You are on page 1of 51

CONTOH RANCANGAN PEMBELAJARAN HARIAN 1

Mata Pelajaran: Tema/ Topik: Masa: 1. 2. Sains Kaedah Sains / Ketumpatan 2 waktu (80 minit)

Standard Pembelajaran: 1.7.1 , 1.7.2 , 1.7.3 Objektif pembelajaran: Pada akhir p&p murid boleh: a) menyusun mengikut urutan bahan berdasarkan ketumpatan dengan menjalankan aktiviti. b) membuat inferens mengapa ada bahan yang terapung dan ada yang tenggelam berdasarkan ketumpatan. c) memerihalkan ketumpatan

3.

Aktiviti P&P a) Murid menyukat isipadu cecair dengan menggunakan silinder penyukat dan isipadu pepejal dengan kaedah sesaran air serta memasukkan dan melengkapkan data dalam lembaran kerja 1 (dalam kumpulan). b) Murid mengira ketumpatan objek menggunakan formula yang diberi. c) Murid mencampurkan semua bahan yang disediakan ke dalam silinder penyukat dan murid diminta melukis serta melabel urutan kedudukan bahan-bahan dalam lembaran kerja 1. d) Murid diminta melengkapkan jadual dan melukis rajah pada papan putih dan menjawab soalan guru. e) Murid diminta menjawab soalan pentafsiran dan seterusnya guru membincangkan jawapan. f) Bagi murid yang mendapat penskoran rendah, aktiviti pemulihan diberikan manakala bagi murid mendapat penskoran tinggi aktiviti pengayaan diberikan.

4.

Elemen Merentas Kurikulum Bahasa, kreativiti dan inovatif , nilai murni

5.

Bahan Bantu Mengajar: Air,Kerosin,bebola guli,guli,gabus, neraca tuas, Silinder penyukat.

1 |Modul P & P Sains Tingkatan 1(KSSM)

6.

Penilaian P&P: Menggunakan Lembaran Kerja 1 (Modul p&p)

7.

Refleksi: i. 30 orang pelajar telah mencapai objektif pembelajaran 1.7.1, 1.7.2 dan 1.7.3 dan diberikan aktiviti pengayaan.

ii.

10 orang pelajar yang tidak mencapai objektif pembelajaran telah diberikan aktiviti pemulihan

2 |Modul P & P Sains Tingkatan 1(KSSM)

Rancangan Pelajaran 1
Standard Kandungan Standard Pembelajaran : 1.7 Mensintesis pengetahuan tentang konsep ketumpatan : Murid boleh 1.7.1 Menyusun mengikut urutan bahan berdasarkan ketumpatan dengan menjalankan aktiviti 1.7.2 Membuat inferens mengapa ada bahan yang terapung dan ada yang tenggelam berdasarkan ketumpatan. 1.7.3 Memerihalkan ketumpatan AKTIVITI Set Induksi PENERANGAN Guru menunjukkan sebiji bikar yang mengandungi air. Seterusnya guru memasukkan sebiji guli ke dalam bikar itu. S1 : Nyatakan kedudukan guli tersebut Guru memasukkan pula beberapa ketulan ais ke dalam bikar S2 : Nyatakan kedudukan ais itu

Guru mendapatkan maklumbalas murid tentang apa yang diperhatikan. Guru menerangkan bahawa timbul atau tenggelam sesuatu objek boleh disebabkan oleh ketumpatan berbeza.

Perkembangan

Bahan yang diperlukan:

1. Air, kerosin, bebola guli, bongkah gabus. 2. Neraca tuas, silinder penyukat.
Aktiviti 1

1. Murid membentuk kumpulan kecil dan menjalankan aktiviti


menggunakan pengetahuan sedia ada dengan bantuan guru.

2. Murid menyukat isipadu cecair dengan menggunakan silinder 3. 4. 5. 6.


penyukat. Murid menyukat isipadu pepejal dengan kaedah sesaran air. Murid menyukat jisim bahan yang disediakan menggunakan neraca tuas. Murid melengkapkan Jadual pada Lembaran Kerja 1. Murid mengira ketumpatan objek berdasarkan data yang diperolehi menggunakan formula. Ketumpatan = Jisim Isipadu

3 |Modul P & P Sains Tingkatan 1(KSSM)

Aktiviti 2 Aktiviti

1. Murid mencampurkan semua bahan ke dalam silinder penyukat


yang sama. Kemudian memerhatikan urutan kedudukan bahan. 2. Murid melukis urutan kedudukan bahan-bahan yang diletakkan dalam silinder penyukat berdasarkan pemerhatian aktiviti yang dijalankan menggunakan Lembaran Kerja 1. 3. Murid juga dikehendaki melabelkan dan menyatakan nilai ketumpatan setiap bahan tersebut. Aktiviti 3

1. Guru meminta beberapa orang murid untuk melengkapkan jadual


dan melukis rajah di papan putih. 2. Guru mendapatkan maklumbalas dari murid bagi keseluruhan kelas. 3. Guru memberikan maklumbalas tentang pembentangan murid. Guru menyoal beberapa soalan berdasarkan nilai ketumpatan yang diperolehi, 1. Terangkan kenapa bahan-bahan tersusun mengikut urutan ini? 2. Mengapa kerosin terapung di atas air? 3. Mengapa bebola logam tenggelam di dalam air? Pentaksiran Soalan dikemukakan untuk mengukur pencapaian serta pemahaman murid ke atas standard kandungan yang dihasratkan. Muka surat 6 Bagi murid yang mendapat penskoran rendah, aktiviti pemulihan yang pelbagai seperti carta grafik dan lebih mudah menarik diberikan. Muka surat 7. Bagi murid yang mendapat penskoran yang tinggi dalam pentaksiran, aktiviti yang lebih mencabar diberikan. Muka surat 8.

Pemulihan

Pengayaan

4 |Modul P & P Sains Tingkatan 1(KSSM)

LEMBARAN KERJA 1
KETUMPATAN BAHAN Langkah-langkah: 1. Ukur jisim setiap bahan yang disediakan menggunakan kaedah yang sesuai. 2. Rekodkan jisim setiap bahan didalam jadual di bawah. 3. Ukur isipadu menggunakan silinder penyukat dan kaedah sesaran air. 4. Rekodkan isipadu di dalam jadual di bawah. 5. Kirakan ketumpatan setiap bahan.

Bahan Jisim (g) Isipadu (cm3) Ketumpatan (g/ cm3)

Air

Kerosin

Bebola Logam

Bongkah Kayu

4. Masukkan semua bahan ke dalam satu silinder penyukat. 5. Lukiskan kedudukan bahan yang diperhatikan dalam rajah di bawah. 6. Labelkan dan nyatakan nilai ketumpatan bahan.

