You are on page 1of 5

Tugasan 3 (30%) : Penulisan - Laporan

Leonardo Fibonacci merupakan seorang ahli matematik Itali. Beliau dilahirkan pada
1170 dan meninggal dunia pada 1250. Beliau banyak menghabiskan kehidupan beliau di
Pisa sehingga beliau digelar Fibonacci of Pisa. Ketika pada usia remaja, beliau mengikuti
ayahnya ke Bugia, Afrika selatan untuk berdagang. Di situ, beliau mempelajari pelbagai
teknik mengira yang digunakan oleh pedagang muslim seperti menggunakan nombor sifar
hingga sembilan dengan aritmetik. Dalam perjalanan pulang ke Pisa, Leonardo menulis
sebuah buku yang menerangkan pelbagai cara untuk menulis dan mengira nombor iaitu
Liber Abacci yang kemudiannya diterjemahkan dalam bahasa latin iaitu ‘buku kira-kira’,
(Keith, 2010). Buku ini disiapkan pada 1202 yang mana di dalam buku ini dipercayai
membawa sistem nombor Hindu-Arab dan aritmetiknya ke Eropah. Di dalam buku ini ada
menyebut mengenai siri Fibonacci. Peraturan bagi siri ini ialah jumlah bagi dua nombor di
depan akan menghasilkan nombor yang seterusnya seperti 1+1=2, 1+2=3, 2+3=5, 3+5=8,…
Namun, persoalannya bagaimanakah siri ini dapat memandu kita ke arah kebenaran?

Sehubungan dengan itu, siri Fibonacci dikatakan menuju kebenaran kerana dapat
menyelesaikan masalah arnab. Dalam hal ini, pada bulan pertama, Leonardo meletakkan
sepasang arnab dalam satu tempat yang dikelilingi oleh dinding. Pada bulan kedua, arnab
tidak membiak kerana kurang matang. Namun, pada bulan ketiga dan seterusnya, arnab
membiak mengikut siri Fibonacci. Dalam hal ini, Fibonacci dapat memandu kita menuju
kebenaran kerana kita akan dapat menjangkakan bilangan arnab dalam satu-satu masa
tertentu seperti setahun menggunakan siri ini. Hal ini menunjukkan bahawa sekiranya takdir
menentukan arnab akan membiak 377 pasang dalam masa setahun, Fibonacci juga
menunjukkan bilangan pasangan yang sama.

Bulan Arnab Bilangan


pasangan
1 1

2 1

3 2
4 3

5 5

Jadual 1.0 pasangan arnab mengikut siri Fibonacci

Selain itu, Fibonacci juga terdapat dalam tumbuhan seperti bilangan kelopak bunga.
Misalnya, bunga iris (3 kelopak), bunga raya (5 kelopak), bunga daisi (34 kelopak) dan
banyak lagi. Seterusnya, jika kita kaji pada kepala bunga matahari, kita akan mendapat
pusaran berlaku dalam arah bertentangan dan apabila mengiranya kita akan mendapati
bahawa bunga matahari terdapat 21, 34, 55, 89 atau 144 pusaran arah jam dan 34, 55, 89
atao 144 pusaran arah lawan jam. Selain itu, pusaran ini juga kita dapat lihat di atas kulit
nenas. Hal ini membuktikan bahawa Fibonacci bukan sahaja secara kebetulan tercipta
malah jelas dapat dilihat bahawa Fibonacci adalah siri nombor yang terhasil sama seperti
tumbuhan dan bukan dicipta oleh manusia semata-mata.

Rajah 1.1 siri Fibonacci di dalam tumbuhan

Di samping itu, siri Fibonacci ini juga dapat kita lihat pada struktur badan manusia.
seperti panjang organ manusia. Dalam hal ini, Leonardo Da Vinci menjumpai bahawa jumlah
ketinggian badan manusia dari jari kaki hingga ke pusat adalah mengikut nisbah keemasan,
(Davis & Altegoft, 1979). Seperti yang kita ketahui, siri Fibonacci adalah tak terhingga atau
infiniti. Dalam hal ini, bermula daripada nombor 144 hingga seterusnya akan menghasilkan
nisbah keemasan apabila nombor Fibonacci ini dibahagi dengan nombor sebelumnya.
Misalnya :

