You are on page 1of 7

SEKOLAH KEBANGSAAN TEBONG

KM37, JALAN KUALA SUNGGA, 76460, TEBONG, MELAKA

LAPORAN KURSUS

PENATARAN PEMANTAPAN
PANDUAN PELAKSANAAN
PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH
(PBD)
PERINGKAT NEGERI MELAKA
2021
(secara dalam talian)
___________________________________________________________________________

TARIKH :
21 MEI 2021 – 13 JUN 2021
MEDIUM :
YOUTUBE CHANNEL
“GemaDigitalTVMelaka”
ANJURAN :
SEKTOR PEMBELAJARAN
JABATAN PENDIDIKAN NEGERI MELAKA
LAPORAN KURSUS PENATARAN PEMANTAPAN PANDUAN PELAKSANAAN
PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (PBD) PERINGKAT NEGERI
MELAKA 2021
(secara dalam talian)

TARIKH : 21 MEI 2021 – 13 JUN 2021


MASA : (mengikut kelapangan guru)
TEMPAT : ATAS TALIAN (YouTube Channel “Gema DigitalTV Melaka)
PENCERAMAH : Pegawai-pegawai Sektor Pembelajaran JPN Melaka
PESERTA : Semua guru-guru Negeri Melaka

PENDAHULUAN

Pentaksiran Berasaskan Sekolah atau singkatannya PBS ialah satu pentaksiran


yang bersifat holistik iaitu menilai aspek kognitif, afektif dan psikomotor selaras
dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan kurikulum kebangsaan Malaysia.
Pentaksiran ini merupakan sesuatu yang agak baharu dalam pendidikan di Malaysia,
yang selaras dengan pelaksanaan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia
(PPPM). Ia memainkan peranan penting bagi tujuan melahirkan murid-murid yang
seimbang dalam pelbagai aspek.
PBD pula ialah pentaksiran yang berlaku secara berterusan sepanjang PdP, bagi
semua mata pelajaran. PBD bukanlah untuk membandingkan tahap penguasaan
antara seorang murid dengan murid yang lain, tetapi ia bertujuan untuk melihat
perkembangan kemajuan murid dalam pembelajaran di samping membantu guru
menambah baik pengajaran mereka.

OBJEKTIF :
Penataran ini adalah bertujuan untuk :
1. Membugarkan kembali pemahaman guru berkaitan Pentaksiran Bilik Darjah
2. Memberi kefahaman kepada guru untuk menilai dan mentaksir murid-murid
melalui “Professional Judgement”.
3. Menyediakan guru dengan kemahiran mentaksir yang terbaik untuk
menyediakan PBD murid-murid.
LAPORAN KURSUS
Pihak JPN Melaka melalui Sektor Pembelajaran telah menyediakan 6 set video yang
telah dimuatnaik di dalam “YouTube Channel” GemaDigitalTVMelaka. Sasaran pihak
Jabatan adalah semua guru di Negeri Melaka akan dapat menonton video ini dan
dapat membugarkan kemnbali pemahaman guru terhadap PBD dan seterusnya
dapat mengimplemenkan dalam menaksir kemahiran anak-anak murid di sekolah
masing-masing.

VIDEO 1
TAJUK : “BAB 1 DAN 2 – PENGENALAN PBD”
PENCERAMAH : PUAN HAJAH RUBAIYA BINTI ABU NAWAS.

Di dalam video ini, penceramah memberi penerangan tentang sejarah pengenalan


Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) dan juga Pentaksiran Bilik Darjah (PBD).
Penceramah telah menekankan aspek-aspek penting di dalam PBD yang patut
difahami sepenuhnya oleh guru-guru.
VIDEO 2
TAJUK : “BAB 3 – TAHAP PENGUASAAN DAN STANDARD
PRESTASI”
PENCERAMAH : EN. JOHN A/L AYAVU

Penceramah telah menerangkan tentang aspek Tahap Penguasaan dan Standard


Prestasi yang menjadi tunjang utama dalam PBD. Tahap penguasaan di dalam
KSSR dan KSSM adalah merupakan satu bentuk pernyataan pencapaian yang
menunjukkan perkembangan pembelajaran murid.

VIDEO 3
TAJUK : “BAB 4 - PERTIMBANGAN PROFESIONAL DALAM PBD”
PENCERAMAH : EN. ROSLAN BIN MOHAMAD ALI

Penceramah telah menerangkan tentang aspek pertimbangan professional


(Profesional Judgement) yang perlu dilakukan oleh guru semasa membuat penilaian
dan pentaksiran di dalam PBD.
VIDEO 4
TAJUK : “BAB 5 - PELAKSANAAN PBD”
PENCERAMAH : EN. HELMI BIN MURID

Penceramah telah menerangkan tentang pelaksanaan PBD yang guru perlu buat
setelah guru memberi pengajaran & pembelajaran mengikut Standard Kandungan
dan Standard Pembelajaran sesuatu matapelajaran. Pelaksanaan pentaksiran
diperlukan untuk menilai keberkesanan sesuatu pengajaran dari guru.

VIDEO 5
TAJUK : “BAB 6 - PBD BERASASKAN PROJEK”
PENCERAMAH : EN. C. MURUGAYAH
Penceramah telah menerangkan tentang pentaksiran melalui “Project Based
Learning” yang boleh dilakukan oleh murid-murid sebagai salah satu penilaian dalam
PBD. Penceramah juga telah menerangkan tentang peranan-peranan guru dan
murid dalam menilai dan melaksanakan PBL.

VIDEO 5
TAJUK : “BAB 7 – CONTOH INSTRUMEN PENILAIAN PBD
PENCERAMAH : PUAN TANG AI LING
Penceramah telah menerangkan tentang bagaimana membangunkan instrumen
penilaian PBD dengan kaedah pemerhatian, penulisan, dan lisan. Penceramah juga
menerangkan beberapa contoh instrumen penilaian yang boleh digunakan oleh
guru.

VIDEO 6
TAJUK : “BAB 8 – PENGURUSAN PENTAKSIRAN PBD & RUMUSAN”
PENCERAMAH : PUAN HAJAH RUBAIYA BINTI ABU NAWAS
Penceramah telah menerangkan tentang pengurusan pentaksiran PBD di sekolah
yang merangkumi aspek perancangan, pelaksanaan dan penjaminan kualiti.
Penceramah juga telah menerangkan apa pihak sekolah perlu laksanakan untuk
memastikan pengurusan PBD sentiasa berjalan dengan lancar sepanjang tahun.
PENUTUP
Pihak JPN mengharapkan dengan penataran pembugaran PBD ini guru-guru dapat
menlaksanakan PBD kepada murid dengan lebih sistematik dan terancang.
Maklumat yang diberi akan dijadikan panduan untuk guru membuat penilaian PBD
yang lebih telus seterusnya menjadikan perkembangan murid dalam pembelajaran
dapat dilihat dengan lebih spesifik.

Disediakan oleh : Disemak oleh :

____________________ ________________________
(PN. IZYAN HAMIZAH BINTI MD. IZAMAN) (PN. SARIMAH BINTI
ZAINAL)
Penyelaras PBD Sekolah GPK Pentadbiran,
SK Tebong

Disahkan oleh :

________________________
(EN. ASMADI BIN OTHMAN)
Guru Besar
SK Tebong

You might also like