5 |Modul P & P Sains Tingkatan 1(KSSM)

PENTAKSIRAN 1) Apakah itu ketumpatan? 2) Apakah ketumpatan bagi kiub logam yang mempunyai 16g ini?

3) Objek yang sama diletakkan di dalam empat jenis cecair yang berlainan seperti di bawah. Cecair yang manakah mempunyai ketumpatan yang paling rendah?

4) Jadual di bawah menunjukkan bahan P,Q, R dan S yang mempunyai ketumpatan yang berlainan. Bahan yang manakah akan tenggelam di dalam gliserin (1.30 g/cm3). Bahan P Q R S Ketumpatan 0.25 0.92 2.50 2.70

5) Rajah di bawah menunjukkan jisim bagi tiga kiub logam yang sama saiz.

Besi, 63.2g

Kuprum, 71.2g

Aluminium, 20.8g

(a) Susunkan ketumpatan kiub logam mengikut turutan menurun. (b) Kiub logam aluminium akan tenggelam di dalam air. Cadangkan dua cara untuk membolehkan ia terapung .

6 |Modul P & P Sains Tingkatan 1(KSSM)

PEMULIHAN 1) Silinder penyukat di atas mempunyai tiga cecair yang mempunyai ketumpatan seperti berikut, petrol (0.75 g/cm3), air (1.0 g/cm3) dan merkuri (13,6 g/cm3). Sila labelkan rajah di bawah dengan cecair mengikut ketumpatan masing-masing.

2) Tandakan () atau () bagi setiap pernyataan berikut. a) Unit yang biasa digunakan untuk ketumpatan ialah cm3/g. b) Bahan yang berlainan mempunyai ketumpatan yang berlainan. c) Gabus mempunyai ketumpatan yang lebih tinggi daripada air. d) Bahan yang kurang tumpat akan terapung di atas cecair atau gas yang lebih tumpat daripadanya. ( ( ( ) ) )

7 |Modul P & P Sains Tingkatan 1(KSSM)

PENGAYAAN Jadual yang tidak lengkap di bawah membandingkan beberapa data untuk air tulen dan larutan garam. Suhu Air tulen Larutan garam 250C 25 C
0

Garam yang dilarutkan 0g 10 g

Isipadu air 100 ml 100 ml

Ketumpatan 1.0 g/ ml ?

Apakah ketumpatan larutan garam? (Tanda / pada kotak di bawah) 1.0 g/ml Kurang daripada 1.0 g/ml Lebih daripada 1.0 g/ml

Terangkan jawapan anda.

8 |Modul P & P Sains Tingkatan 1(KSSM)

CONTOH RANCANGAN PEMBELAJARAN HARIAN 2


Mata Pelajaran Tema/ Topik Masa 1. 2. :Sains :Sains Bahan /Jirim :2 waktu (80 minit)

Standard Pembelajaran: 2.2.5 Objektif pembelajaran: Pada akhir p&p murid boleh: I. menerangkan perubahan keadaan jirim dari segi pergerakan zarah-zarah akibat daripada penyerapan dan pembebasan haba berdasarkan teori kinetik.

3.

Aktiviti P&P Aktiviti 1: a) Murid-murid diminta berbaris secara teratur dan rapat di dalam segiempat itu. Murid perlu bersilang tangan. b) Murid-murid diminta bergerak tanpa menggerakkan kaki. (Simulasi zarah-zarah dalam pepejal yang tersusun rapat dengan daya tarikan yang kuat). c) Murid-murid diminta memerhatikan perubahan yang berlaku keatas ketulan ais apabila dipanaskan. d) Murid diminta menerangkan pemerhatian yang dapat dilihat jika mangkuk penyejat diletakkan di atas bikar yang mengandungi air yang telah mendidih. Aktiviti 2: a) Murid membuat pemerhatian ke atas ais yang diletakkan di dalam bikar. b) Murid-murid membuat pemerhatian ke atas air yang sedang mendidih Aktiviti 3: a) Murid-murid membuat pemerhatian ke atas demonstrasi yang ditunjukkan oleh guru

4.

Elemen Merentas Kurikulum Kreativiti & inovasi, TMK, Nilai Murni

5.

Bahan Bantu Mengajar: TMK, Secawan Kopi panas, Semangkuk ABC

9 |Modul P & P Sains Tingkatan 1(KSSM)

6.

Penilaian P&P:
Menggunakan Lembaran Kerja (Modul p&p)

7.

Refleksi:
i. 30 orang pelajar telah mencapai objektif pembelajaran 2.2.5 dan diberikan aktiviti pengayaan. 10 orang pelajar yang tidak mencapai objektif pembelajaran telah diberikan aktiviti pemulihan

ii.

10 |Modul P & P Sains Tingkatan 1(KSSM)

Rancangan Pelajaran 2
Standard Kandungan Standard pembelajaran : : 2.2 Memahami tiga keadaan jirim Murid boleh: 2.2.5 menerangkan perubahan keadaan jirim dari segi pergerakan zarah-zarah akibat daripada penyerapan dan pembebasan haba berdasarkan teori kinetik.

Set Induksi

Guru menyediakan semangkuk ais kacang dan segelas kopi panas kepada murid-murid.

Guru meminta murid-murid membuat pemerhatian keatas perubahan bentuk jirim iaitu daripada pepejal kepada cecair dan perubahan cecair kepada gas. Perkembangan Aktiviti 1

1. Guru melukis segiempat (1m x1m) di atas lantai di


makmal. 2. Guru meminta murid-murid berbaris secara teratur dan rapat di dalam segiempat itu. Murid perlu bersilang tangan. 3. Murid-murid diminta bergerak tanpa menggerakkan kaki. (Simulasi zarah-zarah dalam pepejal yang tersusun rapat dengan daya tarikan yang kuat) Guru menyoal soalan berikut: Bolehkah kamu bergerak bebas?

4. Guru kemudian bertanya: Apa akan jadi sekiranya saya


menolak beberapa orang dari kamu dengan kuat?. (Simulasi zarah menerima lebih tenaga) 5. Guru menjelaskan perubahan susunan murid-murid dan mengaitkannya penambahan tenaga dengan perubahan rupabentuk, ruang dan daya tarikan. Perubahan daripada susunan pepejal menjadi cecair dinamakan peleburan. Guru meneruskan simulasi yang menunjukkan perubahan susunan cecair kepada susunan gas.

