You are on page 1of 1

RINGKASAN EKSEKUTIF

Perniagaan Honey Enterprise merupakan sebuah perniagaan yang mengeluarkan dan


membekalkan minuman jus buah-buahan kepada pengguna. Perniagaan Honey
Enterprise ini telah dimiliki secara perkongsian. Perniagaan ini telah didaftarkan oleh
syarikat suruhanjaya Malaysia (SSM) dengan nombor pendaftaran 212388110745.
Kegiatan utama produk Honey Enterprise ialah menjual watermelon honey drink.
Kami memilih watermelon honey drink sebagai kegiatan utama kami kerana minuman
ini sangat digemari oleh rakyat Malaysia. Ia jugak disukai oleh kanak-kanak,orang tua
dan remaja. Produk minuman yang disediakan oleh perniagaan kami di jamin halal
dan bersih.
Visi perniagaan Honey Enterprise adalah ingin melahirkan lebih ramai usahawan
dalam bidang perniagaan watermelon honey drink serta memartabatkan ekonomi
negara. Hanya dengan wang yang kita pandang mulia namun jika kita mempunyai
sikap yang baik dan kaya maka terbentuklah usahawan yang dermawan.
Misi perniagaan ini adalah menguasai pasaran minuman buah-buahan tempatan
dengan menjana jualan dan keuntungan yang berkembang melalui objektif dengan
strategi perniagaan yang cekap dan berkesan. Disamping itu,objektif perniagaan
Honey Enterprise adalah untuk menghasilkan produk yang bermutu tinggi.
Memberikan perkhidmatan dan kepuasan kepada pelanggan adalah keutamaan kami
untuk menambahbaikan kualiti setiap hidangan yang disediakan oleh perniagaan
kami. Merancang rekod kewangan dengan teliti supaya akan menjadi sistematik.
Menyediakan kumpulan pengurusan dan sokongan yang komited,cekap dan
berdisiplin untuk memastikan operasi perniagaan dapat berjalan dengan lancar.

You might also like