You are on page 1of 3

Pelopor Teori Rasional Emotif Terapi

Diasaskan oleh Albert Ellis.


Dilahirkan pada 27 September 1913 di Pittsburgh, Amerika Syarikat.
Beliau berkelulusan M.A. dan Ph.D. dalam bidang psikologi klinikal dari Universiti Columbia.
Pada tahun 1959 beliau mengasaskan Institut Terapi Rasional Emotif di New York.
Pada tahun 1993, nama institut ini ditukar kepada Institut Rasional Emotif Behavioral
merangkumi kognitif, emotif dan behavioral.
Beliau mempunyai kebolehan dalam memberikan perkhidmatan kaunseling.
Oleh itu beliau mula mempraktikkan terapi perkahwinan, keluarga dan seksual.
Teori ini terbina apabila beliau mendapati bahawa teori Psikoanalasis yang dipelopori oleh
Freud tidak mendalam dan adalah satu bentuk pemulihan yang tidak saintifik.
Hasil kajian secara klasikal berasaskan psikoterapi pada tahun 1947-1953, Ellis mendapati
bahawa terapi psikoanalisis tidak begitu menyeluruh dan tidak saintifik
Ellis berpendapat pendekatan yang dibawakan oleh Freud kurang lengkap kerana ada individu
yang bertambah teruk selepas menjalani pendekatan psikoanalisis.
Hipotesis REBT berdasarkan bahawa emosi berpunca daripada kepercayaan, penilaian,
interpretasi dan tindakan daripada situasi kehidupan
Di dalam proses teraputik emosi-rasional, klien mempelajari kemahiran yang akan digunakan
untuk mengenal dan memerangi kepercayaan yang telah tertanam lama di dalam diri
seseorang.
Teori ini lebih bersifat pendidikan daripada perubatan yang direka dalam keadaan di mana
kaunselornya aktif terarah dengan tepat dan mengajar.
Ellis terkenal dengan bukunya yang bertajuk Reason and Emotion In Psychotherapy

George dan Cristiani (1995) telah mengandaikan bahawa manusia bertindak sebagai
penilai, perunding dan pengawal diri. Gangguan emosi dan tingkah laku akan bermula apabila
manusia menganggap beberapa keutamaan seperti keinginan untuk disayangi, diperakui
kejayaan dan menganggap keutamaan tersebut sebagai keperluan yang utama. RET juga
memandang bahawa manusia dilahirkan dengan beberapa kecenderungan ke arah
perkembangan dan pengiktirafan diri tetapi mereka akan mengkhianatinya disebabkan oleh
kecenderungan untuk berfikir tidak rasional dan contoh-contoh mengalah diri yang telah mereka
pelajari.
Gerald Corey (1996) menjelaskan bahawa terapi RET berlandaskan kepada andaian
bahawa manusia dilahirkan dengan keupayaan untuk berfikiran secara rasional dan tidak
rasional. Manusia berupaya untuk memelihara dirinya, bergembira, berfikir, menterjemahkan
diri, sayang menyayangi, berkomunikasi dengan orang lain, berkembang dan mengiktiraf diri
sendiri. Manusia juga berkecenderungan untuk merosakkan dirinya, tidak mahu berfikir, suka
menangguh untuk membuat sesuatu, mengulangi kesilapan, tidak sabar, mementingkan
kesempurnaan semata-mata, selalu menyalahkan diri sendiri, cuba mengelakkan pengikhtirafan
dan pertumbuhan potensi. Fenomena ini meyakinkan terapi ini dapat membantu manusia untuk
menerima kembali diri mereka sendiri setelah melakukan kesilapan dan belajar untuk hidup
lebih harmonis.
Hackey dan Cormier (1995) berpendapat bahawa RET, membuat andaian tentang
gangguan emosi manusia adalah disebabkan oleh pemikiran yang tidak rasional. Hubungan
antara emosi dan pemikiran terlalu rapat sehingga tidak boleh dipisahkan kedua-duanya.
Manusia juga dilahirkan dengan suatu potensi untuk berfikiran secara lurus dan rasional dan
juga secara tidak rasional. Manusia sendirilah yang menyebabkan dirinya merasa terganggu
dan gangguan itu bukanlah disebabkan oleh sumber-sumber luaran tetapi berpunca dari diri
individu itu sendiri.
Suradi Salim (1996) mengandaikan bahawa manusia berupaya untuk berfikiran rasional
dan tidak rasional. Dalam pemikiran seseorang individu terdapat sistem kepercayaan yang
berkecenderungan untuk berfikir ke arah tidak rasional. Apabila sesuatu peristiwa terjadi maka
individu itu selalu mengandaikan suatu kepercayaan terhadap peristiwa tersebut sama ada
ianya baik atau sebaliknya. Manusia juga sering mempercayai tahyul yang menyebabkan
mereka membuat sesuatu keputusan yang tidak mengembirakan. Oleh itu kaunselor perlu

bertanggungjawab untuk mewujudkan sistem kepercayaan individu tersebut supaya menjadi


rasional bagi membantunya memperolehi kehidupan yang lebih harmonis.

You might also like