You are on page 1of 14

Zainudin b Ahmad

Masters of Science
UPM 2009
EDU 5812

Artikel yang dipilih bertajuk “Efficient Financial Management in Rural


Schools: Common Problems and Solutions from the Field” tulisan Inman-
Freitas dan Deborah diakses daripada laman web http://www.ericdigests.org/pre-
9221/common.htm . Penulisan artikel ini adalah berdasarkan dapatan daripada
hasil kajian yang telah dijalankan di sekolah-sekolah luar Bandar Amerika Syarikat
dengan kerjasama American Association of School Administrators (AASA).

Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk melihat keberkesanan pengurusan


kewangan sekolah-sekolah di luar bandar yang terdapat di Amerika Syarikat
khasnya dari aspek masalah-masalah yang dihadapi dan langkah-langkah untuk
mengatasinya. Artikel ini bermanfaat dibaca kerana menggariskan cadangan-
cadangan berkaitan pengurusan kewangan sekolah. Ada antara cadangan
tersebut bersesuaian dan boleh diguna pakai serta diaplikasikan dalam konteks
pengurusan kewangan sekolah di negara kita (Malaysia).

Penulis mendapati sebanyak 50 peratus daripada seluruh sekolah di


Amerika Syarikat terletak di kawasan luar bandar atau pedalaman. Dari segi
bilangan pelajar, peratusannya merangkumi 20 peratus daripada keseluruhan
bilangan pelajar di seluruh negara (merujuk Amerika Syarikat) dan mempunyai ciri-
ciri pendidikan di luar bandar yang tersendiri. Keadaan seperti ini juga wujud di
Malaysia di mana terdapat sekolah-sekolah yang jauh di pedalaman terutamanya
di Sabah dan Sarawak.

Kewujudan sekolah-sekolah di luar bandar ini, walaupun memberi


sumbangan yang bermakna terhadap komunitinya, namun usaha untuk
menyediakan program-program yang secukupnya menghadapi pelbagai masalah
terutamanya masalah kewangan, apatah lagi dengan taraf sosio ekonomi
penduduk yang rata-ratanya rendah. Kesan seperti ini turut dirasai oleh golongan

1
pendidik di Malaysia, tambahan pula dengan peningkatan kos sara hidup yang
tinggi. Guru-guru yang tinggal di pedalaman ada kalanya terpaksa menggunakan
wang sendiri demi memberikan pelajaran kepada anak didik mereka. Namun
begitu, program-program untuk meningkatkan mutu pendidikan perlu diutamakan.

Antara masalah yang dihadapi oleh sekolah-sekolah di luar bandar dalam


kajian ini ialah penerimaan peruntukan tahunan daripada pihak berwajib (negeri)
hanyalah sebanyak 30 peratus selepas akhir belanjawan. Hal ini menyebabkan
segala perancangan tidak dapat dijalankan sebagaimana yang telah dirancang.
Kelewatan menerima peruntukan juga merupakan masalah lain yang dihadapi oleh
pihak pengurus sekolah di luar bandar ini. Penulis artikel ini tidak menyatakan
jumlah peruntukan yang diterima oleh sekolah berkenaan. Hal ini menyebabkan
pembaca kurang mendapat input yang secukupnya.

Fenomena ini juga berlaku dalam sistem pendidikan di negara kita.


Kelewatan ini berlaku kerana ada di antara sekolah yang terletak jauh di
pedalaman, seperti di pedalaman Kelantan, Sabah dan Sarawak yang tiada
kemudahan jaringan jalan raya. Lebih menyukarkan lagi, tiadanya kemudahan
perbankan untuk menyalurkan bantuan dengan cepat. Oleh itu, pihak pengurus
sekolah khasnya guru besar dan pengetua terpaksa pergi sendiri ke Pejabat
Pelajaran Daerah(PPD) atau Jabatan Pelajaran Negeri(JPN) yang berhampiran
untuk mendapatkan sendiri peruntukan ini. Hal ini boleh juga berlaku kerana
masalah kesilapan teknikal. Jika keadaan ini terjadi, pihak sekolah terpaksa
menangguhkan dahulu segala perancangan yang telah dibuat sehinggalah
peruntukan tersebut diterima.