11 |Modul P & P Sains Tingkatan 1(KSSM)

Aktiviti 2

1. Guru meletakkan ais ke dalam bikar seperti rajah di


bawah:

2. Sebelum membuat demonstrasi, guru menanyakan


soalan berikut: Apakah keadaan rupabentuk ais? Apa yang akan berlaku apabila ais dipanaskan? Terangkan kaitan penambahan tenaga haba dengan perubahan rupa bentuk ais. Murid melengkapkan Lembaran Kerja 2. Pemanasan diteruskan sehingga air mendidih. Guru menanyakan soalan berikut: Apa yang akan berlaku apabila air dipanaskan? Terangkan kaitan penambahan tenaga haba dengan perubahan rupa bentuk air. Murid melengkapkan Lembaran Kerja 3. (Guru menjelaskan perubahan rupa bentuk dengan mengaitkannya dengan penambahan suhu. Perubahan yang berlaku melibatkan susunan, daya tarikan dan ruang antara zarah-zarah. Perubahan pepejal ke cecair dinamakan peleburan dan perubahan cecair ke gas dinamakan pendidihan )

12 |Modul P & P Sains Tingkatan 1(KSSM)

3. Guru seterusnya menyoal soalan:


Sekiranya penunu Bunsen dipadamkan dan sebuah piring petri diletakkan di atas bikar seperti rajah berikut, apa yang akan diperhatikan?

piring sejat air yang mendidih


Murid dikehendaki membincangkan perkara ini dengan bimbingan guru. (Guru membimbing murid kepada proses kondensasi, kaitkan kesan pengurangan suhu dengan perubahan yang melibatkan susunan, daya tarikan dan ruang antara zarah-zarah)

4. Guru membuat demonstrasi untuk menunjukkan apa


yang telah dibincangkan.

5. Guru menyoal murid apa yang boleh diperhatikan


apabila air diletakkan di tempat penyejuk beku. Murid diminta menerangkan proses pembekuan ini dari segi susunan, daya tarikan dan ruang antara zarah-zarah

6. Murid membuat laporan dalam Lembaran Kerja 4.


Aktiviti 3

1. Guru menjalankan demonstrasi dibawah untuk


menunjukkan proses pemejalwapan:-

hablur iodin

Panaskan

Beberapa hablur iodin dipanaskan di dalam tabung uji seperti di tunjukkan dalam rajah di atas dan murid diminta membuat pemerhatian.

13 |Modul P & P Sains Tingkatan 1(KSSM)

2. Guru menyoal soalan-soalan untuk membimbing murid


menyatakan pemerhatian:S1: Apakah berlaku kepada iodin apabila dipanaskan? S2: Namakan proses perubahan rupabentuk yang diperhatikan. S3: Terangkan proses perubahan rupa bentuk di atas. S4: Apakah diperhatikan di sebelah atas dinding tabung uji? S5: Terangkan apa yang berlaku di sini. Murid melengkapkan Lembaran Kerja 5. (Guru membimbing murid kepada proses pemejalwapan, kaitkan kesan penambahan dan pengurangan suhu dengan perubahan yang melibatkan susunan, daya tarikan dan ruang antara zarah-zarah)

Rumusan

Jirim boleh berubah bentuk. Semasa peleburan, pendidihan, sejatan dan pemejalwapan, dengan penambahan tenaga haba - zarah-zarah akan mendapat lebih tenaga, bergerak dengan lebih cepat dan lebih jauh antara satu sama lain. Apabila ruang di antara zarah menjadi semakin besar , daya tarikan antara zarah menjadi semakin lemah maka jirim tersebut akan berubah bentuk. Semasa pembekuan, kondensasi, pemejalwapan di mana terdapat pengurangan dalam tenaga haba, zarah-zarah akan bergerak lebih perlahan dan semakin dekat di antara satu sama lain. Apabila ruang di antara zarah semakin rapat dan daya tarikan semakin kuat maka jirim tersebut akan berubah bentuk.

Pentaksiran

Soalan muka surat 19 - 20 dikemukakan untuk mengukur pencapaian serta pemahaman murid ke atas standard kandungan yang dihasratkan. Bagi murid yang penskoran rendah, aktiviti pemulihan yang pelbagai seperti carta grafik dan lebih mudah dan lagi menarik disediakan pada muka surat 21. Bagi murid yang mendapat penskoran yang tinggi dalam pentaksiran, aktiviti yang lebih mencabar disediakan pada muka surat 22.

Pemulihan

Pengayaan

14 |Modul P & P Sains Tingkatan 1(KSSM)

LEMBARAN KERJA 2
Perubahan pada jirim.
Aktiviti 2: Pemanasan ke atas ais
piring sejat

.ais

1. Apakah keadaan rupabentuk ais?

2. Apa yang akan berlaku apabila ais dipanaskan?

3. Namakan perubahan yang diperhatikan.

4. Terangkan kaitan penambahan tenaga haba dengan perubahan rupa bentuk ais dari segi susunan, daya tarikan dan ruang antara zarah-zarah.

5. Lukiskan susunan zarah di awal dan akhir aktiviti.

Awal aktiviti

Akhir aktiviti

15 |Modul P & P Sains Tingkatan 1(KSSM)

LEMBARAN KERJA 3
Pemanasan air 1. Apa yang boleh diperhatikan apabila air dipanaskan sehingga mendidih?

2. Namakan perubahan rupa bentuk ini.

3. Terangkan kaitan penambahan tenaga haba dengan perubahan rupa bentuk ais dari segi susunan, daya tarikan dan ruang antara zarah-zarah.

4. Lukiskan susunan zarah di awal dan akhir aktiviti.

Awal aktiviti

Akhir aktiviti

16 |Modul P & P Sains Tingkatan 1(KSSM)

LEMBARAN KERJA 4
Penyejukkan stim

piring sejat air yang mendidih


Penunu Bunsen dipadamkan dan sebuah piring petri diletakkan di atas bikar yang mengandungi air mendidih.

1. Apa yang akan diperhatikan?

2. Namakan perubahan yang diperhatikan.

3. Terangkan kaitan pengurangan tenaga haba dengan perubahan rupa bentuk gas kepada cecair dari segi susunan, daya tarikan dan ruang antara zarah-zarah.

4. Lukiskan susunan zarah di awal dan akhir aktiviti.

Awal aktiviti

Akhir aktiviti

LEMBARAN KERJA 5

17 |Modul P & P Sains Tingkatan 1(KSSM)

Perubahan pepejal kepada gas dan sebaliknya

Hablur iodin Panaskan

Beberapa ketul hablur iodin dipanaskan dalam tabung uji.

