You are on page 1of 27

Ruj Tuan :

Ruj Kami : JPK .SPPK.HEM. 500-6/4/1 (47)


Tarikh : 23 Jun 2021
Pengetua / Guru Besar
Sekolah-sekolah Negeri Kedah

Tuan,

PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM MINDA SIHAT DALAM KEBIASAAN BAHARU


TAHUN 2021

Dengan segala hormatnya saya diarah merujuk kepada perkara di atas dan surat daripada
Sektor Operasi Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia, KPM.600-17/1/22 JLD.3 (90)
bertarikh 22 Jun 2021 adalah berkaitan.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Pendidikan Negeri Kedah ingin memanjangkan


pemakluman bahawa Panduan Pelaksanaan Program Minda Sihat Dalam Kebiasaan Baharu
Tahun 2021 disediakan sebagai panduan kepada Guru Bimbingan dan Kaunseling dalam
melaksanakan program tersebut dengan terancang, sistematik dan bersesuaian dengan situasi
semasa norma baharu.

3. Sehubungan itu, pengetua, guru besar, pentadbir sekolah serta guru bimbingan dan
kaunseling hendaklah mematuhi panduan yang ditetapkan dalam panduan tersebut. Sekolah
perlu membuat persediaan dengan merujuk panduan yang dilampirkan

4. Bersama-sama ini dilampirkan Panduan Pelaksanaan Program Minda Sihat dalam


Kebiasaan Baharu Tahun 2021 untuk perhatian pihak tuan. Sebarang pertanyaan, boleh
hubungi Muhammad Fazli b Abu Bakar, Penolong Pengarah Hal Ehwal Murid di talian 04-
7745159 / 0138225341.

Perhatian dan kerjasama tuan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

“PRIHATIN RAKYAT : DARURAT MEMERANGI COVID-19”


“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
“PENDIDIKAN CEMERLANG KEDAH TERBILANG”

Saya yang menjalankan amanah,

Timbalan Pengarah Pendidikan ( Pembangunan Murid)


b/p: Pengarah Pendidikan
Jabatan Pendidikan Negeri Kedah

s.k: 1.Pengarah Pendidikan Kedah


2.Pegawai Pendidikan Daerah Negeri Kedah
fazli/mindasihat2021/mydoc

You might also like