You are on page 1of 8

Soalan: Berdasarkan video yang dilampirkan, beri ulasan anda dengan mengaitkan

dengan peranan guru dalam pengurusan bilil darjah dan tingkah laku.

Disediakan oleh: Ahmad Idham Hakimi bin Ahmad Fauzi

Peranan Guru Dalam Pengurusan Bilik Darjah

Berdasarkan sedutan filem P. Ramlee tersebut. Cikgu Saari hanya menulis ayat di hadapan
kelas dan menyuruh setiap muridnya membaca ayat tersebut sedangkan dia tidur. Cikgu Saari
telah menunjukkan kegagalannya dalam pengurusan bilik darjah. Guru merupakan pengurus
dalam bilik darjah kerana guru yang bertanggungjawab merancang, melaksanakan,
memimpin serta menilai para pelajar di dalam bilik darjah. Peranan guru sebagai pengurus
bilik darjah amat penting dalam pengurusan bilik darjah yang efisien. Kajian mendapati
bahawa guru yang menjadikan pengurusan bilik darjah sebagai proses mewujudkan dan
mengekalkan keberkesanan persekitaran pembelajaran akan cenderung untuk berjaya
berbanding guru yang menekankan tugas sebagai guru dispin dan pentadbir semata-mata
(Good & Brophy; 1994, Jones & Jones, 2004).

Antara peranan guru sebagai pengurus bilik darjah ialah mendapatkan kerjasama
daripada murid, mengurus persekitaran bilik darjah, guru sebagai role model, memastikan
rutin bilik darjah berjalan dengan baik dan mewujudkan hubungan interpersonal yang baik
antara guru dan murid. Peranan guru sebagai pengurus bilik darjah yang utama ialah dalam
mendapatkan kerjasama daripada murid. Kerjasama daripada murid amat diharapkan agar
segala yang dirancang dapat terlaksana dengan baik. Ini disebabkan tanpa kerjasama murid,
sesuatu perubahan yang dirancang oleh guru tidak akan terlaksana. Oleh itu, guru
seharusnya berusaha mendapatkan kepercayaan murid agar mereka sudi untuk memberikan
kerjasama semasa berada dalam bilik darjah. Guru harus bijak menarik perhatian murid agar
mereka berkeinginan untuk mengikuti arahan daripada guru.

Selain itu, guru bertanggungjawab untuk mengurus persekitaran bilik darjah. Ini
disebabkan persekitaran bilik darjah yang kondusif mampu meransang suasana
pembelajaran yang optimum. Keselesaan amat penting dalam proses pengajaran dan
pembelajaran (PdP). Guru juga bertindak sebagai role model kepada pelajar. Peribadi
seorang guru seharusnya ideal khususnya semasa dalam bilik darjah kerana menjadi ikutan
pelajar. Jika seorang guru mempamerkan perlakuan negative seperti tidur yang dibuktikan
melalui video tersebut, murid akan terdorong untuk mencontohi perlakuan negatif itu.
Guru juga bertindak sebagai pengurus yang memastikan setiap rutin bilik darjah
berjalan dengan lancar. Rutin bilik darjah seperti peraturan dalam bilik darjah dipastikan untuk
berjalan seperti yang dirancang bagi memastikan tahap displin murid dapat dipelihara. Jika
rutin bilik darjah berjalan lancar, kelangsungan proses PdP turut terpelihara.

Faktor Fizikal

Faktor fizikal meliputi persekitaran bilik darjah. Persekitaran bilik darjah yang sesuai untuk
pembelajaran akan menyebabkan masalah gangguan tingkahlaku murid dapat diminimakan.
Keadaan bilik darjah yang tersusun membantu guru mengajar 20 hingga 30 murid dalam satu
waktu untuk lima atau lebih waktu dalam sehari (Emmer & et. al, 1994). Ini menunjukkan
bahawa persekitaran bilik darjah yang kondusif memberikan impak kepada pelajar mahupun
guru. Ahli psikologi menyatakan bahawa kebanyakan tingkahlaku dipengaruhi oleh keadaan
persekitaran sesuatu tempat (Levin & Nolan, 1996). Justeru itu, persekitaran bilik darjah yang
kondusif dapat menghasilkan pengurusan bilik darjah yang berkesan.

