuk hasilkan kesan ekspresif dalam karya seni visual. 3. Kandungan: Memahami pelbagai tema yang menjadi pilihan bagi menyampaikan maksud dan pengertian dalam karya seni visual.

CONTOH-CONTOH PENGKARYA DAN KARYA CATAN AKRILIK Gubahan alam benda........


1. Abdul Latif Maulan. Abdul latif maulan dilahirkan di Pahang di perkampungan Lebu pada tahun 1974. Beliau memulakan pendidikan awal di sekolah rendah pada tahun 1981 dan kemudiaanya meneruskan pelajaran di Sekolah Menengah Kebangsaan Bentong di benus. Beliau belajar dalam aliran sains tulen tetapi lebih berminat kepada seni dan akhirnya menukarkan alirannya kepada seni tulen dan tamat persekolahan pada 1991. Beliau dapat melanjutkan pelajaran ke peringkat universiti tetapi terpaksa melupakan hasratnya kerana 25

menghadapi masalah kewangan. Beliau pernah belajar tentang dunia seni dan mendapat nasihat daripada pelukis terkenal tanah air seperti Khalil Ibrahim, Ismail Latif dan Yusuf Ghani dan beberapa orang pelukis lagi Pengkarya menjadikan senaskhah al-Quran di atas rehal sebagai objek fokus pada karya ini. Penelitian (detailing) dilakukan pada setiap objek dari segi, sifat objek, isipadu, jalinan dan warnanya bagi memastikan karyanya kelihatan sebenar. Melihat kepada aspek pencahayaan, pengkarya berjaya meletakkan kesan cahaya dan baying dengan tepat.
Title: Setelah Bertasbih II (Siri Al-Quran) Medium: akrilik dan minyak atas kanvas

Cahaya datang dari hadapan di sebelah kanan. Jadi Karya di sebelah dihasilkan menggunakan media akrilik baying objek akan jatuh ke arah belakang sebelahdi

atas kanvas. Melihat dari segi karya hal benda, karya menampilkan kiri. Keseluruhannya, adalah seimbang dari Karya di atas dihasilkan gubahan objek-objek buatanTerdapat manusia pemberatan iaitu timba dan aspek komposisinya. pada menggunakan media akrilik dan mangkuk dan objek alam kiri semula jadi iaitu sayur-sayuran kedua-dua bahagian dan kanan karya. Misalnya, minyak di atas kanvas. Objek-objek (peria dan cili benggala). objek ditampilkan secara walaupun di sebelah Setiap kiri karya terdapat lebih banyak pada karya adalah objek ciptaan realisticobjek dengan proportion yang tepat segi iaitu gelas, tasbih, jag sama air, ada dan dari pelita, manusia yang ditampilkan dalam bentuk, pengkarya komposisi, dan pewarnaan. Pengkarya bijak menyeimbangkan karyanya membuat dengan gaya realisme yang terdiri daripada perincian yang sejadah teliti bagi menonjolkan setipa objek. adanya berwarna merah sifat yang memberi al-quran, rehal, gelas, tasbih, jag air, Misalnya jalinan corak permukaan peria selain berjaya pemberatan padapada bahagian kanan karya. pelita dan sejadah. memberikan isipadu bagi setiap objek. Susunan dan reka letak objek-objek berjaya menimbulkan kesan ruang ilusi yang baik. Sama ada ruang antara objek mahupun ruang pada objek itu sendiri misalnya ruang dalam pada timba dan mangkuk. Melihat aspek pencahayaan pula, kesan cahaya berjaya ditimbulkan oleh pengkarya. Cahaya datang dari atas di sebelah kiri dimana memberi kesan bayang yang jatuh di permukaan meja condong ke bahagian kanan. Secara keseluruhannya, komposisi karya ini adalah seimbang di mana walaupun ianya tidak berkeseimbangan simetri, tetapi reka letak yang tepat dengan mengaplikasikan aspek pemberatan pada karya telah membuatkan karya kelihatan seimbang. 26

