You are on page 1of 1

KOMPONEN PBS

Pentaksiran terbahagi kepada dua iaitu pentaksiran sekolah dan pentaksiran pusat.
Pentaksiran sekolah yang dilaksanakan oleh guru merangkumi aspek merancang, membina,
mentadbir dan melaporkan. Pentaksiran pusat bagi sekolah juga dilaksanakan untuk melihat
sejauh mana guru mentadbir, memeriksa, merekod dan melapor berdasarkan tugasan dan
skema pemarkahan Lembaga Peperiksaan.

Manakala pentaksiran psikometrik pula merupakan pentaksiran yang dilaksanakan di


peringkat sekolah atau pusat bagi menilai kebolehan semula jadi murid, kemahiran berfikir,
kemahiran menyelesaikan masalah, minat, kecenderungan, sikap dan personaliti
berdasarkan penyertaan murid, penglibatan dan pencapaian dalam aktiviti ko-kurikulum dan
ekstra-kurikulum

Objektif utama PBS dilaksanakan ialah untuk memastikan sekolah mendapatkan gambaran
secara keseluruhan tentang potensi individu, memantau pertumbuhan dan membantu
meningkatkan potensi individu dan membuat pelaporan tentang pembelajaran individu.
Pencapaian murid dinilai berdasarkan Band tertentu bermula band 1 sehingga band 6 yang
mana murid yang dinilai berupaya untuk tahu, faham, dan boleh buat dengan mithali.

Penjaminan kualiti PBS dipastikan oleh aspek pementoran, penyelarasan, pemantauan dan
pengesanan dan pentaksiran PBS juga dilaksanakan melalui kaedah seperti ujian bertulis
atau lisan, tugasan folio, pemerhatian, kemahiran amali dan juga persembahan dan
pembentangan lisan.

Proses pentaksiran dalam PBS dimulakan dengan mengenalpasti konstruk atau perkara,
diikuti dengan merancang dan memilih serta mentadbir instrument pentaksiran yang
memberi peluang kepada murid mempamerkan dan mempersembahkan hasil kerja yang
relevan, seterusnya diikuti dengan menilai hasil kerja murid dengan merujuk kepada
deskriptor/kriteria dalam spi dan menentukan tahap penguasaan murid, memberikan
maklumbalas kepada murid tentang prestasinya berdasarkan kekuatan dan kelemahan serta
merancang dan melaksanakan langkah penambahbaikan dan berakhir dengan merekod
prestari portfolio untuk rujukan guru, penyelaras, murid dan ibu bapa.

You might also like

  • Tutorial 1
    Tutorial 1
    Document5 pages
    Tutorial 1
    BM1-0620 Mohammad Haziq Irsyad Bin Che Mohd Zahari
    No ratings yet
  • Panduan Mengajar Kawad Kaki
    Panduan Mengajar Kawad Kaki
    Document20 pages
    Panduan Mengajar Kawad Kaki
    BM1-0620 Mohammad Haziq Irsyad Bin Che Mohd Zahari
    No ratings yet
  • Kajian Kesdocx PDF Free
    Kajian Kesdocx PDF Free
    Document14 pages
    Kajian Kesdocx PDF Free
    BM1-0620 Mohammad Haziq Irsyad Bin Che Mohd Zahari
    No ratings yet
  • Perkembangan Kerajaan Johor Lama
    Perkembangan Kerajaan Johor Lama
    Document11 pages
    Perkembangan Kerajaan Johor Lama
    BM1-0620 Mohammad Haziq Irsyad Bin Che Mohd Zahari
    No ratings yet
  • SJHK3023 - Minggu - 1
    SJHK3023 - Minggu - 1
    Document32 pages
    SJHK3023 - Minggu - 1
    BM1-0620 Mohammad Haziq Irsyad Bin Che Mohd Zahari
    No ratings yet
  • Syarat Pertandingan Puisi
    Syarat Pertandingan Puisi
    Document3 pages
    Syarat Pertandingan Puisi
    BM1-0620 Mohammad Haziq Irsyad Bin Che Mohd Zahari
    No ratings yet
  • Isu Lebanon
    Isu Lebanon
    Document3 pages
    Isu Lebanon
    BM1-0620 Mohammad Haziq Irsyad Bin Che Mohd Zahari
    No ratings yet
  • Artikulasi Dan Artikulator
    Artikulasi Dan Artikulator
    Document11 pages
    Artikulasi Dan Artikulator
    BM1-0620 Mohammad Haziq Irsyad Bin Che Mohd Zahari
    No ratings yet
  • Langkah Mengatasi Darurat
    Langkah Mengatasi Darurat
    Document2 pages
    Langkah Mengatasi Darurat
    BM1-0620 Mohammad Haziq Irsyad Bin Che Mohd Zahari
    No ratings yet
  • T1 BMM3041
    T1 BMM3041
    Document7 pages
    T1 BMM3041
    BM1-0620 Mohammad Haziq Irsyad Bin Che Mohd Zahari
    No ratings yet
  • Tuto Minggu 4
    Tuto Minggu 4
    Document1 page
    Tuto Minggu 4
    BM1-0620 Mohammad Haziq Irsyad Bin Che Mohd Zahari
    No ratings yet
  • Cabang Dalam Falsafah
    Cabang Dalam Falsafah
    Document10 pages
    Cabang Dalam Falsafah
    BM1-0620 Mohammad Haziq Irsyad Bin Che Mohd Zahari
    No ratings yet