Keadaan persekitaran bilik darjah seperti kepanasan, pengcahayaan dan bunyi bising
akan mempengaruhi tingkahlaku pelajar. Guru seharusnya bijak mengatur keadaan bilik
darjah sewaktu menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran (PdP). Ini disebabkan
manusia mesti dalam keadaan selesa sebelum perhatian mereka telah sedia secara sukarela
untuk pembelajaran (Levin & Nolan, 1996). Susun letak yang sesuai membantu melahirkan
bilik darjah yang berkesan. Sebuah bilik darjah juga seharusnya bersih dan kemas kerana
bilik darjah yang tidak teratur mendorong pelajar untuk berkelakuan buruk.

Penggunaan ruang

Guru tidak mempunyai kawalan terhadap saiz sesuatu bilik darjah, namun guru boleh
menggunakan ruang yang ada dengan sebaik mungkin. Penggunaan ruang fizikal yang
cermat menjadikan perbezaan ketara dalam tingkahlaku bilik darjah (Evans & Lovell,1979;
Levin & Nolan,1996).

Terdapat beberapa perkara membantu guru mendapatkan penggunaan ruang bilik


darjah yang baik iaitu:

a) Menggunakan susunan bilik darjah yang konsisten dengan pengajaran dan


aktiviti yang dijalankan. Guru seharusnya memikirkan mengenai jenis aktiviti
pengajaran yang digunakan dalam bilik darjah dan mengorganisasikan tempat duduk,
bahan-bahan dan peralatan yang sesuai digunakan oleh pelajar.
b) Memastikan laluan lintas bilik darjah tidak sesak. Laluan lintas bilik darjah yang
sesak meliputi kawasan kerja berkumpulan, pintu bilik darjah, rak buku, meja pelajar
dan juga meja guru. Bilik darjah yang ideal seharusnya tidak sesak, mempunyai ruang
dan mudah untuk mendapatkan pelajar.

c) Memastikan semua pelajar mudah untuk dilihat dan dipantau. Susunan tempat
duduk pelajar seharusnya mudah untuk dipantau oleh guru khususnya semasa
berlangsungan proses pengajaran. Guru boleh memastikan pelajar tidak hilang fokus
dan melakukan kerja lain semasa proses PdP jika susunan tempat duduk mudah
dilihat. Jika guru tidak boleh melihat semua pelajarnya, adalah sukar untuk guru
mengenalpasti pelajar yang memerlukan perhatian dan pertolongan semasa
proses PdP.

d) Memastikan pelajar mudah untuk melihat penyampaian pengajaran


guru. Kedudukan papan tulis dan posisi guru penting semasa menjalankan proses
PdP. Jika pelajar tidak dapat melihat penyampaian guru dengan jelas, maka perhatian
pelajar akan tergangu dan penerimaan ilmu juga terganggu.

e) Penggunaan ruang perabot dan alatan tersusun dengan teratur. Susunan


perabot dan alatan seperti meja guru, meja pelajar, kabinet dan sudut bacaan NILAM
mampu mempengaruhi emosi pelajar. Kekemasan dan keceriaan kelas memberikan
perasaan senang dan bersedia pelajar untuk menerima pengajaran.

f) Mempunyai papan buletin untuk mempamerkan hasil tugasan dan bahan PdP.
Papan buletin menyediakan kawasan untuk mempamerkan karya dan tugasan pelajar,
bahan pengajaran, item perhiasan, peraturan kelas ataupun sekolah, jadual waktu,
jam dan pelbagai lagi.

Susunan Tempat Duduk

Penggunaan ruang paling banyak sekali dalam bilik darjah ialah susunan tempat duduk
pelajar. Apapun susunan tempat duduk yang digunakan, susunan itu hendaklah cukup
fleksibel untuk menjalankan dan memantau pelbagai jenis akitviti dalam bilik darjah. Menurut
Emmer & et.al (1994), guru seharusnya memastikan semua pelajar boleh memandang
kepada kawasan pengajaran keseluruhan kumpulan (whole-group instruction) tanpa
memerlukan pelajar bergerak daripada tempat duduk mereka. Tempat duduk disusun agar
semua pelajar boleh melihat pengajaran yang dipersembahkan oleh guru. Sebenarnya
susunan tempat duduk boleh berubah-rubah mengikut kesesuaian kaedah pengajaran dan
aktiviti yang digunakan oleh guru (Levin & Nolan, 1994).
Susunan tempat duduk yang efektif membenarkan guru untuk berinteraksi dengan
lebih dekat kepada semua pelajarnya. Susunan tempat duduk mestilah dirancang agar guru
mudah untuk mendekati pelajarnya tanpa menganggu pelajar lain. Selain itu, tempat duduk
pelajar seharusnya mengelak posisi muka pelajar daripada menghadap punca penumpuan
pelajar terganggu seperti tingkap dan pintu.