Di Malaysia, setiap sekolah tanpa mengira lokasinya diberi peruntukan


Pemberian Bantuan Per Kapita (PCG) merangkumi PCG prasekolah, PCG mata
pelajaran dan PCG bukan mata pelajaran ( Tatacara Pengurusan Kewangan Dan
Perakaunan Kumpulan Wang Sekolah, Bahagian Kewangan KPM, Edisi Keempat
– Tahun 2005). Peruntukan ini diberikan berdasarkan kategori sekolah, jumlah
pelajar dan jenis mata pelajaran yang ditawarkan. Bagi mengelakkan ketiadaan

2
dana akibat kelewatan, pihak pengurus sekolah dikehendaki membelanjakan
peruntukan PCG ini berdasarkan beberapa prosedur yang telah ditetapkan dan
meninggalkan baki sebanyak 10 peratus dalam tahun berkenaan(semasa) dan
dibenarkan dibawa ke tahun hadapan(berikutnya). Lebihan ini dapat digunakan
sekiranya berlaku kelewatan menerima peruntukan.

Mengikut Pekeliling Kewangan Bil. 5/2002, contoh pengiraan PCG adalah


seperti berikut;

Contoh perkiraan kadar PCG yang layak dituntut bagi mata pelajaran elektif
Sastera Ikhtisas adalah seperti berikut:-

Mata Pelajaran Bilangan Pelajar Kadar (RM) Jumlah(RM)


Ekonomi Asas 100 5.00 500.00
Perdagangan 50 5.00 250.00
Prinsip Akaun 150 5.00 750.00
Ekonomi Rumah tangga 100 30.00 3,000.00

Jumlah 400 4,500.00

*Jumlah tuntutan bagi 400 murid ialah = RM4,500.00

Masalah kedua ialah peningkatan perbelanjaan. Penulis mendapati,


walaupun kadar pendapatan meningkat, iaitu 2 – 4 peratus setahun, namun
peratusannya lebih kecil jika dibandingkan dengan kadar peningkatan
perbelanjaan iaitu 10 – 12 peratus setahun. Antaranya ialah peningkatan kos
pendidikan khas, kos insurans kesihatan (15 – 30 peratus setahun), bayaran untuk
pencen dan bayaran saham kebajikan. Di sini juga penulis tidak menyatakan jenis
pendidikan khas yang dijalankan di kawasan kajian. Dalam konteks pendidikan di
Malaysia, pendidikan khas ini ditumpukan kepada pendidikan kepada golongan
kanak-kanak kurang upaya. Walaupun masalah ini berlaku tetapi bukanlah
menjadi satu masalah yang utama. Hal ini adalah kerana terdapat satu jabatan
khusus bagi mengendali pendidikan khas ini di Kementerian Pelajaran Malaysia
yang dipelopori sejak tahun 20an lagi iaitu Jabatan Pendidikan Khas. Pendidikan
khas ini mempunyai peruntukan yang berasingan daripada pendidikan biasa,

3
malah terdapat sekolah-sekolah dibina khusus untuk tujuan tersebut. Sekolah
pendidikan khas yang pertama dibina di Malaysia ialah pada tahun 1926 iaitu
Sekolah Rendah (SRPK) St. Nicholas oleh Gereja Anglican di Melaka untuk
pelajar-pelajar yang menghadapi masalah penglihatan. Sehingga kini terdapat 9
buah sekolah pendidikan khas untuk sekolah menengah dan 23 buah sekolah
pendidikan khas untuk sekolah rendah tidak termasuk yang dijalankan di sekolah-
sekolah harian biasa.

