You are on page 1of 2

LATIHAN NOTA

UNIT 4 : PENGGUNAAN SUMBER DAN PENYEBARAN MAKLUMAT DEMI


KESEJAHTERAAN SEJAGAT
OBJEKTIF:
5.4.1 Menyenaraikan contoh sumber dan maklumat yang sahih demi kesejahteraan
sejagat.
5.4.2 Mnegenalpasti tatacara menggunakan sumber dan penyebaran maklumat demi
kesejahteraan sejagat.
5.4.3 Menghuraikan kepentingan penggunaan sumber dan penyebaran maklumat yang
menggugat kesejahteraan sejagat.
5.4.4 Mencerakinkan implikasi menggunakan sumber dan penyebaran maklumat yang
menjejaskan kesejahteraan sejagat.
5.4.5 Mengekspresikan perasaan apabila menggunakan sumber dan menyebarkan
maklumat dalam kehidupan harian demi kesejahteraan sejagat.
5.4.6 Menggunakan sumber dan menyebarkan maklumat dalam kehidupan harian
demi kesejahteraan sejagat.

NILAI CADANGAN
1. Nilai Rasional 4. Nilai Kebebasan
2. Nilai Kejujuran 5. Nilai Hormat
3. Nilai Berdikari

SITUASI
Individu perlulah memastikan maklumat yang diterima dan hendak disebarkan merupakan
maklumat yang sahih serta daripada sumber yang boleh dipercayai.
TIDAK PASTI JANGAN KONGSI / BERITA TULAR / VIRAL / MAKLUMAT PALSU
1. Setiap individu perlulah memastikan setiap maklumat yang diterima dan meklumat
yang hendak disebarkan merupakan maklumat dari sumber yang sahih serta sumber
yang boleh dipercayai.
Senaraikan contoh contoh sumber maklumat yang sahih sebagai pemangkin
kesejahteraan sejagat.
2. Apakah yang dikatakan maklumat palsu yang dikatakan boleh memberi impak
negative kepada masyarakat
3. Kepantasan penyampaian maklumat menjadi wadah utama dalam dunia digital kini.
Namun kita tidak boleh memandang remeh terhadap penyebaran maklumat tanpa
pengesahan daripada pihak berkaitan. Pelbagai tatacara telah disediakan dalam
menggunakan sumber maklumat dan menyebarkan sumber maklumat telah
ditetapkan.
Senaraikan tatacara tersebut.
4. Penyebaran maklumat palsu dan tidak sahih boleh mencetuskan isu negative dan
perbalahan di kalangan masyarakat. Pelbagai maklumat yang disebarkan mampu
menggugat kesejahteraan sejagat.
Jelaskan sumber dan penyebaran maklumat yang boleh menggugat kesejahteraan
sejagat
5. Sumber dan penyebaran maklumat yang yang tidak sahih boleh mendatangkan kesan
negatif kepada diri, masyarakat dan negara. Sebaliknya jika individu
bertanggungjawab untuk menggunakan sumber maklumat secara berhemah melalui
pengamalan nilai rasional dan kejujuran kehidupan manusia akan tenang, aman dan
sejahtera.
Huraikan implikasi terhadap kesejahteraan sejagat sekiranya penggunaan dan
penyebaran maklumat tidak sahih ini semakin berleluasa.

You might also like