You are on page 1of 3

PERLEMBAGAAN

KELAB GURU MULAI 2018


SMK SERI MAHKOTA

FASAL 1 : NAMA DAN ALAMAT

1.1 Nama Kelab : Kelab Guru SMK Seri Mahkota


1.2 Alamat : SMK Seri Mahkota,
Umbai, 77300 Merlimau, Melaka.

FASAL 2 : VISI

2.1 Memupuk kerjasama, menjalin silaturahim serta meraikan ahli-ahli agar suasana
bekerja yang kondusif dan harmoni dapat dizahirkan.

FASAL 3 : TUJUAN

3.1 Untuk membantu dan menambah usaha-usaha sekolah dalam memenuhi kehendak-
kehendak dan keperluan guru-guru SMKSM.
3.2 Untuk mengadakan program dan aktiviti-aktiviti untuk kemajuan guru-guru SMKSM.
3.3 Untuk membentuk dan mewujudkan persekitaran kerja yang kondusif dan produktif
3.4 Untuk membolehkan guru-guru berinteraksi dan saling kenal-mengenal

FASAL 4 : KEAHLIAN KELAB

4.1 Terbuka kepada semua guru di SMK Seri Mahkota


4.2 Kelayakan menjadi ahli adalah secara automatik apabila bertugas secara rasmi di SMK
Seri Mahkota
4.3 Pengetua dan semua pentadbir merangkap penasihat kelab
4.4 Ahli kelab hilang kelayakan apabila bertukar, berhenti dan pencen tetapi tetap diraikan
sebagai bekas ahli kelab

FASAL 5 : JAWATANKUASA

5.1 Kelab hendaklah diuruskan oleh jawatankuasa yang dilantik pada tahun semasa dalam
Mesyuarat Agung Tahunan. Jangka hayat jawatankuasa akan terbubar dan digantikan
dengan jawatankuasa baharu. Ahli jawatankuasa yang lama tidak akan dilantik sebagai
AJK yang baru selama tempoh 2 tahun.
5.2 Pemilihan ahli jawatankuasa adalah secara undian dan persetujuan bersama.
5.3 Ahli jawatankuasa hendaklah terdiri daripada
5.3.1 Pengerusi
5.3.2 Naib Pengerusi
5.3.3 Setiausaha
5.3.4 Naib Setiausaha
5.3.5 Bendahari
5.3.6 Naib Bendahari
5.2.7 Ahli Jawatankuasa (ditetapkan 25 orang)

1
FASAL 6 : YURAN

6.1 Setiap ahli diwajibkan membayar sebanyak RM120 setahun


6.2 Bayaran tambahan boleh diminta mengikut keperluan dengan persetujuan pihak
pengurusan
6.3 Ahli yang tidak membayar dikira ahli tidak aktif dan tidak layak mendapat apa-apa
kepentingan kecuali mendapat kebenaran pengetua
6.4 Semua pungutan wang akan dimasukkan ke dalam akaun yang diuruskan oleh
bendahari
6.5 Kewangan kelab bermula pada bulan Januari dan berakhir pada bulan Disember setiap
tahun dan Penyata Kewangan akan diaudit dan dibentang semasa pembubaran kelab
pada satu sesi.

FASAL 7 : AKTIVITI

7.1 Menjalankan aktiviti yang melibatkan kepentingan dan kebajikan ahli seperti
mengurus majlis persaraan, jamuan, kutipan amal dan lain-lain aktiviti yang
menyokong program sekolah.

FASAL 8 : SUMBANGAN DAN KEBAJIKAN

8.1 Ketetapan kadar sumbangan berpindah adalah mengikut tempoh perkhidmatan di


SMK Seri Mahkota
8.1.1 1-5 tahun RM 50
8.1.2 6-10 tahun RM 70
8.1.3 11 tahun ke atas RM 100

8.2 Persaraan RM 150


8.3 Menunaikan haji RM 100
8.4 Perkahwinan kali pertama RM 50
8.5 Kelahiran cahaya mata pertama di SMK Seri Mahkota RM 30
8.6 Ahli yang ditimpa musibah seperti kematian ibu/bapa, masuk wad (termasuk
suami/isteri/anak) dan lain-lain yang boleh dipertimbangkan. Ahli jawatankuasa akan
membuat kutipan lain dan menyumbang mengikut kesesuaian jumlah kutipan yang
diperoleh dan bilangan yang memerlukannya.

FASAL 9 : MAJLIS PENASIHAT

9.1 Majlis penasihat terdiri daripada pengetua dan barisan pentadbir sekolah

FASAL 10 : PINDAAN, PENAMBAHAN DAN LARANGAN

10.1 Perlembagaan kelab adalah MUKTAMAD, sebarang pindaan atau penambahan


hendaklah dibawa dalam Mesyuarat Agung mendapat majoriti 2/3 sokongan ahli.
10.2 Kelab adalah dilarang meluaskan bidang kuasa atau mendesak kepada perkara-perkara
berkaitan perjawatan pentadbiran sekolah.

2
FASAL 11 : PEMBUBARAN

11.1 Pembubaran kelab akan diadakan di penghujung tahun; dua tahun perkhidmatan
bermula sesi 2019 atas cadangan En.Zainudin Hj Koming (Pengetua SMK Seri
Mahkota).

FASAL 12 : HAL-HAL LAIN

12.1 Tempat Meletak Kereta


12.1.1 Selain dari parkir khas untuk pentadbir, Ketua Pegawai Tadbir, Ketua
Pembantu Makmal dan Pengerusi Kelab Guru, guru SMK Seri Mahkota layak
dan diminta mengundi untuk mendapatkan parkir. Memandangkan jumlah
parkir yang agak terhad, sistem giliran digunapakai iaitu sama ada guru
mendapat parkir penggal 1 atau penggal 2. Bayaran parkir adalah RM 30,
RM50 dan RM60 satu penggal bergantung kepada lokasi parkir tersebut.
12.2 Disyorkan kelab meningkatkan dana kewangan melalui aktiviti usahaniaga atau
memohon sumbangan bagi menjayakan sesuatu majlis.

You might also like