Dari segi insurans kesihatan pula, pihak sekolah di Malaysia tidak


dibebankan dengan kos ini. Hal ini disebabkan dengan adanya insurans kelompok
oleh Takaful Nasional Sdn. Bhd. Kosnya hanya sebanyak RM1.80 seorang dan
ditanggung sepenuhnya oleh ibu bapa. Jika ada dalam kalangan pelajar yang
sakit dan memerlukan rawatan guru atau pihak sekolah hanya perlu membawa
pelajar tersebut ke klinik atau hospital kerajaan yang berhampiran tanpa dikenakan
apa-apa bayaran. Manakala pembayaran untuk kakitangan yang pencen pula tidak
melibatkan kewangan sekolah kerana pembayaran ini dibuat oleh pihak Kerajaan
Persekutuan melalui Jabatan Perkhidmatan Awam.

Masalah seterusnya yang diutarakan oleh penulis adalah untuk


menyediakan program-program pendidikan yang melibatkan penggunaan
teknologi seperti kursus komputer, buku- buku teks dan program-program
berkaitan pendidikan vokasional di sekolah-sekolah luar bandar. Hal ini adalah
kerana pihak sekolah perlu membayar gaji yang kompetitif kepada guru-guru
supaya mereka terus kekal mengajar di sekolah sedia ada ditambah pula dengan
peruntukan kewangan yang tidak mencukupi.

Dalam hal ini, pendidikan untuk sekolah-sekolah luar bandar di Malaysia


dikira amat beruntung dengan mendapat peruntukan kewangan yang mencukupi
dan sekolah-sekolah khusus untuk pendidikan vokasional telah dibina seperti
Sekolah Menengah Teknik (SMT) yang membolehkan pelajar-pelajar di seluruh
pelusuk tanah air berpeluang untuk mendapatkan pendidikan vokasional ini. Hal ini
kerana, sekolah-sekolah teknik menyediakan kemudahan asrama kepada pelajar-

4
pelajarnya. Bukan itu sahaja, penawaran mata pelajaran vokasional telah
diperkenalkan di sekolah menengah harian mulai tahun 2002 dengan 22 mata
pelajaran elektif bercorak kemahiran untuk pelajar-pelajar tingkatan 4 dan
tingkatan 5. Dengan adanya mata pelajaran ini, secara tidak langsung akan
memberi peluang kepada pelajar-pelajar yang tidak mendapat tempat di sekolah
menengah teknik untuk meneruskan minat mereka. Guru-guru yang mengajar
mata pelajaran ini pula adalah guru-guru yang terlatih dan gaji yang dibayar oleh
pihak kerajaan adalah berdasarkan kelayakan akademik. Masalah guru berhenti
kerana tidak puas hati seperti di kawasan kajian jarang berlaku, jika adapun
hanyalah merupakan kes yang terpencil.

Dalam penyediaan teknologi moden pula, pihak sekolah tidak perlu


memikirkan cara untuk menyediakan segala peralatan asas tersebut, semua
peralatan ini bukan sahaja dibekalkan oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia
contohnya pembinaan makmal komputer, penyediaan komputer untuk kegunaan
pelajar dan guru, ‘LCD’ dan perisian yang berkaitan bahkan guru-guru yang terlibat
juga diberi elaun kritikal antara 5-10 peratus daripada gaji mereka sebagai mana
yang diberikan kepada guru-guru Sains, Matematik dan Bahasa Inggeris.
Walaupun semua kemudahan ini disediakan, tetapi bagi melicinkan proses
pengajaran dan pembelajaran, pihak sekolah dicadangkan untuk menyediakan
peruntukan bagi tujuan penyelenggaraan kerana jika mengharapkan peruntukan
daripada pihak kerajaan akan mengambil masa yang agak lama sekaligus
menganggu proses pengajaran dan pembelajaran.

