You are on page 1of 3

Assalamualaikum w.b.

t & salam sejahtera kepada para pengadil, guru-guru dan


rakan-rakan sekalian
Kami dari Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Kukup
Ismi Nor Amisha Farhana binti Mohd Amin Wo de ming shi Farah Afiqah Purba
binti Muhamad Hassan Purba Saya Hazwani binti Mohd Yusoff
J.I.R.I.Mapakah itu kawan-kawan??
Jirim ialah sesuatu bahan yang mempunyai jisim dan memenuhi ruang.
Semua hidupan dan benda bukan hidup di bumi adalah jirim, kerana benda hidup
dan bukan hidup tersebut mempunyai jisim dan memenuhi ruang. Contohnya, meja,
sabun, kipas dan manusia.
Tahukah anda??Jirim terbahagi kepada 3 keadaan iaitu pepejal, cecair dan
gas. Cecair bergerak bebas.
Jom kita tengok Aktiviti : meniup buih sabun
Cecair mempunyai tegangan permukaan disebabkan oleh daya lekatan
(cohesive forces ) di antara molekul cecair. Oleh yang demikian, buih sabun yang
terhasil berbentuk bulat kerana dipengaruhi oleh tegangan permukaan yang ada
pada cairan air sabun tersebut.
Mari sama-sama kita perhatikan,aktiviti kedua iaitu Magic Milk
Bahan yang diperlukan hanyalah susu cair, perwarna, putik kapas, sabun
cecair dan bekas plastik. Jom kita perhatikan apa yang berlaku wahai kawan-kawan.
Tuangkan susu cair ke dalam bekas plastik. Kemudian, titiskan pewarna kuning,
hijau, merah dan biru ke dalam susu cair tersebut.Kemudian ambil putik kapas yang

telah dicelup ke dalam cacair sabun dan dicelup putik kapas tersebut ke dalam susu yang
telah dititiskan pewarna.

Wah!!
WOW!!Dae to the bak Daebak!!
Menarikkan kawan-kawan??Lihatlah pada perubahan warna yang berlaku.
Tahukah kawan-kawan semua apa yang sebenarnya yang telah terjadi ke atas susu
cair tersebut??
Sabun ialah molekul yang larut dalam air dan lemak seperti susu atau minyak.
Susu cair pula secara amnya terdiri daripada air dan pada masa yang sama
mengandungi kalsium, mineral, protein dan lemak. Protein dan lemak yang
terkandung di dalam susu ini sangat sensitif dengan sebarang perubahan yang
terjadi pada susu.
Oleh itu, apabila kami meletakkan putik kapas yang telah dicelup sabun ke
dalam susu , maka ikatan yang memegang erat larutan protein itu akan hancur dan
membentuk ikatan lain yang berbeza.
Jawapan lainnya adalah kerana susu ialah cecair yang mempunyai tegangan
permukaan. Tetapi apabila sabun dicelup ke dalam susu, sabun akan
mengurangkan tegangan permukaan susu tersebut. Oleh yang demikian, pewarna
akan tersebar secara resapan .

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SRI KUKUP

You might also like