You are on page 1of 1

LEPAT LOI / LEPAT LUEH

LEPAT LOI merupakan makanan tradisional Bangsa Bugis. Ia diperbuat


daripada pulut yang direbus atau dikukus. LEPAT LOI juga menggunakan pati
santan kelapa.

Pulut berkenaan kemudiannya disejukkan kira-kira sejam atau dua jam


sebelum dibungkus untuk mengelakkan daripada basi. LEPAT LOI dibungkus
dengan menggunakan acuan yang berbentuk tiga segi dan dimasak selama lapan
jam.
Daun pisang yang digunakan untuk membungkus kedua-dua jenis makanan
ini ialah daun pisang nipah. Bukan tidak boleh guna daun pisang lain tetapi
dikhuatiri pulut atau nasi akan menjadi pahit. Daun berkenaan pula harus dipilih di
bahagian pucuknya atau paling muda. Daun pisang yang tua tidak boleh digunakan
kerana keras dan mudah koyak.
Sekali lihat, bungkusan dan bentuknya persis sejenis coklat jenama
antarabangsa berbentuk tiga segi yang sering dijual di pasar raya besar seluruh
negara.
LEPAT LOI boleh disimpan selama seminggu tanpa perlu dimasukkan ke
dalam peti ais.
LEPAT LOI berasal dari Sulawesi dan sering menjadi pilihan pedagang Bugis
sebagai bekalan pelayaran. Ini kerana, sifat makanan tersebut yang tahan lama, enak
dan mudah dimakan begitu sahaja.

CARA-CARA MEMASAK LEPAT LOI

1. CUCI DAN RENDAM BERAS PULUT SEMALAMAN


2. KEMUDIAN KUKUS BERAT PULUT SETENGAH MASAK
3. SETELAH ITU, MASUKKAN SANTAN PEKAT YANG DICAMPURKAN
DENGAN GARAM. GAUL SEBATI. BIARKAN SEBENTAR DAN DIKUKUS
SEMULA SEHINGGA MASAK.
4. SETERUSNYA KELUARGA PULUT DARI ALAT PENGUKUS DAN SUDU KE
DALAM ACUAN BERBENTUK SEGI TIGA SAMA YANG DIALAS DENGAN
DAUN PISANG MUDA. ACUAN INI DIPERBUAT DARIPADA PELEPAH
KELAPA YANG DIBENTUK MENJADI SEGI TIGA.
5. TEKAN PADAT PULUT DI DALAM ACUAN DAN BUNGKUS DENGAN
KEMAS SERTA KETAT.
6. KEMUDIAN SUSUNKAN ENAM BIJI PULUT YANG DIBUNGKUS TADI
BERSAMA DENGAN DAUN PISANG TUA. IKAT KEMAS MENGGUNAKAN
TALI RAFIA.
7. AKHIR SEKALI, REBUS SEHINGGA 4-8 JAM.

LEPAT LOI DISUSUN 6 & DIIKAT. LEPAT LOI DIBUNGKUS RUPA LEPAT LOI SETELAH MASAK

You might also like