Dari segi kemudahan buku teks pula, pelajar-pelajar di Malaysia kini,


langsung tidak menghadapi masalah. Buku-buku teks akan diberi dalam bentuk
pinjaman kepada pelajar-pelajar yang layak berdasarkan pendapatan ibu bapa.
Namun, berdasarkan Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 11/2007 mulai 1 Januari 2008
semua pelajar yang bersekolah di sekolah bantuan kerajaan akan diberi skim
pinjaman buku teks diperluaskan kepada semua murid warganegara Malaysia
tanpa mengira pendapatan isi rumah dan bilangan anak yang layak di semua
sekolah kerajaan, sekolah bantuan kerajaan dan Sekolah Menengah Agama

5
Rakyat. Sementara itu, menurut Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Datuk
Alimudin Mohd Dom, Kementerian Pelajaran bercadang untuk memperkenalkan
pengunaan buku teks digital untuk menggantikan buku teks manual. Langkah ini
akan dipertimbangkan apabila semua sekolah di seluruh negara sudah memiliki
kemudahan teknologi maklumat dam komunikasi (ICT) yang mencukupi untuk
menggunakannya (Berita Harian 22 Januari 2008 : 23). Oleh itu, untuk
menyediakan program pendidikan yang berkualiti di sekolah luar bandar di
Malaysia bukanlah sesuatu yang mustahil untuk dijayakan.
Justeru, bagi memantapkan pengurusan kewangan sesebuah sekolah,
penulis mendapati pihak pentadbir atau pengurus perlu menggunakan pelbagai
strategi dalam menguruskan kewangan di sekolah masing-masing.Untuk tujuan
ulasan artikel ini, strategi akan dibandingkan antara sekolah-sekolah luar bandar di
Amerika Syrikat dengan sekolah-sekolah luar bandar di Malaysia. Strategi
pengurusan kewangan yang dapat dilaksanakan termasuklah;

1. Berusaha untuk mendapatkan tawaran harga yang berpatutan dan


membuat pembayaran semua bil dengan kadar segera jika mendapat
tawaran diskaun. Berbeza dengan situasi di Malaysia, di mana segala
peralatan bagi mata pelajaran yang ditawarkan contohnya bagi mata
pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu, Sains dan mata pelajaran MPV akan
dibekalkan oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia dan dibiayai
sepenuhnya. Pembekalan akan dilakukan melalui syarikat yang dilantik
melalui tender terbuka atau secara runding terus. Ada juga peralatan-
peralatan yang perlu dibeli oleh pihak sekolah dengan menggunakan
peruntukan PCG yang diberikan tetapi pembelian tersebut perlulah mengikut
beberapa prosedur yang telah ditetapkan oleh Pihak Perbendaharaan Negara
dan pembelian tersebut perlulah memberi faedah kepada pihak sekolah serta
berpandukan Pekeliling Kontrak Perbendaharaan bagi barangan berkenaan
iaitu Pekeliling SPP Bil. 2/1999, SPP Bil. 2/2001 dan SPP Bil. 8/2004.

