You are on page 1of 2

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

KOLEJ VOKASIONAL ERT SETAPAK


Jalan Genting Kelang,
53300 Setapak,
Kuala Lumpur. Telefon : 03- 4149 2099 / 4142 1085
Faks : 03- 4143 3066
Email : sertsetapak@yahoo.com
Laman Web : http://kverts.moe.edu.my

Rujukan Tuan :
Rujukan Kami :
Tarikh : 01 Oktober 2019

Pengurus,
Kelantan ICT Gateway Sdn. Bhd.,
L3.07, Pusat Transformasi Bandar UTC
Lot 378, Seksyen 16 Jalan Hamzah
15050 Kota Bharu Kelantan
u.p.: Puan Farizan bt Jafar

Tuan,

MEMOHON KEBENARAN MENGADAKAN LAWATAN JELAJAH INDUSTRI DI


KELANTAN ICT GATEWAY SDN. BHD.

Dengan segala hormatnya, emel kami kepada muiz@kigsb.com.my bertarikh 17/07/2019 dan
jawapan balas emel daripada farizan@kigsb.com.my bertarikh 01/08/2019 adalah di rujuk.

2. Adalah dimaklumkan, Program Teknologi Sistem Komputer dan Rangkaian daripada


Kolej Vokasional ERT Setapak, ingin memohon kebenaran untuk mengadakan lawatan jelajah
industi ke Kelantan ICT Gateway Sdn. Bhd.

3. Butiran lawatan adalah seperti berikut:


a) Bilangan Peserta: 21 orang (2 orang pensyarah dan 19 orang pelajar)
b) Tarikh: 20 Ogos 2019 (Selasa)
c) Anggaran masa melawat: 10.30 pagi

4. Bagi pengetahuan pihak tuan, pelajar terlibat merupakan pelajar tahun akhir program
Diploma Teknologi Sistem Komputer dan Rangkaian yang bakal mengikuti On Job Training (OJT)
pada tahun 2020. Justeru itu, kami berhasrat memberi pendedahan kepada pelajar berkaitan
pembangunan industri ICT, program-program ICT, pengurusan ICT sebuah kerajaan negeri serta
perkembangan peralatan ICT terkini yang secara langsung akan membantu pelajar memasuki alam
pekerjaan kelak.
5. Kami amat berharap agar permohonan kami ini dapat pertimbangan sewajarnya dari
pihak tuan. Jasa baik dan kerjasama daripada pihak tuan amat kami hargai dan dahului dengan
ucapan terima kasih.

6. Bersama-sama ini disertakan kertas kerja lawatan untuk rujukan pihak tuan. Sebarang
pertanyaan boleh berhubung dengan pengurus lawatan iaitu En Nur Muhd Firdaus bin Ibrahim
di talian 013-9112424.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGERA”

Saya yang menjalankan amanah,

………………………….…….
(MOHD DAUD BIN ISMAIL)
Timbalan Pengarah Sokongan Akademik,
Kolej Vokasional ERT Setapak,
53300 Setapak, WP Kuala Lumpur.

You might also like