Tajuk: Peria Medium: akrilik atas kanvas koleksi peribadi, KL

27

Tajuk : Tepak Sireh II Medium: Akrilik atas kanvas

Karya di atas dihasilkan menggunakan media akrilik di atas kanvas. Melihat dari segi hal benda, karya menampilkan gubahan objek-objek buatan manusia iaitu tepak sirih dan kain pelikat dan objek alam semula jadi iaitu daun sirih dan buah pinang. Setiap objek ditampilkan secara realistik dengan kadar banding yang tepat sama ada dari segi bentuk, komposisi, dan pewarnaan. Pengkarya membuat perincian yang teliti bagi menonjolkan 2. Charles Becker: sifat setiap objek. Misalnya jalinan corak pada permukaan kain pelikat dan daun sirih. Susunan dan reka letak objek-objek berjaya menimbulkan kesan ruang ilusi yang baik. Sama ada ruang antara objek mahupun ruang pada objek itu sendiri misalnya ruang dalam pada tepak sirih dan lipatan kain pelikat. Melihat aspek pencahayaan pula, kesan cahaya berjaya ditimbulkan oleh pengkarya. Cahaya datang dari atas di sebelah kiri dimana memberi kesan bayang yang jatuh di permukaan meja condong ke bahagian kanan. Secara keseluruhannya, karya ini adalah seimbang di mana walaupun ianya tidak berkeseimbangan simetri, tetapi reka letak yang tepat dengan mengaplikasikan aspek pemberatan pada karya telah membuatkan karya kelihatan seimbang.

2. Charles Becker

28

Charles Becker merupakan seorang artis yang berasal dari California, AS. Karya-karya beliau kebanyakkannya bertemakan still life realism. Beliau merakamkan objek seharian ke atas kanvas beserta dengan emosi serta kepekaan yang mendalam sehinggakan ianya kelihatan hidup dan teranimasi pada kanvas. Setiap objek ditampilkan secara realistic dengan proportion yang tepat sama ada dari segi bentuk, komposisi, dan pewarnaan. Pengkarya membuat perincian yang teliti bagi menonjolkan sifat setiap objek. Misalnya jalinan corak pada permukaan strawberi selain berjaya memberikan isipadu bagi setiap objek. Susunan dan reka letak objek-objek berjaya menimbulkan kesan ruang Karya di sebelah dihasilkan ilusi yang baik. Sama ada ruang antara objek mahupun ruang pada objek itu sendiri misalnya ruang dalam pada pula, gelas. kesan Melihat cahaya aspek berjaya pencahayaan menggunakan media akrilik di atas kanvas. Melihat dari segi hal benda, karya menampilkan gubahan objekobjek buatan manusia iaitu gelas wine dan objek alam semula jadi iaitu buah-buahan (anggur dan strawberi).

ditimbulkan oleh pengkarya. Cahaya datang dari atas di sebelah kanan dimana memberi kesan bayang yang jatuh di anggur selain berjaya menghasilkan pantulan imej pada gelas dan meja.

29

Karya di sebelah dihasilkan menggunakan media akrilik di atas kanvas. Melihat dari segi hal benda, karya menampilkan gubahan objek-objek buatan manusia iaitu kain , meja dan jag dan objek alam semula jadi iaitu buah-buahan. Setiap objek ditampilkan secara realistic dengan proportion yang tepat sama ada dari segi bentuk, komposisi, pewarnaan mahupun sifat objek. Pengkarya membuat perincian yang teliti bagi menonjolkan sifat setiap objek. Misalnya kesan meja yang berkilat dapat dilihat melalui pantulan imej objek di atas meja pada permukaannya. selain berjaya memberikan isipadu bagi setiap objek. Susunan dan reka letak objek-objek berjaya menimbulkan kesan ruang ilusi yang baik. Sama ada ruang antara objek mahupun ruang pada objek itu sendiri misalnya ruang dalam pada gugusan anggur. Ruang antara setiap biji anggur berjaya ditimbulkan. Melihat aspek pencahayaan pula, kesan cahaya berjaya ditimbulkan oleh pengkarya. Cahaya datang dari atas di sebelah kanan dimana memberi kesan bayang yang jatuh di permukaan meja dan kain condong ke bahagian kiri. Secara keseluruhannya, komposisi karya ini adalah seimbang di mana walaupun ianya tidak berkeseimbangan simetri, tetapi reka letak yang tepat dengan mengaplikasikan aspek pemberatan pada karya telah membuatkan karya kelihatan seimbang.

