You are on page 1of 254

SBFS1103

Kemahiran Berfikir dan


Penyelesaian Masalah

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


SBFS1103
KEMAHIRAN
BERFIKIR DAN
PENYELESAIAN
MASALAH
Dr Haresh Kumar Kantilal
Dr Anton Espira

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


Pengarah Projek: Prof Dato’ Dr Mansor Fadzil
Open University Malaysia

Penulis Modul: Dr Haresh Kumar Kantilal


MAHSA University College Malaysia

Dr Anton Espira

Penterjemah: Prof Madya Dr Rozainee Khairudin


Universiti Kebangsaan Malaysia

Penyederhana: Dr Aliza Ali


Open University Malaysia

Dibangunkan oleh: Pusat Reka Bentuk Pengajaran dan Teknologi


Open University Malaysia

Edisi Pertama, Ogos 2012


Edisi Kedua, Ogos 2017
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM), Ogos 2017, SBFS1103
Hak cipta terpelihara. Tiada bahagian daripada bahan ini boleh disalin semula dalam mana-mana
cara tanpa kebenaran secara bertulis daripada Presiden Open University Malaysia (OUM).

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


Isi Kandungan
Panduan Kursus xiăxvii

Topik 1 Kemahiran Berfikir 1


1.1 Definisi Berfikir 3
1.2 Kepentingan Berfikir 6
1.3 Meningkatkan Kuasa Berfikir 9
1.3.1 Fasa Pengeluaran 9
1.3.2 Fasa Pertimbangan 10
1.4 Peranan dan Fungsi Otak Kanan dan Kiri 13
Rumusan 16
Kata Kunci 17
Ujian Kendiri 17
Rujukan 18

Topik 2 Pemikiran Kritikal dan Kreatif 19


2.1 Pemikiran Kritikal 21
2.1.1 Lapan Ciri Pemikiran Kritikal 21
2.1.2 Permainan Klasifikasi dalam Pengajaran Pemikiran 26
Kritikal
2.1.3 Halangan kepada Pemikiran Kritikal 27
2.1.4 Kepentingan Pemikiran Kritikal 28
2.2 Pemikiran Kreatif 28
2.2.1 Lima Ciri Pemikiran Kreatif 30
2.2.2 Mengaplikasikan Kreativiti dalam Masalah dan Isu 34
2.3 Pemikiran Lateral 37
2.4 Persilangan Otak Kanan dan Kiri 39
Rumusan 41
Kata Kunci 42
Ujian Kendiri 42
Rujukan 43

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


iv  ISI KANDUNGAN

Topik 3 Mengenal Pasti Sebab dan Kesimpulan 45


3.1 Menentukan Sama Ada Wujudnya Penaakulan 46
3.2 Contoh Penaakulan 48
3.3 Bahasa Penaakulan 51
3.4 Peta Pemikiran untuk Pemahaman dan Penilaian Penaakulan 53
3.5 Penerimaan Sebab 56
3.6 Mempertimbangkan Kebolehterimaan Sesuatu Dakwaan 58
3.7 Mempertimbangkan Kredibiliti Sumber 61
3.8 Menilai Inferens 64
Rumusan 68
Kata Kunci 70
Ujian Kendiri 70
Rujukan 70

Topik 4 Penyelesaian Masalah 71


4.1 Apakah yang Dimaksudkan dengan Masalah? 72
4.2 Apakah yang Dimaksudkan dengan Penyelesaian Masalah? 75
4.2.1 Tahap dalam Penyelesaian Masalah 75
4.3 Kepentingan Matlamat dalam Penyelesaian Masalah 79
4.4 Garis Panduan Umum bagi Penyelesaian Masalah 81
4.4.1 Meneroka Masalah 82
4.4.2 Membina Matlamat Anda 87
4.4.3 Menghasilkan Idea 88
4.4.4 Memilih Idea Anda 89
4.4.5 Melaksanakan Rancangan Tindakan Anda 90
4.4.6 Menilai dan Tindakan Susulan 90
4.5 Analisis Punca Sebenar 91
4.6 Kekangan 93
4.7 Apakah yang Dimaksudkan dengan Penyelesaian? 93
4.7.1 Pendekatan Stop It 94
4.7.2 Pendekatan Mop It 95
4.8 Mengenal Pasti Penyelesaian yang Mungkin 96
4.9 Merancang Penyelesaian 97
4.10 Mengambil Tanggungjawab 98
Rumusan 99
Kata Kunci 100
Ujian Kendiri 100
Rujukan 102

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


ISI KANDUNGAN  v

Topik 5 Perkembangan dalam Penyelesaian Masalah 103


5.1 Perkembangan dalam Penyelesaian Masalah 104
5.1.1 Perkembangan Strategik 105
5.1.2 Perkembangan Perwakilan 109
5.1.3 Pengaturan Diri 114
Rumusan 119
Kata Kunci 120
Ujian Kendiri 121
Rujukan 121

Topik 6 Strategi Penyelesaian Masalah 127


6.1 Konsep Penyelesaian Masalah 128
6.2 Strategi Penyelesaian Masalah 130
6.2.1 Penghuraian Masalah atau Submasalah 131
6.2.2 Melakukan Secara Mengundur (Backward ) 132
6.2.3 Mendaki Bukit 133
6.2.4 Analisis Menentukan Matlamat Akhir (Means-end ) 134
6.2.5 Perantaian ke Depan (Forward Chaining) 135
6.3 Strategi Lain Penyelesaian Masalah 136
6.3.1 Analogi dalam Penyelesaian Masalah 136
6.3.2 Pengkhususan dan Generalisasi 138
6.3.3 Penggunaan Kes Ekstrem 139
Rumusan 142
Kata Kunci 143
Ujian Kendiri 143
Rujukan 144

Topik 7 Alat Penyelesaian Masalah 145


7.1 Brainstorming 146
7.2 Penanda Aras 149
7.3 Gambar Rajah Sebab dan Kesan 150
7.4 Carta Alir 153
7.5 Analisis SWOT 156
7.6 Matriks Keutamaan 158
Rumusan 161
Kata Kunci 162
Ujian Kendiri 162
Rujukan 163

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


vi  ISI KANDUNGAN

Topik 8 Membuat Keputusan 164


8.1 Apakah yang Dimaksudkan dengan Membuat Keputusan? 165
8.2 Jenis Keputusan 166
8.3 Membuat Keputusan ialah Proses Rekursif 167
8.4 Faktor yang Mempengaruhi Proses Membuat Keputusan 168
8.5 Empat Kuadran Otak dan Gaya Pemikiran Berbeza 170
8.6 Membuat Keputusan dalam Kehidupan Seharian 173
8.7 Kitaran Membuat Keputusan Berpandukan Bukti 174
8.8 Kesan Kuantiti Apabila Membuat Keputusan 179
8.9 Aliran Keputusan 180
8.10 Kualiti Keputusan 180
8.11 Risiko 181
Rumusan 183
Kata Kunci 184
Ujian Kendiri 184
Rujukan 185

Topik 9 Strategi dan Alat untuk Membuat Keputusan Akhir 187


9.1 Pendekatan Membuat Keputusan 188
9.2 Strategi Membuat Keputusan 189
9.3 Membuat Keputusan Secara Berkumpulan: Kaedah 190
9.4 Alat Membuat Keputusan 192
9.4.1 Analisis Grid: Membuat Pemilihan yang Banyak 193
Faktor Perlu Dipertimbangkan
9.4.2 Analisis Pokok Keputusan: Memilih antara Pilihan 195
dengan Memaparkan Hasil yang Besar
Kemungkinannya
9.4.3 PMI: Menimbang Persetujuan dan Penolakan 196
Keputusan
9.5 Beberapa Panduan dalam Membuat Keputusan Akhir 199
Rumusan 201
Kata Kunci 202
Ujian Kendiri 202
Rujukan 203

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


ISI KANDUNGAN  vii

Topik 10 Penyelidikan Mengenai Pemikiran dan Penyelesaian Masalah 204


10.1 Anteseden Utama Sains Psikologi 205
10.1.1 Asosianisme 205
10.1.2 Fakulti Minda 207
10.2 Psikologi Pemikiran 208
10.2.1 William James 208
10.2.2 Fungsionalisme 208
10.2.3 Fungsionalisme yang Kemudian 210
10.2.4 Behaviorisme 210
10.2.5 Psikologi Gestalt 212
10.3 Penyelidikan tentang Konsep 214
10.3.1 Elemen Umum Konsep 214
10.3.2 Proses Pengantara dan Hipotesis 214
10.3.3 Strategi dan Jenis Konsep 215
10.4 Kajian tentang Penyelesaian Masalah 217
10.4.1 Cuba-cuba 218
10.4.2 Wawasan 219
10.4.3 Penetapan Penyelesaian Masalah 220
10.4.4 Pemindahan Prinsip 223
10.5 Kajian tentang Penaakulan 223
10.5.1 Kesan Atmosfera 224
10.5.2 Kesan Kandungan 226
10.6 Transisi ke Era Kognitif Baharu 228
Rumusan 229
Kata Kunci 230
Ujian Kendiri 230
Rujukan 231

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


viii  ISI KANDUNGAN

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


PANDUAN KURSUS

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
PANDUAN KURSUS  xi

DESKRIPSI PANDUAN KURSUS


Anda perlu membaca Panduan Kursus dengan teliti dari awal hingga akhir. Ia
menyatakan kandungan kursus dengan ringkas dan bertujuan membantu anda
memahami kandungan kursus. Ia juga mencadangkan jumlah tempoh masa untuk
anda habiskan bagi melengkapkan kursus ini dengan sepenuhnya. Sentiasalah
rujuk Panduan Kursus secara berterusan semasa anda membaca kandungan
kursus kerana ia dapat membantu dalam menjelaskan komponen pembelajaran
penting yang mungkin anda terlepas pandang.

PENGENALAN
SBFS1103 Kemahiran Berfikir dan Penyelesaian Masalah ialah salah satu kursus
yang ditawarkan oleh Open University Malaysia (OUM). Kursus ini melibatkan 3
jam kredit dan harus dijalankan selama 8 hingga 15 minggu.

KEPADA SIAPA KURSUS INI DITAWARKAN


Kursus ini disediakan untuk pelajar yang mengambil program Sarjana Muda di
OUM.

Sebagai pelajar jarak jauh, anda seharusnya mahir dengan keperluan


pembelajaran kendiri dan mampu mengoptimumkan kaedah pembelajaran dan
persekitaran yang sedia ada. Sebelum anda memulakan kursus ini, sila pastikan
anda maklum dengan bahan kursus, kelayakan kursus dan bagaimana kursus
tersebut dikendalikan.

PERUNTUKAN MASA PEMBELAJARAN


Berdasarkan piawaian OUM, seseorang pelajar itu perlu memperuntukkan 40 jam
pembelajaran bagi setiap jam kredit. Selaras dengan piawaian ini, kursus yang
bernilai 3 jam kredit memerlukan masa selama 120 jam pembelajaran. Anggaran
masa pembelajaran adalah seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 1.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


xii  PANDUAN KURSUS

Jadual 1: Anggaran Masa Pembelajaran

Jam
Aktiviti Pembelajaran
Pembelajaran

Membaca kandungan kursus dan mengambil bahagian dalam 2


perbincangan awal

Memahami modul 60

Menghadiri 3 hingga 5 sesi tutorial 8

Perbincangan dalam talian 12

Ulang kaji 18

Menyiapkan tugasan, Ujian dan Peperiksaan 20

JUMLAH MASA PEMBELAJARAN 120

OBJEKTIF KURSUS
Setelah mengikuti kursus ini, anda seharusnya dapat:

1. Menghuraikan maksud kemahiran berfikir dan apa yang terkandung dalam


proses berfikir;

2. Menunjukkan keupayaan berfikir secara kritikal untuk menyelesaikan


masalah dalam pelbagai cara;

3. Menilai kredibiliti pernyataan dan maklumat untuk membuat keputusan;


dan

4. Menggunakan kemahiran berfikir aras tinggi untuk menganalisis maklumat


relevan dalam membuat keputusan dan menyelesaikan masalah.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


PANDUAN KURSUS  xiii

SINOPSIS KURSUS
Kursus ini akan memberi pengetahuan tentang kemahiran berfikir dan
penyelesaian masalah, terutamanya tertumpu kepada proses pemikiran,
kepentingannya dan fasa yang terlibat, peranan dan fungsi otak kanan dan kiri,
ciri-ciri dan aplikasi kedua-dua pemikiran kritikal dan pemikiran kreatif,
mengenal pasti penaakulan, kebolehterimaan alasan dan pengakuan, dan
penilaian kesimpulan. Sebagai tambahan, terdapat fokus kepada strategi
penyelesaian masalah, teknik dan peralatan biasa. Bahagian akhir kursus ini
mencakupi proses dan strategi penyelesaian masalah.

Topik 1 membincangkan definisi dan kepentingan pemikiran, cara meningkatkan


kuasa pemikiran, dua fasa proses pemikiran, dan peranan serta fungsi otak kanan
dan kiri.

Topik 2 membincangkan proses pemikiran kritikal termasuklah ciri-cirinya,


contoh, halangan dan kepentingan. Ia juga menerangkan bagaimana menerapkan
kreativiti kepada masalah dan isu. Topik ini diakhiri dengan menerangkan
pemikiran lateral dan penyilangan antara otak kanan dan kiri.

Topik 3 membincangkan bagaimana untuk mengenal pasti sebab dan kesimpulan,


contoh penaakulan, bahasa penaakulan, menimbangkan kebolehterimaan
pengakuan, menimbangkan kredibiliti sumber, menilai keesahan inferens dan
deduktif.

Topik 4 membentangkan pendekatan konseptual alternatif untuk mendefinisikan


sesuatu masalah dan memperkenalkan kedua-dua proses dan tahap yang terlibat
dalam penyelesaian masalah. Kepentingan penetapan masalah dan menghasilkan
soalan yang tepat untuk ditanyakan apabila berhadapan dengan sesuatu masalah
juga dibincangkan. Ia juga memperkenalkan Analisis Punca Sebenar dan
kekangan yang dihadapi dalam penyelesaian masalah. Topik ini diakhiri dengan
definisi penyelesaian dan memperkenalkan pendekatan stop it dan mop it dalam
penyelesaian masalah.

Topik 5 memperkenalkan perkembangan penyelesaian masalah termasuk


perkembangan strategik, perkembangan perwakilan dan perkembangan
pengaturan diri. Ia juga membentangkan pelbagai teori, model dan kerangka
konseptual dalam penyelesaian masalah. Topik ini diakhiri dengan menerangkan
konsep berperingkat dalam penyelesaian masalah.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


xiv  PANDUAN KURSUS

Topik 6 membentangkan kedua-dua penggunaan strategi berbeza ke atas satu dan


gabungan strategi penyelesaian masalah. Ia juga memperkenalkan konsep lain
seperti pertimbangan masalah analogi, pengkhususan, generalisasi dan
pertimbangan kes ekstrem.

Topik 7 memperkenalkan teknik dan peralatan umum yang digunakan dalam


penyelesaian masalah.

Topik 8 memperkenalkan proses membuat keputusan dan menerangkan jenis-


jenis pemutusan yang berbeza dan pelbagai faktor yang mempengaruhi
pembuatan keputusan. Topik ini memperkenalkan Empat Kuadran Teori Otak
dan menjelaskan bagaimana ia berkait dengan keupayaan kita untuk membuat
keputusan. Topik ini juga memasukkan Kitaran Membuat Keputusan
Berpandukan Bukti dan kesan kuantiti apabila membuat keputusan. Topik ini
berakhir dengan menerangkan aliran keputusan, kualiti keputusan dan risiko.

Topik 9 memperkenalkan pendekatan berlainan dalam membuat keputusan dan


mengenal pasti beberapa strategi dalam membuat keputusan. Topik ini diakhiri
dengan menerangkan teknik dan peralatan asas yang boleh membantu proses
pembuatan keputusan.

Topik 10 memperkenalkan penyebab utama dalam sains psikologi dan psikologi


pemikiran. Ia juga menjelaskan kajian yang telah dilakukan tentang konsep,
penyelesaian masalah dan penaakulan. Topik ini diakhiri dengan menerangkan
transisi ke era kognitif.

PANDUAN SUSUN ATUR TEKS


Sebelum anda membaca modul ini, adalah penting sekiranya anda mengambil
tahu susun atur teks modul. Memahami susun atur teks akan membantu anda
untuk merencana pembelajaran kursus supaya lebih objektif dan berkesan.
Umumnya, susun atur teks bagi setiap topik adalah seperti yang berikut:

Hasil Pembelajaran: Ia merupakan apa yang anda harus dapat lakukan atau capai
setelah selesai membaca sesuatu topik. Setelah selesai membaca setiap topik, anda
digalakkan merujuk kepada senarai hasil pembelajaran berkenaan untuk
memastikan sama ada anda dapat atau tidak mencapainya. Amalan seperti ini
akan dapat mengukur dan mempertingkatkan penguasaan kandungan sesuatu
topik.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


PANDUAN KURSUS  xv

Semak Kendiri: Soalan diselitkan pada bahagian tertentu dalam topik. Soalan ini
menguji kefahaman tentang maklumat yang anda telah baca. Jawapan untuk
soalan ini biasanya terdapat dalam perenggan yang sebelumnya. Anda digalakkan
menjawab soalan Semak Kendiri ini untuk menguji dan memastikan sama ada
anda telah memahami kandungan sesuatu topik dan seterusnya menyediakan
anda untuk menghadapi ujian dan peperiksaan kelak. Kebanyakan jawapan
kepada soalan yang ditanya terdapat dalam modul itu sendiri.

Aktiviti: Aktiviti juga diselitkan pada bahagian tertentu dalam topik untuk
menggalakkan anda mengaplikasikan konsep dan prinsip yang anda telah pelajari
kepada situasi sebenar. Aktiviti ini juga memperluaskan kefahaman kandungan
yang dipelajari dengan menggalakkan anda melakukan sesuatu seperti berfikir
secara mendalam, memberi pendapat, berbincang bersama rakan dalam kelas,
merujuk kepada laman web, membaca artikel jurnal dan seumpamanya.

Rumusan: Pada akhir topik, isi penting topik tersebut disenaraikan. Komponen ini
membantu anda untuk mengingat dan mengimbas semula keseluruhan topik.
Anda haruslah memastikan bahawa anda memahami setiap pernyataan yang
disenaraikan. Jika tidak, sila kembali membaca topik berkenaan.

Kata Kunci: Pada akhir topik, disenaraikan beberapa perkataan dan frasa penting
yang digunakan dalam topik berkenaan. Anda mesti dapat menjelaskan setiap
perkataan dan frasa ini. Jika tidak, sila kembali membaca topik berkenaan.

Rujukan: Rujukan merupakan bahagian yang senarai buku teks, jurnal, artikel,
kandungan elektronik atau sumber yang boleh ditemui yang berkaitan dan
berguna dalam melalui modul atau kursus. Senarai ini boleh dilihat dalam
beberapa bahagian seperti dalam Panduan Kursus (pada bahagian Rujukan), pada
akhir setiap topik atau akhir modul. Anda digalakkan membaca bahagian yang
berkaitan dalam senarai rujukan tersebut untuk mendapatkan maklumat lanjut
dan memperkukuhkan kefahaman anda.

PENGETAHUAN ASAS
Tiada prasyarat untuk kursus ini. Pelajar perlu memahami Panduan Kursus ini
sebelum mula membaca topik dalam modul ini.

KAEDAH PENILAIAN
Sila rujuk myINSPIRE.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


xvi  PANDUAN KURSUS

RUJUKAN
Adair, J. (2010). Decision making and problem solving strategies: Learn key
problem solving strategies; Sharpen your creative thinking strategies; Make
effective decisions (Ed. ke-2). London, England: Kogan Page.

Bedell, J. R., & Lennox, S. S. (1997). Handbook for communication and problem-
solving skills training: A cognitive-behavioural approach (Ed. pertama).
New York, NY: Wiley.

Butterworth, J., & Thwaites, G. (2005). Thinking skills. Cambridge International


Examinations (kulit lembut).

De Bono, E. (1985). Six thinking skills. London, England: Penguin Books.

De Bono, E. (2005). Thinking course (Ed. semakan). Barnes & Noble Books.

De Bono, E. (2014). Lateral thinking. London, England: Penguin Books.

Elder, L. (2007). Critical thinking: Tools for taking charge of your professional and
personal life. New Jersey, NJ: Pearson.

Fisher, A. (2001). Critical thinking: An introduction. Cambridge, England:


Cambridge University Press.

Harrison, A. F., & Bramson, R. M. (2002). The art of thinking. New York, NY:The
Berkley Publishing Group (Kulit lembut).

Hurson, T. (2007). Think better: An innovatorÊs guide to productive thinking (Ed.


pertama). New York, NY: McGraw-Hill.

John, C. (2006). Thinking critically. Houghton Mifflin.

Lumsdaine, E., & Lumsdaine, M. (1995). Creative problem solving. McGraw-Hill.

Meador, K. (1997). Creative thinking and problem solving for young learners.
Englewood, CO: Teacher Ideas Press.

Moore, B. N., & Parker, R. (2005). Critical thinking (Ed. ke-8). McGraw-Hill.

Paul, R., & Linda, E. (2002). Critical thinking. Hoboken, NJ: Pearson.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


PANDUAN KURSUS  xvii

Sternberg, R. J. (1998). Thinking and problem solving: Handbook of perception and


cognition (Ed. ke-2). Academic Press.

Vaughn, L. (2004). The power of critical thinking: Effective reasoning about


ordinary and extraordinary claims. Oxford, England: Oxford University
Press.

Wright, L. (2001). Critical thinking: An Introduction to analytical reading and


reasoning. Oxford, England: Oxford University Press.

PERPUSTAKAAN DIGITAL TAN SRI DR ABDULLAH


SANUSI (TSDAS)
Perpustakaan Digital TSDAS mempunyai pelbagai sumber bercetak dan dalam
talian untuk kegunaan pelajar. Perpustakaan digital komprehensif ini, yang boleh
dicapai melalui portal OUM, menyediakan akses kepada lebih daripada 30
pangkalan data yang meliputi jurnal, tesis dan buku dalam format elektronik serta
banyak lagi. Contoh pangkalan data yang ada adalah EBSCOhost, ProQuest,
SpringerLink, Books247, InfoSci Books, Emerald Management Plus dan Ebrary
Electronic Books. Sebagai pelajar OUM, anda digalakkan untuk menggunakan
sepenuhnya sumber yang terdapat di perpustakaan ini.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


xviii  PANDUAN KURSUS

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


Topik  Kemahiran
Berfikir
1
HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Mendefinisikan pemikiran;
2. Menerangkan gaya pemikiran yang berbeza;
3. Membezakan elemen penting antara pemikir baik dengan pemikir
lemah;
4. Menerangkan kepentingan berfikir;
5. Membandingkan dua fasa dalam proses berfikir; dan
6. Menerangkan fungsi, dan peranan otak kanan dan otak kiri.

 PENGENALAN
William James (1842ă1910), kerap dirujuk sebagai bapa psikologi Amerika, pernah
mengatakan, „Sebilangan besar orang fikir mereka berfikir tetapi mereka
sebenarnya menyusun semula prasangka mereka.‰ Menurut beliau, hakikat jika
terdapat aktiviti mental dalam fikiran individu tidak bermakna mereka berfikir.
Dalam buku yang bertajuk You Were Born Rich, Bob Proctor (1997) telah menulis,
„Berfikir ialah fungsi tertinggi yang mampu dilakukan oleh manusia.‰ Beliau
menambah ramai orang menghubung cara berfikir kepada aktiviti minda mudah
seperti aktiviti mengimbau kenangan lampau, memainkan wayang lama dan
mengingati peristiwa lampau. Jelas, ini bukan apa yang dipaparkan oleh kerja seni
ulung Rodin.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


2  TOPIK 1 KEMAHIRAN BERFIKIR

Kita berfikir secara berterusan tanpa disengajakan dan tanpa paksaan. Antara
sebab utama ramai orang tidak menyelami proses pemikiran mereka kerana ia
memerlukan kita untuk bersifat menerima di samping dicabar untuk pemikiran
dengan lebih lanjut. Ini sebab mengapa hanya segelintir orang sebenarnya berfikir.
Edison pernah menyatakan, „Tiada manfaat di mana manusia akan pergi untuk
mengelakkan kerja berfikir sebenar‰ dan menurut Emerson, tugasan paling sukar
dilakukan di dunia ialah berfikir.

Salah satu sebab utama kenapa orang tidak berfikir lebih atau dengan mendalam
disebabkan mereka terlalu sibuk dengan perkara lain dan mereka tiada masa
untuk melahirkan, memikir dengan mendalam dan mempertimbangkan. Manusia
hari ini sudah terbiasa dihiburkan dan dimomokkan dengan terlalu banyak
informasi menyebabkan mereka tiada masa untuk merenungkan mahupun
mengimbas cebisan pemikiran mereka.

„Jarang kita jumpa manusia secara sukarela yang sanggup berfikir dengan
mendalam. Seolah terdapat pencarian sejagat untuk jawapan mudah dan
penyelesaian tidak lengkap. Tiada apa yang memberi kesengsaraan kepada
seseorang lebih daripada keperluan untuk berfikir.‰
(Martin Luther King)

Berfikir ialah proses semula jadi. Kita kerap diingatkan oleh orang yang berkuasa
untuk berfikir dan „menggunakan akal‰ sedangkan apa sebenarnya yang perlu
kita tahu adalah bagaimana untuk melakukan proses berfikir secara mendalam
serta kemahiran berfikir secara reflektif. Memandangkan individu hari ini sudah
terbiasa dengan jawapan mudah dan jalan penyelesaian yang siap sedia untuk
diguna pakai sedangkan masalah dan cabaran dalam kehidupan adalah sukar dan
kompleks. Oleh itu, masalah ini sebenarnya memerlukan kita memupuk
pemikiran lebih mendalam dan bukan hanya sekadar berfikir di peringkat
permukaan.

Perlu difahami bahawa nilai pembacaan paling berharga bukanlah informasi yang
diperoleh tetapi apa sebenarnya yang kita fikirkan dan bagaimana kita memproses
informasi semasa membaca. Oleh yang demikian pilihan bahan bacaan sangat
mustahak untuk diambil kira. Seseorang perlu memahami bahawa objektif utama
membaca bukanlah untuk memenuhkan minda dengan informasi tetapi untuk
merangsang minda berfikir dan membuat pertimbangan. Pembaca perlu berhenti
seketika dari semasa ke semasa untuk merenung dan membuat refleksi tentang
apa yang telah dibaca. Ini akan merangsang proses berfikir serta berupaya
mengaplikasikan apa yang dibaca ke dalam kehidupan seharian. Kejelasan ialah
kuasa dan ia lahir daripada berfikir.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 1 KEMAHIRAN BERFIKIR  3

Manusia bukan hanya perlu berfikir tetapi perlu berfikir dengan mendalam
tentang pilihan dan arah kehidupan mereka. Masa ialah sumber paling berharga
yang seseorang individu ada. Dipercayai kehidupan seseorang itu ialah jumlah
keseluruhan apa yang dilakukan dengan masa tersebut. Oleh itu, sesungguhnya
amat berharga melabur lebih banyak masa dalam proses berfikir secara mendalam
dan konstruktif.

