You are on page 1of 1

Soalan: Berdasarkan video yang dilampirkan, beri ulasan anda dengan mengaitkan

peranan guru dalam pengurusan bilik darjah dan tingkah laku.

Disediakan oleh: Mohammad Haziq Irsyad Bin Che Mohd Zahari


Peranan Guru Dalam Pengurusan Bilik Darjah
Berdasarkan sedutan filem yang dilampirkan, Cikgu Saari dilihat menulis ayat di hadapan
kelas dan menyuruh setiap muridnya membaca ayat tersebut sedangkan dia tidur. Dari segi
pengurusan bilik darjah, Cikgu Saari telah menunjukkan kegagalan kerana tidak peka
dengan keadaan bilik darjah. Hal ini demikian kerana guru berperanan sebagai pengelola
yang perlu merancang, melaksanakan dan membimbing dan menilai murid dalam bilik
darjah. Guru memainkan peranan yang besar dalam membentuk suasana pembelajaran
yang kondusif dan efisien.

Antara peranan guru yang paling utama adalah mengurus persekitaran bilik darjah,
mendapatkan kerjasama daripada murid, memantau rutin bilik darjah agar semua rutin
berjalan dengan lancar pada setiap hari, guru sebagai teladan atau role model kepada murid
serta memastikan wujud hubungan positif antara murid dan guru. Berbalik kepada peranan
utama guru dalam bilik darjah, kerjasama murid amatlah penting dalam memastikan setiap
aktiviti yang dirancang dapat dilaksanakan dengan lancar. Guru perlu mendapatkan
kerjasama murid dengan pelbagai pendekatan yang kreatif untuk menarik minat murid di
dalam bilik darjah. Oleh itu, murid yang tertarik akan lebih peka dengan arahan guru semasa
PdP berlangsung.

Selain itu, guru juga berperanan untuk mengurus persekitaran bilik darjah. Hal ini
juga perlu dititikberatkan dalam membina persekitaran bilik darjah yang kondusif dan
memastikan setiap murid dapat melalui sesi PdP dalam keadaan yang optimum. Keselesaan
murid mempengaruhi penerimaan mereka terhadap apa yang dipelajari setiap hari. Bukan
itu sahaja, guru juga berperanan sebagai teladan yang baik kepada murid. Setiap aspek
seperti keterampilan, tingkah laku akan diperhatikan oleh murid dan akan menjadi ikutan.
Oleh itu, guru perlu menunjukkan tingkah laku yang positif kepada murid.

Guru juga perlu memberikan motivasi kepada murid secara berterusan agar mereka
tidak mudah hilang minat untuk belajar. Peneguhan positif seperti memberikan ganjaran
kepada murid merupakan salah satu pendekatan yang baik yang boleh digunakan oleh guru
ketika mengadakan sesi soal jawab dalam bilik darjah selepas selesai sesi pembelajaran.
Melalui aktiviti ini wujud komunikasi dua hala antara murid dan guru, bahkan peneguhan
positif yang dilaksana juga akan membuatkan murid lebih bersemangat untuk melibatkan diri
dalam setiap aktiviti yang dilaksana di dalam bilik darjah.

You might also like

  • Tutorial 1
    Tutorial 1
    Document5 pages
    Tutorial 1
    BM1-0620 Mohammad Haziq Irsyad Bin Che Mohd Zahari
    No ratings yet
  • Panduan Mengajar Kawad Kaki
    Panduan Mengajar Kawad Kaki
    Document20 pages
    Panduan Mengajar Kawad Kaki
    BM1-0620 Mohammad Haziq Irsyad Bin Che Mohd Zahari
    No ratings yet
  • Kajian Kesdocx PDF Free
    Kajian Kesdocx PDF Free
    Document14 pages
    Kajian Kesdocx PDF Free
    BM1-0620 Mohammad Haziq Irsyad Bin Che Mohd Zahari
    No ratings yet
  • Perkembangan Kerajaan Johor Lama
    Perkembangan Kerajaan Johor Lama
    Document11 pages
    Perkembangan Kerajaan Johor Lama
    BM1-0620 Mohammad Haziq Irsyad Bin Che Mohd Zahari
    No ratings yet
  • SJHK3023 - Minggu - 1
    SJHK3023 - Minggu - 1
    Document32 pages
    SJHK3023 - Minggu - 1
    BM1-0620 Mohammad Haziq Irsyad Bin Che Mohd Zahari
    No ratings yet
  • Syarat Pertandingan Puisi
    Syarat Pertandingan Puisi
    Document3 pages
    Syarat Pertandingan Puisi
    BM1-0620 Mohammad Haziq Irsyad Bin Che Mohd Zahari
    No ratings yet
  • Isu Lebanon
    Isu Lebanon
    Document3 pages
    Isu Lebanon
    BM1-0620 Mohammad Haziq Irsyad Bin Che Mohd Zahari
    No ratings yet
  • Artikulasi Dan Artikulator
    Artikulasi Dan Artikulator
    Document11 pages
    Artikulasi Dan Artikulator
    BM1-0620 Mohammad Haziq Irsyad Bin Che Mohd Zahari
    No ratings yet
  • Langkah Mengatasi Darurat
    Langkah Mengatasi Darurat
    Document2 pages
    Langkah Mengatasi Darurat
    BM1-0620 Mohammad Haziq Irsyad Bin Che Mohd Zahari
    No ratings yet
  • T1 BMM3041
    T1 BMM3041
    Document7 pages
    T1 BMM3041
    BM1-0620 Mohammad Haziq Irsyad Bin Che Mohd Zahari
    No ratings yet
  • Tuto Minggu 4
    Tuto Minggu 4
    Document1 page
    Tuto Minggu 4
    BM1-0620 Mohammad Haziq Irsyad Bin Che Mohd Zahari
    No ratings yet
  • Cabang Dalam Falsafah
    Cabang Dalam Falsafah
    Document10 pages
    Cabang Dalam Falsafah
    BM1-0620 Mohammad Haziq Irsyad Bin Che Mohd Zahari
    No ratings yet