2. Mewujudkan hubungan perniagaan dengan pihak pertubuhan tempatan


sebagai salah satu sumber kewangan untuk melengkapkan keperluan

6
pendidikan. Dalam hal ini, kebanyakan sekolah di Malaysia tidak melibatkan
perkongsian secara terus bagi menjana pendapatan sampingan. Akan tetapi
pendapatan sampingan ini masih boleh diperoleh melalui sewa kedai buku,
sewa kantin, sewa padang dan lain-lain bentuk sewaan infrastruktur sekolah.
Namun begitu, semua hasil ini perlulah dimasukkan ke dalam akaun yang
dipanggil Kumpulan Wang SUWA. Dana yang dikumpulkan ini bolehlah
digunakan untuk membiayai aktiviti sekolah seperti Sukan Tahunan Sekolah,
Pengurusan Kokurikulum dan Kertas Latihan dan Peperiksaan Dalaman.
Selain itu, pihak Kementerian Pelajaran Malaysia juga menggalakkan
pihak pentadbir sekolah mencari dana sendiri bagi menampung perbelanjaan
keperluan sekolah yang tidak termasuk dalam peruntukan yang diberikan.
Contohnya dalam isu pemasangan CCTV untuk tujuan keselamatan,
Pengarah Bahagian Sekolah KPM, En. Zulkifli Mohd Wazir berkata, pihak
sekolah perlu mengambil iniasitif sendiri berikutan tiada peruntukan khas
untuk tujuan tersebut. Oleh itu pihak sekolah boleh mendapat bantuan
daripada Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) atau Persatuan Bekas Murid
sekolah tersebut. (Berita Harian 22 Januari 2008:23).

Di samping itu, Menteri Pelajaran Malaysia, Datuk Seri Hishamuddin


Hussin juga mengalu-alukan kerjasama yang diberikan oleh pihak swasta
seperti yang telah diberikan oleh Yayasan CIMB dengan menyalurkan
bantuan sebanyak RM100,000 kepada 50 buah sekolah untuk dana
perpustakaan sekolah masing-masing. (Berita Harian 23 Januari 2008:23).
Begitu juga bantuan yang diberikan oleh pihak Yayasan Al-Bukhary khasnya
kepada pelajar-pelajar miskin di kawasan luar bandar melalui skim baucer
tuisyen dan bantuan pakaian sekolah.

3. Memanfaatkan kakitangan tempatan untuk menyediakan pelbagai


perkhidmatan termasuk kerja-kerja sukarela dan juga guru. Namun begitu,
penulis tidak menyatakan contoh-contoh yang berkaitan bagi memudahkan
pemahaman pembaca. Penggunaan tenaga tempatan juga dipraktikkan oleh
pihak pentadbir di mana-mana sekolah di Malaysia , yang mana penglibatan

7
pihak PIBG amat membantu pihak sekolah dalam menjalankan pelbagai
aktiviti.. Aktiviti seperti gotong-royong dalam menyediakan prasarana sekolah
dapat membantu untuk mengurangkan perbelanjaan jika dibandingkan
dengan pelaksanaan secara kontrak. Contoh lain ialah pemasangan
sebanyak 20 unit kamera litar tertutup (CCTV) di SMK Raja Puan Muda
Tengku Fauziah di Perlis oleh seorang guru dengan menggunakan bahan-
bahan terbuang dengan kos RM20,000 adalah lebih murah jika dibandingkan
pemasangan secara biasa. (Utusan Malaysia, 26 Januari 2008:14). Selain itu
kepakaran guru dalam pelbagai bidang juga turut dimanfaatkan bagi
mengurangkan beban kewangan seperti mengadakan kelas tambahan
secara percuma, penyediaan kit-kit pengajaran dan juga penglibatan guru-
guru secara sukerela sebagai jurulatih atau pegawai dalam satu-satu
pertandingan yang dianjurkan. Walaupun penglibatan mereka ini banyak
memberi manfaat kepada pihak sekolah, namun menurut Brian Knight, pihak
sekolah tidak menggunakan peluang ini dengan sebaik mungkin.