1.1 DEFINISI BERFIKIR


Berfikir telah didefinisikan oleh Ruggiero (2008) sebagai aktiviti mental bersebab
yang sedikit sebanyak berada di bawah kuasa atau kawalan kita. Ini boleh
difahami apabila kita melihat senario orang yang duduk di tempat duduk
pemandu dalam sebuah kereta yang pemanduan hanya dilakukan apabila tangan
berada pada stereng untuk mengawal pergerakan kereta. Oleh itu, aktiviti dalam
minda individu berfikir hanya berlaku apabila ia terarah seperti yang ditunjukkan
dalam Rajah 1.1.

Rajah 1.1: Aktiviti dalam minda individu berfikir hanya berlaku apabila ia terarah
Sumber: http://www.sonic.net

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


4  TOPIK 1 KEMAHIRAN BERFIKIR

SEMAK KENDIRI 1.1

„Aktiviti mental perlu bersebab, terarah dan terkawal serta perlu


dilaksanakan secara sedar sebelum ia boleh dianggap sebagai berfikir.‰

Adakah anda bersetuju dengan pernyataan di atas? Untuk menjawab


persoalan ini, tanya diri sendiri sama ada aktiviti mental boleh bersifat
bertujuan, terarah dan terkawal dan dalam masa yang sama dilakukan
secara separa sedar.

Ada banyak tujuan berfikir sama seperti mengembara. Kerap kali kita berada
dalam situasi pemanduan melalui jalan berpanorama menarik tanpa sebarang
destinasi tertentu dalam minda. Begitu juga, kita mungkin mengembara dalam
keadaan berbeza dengan tahap kompetensi berbeza. Sama ada kita mengembara
dalam keadaan yang terang mahupun gelap, laju atau perlahan, haluan yang betul
atau salah, asalkan minda kita sedang memandu arah, kita berfikir.

Walau bagaimanapun, ini tidak bermakna bahawa berfikir itu hanya berlaku
dalam keadaan sedar. Bukti telah menunjukkan bahawa berfikir dalam keadaan
separa sedar mahupun tidak sedar berupaya menghasilkan keputusan yang amat
baik. Sepertimana ramai antara kita lalui, pemikiran konstruktif dan idea ada
kalanya datang apabila kita melakukan sesuatu yang tidak berkenaan dengan
persoalan yang sedang dikaji. Adakala kita berhadapan masalah tetapi memilih
untuk tidak menyelesaikannya pada ketika itu lalu disimpan dua tiga hari
walaupun gambaran umum penyelesaiannya telah ada. Kemudian pada suatu
pagi yang permai tatkala berjalan atau berjoging tiba-tiba dengan tidak semena-
mena timbul jalan penyelesaian terhadap masalah tersebut. Ini contoh kepada
pemikiran separa sedar. Menurut satu kajian, keputusan yang dibuat mengikut
gerak hati akan melalui otak. Pemikiran separa sedar adalah keputusan yang
mengikut gerak hati yang bergantung pada pengalaman lampau dan isyarat
luaran. Walau bagaimanapun, tindakan refleks bersifat pantas dan dilakukan
tanpa berfikir. Ia melibatkan isyarat yang memintas otak dan dilaksanakan pada
tahap tidak sedar.

Ruggierio (2008) telah mendefinisikan berfikir secara formal sebagai „sebarang


aktiviti mental yang membantu memformulasikan atau menyelesaikan sesuatu
masalah, membuat keputusan atau memenuhi kehendak untuk memahami.‰

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 1 KEMAHIRAN BERFIKIR  5

SEMAK KENDIRI 1.2

Pertimbangkan definisi formal berfikir dalam perenggan yang lalu.

Bagaimanakah definisi ini berbeza dengan definisi bahawa berfikir


adalah, „aktiviti mental bersebab yang kita mempunyai kuasa untuk
mengawal‰? Terangkan.

Antara aktiviti mental penting yang termasuk dalam proses berfikir termasuklah:

(a) Penelitian cermat;


(b) Mengingati;
(c) Mengelamun;
(d) Bertanya;
(e) Menggambarkan;
(f) Menilai;
(g) Mempertimbangkan; dan
(h) Mentafsir.

Dalam penyelesaian masalah atau pembuatan keputusan, kombinasi aktiviti yang


telah dinyatakan tadi diperlukan. Apabila berhadapan dengan pelbagai masalah,
kita biasa bertanya pada diri sendiri dan menganalisis secara terperinci situasi
tersebut sebelum membuat keputusan atau kesimpulan.

Beberapa percubaan telah dilakukan untuk menjelaskan sifat semula jadi berfikir.
Pandangan paling popular (buat masa kini dianggap sebagai tidak penting)
menganggap berfikir sepenuhnya sebagai lisan. Teori ini menyarankan individu
menyusun atur perkataan dalam minda atau secara senyap berbisik pada diri
sendiri apabila berfikir. Walau bagaimanapun, jika ini benar, Albert Einstein tidak
boleh diambil kira sebagai seorang pemikir memandangkan pemikirannya
kebanyakannya merangkumi gambaran berbanding perkataan. Ramai intelektual
terkini percaya pemikiran yang berlaku dalam minda individu selalunya
berbentuk lisan, walaupun ia tidak semestinya sedemikian. Pakar merasakan
sama seperti idea boleh diluahkan dengan simbol matematik atau gambar rajah
selain daripada perkataan, individu juga boleh melahirkan pemikiran melalui cara
yang sama.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


6  TOPIK 1 KEMAHIRAN BERFIKIR

Rajah 1.2: Albert Einstein


Sumber: http://www.widelec.org

Albert Einstein (1879ă1955) (lihat Rajah 1.2) ialah ahli fizik Amerika berketurunan
Jerman yang mereka cipta teori umum dan khusus berkenaan relativiti dan
menerima Hadiah Nobel pada tahun 1921. Beliau menyatakan, „imaginasi lebih
penting daripada pengetahuan. Pengetahuan terhad kepada apa yang kita tahu
dan faham manakala imaginasi merangkumi seluruh dunia serta segala apa yang
ingin diketahui dan difahami.‰

1.2 KEPENTINGAN BERFIKIR


Untuk menganalisis sesuatu masalah atau isu dengan jayanya seseorang perlukan
fakta (termasuk mengetahui konteks sejarah permasalahan atau pun isu) dan
pemahaman terhadap prinsip dan konsep berkaitan.

Fakta ialah sesuatu yang telah sedia maklum. Dalam kebanyakan kes, jalan
penyelesaian bukan sahaja tidak diketahui oleh individu yang berhadapan dengan
masalah malah ia suatu yang baru dan direka bentuk secara spesifik bagi
menangani sesuatu isu. Oleh itu, boleh disimpulkan bahawa mempunyai fakta
tidak semestinya membolehkan seseorang itu dijamin berupaya menyelesaikan
sesuatu masalah. Mungkin kebanyakan daripada kita menganggap diri sendiri
sebagai „ensiklopedia bergerak‰ tetapi apabila tiba masanya, mungkin kita tidak
berupaya menyelesaikan sesuatu masalah tertentu. Untuk menjadi seorang
penyelesai masalah yang berkesan, seseorang itu perlu mempunyai kedua-dua
fakta dan kemahiran berfikir yang baik.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 1 KEMAHIRAN BERFIKIR  7

Kepentingan mempunyai keupayaan berfikir dengan baik hanya akan dihargai


apabila seseorang itu berhadapan dengan pelbagai situasi kehidupan yang
keadaan tersebut memerlukan kemahiran seperti menganalisa, penyelesaian
masalah dan pembuatan keputusan yang tepat. Contohnya, ini termasuk
menentukan dan menilai aspek seperti:

(a) Ijazah apa yang hendak dipelajari di universiti;

(b) Bagaimana hendak melabur dengan bijak;

(c) Bagaimana hendak mengendalikan anak dalam situasi tertentu;

(d) Bagaimana hendak bekerja dengan ketua yang sukar;

(e) Apa yang perlu dilakukan apabila ibu bapa kita tidak boleh menjaga diri
mereka sendiri; dan

(f) Calon politik mana yang hendak diundi dalam pilihan raya.

Pada hari ini, individu yang mempunyai kemahiran dalam penyelesaian masalah,
analisis isu dan pembuatan keputusan mempunyai peluang lebih baik dalam
sektor pekerjaan dan mereka ini dianggap sebagai aset di dalam organisasi di
mana mereka bekerja. Pada masa lampau, kebanyakan proses berfikir dilakukan
oleh eksekutif dan pekerja lain hanya perlu melaksanakan tugasan yang telah
diberi kepada mereka. Walau bagaimanapun, sekarang pekerja dengan kuasa
berfikir yang berkeupayaan menjana idea bagi penambahbaikan organisasi amat
dihargai oleh majikan.

Hal ini terjadi disebabkan oleh tiga perkembangan berikut:

 Ledakan ilmu;

 Teknologi komunikasi; dan

 Peningkatan ekonomi global.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


8  TOPIK 1 KEMAHIRAN BERFIKIR

(a) Ledakan Ilmu


Peningkatan dalam dapatan kajian telah meningkatkan jumlah informasi
yang ada sekarang dalam semua bidang menjadikan amat sukar bagi mana-
mana individu hanya mahir dalam satu disiplin.

(b) Teknologi Komunikasi


Begitu juga dalam bidang komunikasi, teknologi berkembang begitu pesat
dalam masa kurang dua dekad setelah terciptanya komputer peribadi yang
beribu-ribu produk perisian dan perkakasan telah dilancarkan dalam
pasaran. Pertumbuhan organisasi seperti Microsoft, Intel, Dell dan beberapa
„dot.coms‰ telah membawa ketidakstabilan kepada banyak syarikat
termasuk syarikat yang telah mantap dan berjaya. Dalam era ini, individu
yang mempunyai kemahiran penyelesaian masalah dan pembuatan
keputusan yang baik akan bertahan serta kurang berisiko menjadi mangsa
dibuang kerja apabila syarikat mengecil. Walaupun dibuang kerja, mereka
ini mampu mencari pekerjaan lain.

(c) Peningkatan Ekonomi Global


Banyak perubahan telah membawa kepada perkembangan ekonomi global.
Ini termasuk transmisi satelit siaran televisyen, peningkatan persaingan
perniagaan daripada pelbagai negara, pembukaan negara bekas Soviet
untuk berdagang dan acara menandatangani perjanjian perdagangan baharu
seperti Perjanjian Perdagangan Bebas Amerika Utara (NAFTA ă North
American Free Trade Agreement) dan Perjanjian Umum Mengenai Tarif dan
Perdagangan (GATT ă General Agreement on Tariffs and Trade). Bagi
memenuhi cabaran dan mengambil peluang yang ditawarkan oleh ekonomi
global, amat mustahak mempunyai ramai pakar dalam pemikiran kritikal
dan kreatif. Ini bermakna individu yang mempunyai kemahiran tersebut
adalah lebih dikehendaki berbanding sebaliknya.

AKTIVITI 1.1

1. Nyatakan definisi formal berfikir.

2. Senaraikan aktiviti mental yang terdapat dalam proses berfikir.

3. Terangkan kepentingan proses berfikir.

4. Adakah anda bersetuju dengan Einstein yang menyatakan


„imaginasi adalah lebih penting berbanding pengetahuan‰?
Kenapa?

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 1 KEMAHIRAN BERFIKIR  9

1.3 MENINGKATKAN KUASA BERFIKIR


Merujuk kepada proses pemikiran, minda manusia ada dua fasa, iaitu fasa
pengeluaran dan fasa pertimbangan (lihat Rajah 1.3). Kemahiran berfikir
memerlukan kepakaran dalam semua bidang bersesuaian dengan setiap fasa dan
kemahiran untuk bergerak ke depan dan ke belakang antara fasa tersebut.

Rajah 1.3: Proses berfikir dalam minda manusia mempunyai dua fasa berbeza

1.3.1 Fasa Pengeluaran


Fasa pengeluaran ini berhubung rapat dengan pemikiran kreatif. Pada tahap ini,
minda menjana pelbagai konsepsi masalah, pelbagai kaedah mengendalikannya
dan kemungkinan penyelesaian. Secara ringkas, fasa ini merujuk kepada berfikir
di luar kotak.

Dipercayai pemikir yang baik mampu mengeluarkan idea yang lebih baik
berbanding dengan pemikir yang lemah. Ini kerana pemikir yang baik lebih
bersifat inovatif yang membolehkan mereka melahirkan lebih banyak idea.
Tambahan pula pemikir baik cenderung untuk melihat masalah dari pelbagai
sudut berbeza sebelum memilih satu dan mempertimbangkan banyak pendekatan
berbeza bagi satu masalah. Mereka mampu menjana banyak idea sebelum
membuat keputusan. Lebih baik lagi, mereka lebih bersedia untuk mengambil
risiko intelektual, lebih bersifat berani dan imaginatif.

Sebaliknya, pemikir lemah hanya melihat sesuatu masalah daripada arah terhad
dan dengan gelojoh menerima pendekatan pertama yang minda mereka jangka
sebagai penyelesaian, melakukan pertimbangan yang tergesa dan jarang-jarang
memikirkan lebih banyak idea. Pada kebanyakan masa, mereka membuat
keputusan seperti yang dijangkakan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


10  TOPIK 1 KEMAHIRAN BERFIKIR

1.3.2 Fasa Pertimbangan


Fasa pertimbangan lebih berhubung rapat dengan pemikiran kreatif, iaitu minda
mengkaji dan menilai apa yang telah dijana, membuat keputusan dan di mana
perlu melakukan pengubahsuaian.

Dalam fasa ini, pemikir yang baik sangat berhati-hati dan bersifat analitikal.
Mereka menilai tanggapan pertama, membuat perbezaan penting dan menyokong
kesimpulan berdasarkan fakta berbanding emosi dan perasaan. Memandangkan
mereka menyedari batasan dan kekangan, mereka menyemak semula logik
pemikiran dan kebolehgunaan penyelesaian mereka. Mereka memurnikan idea
dengan mengenal pasti sebarang komplikasi dan ketidaksempurnaan serta
menjangkakan sebarang respons negatif yang timbul daripada keputusan mereka.

Sebaliknya, pemikir yang lemah dikenali sebagai pembuat pertimbangan yang


sangat cepat tanpa berfikir secara kritikal serta bersandarkan emosi dan perasaan
berbanding bukti dalam membuat keputusan. Mereka juga tidak sedar batasan
dan kekangan. Oleh itu, membentuk kebarangkalian yang berlakunya kelemahan
dalam proses pemikiran mereka.

Semua pemikir mempunyai kekeliruan, kekangan mental dan kegagalan masing-


masing. Walau bagaimanapun, pemikir yang baik telah membentuk kepakaran
dalam berhadapan dengan kekecewaan sedangkan pemikir yang lemah
mempunyai tabiat terlalu memikirkan situasi dan membenarkan kegagalan
menjadikan mereka berasa tidak upaya dan tidak cekap.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 1 KEMAHIRAN BERFIKIR  11

Jadual 1.1 menyenaraikan pelbagai perbezaan yang diperhatikan antara pemikir


baik dan lemah.

Jadual 1.1: Ciri-ciri Pemikir Baik dan Lemah

Pemikir Baik Pemikir Lemah

Mengkaji sesuatu masalah secara Tidak pasti bagaimana hendak mendekati


menyeluruh dan melaksanakan rancangan masalah.
konstruktif bagi menyelesaikannya.

Aplikasi pengetahuan mereka dalam Mempunyai tanggapan bahawa


menyelesaikan masalah sewajarnya. pengetahuan mereka tidak memadai.

Mengkaji dengan bersifat reflektif dan Terlalu yakin idea asal betul.
mendalam di mana perlu.

Menyelesaikan masalah secara sistematik Berpindah daripada satu peringkat


dan analitikal. masalah kepada peringkat lain tanpa
pemikiran dan perancangan yang
menyeluruh.

Mempunyai kepercayaan dan keyakinan Tiada keyakinan terhadap kuasa


kepada kuasa penaakulan mereka dan penaakulan dan kurang yakin.
tahap keyakinan.

Bertekad dan fokus sepanjang tempoh Kurang sikap serius dan mengambil
penyelesaian masalah. sesuatu perkara dengan mudah dan
sambil lewa.

Menyemak semula matlamat bila perlu. Tidak menyemak semula matlamat.

Terbuka kepada pelbagai kemungkinan Tidak memikirkan jalan alternatif kepada


dan hasil. penyelesaian.

Adakah anda tahu...

Pemikir yang baik bersedia untuk berfikir dan mungkin mendapati berfikir suatu
yang menyeronokkan. Mereka boleh melakukan pencarian apabila perlu dan
menggantung pertimbangan. Mereka menghargai sifat rasional, mempercayai
bahawa berfikir berguna dalam usaha menyelesaikan masalah, mencapai
keputusan dan membuat pertimbangan. Sebaliknya, pemikir yang lemah perlu
kepastian, menghindari berfikir dan perlu mencapai penamatan dengan cepat
dan bergantung penuh pada gerak hati.

Adaptasi daripada Kjos (1995)

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


12  TOPIK 1 KEMAHIRAN BERFIKIR

Kebanyakan orang mempercayai pemikir yang baik tidak dipupuk sebaliknya dia
dilahirkan sebegitu. Walau bagaimanapun, ini tidak sepenuhnya betul
bersandarkan beberapa alasan. Kerap kali, kita berjumpa orang yang mempunyai
keupayaan berfikir lebih baik daripada orang lain. Namun, individu boleh
memperbaiki keupayaan berfikir mereka dalam satu tempoh masa. Berfikir secara
efektif ialah kemahiran yang semua orang boleh bentuk secara progresif dengan
bimbingan dan latihan yang sesuai.

Untuk menjadi seorang pemikir yang baik, anda tidak perlu mempunyai IQ yang
tinggi. Malah, telah dibuktikan oleh E. Paul Torrance bahawa 70 peratus daripada
orang yang kreatif mempunyai nilai IQ lebih rendah daripada 135 (dirujuk dalam
Mackall, 1998).

AKTIVITI 1.2

Adakah anda menyokong pernyataan, „Pemikir yang baik tidak


dipupuk sebaliknya dia dilahirkan sebegitu‰? Jelaskan perbincangan
anda.

Orang yang cuba untuk meningkatkan kemahiran berfikir berhadapan masalah


mengubah cara lama dan set minda mereka. Walau bagaimanapun, sekiranya
seseorang individu mempunyai keinginan mendalam untuk memperbaiki diri
sendiri dan tidak sabar-sabar hendak mengaplikasikan pengetahuan yang sudah
diperoleh, berfikir menjadi menarik dan boleh dicapai. Kita perlu sedar bahawa
tiada yang mustahil dalam kehidupan.

AKTIVITI 1.3

1. Kenal pasti dua fasa yang terlibat dalam proses berfikir. Berikan
contoh aktiviti yang terdapat dalam setiap fasa.

2. Banding dan bezakan ciri-ciri pemikir baik dan pemikir lemah


dalam kedua-dua fasa yang melibatkan proses berfikir.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 1 KEMAHIRAN BERFIKIR  13

1.4 PERANAN DAN FUNGSI OTAK KANAN


DAN KIRI
Kajian otak yang dilakukan oleh saintis perubatan mendedahkan bahawa struktur
otak lebih kompleks daripada apa yang dijangkakan. Penemuan pertama adalah
apabila seorang pakar bedah saraf mula merawat pesakit sawan menggunakan
kaedah baharu. Dalam rawatan tersebut, beliau telah memotong korpus kalosum,
iaitu saraf utama yang menghubungkan kedua-dua hemisfera pada korteks
serebrum bagi mengurangkan simptom penyakit. Pemisahan kedua-dua
hemisfera penting kerana ia membenarkan saintis mengkaji peranan yang
dimainkan oleh kedua-dua hemisfera kiri dan kanan (lihat Rajah 1.4).

Rajah 1.4: Hemisfera kanan dan kiri pada otak manusia


Sumber: http://creativitymeansbusiness.com

AKTIVITI 1.4

Layari laman web dan cari sebanyak mana maklumat berkenaan dengan
anatomi otak manusia. Bincangkan penemuan anda dengan rakan
sekuliah.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


14  TOPIK 1 KEMAHIRAN BERFIKIR

Saintis neuro percaya hemisfera kanan terlibat dalam proses pembelajaran dan
mengawal tindak balas tanpa lisan, simbolik dan gerak hati. Sebaliknya, hemisfera
kiri mengawal bahasa, menaakul secara logik, kuasa analitikal dan keupayaan
melakukan tugasan secara urutan (lihat Rajah 1.5).

Rajah 1.5: Penerimaan secara umum fungsi dominan hemisfera kanan


termasuk ciri khayalan dan gerak hati, sebaliknya hemisfera kiri berhubung
kemahiran analitikal dan organisasi
Sumber: http://theswash.com

Hal ini telah membawa kepada idea bahawa wujudnya individu „otak kanan‰ dan
individu „otak kiri‰. Sehingga kini, data yang diperoleh menyarankan tiada
seorang individu yang hanya menggunakan satu bahagian otak pada satu-satu
masa dan kehadiran korpus kalosum meneguhkan bukti bahawa terdapat
integrasi signifikan di antara kedua-dua hemisfera ini.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 1 KEMAHIRAN BERFIKIR  15

Saintis perubatan percaya kedua-dua belah otak berupaya menaakul sesuatu


masalah tetapi dengan menggunakan strategi berbeza yang satu bahagian
mungkin lebih dominan daripada yang satu lagi. Dalam menyelesaikan sesuatu
masalah, otak kiri menggunakan pendekatan analitikal, manakala otak kanan
menggunakan pendekatan holistik atau global. Pengguna otak kiri, yang juga
dikenali sebagai successive processor, iaitu seseorang itu lebih cenderung
mempelajari mengenai langkah-langkah tertentu secara bermula dengan sesuatu
yang terperinci dan berakhir dengan pemahaman konseptual sesuatu kemahiran.
Sebaliknya, pengguna otak kanan (simultaneous processor), cenderung
menguasai kemahiran bermula dengan konsep umum dan kemudian kepada
konsep yang lebih terperinci.

AKTIVITI 1.5

Pertimbangkan aktiviti berikut (sukan, hobi dan sebagainya) yang anda


gemar lakukan. Senaraikan proses berfikir yang perlu bagi anda untuk
melakukan aktiviti tersebut. Daripada situ, teroka bahagian mana otak
yang bersifat lebih dominan.

(Untuk pengesahan jawapan, cuba kuiz di laman web di alamat berikut:


http://web-us.com/brain/braindominance.htm)

AKTIVITI 1.6

1. Nyatakan fungsi hemisfera kanan dan kiri otak manusia.

2. Bezakan pendekatan yang diguna pakai oleh otak kanan dan kiri
dalam menyelesaikan masalah.

3. Adakah anda pengguna otak kanan atau kiri?

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


16  TOPIK 1 KEMAHIRAN BERFIKIR

 Berfikir ialah aktiviti mental bersebab yang sedikit sebanyak berada di bawah
kuasa atau kawalan kita. Bukti menunjukkan berfikir boleh dilakukan dalam
keadaan minda separa sedar dan tanpa sedar.

 Beberapa percubaan telah dilakukan untuk menerangkan sifat semula jadi


berfikir dan pandangan paling popular dewasa ini yang dianggap tidak
penting adalah berfikir sepenuhnya bersifat lisan.

 Kepentingan berfikir hanya dihargai apabila seseorang berhadapan dengan


situasi kehidupan yang memerlukan mereka menggunakan kemahiran seperti
menganalisis, menyelesaikan masalah dan membuat keputusan yang betul.

 Proses berfikir mempunyai dua fasa yang berbeza; pengeluaran dan


pertimbangan.

 Kemahiran berfikir memerlukan kepakaran semua pendekatan bersesuaian


terhadap setiap fasa dan kemahiran untuk bergerak ke hadapan dan ke
belakang di antaranya.

 Keseluruhannya, pemikir yang baik telah mahir bagaimana untuk berhadapan


dengan kehampaan mereka sedangkan pemikir yang lemah bersedih dengan
situasi mereka dan membenarkan kegagalan membuatkan mereka merasa
tidak berupaya.

 Saintis perubatan mempercayai bahawa kedua-dua belah bahagian otak boleh


menaakul masalah tetapi dengan melaksanakan strategi yang berbeza, satu
bahagian mungkin lebih dominan berbanding bahagian satu lagi.

 Dalam menyelesaikan masalah, otak kiri menggunakan pendekatan analitikal


dan otak kanan menggunakan pendekatan holistik atau global.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 1 KEMAHIRAN BERFIKIR  17

Fakta ilmu Pemikiran kreatif


Fasa pengeluaran Saintis neuro
Fasa pertimbangan Separa sedar
Fasa tersendiri Serebrum
Gerak hati Successive processor
Halangan mental Simultaneous processor
Korpus kalosum Teknologi komunikasi
Ledakan ilmu Tidak sedar
Pemikir baik Tingkah laku refleks
Pemikir lemah

1. Jalankan analisis bagi pernyataan berikut dan tentukan sama ada ia wajar
dan sekiranya wajar, ia sampai ke tahap mana. Terangkan pemikiran anda
secara mendalam.

„Keputusan terkini peperiksaan kebangsaan menunjukkan 75 peratus


daripada pelajar sekolah menengah di Amerika berada di bawah paras
purata dalam keupayaan membaca mereka.‰

2. Baca dialog berikut dengan baik. Kemudian tentukan sama ada apa yang
tercatat (atau yang dimaksudkan) masuk akal. Terangkan penaakulan anda
secara mendalam.

John: Adakah anda rasakan kelompok massa mempunyai sebarang kuasa


besar di Amerika sekarang?

Bill: Ia bergantung pada kelompok apa yang diambil kira dalam


„kelompok massa‰. Adakah anda akan memasukkan golongan
profesional ă doktor, peguam, guru...?

John: Guru? Gaji mereka tidak besar.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


18  TOPIK 1 KEMAHIRAN BERFIKIR

Butterworth, J., & Thwaites, G. (2005). Thinking skills. Cambridge International


Examinations (kulit lembut).

De Bono, E. (2005). Thinking course (Ed. semakan). Barnes & Noble Books.

Elder, L. (2007). Critical thinking: Tools for taking charge of your professional and
personal life. New Jersey, NJ: Pearson.

James, W. (1980). Principles of psychology. New York, NY: Holt.

Kjos, B. (1995). Brave new schools. Harvest House.

King, M. L. (2011). Brainy Quote. Thinking quotes. Dicapai dari http://www.


brainyquote.com/quotes/keywords/thinking.html

Macall, D. D. (1988). Problem solving (Ed. ke-2). Ferguson.

Paul, R. W., & Elder, L. (2007). Critical thinking: Tools for taking charge of your
professional and personal life. Hoboken, NJ: Pearson.

Proctor, B. (1997). You were born rich. Life Success Productions.

