You are on page 1of 3

Darurat di Tanah Melayu 1948-1960

Darurat Tanah Melayu merupakan darurat yang telah diisytiharkan oleh kerajaan British di Malaya


dari tahun 1948 hingga tahun 1960. Darurat ini diikuti dengan penarikan hak-hak sivil, pemberian
kuasa istimewa kepada pihak polis, dan langkah-langkah lain yang bertujuan untuk mengongkong
kegiatan politik haluan kiri, terutamanya Parti Komunis Malaya (PKM). Perang gerila merupakan
sebahagian daripada konflik yang sedang berlaku antara PKM dan parti haluan kiri yang lain dengan
kerajaan British bermula dari penyerahkalahan Jepun pada tahun 1945 sehingga penandatanganan
perjanjian damai antara komunis dengan kerajaan Malaysia pada Disember 1989.

Punca darurat

Bolehlah dikatakan bahawa segala bermula selepas pendudukan Jepun 1942-1945. PKM dan
MPAJA (Malayan People Anti Japanese Army). Nasionalisme orang Tanah Melayu yang telah
dipengaruhi oleh orang Jepun semasa pendudukannya telah mendorong kepada mereka supaya
ingin bekerajaan sendiri. Pembunuhan seramai tiga orang pengurus ladang
berbahasa Inggeris di Sungai Siput, Perak pada tahun 1948, telah menyebabkan kerajaan
mengisytiharkan darurat di seluruh Tanah Melayu. Sebulan selepas itu PKM diharamkan. Yang paling
teruknya, boleh dikatakan dengan pengharaman PKM oleh kerajaan British kerana dianggap sebagai
parti politik yang radikal. Pengharaman ini telah menimbulkan ketidakpuasan hati oleh kebanyakan
ahli dalam PKM kerana jasa mereka telah dilupakan oleh British semasa dalam penentangan Jepun.

Dengan itu, ketua PKM, telah mengubahkan dasarnya yang bersikap sederhana kepada bentuk yang
agresif, iaitu dengan pembunuhan. PKM memulakan dengan mogok bersama dengan kesatuan
sekerja, serta penubuhan Persatuan Buruh Baru (New Democratic Youth League). Namun,
pemogokan itu telah gagal dan undang-undang yang baru dibuat oleh British untuk melemahkan
PKM, seterusnya PKM menggunakan serangan bersenjata untuk mendapatkan apa yang mereka
dirasa patut. Hubungan PKM dan British yang semakin teruk dan setelah Chin Peng sebagai ketua
yang baru, gerakan bersenjata dibuat, dengan pembunuhan 3 ketua Kuo Min Dang (KMT), dan 3
orang pengurus ladang getah yang berbangsa Eropah, termasuk 1 penolong, pada 12-6-1948 dan
15-6-1948. Darurat Negeri diisytiharkan di Johor pada 19-6-1948.
Langkah mengatasi darurat

Undang-undang Darurat
Undang-undang Darurat telah diisytiharkan. Antaranya adalah termasuk:

1. Parti politik yang bersifat radikal diharamkan.


2. Sesiapa yang disyaki dengan kegiatan komunis
akan ditangkap, serta dibuang
negeri.
3. Hukuman bunuh dibuat untuk sesiapa yang dianggap bersuhabat dengan
komunis.

Pada masa darurat kira-kira 40,000 tentera termasuk beberapa rejimen askar Melayu telah dikerah
untuk menghapuskan anasir komunis. Mereka dilengkapkan dengan peralatan kelengkapan perang,
seperti meriam, kapal terbang, dan kapal laut. Ketenteraan British juga telah diperketatkan. Polis
British dan mata-mata khas telah bertambah ke 70,000 orang. Home Guard diperkenalkan supaya
lebih banyak orang yang mampu membanteras komunis, iaitu sebanyak 200,000 orang. Bantuan
tentera dari Komanwel (British, Australia, New Zealand, Gurkha dan Fiji), Polis Khas dan
Perkhidmatan Negara telah dibuat.

 
Perintah Berkurung telah dibuat di kawasan yang mempunyai pengaruh komunis.
 
Kawasan Putih dan Hitam telah diperkenalkan supaya British boleh memudahkan proses mereka
dalam membanteras komunis. Kawasan Putih adalah bermaksud kawasan tersebut telah bebas
daripada anasir komunis, dan sebaliknya yang ada pada kawasan hitam. Antara semua negeri,
Melaka adalah negeri yang pertama mendapat gelaran Kawasan Putih.
 
Sekatan jalan raya dan kawalan kampung telah dibuat oleh Home Guards di kawasan yang
mungkin sebagai kawasan yang mempunyai pengaruh komunis, dengan itu, mereka boleh
menyemak sesiapa sahaja dan juga berhak merampas barang yang mereka ada.
 
Kad Pengenalan diwajibkan supaya mereka boleh menangkap sesiapa sahaja yang tidak ada kad
pengenalan. Kerajaan British telah mewajibkan semua penduduk Tanah Melayu mesti membuat kad
pengenalan sebaik sahaja mereka berumur 12 tahun sahaja.