30

Karya di atas dihasilkan menggunakan media akrilik di atas kanvas. Melihat dari segi hal benda, karya menampilkan gubahan objek-objek buatan manusia iaitu jag, pemegang lilin dan pinggan dan objek alam semula jadi iaitu buah-buahan. Setiap objek ditampilkan secara realistic dengan kadar banding yang tepat sama ada dari segi bentuk, komposisi, dan pewarnaan. Pengkarya membuat perincian yang teliti bagi menonjolkan sifat setia objek. Misalnya kesan lutsinar jag yang berisi air selain berjaya menampilkan pantulan imej bagi setiap objek pada objek yang berkilat. Susunan dan reka letak objek-objek berjaya menimbulkan kesan ruang ilusi yang baik. Sama ada ruang antara objek mahupun ruang pada objek itu sendiri iaitu dengan penggunaan warna yang tepat. Melihat aspek pencahayaan pula, kesan cahaya berjaya ditimbulkan oleh pengkarya. Cahaya datang dari atas di sebelah kanan dimana memberi kesan bayang yang jatuh di permukaan meja dan dinding ke sebelah kiri. Secara keseluruhannya, komposisi karya ini adalah seimbang di mana walaupun ianya tidak berkeseimbangan simetri, tetapi reka letak yang tepat dengan mengaplikasikan aspek pemberatan pada karya telah membuatkan karya kelihatan seimbang.

31

3. Natalja Picugina: Nama sebenarnya ialah Natasha Picugina.

Berketurunan Russia . lahir di Latvia. Belajar mengenai seni dari artis di Latvia, Russia and Eropah Timur. Beraliran realisme kontemporari.

Karya di sebelah dihasilkan menggunakan media akrilik di atas kanvas. Melihat dari segi hal benda, karya menampilkan gubahan objek-objek buatan manusia iaitu pasu bunga, keju dan piring dan objek alam semula jadi iaitu bunga. Setiap objek ditampilkan secara separa realistic dengan gaya ala impressionis Pengkarya membuat perincian bagi menonjolkan sifat setiap objek. Misalnya jalinan susunan kelopak bunga selain berjaya memberikan isipadu bagi setiap objek. Susunan dan reka letak objek-objek berjaya menimbulkan kesan ruang ilusi yang baik. Sama ada ruang antara objek mahupun ruang pada objek itu sendiri misalnya ruang antara keju dia atas piring dengan pasu bunga. Melihat aspek pencahayaan pula, kesan cahaya berjaya ditimbulkan oleh pengkarya. Cahaya datang dari atas di sebelah kiri dimana memberi kesan bayang yang jatuh di permukaan meja condong ke bahagian kanan. Secara keseluruhannya, komposisi karya ini adalah seimbang di mana walaupun ianya tidak berkeseimbangan simetri, tetapi reka letak yang tepat dengan mengaplikasikan aspek pemberatan pada karya telah membuatkan karya kelihatan seimbang. 32

Karya di atas dihasilkan menggunakan media akrilik di atas kanvas. Melihat dari segi hal benda, karya menampilkan gubahan objek-objek buatan manusia iaitu pasu , botol kaca dan objek alam semula jadi iaitu bunga. Setiap objek ditampilkan secara separa realistik dengan gaya ala impressionis. Pengkarya membuat sedikit perincian bagi menonjolkan sifat setiap objek. Misalnya pantulan cahaya pada botol kaca selain berjaya memberikan isipadu bagi setiap objek. Susunan dan reka letak objek-objek berjaya menimbulkan kesan ruang ilusi yang baik.. Melihat aspek pencahayaan pula, kesan cahaya agak kurang jelas ditimbulkan oleh pengkarya.. Secara keseluruhannya, komposisi karya ini adalah seimbang di mana walaupun ianya tidak berkeseimbangan simetri, tetapi reka letak yang tepat dengan mengaplikasikan aspek pemberatan pada karya telah membuatkan karya kelihatan seimbang.