4. Mewujudkan kerjasama dengan sekolah-sekolah lain di dalam daerah


yang sama untuk mendapatkan kakitangan yang berkemahiran, kelengkapan
dan juga sumber-sumber lain. Dengan wujudkan kerjasama ini, dapat
menjimatkan perbelanjaan sekolah. Dalam konteks pendidikan di Malaysia,
pendekatan ini memang telah lama dilaksanakan. Sekolah-sekolah yang
tiada kemudahan prasarana seperti padang , makmal komputer, dewan dan
sebagainya boleh ‘menumpang’ untuk menggunakan kemudahan yang
terdapat di sekolah yang berhampiran. Namun begitu, pihak yang terlibat
perlu membuat permohonan secara rasmi bagi mengelakkan perkara-perkara
yang tidak diingini seperti berlakunya kerosakan atau kehilangan harta
benda. Selain itu, kemudahan yang turut disediakan ialah pembinaan Pusat
Kegiatan Guru (PKG) di setiap daerah adalah merupakan sebuah unit yang
ditubuhkan di bawah Pusat Sumber Pendidikan Negeri (PSPN). PKG
berkonsepkan perkhidmatan kelompok yang menyediakan khidmat sokongan
kepada guru-guru daripada beberapa buah sekolah yang
berdekatan.Tujuannya adalah untuk memberikan khidmat sokongan dan

8
latihan kepada guru-guru khasnya dalam penggunaan Teknologi Pendidikan
dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P) di sekolah.

5. Memastikan akaun kewangan di sekolah ‘bersih’ untuk mendapatkan


keuntungan pada kadar yang tinggi. Namun begitu, keadaan ini tidak berlaku
dalam pengurusan kewangan sekolah di Malaysia. Hal ini adalah kerana
kewangan sekolah di negara kita (Malaysia) bukanlah berorientasikan
keuntungan. Walau pun begitu, bukanlah bermakna pengurusan kewangan
boleh dibuat secara sambil lewa sahaja. Pihak pengurus sekolah hendaklah
bertanggungjawab menyediakan penyata kewangan tahunan yang berakhir
pada 31 Disember setiap tahun mengikut prinsip perakaunan yang boleh
diterima umum. Kegagalan berbuat demikian mengakibatkan seseorang
pengurus sekolah itu boleh dikenakan tindakan surcaj. Sebagai ganjaran
pula, sekolah yang mencapai piawai yang ditetapkan akan diberi taraf PTJ
iaitu segala pengurusan kewangan akan dilakukan sepenuhnya oleh pihak
sekolah tersebut.

Selain perkara-perkara di atas, langkah-langkah lain yang cuba


dipraktikkan di sekolah-sekolah luar bandar di Amerika Syarikat bagi mengatasi
masalah bebanan kewangan ini adalah dengan mengurangkan jangkamasa
belajar, menggabungkan kelas-kelas yang kurang murid dan menawarkan
sesetengah kelas peringkat menengah hanya dua tahun sekali. Bagi yang
melibatkan pekerja, ada antara mereka yang ditawarkan bersara awal dan hanya
menggajikan mereka yang mempunyai pelbagai kemahiran dan minat.
Perpustakaan bergerak dan kelas terapung turut diwujudkan di samping
menyewakan bangunan, menghapuskan vandalisme dan pengurangan
penggunaan bahan bakar.

Bagi menjana pendapatan pula, pihak pengurus sekolah menggunakan


segala kemudahan yang ada seperti menjual produk-produk daripada kelas
vokasional, pelaburan pintar, penawaran kelas pembelajaran untuk golongan
dewasa, pembelian secara kerjasama dan mengadakan kerjasama dengan

9
program bantuan persekutuan di samping mengharapkan sokongan pihak komuniti
dan sumbangan tempatan. Berdasarkan dapatan kajian tersebut, penulis artikel
turut menyatakan bahawa jumlah bantuan kewangan yang diterima oleh pihak
sekolah di kawasan kajian adalah bergantung kepada bilangan pelajar. Oleh itu,
pihak pentadbir sekolah sentiasa berusaha untuk memaksimumkan kedatangan
pelajar mereka dengan menyediakan pelbagai ganjaran seperti menyediakan
kelas tadika dan pemberian makan tengah hari secara percuma. Namun begitu,
ada di antara langkah tersebut yang mempunyai masalah yang tersendiri, contoh
penggabungan sekolah-sekolah. Tidak semua sekolah yang bersetuju dengan
langkah ini, tetapi mereka bersetuju menjalankan kerjasama dari segi penawaran
bidang pendidikan, pembelian barangan dan pertukaran atlet antara sekolah.