Faktor Emosi

Faktor emosi amat penting dalam pengurusan bilik darjah. Faktor emosi melibatkan perasaan
pelajar terhadap gurunya. Persepsi dan pandangan pelajar terhadap guru disebabkan oleh
gaya kepimpinan guru. Tingkah laku pelajar dalam bilik darjah akan mencerminkan gaya
kepimpinan guru semasa berada di dalam bilik darjah. Terdapat tiga jenis gaya kepimpinan
iaitu demokratik, autokratik dan laissez-faire. Selain daripada gaya kepimpinan guru, motivasi
yang diberikan guru juga menyumbangkan emosi pelajar terhadap guru.

Gaya kepimpinan demokratik menekankan penglibatan bersama antara guru dan


pelajar dalam setiap aktiviti bilik darjah. Ini melibatkan perkongsiaan tanggungjawab antara
guru dan pelajar. Contohnya,guru akan menggalakkan pembabitan pelajar dalam aktiviti PdP
tanpa memerlukan desakan. Pelajar akan berasa seronok dan tidak tertekan dengan guru.
Pencapaian pelajar juga dapat ditingkatkan dengan lebih tinggi. Oleh itu, iklim bilik darjah yang
kondusif dapat diwujudkan.

Guru yang menggunakan kepimpinan autokratik merupakan guru yang tegas dan
mengawal murid melalui hukuman dan ganjaran. Menurut Hook & Vass (2000), guru yang
autokratik akan melahirkan pelajar yang pasif dan tidak berkuasa (disempowered). Interaksi
antara guru dan pelajar juga adalah kurang kerana pelajar takut untuk menyuarakan
pendapat. Kawalan kelas mungkin dapat dicapai namun iklim pembelajaran yang kondusif
tidak dapat dicapai. Guru mengawal kelas menggunakan sistem hukuman dan ganjaran dan
ini memberikan tekanan kepada pelajar kerana takut salah dan akan didenda oleh guru.
Suasana bilik darjah akan menjadi tegang.

Guru yang menggunakan kepimpinan laisser-faire memberikan dan membiarkan


pelajar menjalankan aktviti bilik darjah secara bebas. Ini menimbulkan masalah seperti bilik
darjah yang tidak terurus, kucar kacir dan hubungan antara guru dan pelajar tidak mesra.
Kawalan kelas adalah lemah dan sekaligus iklim belajar darjah adalah tidak kondusif.

Guru seharusnya bijak memilih gaya kepimpinan yang sesuai semasa memimpin bilik
darjah. Perwatakan guru seharusnya mesra dan menyenangkan seperti penyayang,
bertimbang rasa, lucu dan peramah. Pelajar akan lebih menghormati guru berperwatakan
seperti ini dan hubungan mesra dapat dipupuk. Pelajar tidak akan tertekan dari segi emosi
dan iklim bilik darjah yang kondusif akan diwujudkan. Guru juga boleh memberikan motivasi
melalui peneguhan positif, memberi galakan, melibatkan pelajar secara aktif dalam PdP seta
mewujudkan komunikasi dua hala.