S1:- Apakah berlaku kepada iodin apabila dipanaskan?

S2: Namakan proses perubahan rupabentuk yang diperhatikan.

S3: Terangkan proses perubahan rupa bentuk di atas.

S4. Lukiskan susunan zarah di awal dan akhir aktiviti.

S5: Apakah diperhatikan di sebelah atas dinding tabung uji?

S5: Terangkan apa yang berlaku di sini.

PENTAKSIRAN

18 |Modul P & P Sains Tingkatan 1(KSSM)

1. Apakah perubahan rupa bentuk jirim apabila minyak wangi disembur seperti yang ditunjukkan dalam rajah di bawah?

A. B. C. D.

Pepejal Cecair Pepejal Gas Cecair Gas Gas Cecair

2. Rajah di bawah menunjukkan perubahan rupa bentuk jirim sesuatu bahan apabila

dipanaskan.

dipanaskan

Pernyataan yang manakah benar? A. B. C. D. Saiz zarah berkurangan Tenaga kinetik zarah meningkat Jarak di antara zarah menjadi dekat Daya tarikan antara zarah meningkat

3. Lengkapkan rajah berikut

Pepejal

19 |Modul P & P Sains Tingkatan 1(KSSM)

dipanaskan dipanaskan P: ___________________ Q: ___________________

4. Lengkapkan rajah berikut Apakah perubahan keadaan jirim apabila pepejal di panaskan

Pepejal

5. Lengkapkan rajah berikut Apakah perubahan keadaan jirim apabila wap panas disejukkan

6. Isi tempat kosong dibawah.

a. Semasa __________________, zarah-zarah mendapat lebih tenaga

20 |Modul P & P Sains Tingkatan 1(KSSM)

________________, bergerak dengan lebih _____________________ dan lebih _______________________ antara satu sama lain. Apabila ruang di antara zarah menjadi semakin ___________________, daya tarikan antara zarah menjadi semakin __________________ maka jirim tersebut akan berubah bentuk.

b. Semasa ______________________, zarah-zarah bergerak dengan lebih _____________________ dan semakin _______________________ antara satu sama lain. Tenaga ______________ semakin berkurang. Apabila ruang di antara zarah menjadi semakin ___________________, daya tarikan antara zarah menjadi semakin __________________ maka jirim tersebut akan berubah bentuk.

PEMULIHAN
1. Lengkapkan rajah berikut Apakah perubahan keadaan jirim apabila pepejal di panaskan

21 |Modul P & PPepejal Sains Tingkatan 1(KSSM)

2. Lengkapkan rajah berikut Apakah perubahan keadaan jirim apabila wap panas disejukkan

3. Isi tempat kosong dibawah menggunakan jawapan yang disediakan didalam jadual dibawah. a. Semasa __________________, zarah-zarah mendapat lebih tenaga ________________, bergerak dengan lebih _____________________ dan lebih _______________________ antara satu sama lain. Apabila ruang di antara zarah menjadi semakin ___________________, daya tarikan antara zarah menjadi semakin __________________ maka jirim tersebut akan berubah bentuk. cepat peleburan lemah haba besar jauh

b. Semasa ______________________, zarah-zarah bergerak dengan lebih _____________________ dan semakin _______________________ antara satu sama lain. Tenaga ______________ semakin berkurang. Apabila ruang di antara zarah menjadi semakin ___________________, daya tarikan antara zarah menjadi semakin __________________ maka jirim tersebut akan berubah bentuk. perlahan kinetik dekat kuat pembekuan rapat

PENGAYAAN
Jamal meletakkan satu periuk air di atas dapur dan memanaskannya. Dia mengambil bacaan suhu air apabila ia mula mendidih. Termometer menunjukkan bacaan 1000 C. Jamal

22 |Modul P & P Sains Tingkatan 1(KSSM)

membesarkan lagi api dapur dan air terus mendidih untuk 5 minit. Dia kemudiannya mengambil suhu air mendidih sekali lagi.

Adakah thermometer akan menunjukkan bacaan suhu yang lebih dari, kurang dari atau sama dengan 1000 C? Jawapan: .

Terangkan jawapan anda. . .

23 |Modul P & P Sains Tingkatan 1(KSSM)

CONTOH RANCANGAN PEMBELAJARAN HARIAN 3


Mata Pelajaran Tema/ Topik Masa 1. 2. :Sains :Sains Bahan /Udara :2 waktu (80 minit) : 7.1.1., 7.1.2, 7.1.3 :

Standard Pembelajaran Objektif pembelajaran

Pada akhir p & p, murid boleh :


I. II. III.

mentafsir data berkaitan komposisi udara daripada carta pai. membuktikan bahawa 1/5 daripada komposisi udara adalah oksigen melalui aktiviti. membuktikan bahawa udara mengandungi wap air, mikroorganisma dan debu dengan menjalankan aktiviti.

3.

Aktiviti P & P a) b) c) d) Murid membuat pemerhatian ke atas carta pai kandungan udara dan melengkapkan soalan lampiran yang diberikan. Murid menjalankan aktiviti membuktikan kandungan oksigen adalah 1/5 daripada komposisi udara. Murid menjalankan aktiviti untuk membuktikan bahawa udara mengandungi wap air, mikroorganisma dan debu. Murid diberi pengukuhan dengan menjawab soalan dalam bahan edaran yang disediakan.

4.

Elemen Merentas Kurikulum TMK, Alam sekitar

5.

Bahan Bantu Mengajar Power Point

6.

Penilaian P&P a) b) Menggunakan lembaran kerja untuk aktiviti II dan III. Menggunakan lembaran kerja untuk pentaksiran, pemulihan dan pengayaan.

7.

Refleksi i. ii. 30 orang pelajar telah mencapai objektif pembelajaran 7.1.1 , 7.1.2 , 7.1.3 dan diberikan aktiviti pengayaan. 10 orang pelajar yang tidak mencapai objektif pembelajaran telah diberikan aktiviti pemulihan

24 |Modul P & P Sains Tingkatan 1(KSSM)

Rancangan Pelajaran 3
Standard kandungan Standard pembelajaran : 7.1 Menganalisis komposisi udara : Murid boleh: 7.1.1 mentafsir data berkaitan komposisi udara daripada carta pai. 7.1.2 membuktikan bahawa 1/5 daripada komposisi udara adalah oksigen melalui aktiviti. 7.1.3 membuktikan bahawa udara mengandungi wap air, mikroorganisma dan debu dengan menjalankan aktiviti.