1, 1, 2, 3, 5, 8, 13, 21, 34, 55, 89, 144, 233, 377, 610, 987, …

233 ÷ 144 = 1.618

377 ÷ 233 = 1.618

610 ÷ 377 = 1.618

Rajah 1.2 susunan Fibonacci dan nisbah keemasan

Nilai ∅ = (√5 + 1)/2 ini ialah nisbah keemasan yang banyak dijumpai pada panjang
organ manusia. Misalnya, seorang lelaki yang mengangkat tangan dengan 175 cm tinggi
supaya jarak dari kaki ke pusat diukur sepanjang 108 cm ; dari pusat ke hujung kepala
diukur sepanjang 66.5 cm : dan dari kepala ke hujung jari tangan yang diangkat ialah 41.5
cm. Nisbah antara 175 (ketinggian lelaki) dengan 108 ialah 1.620 sama seperti nisbah
antara 108 dan 66.5 juga ialah 1.62 manakala nisbah antara 66.5 dan 41.5 pula 1.6. dalam
hal ini, kita tahu bahawa manusia dilahirkan ke dunia dicipta oleh yang tuhan yang maha
sempurna dan maha benar seperti yang tercatat dalam Al-Quran:

“Orang-orang yang tidak beriman kepada kehidupan akhirat, mempunyai sifat yang buruk;
dan Allah mempunyai sifat yang Maha Tinggi; dan Dia-lah Yang Maha Perkasa lagi Maha
Bijaksana” (QS an-Nahl ayat 60)

Antara kesempurnaan dan kebenaran yang ditunjukkan-Nya ialah struktur badan manusia
yang mempunyai unsur siri Fibonacci dan nisbah keemasan.

Di samping itu, antara lain kebenaran yang ditunjukkan oleh siri Fibonacci dalam
alam sekeliling ialah pada struktur binaan zaman purba seperti Piramid Giza di Mesir.
Piramid Khufu di Giza dibina sebelum 2500 S.M. Berdasarkan (Tas, p.12), panjang sisi
tapak piramid adalah dalam julat 755.43 kaki hingga 756.08 kaki, (Markowsky, 1992). Oleh
itu, piramid Khufu bukan segiempat yang sempurna. Dalam pada itu, purata panjang bagi
piramid ini ialah 755.79 kaki, manakala purata ketinggiannya pula ialah 481.4 kaki. Jika kita
wakilkan t sebagai tinggi, p sebagai panjang tapak dan s sebagai sisi selanting, kita akan
mendapati bahawa s = 612.01 kaki. Ini bermakna jika 612.01/377.09 = 1.62 yang mana
bersamaan dengan nisbah keemasan. Walau bagaimanapun, jika s, p dan t boleh dikecilkan
dengan membahagi dengan 377.09 di mana akan menjadi s = ∅, p = 1 dan t = √∅. Hal ini
menunjukkan bahawa pembinaan struktur berdasarkan siri Fibonacci akan menghasilkan
ukuran yang tepat dan benar yang sekaligus memandu kita ke arah yang benar.

Rajah 1.3 Piramid dan nisbah keemasan

Akhir sekali, karya agung Leonardo Da Vinci iaitu potret Mona Lisa juga mempunyai
unsur-unsur siri Fibonacci melalui postur gadis ini yang dapat dilihat dalam 3 arah
berlainan. Leonardo merupakan salah seorang daripada genius yang menyatakan
perkadaran yang ideal dalam terma corak geometri. Hal ini terbukti dalam lukisan Mona lisa
yang menggunakan segiempat keemasan. Segiempat keemasan ialah segiempat yang
√5+1
memunyai panjang sisi sama dengan nisbah keemasan, 1: , (wiki, 2015) Dalam hal
2

demikian, kerana lukisan anggota-anggota badan seperti mulut, hidung, muka sehinggalah
struktur badan Mona lisa 100% sesuai jika dipadankan dengan segiempat keemasan yang
menggunakan aplikasi siri Fibonacci di dalamnya. Dalam hal ini, siri Fibonacci juga terbukti
dapat memandu kita ke arah kebenaran kerana susunan nombor ini bukan sahaja dapat kita
kira semata-mata tetapi juga kita dapat melihat hasilnya pada kehalusan seni yang secara
tidak langsung menunjukkan siri ini sangat mendekati kebenaran mutlak.
Rajah 1.4 Mona lisa dan segiempat keemasan

Konklusinya, siri Fibonacci ialah satu jujukan yang amat menakjubkan dan terdapat
di sekeiling kita. Berdasarkan hukum dan peraturan jujukan ini, Fibonacci menjadi terkenal
sehingga boleh menyelesaikan pebagai masalah bukan rutin. Selain itu, berdasarkan bukti-
bukti yang telah diberi, terbukti bahawa siri Fibonacci sebenarnya memberi kita gambaran
jelas dengan apa yang dikatakan dengan nombor dan kebenaran.

You might also like