You are on page 1of 3

Beri ulasan dan penilaian terhadap satu rancangan pengajaran harian makro dalam

video yang ditayangkan.

Pengenalan

Pada 1 April 2018, saya dengan ahli kumpulan saya telah menjalankan pengajaran
makro mengenai topik pembelajaran “penambahan panjang hingga 3 ukuran panjang” di
bawah Sukatan Pelajaran Matematik KSSR tahun 3 terhadap 13 orang guru pelatih yang
bertindak sebagai murid-murid tahun 3. Pengajaran makro yang dijalankan selama satu jam
(60 minit) tersebut dijalankan bersama-sama dengan satu orang lagi ahli kumpulan saya,
iaitu Hong Fan Teng di bawah seliaan pensyarah kursus saya, iaitu Puan zainun binti
Ismaon. Terdapat banyak perkara yang telah saya pelajari daripada pengajaran makro ini.

Kekuatan

Sepanjang menjalankan pengajaran makro, antara kekuatan yang saya dapati ialah
penggunaan bahan bantu belajar (BBM) yang menarik. Saya telah menghasilkan beberapa
BBM yang menarik dan digunakan dalam pengajaran saya. BBM dapat membantu mereka
memahami dengan lebih jelas isi pelajaran yang ingin saya sampaikan. Dengan
penggunaan BBM, saya telah dapat mempelbagaikan kaedah pengajaran dan bukan lagi
berpusatkan kepada guru. Penggunaan BBM dalam aktiviti telah mendorong pelajar mencari
jawapan sendiri melalui perbincangan dengan rakan. Menurut Mohd Izham (2007), pelajar
menjadi lebih seronok dan tidak bosan dengan pengajaran dan pembelajaran (P&P) guru
kerana terdapat sesuatu yang baru setiap kali penyampaian P&P mereka.

Seterusnya, dalam proses P&P saya telah mengemukakan soalan yang bersifat
KBAT iaitu soalan aras tinggi supaya murid dapat berfikir dan menggunakan pengetahuan
yang diterima dengan pengetahuan sedia ada untuk membina pengetahuan baru. Saya juga
telah menggunakan teknik penyoalan dalam Saya telah menggunakan kaedah inkuiri
penemuan di mana saya menggalakkan pelajar untuk mencari jawapan sendiri bagi sesuatu
persoalan dan saya hanya membimbing mereka. Melalui soalan yang mencabar pemikiran,
pelajar dapat berinteraksi secara intelektual secara aktif dalam P&P. Sehubungan itu,
melalui tranformasi pendidikan yang terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan
Malaysia (PPPM, 2012) yang memberi tumpuan kepada beberapa kemahiran utama
termasuklah kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT).

Kelemahan
Tidak dapat dinafikan bahawa pengajaran makro saya mempunyai kelemahan yang
tersendiri. Antara kelemahan yang dapat dikesan selepas sesi P&P ialah dari aspek
pengurusan masa. Saya mendapati masa yang digunakan untuk menjalankan sesuatu langkah
pengajaran tidak seiring disebabakan tidak mengikuti dengan masa yang telah dirancang di
dalam rancangan pengajaran dan menyebabkan masa terlebih. Pengurusan masa yang
tidak baik ini telah menyebabkan saya tidak dapat berjaya melakukan beberapa aktiviti.

Selain itu,saya mendapati bahawa penggunaan bahasa seperti penggunaan


perkataan “ok” yang berulang perlu dielakkan. Saya juga boleh menggunakan perkataan lain
seperti “baiklah” dan diselangselikan dengan perkataan iin. Penggunaan dialek dalam
pengajaran juga perlu dihindarkan agar murid tidak mudah terikut-ikut dengan bahasa guru
yang boleh mengelirukan murid-murid. Seterusnya, arahan yang saya beri sebelum pelajar
melaksanakan aktiviti berkumpulan juga tidak cukup jelas. Terdapat beberapa pelajar yang
keliru dan datang ke saya bertanya-tanya apabila mereka sedang menjalankan aktiviti
kumpulan.

Cadangan Penambahbaikan

Setiap kelemahan dan kekurangan yang dikesan dalam pengajaran dan


pembelajaran yang dirancang perlu diatasi dengan melakukan beberapa penambaikan.
Saya seharusnya bijak melaksanakan aktiviti pengajaran agar selari dengan had masa yang
saya peruntukkan. Saya perlu menepati masa yang telah saya peruntukan dalam rancangan
pengajaran dan bersikap secara “fleksibel” iaitu berubah mengikut keadaan semasa bagi
memastikan tiada kecacatan dalam proses pengajaran.

Saya juga perlu berusaha menguasai penggunaan bahasa yang baik dalam
pengajaran. Saya hendaklah lebih berwaspada dalam menggunakan Bahasa supaya tidak
tersebut dengan perkataan dialek. Ab. Halim & Mohamad Khairul (2010) yang
menegaskanbahawa guru perlu menjadi suri teladan dan qudwah hasanah serta agen
perubahan masyarakat. Oleh itu, guru seharusnya menjadi contoh yang baik supaya pelajar
boleh ikut. Di samping itu, bagi mengatasi kelemahan saya yang terakhir, saya seharusnya
menayangkan slaid yang menunjukkan peraturan aktiviti sebagai peringatan supaya pelajar
boleh merujuk bila-bila masa walaupun mereka sedang menjalankan aktiviti.
Kesimpulan

Kesimpulannya, saya telah mempelajari banyak perkara yang tidak dapat saya
pelajari dalam kuliah daripada pengajaran makro ini. Ini memberikan keyakinan yang sangat
tinggi kepada saya bahawa saya akan dapat menunjukkan prestasi yang cemerlang apabila
saya menjalankan praktikum semester depan kelak. Saya berharap bahawa saya mampu
melakukan yang terbaik pada pengajaran yang seterusnya.

(650 patah perkataan)

You might also like