Ruggiero, V. R. (2008). The art of thinking: A guide to critical and creative thought
(Ed. ke-9). Essex, England: Longman Publishing Group.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


Topik  Pemikiran
Kritikal dan
2 Kreatif
HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Mendefinisikan pemikiran kritikal, pemikiran kreatif dan pemikiran
lateral;
2. Menerangkan ciri-ciri pemikiran kritikal dan pemikiran kreatif;
3. Memberikan contoh pemikiran kritikal dan pemikiran kreatif;
4. Menghuraikan halangan dalam pemikiran kritikal;
5. Mengenal pasti aplikasi pemikiran kritikal dalam penyelesaian
masalah;
6. Menghuraikan enam teknik pemikiran lateral; dan
7. Menghuraikan persilangan otak kanan dan kiri.

 PENGENALAN
Terdapat dua kemahiran asas dalam pemikiran seperti ditunjukkan dalam
Rajah 2.1.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


20  TOPIK 2 PEMIKIRAN KRITIKAL DAN KREATIF

Rajah 2.1: Dua kemahiran asas pemikiran

Kemahiran pertama menekankan kebolehan analitikal: bagaimana untuk meneliti


hujah, bagaimana membanding, mengkategorikan dan menyusun, dan
bagaimana menggunakan penaakulan deduktif dan induktif untuk mencapai
kesimpulan. Kemahiran pemikiran ini disebut pemikiran kritikal.

Kemahiran kedua memfokuskan kepada penerokaan idea, menjana kemungkinan


baharu, melihat fleksibiliti dalam jawapan dan membangunkan pendapat yang
membawa kepada penghuraian. Kemahiran pemikiran ini disebut pemikiran
kreatif.

Kedua-dua kemahiran pemikiran kritikal dan kreatif adalah penting untuk


menyelesaikan masalah dan memperoleh pengetahuan.

Dalam topik ini, kita akan meneroka kedua-dua kemahiran berfikir, meneliti ciri-
cirinya dan melihat bagaimana ia diaplikasikan dalam penyelesaian masalah
dalam dunia sebenar.

AKTIVITI 2.1

Dalam Topik 1, kita mempelajari mengenai fungsi hemisfera kanan dan


kiri otak manusia. Berdasarkan pemerihalan ringkas mengenai
pemikiran kritikal dan kreatif dalam Pengenalan tadi, bagaimanakah
anda fikir kedua-dua kemahiran pemikiran berpadanan dengan model
kefungsian „otak kanan, otak kiri‰?

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 2 PEMIKIRAN KRITIKAL DAN KREATIF  21

2.1 PEMIKIRAN KRITIKAL


Apabila perkataan „kritikal‰ digunakan, ia selalunya mempunyai konotasi
negatif. „Kritikal‰ sering dimaksudkan dengan „kecenderungan untuk mencari
dan membawa perhatian terhadap kesilapan dan kecacatan‰ seperti apabila
seseorang itu „kritikal‰ terhadap apa yang kita lakukan atau katakan.

Walau bagaimanapun, kritikal juga bermaksud „melibatkan atau melatih


kemahiran mempertimbangkan atau pemerhatian‰. Berdasarkan maksud inilah
perkataan „kritikal‰ dalam „pemikiran kritikal‰ digunakan. Jadi, apabila kita
menyebut „pemikiran kritikal‰, kita maksudkan berfikir secara jelas dan
intelektual. Pemikiran kritikal merangkumi pelbagai kemahiran kognitif dan ciri-
ciri intelektual yang diperlukan untuk mengenal pasti, menganalisis dan menilai
dengan berkesan hujah atau kebenaran sesuatu dakwaan. Untuk berfikir secara
kritikal bermaksud membongkar dan mengatasi prejudis dan bias peribadi,
menyediakan alasan meyakinkan untuk menyokong kesimpulan dan membuat
keputusan rasional dan bijak mengenai apa yang hendak dipercayai dan apa yang
hendak dibuat.

Dengan kata lain, pemikiran kritikal boleh didefinisikan sebagai „pemikiran


berdisiplin yang dikawal oleh standard intelektual yang jelas. Standard intelektual
yang paling penting yang telah dikenal pasti ialah kejelasan, ketelitian, ketepatan,
relevan, ketekalan, kebenaran logik, kesempurnaan dan keadilan (Bassham, 2000,
ms. 7).

Kita akan melihat secara ringkas setiap piawai intelek ini untuk memahaminya
dengan lebih baik.

2.1.1 Lapan Ciri Pemikiran Kritikal


Sekarang, mari kita lihat lapan ciri pemikiran kritikal.

(a) Kejelasan
Langkah pertama yang terlibat sebelum menilai sesuatu hujah atau dakwaan
seseorang adalah untuk memahami dengan jelas apa yang mereka katakan.
Walau bagaimanapun, kebiasaannya ini boleh jadi mencabar kerana
individu sering gagal meluahkan percakapan mereka dengan jelas dan
lancar. Ini mungkin disebabkan beberapa faktor termasuk malas, cuai atau
kurang kemahiran mendesak (assertive). Terdapat juga beberapa contoh
yang disebabkan oleh usaha salah untuk nampak bijak, pintar atau penting.
Jadi, dengan memberi perhatian terhadap bahasa, kita boleh menyelamatkan
diri daripada salah komunikasi dan kekecewaan yang tidak sepatutnya

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


22  TOPIK 2 PEMIKIRAN KRITIKAL DAN KREATIF

berlaku. Wittgenstein (2001) pernah berkata, „Semua perkara yang boleh


dikatakan boleh dikatakan dengan jelas.‰

Selain daripada mencari kejelasan dalam bahasa, pemikiran kritikal juga


melihat kepada kejelasan maksimum pemikiran. Sepertimana penulis
motivasi sentiasa mengingatkan kita untuk mencapai matlamat peribadi
dalam hidup, kita memerlukan matlamat dan keutamaan yang jelas
dibentuk, pegangan realistik mengenai kebolehan dan pemahaman jelas
mengenai masalah dan peluang yang dihadapi. Namun demikian,
pemahaman kendiri sebegitu hanya boleh dicapai jika kita menghargai dan
mengamalkan kejelasan pemikiran. Charles Larmore (The National Post, 29
Julai 2000) pernah menyuarakan bahawa „kejelasan bukan setakat perhiasan
intelek; ia adalah inti pati kemuliaan intelek.‰

(b) Ketelitian
Beberapa contoh terbaik pemikiran kritikal boleh dilihat dalam cerita
detektif seperti Sherlock Holmes, iaitu penciptaan abadi oleh penulis British
Sir Arthur Conan Doyle. Elemen penting cerita ini adalah ketelitian melalui
pemerhatian yang teliti, Holmes mampu mencari petunjuk yang tidak dapat
dilihat oleh orang lain. Ini diikuti dengan proses kesimpulan logik, yang
beliau dapat menggunakan petunjuk yang ada untuk menyelesaikan misteri.

Ketelitian diperlukan dalam pelbagai bidang khusus seperti perubatan,


matematik, seni bina dan kejuruteraan. Pemikir kritikal sedar tentang
kepentingan pemikiran yang teliti dalam kehidupan seharian untuk
mengkaji kekeliruan dan ketidaktentuan yang mengelilingi banyak masalah
dan isu. Ia adalah wajib memperoleh jawapan teliti bagi soalan yang teliti.
Menurut Peirce (dalam Bassham et al., 2011), „Idea berharga hanya boleh
diperoleh melalui perhatian yang teliti.‰

(c) Ketepatan
Slogan yang terkenal mengenai sistem input-output menyatakan, „Sampah
masuk, sampah keluar.‰ Otak manusia bekerja atas konsep yang sama.
Individu boleh dikatakan sangat bijak tetapi jika dia membuat keputusan
berdasarkan maklumat palsu, kemungkinan keputusan tersebut merupakan
keputusan yang tidak baik. Pemikir kritikal bukan sahaja menghargai
kebenaran tetapi juga mempunyai obsesi terhadap maklumat yang tepat dan
bersesuaian. Mereka mencuba bersungguh-sungguh membuat keputusan
berdasarkan perkara yang tersedia maklum.

Memetik kata-kata Socrates (dalam Bassham et al., 2011): „Hidup yang tidak
diteliti tidak berbaloi jika individu berhenti belajar, berkembang dan
bertanya.‰

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 2 PEMIKIRAN KRITIKAL DAN KREATIF  23

SEMAK KENDIRI 2.1

Dalam pengukuran saintifik, perbezaan antara „ketelitian‰ dengan


„ketepatan‰ adalah jelas. Bagaimana anda membezakan antara dua
konsep ini dari segi pemikiran kritikal?

(d) Relevan
Pada masa kita mendapati diri dalam sesuatu situasi di mana persekitaran
dan manusia adalah membosankan, kita mula menghargai kepentingan
menumpukan perhatian terhadap idea dan maklumat yang relevan. Ramai
pendebat telah berjaya menggunakan teknik membangkitkan isu tidak
penting untuk mengalihkan perhatian pendengar dan pihak lawan.
Abraham Lincoln sewaktu beliau menjadi peguam, pernah menggunakan
jenaka dan cerita untuk mengambil hati juri dan peguam lawan sering
mengadu kepada hakim bahawa cerita Lincoln adalah tidak relevan dan
mengalih perhatian juri.

Seperti Plato (dalam Bassham et al., 2011) pernah berkata, „Perbincangan


yang remeh dan tidak relevan tidak akan dibenarkan; apa yang diperkatakan
mestilah jitu.‰ Ini jelas menunjukkan bahawa relevan adalah sebenarnya
faktor penting dalam pemikiran kritikal.

(e) Ketekalan
Logik memberitahu kita bahawa jika seseorang memegang kepercayaan
yang tidak tekal, maka sekurang-kurangnya satu daripada kepercayaan
tersebut mestilah tidak benar. Pemikir kritikal menghargai kebenaran, jadi
mereka sentiasa mencari ketidaktekalan, dalam kedua-dua keadaan, iaitu
pemikiran mereka sendiri dan dalam hujah dan dakwaan orang lain.

Ketidaktekalan logik, yang melibatkan percakapan atau mempercayai


perkara yang tidak konsisten ialah jenis ketidaktekalan pertama yang perlu
kita elakkan. Jenis kedua ialah ketidaktekalan praktikal yang melibatkan
mengatakan satu perkara tetapi melakukan perkara lain.

Kebanyakan masa individu sedar bahawa apabila kata-kata bertentangan


dengan tindakan, mereka dilabelkan sebagai hipokrit. Namun demikian,
contoh sebegitu tidaklah begitu menarik daripada pandangan pemikiran
kritikal. Lebih menarik ialah situasi di mana individu tidak menyedari
bahawa kata-kata mereka bertentangan dengan perbuatan mereka. Apa
yang penting dalam situasi sebegitu ialah manusia sentiasa mempamerkan
kebolehan luar biasa terhadap penipuan diri. Seperti perumpamaan
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
24  TOPIK 2 PEMIKIRAN KRITIKAL DAN KREATIF

Morpheus yang berbunyi, „Terdapat perbezaan antara mengetahui jalan dan


melalui jalan tersebut‰ (dalam Bassham et al., 2011).

Pemikiran kritikal membantu kita daripada terperangkap dalam


ketidaktekalan logik dan praktikal. Ketidaktekalan praktikal mungkin tidak
disedari tetapi ia terhasil melalui tindakan kita dan pemikiran kritikal
membantu kita menyedarinya. Bagi ketidaktekalan logik, Socrates telah
menyedari bahawa ketidaktekalan logik yang tidak disedari adalah lebih
kerap berlaku daripada yang selalu disangka. Dengan pemikiran kritikal, ini
boleh dikenal pasti dan dielakkan.

(f) Ketepatan Logikal


Berfikir secara logik bermaksud menaakul dengan betul, bermaksud
membuat rumusan berdasarkan kepercayaan yang kita pegang. Untuk
berfikir secara kritikal, kita bukan sahaja memerlukan kepercayaan betul dan
berasas tetapi kita juga perlu tahu menggunakannya untuk mencapai
kesimpulan logik. Talmud mengatakan, „Kecerdasan bermaksud seseorang
yang boleh mengenal pasti implikasi dan mencapai kesimpulan‰ (dalam
Bassham et al., 2011).

(g) Kesempurnaan
Biasanya, kita memihak kepada pemikiran cetek dan superfisial daripada
pemikiran mendalam dan sempurna. Kita sering terlibat dalam
perbincangan superfisial: mengutuk penyiasatan jenayah yang kurang teliti,
perbincangan juri yang terburu-buru, arahan memandu yang tidak jelas dan
diagnosis perubatan yang tidak tepat. Pemikiran adalah lebih baik apabila ia
adalah mendalam daripada cetek, dan menyeluruh daripada dangkal. Hsun
Tzu (dalam Bassham et al., 2011) pernah mengatakan, „Hanya apabila ada
kesempurnaan dan ketuntasan adanya kesarjanaan.‰

(h) Keadilan
Ciri terakhir pemikiran kritikal ialah keadilan yang merangkumi fikiran
terbuka, tidak berat sebelah dan bebas daripada bias dan tanggapan awal.
Walau bagaimanapun, ini agak sukar dicapai. Menurut H. G. Wells, „Ia
bukanlah satu pemikiran yang baik tentang sesuatu kecuali anda
memikirkannya dengan mendalam‰ (dalam Bassham et al., 2011).

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 2 PEMIKIRAN KRITIKAL DAN KREATIF  25

Kaji dua contoh berikut mengenai situasi yang menggunakan pemikiran kritikal:

(a) Pemikiran Kritikal di dalam Kelas


Apabila pelajar mendaftar di kolej, mereka terkejut apabila mendapati
profesor mereka kurang berminat tentang bagaimana mereka mendapat
kepercayaan daripada memastikan sama ada kepercayaan itu mampu
bertahan dengan penyiasatan yang kritikal. Secara apa yang umumnya,
difokuskan ialah pemikiran aras tinggi, penilaian kecerdasan mengenai idea
dan maklumat. Jadi, pemikiran kritikal memainkan peranan penting dalam
kurikulum kolej.

Dalam kursus pemikiran kritikal, antara kemahiran yang dipelajari dan


boleh meningkatkan kebolehan mereka di dalam kelas adalah:

(i) Memahami hujah dan kepercayaan orang lain;

(ii) Menilai hujah dan kepercayaan secara kritikal; dan

(iii) Membangun dan mempertahankan hujah dan kepercayaan mereka


yang mempunyai sokongan kuat.

John J. Mearsheimer pernah berkata, „Kita tidak mahu anda menerima


kebijaksanaan konvensional mengenai subjek tertentu semata-mata. Malah,
anda sepatutnya mempersoalkannya terlebih dahulu‰ (dalam Bassham et al.,
2011).

(b) Pemikiran Kritikal di Tempat Kerja


Kini, majikan bukan sahaja mencari pekerja yang mahir dengan kelayakan
akademik yang tinggi tetapi juga individu yang mempunyai kemampuan
yang sangat baik untuk berfikir dan berkomunikasi dengan berkesan di
tempat kerja. Mereka mencari individu yang boleh belajar dengan cepat dan
boleh menyelesaikan masalah, berfikir secara kreatif, mengumpul dan
menganalisis maklumat, menghasilkan kesimpulan bersesuaian dengan
maklumat dan menyampaikan idea mereka dengan jelas dan berkesan.
Seperti yang dikatakan oleh Pusat Pemikiran Kritikal (Foundation for
Critical Thinking), „Tiada yang lebih praktikal daripada pemikiran yang
baik.‰

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


26  TOPIK 2 PEMIKIRAN KRITIKAL DAN KREATIF

2.1.2 Permainan Klasifikasi dalam Pengajaran


Pemikiran Kritikal
Ia adalah dipercayai bahawa klasifikasi memainkan peranan penting dalam
perkembangan pemikiran logik dan konsep abstrak daripada kanak-kanak awal
hingga dewasa. Gerhard (1975) menyatakan bahawa kemahiran klasifikasi adalah
penting terhadap perkembangan perbendaharaan-konsep, dan seterusnya,
terhadap pembacaan dan penyimpanan maklumat. Menurut Furth dan Wachs
(1974), semua tugas klasifikasi memerlukan pengenalpastian fitur dan
pengasingan kepada kategori mengikut peraturan tertentu.

Terdapat beberapa bahan komersil dengan analogi lisan, penyelesaian masalah


bergambar dan simbolik, puzzle logik dan permainan feature. Walau
bagaimanapun, aplikasi pelbagai objek persekitaran mesti dipatuhi. Gabungan
aktiviti klasifikasi kepada kawasan kandungan juga adalah penting untuk
menentukan kegunaan mereka. Sekarang ini, aplikasinya kepada matematik dan
sains, khususnya pendekatan penerokaan dalam sains, adalah jelas.

Menurut teori skema, maklumat yang perlu disimpan mesti dikumpulkan dengan
sesuatu yang sudah ada dalam ingatan (Tonjes & Zintz, 1987). Teknik melibatkan
brainstorming yang membantu dalam memahami proses dicadangkan untuk
membantu pelajar mengingat kembali pengetahuan lama mengenai tajuk tertentu
untuk dibaca, dan kemudian mengkategorikan dan menyimpan maklumat baharu
ini dalam ingatan mereka.

Devine (1986) menyatakan bahawa skema pelajar perlu disusun semula apabila
pengalaman lepas yang terhad kepada perspektif berbeza intervensi dengan
pemahaman konsep baharu. Beliau menggunakan contoh pelajar yang
berhadapan masalah memahami hubungan antara konsep kelas sosial dan sistem
kasta. Dalam latihan hubungan-perkataan, pelajar diminta membuat senarai
mengenai semua yang mereka tahu tentang setiap istilah secara individu.
Kemudian, mereka diminta untuk mencari persamaan, contohnya, semasa
mengkategorikannya, mengenal pasti ciri-ciri yang sama antara fakta dan
peristiwa dan melabelkannya, seterusnya membangunkan konsep atau skema
baharu.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 2 PEMIKIRAN KRITIKAL DAN KREATIF  27

2.1.3 Halangan kepada Pemikiran Kritikal


Walaupun pemikiran kritikal penting, ramai individu yang berpendidikan tinggi
dan bijak mendapatinya sesuatu yang mencabar untuk diamalkan. Yang berikut
ialah beberapa halangan biasa kepada pemikiran kritikal:

 Kurang maklumat latar belakang  Stereotaip;


yang relevan;
 Anggapan tidak wajar;
 Kemahiran membaca yang lemah;
 Melemparkan masalah kepada
 Bias; orang lain;

 Prejudis;  Perasionalan;

 Kepercayaan karut;  Penafian;

 Pemikiran berpusatkan diri;  Pemikiran angan-angan;

 Pemikiran berpusatkan kumpulan;  Pemikiran jangka pendek;

 Tekanan rakan sebaya;  Persepsi yang dipilih;

 Keakuran;  Memori yang dipilih;

 Kekampungan;  Emosi yang sangat kuat;

 Pemikiran sempit;  Penipuan diri;

 Pemikiran tertutup;  Menyelamatkan maruah; dan

 Sangsi dengan alasan;  Takut kepada perubahan.

 Pemikiran relativisme (relativistic


thinking);

SEMAK KENDIRI 2.2

Huraikan mana-mana lima halangan seperti yang disenaraikan tadi.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


28  TOPIK 2 PEMIKIRAN KRITIKAL DAN KREATIF

2.1.4 Kepentingan Pemikiran Kritikal


Pertama, pemikiran kritikal mengelak kita daripada melakukan keputusan
peribadi yang kurang bijak dengan mengajar kita untuk berfikir mengenai
keputusan hidup yang penting dengan lebih berhati-hati, jelas dan logik. Kedua,
ia memainkan peranan penting dalam menggalakkan proses demokratik. Albert
Einstein (www.leadershipnow.com/probsolvingquotes.htm) pernah berkata
bahawa, „masalah penting yang kita hadapi tidak boleh diselesaikan pada tahap
pemikiran di mana kita berada sewaktu kita menciptanya.‰ Ketiga, pemikiran
kritikal dipercayai membawa kekayaan peribadi dalam hidup kita.

Pemikiran kritikal boleh membebaskan manusia daripada andaian yang tidak


diteliti dan bias mengenai cara kita dibesarkan dan masyarakat.

Howard Kahane (dalam Bassham et al., 2011) pernah berkata bahawa


„warganegara yang berfikir untuk diri mereka sendiri, daripada menelan segala
apa yang pemimpin katakan kepada mereka ialah ramuan yang perlu ada untuk
masyarakat menjadi bebas dalam erti kata yang sebenar.‰

AKTIVITI 2.2

Dalam kumpulan tiga atau empat orang, definisikan ciri-ciri pemikiran


kritikal berikut: kejujuran intelek, keterbukaan minda, keadilan minda,
keberanian intelek dan ketabahan intelek.

2.2 PEMIKIRAN KREATIF


Sebelum pertengahan tahun 1950-an, perhatian terhadap kreativiti didapati
kurang diberi. Seorang penyelidik yang mengkaji lebih daripada 121,000 senarai
artikel dalam jurnal Psychological Abstracts sejak 23 tahun kebelakangan ini
mendapati hanya 186 artikel, yang diterjemahkan kepada kurang dua-persepuluh
daripada 1 peratus keseluruhan, yang mempunyai isi mengenai kreativiti. Dari
tempoh itu dan seterusnya, perhatian terhadap kreativiti meningkat dengan cepat
dan banyak buku telah ditulis mengenai subjek ini. Penyelidik telah mengkaji
secara menyeluruh kehidupan individu kreatif, meneroka proses kreatif dan
menguji prestasi kreatif dalam pelbagai situasi yang dapat difikirkan dan pada
setiap tahap umur.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 2 PEMIKIRAN KRITIKAL DAN KREATIF  29

Usaha mereka membantu memperbaiki pemahaman kita mengenai kreativiti dan


menyelesaikan banyak salah faham yang selama ini tidak dicabar. Menggantikan
tanggapan salah tersebut dengan fakta ialah langkah penting dalam
mengembangkan potensi kreatif seseorang. Fakta berikut adalah antara yang
paling penting:

(a) „Melakukan perkara secara sendiri‰ bukan semestinya tanda kreativiti;

(b) Kreativiti tidak memerlukan bakat intelektual khas atau IQ tinggi;

(c) Penggunaan ubat-ubatan menghalang kreativiti; dan

(d) Kreativiti mencerminkan kesihatan mental.

Pemikiran kreatif boleh didefinisikan sebagai „berada dalam keadaan minda yang
optimum yang boleh menjana idea baharu‰ (www.brainstorming.co.uk). Dengan
kata lain, pemikiran kreatif ialah pemikiran yang bertujuan meningkatkan
peluang pemikiran baharu terhasil. Beberapa penulis percaya bahawa pemikiran
kreatif adalah berfikir di luar kotak yang seseorang menghasilkan idea asli,
berlainan dan rumit (lihat Rajah 2.2).

Rajah 2.2: Pemikiran kreatif melibatkan berfikir


di luar kotak yang ada kalanya boleh jadi sukar

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


30  TOPIK 2 PEMIKIRAN KRITIKAL DAN KREATIF

2.2.1 Lima Ciri Pemikiran Kreatif


Sekarang, mari kita baca lebih lanjut mengenai lima ciri pemikiran kreatif.

(a) Dinamisme
Pada asasnya, dinamisme bermaksud tanggapan perubahan ă perubahan
dalam respons, atau mendahului keadaan atau maklumat. Ia bermaksud
interaksi aktif, berbanding dengan penerimaan pasif.

Minda pemikir kritikal tidak pernah dibiarkan untuk menjadi pasif, tidak
dipersoalkan dan menerima. Sebaliknya, bagi pemikir kreatif semangat
ingin tahu selalunya terbakar atau sekurang-kurangnya dinyalakan semula
dari semasa ke semasa. Keseronokan dikatakan satu elemen penting dalam
dinamik ini. Individu kreatif boleh dianggap sebagai kanak-kanak kecil yang
suka menyusun semula blok mainan mereka dalam kombinasi yang pelbagai
dan melihatnya dari perspektif berbeza.

Isaac Newton (dalam Ruggiero, 2009, ms.6) pernah menulis, „Saya tidak tahu
apakah tanggapan dunia terhadap saya; tetapi kepada diri sendiri, saya
seolah-olah seorang kanak-kanak lelaki bermain di tepi pantai, dan sekali
sekala menemui....batu kerikil yang lebih licin atau kerang yang lebih cantik
daripada yang biasa padahal saya masih belum menemui segala lautan
kebenaran luas yang terbentang di hadapan saya.‰

Einstein (dalam Ruggiero, 2009, ms.6) membuat spekulasi satu langkah lagi:
beliau nampak sikap suka bermain sebagai „ciri penting dalam pemikiran
produktif.‰ Satu daripada sumbangan paling penting sikap suka bermain
dalam kalangan individu kreatif adalah ia memberikan individu ini dengan
koleksi idea yang lebih kaya dan pelbagai berbanding individu biasa.

(b) Keberanian
Berfikir ialah satu pengembaraan bagi orang kreatif. Ini kerana mereka bebas
daripada idea dan tanggapan awal dan pandangan prejudis. Tambahan
pula, individu kreatif kurang cenderung untuk menerima pandangan sedia
ada, mempunyai perspektif yang lebih luas dan kurang berkemungkinan
untuk bersetuju dengan orang lain di sekeliling mereka. Orang kreatif boleh
menghasilkan idea berani. Mereka sanggup mencuba idea yang tidak
diterima oleh orang lain dan bereksperimen dengan kebarangkalian yang
tidak disukai oleh orang lain. Ciri ini dikongsi oleh Galileo, Columbus,
Edison dan adik beradik Wright. Individu ini bersedia untuk menerima idea
kreatif baharu berbanding orang lain yang sezaman dengan mereka.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 2 PEMIKIRAN KRITIKAL DAN KREATIF  31

Keberanian merupakan sifat yang murni kerana orang yang berani tidak
malu berbanding orang lain. Individu yang berani menerima pengalaman
buruk, menggunakan sifat ingin tahu dan belajar daripada pengalaman
tersebut. Jadi, mereka kurang berkemungkinan untuk mengulang kegagalan
yang sama berbanding orang lain.

(c) Pintar
Pintar akal boleh didefinisikan sebagai kebolehan untuk bertindak secara
berkesan dan mengkonsepsikan pendekatan yang menyelesaikan masalah.
Di samping itu, pintar juga bermaksud mampu menyelesaikan masalah yang
membingungkan orang lain bila sumber yang ada tidak mencukupi.

Walaupun kebolehan ini tidak diukur oleh ujian IQ, ia satu aspek yang
paling penting untuk kecerdasan praktikal. Contoh terbaik bagi menjelaskan
ciri ini ialah satu penerbitan oleh Scientific American lebih dari 50 tahun
dahulu. Dalam artikel ini, seorang banduan dalam penjara daerah barat
melepaskan diri tetapi ditangkap semula selepas beberapa minggu. Pegawai
penjara menyoal siasat beliau selama beberapa hari dan berulang kali
bertanya tentang di mana beliau mendapatkan gergaji untuk memotong
palang besi. Akhirnya, beliau menjawab bahawa beliau mengumpulkan
cebisan daripada pintalan dalam kedai mesin, memasukkannya di dalam
gam dan kemudian di dalam jejalur kayu, dan menyeludupnya masuk ke
dalam sel penjaranya. Setiap malam selama tiga bulan, beliau telah
menggergaji palang besi sebanyak 1 inci. Pegawai penjara berpuas hati
dengan penjelasan beliau, mengunci beliau dan merasa yakin bahawa
banduan tersebut tidak akan mengunjungi kedai mesin itu lagi.