Rancangan Briggs dilancarkan oleh Sir Henry Gurney di Persekutuan Tanah


Melayu pada pertengahan tahun 1950. Pengarah operasi yang bertanggungjawab
ialah Leftenan Sir Harold Rowdon Briggs. Rancangan Briggs merupakan tindakan
oleh kerajaan jajahan British untuk menyekat bekalan makanan serta ubat-ubatan
daripada Parti Komunis Malaya yang pada masa itu berniat menguasai Persekutuan.
Tindakan yang dijalankan ialah dengan memindahkan penduduk Cina dari kawasan-
kawasan terpencil yang bertaburan dan menempatkan mereka di kawasan
penempatan semula atau di Kampung Baru supaya mereka tidak diugut oleh Min
Yuen untuk memberi maklumat dan bekalan makanan serta ubat-ubatan. Tujuannya
semata-mata untuk melumpuhkan kegiatan Min Yuen. Kampung-kampung baru ini
dipagar dengan kawat berduri serta dikawal oleh pasukan keselamatan. Penduduk
Kampung Baru diberi banyak kemudahan seperti pendidikan, perkhidmatan
kesihatan, tempat tinggal serta bekalan elektrik dan air paip.

Rumusan.

Darurat yang berlaku sekitar tahun 1948-1960 amat banyak memberikan kesan dari
segi ekonomi,sosial dan politik di tanah melayu pada watu itu. Oleh itu bagi
mengelakkan perkara yang sama berulang dimasa akan datang semgat perpaduan
amat penting dalam menyatupadukan rakyat di Malaysia. Sepanjang tempoh darurat
yang berlaku pada waktu itu bayak kemusnahan dan kesengsaraan yang dialami
oleh masyarakat tempatan. Bagi mengelakkan perkara ini berulang kita perlu
menghalang anasir luar yang cuba untuk menguasai tanah melayu pada waktu itu.
Oleh itu peristiwa darurat yang berlaku dahulu perlu kita hayati bersama dalam
menyatupadukn rakyat malaysia

You might also like

  • Tutorial 1
    Tutorial 1
    Document5 pages
    Tutorial 1
    BM1-0620 Mohammad Haziq Irsyad Bin Che Mohd Zahari
    No ratings yet
  • Panduan Mengajar Kawad Kaki
    Panduan Mengajar Kawad Kaki
    Document20 pages
    Panduan Mengajar Kawad Kaki
    BM1-0620 Mohammad Haziq Irsyad Bin Che Mohd Zahari
    No ratings yet
  • Kajian Kesdocx PDF Free
    Kajian Kesdocx PDF Free
    Document14 pages
    Kajian Kesdocx PDF Free
    BM1-0620 Mohammad Haziq Irsyad Bin Che Mohd Zahari
    No ratings yet
  • Perkembangan Kerajaan Johor Lama
    Perkembangan Kerajaan Johor Lama
    Document11 pages
    Perkembangan Kerajaan Johor Lama
    BM1-0620 Mohammad Haziq Irsyad Bin Che Mohd Zahari
    No ratings yet
  • SJHK3023 - Minggu - 1
    SJHK3023 - Minggu - 1
    Document32 pages
    SJHK3023 - Minggu - 1
    BM1-0620 Mohammad Haziq Irsyad Bin Che Mohd Zahari
    No ratings yet
  • Syarat Pertandingan Puisi
    Syarat Pertandingan Puisi
    Document3 pages
    Syarat Pertandingan Puisi
    BM1-0620 Mohammad Haziq Irsyad Bin Che Mohd Zahari
    No ratings yet
  • Isu Lebanon
    Isu Lebanon
    Document3 pages
    Isu Lebanon
    BM1-0620 Mohammad Haziq Irsyad Bin Che Mohd Zahari
    No ratings yet
  • Artikulasi Dan Artikulator
    Artikulasi Dan Artikulator
    Document11 pages
    Artikulasi Dan Artikulator
    BM1-0620 Mohammad Haziq Irsyad Bin Che Mohd Zahari
    No ratings yet
  • Langkah Mengatasi Darurat
    Langkah Mengatasi Darurat
    Document2 pages
    Langkah Mengatasi Darurat
    BM1-0620 Mohammad Haziq Irsyad Bin Che Mohd Zahari
    No ratings yet
  • T1 BMM3041
    T1 BMM3041
    Document7 pages
    T1 BMM3041
    BM1-0620 Mohammad Haziq Irsyad Bin Che Mohd Zahari
    No ratings yet
  • Tuto Minggu 4
    Tuto Minggu 4
    Document1 page
    Tuto Minggu 4
    BM1-0620 Mohammad Haziq Irsyad Bin Che Mohd Zahari
    No ratings yet
  • Cabang Dalam Falsafah
    Cabang Dalam Falsafah
    Document10 pages
    Cabang Dalam Falsafah
    BM1-0620 Mohammad Haziq Irsyad Bin Che Mohd Zahari
    No ratings yet