Daripada strategi yang digariskan di atas, jika dilihat dari sudut pendidikan
di Malaysia pula , pengurangan jangkamasa belajar tidak dapat dilakukan oleh
pihak sekolah kerana hal ini melibatkan dasar kerajaan. Hanya Kementerian
Pelajaran Malaysia yang berhak memutuskannya. Jadual persekolahan telah
ditetapkan dan diseragamkan untuk semua sekolah. Akan tetapi penggabungan
kelas bagi sekolah kurang murid masih diamalkan di Malaysia khasnya di kawasan
pedalaman, perkampungan orang asli dan juga di ladang-ladang. Mengikut
statistik tahun 2005, terdapat sejumlah 2,261 buah sekolah kurang murid, Oleh itu,
pihak kementerian akan menilai pelaksanaan Sekolah Pusat bagi tujuan peluasan
seperti yang termaktub dalam Bab Empat Pelan Induk Pembangunan Pendidikan
(PIPP).

Walaupun di kawasan kajian masalah menyediakan keperluan dalam


bidang teknologi merupakan masalah yang utama akibat kekurangan kewangan
meskipun mendapat kerjasama daripada Konsortium Komputer Maine. Akan
tetapi, sekolah-sekolah tersebut mendapat manfaat hasil daripada kerjasama
tersebut melalui penawaran pembelian secara pukal dan kemudahan latihan serta
sokongan kerana pihak konsortium mempunyai jaringan yang erat dengan
koordinator yang menyediakan perkhidmatan tersebut.

10
Situasi seperti dapatan kajian di atas sebaliknya berlaku di sekolah-sekolah
luar bandar di Malaysia. Dalam hal ini, pihak KPM turut memfokuskan untuk
mengurangkan jurang pencapaian akademik dengan menambah bilangan
komputer, TV Pendidikan, video teleconferencing, SchoolNet, makmal komputer,
kemudahan perkakasan, pengisian dan tenaga kerja. Perkembangan pesat
teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) menuntut kementerian mengurangkan
jurang digital yang wujud dalam kalangan murid dan guru di luar bandar. Justeru ,
pihak kementerian akan menyediakan makmal komputer, pusat akses, menambah
bilangan komputer dan merangkaikan semua sekolah dengan SchoolNet berjalur
lebar. Selain itu, pihak KPM juga akan membestarikan sekolah-sekolah di luar
bandar, menambah baik program-program TV Pendidikan dan merintis
penggunaan video teleconferencing. Semua kemudahan-kemudahan ini dibiayai
sepenuhnya oleh pihak kementerian tanpa menjejaskan peruntukan PCG yang
sedia ada.

Daripada langkah-langkah yang diambil di kawasan kajian, penulis


mendapati akibat pengurangan bantuan kewangan daripada pihak negeri
menyebabkan pihak sekolah mengambil keputusan mengurangkan jangkamasa
belajar kepada 4 hari seminggu. Langkah ini telah berjaya mengurangkan bebanan
kewangan mereka. Kos pengangkutan dapat dijimatkan sebanyak 10 – 23 peratus
manakala kos bahan bakar dan elektrik dapat dijimatkan sebanyak 10 – 25
peratus. Sungguhpun begitu, skor pencapaian pelajar dan jumlah kehadiran
kedua-dua pelajar dan guru didapati semakin meningkat.