Walau bagaimanapun, selepas tiga tahun setengah dalam penjara, banduan


tersebut melarikan diri sekali lagi pada waktu malam. Pegawai penjara
menemui palang besi dipotong dengan cara yang sama seperti kali pertama
beliau melepaskan diri. Namun, beliau tidak dapat ditangkap semula, dan
cara bagaimana beliau melepaskan diri masih menjadi tanda tanya.

Sebenarnya, beliau telah berbohong menggunakan bahan dari kedai mesin


pada kali pertama. Beliau lebih pintar daripada itu. Beliau telah
menggunakan tali kapas daripada stoking beliau, membasahkannya dengan
air liur, dan menggosoknya dalam debu di sel penjara beliau.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


32  TOPIK 2 PEMIKIRAN KRITIKAL DAN KREATIF

(d) Ketekunan
William Gordon (dalam Ruggiero, 2009, ms.7) pernah berkata, „Semua
masalah ada dalam minda ialah ancaman kegagalan.‰ Hanya individu yang
tidak takut dengan kegagalan dan mempunyai keinginan tidak berbelah
bahagi untuk berjaya tidak kira apa usaha yang diperlukan, mempunyai
peluang untuk berjaya.

Individu kreatif sentiasa bersedia untuk memberikan komitmen yang


diperlukan. Thomas Edison (dalam Ruggiero, 2009, ms. 7) mempunyai
komitmen dalam mindanya bila beliau berkata, „Orang genius ialah 99
peratus usaha dan 1 peratus inspirasi.‰ Seorang lagi personaliti hebat,
George Bernard Shaw (dalam Ruggiero, 2009, ms. 7) pernah berkata,
„Sewaktu saya muda, saya perhatikan bahawa sembilan daripada sepuluh
perkara yang saya buat gagal. Saya tidak mahu menjadi seorang yang gagal,
jadi saya usaha lebih sepuluh kali lagi.‰

Satu ciri penting yang ada dalam orang kreatif adalah kebolehan untuk
menumpukan dengan sesuatu masalah dan memberikan sepenuh perhatian
terhadap masalah tersebut. Di samping itu, oleh sebab sifat daya saing orang
kreatif, mereka memberikan perhatian lebih terhadap idea mereka
berbanding orang lain. Satu contoh yang baik ialah Lester Pfister yang
menghasilkan idea pembiakan daripada batang pokok dan bekerja dengan
tangan, musim demi musim. Selepas lima tahun, beliau hanya mempunyai
empat batang sahaja tinggal dan beliau sangat miskin. Orang yang kurang
azam mungkin akan berputus asa dengan kekecewaan dan kehampaan
dalam situasi begitu tetapi Pfister tidak bersedia untuk menerima kegagalan.
Beliau tabah dan akhirnya diberi ganjaran dengan sejenis baka yang lebih
baik.

(e) Berdikari
Setiap kali kita memikirkan idea baharu, kita mengasingkan diri daripada
orang lain. Pengolahan idea sudah cukup untuk meningkatkan pengasingan
ini sebanyak 10 kali.

Bagi kebanyakan orang, terutama mereka yang memperoleh kuasa daripada


berkomunikasi dengan orang lain dan yang bergantung kepada orang lain
untuk menjaga identiti mereka, pengasingan begini agak menakutkan.
Individu ini tidak berasa selesa meluahkan idea baharu kerana mereka
bimbang ditolak oleh masyarakat.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 2 PEMIKIRAN KRITIKAL DAN KREATIF  33

Individu-individu kreatif adalah berbeza. Walaupun menerima


persahabatan dan sokongan daripada orang lain, mereka tidak bergantung
sepenuhnya pada orang lain. Mereka mencari kekuatan dari dalam diri
sendiri dan dengan demikian, lebih yakin, lebih berdikari dan kurang takut
tampil pelik atau luar biasa dalam khalayak ramai (lihat Rajah 2.3).

Rajah 2.3: Individu kreatif dikatakan lebih berdikari


Sumber: http://www.h2euro.org/latest-news/eu-policy-news/
fch-ju-independent-as-of-november-15th-2010

Memahami dan mengetahui lima ciri ini boleh membantu anda membina
kebolehan kreatif jika anda bersedia meletakkan usaha untuk
mengembangkannya. Walau bagaimanapun, jika anda sudah memilikinya,
ia akan membantu anda memperbaiki dan memperkasakannya. Ini suatu
tugas yang sukar tetapi tidak mustahil ă seperti ungkapan „Tabiat lama
sukar hilang‰ (old habits die hard ). Namun begitu, hanya sedikit kemajuan
pun boleh membawa perubahan dalam kualiti pemikiran anda.

SEMAK KENDIRI 2.3

Senaraikan lima ciri penting individu kreatif dan jelaskan setiap satunya
dalam ayat anda sendiri.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


34  TOPIK 2 PEMIKIRAN KRITIKAL DAN KREATIF

2.2.2 Mengaplikasikan Kreativiti dalam Masalah dan


Isu
Dua aplikasi ekstensif kreativiti secara khusus yang menarik terhadap
kebanyakan individu adalah menyelesaikan masalah dan isu kontroversi. Kedua-
duanya merujuk kepada situasi tidak menyenangkan yang mencabar kecerdasan
kita, atau situasi yang tidak mempunyai penyelesaian sesuai. Situasi sedemikian
sering kali memecahbelahkan orang ramai kepada dua kumpulan berlawanan,
satu dengan tanggapan bahawa ia adalah benar dan pihak lawan adalah salah.

Kaedah paling penting untuk mengaplikasikan kreativiti dalam masalah dan isu
adalah:

(a) Mengambil pendekatan inovatif dan baharu;

(b) Mencipta atau mengubah proses atau sistem;

(c) Menghasilkan produk atau servis baharu;

(d) Mencari kegunaan baharu untuk perkara sedia ada;

(e) Menambah baik perkara sedia ada; dan

(f) Menemui atau mendefinisikan semula konsep.

Sekarang, mari kita baca mengenai setiap kaedah dengan dengan contoh untuk
benar-benar memahaminya.

(a) Mengambil Pendekatan Inovatif dan Baharu


Inspektor Humane Society yang menjumpai dua ekor anjing di dalam kereta
tertutup dalam panas terik 92À C telah menggunakan pendekatan baharu
untuk menghukum pemilik anjing berkenaan. Mereka menawarkan pemilik
tersebut alternatif atas dakwaan kekejaman terhadap binatang: mereka
sendiri menghabiskan masa satu jam di dalam kereta tertutup dalam suhu
yang sama sepertimana dialami anjing itu sementara anjing tersebut
menghabiskan masa satu jam di dalam bangunan Humane Society yang
berhawa dingin (Couple Learns Golden Rule..., Oneonta Star, 29 Ogos 1981).

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 2 PEMIKIRAN KRITIKAL DAN KREATIF  35

Satu lagi contoh yang baik untuk pengambilan pendekatan inovatif ialah
kisah D. B. Kaplan, yang diberi tugas menghasilkan cara baharu menulis
menu untuk restoran. Beliau mengambil cabaran ini dan item yang
dihasilkan dalam menu termasuk Tongue Fu, the Italian Scallion, Chive
Turkey, Ike and Tina Tuna, Dr. Pepperoni, the Breadless Horseman, Annette
Spinachello dan Quiche and Tell. Bahannya juga adalah sama kreatif seperti
namanya.

(b) Mencipta atau Mengubah Proses atau Sistem


Sistem perpuluhan Dewey dan sistem Perpustakaan Kongres ialah dua
teknik yang dicipta untuk mengklasifikasi buku-buku.

Contoh lain ialah prosedur yang dicipta pada satu atau dua dekad lepas
untuk menyiasat kesihatan fetus. Prosedur seperti amniosintesis dan
persampelan chorionic villus melibatkan pengambilan cecair amniotik,
sementara pengimejan ultrabunyi melibatkan lantunan gelombang bunyi
dari fetus untuk membentuk imej.

Cap jari DNA ialah satu lagi contoh kreativiti. Teknik ini berasaskan fakta
bahawa setiap individu yang pernah hidup mempunyai pembawaan genetik
unik. Sehelai rambut atau setitik air kencing, air liur atau semen yang
ditemui di tempat kejadian jenayah boleh dibandingkan dengan sampel
DNA suspek dan menjadi faktor penting dalam mencari identiti individu
yang bersalah atau penjenayah.

(c) Menghasilkan Produk atau Servis Baharu


Dalam tahun 1845, seorang lelaki memerlukan wang untuk membayar
hutang beliau. Beliau berfikir mengenai apa yang boleh dicipta untuk
membayar hutang tersebut. Tiga jam kemudian, beliau menghasilkan pin
keselamatan, satu idea yang dijual oleh beliau dengan harga $400.

Contoh lain ialah Graffiti Gobbler, satu sebatian kimia yang boleh
menghilangkan dakwat atau cat daripada kayu, batu atau besi, dan Moto-
Stand, trak bermotor dengan tiga tayar dan berlapik yang telah dicipta oleh
seorang lelaki yang lumpuh daripada dada ke bawah. Kenderaan ini
membolehkan beliau untuk bergerak di sekitar rumahnya dalam posisi
berdiri (Crippled Inventor is Standing Proud, Oneonta Star, 30 November
1981).

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


36  TOPIK 2 PEMIKIRAN KRITIKAL DAN KREATIF

(d) Mencari Kegunaan Baharu untuk Benda Sedia Ada


Sumber pertanian telah lama digunakan untuk tujuan luar biasa. Contohnya,
lin kapas telah digunakan untuk menghasilkan bahan letupan sementara
tembakau yang dihancurkan digunakan untuk membuat racun serangga.

Ahli sains menemui cara baharu untuk menggunakan tanaman pertanian


terbesar di Amerika, iaitu jagung. Contohnya, jagung telah digunakan untuk
membuat bahan de-icing, pelekat, botol pakai buang dan beg sampah (New
Inventions from the Cornfield , New York Times, 10 Januari 1988).

(e) Menambah Baik Perkara Sedia Ada


Beberapa contoh baik mengenai perkara sedia ada yang telah ditambah baik
ialah perkembangan terbaru dalam telefon, seperti menyekat dan mengesan
panggilan, panggilan keutamaan, panggilan kembali, ulangan panggilan
dan ID pemanggil. Setiap ciri ini dicipta sebagai respons kepada keperluan
khusus yang tidak dipenuhi oleh alat sedia ada.

(f) Menemui atau Mendefinisikan Semula Konsep


Kebanyakan kita mempunyai tanggapan bahawa banyak konsep yang
membantu kita berfikir dan menangani realiti adalah kekal selama-lamanya.
Walau bagaimanapun, ini tidak semestinya benar. Sama seperti produk dan
servis dicipta, begitu juga dengan konsep. Konsep cukai dan hukuman
penjenayah, contohnya, mungkin sudah lama tetapi ia adalah baru pada satu
ketika dahulu.

AKTIVITI 2.3

1. „Semakin luas pendidikan formal yang dimiliki oleh seseorang,


semakin baik keupayaannya untuk menganalisis, tetapi
kebolehannya untuk membuat penambahbaikan semakin
berkurangan.‰

Bincangkan kenyataan ini dalam konteks pemikiran kritikal dan


kreatif.

2. Menjadi kreatif bukan sahaja bermaksud memiliki ciri-ciri tertentu


tetapi juga bertindak secara kreatif; mendekati cabaran yang
dihadapi dengan imaginasi dan keaslian. Ia bermaksud
mempamerkan kemahiran dalam mengaplikasi proses kreatif.
Lakukan pencarian Internet untuk menentukan tahap-tahap yang
terlibat dalam proses kreatif. Huraikan setiap tahap.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 2 PEMIKIRAN KRITIKAL DAN KREATIF  37

2.3 PEMIKIRAN LATERAL


Edward de Bono (www.generations.gs/TQ11/Creativity /sites/vs.htm) (tokoh
terkenal dalam bidang pemikiran kreatif) mendefinisikan pemikiran lateral
sebagai „meneroka pelbagai kebarangkalian dan pendekatan dan bukannya
mengejar satu pendekatan.‰ Selain daripada mengajar anda berfikir dalam cara
kreatif, pemikiran lateral mempunyai kebolehan mengubah masalah kepada
peluang, mencari penyelesaian alternatif dan meningkatkan secara signifikan
bilangan idea asli dan praktikal dengan menggunakan teknik pemikiran luar biasa
yang selalunya bukan dalam kebolehan pemikiran biasa kita.

Pemikiran lateral selalunya digunakan oleh individu yang diberi tanggungjawab


menghasilkan strategi baharu dalam sektor penyelidikan dan pembangunan.
Walau bagaimanapun, mana-mana individu yang sedang mencari inovasi,
penjanaan idea, pembangunan konsep, penyelesaian masalah kreatif atau strategi
untuk mencabar situasi sedia ada boleh mendapat manfaat daripada pemikiran
lateral. Secara umumnya, dalam dunia moden, individu yang berhadapan dengan
trend yang cepat berubah, persaingan sengit dan mereka yang perlu menghasilkan
keputusan luar biasa boleh mendapat faedah daripada pemikiran lateral.

Jadual 2.1 merumuskan enam teknik pemikiran lateral yang berbeza.

Jadual 2.1: Enam Teknik Pemikiran Lateral

Teknik Penerangan

1. Alternatif/ Menggunakan konsep untuk menghasilkan idea-idea


penghasilan konsep baru.

2. Fokus Menukar atau menumpukan fokus untuk memperbaiki


usaha kreatif.

3. Cabaran Berfikir di luar cara operasi biasa yang digunakan.

4. Kemasukan rawak Menggunakan input tidak berkaitan untuk meluaskan


ruang pemikiran.

5. Pengumpulan hasil Memilih idea awal yang paling sesuai dan membentuknya
kepada pendekatan yang boleh digunakan.

6. Rawatan idea Mengembangkan idea untuk memasukkannya dalam


situasi atau organisasi tertentu.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


38  TOPIK 2 PEMIKIRAN KRITIKAL DAN KREATIF

Pemikiran lateral mungkin berguna bila diaplikasikan dalam beberapa keadaan


berikut:

(a) Mencabar situasi sedia ada dengan cara positif untuk memberi ruang kepada
idea baharu.

(b) Mencari dan membina konsep di sebalik idea untuk menjana lebih banyak
idea.

(c) Menyelesaikan masalah dengan cara yang tidak difikirkan sebelumnya.

(d) Menggunakan alternatif untuk menghasilkan dan memanfaatkan tenaga


kreatif sesuatu organisasi.

(e) Mengubah masalah kepada peluang.

(f) Memilih idea alternatif yang optimum dan meletakkannya dalam tindakan.

SEMAK KENDIRI 2.4

1. Soalan-soalan berikut dibentuk untuk menguji kebolehan anda


menggunakan pemikiran lateral.

(a) Apakah yang anda boleh pegang dengan tangan kanan anda,
tetapi bukan dengan tangan kiri?

(b) Seorang lelaki dan anaknya terlibat dalam kemalangan


kereta. Bapanya terbunuh dan anaknya dibawa ke hospital
dengan kecederaan serius. Doktor yang merawatnya berkata
dengan nada terkejut: „Tetapi, ini anak saya!‰

Bagaimanakah ini boleh berlaku?

(c) Namakan tiga hari berturut-turut dalam bahasa Melayu


tanpa menggunakan perkataan Selasa, Khamis atau Sabtu.

2. Huraikan enam teknik pemikiran lateral.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 2 PEMIKIRAN KRITIKAL DAN KREATIF  39

2.4 PERSILANGAN OTAK KANAN DAN KIRI


Secara umumnya, seseorang individu menggunakan kedua-dua belah bahagian
otak apabila membuat keputusan. Ini kerana apabila menggunakan sebelah
bahagian otak sahaja, anda menafikan kepada diri anda peluang untuk
menggunakan kesemua kuasa penuh otak dalam proses pembuatan keputusan.

Persilangan otak kanan dan kiri menghasilkan keputusan rasional dan logik yang
memberikan anda kepuasan. Hemisfera kanan otak adalah bertanggungjawab
terhadap pemikiran intuitif, subjektif dan holistik. Maka, individu yang hanya
menggunakan otak sebelah kanan mungkin berakhir dengan membuat keputusan
yang kurang penaakulan logik dan objektif. Sebaliknya, otak sebelah kiri adalah
bertanggungjawab terhadap penaakulan logik, analitik, rasional dan objektif. Jadi,
pengguna otak kiri yang bekerja dengan fakta, data dan logik tanpa komponen
perasaan dalam membuat keputusan biasanya gagal menyedari kepentingan
menggunakan emosi mereka. Individu ini percaya bahawa fakta, data dan logik
bukan sahaja lebih baik daripada emosi apabila membuat sesuatu keputusan
tertentu tetapi juga selalu menghasilkan keputusan yang lebih baik. Perasaan ialah
komponen penting kewujudan manusia. Ia adalah penting untuk mengambil kira
perasaan sewaktu proses pembuatan keputusan untuk memastikan anda berpuas
hati dengan keputusan akhir yang anda telah lakukan.

Alan Bean [lihat Rajah 2.4(a)] dan Florence Nightingale [lihat Rajah 2.4(b)] adalah
antara individu yang memperoleh banyak pencapaian dalam kehidupan mereka
dengan persilangan kuat otak kanan dan kiri. Alan Bean merupakan juruterbang
ujian tentera dan merupakan lelaki keempat yang menjejakkan kaki di bulan.
Pekerjaan beliau memerlukan otak kiri yang kuat untuk menggunakan
penaakulan logik, analitik, rasional dan objektif. Selepas peletakan jawatan beliau
dari NASA, Alan Bean menjadi pelukis sepenuh masa yang melukis
pengembaraan Apollo yang berwawasan dan bersejarah; satu tugas yang
memerlukan otak kanan yang kuat untuk menggunakan pemikiran intuitif,
subjektif dan holistik. Florence Nightingale, seorang jururawat mempamerkan
penggunaan kedua-dua belah otak kiri dan kanan. Beliau membuktikan
kepentingan keadaan kebersihan dalam merawat pesakit yang cedera. Beliau
menggunakan otak sebelah kiri untuk ini manakala kualiti penyayangnya
menunjukkan penggunaan otak sebelah kanan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


40  TOPIK 2 PEMIKIRAN KRITIKAL DAN KREATIF

Rajah 2.4: Alan Bean (a) dan Florence Nightingale (b), kedua-duanya
mempamerkan ciri-ciri persilangan otak kanan dan kiri yang kuat
Sumber: http://www.talentbookingusa.com/speakers/alan-bean.htm
http://en.wikipedia.org/wiki/Florence_Nightingale

SEMAK KENDIRI 2.5

1. „Pemilihan tentang bahagian otak yang mengawal sesuatu situasi


akan membentuk personaliti dan menentukan karakter kita.‰
Bincangkan kenyataan ini.

2. Pada pendapat anda, adakah sistem pendidikan kita sekarang


meletakkan kepentingan tinggi terhadap otak sebelah kanan atau
kiri? Cadangkan cara-cara dan langkah-langkah yang boleh
diambil untuk memperbaiki keadaan ini.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 2 PEMIKIRAN KRITIKAL DAN KREATIF  41

 Pemikiran kritikal ialah istilah umum yang diberi kepada pelbagai kemahiran
kognitif dan karakter intelektual yang diperlukan untuk mengenal pasti,
menganalisis dan menilai hujah dan dakwaan kebenaran secara berkesan;
untuk membongkar dan mengatasi prejudis dan bias peribadi; untuk
membentuk dan mempersembahkan alasan meyakinkan dalam menyokong
kesimpulan; dan untuk menghasilkan keputusan munasabah dan bijak
mengenai apa yang hendak dipercayai dan dilakukan. Ia merupakan
pemikiran berdisiplin yang dikawal oleh penanda aras intelektual yang jelas
telah terbukti nilainya melalui sejarah manusia.

 Ciri-ciri penting pemikiran kritikal adalah kejelasan, ketelitian, ketepatan,


relevan, ketekalan, ketepatan logikal, kesempurnaan dan keadilan.

 Pemikiran kreatif penting dalam dunia persaingan hari ini. Orang kreatif
berkongsi beberapa ciri penting, antaranya adalah dinamisme, keberanian,
pintar, ketekunan dan berdikari.

 Cara paling penting untuk mengaplikasikan kreativiti kepada masalah dan isu
adalah mengambil pendekatan inovatif dan baharu; mencipta atau mengubah
proses atau sistem; menghasilkan produk atau servis baharu; mencari
kegunaan baharu untuk benda sedia ada; menambah baik perkara sedia ada;
dan menemui atau mendefinisikan semula konsep.

 Pemikiran lateral menggunakan inspirasi dan imaginasi untuk menyelesaikan


masalah dengan melihatnya daripada perspektif yang tidak dijangka; ia juga
melibatkan membuang apa yang jelas, meninggalkan mod pemikiran
tradisional, membuang tanggapan awal.

 Persilangan otak kanan dan kiri menghasilkan keputusan rasional dan logik
kerana kedua-dua hemisfera otak bertanggungjawab untuk fungsi dan
pendekatan berbeza dalam proses pembuatan keputusan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


42  TOPIK 2 PEMIKIRAN KRITIKAL DAN KREATIF

Dinamisme Pemikiran kreatif


Keadilan Pemikiran kritikal
Keberanian Pemikiran lateral
Kelengkapan Persetujuan
Kesempurnaan Persilangan otak
Ketepatan logikal Pintar

1. Berapa banyakkah kegunaan untuk sepasang stokin lama yang boleh anda
fikirkan? Pastikan anda tidak meletakkan batasan dalam pemikiran anda
dan menahan diri daripada menjana idea yang terlalu sedikit.

2. Sejauh mana pendidikan yang diterima menyediakan anda untuk berfikir


secara jelas, teliti, tepat, logik dan sebagainya? Pernahkah anda bertemu
dengan individu yang menjadi model yang baik untuk piawaian pemikiran
kritikal yang telah dibincangkan dalam topik ini? Jika pernah,
bagaimanakah beliau melakukannya?

3. Fikirkan tentang tugas yang paling tidak menyenangkan yang pernah anda
lakukan. Gunakan kreativiti anda untuk menjadikannya lebih
menyenangkan. Gunakan pengetahuan yang telah anda peroleh daripada
topik ini untuk menjawab soalan ini.

4. Seorang wanita tinggal di tingkat 10 sebuah pangsapuri. Pada setiap pagi,


beliau menaiki lif untuk turun ke tingkat bawah dan pergi ke tempat kerja.
Pada waktu petang, beliau menaiki lif, dan jika ada orang lain di dalam lif
beliau terus naik ke tingkat 10. Sekiranya tiada orang, beliau akan naik ke
tingkat 8 dan menaiki tangga sehingga tingkat 10. Bagaimanakah anda
menerangkan keadaan ini dengan menggunakan konsep pemikiran lateral?

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 2 PEMIKIRAN KRITIKAL DAN KREATIF  43

5. Kategorikan ciri-ciri yang disenaraikan mengikut otak kanan dan kiri.

Menggunakan Falsafah dan Mengakui Menghargai Percaya


perasaan agama

„Gambaran Orientasi Perkataan dan Simbol dan Mengetahui


luas‰ bahasa imej

Mengambil Selamat Menggunakan Peraturan Berasaskan


risiko logik fakta fantasi

Peraturan Berasaskan Orientasi Praktikal Boleh


imaginasi realiti kepada memahami
perincian

Bassham, G. (200). Critical thinking: A studentÊs introduction. Chapter 1:


Introduction to Critical Thinking, hlmn. 7. East Tennessee State University-
ETSU, (2006). Seven Step Decision-Making Model. Dicapai dari
http://www.etsu.edu/acadvantage/acadv/decision.htm

Bassham, G., Irwin, W., Nardone, H., & Wallace, J. M. (2011). Critical thinking:
A studentÊs introduction (Ed. ke-4). New York, NY: McGraw-Hill International
Edition.

Definitions. (1997ă2011). Dicapai dari http://www.brainstorming.co.uk/tutorials/


definitions.html

Devine, T. G. (1986). Teaching reading comprehension: From theory to practice.


Boston, MA: Allyn & Bacon.

Dewey, J. (1910). How we think. Boston, MA: Heath.

Edward de Bono. Unleash your creativity. Dicapai dari http:// www.generations.


gs/TQ11/Creativity/sites/vs.html

Fisher, A. (2001). Critical thinking: An introduction. London, England: Cambridge


University Press.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


44  TOPIK 2 PEMIKIRAN KRITIKAL DAN KREATIF

Furth, H. G., & Wachs, H. (1974). Thinking goes to school: PiagetÊs theory in
practice. Oxford, England: Oxford University Press.

Gerhard, C. (1975). Making sense: Reading comprehension improved through


categorizing. Newark, DE: International Reading Association.

Harrison, A. F., & Bramson, R. M. (2002). The art of thinking. New York, NY: The
Berkley Publishing Group.

Kahane, H., & Cavender, N. (2006). Logic and contemporary rhetoric: The use of
reason in everyday life (Ed. ke-10). Boston, MA: Thomson Learning.

Larmore, C. (2000). Robert FulfordÊs review of Hegel: A biography, by Terry


Pinkard. Dicapai dari http://www.Robertfulford. com/Hegel.html

Leading Thoughts: Quotes on problem solving. Dicapai dari http://www.


leadershipnow.com/probsolvingquotes.html

Meador, K. S. (1997). Creative thinking and problem solving for young learners.
Colorado, CO: Teacher Ideas Press.

Ruggiero, V. V. (2009). The art of thinking: A guide to critical and creative thought
(Ed. ke-9). New York, NY: Pearson.

Tonjes, M. J., & Zintz, M. V. (1987). Teaching reading, thinking, study skills in
content classrooms. Dubuque, IA: Wm. C. Brown.

Wittgenstein, L. (2001). Verfall und Ende des offentlichen Lebens. Die Tyrannei
Der Intimitat (Ed. ke-12). Frankfurt/M.: Fischer.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


Topik  Mengenal
Pasti Sebab
3 dan
Kesimpulan
HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Mengenal pasti sama ada penaakulan wujud dalam sesuatu hujah;
2. Mengenal pasti perkataan yang digunakan dalam bahasa penaakulan;
3. Menggunakan Peta Pemikiran untuk menganalisis dan menilai hujah;
4. Mengaplikasikan ujian untuk menilai keesahan dan penerimaan
dakwaan; dan
5. Mengenal pasti tanggapan dan menilai inferens dalam sesuatu hujah.

 PENGENALAN
Kerap kali kita menghadapi situasi yang seseorang cuba meyakinkan kita tentang
sesuatu pandangan dan mengharap kita akan menerima pandangan itu. Ini
dikenali sebagai „menghujah kes‰ atau „membentangkan sesuatu hujah.‰
Kadangkala penaakulan mudah difahami tetapi ada juga masanya ia amat sukar.
Sama juga apabila kita cuba membentangkan sesuatu kes, kadangkala ia mudah
bagi orang lain memahaminya pada masa lain mungkin sukar. Topik ini akan
menghuraikan kaedah bagi mengenal pasti apakah penaakulan yang
dibentangkan apabila seseorang menghujah kes dan bagaimana untuk
membentangkan penaakulan dengan jelas.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


46  TOPIK 3 MENGENAL PASTI SEBAB DAN KESIMPULAN

Terdapat beberapa kemahiran asas pemikiran kritikal yang perlu kita mahir jika
kita mahu berjaya dalam pemikiran kritikal dalam situasi sebenar. Anda tidak
boleh menilai sesuatu kes bagi menyokong kepercayaan atau keputusan
melainkan anda jelas dengan kes itu.