Set induksi

Guru meminta murid-murid menutup hidung dan mulut selama satu minit. Guru mengemukakan soalan: S1: Apakah yang kamu rasa tadi? S2: Kenapa kamu tidak boleh bernafas? S3: Apakah kandungan udara yang diperlukan untuk bernafas? (Guru mencatat semua jawapan yang diberi oleh murid)

Perkembangan

Aktiviti 1 : Guru menunjukkan carta pai kandungan persembahan power point iaitu Lampiran 1. udara menggunakan

Soal jawab secara lisan dan mengisi ruang dalam jadual Lampiran 1. 1. Berdasarkan carta pai apakah kandungan udara? 2. Berapakah pecahan kandungan udara? 3. Berapakah peratus kandungan oksigen, karbon dioksida, nitrogen dan gas nadir?

Aktiviti 2 : 1. Murid menjalankan aktiviti secara berkumpulan. 2. Murid meletakkan sebatang lilin di atas kaki balang gas. 3. Lilin dimasukkan ke dalam besen yang berisi air. 4. Kemudian murid menyalakan lilin dengan mancis. 5. Seterusnya murid menutup lilin dengan balang gas.(Balang gas telah ditanda kepada lima bahagian yang sama, dengan menggunakan gelang getah/pen penanda.)

25 |Modul P & P Sains Tingkatan 1(KSSM)

6. Guru mengarahkan murid membuat pemerhatian ke atas perubahan yang berlaku dalam balang gas. 7. Guru menyoal murid apa yang diperhatikan. 8. Guru menyoal murid kenapa lilin padam. 9. Murid melengkapkan lembaran kerja 6 hasil daripada perbincangan.

Besen

Aktiviti 3 :

1. Lembaran kerja diedarkan kepada murid. 2. Murid diminta bergerak ke setiap stesen untuk membuat
pemerhatian dan inferens ke atas aktiviti yang dijalankan.

3. Murid melengkapkan lembaran kerja 7 yang telah diedarkan. 4. Murid membentangkan hasil pemerhatian dan inferens yang
telah dibuat.

Rumusan

Guru menjelaskan bahawa:

i. ii.
Pentaksiran

komposisi udara terdiri daripada gas nitrogen, oksigen, karbn dioksida, gas nadir dan lain-lain (wap air, mikroorganisma dan debu). 1/5 (lebih kurang 21%) daripada komposisi udara adalah oksigen.

Soalan muka surat 29 dikemukakan untuk mengukur pencapaian serta pemahaman murid ke atas objektif pembelajaran yang dihasratkan. Bagi murid yang mendapat skor rendah, aktiviti pemulihan yang pelbagai seperti carta grafik yang lebih mudah dan menarik pada muka surat 30 disediakan. Bagi murid yang mendapat skor tinggi dalam pentaksiran, aktiviti yang lebih mencabar disediakan pada muka surat 31.

Pemulihan

Pengayaan

26 |Modul P & P Sains Tingkatan 1(KSSM)

LAMPIRAN 1

KOMPOSISI UDARA

Lengkapkan jadual di bawah berdasarkan carta pai di atas.

Gas

Peratus ( % ) gas dalam udara

Oksigen

Karbon dioksida

Nitrogen

Gas nadir

27 |Modul P & P Sains Tingkatan 1(KSSM)

LEMBARAN KERJA 6
TAJUK : Komposisi udara

TUJUAN : Menunjukkan udara mengandungi debu, wap air dan mikroorganisma. AktivitiI Perhatikan permukaan sisip kaca yang dilekatkan dengan pita selofan yang diletakkan di tepi tingkap Pemerhatian Inferens

Perhatikan apakah yang terdapat pada bahagian dinding luar bikar yang diisi dengan ais berwarna merah. Piring kaca

Ais berwarna

Uji cecair yang terbentuk pada luar dinding bikar dengan kertas kobalt klorida kontang

Perhatikan permukaan roti segar dan roti yang telah disimpan selama dua minggu menggunakan kanta tangan atau mikroskop.

28 |Modul P & P Sains Tingkatan 1(KSSM)

LEMBARAN KERJA 7
Tujuan : Untuk menunjukkan 1/5 komposisi udara diperlukan dalam pembakaran Radas : Balang gas,kaki balang gas, besen Bahan : 2 batang lilin sama jenis dan saiz, pen penanda( atau gelang getah), plastisin Cara kerja : 1. Radas seperti rajah di bawah disediakan.

Besen

2. 3. 4.

Lajur udara di dalam balang gas dibahagikan kepada 5 bahagian yang sama. Lilin dinyalakan. Balang gas ditelangkupkan ke atas lilin. Pemerhatian direkodkan oleh murid.

Perbincangan : 1. Apakah yang diperhatikan dalam aktiviti ini? i) Nyalaan lilin ........................................... ii) Paras air ................................................ 2. 3. Tandakan ketinggian paras air dalam balang gas? i) Berapakah bahagian daripada komposisi udara digunakan untuk pembakaran lilin? ........................................................................................................................... ii) Terangkan jawapan 3 (i) . ...........................................................................................................................

29 |Modul P & P Sains Tingkatan 1(KSSM)

PENTAKSIRAN

Rajah 1

1.

(a) Berdasarkan Rajah 1 di atas, namakan gas

K : L : M:

(b)

Namakan gas yang mempunyai peratus tertinggi dalam udara?

2.

Berapakah bahagian daripada kandungan udara digunakan untuk pembakaran lilin?

3.

Selain daripada gas, nyatakan kandungan lain-lain dalam udara. ...............................................................................................................................

30 |Modul P & P Sains Tingkatan 1(KSSM)

PEMULIHAN KOMPOSISI UDARA 1. Rajah 1 menunjukkan komposisi kandungan udara. P: 21% Gas nadir Lain-lain Q: 78% R:

Rajah 1

(i) Pada Rajah 1, labelkan gas P, Q dan R dengan menggunakan perkataan-perkataan berikut:

Karbon dioksida

Oksigen

Nitrogen

(ii) Nyatakan peratus karbon dioksida dalam udara. ................................................................................................................................

2. Lengkapkan penyusun grafik berikut.

Udar a Gas Komponen lain

31 |Modul P & P Sains Tingkatan 1(KSSM)

PENGAYAAN

1.

Apabila sebatang kayu lidi berbara dimasukkan ke dalam tabung uji yang berisi gas oksigen, nyatakan apakah pemerhatian anda?

2.

Amin berasa sesak nafas apabila berada di puncak Gunung Kinabalu. Nyatakan satu sebab bagi keadaan tersebut.