Justeru, bagi mencari penyelesaian terhadap masalah pengurusan


kewangan ini, penulis mendapati penglibatan semua pihak dalam menyediakan
belanjawan sekolah adalah penting dan segala perbelanjaan yang dijalankan
hendaklah berlandaskan perancangan yang telah dibuat. Kesimpulannya,
pengurusan kewangan sekolah bukanlah satu perkara mudah yang boleh
dilakukan sambil lewa sahaja. Hal ini memerlukan satu sistem pengurusan yang
bersepadu dan cekap antara semua pihak. Pengurus sekolah pula hendaklah
sentiasa peka sama ada semasa menjana kewangan atau membelanjakannya.
Pengurusan kewangan yang efektif bukan sahaja dapat melancarkan sesuatu
11
program yang telah dirancang malah turut meningkatkan kualiti sesebuah sekolah.
“If you are to manage school effectively, you need clear longer-term plan and
priorities. Financial management without them is like a house without foundations”
(Brian Kninght, Financial management for School:25)

Bibliografi

Brian Knight (1993). Financial Management for School.The Thinking Manager’s


Guide. Great Britian: Athenacum Press Ltd.

Guna Buku Teks Digital (2008). Berita harian, 22 Januari 2008 : 23

How to Write a Critical Article Review (2007). University of Maine System. Bahan
internet di alamat http://www.learn.maine.edu/ocls/criticalreview.php

How to Write a Critical Review of a Journal Article (2002-2008). University of


Toronto Mississauga Library. Bahan internet di alamat
http://www.utm.utoronto.ca/library/instruction/howtowritejournalsrev.html

Inman-Freitas, Deborah (1991). Efficient Financial Management in Rural Schools:


Common Problems and Solutions from the Field. Eric Digest. Bahan internet
di alamat http://www.ericdigests.org/pre-9221/common.htm

Mata Pelajaran MPV di Sekolah Menengah Harian. Bahan internet di alamat


http://myschoolnet.ppk.kpm.my/lamanmpv/pengenalan.htm

Pekeliling Perbendaharaan Bil. 1 Tahun 1999. Bahan internet di alamat


http://www.treasury.gov.my/index.php

Pekeliling Perbendaharaan Bil. 2 Tahun 2001. Bahan internet di alamat


http://www.treasury.gov.my/index.php

Pekeliling Perbendaharaan Bil. 8 Tahun 2004. Bahan internet di alamat


http://www.treasury.gov.my/index.php

Pelan Induk Pembangunan Pendidikan : Teras 4 – Merapatkan Jurang Pendidikan


. Bahan internet di alamat http://www.e-learning2u.com/pipp4.asp

12
Pusat Kegiatan Guru : Antara fungsi PKG. Bahan internet di alamat
http://ms.wikipedia.org/wiki/Pusat_Kegiatan_Guru

Secular Khas, Jabatan Pendidkan Khas Kementerian Pelajaran Malaysia. Bahan


internet di alamat
http://www.moe.gov.my/jpkhas/index.php?option=com_content&view=categ
ory&id=37&Itemid=72

Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 11/2007: Pindaan Syarat Kelayakan Meminjam Buku
Teks Di Bawah Skim Pinjaman Buku Teks Kementerian Pelajaran
MALAYSIA. Bahan internet di alamat
http://www.johordt.gov.my/ppdkulai/Download/Download_Item/Pekeliling/pe
kelilingbukuteksbaru07.pdf

Surat Pekeliling Kewangan Bil. 5 Tahun 2002. Pemberian Bantuan Per Kapita
Untuk Sekolah. Bahan internet di alamat
http://apps.emoe.gov.my/bkew/PEKELILING/c_502.pdf

Syed Ridzuan Syed Ismail (2008).Bahan Terpakai Jadi CCTV. Utusan Malaysia,
26 Januari 2008:14

Syuhada Choo Abdullah (2008). Sekolah Boleh Cari Dana, Penaja Pasang
Kamera. Berita harian, 22 Januari 2008 : 23

_______ (2008). CIMB Bantu Pustaka Sekolah. Berita harian, 23 Januari 2008 : 23

Tatacara Pengurusan Kewangan Sekolah Dan Parakaunan Kumpulan Wang


Sekolah, Bahagian Kewangan KPM, Edisi Keempat (2005). Putra Jaya :
Kementerian Pelajaran Malaysia.

13
14

You might also like