3.1 MENENTUKAN SAMA ADA WUJUDNYA


PENAAKULAN
Pertama sekali, perlu disedari bahawa kita menggunakan bahasa untuk pelbagai
tujuan. Di samping menggunakannya untuk mempengaruhi orang lain, kita juga
menggunakan bahasa bagi tujuan huraian dan maklumat, seperti melaporkan
sesuatu peristiwa, menghuraikan perkara, bercerita, berjenaka dan berjanji.

Walaupun bahasa mempunyai peranan penting dalam perbualan, apa yang


menjadi minat ialah bagaimana bahasa digunakan dalam penaakulan. Penaakulan
ialah proses pembuatan inferens daripada maklumat yang diberi.

Perenggan berikut disediakan untuk melihat sama ada anda dapat mengenal pasti
wujud atau tidak penaakulan.

Senario 1
Sebuah jam mahal dan beberapa ketul berlian terjatuh dari begnya, semasa James
tergesa-gesa keluar dari Bahagian Kastam. Sebaik sahaja tiba di tempat
menunggu teksi, beliau mendapati semua teksi di sana sudah pun mempunyai
penumpang. James berlari ke arah teksi berdekatan yang tiada penumpang dan
melompat ke dalamnya semasa ia mula bergerak, lalu mengacu pistol ke kepala
pemandu sambil berkata, „Ke bandar!‰ Teksi itu pun membelok ke jalan raya
(Morton, 1988).

Perenggan di atas adalah hanya perenggan huraian mudah, ia tidak menyediakan


sebab bagi penyelesaian, walaupun kita secara semula jadi membuat inferens
semasa membaca perenggan tersebut.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 3 MENGENAL PASTI SEBAB DAN KESIMPULAN  47

Senario 2
Kebanyakan masalah persekitaran tidak boleh diselesaikan oleh individu,
mahupun komuniti; misalnya, pencemaran alam yang disebabkan oleh asap
ekzos kenderaan sebenarnya ialah masalah global, maka masalah seperti itu
hanya boleh ditangani oleh badan di peringkat antarabangsa.

Senario 2 menyediakan sebab bagi penyelesaian, iaitu sesetengah masalah hanya


boleh diselesaikan di peringkat antarabangsa.

Senario 3
Seorang ahli teologi dan biologi pada kurun ke-19, Gosse (1810ă1888) (lihat Rajah
3.1) menghadapi satu dilema. Beliau penganut agama Kristian yang kuat dan
menerima penerangan yang tercatat dalam Bible tentang asal usul manusia; tetapi
pada masa yang sama beliau juga ahli sains. Gosse sedar bahawa bumi ini sudah
tua dan mungkin berusia berjuta-juta tahun. Bagaimanakah beliau hendak
menyelesaikan konflik ini?

Rajah 3.1: Philip Henry Gosse


Sumber: http://www. Parlouraquariums.org.uk/

Senario 3 tidak menyediakan sebab bagi penyelesaian. Ia hanya mengolah satu


„penyelesaian‰ yang mungkin kepada masalah tetapi tiada sebarang penaakulan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


48  TOPIK 3 MENGENAL PASTI SEBAB DAN KESIMPULAN

Maka, adalah terbukti bahawa ada kalanya kita menggunakan bahasa untuk
tujuan menghuraikan sesuatu keadaan. Ada kalanya pula kita menggunakan
bahasa untuk menaakul dan mencapai satu penyelesaian. Ada pula masanya kita
menggunakan bahasa untuk mencemuh, menghina atau menyinggung perasan
orang lain. Kebanyakan artikel dalam surat khabar melaporkan peristiwa tetapi
beberapa artikel dan surat yang ditulis kepada editor selalunya mengandungi
hujah dalam menyokong sesuatu kesimpulan. Jarang sekali bagi novel
mengandungi penaakulan. Sebaliknya bagi buku teks, selalunya penulis akan
berusaha untuk menyampaikan maklumat dan hujah. Akhir sekali, perdebatan di
Parlimen selalunya mengandungi penaakulan dan cemuhan.

3.2 CONTOH PENAAKULAN


Untuk memahami penaakulan, kita akan mengkaji contoh berikut. Bayangkan
terdapat seorang pelajar bernama Peter. Beliau baru selesai mengikuti kursus
Pemikiran Kritikal dan gagal dalam peperiksaan yang telah diambilnya pada
akhir semester. Bayangkan pula beliau menghantar nota ini kepada pensyarahnya:

„Peperiksaan itu tidak adil. Saya sudah belajar subjek ini selama beberapa hari,
membaca bahan sebanyak empat kali, memberi penumpuan kepada perincian
penting dan belajar lagi. Sepatutnya saya mendapat gred yang baik selepas
melakukan semua ini. Peperiksaan itu yang tidak adil.‰

Merujuk kepada nota ini, jelas bahawa Peter menghujah bahawa „peperiksaan itu
tidak adil‰ dan pada dasarnya itulah kesimpulan beliau. Perhatikan bahawa
kesimpulan dalam contoh ini dinyatakan pada permulaan penaakulan dan
dinyatakan sekali lagi pada akhir nota ini, mungkin untuk menekankan
rungutannya. Anda juga mungkin menganggap bahawa harapan Peter adalah
agar pensyarahnya menyemak semula peperiksaan itu atau pada jawapannya
atau jawapannya sepatutnya diberi markah baik oleh pensyarah atau pensyarah
lain yang pakar dalam bidang ini. Yang penting ialah sesuatu perlu dilakukan bagi
menyelesaikan kesilapan ini dan ini tersirat dalam nota tersebut. Maka, anda
mungkin berkata bahawa inilah cara Peter menyelesaikan masalah. Ada masanya
orang tidak meluahkan sepenuhnya perasaan mereka.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 3 MENGENAL PASTI SEBAB DAN KESIMPULAN  49

Peter menyatakan beberapa sebab bagi meneguhkan kesimpulannya apabila


beliau berkata, „Saya sudah belajar subjek ini selama beberapa hari, membaca
bahan sebanyak empat kali, memberi tumpuan kepada perincian penting dan
belajar lagi.‰ Ini sebab mengapa Peter mengatakan peperiksaan itu tidak adil.

Antara pengajaran yang boleh kita dapati daripada contoh tadi adalah:

(a) Mudah bagi kita untuk melihat sebab yang dipersembahkan bagi setiap
penyelesaian. Apa yang diperlukan hanyalah pemahaman pada
penggunaan biasa bahasa.

(b) Anda sekarang telah memahami apa yang dimaksudkan dengan


„kesimpulan‰ dan „sebab‰ dalam konteks yang ditunjukkan tadi. Kita
menggunakan perkataan ini dalam kegunaan harian.

(c) Kesimpulan boleh diselitkan pada permulaan dan penghujung sesuatu


hujah. Walaupun ia tidak diluahkan, ia masih boleh difahami daripada apa
yang tersirat dalam pernyataan.

(d) Bagi menentukan sama ada sesuatu hujah itu adalah baik atau tidak, bukan
sesuatu yang mudah. Apa yang diperlukan adalah memahami apa yang
telah dikatakan, apa yang diandaikan dan apakah konteksnya.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


50  TOPIK 3 MENGENAL PASTI SEBAB DAN KESIMPULAN

SEMAK KENDIRI 3.1

1. Baca perenggan berikut yang telah diadaptasi daripada sekeping


surat kepada akhbar Amerika yang diterbitkan beberapa tahun
yang lalu.

Kita patut membawa balik tentera dari Eropah. Ancaman dari


Rusia telah berakhir, Empayar Kejam telah jatuh; sekarang orang
Eropah boleh menjaga diri mereka sendiri kerana ancaman pada
keamanan telah berkurangan dan negara sudah menjadi kaya; dan
kita perlu mengurangkan defisit kerajaan persekutuan dengan
cepat jika kita mahu memastikan ekonomi negara tidak jatuh.

(a) Apakah kesimpulan dalam hujah ini?

(b) Apakah yang hendak diyakinkan oleh pengarang?

(c) Apakah sebab-sebab yang diberi untuk menyokong


kesimpulannya?

(d) Adakah terdapatnya andaian (sesuatu yang tidak dinyatakan


dalam teks)?

(e) Sekali lagi, anda mungkin mahu memberi komen ringkas


sama ada hujah ini baik atau tidak.

2. Kita perlu menjadikan perjalanan pelancong dalam kereta api lebih


menarik. Terdapat terlalu banyak kereta di jalanan sehingga
mengancam persekitaran dan keselamatan manusia. Semua orang
inginkan jalan yang tidak sesak tetapi mereka masih mahukan
keselesaan perjalanan dengan kereta. Orang tetap akan
menggunakan kereta dan tidak menggantikannya dengan kereta
api tanpa sebarang insentif baharu.

(a) Apakah kesimpulan hujah ini?

(b) Apakah yang pengarang ini cuba yakinkan?

(c) Apakah sebab-sebab yang diberi untuk menyokong


kesimpulan?

(d) Adakah terdapatnya andaian (iaitu secara implisit tetapi


sebenarnya tidak dinyatakan)?

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 3 MENGENAL PASTI SEBAB DAN KESIMPULAN  51

3.3 BAHASA PENAAKULAN


Terdapat beberapa perkataan dan frasa yang biasanya digunakan secara berciri
untuk menunjukkan bahawa seseorang itu menghujahkan sesuatu kes atau
menyatakan sebab untuk membuat keputusan. Antara perkataan dan frasa yang
digunakan bagi menunjukkan dakwaan itu adalah kesimpulan bagi sebab yang
telah dikemukakan adalah:

 Oleh sebab itu  Mewajarkan kepercayaan/


memperlihatkan
 Oleh itu
 Boleh disimpulkan bahawa
 Jadi
 Dari mana kita boleh membuat
 Maka kesimpulan

 Oleh yang demikian  Justeru itu/ia menunjukkan


bahawa
 Yang membuktikan bahawa
 Mesti

Walau bagaimanapun, tidak semestinya penggunaan frasa tersebut menunjukkan


wujudnya kesimpulan oleh sesuatu hujah tetapi biasanya begitulah. Tambahan
pula, bahasa seperti itu selalunya memberikan kita petunjuk kepada struktur
penaakulan. Frasa ini dikenali sebagai „penunjuk kesimpulan‰ kerana ia memberi
petanda kewujudan sesuatu kesimpulan di mana penaakulan telah diberi.

Sebagai tambahan, terdapat juga perkataan atau frasa yang selalu digunakan bagi
menunjukkan wujudnya sebab, dan dikenali sebagai „penunjuk sebab‰. Antara
penunjuk sebab yang biasa digunakan adalah:

 Oleh sebab  Sebabnya ialah

 Semenjak/memandangkan  Pertamanya

 Terhadap  Keduanya

 Diikuti daripada fakta bahawa

Apabila kita merujuk kepada kedua-dua „penunjuk kesimpulan‰ dan „penunjuk


sebab‰ kita selalunya merujuk kepada „penunjuk hujah‰, iaitu petanda yang
membantu memahami sama ada penaakulan dan hujah itu wujud dan apakah
hujah pengarang.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


52  TOPIK 3 MENGENAL PASTI SEBAB DAN KESIMPULAN

SEMAK KENDIRI 3.2

1. Dalam contoh-contoh yang berikut, kenal pasti perkataan dan frasa


„penunjuk hujah.‰ Juga, kenal pasti ayat-ayat yang menunjukkan
sebab dan kesimpulan berkaitan:

(a) Dalam satu perlawanan bolasepak, John Terry telah


melakukan satu kesalahan serius dan dihantar ke luar
padang.

(b) Pembantu rumah berada di dapur. Dalam kes ini, tidak


mungkin beliau menembak majikannya yang berada di bilik
bacaannya. Maka, tidak mungkin pembantu rumah yang
melakukannya.

(c) Tanggapan Gerakan Hijau adalah salah kerana menyeru agar


kita mengitar semula bahan seperti kertas dan kaca sebab
kertas berasal daripada pokok, satu sumber yang boleh
diperbaharui dan kaca dibuat daripada pasir yang banyak
dan murah. Malah, sesetengah bandar raya di Amerika, skim
kitar semula diberhentikan disebabkan kos terlalu mahal.

2. Dalam perenggan berikut, nyatakan perkataan manakah yang


digelapkan adalah penunjuk sebab dan yang adalah penunjuk
kesimpulan, kemudian nyatakan manakah ialah ayat sebab dan
kesimpulan. Akhir sekali, nyatakan sebab yang diberi oleh
pengarang untuk menyokong kesimpulan berkaitan.

„Kebanyakan ibu bapa mahukan anak mereka memperoleh


kejayaan dalam kerjaya. Memandangkan pendidikan itu penting
bagi kejayaan, adalah menjadi tanggung jawab ibu bapa untuk
memberikan anak mereka pendidikan terbaik. Malahan, oleh sebab
kepentingan ekonomi negara untuk mempunyai penduduk
berpendidikan yang tinggi, kerajaan sepatutnya membantu ibu
bapa memberi pendidikan kepada anak mereka. Oleh itu, semua
ibu bapa harus mendapat bantuan kewangan untuk menampung
kos pendidikan anak mereka, jadi ibu bapa berpendapatan rendah
mendapat kredit cukai pendapatan dan mereka yang
berpendapatan tinggi mendapat pengecualian cukai pendapatan.‰

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 3 MENGENAL PASTI SEBAB DAN KESIMPULAN  53

3.4 PETA PEMIKIRAN UNTUK PEMAHAMAN


DAN PENILAIAN PENAAKULAN
Setakat ini, kita telah melihat banyak penaakulan berbeza dan penjelasan tentang
bagaimana untuk memahami dan menilai penaakulan itu. Kita telah melihat
cebisan penaakulan kecil, memikirkan bagaimana hendak mengendalikannya dan
menumpu pada kesilapan biasa dalam tindakan terhadap penaakulan. Tanpa
bantuan, kebanyakan individu cenderung bertindak segera dengan mencabar
dakwaan yang mereka tidak setuju. Mereka akan membentangkan pendapat
mereka sendiri tanpa memikirkan hujah yang tersedia dan sebagainya.

Kunci kepada pemikiran kritikal berkesan adalah dengan bertanyakan soalan


yang betul. Di sini dibentangkan satu model asas atau „peta pemikiran‰ ă satu alat
yang boleh membantu dalam menilai penaakulan sebagaimana yang dapat dilihat
dalam Jadual 3.1. Pada dasarnya, peta pemikiran ini ialah satu senarai soalan
utama yang sepatutnya anda tanya apabila menganalisis hujah ă biarpun hujah
anda sendiri atau orang lain.

Jadual 3.1: Peta Pemikiran ă Analisis Kemahiran dan Penilaian Hujah

Analisis

1. Apakah kesimpulan/beberapa kesimpulan utama?

(Mungkin tersurat atau tersirat; boleh dinyatakan dalam bentuk cadangan, atau
penjelasan dan sebagainya. Kewujudan petunjuk kesimpulan seperti „oleh itu‰
boleh membantu)

[Tujuan: Ia membantu dalam mengorganisasikan pemikiran anda tentang


penaakulan jika anda tahu apa yang pengarang cuba pujuk dan/atau
meyakinkan anda]

2. Apakah sebab-sebab (data, bukti dan sebagainya) dan struktur?

3. Apakah yang diandaikan (yakni, implisit atau tidak diendahkan, mungkin dalam
konteks tersebut)?

4. Menjelaskan maksud (berdasarkan terma, dakwaan atau hujah) yang


memerlukannya.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


54  TOPIK 3 MENGENAL PASTI SEBAB DAN KESIMPULAN

Penilaian

5. Adakah sebab-sebab itu anda terima?

(Ini termasuklah sebab eksplisit dan tanggapan yang tidak dinyatakan ă ini
mungkin juga melibatkan penilaian dakwaan fakta, definisi dan pertimbangan
nilai dan pertimbangan ketelusan sumber).

(a) Adakah penaakulan menyokong penyelesaian?

(Contohnya, adakah hujah yang menyokong itu kuat tanpa sebarang


keraguan atau lemah)?

(b) Adakah terdapatnya pertimbangan/hujah lain berkaitan yang


menguatkan lagi atau melemahkan kes?

(Anda mungkin telah tahu ini atau mungkin perlu membangunnya)

[Tujuan: Ia juga dikenali sebagai critico-creative thinking, yang memerlukan kita


memikirkan tentang idea lain yang membantu dalam mencapai pertimbangan
baik.

6. Apakah penilaian keseluruhan anda berdasarkan pada apa yang anda telah
peroleh?

Set soalan pertama adalah berdasarkan analisis. Anda tidak boleh memberi
respons dengan sewajarnya terhadap sesuatu hujah tanpa memahami hujah itu
terlebih dahulu. Maka, soalan analitikal yang diberi tadi membantu anda untuk
memahami apa yang dinyatakan dan dihujahkan. Ini diikuti oleh soalan-soalan
penilaian yang akan membantu anda dalam menentukan sama ada anda
diyakinkan oleh hujah tersebut.

Peta Pemikiran bukan sahaja sepatutnya digunakan semasa anda


mempertimbangkan penaakulan orang lain, ia juga sepatutnya digunakan apabila
anda membangunkan penaakulan sendiri. Jika anda mempunyai kes yang bagus,
anda sepatutnya boleh menyusunnya agar pembaca atau pendengar dapat
memahami dengan jelas apa yang anda hendak nyatakan. Penggunaan „bahasa
penaakulan‰ banyak membantu dalam pembuatan kesimpulan dan penaakulan
yang jelas dan tidak kabur.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 3 MENGENAL PASTI SEBAB DAN KESIMPULAN  55

SEMAK KENDIRI 3.3

1. Ada kalanya, kita boleh dipesongkan dengan „penaakulan‰ yang


tidak betul tetapi meyakinkan. Perhatikan petikan berikut:

Tiga sekawan makan di sebuah restoran. Bil berjumlah RM25.


Memandangkan RM25 tidak mudah dibahagikan dengan 3,
mereka memutuskan untuk memberi RM10 seorang. Mereka
memberi RM30 kepada pelayan restoran yang memberi balik RM5.
Daripada lebihan itu, mereka mengambil RM1 setiap orang dan
memberi tip kepada pelayan restoran RM2 selebihnya. Jadi,
sebenarnya mereka membayar RM9 seorang (RM10 tolak RM1
yang dikembalikan).

Tiga kali RM9 ialah RM27. Pelayan restoran mengambil RM2. Jadi
jumlahnya ialah RM29. Apakah yang berlaku pada RM1 selebihnya?

Walaupun tidak kelihatan seperti itu, ini adalah satu masalah logik
bukannya matematik. Anda dibawa kepada penyelesaian salah
bahawa RM1 selebihnya tidak boleh dikira, oleh sebab penaakulan
salah. Di manakah kesalahan dalam penaakulan ini? Bolehkah
pengaplikasian Peta Pemikiran mendedahkannya? Jika boleh,
huraikan jawapan anda dengan lebih lanjut.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


56  TOPIK 3 MENGENAL PASTI SEBAB DAN KESIMPULAN

2. Bagi perenggan berikutnya, gunakan peta pemikiran untuk


membantu anda menganalisis hujah (tonjolkan sebarang tanggapan
penting) dan tuliskan satu respons penilaian ringkas:

Pameran seni yang besar yang mengumpul lukisan daripada seluruh


dunia adalah tidak bagus bagi lukisan. Apabila lukisan-lukisan
dialihkan, terdapat bahaya kemalangan dan kerosakan atau
kemusnahan, dan juga tidak bagus untuk lukisan terdedah kepada
tekanan dan kepanasan.

Jumlah jenayah yang dilakukan oleh individu di bawah umur 17


tahun berganda dalam tujuh tahun kebelakangan. Akta Keadilan
Jenayah yang telah menjadi peraturan tahun ini sepatutnya menukar
trend ini. Kanak-kanak yang melakukan jenayah tahu bahawa
hukuman adalah minimal. Namun Akta baharu akan membolehkan
ibu bapa bertanggungjawab ke atas denda dan kompaun, dan juga
dipaksa hadir dengan anak mereka yang berumur bawah 17 tahun di
mahkamah. Jumlah denda mengikut pendapatan ibu bapa dan ibu
bapa kaya mungkin perlu membayar sehingga $5,000 bagi jenayah
anak mereka.

3.5 PENERIMAAN SEBAB


Kita telah pun melihat bahawa sesetengah teknik diperlukan bagi memahami apa
yang dimaksudkan oleh pengarang, terutamanya dalam proses penaakulan.
Seterusnya, kita akan melihat proses penilaian penaakulan pengarang. Ini adalah
penting kerana apabila seseorang memberi sebab yang bertujuan bagi memujuk
kita bersetuju dengan sesuatu pendapat, kita bukan sahaja mahu memahaminya,
malah ingin menilai dakwaannya. Dengan kata lain, kita mahu menentukan sama
ada ia adalah satu penaakulan baik dan sama ada kita patut meyakini. Bagi
melakukannya dengan berkesan, kita perlu menanyakan soalan yang betul.

Secara umumnya, orang selalu bertindak dengan dua cara terhadap kesimpulan
yang dibuat oleh orang lain. Jika mereka setuju dengan keputusan itu, mereka
berkata, „Ya, saya setuju‰, tanpa mempertimbangkan perincian hujah. Jika mereka
tidak setuju, mereka berkata, „Saya tidak setuju‰, dan mungkin mengatakan
sesuatu yang bercanggah dengan kesimpulan, seperti menyangkalnya, menolak
atau mempertikaikannya. Bukanlah menjadi kebiasaan bagi pendengar untuk
mengambil hujah secara serius dan menganalisis keesahannya. Bagi mengetahui

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 3 MENGENAL PASTI SEBAB DAN KESIMPULAN  57

isu yang sebenar, seseorang perlu lebih sistematik dan mahir. Kita akan
bincangkannya dengan lebih terperinci di sini.

Bagi membentuk konteks, mari kita lihat pada contoh ini dan gunakannya untuk
menjelaskan persoalan yang akan ditanya, dan bagaimana ia digunakan:

Dalam konteks umum, kebanyakan bakal ibu bapa lebih menyukai anak lelaki.
Maka, jika orang boleh memilih jantina anak mereka, kemungkinan besar
terdapat lebih ramai lelaki berbanding perempuan dalam populasi kita dalam
masa akan datang. Ini akan mengakibatkan satu masalah sosial yang serius.
Oleh itu kita sepatutnya menghalang penggunaan teknik yang boleh
menentukan jantina anak.

Jika kita perlu menilai secara sistematik, kita mesti bertanya soalan berikut:

(a) Adakah sebab-sebab ini boleh diterima (benar, sah, fakta, dan sebagainya.)?

(b) Adakah penaakulan menyokong kesimpulannya?

(c) Adakah terdapatnya pertimbangan/hujah lain yang berkaitan?

(d) Apakah penilaian keseluruhan anda tentang topik ini?

Pertama sekali, kita harus menentukan sama ada benarkah bahawa „kebanyakan
bakal ibu bapa lebih menyukai anak lelaki berbanding anak perempuan.‰
Berdasarkan pada pengetahuan am, dakwaan ini mungkin benar dalam
sesetengah budaya, misalnya, di India dan Cina tetapi tidak benar di negara lain.
Bagi mengesahkan hal ini, kita mesti membuat kajian atau mencari maklumat
untuk mengesahkan kenyataan ini.

Persoalan yang menyusul ialah „Adakah penaakulan ini menyokong kesimpulan


yang diberi?‰ Jika benar bahawa „kebanyakan bakal ibu bapa lebih menyukai
anak lelaki,‰ maka bukankah juga benar bahawa jika orang boleh memilih jantina
anak mereka, kebarangkalian terdapatnya lebih ramai lelaki daripada perempuan
dalam populasi? Jika orang lebih suka lelaki dan boleh mendapat anak lelaki,
tidakkah lebih berkemungkinan bahawa lebih ramai lelaki daripada perempuan
yang akan dilahirkan? Sukar untuk melihat apa-apa yang salah berkenaan inferens
korelasi ini.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


58  TOPIK 3 MENGENAL PASTI SEBAB DAN KESIMPULAN

Alasan berikutnya ialah „Ini akan mengakibatkan masalah sosial yang serius,‰
dan persoalannya adalah sama ada dakwaan ini boleh diterima atau tidak. Bukan
mudah untuk menentukan sebabnya kerana ia bergantung sama ada terdapatnya
lebihan lelaki yang besar atau kecil dalam masyarakat. Persoalan seterusnya ialah,
„Adakah dakwaan yang sebelumnya menyokong kesimpulan bahawa kita
sepatutnya menghalang penggunaan teknik yang boleh menentukan jantina
anak?‰ Jika kita membenarkan teknik ini digunakan memang akan menghasilkan
ledakan populasi lelaki, yang akan menghasilkan masalah sosial yang serius;
mungkin kita perlu menghalangnya.

Walau bagaimanapun, ada satu lagi persoalan yang perlu ditanya: „Adakah
pertimbangan atau hujah lain yang berkaitan dengan pernyataan ini?‰ Inilah
masanya pemikiran kita tentang sesuatu isu itu perlu kritikal dan kreatif. Di sini
kita perlu berfikir di luar kotak untuk sampai kepada penerimaan sesuatu hujah
atau dakwaan.

Mengapakah ia sangat penting? Ini bermaksud kita telah pun menganalisis


pernyataan secara konstruktif dan sekarang lebih jelas dan bersedia untuk
menentukan keesahan dan kebolehpercayaan dalam menyokong sesuatu
penyelesaian yang kita bukan sahaja faham, malah boleh terima.

Bagi membuat kesimpulan, apabila anda telah jelas tentang apa yang pengarang
hendak katakan dan apakah sebab dan penyelesaiannya, anda bolehlah menilai
penaakulannya.

AKTIVITI 3.1

Nyatakan pertimbangan atau hujah tambahan yang berhubung dengan


persoalan larangan penggunaan teknik bagi pemilihan jantina anak.

3.6 MEMPERTIMBANGKAN
KEBOLEHTERIMAAN SESUATU DAKWAAN
Terdapat beberapa persoalan tentang penerimaan sesuatu dakwaan, yang akan
membawa kepada pertimbangan terhadap tahap kebolehpercayaan. Secara
umumnya, terdapat enam tahap bagi pertimbangan kebolehpercayaan sesuatu
dakwaan seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 3.2.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 3 MENGENAL PASTI SEBAB DAN KESIMPULAN  59

Rajah 3.2: Enam langkah dalam menilai kebolehpercayaan sesuatu dakwaan

Sekarang, mari kita teroka setiap langkah dalam proses penilaian kebolehterimaan
dengan terperinci.

(a) Sejauh manakah pastinya dakwaan itu?


Sama ada sesuatu dakwaan itu boleh diterima atau tidak bergantung pada
kekuatan komitmen. Dakwaan yang diberi boleh diterima sebagai „tekaan‰
atau „kemungkinan‰, walau bagaimanapun, penerimaan akan
dipertimbangkan dengan piawai yang lebih teliti jika ia dinyatakan sebagai
benar atau pasti.