3. Kenalpastikan gas L dan M dalam rajah di bawah: Gas N

Fotosintesis

Respirasi

Gas M

Gas N: .................................................. Gas M: ..................................................

4. Ramalkan apakah akan terjadi terhadap alam sekitar sekiranya hutan di negara ini ditebang secara berleluasa tanpa kawalan.

32 |Modul P & P Sains Tingkatan 1(KSSM)

CONTOH RANCANGAN PEMBELAJARAN HARIAN 4


Mata Pelajaran Tema / Topik Masa 1. 2. : : : Sains Sains Bahan 2 waktu (80 minit) 7.2.1 , 7.2.2

Standard Pembelajaran: Objektif pembelajaran:

Pada akhir P&P murid boleh: i. Mengenalpasti sifat oksigen dan karbon dioksida dengan menjalankan aktiviti ii. 3. Menentukankan ujian pengesahan untuk gas oksigen dan gas karbon dioksida

Aktiviti P&P a) Pelajar menjalankan aktiviti menguji sifat-sifat oksigen dan karbon dioksida secara berkumpulan menggunakan kaedah stesen. b) Pelajar merekod pemerhatian dengan menggunakan Lembaran Kerja 8 yang disediakan c) Pelajar membuat rumusan mengenai sifat-sifat gas oksigen dan karbon dioksida serta menentukan ujian pengesahan yang sesuai menggunakan Lembaran Kerja 9 yang disediakan d) Pelajar diuji dengan menggunakan soalan-soalan pentaksiran yang disediakan e) Lembaran Pemulihan digunakan untuk membantu kumpulan pelajar yang lemah. f) Lembaran Pengayaan digunakan untuk kumpulan pelajar yang telah menguasai objektif pembelajaran.

4.

Elemen Merentas Kurikulum Bahasa, Alam sekitar,Nilai Murni. Bahan Bantu Mengajar Peralatan dan radas makmal, Lembaran kerja Penilaian P&P Menggunakan soalan-soalan pentaksiran yang disediakan Refleksi : i. 30 orang pelajar telah mencapai objektif pembelajaran 7.2.1.dan 7.2.2 dan diberikan aktiviti pengayaan. ii. 10 orang pelajar yang tidak mencapai objektif pembelajaran telah diberikan aktiviti pemulihan

5.

6.

7.

33 |Modul P & P Sains Tingkatan 1(KSSM)

Rancangan Pelajaran 4
Standard Kandungan Standard Pembelajaran : 7.2 Memahami sifat-sifat oksigen dan karbon dioksida : Murid boleh: 7.2.1 7.2.2 Mengenalpasti sifat oksigen dan karbon dioksida dengan menjalankan aktiviti Menentukankan ujian pengesahan untuk gas oksigen dan gas karbon dioksida Aktiviti

Perkembangan Set Induksi

1. Guru meminta semua pelajar berdiri dan meminta mereka 2. 3. 4. 5.


menarik nafas yang panjang dan kemudian menghembuskannya. Guru menyoal pelajar mengenai jenis gas yang diperlukan oleh badan semasa pernafasan? Guru menyoal pelajar mengenai jenis gas yang meningkat semasa udara dihembuskan. Guru meminta pelajar menyenaraikan beberapa ciri gasgas tersebut. Pelajar dimakumkan bahawa pengajaran hari ini adalah untuk memahami sifat-sifat oksigen dan karbon dioksida dan ujian pengesahan bagi kedua-dua gas tersebut.

Perkembangan

Rumusan

1. Guru mengedarkan Lembaran Kerja 1 yang mengandungi beberapa aktiviti untuk menguji sifat-sifat gas oksigen dan karbon dioksida. 2. Pelajar menjalankan aktiviti dan mencatatkan pemerhatian dalam lembaran kerja. 3. Pelajar membuat kesimpulan daripada pemerhatian. 4. Guru menjalankan perbincangan ke atas hasil pemerhatian yang diperolehi oleh pelajar.

- 1. Pelajar merumuskan sifat kedua-dua gas tersebut menggunakan - Lembaran Kerja 2.


2. Pelajar menentukan ujian pengesahan yang sesuai untuk gas oksigen dan karbon dioksida.

Pentaksiran

Soalan dikemukakan untuk mengukur pencapaian serta pemahaman murid ke atas standard kandungan yang dihasratkan seperti di atas pada muka surat 38. Bagi pelajar yang tidak dapat menguasai standard pembelajaran, aktiviti pemulihan yang pelbagai seperti carta grafik yang lebih mudah dan menarik perlu disediakan seperti pada muka surat 39. Bagi pelajar yang dapat menguasai standard pembelajaran, aktiviti yang lebih mencabar perlu disediakan seperti pada muka surat 40.

Pemulihan

Pengayaan

34 |Modul P & P Sains Tingkatan 1(KSSM)

LEMBARAN KERJA 8
Tajuk : Memahami sifat-sifat gas oksigen and karbon dioksida Tujuan : Untuk mengkaji sifat-sifat gas oksigen dan karbon dioksida Radas : Tabung uji dengan penutup, bikar Bahan : Larutan natrium hidroksida, kayu uji, kertas litmus biru dan merah, air kapur dan penunjuk bikarbonat Langkah-langkah Pemerhatian Oksigen Karbon dioksida Kesimpulan

1. Perhatikan warna gas dan hidu


baunya.

2. Penuhkan bikar dengan


air.Terbalikkan tabung uji yang mengandungi gas ke dalam air seperti rajah di bawah. Alihkan penutup tabung uji dan biarkan ia dalam keadaan menegak untuk beberapa minit.
Gas

Air

Apakah yang diperhatikan terhadap paras air dalam tabung uji?

3. Isikan bikar dengan larutan natrium


hidroksida. Terbalikkan tabung uji yang mengandungi gas ke dalam larutan seperti rajah di bawah. Alihkan penutup tabung uji dan biarkan dalam keadaan menegak selama beberapa minit.
Gas
Larutan natrium hidroksida

Apa yang diperhatikan terhadap paras larutan natrium hidroksida dalam tabung uji?

35 |Modul P & P Sains Tingkatan 1(KSSM)

4. Isikan bikar dengan larutan kalium


pirogalol beralkali. Terbalikkan tabung uji yang mengandungi gas ke dalam larutan seperti rajah di bawah. Alihkan penutup tabung uji dan biarkan dalam keadaan menegak selama beberapa minit.
Gas
Larutan kalium pirogalol beralkali

Apa yang diperhatikan terhadap paras larutan kalium pirogalol beralkali dalam tabung uji?

