You are on page 1of 1

PENTAKSIRAN PEKA SAINS SPM TINGKATAN 5

SMA NAHDZAH
EKSPERIMEN 2.1 : MENGANGGARKAN NILAI KALORI SAMPEL MAKANAN

Tugasan 2
Kaji situasi di bawah

(1) Berdasarkan maklumat di atas, rancang dan jalankan satu eksperimen untuk
mengkaji situasi tersebut. Tuliskan satu laporan eksperimen yang lengkap.
Anda dibekalkan dengan 1 g kacang tanah, 1 g roti, 1 g bilis, kapas, air suling,
kaki retort, tabung didih, thermomete,r penghadang, plastisin dan jarum

(2) Laporan tersebut perlu mengandungi perkara-perkara berikut:

a. Pernyataan masalah
b. Tujuan eksperimen
c. Hipotesis
d. Pemboleh ubah Format penulisan laporan
e. Radas dan bahan eksperimen rujuk kepada
f. Prosedur nota yang telah diberikan.
g. Berkomunikasi (Penjadualan data)
h. Mentafsir data
i. Membuat kesimpulan

3. Anda juga dikehendaki menjawab soalan-soalan berikut:


a. Nyatakan inferens bagi dapatan eksperimen ini.
b. Berikan definisi secara operasi kalori makanan dalam eksperimen ini.
c. Adakah nilai kalori dalam sampel makanan yang ditentukan dengan
menggunakan calorimeter lebih besar atau lebih kecil daripada nilai kalori
dalam sampel makanan yang sebenar?
Jelaskan jawapan anda.
d. Namakan satu contoh sampel makanan yang digunakan untuk
menganggarkan nilai kalori dengan menggunakan calorimeter bagi setiap kelas
makanan yang berikut:
i. karbohidrat
ii. protein
iii. lemak
e. Namakan satu kelas makanan yang tidak mempunyai nilai kalori.
Berikan sebabnya.
f. Adakah dapatan eksperimen yang anda peroleh boleh diterima?
Jelaskan jawapan anda

Semasa anda menjalankan eksperimen, kemahiran manipulatif dan amalan sikap saintifik
dan nilai murni akan dinilai.

You might also like