Faktor Sosial

Faktor sosial merujuk kepada pembinaan peraturan, prosedur semasa menjalankan aktiviti,
interaksi sosial dan rutin bilik darjah. Bilik darjah melibatkan interaksi antara guru, pelajar dan
bahan. Interaksi yang baik antara pelajar dengan pelajar dan guru dengan pelajar akan
menghasilkan suasana bilik darjah yang harmoni. Oleh itu, prosedur dan peraturan harus
ditetapkan dalam memastikan iklim bilik darjah yang ideal. Pembinaan peraturan amat
penting dalam memberikan gambaran jelas mengenai tingkahlaku yang diharapkan semasa
di bilik darjah. Contohnya, “dilarang berbuat bising semasa di dalam bilik darjah”, “hormati
orang lain” dan sebagainya dapat memberikan mesej yang melatih tanggungjawab sosial
pelajar. Jika pelajar mengikuti peraturan yang telah ditetapkan, maka iklim bilik darjah akan
menjadi kondusif untuk proses P&P kerana mempunyai kawalan kelas yang baik. Peraturan
bilik darjah juga dapat membantu mengalakkan interaksi antara pelajar dan persekitaran yang
kondusif untuk belajar (Levin & Nolan, 1994). Hubungan antara dua atau lebih orang boleh
dipengaruhi oleh peraturan dalam satu operasi (Wragg, 1994). Interaksi antara pelajar boleh
dipupuk melalui pembinaan peraturan bilik darjah. Menurut Jones & Jones (1995), langkah
pertama dalam merangka peraturan bilik darjah ialah untuk mengalakkan para pelajar
berbincang untuk merangka peraturan bilik darjah yang boleh dipatuhi oleh semua pelajar.

Selain itu, prosedur aktivti yang dijalankan dalam bilik darjah boleh meransang
interaksi sosial pelajar. Contohnya, aktiviti perbincangan, kaedah Jigsaw, menjalankan
eksperimen dan kerja berkumpulan boleh membantu perkembangan sosial pelajar dan
kawalan kelas. Semasa menjalankan aktiviti dalam bilik darjah, guru perlu menetapkan rutin
atau perkara yang boleh dilakukan oleh pelajar. Contohnya, semasa menjalankan aktiviti
berkumpulan, guru menetapkan bahawa pelajar hendaklah melibatkan diri secara aktif dan
memberikan kerjasama, tidak boleh merayau-merayau semasa berjalan aktiviti serta cara
untuk mendapatkan bahan pembelajaran.
Peraturan dan rutin bilik darjah

Pada umumnya, murid sekolah rendah mula berdikari namun mereka masih memerlukan
pemantauan. Pada peringkat ini, mereka suka diberi perhatian dan menunjukkan respon yang
positif apabila diberi insentif atau hadiah. Menurut Erik Erison, kanak-kanak pada peringkat
ini mula mendapat pengalaman baharu dan berfokus kepada pembelajaran pengetahuan dan
kemahiran baharu.

Namun, murid pada peringkat ini memerlukan struktur dan prosedur-prosedur kerja
yang jelas agar mereka boleh berfungsi dengan baik di dalam bilik darjah. Oleh itu, guru
perlulah membina peraturan dan prosedur untuk mentadbir aktiviti dalam bilik darjah.
Peraturan merupakan pernyataan yang menentukan perkara-perkara yang boleh dan tidak
boleh dilakukan oleh murid. Contoh peraturan yang biasa ditemui ialah setiap murid perlulah
mempunyai rasa hormat, mesra dan bersifat membantu rakan-rakan mereka, murid perlu
menyiapkan tugasan mereka dan murid perlu mengangkat tangan mereka jika mahu
menjawab sebarang pertanyaan. Mengikut Model Pengurusan Kounin, asas kepada
keberkesanan pengurusan disiplin bilik darjah bergantung kepada pengawasan dan
penyeliaan yang teliti guru terhadap bilik darjah. Faktor utama dalam menguruskan tingkah
laku di dalam bilim darjah menurut Kounin adalah berkaitan dengan kebolehan guru untuk
mengawasi semua perkara yang berlaku di dalam bilik darjah. Contohnya, dalam gerak kerja
kumpulan, seorang guru berjaya mengawasi dan berinteraksi dengan semua kumpulan kecil
walaupun pada ketika itu dia sedang mengajar kumpulan yang tertentu. Dengan kepekaan
ini, seorang guru berupaya menjangka masalah yang akan timbul dan selalunya dapat
menghalang masalah daripada menjadi semakin serius.

Selain itu, guru juga akan membentuk rutin di dalam bilik darjah untuk aktiviti-aktiviti
yang dilaksanakan. Rutin ialah prosedur atau langkah-langkah yang mesti diikuti oleh murid
dalam aktiviti spesifik mereka. Rutin bertujuan melicinkan proses pengajaran dan
pembelajaran. Contoh amalan rutin ialah guru mengambil kehadiran setiap hari, cara
mengedar dan menyimpan bahan pengajaran, membentuk kumpulan dalam kelas,
menghantar buku latihan atau kerja rumah dan lain-lain. Setiap rutin yang dibentuk hendaklah
sentiasa dipantau dan diberi peneguhan sehingga prosedur-prosedur ini menjadi satu budaya
dalam kalangan murid dan seterusnya menjadi suatu budaya di sekolah tersebut. Untuk
mendapatkan hasil yang efektif lagi, guru bolehlah mengaplikasikan Model Akibat Logikal
Dreikurs di mana menekankan kepentingan guru memberikan kepercayaan dan
tanggungjawab kepada murid-murid untuk bersama-sama menjaga disiplin di dalam bilik
darjah.
Rutin Bilik Darjah

