You are on page 1of 2

‘PEMBIAYAAN PTPTN BUKAN RIBA’

1. Pembiayaan PTPTN bukan merupakan pembiayaan yang berunsur riba


sebagaimana yang disebarkan melalui laman sosial baru-baru ini. PTPTN adalah
pembiayaan pendidikan yang patuh syariah sebagaimana yang telah diputuskan
oleh Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan bagi Hal Ehwal Ugama Islam.

2. Ujrah atau upah 1% setahun atas kadar rata adalah amat minimum dan bukan
atas dasar mengambil keuntungan serta diperlukan bagi menampung kos
operasi PTPTN termasuk kos bagi pengurusan dan pentadbiran setiap akaun
peminjam. Sebagai contoh, sekiranya pembiayaan adalah melibatkan RM20,000
dalam tempoh 10 tahun, maka upah atau Ujrah dikenakan sebulan hanyalah
RM16.67 dan setahun sebanyak RM200.00 sahaja. Jelas, Upah atau ujrah ini
adalah amat minimum dan tiada mana-mana institusi kewangan lain yang
mengenakan caj serendah ini.

3. Selain itu, peminjam juga tidak dikenakan sebarang kenaan Ujrah atau Upah
sekiranya membuat bayaran balik dalam tempoh enam bulan selepas tamat
pengajian. Bagi meringankan lagi bebanan peminjam PTPTN, pelaksanaan
pengecualian bayaran balik pembiayaan PTPTN turut disediakan. Peminjam
PTPTN diberikan kemudahan untuk tidak perlu membayar balik walau sesenpun
kepada PTPTN dengan syarat peminjam perlu fokus, belajar bersungguh-sungguh di
Institusi pengajian tinggi dan mendapat Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian
Kelas Pertama.

1
4. Semenjak tahun 2003, PTPTN tidak lagi menerima geran daripada kerajaan dan
telah mendapatkan dana atau meminjam daripada institusi kewangan seperti KWSP,
CIMB, Ambank, RHB dan Maybank melalui pinjaman jangka panjang dan penerbitan
Sukuk untuk tujuan pemberian pinjaman kepada peminjam PTPTN. PTPTN telah
dikenakan faedah sehingga 5% atas jumlah dana yang telah diperolehi. Peminjam
PTPTN pula tidak dikenakan sebarang bayaran mahupun kos bagi menampung
faedah tersebut. Dalam erti kata lain faedah pinjaman tersebut telah ditanggung
sepenuhnya oleh PTPTN dan bukan peminjam.

5. Walau bagaimanapun, masih terdapat peminjam yang tidak mengambil peluang


untuk bertukar daripada pembiayaan konvensional kepada pembiayaan Ujrah. Oleh
itu, setiap peminjam perlu bijak mengambil peluang bertukar kepada
pembiayaan Ujrah 1% kerana ianya memberikan penjimatan sehingga hampir
separuh kos pinjaman sebelum ini. Semua pinjaman konvensional yang belum
membuat pertukaran kepada pembiayaan Ujrah adalah layak membuat pertukaran
termasuk peminjam yang telah dikenakan tindakan penguatkuasaan.

6. Di Malaysia, sekalipun yuran pengajian dikenakan kepada pelajar tetapi Kerajaan


telah memberikan subsidi sehingga 95%. Sebagai contoh, kos program pengajian
perubatan di IPT awam sebelum subsidi adalah sebanyak RM166,000 tetapi pelajar
hanya perlu membayar sebanyak RM9,000 sahaja.

7. Negara maju di dunia juga telah mengenakan yuran pengajian di IPT awam
antaranya United Kingdom, Ireland dan banyak lagi. Falsafah di sebalik pembayaran
yuran pengajian sebenarnya adalah sebagai tanda penghargaan kepada nilai
keilmuan dan meletakkan nilai pengajian tinggi pada tempatnya.

8. Kesedaran dan budaya perkongsian kos pengajian antara kerajaan dan masyarakat
khususnya mereka yang mendapat kemudahan pembiayaan perlulah difahami bagi
mengubah persepsi daripada bebanan kepada perkongsian tanggungjawab.

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional


12 April 2016
2

You might also like