(b) Adakah konteks dakwaan mempengaruhi penerimaannya?


Sama ada sesuatu dakwaan itu diterima atau tidak bergantung pada konteks
dan cara ia dibina.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


60  TOPIK 3 MENGENAL PASTI SEBAB DAN KESIMPULAN

(c) Adakah dakwaan memerlukan pakar/kajian untuk menentukannya?


Ada kes yang sebab yang diberi untuk kesimpulan terpilih memerlukan
pengetahuan khusus atau input kepakaran dalam menentukan
kesahihannya. Kadangkala anda memperoleh pengetahuan, ada kalanya
tiada disebabkan bukan bidang anda. Maka, ia menjadi satu cabaran atau
tidak mungkin bagi anda untuk mempertimbangkan kekuatan hujah itu.

(d) Adakah ia diketahui atau dipercayai ramai?


Ada kala sebab yang dibentangkan itu diketahui atau dipercayai oleh ramai
orang.

(e) Sejauh manakah dakwaan itu sesuai dengan kepercayaan kita dan yang lain?
Kadangkala sebab yang anda fikirkan „selari‰ dengan kepercayaan yang
lain, ada kalanya tidak.

(f) Adakah ia datang daripada sumber yang boleh dipercayai?


Kita boleh menerima atau menolak sesuatu dakwaan berdasarkan kredibiliti,
kebolehpercayaan dan keesahan sumbernya.

SEMAK KENDIRI 3.4

Bincangkan penerimaan dakwaan dalam perenggan berikut.

Sebuah syarikat besar Norway bernama Norsk Hydro mahu menternak


lebih banyak ikan di laut dengan menabur baja ke laut. Syarikat produk
baja terbesar ini percaya bahawa ini akan menambah penumbuhan algae,
seterusnya menambah jumlah ikan. Ahli sains marin dari Norway dan
Kanada yang diupah oleh Norwegian Research Council berkata bahawa
ini tidak mungkin. Mereka berkata teknik ini tidak menghiraukan prinsip
asas ekologi marin dan mungkin akan mengakibatkan kemusnahan.

(Diadaptasi daripada NorwayÊs Fish Plan ă A Recipe for Disaster,


New Scientist, 13 Januari 1996)

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 3 MENGENAL PASTI SEBAB DAN KESIMPULAN  61

3.7 MEMPERTIMBANGKAN KREDIBILITI


SUMBER
Kepercayaan dan pendapat kita dibentuk oleh apa yang dibaca dalam surat
khabar, apa yang ditonton di TV atau dengar di radio. Sumber-sumber ini boleh
menjadi rujukan apabila kita perlu menentukan sama ada apa yang diperkatakan
itu benar atau tidak.

Pada bahagian ini, kita akan melihat kriteria yang diperlukan bagi
mempertimbangkan kredibiliti sumber dakwaan. Antara kriteria yang perlu kita
tumpukan adalah:

(a) Reputasi sumber boleh dipercayai;

(b) Sama ada sumber mempunyai kepentingan diri;

(c) Sama ada terdapatnya bukti atau kesahan dakwaan daripada sumber bebas;

(d) Sama ada sumber mempunyai kepakaran atau latihan yang berkaitan;

(e) Sifat dakwaan itu sendiri; dan

(f) Sama ada sumber boleh memberi sebab yang boleh dipercayai bagi dakwaan
yang dibuat.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


62  TOPIK 3 MENGENAL PASTI SEBAB DAN KESIMPULAN

Untuk memeriksa kebolehpercayaan sumber-sumber dakwaan, mari kita lihat


setiap soalan dalam Jadual 3.2.

Jadual 3.2: Lima Kriteria Diperlukan bagi Mempertimbangkan


Kredibiliti Sumber Dakwaan

1. Soalan tentang individu/sumber

 Adakah mereka memiliki kepakaran/pengetahuan/latihan/pengalaman


berkaitan?

 Adakah mereka mempunyai keupayaan untuk memerhati dengan teliti


(termasuk keupayaan lain seperti pendengaran, hampirnya dengan
peristiwa, ketiadaan gangguan, kesesuaian peralatan dan kemahiran dalam
mengendali peralatan)

 Adakah reputasi mereka mencadangkan mereka boleh dipercayai?

 Adakah sumber mempunyai kepentingan diri atau menunjukkan berat


sebelah?

2. Soalan tentang keadaan/konteks di mana dakwaan dibuat

3. Soalan tentang bidang kuasa sumber yang memberi/atau boleh memberi


sokongan dakwaan.

 Adakah dakwaan berdasarkan sumber-sumber utama atau sekunder?

 Adakah dakwaan berdasarkan pada bukti secara langsung atau tidak


langsung?

 Adakah dakwaan berdasarkan pada rujukan terus kepada pertimbangan


kredibiliti?

4. Soalan tentang sifat dakwaan yang mempengaruhi kredibilitinya.

 Adakah ia boleh dipercayai atau tidak?

 Adakah ia satu pemerhatian asas atau pertimbangan yang dirumuskan?

5. Adakah terdapatnya bukti atau keesahan daripada sumber lain?

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 3 MENGENAL PASTI SEBAB DAN KESIMPULAN  63

Kesimpulannya, kita boleh mengkategorikan kriteria tadi kepada lima bahagian


yang mengandungi soalan tentang:

(a) Individu/sumber yang kredibilitinya kita pertimbangkan;

(b) Keadaan/konteks di mana dakwaan dibuat yang mempengaruhi


kredibilitinya;

(c) Menjustifikasikan sumber dapat menyokong dakwaan mempengaruhi


kredibilitinya;

(d) Sifat dakwaan yang mempengaruhi kredibilitinya; dan

(e) Sama ada terdapatnya bukti/keesahan daripada sumber-sumber lain.

SEMAK KENDIRI 3.5

Anda sedang mendengar kes di mahkamah tentang kereta Jason yang


berlanggar dengan kereta lain. Beliau didakwa memandu melebihi dua
kali had laju yang ditetapkan dan tiga kali had alkohol yang dibenarkan
dalam darah. Jason menafikan dakwaan itu tetapi doktor yang
memeriksanya mengatakan bahawa beliau berbau alkohol dan ujian
darah menunjukkan terdapatnya alkohol dalam darah tiga kali lebih
daripada had yang dibenarkan. Siapakah yang boleh dipercayai dan
mengapa?

AKTIVITI 3.2

Fikirkan beberapa contoh orang atau „sumber‰ (seperti BBC atau TV3)
yang anda tahu dan tentukan bidang yang mereka mempunyai reputasi
yang baik dan bidang yang mereka mempunyai reputasi yang tidak
baik. Bincangkan dengan rakan sekuliah anda.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


64  TOPIK 3 MENGENAL PASTI SEBAB DAN KESIMPULAN

3.8 MENILAI INFERENS


Apabila kita berhujah tentang sesuatu kes, kita membentangkan sebab bagi
menyokong kesimpulan, tafsiran dan pembuatan keputusan. Dengan kata lain,
kita membuat kesimpulan berdasarkan alasan kita sendiri. Selalunya, hujah
mengandungi kedua-dua alasan dan inferens, dan „inferens‰lah yang kita
gunakan untuk berpindah daripada alasan ke kesimpulan. Ini boleh dilihat dalam
contoh berikut:

Sesetengah orang telah menyelesaikan masalah pengangguran mereka sama


ada dengan mencari kerja atau sanggup bekerja dengan pendapatan rendah.
Jadi semua penganggur boleh membuat perkara yang sama.

Dalam contoh tadi, inferens ialah pergerakan daripada „sesetengah orang telah
menyelesaikan masalah pengangguran mereka‰ kepada „semua penganggur
boleh membuat perkara yang sama.‰ Namun demikian, sebab dan inferens perlu
dinilai secara berbeza. Dalam kebanyakan situasi, penting untuk menilai sama ada
sebab yang diberi adalah benar atau boleh diterima. Sebaliknya, pertimbangan
sama ada inferens berasaskan sebab itu adalah benar atau tidak ialah satu perkara
yang lain.

Mari kita lihat contoh berikut:

Otak kaum wanita adalah pada puratanya lebih kecil berbanding otak kaum
lelaki, oleh sebab itu wanita adalah kurang cerdik daripada lelaki.

Kebanyakan orang tidak pasti mengapa otak wanita lebih kecil daripada otak
lelaki tetapi mereka sangat yakin bahawa kesimpulan yang dikemukakan itu tidak
benar. Walaupun sebab itu benar, tiada hubungan antara saiz otak dan kepintaran,
maka alasan yang diberi tidak menyokong kesimpulannya.

Respons pertama menunjukkan fakta bahawa kita menjangka dapat melihat


hubungan antara sebab dan kesimpulan jika salah satu daripadanya dapat
menjustifikasikan yang lain ă satu kaitan yang kita boleh persepsi dan terima.

Respons kedua pula menyatakan walaupun sebab adalah benar tetapi ada sebab
untuk kita memikirkan bahawa kesimpulan itu tidak benar, maka inferens yang
dibuat adalah tidak bagus. Namun begitu, respons kedua adalah lebih
munasabah. Maka, idea yang penting di sini ialah sebab bukanlah sesuatu yang

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 3 MENGENAL PASTI SEBAB DAN KESIMPULAN  65

membuatkan kita menerima kesimpulan yang diberi, dan jika anda boleh
memikirkan cara lain untuk membuktikan sebab itu benar dan pada masa yang
sama, kesimpulan itu salah, maka inferens yang dibuat adalah salah. Ujian untuk
pertimbangan inferens adalah:

Adakah alasan yang diberi itu benar (atau sekurang-kurangnya boleh diterima)
dan kesimpulannya salah (atau sekurang-kurangnya tidak boleh diterima)
berlaku pada masa yang sama?

Jika jawapan pada persoalan tadi adalah „Tidak‰, maka inferens (iaitu pergerakan
daripada sebab ke kesimpulan), memaksa anda menerima kesimpulan jika
alasannya adalah benar. Sebaliknya, jika jawapan adalah „Ya‰, maka inferens
gagal atau tidak boleh dijustifikasikan.

Dalam contoh tadi, kita menghadapi keadaan yang alasan itu adalah benar tetapi
inferens daripada sebab ke kesimpulan tidak dapat dibuktikan. Namun, inferens
tidak didapati dijustifikasikan kerana alasannya mungkin benar dan pada masa
yang sama kesimpulannya adalah salah. Maka, terbuktilah bahawa cara untuk
menentukan sama ada inferens dijustifikasikan adalah amat berbeza daripada
ujian penentuan sama ada sebab boleh diterima atau tidak.

Jika anda telah menghafal fakta utama dalam buku ini, anda akan berjaya
dalam peperiksaan pemikiran kritikal, dan anda telah menghafalnya. Oleh itu
anda akan berjaya dalam peperiksaan.

Dalam contoh tadi, alasannya adalah benar, maka kesimpulannya juga mestilah
benar dan ini membuatkan inferens yang baik. Walau bagaimanapun, sebab yang
mengatakan bahawa anda hanya menghafal fakta bagi berjaya dalam peperiksaan
adalah tidak benar. Oleh itu, hujah ini gagal untuk membuktikan kesimpulan
bukan kerana ia menghasilkan inferens yang tidak baik tetapi disebabkan oleh
salah satu daripada alasan yang diberi adalah palsu.

Kesimpulannya, bagi sesuatu hujah untuk berjaya membuktikan kesimpulan, ia


mesti menepati dua perkara berikut:

(a) Alasannya mestilah benar atau sekurang-kurangnya boleh diterima; dan

(b) Inferens yang digarap daripada alasan tersebut perlulah bagus.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


66  TOPIK 3 MENGENAL PASTI SEBAB DAN KESIMPULAN

SEMAK KENDIRI 3.6

Aplikasikan ujian yang telah dijelaskan untuk menentukan sama ada


inferens yang dikenal pasti dalam perenggan berikut boleh
dijustifikasikan.

(a) Kerja seorang instruktor memandu adalah mencabar dan


berganjaran. Seseorang memperoleh kebebasan bekerja untuk diri
sendiri dan tidak perlu lulus dalam peperiksaan A levels. Oleh
sebab itu, kerja yang sesuai bagi sesiapa yang tidak memiliki A
levels ialah instruktor memandu.

(b) Jika iklim dunia menjadi lebih panas, ais di Kutub Utara dan Kutub
Selatan akan cair dengan kadar yang sangat pantas. Jika ais cair,
kita akan melihat kesan air naik di lautan. Terdapat bukti paras air
naik, jadi iklim dunia mestilah lebih panas.

Seterusnya, akan diperkenalkan konsep „sah secara deduktif‰, standard tertinggi


bagi semua pertimbangan inferens. Bolehkah anda fikirkan satu cara yang mana
alasannya mungkin benar dan kesimpulannya mungkin salah? Jika jawapan pada
persoalan adalah „Tidak‰, maka inferens adalah sah secara deduktif, dan jika
jawapannya adalah „Ya‰, maka inferens tidak sah secara deduktif.

Maka, jika sesuatu hujah adalah sah secara deduktif, kebenaran alasan akan
menjanjikan kebenaran kesimpulannya; jika alasannya adalah benar, kesimpulan
juga mestilah benar, tidak ada kemungkinan lain. Satu contoh yang baik adalah
jika benar „semua ikan paus ialah mamalia‰ dan „semua mamalia melahirkan
anak‰, maka mestilah benar bahawa „semua ikan paus melahirkan anak‰. Di sini
tidak mungkin alasannya benar dan kesimpulannya salah. Oleh itu, ini ialah hujah
sah secara deduktif.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 3 MENGENAL PASTI SEBAB DAN KESIMPULAN  67

SEMAK KENDIRI 3.7

1. Bandingkan silogisme berikut.

(a) Semua manusia adalah mortal atau akan mati.


Socrates ialah seorang manusia.
Oleh itu, Socrates adalah mortal.

(b) Semua pemerhati burung mempunyai teropong.


Bob mempunyai teropong.
Oleh itu, Bob adalah pemerhati burung.

Apakah perbezaannya, jika ada, antara dua silogisme di atas?


Adakah kedua-dua kesimpulan mengikuti penegasan masing-
masing secara logik? Adakah kedua-dua kesimpulan boleh
diterima?

2. Pertimbangkan mana satu antara hujah berikut adalah sah secara


deduktif dan mana yang tidak. Jelaskan dalam setiap kes mengapa
anda membuat keputusan sebegitu.

(a) Tom benci semua orang yang Mary suka dan Mary sukakan
Tom. Jadi Tom mesti bencikan dirinya sendiri.

(b) Pembantu rumah berada di dapur. Dalam kes ini, tidak


mungkin beliau menembak majikannya yang berada di bilik
bacaan. Maka, tidak mungkin pembantu rumah yang
melakukannya.

Dalam kebanyakan teks, kita lebih mudah untuk menjumpai andaian.

Pengajar memandu ialah pekerjaan yang mencabar dan berganjaran. Seseorang


memperoleh kebebasan bekerja untuk diri sendiri dan tidak perlu lulus dalam
peperiksaan A levels. Oleh sebab itu, kerja yang sesuai bagi sesiapa yang tidak
memiliki A levels ialah pengajar memandu.

Sesiapa yang membaca perenggan tadi akan cepat mengandaikan bahawa jika
„pekerjaan yang mencabar dan berganjaran dengan kebebasan bekerja untuk diri
sendiri‰ menarik pada anda, maka menjadi pengajar memandu tidak memerlukan
lebih daripada „tidak memiliki A levels‰. Ini dikenali sebagai tanggapan implisit
(tersirat atau tidak diperkatakan). Inferens di sini adalah lemah disebabkan
alasannya boleh jadi benar tetapi kesimpulannya salah. Sukar untuk kita tentukan

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


68  TOPIK 3 MENGENAL PASTI SEBAB DAN KESIMPULAN

apa yang diandaikan dan dalam situasi ini, kita terus kepada tanggapan yang
menonjol, terutamanya apabila kualiti inferens adalah penting. Oleh itu, strategi
amnya ialah kita patut meletakkan pada hujah dan penjelasan bagi andaian yang:

(a) Berkemungkinan ada dalam konteks; atau

(b) Yang diperkatakan itu boleh diterima akal; atau

(c) Perlu untuk menjadikan sesuatu alasan itu kuat (jika benar).

 Sesuatu kes tidak boleh dinilai bagi menyokong kepercayaan atau keputusan
melainkan individu jelas akan apa kesnya. Seseorang perlu menentukan alasan
dan kesimpulan yang dibuat dalam kes itu.

 Bahasa penaakulan menggunakan beberapa jenis perkataan dan frasa, dikenali


sebagai „penunjuk kesimpulan‰, yang menunjukkan satu kesimpulan dibina
daripada sesuatu dakwaan.

 Peta Pemikiran digunakan dalam pemahaman dan penilaian sesuatu


penaakulan merangkumi satu senarai persoalan penting seperti:

ă Apakah kesimpulan/beberapa kesimpulan utama;

ă Apakah sebab dan strukturnya;

ă Apakah yang diandaikan;

ă Menjelaskan apa yang diperlukan;

ă Adakah alasannya boleh diterima atau tidak; dan

ă Apakah penilaian keseluruhan apabila analisis sesuatu hujah dilakukan.

 Dalam penilaian penerimaan alasan, persoalan penting yang perlu ditanya


merangkumi:

ă Sama ada alasan itu diterima atau tidak;

ă Adakah penaakulan menyokong kesimpulannya;

ă Adakah terdapatnya pertimbangan/hujah lain yang berkaitan; dan

ă Apakah penilaian keseluruhan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 3 MENGENAL PASTI SEBAB DAN KESIMPULAN  69

 Enam langkah terlibat dalam pertimbangan penerimaan secara mahir sesuatu


dakwaan adalah:

ă Sejauh manakah dakwaan itu;

ă Adakah konteks dakwaan mempengaruhi penerimaannya;

ă Adakah dakwaan memerlukan pakar;

ă Adakah dakwaan diketahui atau dipercayai ramai;

ă Sejauh manakah dakwaan selari dengan kepercayaan kita yang lain; dan

ă Adakah dakwaan dibuat daripada sumber yang boleh dipercayai.

 Dalam mempertimbangkan kredibiliti sesuatu sumber dengan mahir, kriteria


utama yang memerlukan perhatian adalah reputasi sumber yang boleh
dipercayai:

ă Sama ada sumber mempunyai kepentingan sendiri;

ă Sama ada terdapatnya bukti/keesahan daripada sumber bebas;

ă Sama ada sumber mempunyai kepakaran atau latihan berkaitan;

ă Sifat dakwaan itu sendiri;

ă Sama ada sumber boleh memberi alasan yang boleh dipercayai bagi
dakwaan yang dibuat.

 Apabila kita berhujah tentang sesuatu kes, kesimpulan dirujuk (dibuat


inferens) daripada alasan.

 Bagi mencapai kejayaan dalam sesuatu hujah dalam menjustifikasikan


kesimpulannya, alasannya mestilah benar atau sekurang-kurangnya boleh
diterima dan inferens yang didapati daripada alasan itu perlulah inferens yang
baik.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


70  TOPIK 3 MENGENAL PASTI SEBAB DAN KESIMPULAN

Inferens Penerimaan dakwaan


Keesahan deduktif Penerimaan sebab
Kredibiliti sumber Peta pemikiran
Penaakulan

1. Jika iklim dunia menjadi lebih panas, ais di Kutub Utara dan Kutub Selatan
akan cair dengan kadar yang sangat pantas. Jika ais cair kita akan melihat
kesan air naik di lautan. Terdapat bukti paras air naik, jadi iklim dunia
mestilah lebih panas. Adakah hujah ini mempunyai andaian implisit?

2. Dalam setiap contoh berikut, tentukan sesuatu yang diandaikan secara


implisit dan jelaskan bagaimana tanggapan mempengaruhi inferens (adakah
ia membuatkannya lebih diterima atau menunjukkan yang ia lemah)?

(a) Jika sebuah bangunan itu terbakar habis, apa yang tinggal hanya debu
dan serpihan batu. Sekarang terdapat debu dan serpihan batu. Oleh
itu, bangunan telah terbakar habis.

(b) Seorang guru sedang berbual dengan rakan sekerjanya tentang


muridnya, Jones, sebelum peperiksaan. Beliau mengatakan bahawa
Jones telah bekerja keras, maka dia akan lulus peperiksaan.

Moore, B. N., & Parker, R. (2005). Critical thinking (Ed. ke-8). New York, NY:
McGraw Hill.

Vaughn, L. (2004). The power of critical thinking: Effective reasoning about


ordinary and extraordinary claims. Oxford, England: Oxford University
Press.

Wright, L. (2001). Critical thinking: An introduction to analytical reading and


reasoning. Oxford, England: Oxford University Press.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


Topik  Penyelesaian
Masalah
4
HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Mendefinisikan masalah;
2. Menghuraikan bagaimana suatu masalah boleh menyediakan peluang
untuk menjadi lebih baik;
3. Menerangkan empat tahap yang terlibat proses penyelesaian masalah;
4. Menerangkan kepentingan penetapan matlamat dalam proses
penyelesaian masalah;
5. Menghuraikan garis panduan umum untuk penyelesaian masalah
secara efektif;
6. Mengenal pasti peranan teknik Analisis Punca Sebenar (Root Cause
Analysis) dalam proses penyelesaian masalah;
7. Mengenal pasti kekangan yang biasa dihadapi dalam proses
penyelesaian masalah; dan
8. Membandingkan perbezaan pendekatan dalam penyelesaian masalah.

 PENGENALAN
Tidak kira apa yang kita lakukan bagi menyara kehidupan atau di mana kita
tinggal, ramai daripada kita menghabiskan masa di tempat kerja atau di rumah,
dan sentiasa menyelesaikan masalah. Bagi kebanyakan pelajar, penyelesaian
masalah merupakan prosedur yang perlu dijalankan untuk menyiapkan tugasan
yang diberi oleh guru. Mereka melihat masalah sebagai sesuatu yang perlu
diselesaikan dalam satu jangka masa tertentu bagi mengelak tindakan tatatertib

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


72  TOPIK 4 PENYELESAIAN MASALAH

yang tidak diingini. Namun begitu, pelajar dan orang ramai biasanya suka
menganalisis setiap tindakan atau peristiwa dalam kehidupan seharian yang
dianggap bermasalah secara berlebihan tanpa mengambil kira kemungkinan yang
timbul disebabkan masalah tersebut. Tidak kira sama ada masalah yang dihadapi
itu kecil atau kompleks, semua perlu diselesaikan dengan cara yang konstruktif.
Maka, penyelesaian masalah merupakan kemahiran penting. Apa yang penting
adalah bagaimana kita menghadapi masalah; ini akan menghasilkan penyelesaian
yang berkesan atau tidak berkesan (lihat Rajah 4.1).

Rajah 4.1: Bagaimana kita melihat sesuatu masalah


itu ialah kunci untuk menyelesaikannya
Sumber: http://beautybrainsnbeyond.blogspot.com

4.1 APAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN


MASALAH?
Berdasarkan beberapa kamus, penyelesaian masalah didefinisikan sebagai:

(a) Persoalan yang dikemukakan untuk dipertimbangkan dan diselesaikan


(WordNet©2.0, Princeton University, 2003).

(b) Persoalan yang akan dipertimbangkan, diselesaikan atau dijawab (The


American Heritage©Dictionary of the English Language, Edisi Keempat,
Dikemaskinikan 2009).

(c) Apa-apa sahaja perkara, seseorang dan lain-lain, yang sukar diambil
tindakan, diselesaikan atau diatasi (Collins English Dictionary ă Complete
and Unabridged, Edisi Keenam, 2003).

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 4 PENYELESAIAN MASALAH  73

(d) Sebarang persoalan atau perkara yang melibatkan keraguan, ketidakpastian


atau kesukaran (Dictionary.com, Unabridged).

Bergantung pada konteks, sesetengah masalah mungkin kecil, bersifat peribadi


atau disebabkan oleh faktor luaran. Sesetengah masalah mungkin terlalu besar
atau kompleks dan perlu diberikan kepada orang yang lebih berupaya untuk
mengendalikannya. Rajah 4.2 menunjukkan contoh mengendalikan masalah
dengan cara yang salah.

Rajah 4.2: Cara negatif dalam menyelesaikan masalah:


„Jika masalah itu sangat besar, salahkan orang lain!‰

Penulis yang berbeza akan mendefinisikan masalah secara berlainan. Secara


umumnya, kita boleh mendefinisikan masalah menggunakan tiga pendekatan
berikut:

(a) Masalah ialah peluang untuk menjadi lebih baik.

(b) Masalah ialah perbezaan antara keadaan semasa anda dengan keadaan
matlamat anda.

(c) Masalah terhasil apabila sesuatu ketidaksempurnaan dikenal pasti dan


kepercayaan terhadap kebarangkalian masa hadapan yang lebih baik.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


74  TOPIK 4 PENYELESAIAN MASALAH

Definisi bahawa masalah ialah peluang untuk penambahbaikan akan menjadi


fokus perbincangan kita. Dengan berfikir secara luar dari kotak, seseorang itu
boleh melihat masalah sebagai peluang, iaitu peluang bagi membuka cara baharu
melihat dan bertindak balas terhadap kesukaran yang dihadapi. Dilihat dari
perspektif ini, masalah tidak semestinya terhasil daripada faktor luaran atau
dipersepsi sebagai negatif atau peristiwa „buruk‰. Anjakan paradigma ini
membawa kepada satu perspektif baharu atau kesedaran tentang masalah
tersebut. Peluang baharu bagi pembaikan akan memanfaatkan anda. Peluang ini
mewujudkan cabaran yang memerlukan penyelesaian daripada anda.

Situasi seumpama ini memerlukan kelenturan dalam mendekati masalah yang


dialami. Keperluan kelenturan sebegini memberikan satu kebaikan tersendiri
kepada orang yang kreatif semasa menyelesaikan masalah kerana perubahan
dalam masalah memerlukan pembaikan inovatif dan pintar dalam cara mana
masalah itu diselesaikan. Mempersepsi masalah sebagai peluang bagi pembaikan,
mendidik satu set minda positif yang boleh menukar anda kepada seorang yang
lebih yakin dan dapat mengawal kehidupan.

Kadangkala satu masalah boleh memanifestasikan dirinya dalam cara yang


berbeza. Contohnya, kita menghadapi konflik antara situasi semasa dengan situasi
yang diingini. Apabila kita boleh mengenal pasti perbezaan antara situasi semasa
dan situasi yang diingini, kita boleh mendefinisikan masalah yang kita boleh
berusaha untuk menyelesaikannya supaya kita dapat mencapai matlamatnya.

„Setiap masalah tersembunyi peluang yang sangat hebat yang menjadikan


masalah itu kecil. Cerita kejayaan yang sangat hebat dicipta oleh orang yang
mengenal pasti masalah dan menukar masalah itu kepada peluang.‰

Joseph Sugarman (Inglish, 2011)

AKTIVITI 4.1

„Setakat ini tiada had terhadap kenaikan harga makanan dan minyak,
menyebabkan ramai pengguna dan pengusaha menghadapi bebanan
yang berat‰ (The Star, 23 Jun 2008).