33

4. Betty Ann Hogan Betty Ann Hogan lahir di Queens, New York, AS. Pendidikan: Masters Degree, Hunter College, New York City Bachelor of Arts, Queens College, New York City High School of Music and Art, New York City

Still Life With Plant Leaves And Flowers

Karya di atas dihasilkan menggunakan media akrilik di atas kanvas. Melihat dari segi hal benda, karya menampilkan gubahan objek-objek buatan manusia iaitu pasu dan objek alam semula jadi iaitu bunga. Setiap objek ditampilkan secara dengan gaya ala impressionis. Iaitu seolah-olah hanya merakam kesan cahaya pada objek. Pengkarya membuat sedikit perincian bagi menonjolkan sifat setiap objek. Misalnya kesan lutsinar pada pasu kaca selain berjaya memberikan isipadu bagi setiap objek. Susunan dan reka letak objek-objek berjaya menimbulkan kesan ruang ilusi yang baik.. Melihat aspek pencahayaan pula, kesan cahaya berjaya jelas ditimbulkan oleh pengkarya. Walaupun tidak secara realistik. Secara keseluruhannya, komposisi karya ini adalah seimbang di mana walaupun ianya tidak berkeseimbangan simetri, tetapi reka letak yang tepat dengan mengaplikasikan aspek pemberatan pada karya telah membuatkan karya kelihatan seimbang. 34

5. Keith Mallet Bagi Keith Mallet, catan adalah suatu perjalanan spiritual. Perjalanan hidupnya sebagai seorang artis bermula sejak kecil hingga sekarang. Beliau bekerja sebagai pelukis dan artis seramik. subjek matter beliau meliputi figuratif, still life dab abstrak. Beliau lahir di Pennsylvania pada tahun 1948, Keith mempelajari teknik catan di Art Students League and Hunter College di New York City dan LA Valley College di. Los Angeles.

African bowl

Karya di atas dihasilkan menggunakan media akrilik di atas kanvas. Melihat dari segi hal benda, karya menampilkan gubahan objek-objek buatan manusia iaitu pasu, buyung dan kain dan objek alam semula jadi iaitu bunga. Setiap objek ditampilkan secara realistic dengan kadar banding yang baik sama ada dari segi bentuk, komposisi, dan pewarnaan. Pengkarya membuat perincian bagi menonjolkan sifat setiap objek. Misalnya corak pada pasu dan buyung selain berjaya menampilkan isipadu bagi setiap objek. Susunan dan reka letak objek-objek berjaya menimbulkan kesan ruang ilusi yang baik. Sama ada ruang antara objek mahupun ruang pada objek itu sendiri iaitu dengan penggunaan warna yang betul. Melihat aspek pencahayaan pula, kesan cahaya kurang berjaya sepenuhnya ditimbulkan oleh pengkarya. Kerana cahaya datang dari tingkap berjeriji di sebelah belakang kiri objek dimana memberi kesan bayang yang jatuh di permukaan meja dan dinding ke sebelah kanan. Sepatutnya akan terhasil bayang jeriji tingkap pada permukaan meja dan pasu. Melihat pada aspek keseimbangan, karya ini adalah seimbang di mana walaupun ianya tidak berkeseimbangan simetri, tetapi reka letak yang tepat dengan mengaplikasikan aspek pemberatan pada karya telah membuatkan karya kelihatan seimbang. 35

You might also like