You are on page 1of 6

SAINS TAHUN 4

TAJUK : SIFAT BAHAN


STANDARD KANDUNGAN : 7.2 SIFAT BAHAN
STANDARD PEMBELAJARAN : 7.2.1, 7.2.2
OBJEKTIF : MURID DAPAT
1. Mengitlak sifat bahan dari segi kebolehan menyerap air sama ada menyerap
atau kalis air dengan menjalankan aktviti.
2. Mengitlak sifat bahan dari segi kebolehan terapung sama ada tenggelam atau
timbul di atas permukaan air dengan menjalankan aktiviti.

AKTIVITI
SET INDUKSI
1. Guru membuka payung dan bersoal jawab dengan murid tentang
kegunaan payung.
Contoh soalan
Apakah kegunaan payung ?
Mengapakah kita menggunakan payung ?
2. Guru mengaitkan jawapan murid dengan tajuk pembelajaran hari ini.
LANGKAH 1
1. Murid dibahagikan kepada empat kumpulan.
2. Murid mengeluarkan bahan yang telah dibawa untuk membuat ujikaji.
3. Guru mengedarkan bekas yang berisi air.
LANGKAH 2
1. Murid menjalankan aktiviti secara berkumpulan mengikut arahan yang
telah diberikan oleh guru.
2. Murid mencatat pemerhatian pada lembaran aktiviti .
LANGKAH 3
1. Wakil setiap kumpulan membentangkan hasil dapatan aktiviti yang
telah dijalankan.
2. Guru dan murid membincangkan keputusan penyiasatan.
PENUTUP

1. Guru mengedarkan lembaran kerja berbentuk peta minda.

Objek
Pensil
Kayu ais krim
Penyedut
minuman
Kunci
Guli
Pemadam
Syiling
Sudu plastik
Sudu besi
Bekas
makanan
polisterin
Kertas

Sifat Sifat Bahan


Kebolehan menyerap air
Kebolehapungan di permukaan
air
Menyerap air
Kalis air
Terapung
Tenggelam

SAINS TAHUN 4
TAJUK : SIFAT BAHAN
STANDARD KANDUNGAN : 7.2 SIFAT BAHAN
STANDARD PEMBELAJARAN : 7.2.4, 7.2.5
OBJEKTIF : MURID DAPAT
1. Mengitlak sifat bahan dari segi kebolehan mengalirkan elektrik iaitu
konduktor atau penebat elektrik dengan menjalankan aktiviti.
2. Mengitlak sifat bahan dari segi kebolehan mengalirkan haba iaitu
konduktor atau penebat haba dengan menjalankan aktiviti.
AKTIVITI
SET INDUKSI
1. Guru meminta murid menghidupkan suis lampu. Guru bersoal jawab
dengan murid
tentang kehadiran arus elektrik.
Contoh soalan
Mengapakah lampu itu menyala ?
2. Guru meminta murid menggosok tapak tangan.
Contoh Soalan
Apakah yang kamu rasa selepas kamu menggosokkan tapak tangan ?
3. Guru mengaitkan aktiviti di atas dengan tajuk pelajaran hari ini.
LANGKAH 1
1. Murid dibahagikan kepada empat kumpulan.
2. Guru mengedarkan litar ringkas daripada sel kering, mentol dan wayar.
3. Murid mengeluarkan bahan ujikaji.
LANGKAH 2
1. Murid menjalankan aktiviti secara berkumpulan mengikut arahan yang
telah diberikan oleh guru.
2. Murid mencatat pemerhatian pada lembaran aktiviti .

LANGKAH 3
1. Wakil setiap kumpulan membentangkan hasil dapatan aktiviti yang
telah dijalankan.
2. Guru dan murid membincangkan keputusan penyiasatan.
PENUTUP
1. Guru mengedarkan lembaran kerja berbentuk peta minda.

Objek
Wayar kuprum
Kayu ais krim
Penyedut
minuman
Kunci
Guli
Pemadam
Syiling
Sudu plastik
Sudu besi
Kerajang
aluminium
Kertas
Tali pinggang

Sifat Sifat Bahan


Kebolehan mengalirkan elektrik
Kebolehan mengalirkan haba
Ya
Tidak
Ya
Tidak

You might also like