Kenal pasti satu masalah berkaitan pengguna yang boleh wujud daripada
situasi yang dilaporkan tadi. Bolehkan anda menangani masalah ini
sebagai peluang? Jelaskan jawapan anda.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 4 PENYELESAIAN MASALAH  75

4.2 APAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN


PENYELESAIAN MASALAH?
Penyelesaian masalah dan teknik yang berkaitan dengannya ialah komponen
menaakul domain ă bebas, yang menetapkan corak tingkah laku yang boleh
digunakan semula melalui aplikasi (Fensel & Motta, 1997). Ini bermakna
penyelesaian masalah ialah satu siri teknik, melibatkan kedua-dua aspek, iaitu
kognitif dan tingkah laku, yang boleh diaplikasikan dalam pelbagai bidang untuk
menghasilkan penyelesaian.

Woods (1975) dan rakan-rakan mencadangkan bahawa „penyelesaian masalah


ialah proses memperoleh penyelesaian yang memuaskan bagi satu masalah
baharu atau sekurang-kurangnya masalah yang belum pernah dilihat oleh
penyelesai masalah itu.‰

Secara keseluruhan, penyelesaian masalah melibatkan satu siri tahap yang


bermula daripada mengenal pasti satu masalah dan seterusnya membawa kepada
pembinaan satu penyelesaian. Penyelesaian masalah boleh dilihat sebagai proses
berstruktur dan berorientasi terarah. Walau bagaimanapun, dalam menentukan
arah bagi penyelesaian, kita perlu mendefinisikan masalah terlebih dahulu, diikuti
dengan matlamat yang diingini atau perubahan yang diperlukan.

4.2.1 Tahap dalam Penyelesaian Masalah


Sebagaimana yang telah dinyatakan dalam bahagian terdahulu, untuk memahami
penyelesaian masalah dan memperbaiki keupayaan personal menyelesaikan
masalah dengan lebih baik, adalah penting untuk tidak melihat kepada produk
penyelesaian masalah tetapi melihat penyelesaian masalah sebagai satu proses
yang membawa satu hasil positif. Kepentingan pendekatan ini adalah kerana ia
memfokuskan pada proses mendapatkan penyelesaian, bukannya penyelesaian
itu sendiri. Ini bermakna penekanan yang lebih diberi pada tahap-tahap dalam
mencapai penyelesaian daripada hasil terakhirnya. Dengan itu, adalah penting
kita memahami pelbagai tahap yang terlibat.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


76  TOPIK 4 PENYELESAIAN MASALAH

Empat tahap yang terlibat ditunjukkan dalam Rajah 4.3:

Rajah 4.3: Peringkat penyelesaian masalah

(a) Mengecam dan Mendefinisikan Satu Masalah


Sesuatu masalah hanya boleh diselesaikan apabila kewujudannya dikenal
pasti. Walau bagaimanapun, dalam sesetengah situasi, sesuatu masalah
hanya dikenal pasti apabila masalah telah menjadi satu perkara serius.
Setelah mengenal pasti masalah, tindakan seterusnya adalah mendefinisinya
secara menyeluruh. Sesuatu masalah boleh dirujuk sebagai masalah tertutup
atau terbuka. Masalah tertutup melibatkan kesemua keadaan di sekeliling
yang berubah daripada norma yang perlu didefinisikan. Sebaliknya, satu
masalah terbuka melibatkan pengenalpastian dan pendefinisian objektif dan
apa jua kekangan yang boleh menghalang anda daripada mendapatkannya.
Perbezaan utama antara masalah tertutup dan terbuka dirumuskan dalam
Jadual 4.1.

Jadual 4.1: Perbezaan antara Masalah Tertutup dan Terbuka

Masalah Tertutup Masalah Terbuka

Peroleh satu atau bilangan terhad Boleh diselesaikan dengan menggunakan


penyelesaian yang sesuai. banyak kaedah berbeza.

Analisis masalah melibatkan Analisis masalah melibatkan pencarian


pengenalpastian punca sebelum maklumat yang dapat digunakan untuk
menyelesaikannya. menyelesaikan masalah.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 4 PENYELESAIAN MASALAH  77

Menganalisis masalah bersungguh-sungguh penting supaya kita dapat


memahami masalah itu dan mencadangkan penyelesaian yang dapat
membantu kita mencapai matlamat. Menganalisis masalah melibatkan
pengenalpastian dan penyebabnya maklumat relevan dan menyampaikan
maklumat itu dengan cara yang bermakna. Ini akan dapat membantu kita
menentukan penyelesaian yang terbaik.

(b) Mencari Kemungkinan Penyelesaian


Secara umumnya, melakukan pelbagai tindakan untuk menyelesaikan
masalah melibatkan penentuan tindakan yang sesuai untuk dianalisis,
mengenal pasti kekangan dan akhir sekali bekerja ke arah mencapai
matlamat. Ada kalanya, perlu untuk menukar dan menggabung idea
menggunakan apa jua teknik kreatif yang ada bagi menghasilkan satu
penyelesaian. Hakikatnya, lebih banyak idea untuk dipilih, lebih besar
peluang untuk mendapatkan penyelesaian yang efektif.

(c) Memilih Penyelesaian Terbaik


Ini merupakan proses membuat keputusan yang berasaskan perbandingan
hasil yang berpotensi bagi penyelesaian alternatif. Tahap ini melibatkan
langkah-langkah berikut:

(i) Mengenal pasti ciri-ciri penyelesaian yang sesuai, termasuklah apa


juga halangan yang mungkin dihadapi;

(ii) Membuang penyelesaian yang tidak boleh mengatasi halangan;

(iii) Menilai penyelesaian yang masih ada;

(iv) Menilai risiko yang mempunyai kaitan dengan penyelesaian terbaik


yang diinginkan; dan

(v) Membuat keputusan untuk melaksanakan penyelesaian yang dipilih.

Ia adalah dipercayai bahawa satu masalah dianggap selesai apabila satu


penyelesaian telah dilaksanakan. Walau bagaimanapun, dalam sesetengah
keadaan, penyelesaian yang dipilih perlu diterima atau diperakui oleh
individu lain supaya ia boleh dilaksanakan dan ini mungkin melibatkan
beberapa strategi persuasif.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


78  TOPIK 4 PENYELESAIAN MASALAH

(d) Melaksanakan Penyelesaian


Tiga langkah terlibat dalam tahap ini seperti yang ditunjukkan dalam
Jadual 4.2.

Jadual 4.2: Langkah-langkah Pelaksanaan Sesuatu Penyelesaian

Langkah-langkah Huraian

Merancang dan Melibatkan penyelesaian bagi kesemua usaha dan


menyediakan pelaksanaan perancangan menyeluruh yang menghurai urutan
penyelesaian. tindakan yang perlu bagi memenuhi objektif, tempoh
masa dan sumber yang diperlukan pada setiap tahap.

Mengambil tindakan sesuai Masalah atau bakal masalah perlu ditangani secepat
dan memantau kesannya. mungkin bagi memastikan semuanya berjalan lancar.

Menyemak semula Penting untuk mengagak keberkesanannya dalam


kejayaan mutlak bagi menyelesaikan masalah yang sama pada masa hadapan
tindakan. dan memastikan masalah itu telah diselesaikan.

Kesimpulannya, bagi masalah tertutup, penekanan adalah pada pendefinisian dan


penganalisisan masalah itu untuk menunjukkan sebab yang berkemungkinan,
manakala bagi masalah terbuka, usaha yang lebih diberi kepada tahap perolehan
idea untuk menghasilkan satu ruang luas bagi kemungkinan penyelesaian
diperlukan. Mungkin perlu untuk berpatah balik dan mengadaptasi kerja yang
telah dilakukan terdahulu, semasa dalam mana-mana tahap dalam penyelesaian
masalah.

Dalam kesemua empat peringkat yang telah dibincangkan, kita perlu


menggunakan kemahiran penaakulan dan pemikiran kita. Ia akan dibincangkan
dalam topik seterusnya.

SEMAK KENDIRI 4.1

1. Jelaskan empat tahap penyelesaian masalah.

2. Jelaskan secara ringkas perbezaan antara masalah terbuka dengan


tertutup.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 4 PENYELESAIAN MASALAH  79

4.3 KEPENTINGAN MATLAMAT DALAM


PENYELESAIAN MASALAH
Penyelesaian masalah tertumpu kepada matlamat dan keadaan unggul yang
seseorang ingin capai. Selalunya, apabila satu matlamat dicapai, masalah
sepatutnya telah diselesaikan. Walau bagaimanapun, ini hanya akan berlaku jika
matlamat asal yang ditentukan adalah sesuai. Mendefinisikan satu matlamat
adalah penting bagi menentukan betapa banyak sesuatu masalah itu wujud atau
sama ada sudah terdapat satu masalah terlebih dahulu. Memang terdapat terlalu
banyak masalah yang perlu diselesaikan. Namun, jangan terlalu asyik dan cuba
menyelesaikan setiap masalah yang anda kenal pasti dan jangan membiarkan
orang lain menetapkan matlamat yang anda tidak terdaya mencapainya
(sebagaimana diilustrasikan dalam Rajah 4.4).

Rajah 4.4: Tetapkan matlamat yang realistik dan jangan biarkan orang lain
yang menetapkan matlamat untuk kita yang kita ketahui kita tidak akan capai

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


80  TOPIK 4 PENYELESAIAN MASALAH

Robert (1998) dalam petikan berikut memberi satu contoh yang sangat baik bagi
mengilustrasi keperluan satu matlamat untuk membantu mengenal pasti sama
ada terdapatnya masalah:

Katakan anda baru sahaja membawa piza pulang ke rumah dari kedai piza dan
ia mula sejuk.

Jika keadaan ideal anda adalah memakan piza yang panas, maka anda
menghadapi satu masalah, oleh itu anda mendefinisinya sama ada sebagai
bagaimana hendak mengelak piza daripada sejuk, bagaimana hendak
memanaskannya semula atau bagaimana hendak memakannya dengan cepat.
Sebaliknya, jika anda suka piza yang tidak begitu panas, maka anda tidak
menghadapi masalah. Sama juga, jika rakan anda datang sejam kemudian dan
anda mempelawanya untuk memakan lebihan piza, dan mendapati ketuhar
anda tidak berfungsi, anda ada masalah: bagaimana hendak memanaskan piza.
Namun jika rakan anda berkata, „Saya sangat suka piza yang sejuk berbanding
daripada yang panas,‰ anda tidak ada masalah.

Sumber: http://www.Virtualsalt.com/crebook3.htm

Sebagaimana diilustrasikan dalam contoh tadi, bagi menentukan sama ada satu
masalah wujud, dan sejauh mana ia wujud, anda perlu terlebih dahulu mengambil
kira:

(a) Matlamat anda; dan

(b) Keadaan semasa anda.

Matlamat perlu tercapai dalam had keupayaan anda dan peralatan yang anda
miliki. Ambil masa untuk berfikir tentang matlamat dan rancang strategi anda.
Ingat, gagal merancang ialah merancang untuk gagal.

Matlamat adalah tidak statik. Keutamaan anda akan bertukar sepanjang masa
begitu juga matlamat anda. Perubahan mungkin melibatkan sesuatu yang penting
seperti pemikiran semula tentang tujuan hidup atau ia mungkin perubahan kecil
pada belanjawan percutian anda. Apa jua perubahan, adalah penting anda
menyimpan masalah dan penyelesaian sejajar dengan matlamat anda.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 4 PENYELESAIAN MASALAH  81

4.4 GARIS PANDUAN UMUM BAGI


PENYELESAIAN MASALAH
Garis panduan ini bertujuan membantu anda menganalisis, mendefinisikan dan
menyelesaikan masalah dalam cara teratur dan memberi struktur pada pelbagai
aktiviti masalah yang anda hadapi. Apabila mengguna garis panduan ini, adalah
penting untuk mengingat bahawa penyelesaian masalah tidak bergerak melalui
satu urutan langkah-langkah yang ditentukan terlebih dahulu pada setiap masa
serta ia bukan juga seharusnya linear. Sebaliknya, penyelesaian masalah ialah satu
proses berulang, iaitu anda mesti pergi ke hadapan dan belakang secara
berterusan antara langkah-langkah dan mengulang beberapa langkah. Ini boleh
dilihat sebagai satu kitaran penyelesaian masalah (diilustrasi dalam Rajah 4.5)
yang setiap proses boleh masuk ke dalam proses lain melalui maklum balas dan
pembetulan.

Rajah 4.5: Kitaran penyelesaian masalah

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


82  TOPIK 4 PENYELESAIAN MASALAH

Bila mana kita menghadapi masalah, satu penyelesaian berkesan bagi masalah
boleh dibina menggunakan enam langkah seperti yang ditunjukkan dalam
Rajah 4.6:

Rajah 4.6: Enam langkah dalam penyelesaian masalah dan membuat keputusan

Langkah-langkah ini boleh dipecahkan kepada langkah yang kecil supaya kita
boleh melakukan proses penyelesaian masalah. Kita akan melihat dengan lebih
lanjut setiap langkah dalam bahagian berikutnya.

4.4.1 Meneroka Masalah


Ini langkah pertama dalam proses penyelesaian masalah yang berkesan. Masalah
disiasat dan dipecahkan kepada submasalah; istilah didefinisikan dan sifat
masalah ditentukan. Penyelidikan sepatutnya dilakukan untuk menentukan sama
ada masalah telah dihadapi pada masa lampau dan jika ya, bagaimana ia
diselesaikan sebelum ini.

Ia adalah ketara bahawa sifat masalah akan menentukan berapa banyak masa
diberi pada penerokaan masalah. Masalah mudah mungkin tidak memerlukan
penerokaan mendalam tetapi masalah kompleks mungkin memerlukan
penerokaan mendalam. Bandingkan, contohnya, jumlah penerokaan yang
diperlukan bagi menentukan mengapa sebuah lampu kecil tidak berfungsi dalam

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 4 PENYELESAIAN MASALAH  83

rumah anda dan mengapa sebuah kereta tidak berfungsi dengan baik. Penerokaan
masalah mungkin melibatkan beberapa langkah yang merangkumi:

(a) Pernyataan Masalah

(i) Apakah masalah itu?

 Adakah masalah itu pelbagai aspeknya? Jika ya, apakah pelbagai


aspeknya?

 Jika masalah diberi kepada anda oleh seseorang (individu atau


jabatan lain, contohnya), adalah berguna untuk mendapatkan
pernyataan mengatakan masalah itu diberi pada anda dan
pernyataan lagi satu menyatakan masalah itu dalam perkataan
anda sendiri.

 Dalam mana-mana definisi atau pernyataan masalah, adalah


berguna untuk menyatakan apa yang bukan dan tiada kaitan
dengan masalah itu. Dengan berbuat demikian, anda akan
memperoleh idea yang lebih jelas tentang apa masalah itu.

(ii) Menyatakan semula secara berbeza.

 Menyatakan masalah itu semula dalam cara yang sangat berbeza.

 Lakukan ini beberapa kali dengan cara yang berbeza.

 Ini membantu mengasingkan masalah sebenar daripada


pernyataan lisan kita tentangnya.

(iii) Lakukan satu pernyataan meluas tentang masalah.

 Nyatakan masalah dalam bentuk abstrak, mungkin juga dengan


perspektif falsafah. Selalunya, bagaimana masalah itu
diperkatakan mencerminkan satu contoh spesifik tentang isu yang
lebih meluas. Dengan menyatakannya semula dalam istilah yang
lebih umum, seseorang berupaya untuk menentukan sama ada ia
benar atau tidak.

 Menggunakan pernyataan-pernyataan umum membolehkan isu


yang mengelilingi masalah itu dihujahkan daripada perspektif
yang berbeza, mencadangkan penyelesaian yang mungkin tidak
diambil kira.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


84  TOPIK 4 PENYELESAIAN MASALAH

(b) Penjelasan Masalah

(i) Apakah istilah utama masalah?

 Guna perkataan yang sama maksudnya.

 Definisi istilah berulangan, membuatkannya lebih umum atau


lebih spesifik, sehingga masalah disebutkan dengan sebaik
mungkin.

 Dengan teknik ini, masalah dipecahkan kepada atributnya,


komponen dan ciri-ciri umum, supaya penyelesaian
berkemungkinan boleh menjadi lebih ketara.

 Apa sahaja yang tidak jelas atau tidak pasti tentang masalah mesti
dijelaskan. Ia adalah sesuatu yang biasa jika pernyataan masalah
adalah tidak jelas dan kabur, dan perlu diperincikan.

(ii) Apakah tanggapan yang dibuat tentang masalah? Dalam keadaan apa
penyelesaian itu memuaskan?

 Langkah ini melibatkan penyenaraian secara sedar kesemua


tanggapan yang boleh dikenal pasti. Senarai mesti neutral, tanpa
prejudis atau pertimbangan.

 Ia adalah penting apabila penyenaraian tanggapan dibuat, kita


menyenaraikan perkara yang ketara sebab selalunya perkara itulah
yang perlu ditukar.

 Kebanyakan tanggapan adalah perlu sementara yang lain tidak.

(iii) Dapatkan maklumat lanjut tentang masalah

 Dapatkan idea bagi menyelesaikan masalah dengan mencari


bagaimana masalah yang sama dihadapi atau diselesaikan pada
masa dahulu.

 Selalunya anda mungkin mendapat penyelesaian alternatif yang


pernah digunakan terdahulu untuk menyelesaikan masalah sama
yang dihadapi sekarang.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 4 PENYELESAIAN MASALAH  85

(c) Memberi Sebab tentang Masalah

(i) Jalankan aktiviti penyelesaian masalah dengan orang lain tentang isu
di sekitar masalah tersebut:

 Sebutkannya dengan berhati-hati dan dengarkan penjelasan anda


sendiri; kemudian cuba bayangkan bagaimana orang lain mungkin
melihat masalah itu.

 Perbincangan mungkin membantu anda mencari satu penyelesaian


daripada orang lain yang pernah menghadapi masalah sama atau
memperoleh perspektif berbeza.

 Secara umum, apabila membincang masalah atau idea, dengar


pendapat anda dan juga orang lain.

(ii) Lihat masalah daripada perspektif berbeza

 Adakah masalah anda kelihatan berbeza pada orang lain?


Bagaimanakah isu yang anda anggap masalah kelihatan sama
apabila ia dilihat dari perspektif berbeza?

 Untuk mendapatkan perspektif terbaik, masalah sepatutnya dilihat


daripada kaca mata mereka yang menyebabkannya, mereka yang
mengalaminya, mereka yang perlu membetulkannya, mereka yang
perlu menanggung beban dan lain-lain lagi.

(iii) Menyoal satu siri penjelasan „Mengapa?‰

 Bertanya „Mengapa?‰ boleh menghasilkan satu tujuan yang sama


dengan memperluaskan definisi masalah, yang akan membawa
kepada cara baharu melihat masalah dan kemungkinan
penyelesaian.

 Anda boleh juga menyoal diri sendiri jika masalah itu ialah satu
simptom atau hasil daripada masalah lain. Misalnya, sekali
pandang keluaran kereta berkualiti rendah seolah-olah sebagai
satu masalah kawalan kualiti. Walau bagaimanapun apabila
analisis secara mendalam, ia menunjukkan simptom masalah yang
lebih besar, seperti pengurusan yang tidak cekap, tabiat kerja
buruk, alat ganti dan peralatan yang tidak boleh dipercayai, mesin
lama, penjagaan tidak baik dan sebagainya.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


86  TOPIK 4 PENYELESAIAN MASALAH

(d) Letakkan Masalah dalam Konteks

(i) Apakah sejarah dan konteks sejarah masalah tersebut?

 Ini membantu anda mengetahui latar belakang masalah tersebut.


Dengan mengetahui apa yang dicapai dan tidak dicapai pada masa
dahulu, anda boleh menumpukan kepada usaha untuk
mendapatkan penyelesaian yang boleh dicapai.

 Walaupun masalah itu kelihatan sama, konteks yang digunakan


dalam penyelesaian sebelum ini akan memberikan kesan yang
berlainan terhadap penyelesaian sekarang.

(ii) Apakah yang dimaksudkan dengan persekitaran masalah?

 Apakah konteks yang mengelilingi masalah?

 Apakah faktor yang menyebabkan masalah dan menyebabkannya


terus menjadi masalah?

 Apabila memahami faktor yang menyebabkan masalah, anda akan


belajar mengambil langkah untuk menghindar masalah daripada
berlaku lagi.

(iii) Apakah keadaan yang mempengaruhi masalah?

 Adakah masalah dipengaruhi oleh keadaan tertentu?

 Adakah keadaan berbeza menjadikan masalah lebih teruk atau


lebih baik?

 Adakah dengan mengubah keadaan menghapuskan masalah?

(iv) Apakah halangannya?

 Halangan adalah kekangan yang wujud atau keperluan yang mesti


disediakan dalam menyelesaikan masalah. Ia adalah sebahagian
daripada kerangka penyelesaian yang perlu diingati. Maka adalah
penting untuk mengenal pasti halangan itu.

 Contoh halangan adalah seperti tanggungjawab undang-undang,


keperluan kontrak, keprihatinan persekitaran, keadaan fizikal,
pertimbangan kewangan dan belanjawan, dan faktor luar kawalan
anda.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 4 PENYELESAIAN MASALAH  87

AKTIVITI 4.2

Kekangan masalah oleh belanjawan atau realiti perundangan sentiasa


dihadapi oleh kerajaan dan industri besar. Cuba anda fikirkan beberapa
contoh masalah kekangan dalam kehidupan sebenar. Cari satu atau dua
contoh dalam surat khabar.

4.4.2 Membina Matlamat Anda


Sekarang, mari kita lihat pada langkah kedua penyelesaian masalah ă menetapkan
matlamat.

(a) Matlamat Apakah yang Anda Anggap sebagai Ideal?

(i) Selalunya, kita hanya memilih satu penyelesaian yang cepat daripada
memikirkan apakah penyelesaian ideal bagi masalah tersebut.

(ii) Kita mungkin merendahkan harapan kita sebab praktikal seperti


halangan yang telah dibincangkan tadi tetapi kita tidak perlu
melakukannya hingga kita dapat menggambarkan senario ideal.

(iii) Kadangkala senario ideal, selepas dibincangkan dan dianalisis,


mungkin nampak lebih mudah dicapai daripada apa yang difikirkan
dahulu.

(b) Bina Matlamat Realistik dan Praktikal

(i) Untuk membolehkan matlamat diukur, ia mesti jelas, pasti dan tepat.
Satu senarai matlamat seumpama itu boleh digunakan untuk
memantau peningkatan usaha penyelesaian masalah.

(ii) Menetapkan matlamat memberi hala tuju pada tugasan penyelesaian


masalah dan memberi penyelesai masalah satu objektif untuk dicapai.

(iii) Matlamat mesti realistik, kalau tidak sukar untuk dicapai.

(iv) Cuba menjadi spesifik setakat mana yang boleh dalam menghuraikan
matlamat; teruskan mencuba jika matlamat anda masih kabur atau
tidak boleh dikuantifikasi.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


88  TOPIK 4 PENYELESAIAN MASALAH

4.4.3 Menghasilkan Idea


Bagi menyelesaikan masalah itu, kita perlu mengeluarkan idea bagi mencari
kemungkinan penyelesaian. Perenggan berikutnya boleh memberi anda idea
tentang bagaimana untuk mencari kemungkinan penyelesaian.

Menghasilkan Idea untuk Mendapatkan Penyelesaian yang Sesuai

(a) Baca, Selidik, Fikir, Tanya Soalan dan Bincang


Mula dengan mengumpul maklumat tentang masalah anda. Ini merangkumi
membaca, berbincang, percambahan minda, bertanya soalan dan mencari
pendapat. Jadilah individu yang ingin tahu, cari idea dan belajar sebanyak
mana yang anda boleh tentang masalah.

(b) Guna Teknik Menghasilkan Idea seperti Penyelesaian Masalah, Simulasi


Rawak dan Sebagainya (Ini akan Dibincangkan dengan Lebih Lanjut dalam
Topik Seterusnya)
Hasilkan idea sebanyak mana mungkin. Ini akan memberi anda banyak idea
untuk dipilih, sesuaikan atau digunakan untuk merangsang idea lain.

(c) Berikan Masa untuk Idea Berkembang Semasa Idea Dihasilkan dalam Tahap
Berbeza Mendapatkan Idea
Kitaran utama kreativiti mempunyai beberapa tahap, iaitu:

(i) Persediaan: Pemikiran pertama, penyelidikan, belajar, bekerja;

(ii) Inkubasi: Masa untuk membenarkan pemikiran tidak sedar bekerja;

(iii) Pemahaman diri: Pemahaman tentang jalan penyelesaian, juga


dikenali sebagai pengalaman eureka atau detik eureka;

(iv) Pelaksanaan: Melakukan penyelesaian; dan

(v) Penilaian.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 4 PENYELESAIAN MASALAH  89

4.4.4 Memilih Idea Anda


Sekarang, berdasarkan idea yang telah ditemui, nilai dan pilih penyelesaian yang
terbaik.

(a) Nilai Penyelesaian yang Sesuai Supaya Penyelesaian Dapat Dicapai

(i) Nilai idea dan penyelesaian yang sesuai yang telah anda kumpulkan
setakat ini.

(ii) Tetapkan penyelesaian yang sesuai yang lain untuk dilaksanakan


(„Rancangan B‰) sekiranya rancangan asal anda tidak berjaya.

(iii) Penilaian anda termasuk mencari penyelesaian yang paling berkesan,


efisien (kos paling kurang, dari segi wang, masa dan lain-lain) dan
sedikit kesan sampingan.

(iv) Bina senarai penyelesaian yang sesuai mengikut susunan urutan.

(b) Pilih Penyelesaian

(i) Pilih satu atau lebih penyelesaian untuk dicuba.

 Daripada senarai penyelesaian yang telah disusun, pilih satu atau


lebih yang paling atas untuk dicuba. (Penyelesaian yang terpilih
untuk dilaksanakan tidak semestinya atau perlu yang paling atas
dalam susunan).

(ii) Benarkan orang lain melihat dan mengkritik penyelesaian yang anda
pilih dan mencadangkan pembaikan dan alternatif.

 Ia adalah penting untuk membenarkan orang lain mengkritik dan


menilai penyelesaian anda sebab anda akan ada peluang untuk
memperbaikinya.

 Jangan biarkan kritikan mempengaruhi keyakinan terhadap idea


yang anda percaya adalah baik, juga jangan resah dengan kritikan
yang menunjukkan kelemahan anda. Selalu bersedia untuk
menerima idea baharu.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


90  TOPIK 4 PENYELESAIAN MASALAH

4.4.5 Melaksanakan Rancangan Tindakan Anda


Sebaik sahaja anda telah memilih satu penyelesaian, anda boleh melaksanakan
rancangan tindakan tersebut. Walau bagaimanapun, adalah baik jika anda terlebih
dahulu mencuba penyelesaian dan lakukan perubahan yang perlu sebelum
dilaksanakan.

(a) Mencuba Penyelesaian


Eksperimen dengan idea; ujinya dengan sesuatu yang sangat sama dengan
senario kehidupan sebenar yang anda hadapi. Ini adalah penting khususnya
jika penyelesaian tersebut mungkin mempengaruhi kesihatan atau hidup
seseorang.