Rutin bilik darjah merupakan aktiviti pengurusan bilik darjah. Penekanan terhadap rutin bilik
darjah yang sistematik amat penting kerana dapat mewujudkan bilik darjah yang kondusif.
Rutin bilik darjah akan diterangkan oleh guru pada setiap awal sesi persekolahan. Ini penting
agar pelajar tahu mengenai peraturan dan rutin bilik darjah.

Jenis-jenis Rutin

1. Rutin Kelas

Rutin kelas boleh dimaksudkan dengan peraturan dan prosedur semasa berada bilik darjah
yang bertujuan mewujudkan proses P&P yang berkesan. Kajian mendapati bahawa guru yang
efektif mengambil masa pada awal tahun persekolahan untuk mengembangkan peraturan dan
prosedur bilik darjah untuk menghasilkan perjalanan bilik darjah yang lancar dan
meminimakan gangguan serta memaksimakan masa pembelajaran pelajar (Jones & Jones,
2004).

Peraturan dan prosedur bertindak sebagai agen pencegahan tingkahlaku yang negatif
dalam bilik darjah. Prosedur adalah untuk melatih pelajar untuk melaksanakan tugasan rutin
dalam bilik darjah (Bianco, 2002). Contoh rutin kelas yang terdapat di bilik darjah ialah aspek
kebersihan, jadual bertugas dan sebagainya. Jika semua pelajar menjalankan tugas mengikut
jadual bertugas, maka bilik darjah akan berada dalam keadaan bersih dan guru tidak perlu
memberikan arahan untuk membersihkan bilik darjah sebaliknya terus fokus kepada proses
PdP.

2. Rutin Pentadbiran

Rutin pentadbiran melibatkan peranan guru dalam mengurus dan mentadbir bilik darjah. Guru
perlu cekap mentadbir bilik darjah untuk memastikan bilik darjah adalah kondusif. Rutin
pentadiran adalah seperti guru mengurus kehadiran pelajar, pungutan yuran sekolah,
menyediakan laporan akademik pelajar (buku laporan prestasi), menyediakan kad 001 dan
kad kesihatan pelajar (Pengurusan Bilik Darjah, n.d.). Ini amat penting dalam pengurusan bilik
darjah. Jika guru mengambil sikap sambil lewa dalam hal pentadbiran, pengurusan bilik darjah
berada dalam tahap minima dan kucar kacir kerana tidak ada rekod yang dibuat oleh guru
mengenai pelajar.
3. Rutin Pergerakan Pelajar

Rutin pergerakan pergerakan ialah peraturan pergerakan murid di bilik darjah. Rutin
pergerakan meliputi peraturan untuk bergerak ke luar atau masuk bilik darjah secara teratur
dan tertib. Guru menekankan untuk beratur semasa pergerakan tersebut kerana pelajar
cenderung untuk berebut-rebut semasa aktiviti yang melibatkan pergerakan pelajar
khususnya yang melibatkan aktiviti bilik darjah ke luar bilik darjah. Contohnya, aktiviti kelas ke
aktiviti kumpulan, pergerakan pelajar ke perhimpunan, pergerakan pelajar ke makmal dan
juga pergerakan pelajar semasa latihan kebakaran.

4. Rutin Pengurusan Tugas

Rutin pengurusan tugasan ialah persediaan, perancangan dan pengurusan guru terhadap
proses pengajaran dan pembelajaran (PdP). Guru perlu menyediakan sumber PdP, aktiviti
PdP dan persediaan untuk PdP. Persediaan penting dalam memastikan proses PdP berjalan
lancar. Guru perlu menetapkan objektif pembelajaran memulakan persediaan proses PdP
agar setiap langkah perancangan dapat dirancang. Hasil pembelajaran yang diharapkan
daripada pelajar perlu dinyatakan dengan jelas. Selain itu, guru perlu memantau akitviti bilik
darjah dan menjalankkan proses penilaian ke atas pencapaian pelajar. Penilaian akan
menentukan kekuatan dan kelemahan proses PdP tersebut.