5. Masukkan kayu uji berbara kedalam


tabung uji yang mengandungi gas seperti rajah di bawah.
Gas Kayu uji berbara

Apa yang diperhatikan?

6. Masukkan kayu uji menyala kedalam


tabung uji yang berisi gas.
Gas Kayu uji menyala

Apa yang diperhatikan?

36 |Modul P & P Sains Tingkatan 1(KSSM)

7. Masukkan sejalur kertas litmus biru


dan merah yang telah dilembapkan ke dalam tabung uji yang berisi gas.

Kertas litmus lembap

Apakah perubahan warna yang dilihat pada kertas litmus lembap?

8. Masukkan 2 cm3 larutan air kapur ke


dalam tabung uji yang berisi gas. Goncang tabung uji seketika.

Air kapur

Apa yang diperhatikan?

9. Masukkan 2 cm3 larutan penunjuk


bikarbonat ke dalam tabung uji yang berisi gas. Goncang tabung uji seketika.

Penunjuk bikarbonat

Apakah yang diperhatikan?

37 |Modul P & P Sains Tingkatan 1(KSSM)

LEMBARAN KERJA 9

Sifat-sifat gas dari segi 1. Warna

Oksigen

Karbon dioksida

2. Bau

3. Keterlarutan dalam air

4. Keterlarutan dalam larutan natrium hidoksida 5. Keterlarutan dalam kalium pirogalol beralkali 6. Membantu pembakaran

7. Keasidan/ kealkalian

8. UJIAN PENGESAHAN

Oksigen

Karbon dioksida

38 |Modul P & P Sains Tingkatan 1(KSSM)

PENTAKSIRAN
1. Berikan tiga sifat gas oksigen. _________________________________________________________________ _________________________________________________________________ _________________________________________________________________

2. Nyatakan ujian pengesan gas karbon dioksida. _________________________________________________________________

3. Apakah kesan gas karbon dioksida ke atas kertas litmus biru lembap? _________________________________________________________________

4. Nyatakan pemerhatian dari ujian kayu uji berbara terhadap gas oksigen. _________________________________________________________________

5. Apakah inferens yang boeh dibuat dari pemerhatian anda dalam soalan 4 di atas? _________________________________________________________________

39 |Modul P & P Sains Tingkatan 1(KSSM)

PEMULIHAN
1. Padankan gas-gas di bawah berdasarkan sifat-sifatnya.

Larut dalam larutan natrium hidroksida Menukarkan kertas litmus lembap dari biru ke merah

Karbon dioksida

Larut dalam larutan kalium pirogalol beralkali Oksigen Mengeruhkan air kapur Menyalakan kayu uji berbara Menukarkan warna penunjuk bikarbonat dari merah ke kuning

2. Tandakan () atau (X) pada pernyataan di bawah. a). Oksigen dan karbon dioksida tidak berwarna. b). Oksigen larut dalam air. c). Karbon dioksida menukarkan kertas litmus lembap dari merah ke biru. d). Karbon dioksida memadamkan kayu uji menyala. ( ( ( ( ) ) ) )

3. Gariskan jawapan yang betul.

a). Karbon dioksida (larut, tidak larut) dalam larutan natrium hidroksida. b). (Oksigen, karbon dioksida) mengeruhkan air kapur. c). Karbon dioksida menukarkan kertas litmus lembap dari (biru, merah) ke (biru, merah). d). (Oksigen, karbon dioksida) menyalakan kayu uji berbara. e). Karbon dioksida bersifat (alkali, asid).

40 |Modul P & P Sains Tingkatan 1(KSSM)

PENGAYAAN
1. Nyatakan persamaan dan perbezaan antara oksigen dan karbon dioksida. Persamaan

Oksigen

Perbezaan Keterlarutan dalam air Keterlarutan dalam larutan natrium hidroksida Keterlarutan dalam kalium pirogalol beralkali Kesan terhadap kertas litmus lembap Kesan terhadap air kapur Kesan terhadap kayu uji berbara Kesan terhadap kayu uji menyala Kesan terhadap penunjuk bikarbonat

Karbon dioksida

2. Rajah di bawah menunjukkan radas yang disediakan untuk mengkaji sifat-sifat oksigen dan karbon dioksida.

P
Karbon dioksida

Q
Oksigen

Larutan natrium hidroksida

Larutan natrium hidroksida

41 |Modul P & P Sains Tingkatan 1(KSSM)

(a). Apakah pemerhatian eksperimen ini selepas 10 minit? P: Q:

(b). Apakah inferens kamu berdasarkan pemerhatian yang kamu sebutkan di (a)? P: Q:

(c). Apakah kesan karbon dioksida terhadap i. air kapur ? ii. penunjuk bikarbonat?

(d). Apakah kesan oksigen i. terhadap kayu uji berbara ? ii. dalam larutan pirogalol beralkali?

42 |Modul P & P Sains Tingkatan 1(KSSM)

CONTOH RANCANGAN PEMBELAJARAN HARIAN 5


Mata Pelajaran Tema / Topik Masa 1. 2. : Sains : Sains Fizikal / Haba : 2 waktu (80 minit) : 9.2.2 :

Standard pembelajaran Objektif pembelajaran

Pada akhir p & p murid boleh : I. Menerangkan cara pemindahan haba dari kawasan panas ke kawasan lebih sejuk iaitu konduksi, perolakan dan sinaran dengan menjalankan aktiviti 3. Aktiviti P & P a) Murid menjalankan aktiviti melalui kaedah stesen dan mencatatkan pemerhatian berdasarkan soalan yang disediakan oleh guru. Murid diberi pengukuhan dengan menjawab soalan melalui perbincangan dalam kumpulan Guru memberi penjelasan cara pemindahan haba iaitu konduksi, perolakan dan sinaran dengan menggunakan powerpoint yang disediakan oleh guru Guru menyemak jawapan bersama murid

b)

c)

d) 4.

Elemen Merentas Kurikulum TMK, Pemikiran Kritikal, Kemahiran Proses Sains, Bekerjasama.

5.

Bahan Bantu Mengajar Powerpoint yang guru sediakan, radas dan bahan eksperimen

6.

Penilaian P & P Menggunakan lembaran kerja yang guru sediakan

7.

Refleksi i. 30 orang pelajar telah mencapai objektif pembelajaran 9.2.2 dan diberikan aktiviti pengayaan. ii. 10 orang pelajar yang tidak mencapai objektif pembelajaran telah diberikan aktiviti pemulihan

43 |Modul P & P Sains Tingkatan 1(KSSM)

Rancangan Pelajaran 5
Standard Kandungan Standard Pembelajaran : : : Menganalisis pemindahan haba Murid boleh 9.2.2 Menerangkan cara pemindahan haba dari kawasan panas ke kawasan lebih sejuk iaitu konduksi, perolakan dan sinaran dengan menjalankan aktiviti.

