You are on page 1of 4

KERTAS KERJA MENAIKTARAF KOPERASI

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN LUNDU BERHAD


ANJURAN : KOPERASI SMK LUNDU BHD

1.0 PENDAHULUAN
Kejayaan Koperasi Sekolah Malaysia telah dijadikan contoh oleh banyak negara lain yang
ingin menerapkan semangat berkoperasi kepada generasi muda bermula sejak di peringkat
sekolah. Sekarang ini, hampir 90% sekolah menengah telah menubuhkan koperasi sekolah.
Kewujudan koperasi sekolah bukanlah semata-mata untuk mencari keuntungan yang tinggi,
tetapi lebih kepada memupuk minat seseorang murid menceburi bidang perniagaan. Secara
tidak langsung, ianya diharap dapat membudayakan keusahawanan di kalangan murid dan
menjadikan keusahawanan sebagai kerjaya pilihan apabila tamat persekolahan nanti.

Kejayaan tersebut bukannya datang bergolek tetapi perlu diusahakan . Salah satu caranya ialah
menggalakkan mereka berniaga dan memberi pengiktirafan kepada mereka yang telah
berusaha keras membangunkan koperasi sekolah.

Koperasi SMK LUNDU Berhad telah ditubuhkan pada tahun 2000. Dengan usia yang telah
menjangkau 16 tahun pada tahun ini, kegiatan jualan koperasi ini hanya tertumpu kepada jualan
pakaian sukan sekolah, tanda nama murid dan minuman, Ini menyebabkan koperasi ini
umpama kata pepatah `hidup segan mati tak mahu’.

Justeru itu, dengan terbentuknya kepimpinan koperasi yang baru, adalah menjadi hasrat kami
untuk meletakkan koperasi SMK LUNDU Berhad ke satu kedudukan yang lebih tinggi dengan
melangkah satu tapak ke hadapan iaitu dengan menceburi perniagaan peruncitan.

2.0 OBJEKTIF
2.1 Menyediakan suasana koperasi yang lebih kondusif dan ceria
2.2 Menyediakan ruang dalam koperasi yang lebih luas dan terurus
2.3 Menyediakan prasarana yang sesuai untuk perniagaan peruncitan

3.0 PELAKSANAAN
Tarikh : November - Disember 2016
Tempat : Koperasi SMK LUNDU Bhd
4.0 KUMPULAN SASARAN
Murid / Guru / Kakitangan SMK LUNDU

5.0 SENARAI AHLI JAWATANKUASA


5.1 Jawatankuasa Induk
Pengerusi : Cikgu Dr. Nazamud-din Bin Alias
Pen. Pengerusi : Cikgu Lily Dripin
Setiausaha : Cikgu Noraizah Bt Jebat
Pen. Setiausaha : Cikgu Siti Nor Hidayah Binti Mohamad
Bendahari : Cikgu Atikah Binti Abdul Samat
Pen. Bendahari : Cikgu Loh Li Li
Pengurus Stok : Cikgu Kuan Hui Tzen
Pengurus Jualan : Cikgu Royston Anak Sihas
Pen. Pengurus Jualan : Cikgu Cyntia Layah Anak Geraman
Pengurus Belian : Cikgu Khairul Faridatul Akmal Bt Mohd Tahar

ALK Pelajar :
1. Riedanialee Assty Anak Aries
2. Nur Hamizah Izzati Binti Abdul Latip
3. Nurul Amira Akmal Binti Sapian
4. Vieronica Aimma Anak Ragie
5. Daeng Rohadatul Aisyah Binti Haron
6. Nuraini Nabilah Bt Muhammad Hakimi

Jurujual
1. Misen Ak Emon (Guru)
2. Mohd Farid B Jemiri (Guru)
3. Cassandra Starina(Pelajar)
4. Vivi Mariah Amira Binti Jamaludin (Pelajar)
5. Ellyana Rosedin (Pelajar)
6. Andi Rohadatul Aina(Pelajar)
7. Catherine(pelajar)
6.0 Strategi Pelaksanaan
6.1 Menyediakan Pelan Operasi/ Kertas Kerja Program.
6.2 Memohon pengesahan dari Pentadbir.
6.3 Mesyuarat AJK Pelaksana / ALK.
6.4 Mendapatkan sebutharga dari kontraktor.
6.5 Pelaksanaan program.
6.6 Post Mortem.
6.7 Membuat laporan / dokumentasi.

7.0 Anggaran Perbelanjaan


Bil Butir-butir Kuantiti
1 Mengecat koperasi  Tong cat (10 liter)-2 warna
 Roller-2
 Berus cat sederhana-2
 Berus cat kecil-2
 Bekas cat-2
 Thinner-2
Anggaran kasar:RM800.00
2 Menukar pintu koperasi  Set pintu kaca (kontraktor)-1
dan stor  Set pintu kayu (upah encik Morni Pasang)-2
 Rak pintu-2
 Lock pintu-2
 Ensel pintu-2
 Paku
 Skru
Anggaran kasar:RM3000.00
3 Memasang grill koperasi  Set drill depan dan belakang koperasi
dan stor  Set drill pintu depan dan tingkap stor-2
Anggaran kasar:RM6000.00
4 Rak baru  Rak besi-4
Anggaran kasar:RM2000.00
5 Pendawaian  Upah encik Morni (dawai dan soket)
Anggaran kasar:RM800.00
6 Menyimen tandas  Simen
 Pasir
 Batu
Anggaran kasar:RM600.00
Anggaran jumlah keseluruhan RM13,200.00
8.0 Cadangan Sumber Kewangan
8.1 Hasil keuntungan koperasi.
8.2 Pendapatan selepas diaudit (1 Julai 2014-30 Jun 2015)
= RM318,700.64
8.3 Untung Bersih selepas diaudit (1 Julai 2014-30 Jun 2015)
= RM 63,264.45

9.0 Penutup
Adalah diharapkan segala usaha dan perancangan yang dibuat dapat dilaksanakan dengan
sebaik mungkin dan dapat meningkatkan kemahiran murid menjalankan perniagaan makanan
secara kecil-kecilan. Melalui program ini juga diharap dapat membantu kelab/persatuan/ke las
menjana pendapatan untuk menggerakkan aktiviti masing- masing.

Disediakan oleh :

……………………………………..
(NORAIZAH BT JEBAT)
Setiausaha Koperasi SMK LUNDU Bhd
SMK LUNDU

Disahkan oleh :
……………………………………..
(DR. NAZAMUD-DIN B ALIAS)
Pengerusi Koperasi SMK LUNDU Bhd
SMK LUNDU

You might also like