You are on page 1of 8

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN DATUK BENDAHARA

JALAN PEGAWAI, 77000 JASIN, MELAKA

KERTAS CADANGAN

PROJEK TRANSISI KERJAYA KEUSAHAWANAN

MEMBUAT KARIPAP DAN BISKUT RAYA

SEPPANJANG BULAN RAMADAN 2022

TEMPAT:

BINTANG BENDAHARA CAFÉ SMK DATUK BENDAHARA

KVS PEMBUATAN ROTI

PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI

SMK DATUK BENDAHARA

JALAN PEGAWAI, 77000 JASIN, MELAKA.


Yang berusaha,
Pengetua SMK Datuk Bendahara

KERTAS CADANGAN PROJEK TRANSISI KERJAYA


KEUSAHAWANAN MEMBUAT KARIPAP DAN BISKUT RAYA
SEPANJANG RAMADAN 2022

1. LATAR BELAKANG

Komitmen kerajaan untuk membuka peluang pekerjaan kepada golongan kurang upaya
terdapat di dalam Pekeliling Perkhidmatan Bil.10/1988 yang telah dikeluarkan di mana kuota
1% peluang pekerjaan di sektor awam diperuntukkan kepada golongan orang kurang
upaya.

Kajian yang dijalankan oleh Heward (2000) mendapati bahawa 50%-70% OKU tidak
mempunyai pekerjaan dan menerima pendapatan yang minima. Matlamat utama program
pendidikan khas untuk golongan istimewa bertujuan mengajar kemahiran yang boleh
menyediakan pelajar untuk transisi dari alam persekolahan kepada kehidupan dalam
komuniti. Kejayaan mereka banyak dipengaruh oleh kualiti pendidikan dan latihan yang
diterima. Di Malaysia pendidikan untuk OKU mempunyai kaitan dengan konsep masyarakat
penyayang yang bertujuan memberi peluang kepada mereka berinteraksi dengan ahli
masyarakat lain membina sikap positif terhadap warga OKU serta memastikan mereka
menerima peluang pekerjaan dan jaminan hidup berkualiti.Menurut kajian Norasmah dan
Safani (2004) menguatkan kenyataan apabila keusahawanan antara pelajar bermasalah
penglihatan dengan pelajar normal. Ini menunjukkan bahawa orang kurang upaya juga
mempunyai ciri-ciri keusahawanan. Malah tahap ciri-ciri keusahawanan orang kurang upaya
adalah sama atau hampir sama dengan golongan normal. (Norasmah & Safani, 2004)

Menyedari kepada keperluan sebenar murid berkeperluan khas ini, PPKI SMK
Datuk bendahara telah mengambil langkah proaktif dengan mengadakan satu projek khas
bagi melatih murid-murid dalam kemahiran keusahawanan membuat roti, donat, pizza
dan biskut raya sebagai transisi ke arah kerjaya. Adanya latihan di sekolah ini diharapkan
akan memberi peluang kepada murid-murid ini mencungkil bakat dan mengasah
kemahirannya.
2. MATLAMAT

a. Melahirkan Murid Keperluan Khas (OKU) yang boleh berdikari dan


berkemahiran dalam bidang membuat biskut raya
b. Mendapat pekerjaan yang sesuai dengan kemahiran dan kebolehan yang telah
mereka pelajari
c. Program ini juga menyahut seruan Kementerian Pelajaran Malaysia dan JPN
yang ingin melahirkan murid berkemahiran dalam bidang vokasional.

3. OBJEKTIF

a. Melatih murid keperluan khas mempraktikkan kemahiran yang telah dipelajari.


b. Mendedahkan murid pendidikan khas cara-cara bekerja dan berkerjaya.
c. Memberi peluang mempelajari ciri-ciri keusahawanan dan hidup berdikari.

4. KUMPULAN SASARAN

a. Semua murid KVS Asas Roti, SMK Datuk Bendahara, Jasin Melaka.
b. Semua murid KAV Asas Masakan, SMK Datuk Bendahara, Jasin, Melaka.
c. Semua Guru PPKI, Guru KVS Asas Roti dan PPM.

5. BUTIRAN PELAKSANAAN PROGRAM

a. Membuat Karipap (sepanjang ramadan)

Hari Guru Yang Bertugas PPM


(mengajar dan menyelia) (menyedia dan mengemas
peralatan)
Isnin Cg. Rohaya / Cg. Zatur Raziah / Hairi
Selasa Cg. Zatur / Cg. Rohaya / Cg. Balkish Radhiyah
Rabu Cg. Rohaya / Cg. Zatur Raziah / Hairi
Khamis Cg. Zatur / Cg. Rohaya Radhiyah
b. Membuat Biskut Raya (sepanjang ramadan)

Hari Guru Yang Bertugas PPM


(mengajar dan menyelia) (menyedia dan mengemas
peralatan)
Isnin Cg. Rohaya / Cg. Zatur / Cg. Jai Raziah / Hairi
Selasa Cg. Zatur / Cg. Rohaya / Cg. Balkish Radhiyah
Rabu Cg. Balkish / Cg. Wawa / Cg. Jai Raziah / Hairi
Khamis Cg. Ho / Cg. Linda / Cg. Jai Radhiyah