5. Rutin Pembelajaran

Guru perlu memastikan pelajar melibatkan diri secara aktif dalam P&P. Pembabitan pelajar
secara aktif dalam PdP penting dalam memastikan proses pembelajaran itu berlaku (Norasiah
Abdullah, Nor Risah Jamilah Binti Mat Lazim & Rosnah Ahmad Zain, 2009). Guru memainkan
peranan penting dalam memastikan rutin pembelajaran itu berlaku. Guru boleh menyediakan
aktiviti seperti perbincangan, gerak kerja berkumpulan, latihan dan latih tubi.

6. Rutin Interaksi

Proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan menekankan aktiviti yang berpusatkan
pelajar. Aktiviti berpusatkan pelajar melibatkan interaksi antara pelajar, guru dan bahan. Oleh
itu, guru harus menggalakkan interaksi tersebut berlaku mengikut prosedur dan bersopan.
Hubungan personal atau interaksi antara pelajar dengan pelajar adalah sama penting dengan
hubungan guru dengan pelajar. Guru boleh memainkan peranan dengan mewujudkan
hubungan (Wragg, 2001). Contohnya, aktiviti yang melibatkan perbincangan, eksperimen,
kerja lapangan dan projek.

You might also like

  • Tutorial 1
    Tutorial 1
    Document5 pages
    Tutorial 1
    BM1-0620 Mohammad Haziq Irsyad Bin Che Mohd Zahari
    No ratings yet
  • Panduan Mengajar Kawad Kaki
    Panduan Mengajar Kawad Kaki
    Document20 pages
    Panduan Mengajar Kawad Kaki
    BM1-0620 Mohammad Haziq Irsyad Bin Che Mohd Zahari
    No ratings yet
  • Kajian Kesdocx PDF Free
    Kajian Kesdocx PDF Free
    Document14 pages
    Kajian Kesdocx PDF Free
    BM1-0620 Mohammad Haziq Irsyad Bin Che Mohd Zahari
    No ratings yet
  • Perkembangan Kerajaan Johor Lama
    Perkembangan Kerajaan Johor Lama
    Document11 pages
    Perkembangan Kerajaan Johor Lama
    BM1-0620 Mohammad Haziq Irsyad Bin Che Mohd Zahari
    No ratings yet
  • SJHK3023 - Minggu - 1
    SJHK3023 - Minggu - 1
    Document32 pages
    SJHK3023 - Minggu - 1
    BM1-0620 Mohammad Haziq Irsyad Bin Che Mohd Zahari
    No ratings yet
  • Syarat Pertandingan Puisi
    Syarat Pertandingan Puisi
    Document3 pages
    Syarat Pertandingan Puisi
    BM1-0620 Mohammad Haziq Irsyad Bin Che Mohd Zahari
    No ratings yet
  • Isu Lebanon
    Isu Lebanon
    Document3 pages
    Isu Lebanon
    BM1-0620 Mohammad Haziq Irsyad Bin Che Mohd Zahari
    No ratings yet
  • Artikulasi Dan Artikulator
    Artikulasi Dan Artikulator
    Document11 pages
    Artikulasi Dan Artikulator
    BM1-0620 Mohammad Haziq Irsyad Bin Che Mohd Zahari
    No ratings yet
  • Langkah Mengatasi Darurat
    Langkah Mengatasi Darurat
    Document2 pages
    Langkah Mengatasi Darurat
    BM1-0620 Mohammad Haziq Irsyad Bin Che Mohd Zahari
    No ratings yet
  • T1 BMM3041
    T1 BMM3041
    Document7 pages
    T1 BMM3041
    BM1-0620 Mohammad Haziq Irsyad Bin Che Mohd Zahari
    No ratings yet
  • Tuto Minggu 4
    Tuto Minggu 4
    Document1 page
    Tuto Minggu 4
    BM1-0620 Mohammad Haziq Irsyad Bin Che Mohd Zahari
    No ratings yet
  • Cabang Dalam Falsafah
    Cabang Dalam Falsafah
    Document10 pages
    Cabang Dalam Falsafah
    BM1-0620 Mohammad Haziq Irsyad Bin Che Mohd Zahari
    No ratings yet