Set Induksi

1. Guru meletakkan gelas yang berisi air panas di atas meja. 2. Guru meminta seorang pelajar memasukkan sudu logam ke dalam gelas tersebut dan pelajar terus memegang sudu tersebut. 3. Guru mengemukakan soalan: S1 : Nyatakan apakah yang dapat kamu rasa.? S2 : Mengapa sudu logam menjadi panas? S3 ; Bagaimana cara haba dipindahkan?

(Aktiviti boleh diubahsuai mengikut kreativiti guru) Setelah tamat aktiviti guru merumuskan: Haba boleh dipindahkan.

Perkembangan

Aktiviti 1

1. Guru memberi arahan tentang aktiviti yang perlu


dilakukan pada setiap stesen. Stesen 1

1. Guru menyediakan susunan radas seperti ditunjukkan


dalam rajah.

44 |Modul P & P Sains Tingkatan 1(KSSM)

2. Guru meminta pelajar menjalankan aktiviti berikut : i. Panaskan hujung rod kuprum menggunakan penunu
Bunsen ii. Catat pemerhatian tentang urutan kejatuhan paku tekan

Stesen 2A (Cecair) 1. Guru menyediakan susunan radas seperti ditunjukkan dalam rajah.

2. Guru meminta pelajar melakukan aktiviti berikut :


i masukkan cebisan kertas ke dalam air panas yang mendidih ii lukiskan arah pergerakan cebisan kertas di atas lembaran kerja yang disediakan Stesen 2B (Gas) 1. Guru menyediakan susunan radas seperti ditunjukkan dalam rajah. 2. Guru menyediakan sebuah balang gas bersama kadboard berbentuk T dengan lilin menyala seperti dalam rajah di bawah.

45 |Modul P & P Sains Tingkatan 1(KSSM)

3. Guru meminta pelajar melakukan aktiviti berikut :


i nyalakan ubat nyamuk dan pegangnya di atas balang gas pada bahagian yang bersebelahan dengan lilin yang menyala ii lukiskan arah pergerakan asap di atas lembaran kerja yang disediakan Stesen 3 (Gas) 1. Guru menyediakan susunan radas seperti ditunjukkan dalam rajah.

2. Guru meminta pelajar melakukan aktiviti berikut : i catatkan suhu dalam makmal ii letakkan termometer di bawah mentol yang sedang menyala selama 5 minit iii catatkan suhu termometer pada akhir aktiviti

Rumusan

Guru membimbing pelajar untuk membuat rumusan tentang cara pemindahan haba berdasarkan aktiviti stesen 1, 2 dan 3. Stesen 1 Haba dipindahkan secara konduksi melalui pepejal. Stesen 2 Haba dipindahkan secara perolakan melalui cecair dan gas. Stesen 3 Haba dipindahkan secara sinaran melalui gas.

Aktiviti 2 (10 minit)

1. Murid diberi pengukuhan dengan menjawab soalan dari


Lembaran Kerja 10 melalui perbincangan dalam kumpulan. 2. Guru memberi tempoh masa 10 minit kepada setiap kumpulan untuk melengkapkan jawapan.

46 |Modul P & P Sains Tingkatan 1(KSSM)

Aktiviti 3 (15 minit)

1. Guru menyemak jawapan bersama pelajar dan memberi


penjelasan.

Aktiviti 4 (15 minit)

1. Guru menerangkan konsep pemindahan haba melalui (a) Konduksi (b) Perolakan (c) Sinaran 2. Penerangan konsep menggunakan slaid Powerpoint
yang disediakan oleh guru Pentaksiran Soalan dikemukakan untuk mengukur pencapaian serta pemahaman murid ke atas standard kandungan yang dihasratkan. Bagi murid yang mendapat penskoran rendah, aktiviti pemulihan yang pelbagai seperti carta grafik dan lebih mudah dan lagi menarik disediakan pada muka surat 49. Bagi murid yang mendapat penskoran yang tinggi dalam pentaksiran, aktiviti yang lebih mencabar disediakan pada muka surat 50.

Pemulihan

Pengayaan

47 |Modul P & P Sains Tingkatan 1(KSSM)

LEMBARAN KERJA 10
Stesen 1 :

1.

Paku tekan ___________ jatuh terlebih dahulu diikuti dengan paku tekan ___________ dan ___________.

Stesen 2 : A

1.

Lukiskan arah pergerakan cebisan kertas dalam bikar pada rajah di atas.

Stesen 2 : B

1.

Lukiskan arah pergerakan asap ubat nyamuk dalam balang gas pada rajah di atas.

48 |Modul P & P Sains Tingkatan 1(KSSM)

Stesen C 1. Catatkan bacaan suhu awal dan akhir dalam jadual di bawah. Suhu Awal Suhu Akhir

Berdasarkan kepada pemerhatian anda di stesen 1, 2 dan 3 dan pengetahuan sains, jawab soalan-soalan berikut :

1.

Mengapa paku tekan jatuh? ___________________________________________________________________ ___________________________________________________________________

2.

Haba dari nyalaan penunu Bunsen mengalir melalui ______________, menyebabkan lilin cair dan seterusnya paku tekan jatuh.

3.

Paku tekan manakah yang jatuh dahulu? Mengapa? Ini kerana paku tekan ___________ terletak paling ___________ dengan haba.

4.

Bagaimanakah haba mengalir melalui batang kuprum?

Dari kawasan ___________ ke kawasan yang lebih ___________.

5.

Namakan proses pengaliran haba yang berlaku melalui pepejal. ___________________________________________________________________

6.

Namakan proses pengaliran haba yang berlaku dalam bendalir. ___________________________________________________________________

7.

Air panas bergerak ___________. Ini kerana air yang panas adalah___________. Air yang sejuk bergerak ___________.

49 |Modul P & P Sains Tingkatan 1(KSSM)

PEMULIHAN
Nyatakan jenis pengaliran haba (konduksi, perolakan, sinaran) dalam ruang yang disediakan.

50 |Modul P & P Sains Tingkatan 1(KSSM)

PENGAYAAN
P

Candle

1. Tangan manakah yang akan rasa lebih panas selepas dua minit? ............................................................................................................................................... 2. Terangkan jawapan anda. ............................................................................................................................................... ...............................................................................................................................................

51 |Modul P & P Sains Tingkatan 1(KSSM)

You might also like