6. JAWATANKUASA KERJA PROJEK TRANSISI KERJAYA KEUSAHAWANAN


MEMBUAT KARIPAP DAN BISKUT RAYA SEPANJANG RAMADAN

Penasihat : Tn Hj Abd Razak Bin Othman


Pengetua SMK Datuk Bendahara
Pengerusi : En. Nordin Bin Abdul
GPK Pendidikan Khas
Naib Pengerusi : Ruzaini Bin Juhari
Penyelaras PPKI
Setiausaha : Zatur Rawihah Binti Ab. Rahman
Bendahari : Ho Siew Fong
AJK : Rohaya Binti Ahmad
Ummu Balkish Binti Mohamed Taib
Siti Nur Wahida Binti Rosli
Norhaslinda Binti Kamisan
Raziah Binti Senin (PPM)
Radhiyah Binti Mohamad (PPM)
Ahmad Hairi Hussien Bin Mohd Sarif (PPM)
7. PERALATAN

Bil Alatan Unit


1. Oven 2
2. Mesin Penguli 2
3. Loyang 24
4. Mangkuk adunan 4
5. Pisau pemotong 2
7. Papan pencanai 4
8. Penggelek 4
10. Berus gris 2
11. Penyepit makanan 4
12. Sarung tangan plastik 1 kotak
13. Alat pemanas plastik 1
14. Apron dan topi 10
15. Plastik pembungkus pelbagai saiz 15 peket
16. Kontena menyimpan biskut raya 3
17 Sarung tangan oven 5 pasang

8. SENARAI BARANG YANG DIPERLUKAN

a. Barang Membuat Karipap


Bil Senarai Barangan Kuantiti
1 Tepung Gandum 1 kotak
2 Kentang 1 guni
3. Marjerin 3 pek
4. Minyak Masak 2 kg
5. Sardin 5 tin
6. Bawang Besar 5 kg
7. Cili Kering 500 gram
8. Bawang Putih 500 gram
9. Udang Geragau 1 pek
10. Isi ayam 1 kg
11. Rempah Kari 1 paket
b. Barang Membuat Biskut Raya
Bil Senarai Barangan Kuantiti
1 Butter Cup 2
2 Gula pasir 7 kg
3. Tepung gandum 1 kotak
4. Tepung jagung 2 kg
5. Nenas 10 biji
7. Badam biji 2 kg
8. Badam nips 2 kg
9. Esen Vanilla 2 botol
18. Botol kuih 100 botol

9. IMPLIKASI KEWANGAN

9.1 Sumber kewangan PCG KVS Pembuatan Roti dan PCG Kemahiran Hidup

PCG KEMAHIRAN HIDUP RM 250.00


PCG KVS ASAS ROTI RM 750.00
JUMLAH PERUNTUKAN RM 1000.00

9.2 Anggaran perbelanjaan

Bil Perkara Jumlah


1. Pembelian barangan karipap RM 250.00
2. Pembelian barangan biskut raya RM 750.00

JUMLAH PERBELANJAAN RM 1000.00


10. PENUTUP

Projek Transisi Kerjaya PPKI SMK Datuk Bendahara ini merupakan projek rintis yang
pertama di Daerah Jasin. Projek ini juga dirasakan mampu memberi impak yang besar
kepada hala tuju Program Pendidikan Khas. Melalui koleksi pengalaman tenaga pengajar di
PPKI SMK Datuk Bendahara ini, program ini diusahakan dan amat diharapkan agar ia akan
memberi satu definasi yang jelas bukan sahaja kepada murid-murid / ibu bapa yang terlibat
tetapi kepada masyarakat juga secara keseluruhannya.
Semoga sokongan daripada pelbagai pihak diharapkan objektif projek ini tercapai.
Terima kasih.

“Kecemerlangan Insan Istimewa Kegemilangan Bersama”

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Disediakan oleh : Disemak oleh :

……………………………………………… …………………………………………………
ZATUR RAWIHAH BINTI AB. RAHMAN NORDIN BIN ABDUL
Setiausaha ProjekTransisi GPK Pendidikan Khas Integrasi
Program Pendidikan Khas Integrasi, SMK Datuk Bendahara,
SMK Datuk Bendahara, Jalan Pegawai, Jalan Pegawai, 77000 Jasin,
77000 Jasin, Melaka. Melaka.
Tarikh: 06.04.2022 Tarikh : 06.04.2022
KERTAS CADANGAN PROJEK TRANSISI KERJAYA
KEUSAHAWANAN MEMBUAT KARIPAP DAN BISKUT RAYA
SEPANJANG RAMADAN 2022

KEPUTUSAN PENGURUS SEKOLAH

Meluluskan Kertas Cadangan Projek Transisi Kerjaya Keusahawanan Membuat


Karipap Dan Biskut Raya Sepanjang Ramadan 2022

atau

Tidak meluluskan Kertas Cadangan Projek Transisi Kerjaya Keusahawanan


Membuat Karipap Dan Biskut Raya Sepanjang Ramadan 2022

Ulasan :

……………………………………………………………………………………………………………

……………………………………………………………………………………………………………

……………………………………………………………………………………………………………

(ABD. RAZAK BIN OTHMAN)


Pengetua,
SMK Datuk Bendahara
Jalan Pegawai, 77000 Jasin,
Melaka.
Tarikh : 06.04.2022

You might also like