(b) Lakukan Perubahan Sebagaimana yang Diperlukan Semasa Pelaksanaan

(i) Sentiasa fleksibel dalam fasa aplikasi. Secara praktikalnya setiap


penyelesaian perlu beberapa modifikasi apabila digunakan.

(ii) Ingat, matlamat adalah untuk menyelesaikan masalah, bukan untuk


melaksanakan penyelesaian; jangan terlalu mengharap agar
penyelesaian anda akan jadi seperti mana yang anda sarankan pada
permulaannya.

4.4.6 Menilai dan Tindakan Susulan


Sekarang, selepas anda telah melengkapi semua langkah terdahulu dalam
penyelesaian masalah, tibalah masanya untuk anda menilai sama ada langkah-
langkah yang telah anda ambil itu berkesan.

(a) Siasat Sama Ada Penyelesaian itu Berkesan dan Sejauh Mana Keberkesanannya

(i) Adakah ia perlu dimodifikasi? Adakah penyelesaian lain perlu diuji?


Adakah perlu pendekatan lain?

(ii) Salah satu daripada kegagalan paling kerap dalam penyelesaian


masalah ialah kekurangan penilaian terhadap penyelesaian yang
dilaksanakan. Penyelesaian itu mungkin tidak berjaya atau tidak
berkesan langsung atau ia mungkin menyebabkan timbulnya masalah
lain semasa dalam proses itu.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 4 PENYELESAIAN MASALAH  91

(b) Jangan Nilai Secara Mutlak (iaitu Hanya Kejayaan atau Kegagalan Sahaja)

(i) Perlu diingati bahawa kebanyakan penyelesaian adalah lebih baik


dihuraikan sebagai separa berjaya atau tidak berjaya, daripada
sejumlah kejayaan atau kegagalan sepenuhnya.

(ii) Dalam kebanyakan kes, satu jawapan yang tidak lengkap adalah lebih
baik daripada tiada jawapan langsung.

Seterusnya, mari kita belajar satu mekanisme popular dalam meneroka satu
masalah.

4.5 ANALISIS PUNCA SEBENAR


Analisis punca sebenar (RCA ă Root Cause Analysis) ialah satu teknik popular dan
kerap digunakan untuk membantu individu dalam mencari punca sesuatu
masalah. Secara asasnya, matlamat utama ialah menyiasat asal sesuatu masalah
itu, yang boleh dijalankan dengan menggunakan satu set langkah-langkah khusus
bersama dengan peralatan. Dengan mengenal pasti sebab utama masalah, anda
boleh menentukan apa yang telah berlaku, mengapa ia berlaku dan juga mencari
langkah yang sepatutnya diambil bagi mengelak ia berlaku sekali lagi pada masa
hadapan.

Pada umumnya, RCA berfungsi mengikut prinsip bahawa ada saling perkaitan
antara system dan peristiwa. Berdasarkan teknik ini, simptom boleh dikesan
kemabali kepada tindakan awal yang menyebabkan peristiwa itu berlaku
seterusnya mengakibatkan masalah semasa. Tiga jenis punca sebab yang
selalunya dilihat merangkumi:

(a) Sebab Fizikal


Item yang ketara, bahan yang tidak boleh digunakan dengan cara tertentu.

(b) Sebab Manusia


Kesilapan yang dilakukan seseorang atau tugas tertentu yang tidak
dilakukan dengan betul oleh individu.

(c) Sebab Organisasi


Sistem, proses atau polisi yang diguna orang untuk membuat keputusan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


92  TOPIK 4 PENYELESAIAN MASALAH

RCA telah didapati berkesan dalam mengenal pasti corak kesan negatif, mengenal
pasti kesilapan tersembunyi dalam sesuatu sistem tertentu dan juga mengenal
pasti tindakan tertentu yang menyumbang kepada masalah itu. Maka RCA boleh
diaplikasikan dalam semua jenis masalah asalkan seseorang itu bersungguh-
sungguh untuk menyiasat dengan lebih mendalam menggunakan pertimbangan
dan rasional yang baik. Langkah-langkah yang terlibat dalam proses RCA
merangkumi yang berikut:

(a) Mendefinisikan Masalah


Dalam langkah ini anda memerhati apa yang sedang berlaku dan pada masa
yang sama mencari simptom tertentu.

(b) Mengumpul Data


Langkah ini adalah penting bagi membuktikan bahawa masalah itu wujud
atau masalah telah pun ada bagi satu tempoh masa dan telah menyebabkan
kesan tertentu. Dalam langkah ini, pertolongan daripada individu yang
memahami situasi dan paling biasa dengan masalah tersebut akan
membantu anda menangani masalah dengan lebih baik. CATWOE ialah satu
alat berguna yang boleh digunakan pada tahap ini supaya anda boleh
melihat masalah dari perspektif berbeza (pembeli, orang yang melaksanakan
penyelesaian, proses transformasi yang terlibat, pandangan hidup, tuan
punya proses dan kekangan persekitaran).

(c) Mengenal Pasti Faktor Kemungkinan Penyebab


Tahap ini membenarkan anda mengecam urutan peristiwa yang membawa
kepada masalah, keadaan yang membenarkan masalah itu wujud dan
masalah lain yang mengelilingi kewujudan masalah utama. Fakta yang
paling penting ialah seseorang sepatutnya mencari sebanyak mana faktor
penyebab.

(d) Mengenal Pasti Punca Sebenar


Langkah ini dilaksanakan bagi mengetahui punca di sebalik faktor penyebab
dan kewujudan masalah.

(e) Cadangan dan Pelaksanaan Penyelesaian


Dalam langkah terakhir ini, anda sepatutnya menyediakan idea bagi
mengelak masalah daripada berlaku lagi, perancangan dan pelaksanaan
penyelesaian oleh individu, dan mengenal pasti risiko yang mungkin wujud
dengan pelaksanaan penyelesaian terpilih.

Anda digalakkan untuk merancang ke hadapan bagi meramal kesan penyelesaian


anda supaya potensi kegagalan dikenal pasti sebelum ia berlaku menggunakan
peralatan seperti Mod Kegagalan dan Analisis Kesan (FMEA ă Failure Mode and
Effects Analysis), Analisis Impak dan Kaizen.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 4 PENYELESAIAN MASALAH  93

4.6 KEKANGAN
Menurut Donner dan Wearing (1995) dan Funke (1991), sesetengah kekangan yang
dihadapi dalam menyelesaikan masalah yang sukar merangkumi:

(a) Kurang jelas tentang situasi ă Dalam hal ini, seseorang mungkin
menghadapi kesukaran sama ada memulakan atau meneruskan
penyelesaian masalah.

(b) Polytely ă Ini melibatkan penyelesaian masalah yang kompleks dicirikan


oleh beberapa matlamat atau pengakhiran.

(c) Kompleksiti ă Masalah dengan sejumlah item yang banyak, saling berkaitan
dan keputusan.

(d) Dinamik ă Masalah yang tidak boleh diselesaikan kerana tempoh masa yang
diberi tidak cukup. Dalam sesetengah kes, tempoh masa yang sepatutnya
diperlukan bagi menyelesaikan masalah tidak boleh dijangka.

Akhir sekali, kita akan meneroka istilah penyelesaian sekali lagi dan melihat
semula pada perancangan penyelesaian.

4.7 APAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN


PENYELESAIAN?
Dalam kehidupan harian, pemahaman kita tentang penyelesaian masalah adalah
bermaksud menghapuskan masalah itu. Ini hanyalah satu pendekatan pada
penyelesaian masalah. Walau bagaimanapun terdapat masalah yang tidak dapat
diselesaikan dengan mudah. Ini merangkumi perkara seperti bahan buangan,
kerosakan atau kehadiran penyakit. Kerap kali, masalah seperti itu adalah
berkaitan dengan hukum semula jadi dan ialah satu bahagian dari keseluruhan
kewujudan kita. Apabila berhadapan dengan masalah tersebut, tugas utama kita
adalah membuatkannya kurang mengganggu proses mencapai matlamat kita.
Bagi tujuan ini, Harris (1998) mendefinisikan „penyelesaian‰ sebagai pengurusan
yang dibina untuk mengendali satu masalah yang mencapai matlamat dengan
jayanya. Harris (1998) meneruskan dengan menjelaskan bahawa „kadangkala
matlamat adalah untuk menghapus masalah sama sekali; kadangkala matlamat
hanya untuk mengendali kesan masalah. Oleh itu, adalah penting untuk
menyedari bahawa matlamat anda sebagai penyelesai masalah akan dibentuk oleh
pelbagai faktor yang merangkumi kesungguhan, sumber, nilai dan jangkaan anda,
juga kemungkinan yang terkandung dalam masalah itu sendiri.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


94  TOPIK 4 PENYELESAIAN MASALAH

Masalah boleh diselesaikan dengan mengaplikasikan dua pendekatan asas:

(a) Mengambil kira sebab atau sumber masalah; dan

(b) Mengambil kira kesan atau simptom masalah.

Harris (1998) dengan mudahnya menamakan pendekatan ini sebagai stop it dan
mop it, secara berturutan. Setiap pendekatan ini tidak mempunyai bentuk asas.

4.7.1 Pendekatan Stop It


Apabila kita menggunakan pendekatan stop it, kita menguruskan masalah
sehingga ia tidak lagi wujud. Terdapat tiga cara masalah itu mungkin boleh
diurus:

 Mengelak masalah;

 Menghapus masalah; dan

 Mengurang masalah.

(a) Mengelak Masalah

(i) Mengelak masalah daripada terjadi (atau terjadi semula) pada mulanya
adalah mungkin penyelesaian yang ideal.

(ii) Ini kerap kali dilakukan dengan mengendali apa jua tugas dengan
tujuan memperoleh kualiti terhebat, dengan tidak mengambil kira kos
atau masa

(iii) Pendekatan mengelak kerap kali sukar untuk diaplikasikan sebab ia


memerlukan celik akal yang boleh meramal (kebolehan untuk melihat
masalah sebelum ia berlaku).

(iv) Walau bagaimanapun, kebanyakan masalah seolah-olah tidak boleh


dijangka.

(v) Dengan mengelak perselisihan faham, keperluan bagi mengawal


kerosakan dan pengurusan emosi boleh dielakkan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 4 PENYELESAIAN MASALAH  95

(b) Menghapus Masalah

(i) Cara terbaik bagi mengendali satu masalah adalah menghapusnya.

(ii) Tidak terdapat kejadian masalah timbul semula jika penghapusan


dilakukan dengan betul.

(iii) Anda sepatutnya selalu mengambil kira penyelesaian dengan cara


penghapusan sebagai kemungkinan penyelesaian.

(iv) Walau bagaimanapun penyelesaian dengan cara penghapusan


mungkin tidak selalu boleh dicapai. Contohnya, masalah AIDS
mungkin diselesaikan dengan menghapuskan tingkah laku sosial yang
tidak diingini seperti kegiatan seksual dan penggunaan dadah. Pihak
berminat dijangka menolak pelaksanaan penyelesaian tersebut. Oleh
itu, pendekatan mop it ialah pendekatan yang selalu diambil bagi
menyelesaikan masalah AIDS.

(c) Mengurang Masalah

(i) Terdapat masalah-masalah, seperti penghasilan sampah, yang tidak


boleh dihapuskan sama sekali. Apabila berhadapan dengan situasi
tersebut, mengurangkan masalah boleh terbukti sangat berkesan.

(ii) Kita boleh mengurangkan impak apa sahaja masalah dengan


mengurangkan saiznya. Satu contoh kehidupan sebenar adalah
pendekatan semasa yang diambil pada kemasukan dadah haram ke
dalam banyak negara. Kebanyakan kerajaan menggunakan strategi
pengurangan bagi mendekati masalah dadah tersebut. Pengaliran
kemasukan dadah tidak boleh dihapuskan selagi permintaan
berterusan, maka pihak berkuasa cuba mengurangkan sebanyak
mungkin laluan kemasukan, orang tengah mengendali dadah di
jalanan dan jumlah pengguna.

4.7.2 Pendekatan Mop It


Pendekatan mop it lebih memfokuskan pada kesan masalah daripada masalah itu
sendiri. Terdapat tiga bentuk pendekatan mop it:

 Merawat masalah;

 Mengarah semula masalah; dan

 Bertolak ansur dengan masalah.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


96  TOPIK 4 PENYELESAIAN MASALAH

(a) Merawat Masalah

(i) Dalam bentuk ini, kerosakan disebabkan oleh masalah diperbaiki atau
dirawat.

(ii) Perhatian, walau bagaimanapun, dengan dirinya sendiri, penyelesaian


dengan cara „merawatnya‰ tidak akan berkesan seperti beberapa
bentuk penyelesaian stop it.

(b) Mengalih Masalah

(i) Dalam pendekatan ini, masalah itu ditukar arah sama ada secara fizikal
dengan mengalihnya kepada kawasan lain (satu penyelesaian biasa
dalam masalah sampah) atau menangguhkan penyelesaiannya dengan
mendefinisi semula sebagai bukan satu masalah.

(ii) Ingat bahawa sesuatu masalah dianggap masalah hanya bila seseorang
mendefinisikannya sebegitu.

(c) Bertolak Ansur dengan Masalah


Kesan masalah dihadapi dengan sifat toleransi. Sama ada ini merupakan
penyelesaian masalah boleh dipertikaikan. Dalam senario sebegini, kesan
masalah diambil mudah dan dihadapi sahaja tanpa mengambil sebarang
tindakan.

Pendekatan terbaik ialah pendekatan stop it. Walau bagaimanapun, ini tidaklah
seharusnya betul dalam semua kes dan mungkin satu-satunya penyelesaian untuk
suatu masalah ialah mop it. Namun begitu, satu penyelesaian masalah yang
berkesan akan selalu mengambil kira penyelesaian stop it sebelum meneroka
alternatif mop it. Ia adalah juga penting masalah yang perlu diselesaikan
mengambil kira punca ia berlaku dan bukan hanya memfokuskan pada simptom.

4.8 MENGENAL PASTI PENYELESAIAN YANG


MUNGKIN
Ia adalah dipercayai bahawa „cara terbaik untuk mendapat satu idea yang bagus
adalah dengan memperoleh banyak idea.‰ Maka, mengenal pasti kemungkinan
penyelesaian untuk masalah tertentu juga dikenali sebagai mencari „penyelesaian
pilihan‰. Ini kerana objektif utama adalah menyelesaikan senarai semua
kemungkinan alternatif bagi masalah tersebut. Pelbagai kemungkinan
penyelesaian boleh didapati menggunakan pelbagai teknik kreatif.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 4 PENYELESAIAN MASALAH  97

Cara terbaik adalah mengambil kira pendapat daripada satu kumpulan. Setiap
ahli kumpulan mesti menyumbang satu atau lebih cadangan supaya semua idea
diambil kira. Ini penting sebab apabila semua pandangan ahli diambil kira secara
menyeluruh oleh kumpulan, maka ahli akan merasakan mereka juga memberi
sumbangan secara langsung dalam proses membuat keputusan. Lama-kelamaan,
ini boleh membantu kumpulan untuk memperoleh satu persetujuan dalam proses
membuat keputusan.

4.9 MERANCANG PENYELESAIAN


Kerap kali adalah penting untuk merancang sebelum anda boleh meneruskan
penyelesaiannya atau memilih alat yang paling sesuai untuknya.

Merancang pendekatan penyelesaian boleh didekati dengan cara berikut:

(a) Mendefinisi empat atau lima sebab utama masalah, diikuti dengan mengenal
pasti intervensi yang perlu untuk menyelesaikannya.

(b) Mungkin terdapat beberapa alternatif dan yang terbaik bergantung pada
kos, keberkesanan dan tenaga yang memihak atau menghalangnya.

(c) Anda boleh menentukan pendekatan terbaik dengan cara berikut:

(i) Tulis dengan jelas apa yang anda harapkan sebagai hasil.

(ii) Nilai kemungkinan alternatif. Adakah alternatif boleh dilaksanakan,


praktikal dan boleh didapati? Teknik berikut akan membantu:

 Dapatkan idea dengan percambahan minda.

 Kenal pasti bagaimana tenaga boleh mempengaruhi daya maju


alternatif dengan menggunakan analisis ruang tenaga.

 Kenal pasti dan meneroka kekuatan, kelemahan, peluang dan


ancaman alternatif penyelesaian menggunakan analisis SWOT.

 Buat penanda aras antara proses pilihan anda dengan organisasi


lain yang sama dan cari peluang belajar.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


98  TOPIK 4 PENYELESAIAN MASALAH

(iii) Ikut proses analisis untuk penyelesaian berdasarkan faktor paling


penting menyebabkan masalah:

 Banding keberkesanan dan daya maju alternatif penyelesaian


dengan menggunakan matriks keutamaan.

 Bagi strategi terpilih, guna carta aliran hierarki untuk menentukan


aktiviti mana fokus utama dan apakah turutan kronologi
pelaksanaannya.

(iv) Sebagai sebahagian daripada perancangan pelaksanaan anda, guna


matriks program untuk mendefinisi matlamat dan sumber (manusia,
material, kewangan, masa) yang anda perlu.

Teknik ini akan diteroka sekali lagi dalam topik-topik seterusnya.

4.10 MENGAMBIL TANGGUNGJAWAB


Akhir sekali, adalah penting untuk bertanggungjawab terhadap masalah jika kita
mahukan perubahan konstruktif pada situasi. Apabila kita memesongkan tentang
orang yang bertanggungjawab dan menyalahkan hanya keadaan luaran bagi
masalah yang kita hadapi, ia boleh membawa kepada perasaan tidak berdaya
yang akan melemahkan keupayaan kita untuk mencari jalan keluar daripada
masalah.

„Lokus kawalan luaran‰ merujuk kepada seseorang yang percaya bahawa


masalah disebabkan dan ditentukan oleh rangsangan luaran, bukan daripada
kawalan personalnya dan tiada apa yang boleh dilakukannya untuk menukar
situasi. Set minda ini boleh menjadi tidak sihat dalam konteks pemikiran positif.

Kita tidak sepatutnya mengalah dengan kepercayaan bahawa kuasa luar daripada
diri kita mempengaruhi keupayaan kita untuk berjaya.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 4 PENYELESAIAN MASALAH  99

 Satu masalah wujud apabila terdapat ketidakpadanan antara apa yang


sebenarnya berlaku dengan apa yang kita mahu atau jangkakan akan berlaku.

 Satu masalah boleh dilihat sebagai satu peluang untuk pembaikan.

 Penyelesaian masalah ialah proses perolehan penyelesaian yang memuaskan,


sebaik-baiknya dalam cara yang tidak disangka.

 Penyelesaian masalah boleh dilihat sebagai satu struktur atau arah. Tahap
dalam penyelesaian masalah adalah:

ă Mengecam dan mendefinisi satu masalah;

ă Mencari kemungkinan penyelesaian;

ă Memilih penyelesaian terbaik; dan

ă Melaksanakan penyelesaian.

 Mendefinisikan satu matlamat adalah penting dalam menentukan kewujudan


masalah dengan langkah-langkah berikut:

ă Meneroka masalah;

ă Membina matlamat;

ă Menghasilkan idea;

ă Memilih idea;

ă Pelaksanaan; dan

ă Menilai dan tindakan susulan.

 Analisis Punca Sebenar (RCA) melibatkan proses berikut:

ă Mendefinisikan masalah;

ă Mengumpul data;

ă Mengenal pasti faktor kemungkinan penyebab atau punca sebenar; dan

ă Cadangan dan pelaksanaan penyelesaian.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


100  TOPIK 4 PENYELESAIAN MASALAH

 Kekangan dihadapi dalam penyelesaian masalah merangkumi kekurangan


kejelasan, polytely, kompleksiti dan dinamik.

 Dua pendekatan asas bagi menyelesaikan masalah adalah mengatasinya dari


punca atau mengatasi simptom-simptomnya atau kesan.

 Ia adalah penting untuk merancang penyelesaian bagi masalah sebelum


meneruskan kepada proses sebenar menyelesaikannya.

Analisis Punca Sebenar Lokus kawalan luaran


(RCA ă Root Cause Analysis)
Masalah terbuka
Analisis SWOT
Masalah tertutup
Berfikir luar kotak
Pendekatan mop it
Kitaran penyelesaian masalah
Pendekatan stop it

1. Berdasarkan pemahaman anda, jelaskan apakah yang dimaksudkan dengan


masalah?

2. Sesuatu masalah boleh dilihat sebagai satu peluang untuk penambahbaikan


dan satu kayu ukur menunjukkan perbezaan antara keadaan semasa dan
keadaan ideal anda. Bolehkah anda huraikan kedua-dua keadaan ini?

3. Huraikan proses penyelesaian masalah.

4. Jelaskan dengan ringkas langkah-langkah yang terlibat dalam melaksanakan


penyelesaian kepada masalah.

5. Penyelesaian masalah berpusat pada pemikiran tentang keadaan ideal yang


seseorang ingin capai. Bagaimanakah penetapan matlamat berguna dalam
mempertingkatkan proses penyelesaian masalah?

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 4 PENYELESAIAN MASALAH  101

6. Apabila menghadapi masalah, satu penyelesaian berkesan boleh dibina


dengan langkah-langkah berikut:

(a) Meneroka masalah;

(b) Membina matlamat;

(c) Menghasilkan idea;

(d) Memilih idea;

(e) Pelaksanaan; dan

(f) Menilai dan tindakan susulan.

Jelaskan dengan ringkas proses-proses terlibat dalam setiap langkah-


langkah ini.

7. Apakah tiga jenis sebab yang selalunya dilihat dalam teknik Analisis Punca
Sebenar?

8. Senaraikan kekangan umum yang dihadapi dalam menyelesaikan masalah


yang sukar.

9. Terdapat dua pendekatan asas menyelesaikan masalah:

(a) Di mana sebab atau sumber masalah itu ditangani;

(b) Di mana kesan atau simptom masalah ditangani.

Bolehkan anda jelaskan pendekatan-pendekatan ini?

10. Huraikan dengan ringkas bagaimana menggunakan pendekatan Analisis


SWOT dalam perancangan penyelesaian.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


102  TOPIK 4 PENYELESAIAN MASALAH

Adair, J. (2010). Decision making and problem solving strategies: Learn key
problem solving strategies; Sharpen your creative thinking strategies; Make
effective decisions (Ed. ke-2). London, England: Kogan Page.

Bedell, J. R., & Lennox, S. S. (1997). Handbook for communication and problem
solving skills training: A cognitive-behavioural approach (Ed. pertama).
Kanada: John Wiley & Sons.

Dörner, D., & Wearing, A. (1995). Complex problem solving: Toward a (computer-
simulated) theory. Dlm. P. A. Frensch & J. Funke (Pnyt.), Complex problem
solving: The European Perspective (hlmn. 65ă99). Hillsdale, NJ: Lawrence
Erlbaum Associates.

Fensel, D., & Motta, E. (2001). Structured development of problem solving


methods. IEEE Transactions on Knowledge and Data Engineering (913ă932).
Dicapai dari http://people.kmi.open.ac.uk/motta

Funke, J. (1991). Solving complex problems: Human identification and control of


complex systems. Dlm. R. J. Sternberg & P. A. Frensch (Pnyt.), Complex
problem solving: Principles and mechanisms (hlmn. 185ă222). Hillsdale, NJ:
Lawrence Erlbaum Associates.

Harris, R. (1998). Introduction to problem solving. Dicapai dari http://www.


virtualsalt.com/crebook3.htm

Sternberg, R. J. (1998). Thinking and problem solving (Handbook of Perception


and Cognition) (Ed. ke-2). San Diego, CA: Academic Press.

Woods, D. R. (1975). Teaching problem-solving skills. Engineering Education,


66(3), 238ă243.

Woods, D. R. (1980). Problem solving workshop. Annual Conference of American


Society for Engineering Education. Amherst, MA: University of
Massachusetts, Amherst.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


Topik  Perkembangan
dalam
5 Penyelesaian
Masalah
HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Menerangkan perkembangan strategik dalam penyelesaian masalah;
2. Menghuraikan perkembangan perwakilan dalam penyelesaian
masalah;
3. Menerangkan kegunaan perwakilan luaran sebagai alat penyelesaian
masalah;
4. Menghuraikan peranan bahasa dan perancangan dalam penyelesaian
masalah;
5. Mengenal pasti pelbagai perwakilan khusus yang digunakan dalam
penyelesaian masalah;
6. Menerangkan peranan interaksi dalam penyelesaian masalah;
7. Menghuraikan kepentingan monitor diri dalam penyelesaian
masalah; dan
8. Membezakan keupayaan penyelesaian masalah antara kanak-kanak
dengan remaja.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


104  TOPIK 5 PERKEMBANGAN DALAM PENYELESAIAN MASALAH

 PENGENALAN

George (berumur 2 tahun) mahu melontar batu ke luar tingkap dapur.


Pemotong rumput ada di luar. Bapanya berkata George tidak boleh melontar
batu ke luar kerana dia mungkin akan „mencederakan pemotong rumput
dengan batu itu.‰ Sarah berkata, „Saya ada satu idea.‰ Beliau pun berlari ke
luar dan mengambil buah pic lalu berkata, „Buah pic ni takkan cederakan
pemotong rumput.‰
(Waters, 1989, ms. 7)

Contoh di atas dipetik daripada Sternberg (1998) yang menjelaskan sifat asas
penyelesaian masalah, iaitu kita mempunyai matlamat, halangan dan pencapaian
untuk matlamat itu. Penyelesaian masalah dalam konteks sosial telah menjadi
sesuatu yang menarik minat ahli psikologi kognitif semenjak kebelakangan ini.
Terdapat peningkatan dalam kajian tentang cara kanak-kanak memikirkan
tentang penaakulan orang lain (Wellman, 1990; Feinman, 1992; Siegler, 1993) dan
bagaimana perhubungan sosial mempengaruhi perkembangan pemikiran (Brown
et al., 1989; Resnick et al., 1991) dan bagaimana hubungan sosial mempengaruhi
perkembangan penyelesaian masalah (Azmitia & Perlmutter, 1989; Rogoff, 1990).
Dalam topik ini, tiga aspek berbeza tentang perkembangan dalam penyelesaian
masalah akan dibincangkan ă strategi pembentukan, perwakilan dan monitor diri.

5.1 PERKEMBANGAN DALAM PENYELESAIAN


MASALAH
Kita akan beri tumpuan kepada tiga aspek perkembangan dalam penyelesaian
masalah:

(a) Pembentukan strategi;

(b) Perwakilan; dan

(c) Monitor diri.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 5 PERKEMBANGAN DALAM PENYELESAIAN MASALAH  105

Didapati bahawa aspek yang berbeza adalah lebih penting pada tahap kehidupan
yang berbeza seperti disimpulkan dalam Jadual 5.1.

Jadual 5.1: Tahap Penting dalam Kehidupan bagi Ketiga-tiga


Aspek dalam Perkembangan Penyelesaian Masalah

Aspek Tahap Penting dalam Kehidupan

Strategi pembentukan Memainkan peranan penting sejak bayi (lahir hingga


12 bulan).

Penggunaan pelbagai Lebih menonjol semasa zaman kanak-kanak (satu


perwakilan (seperti bahasa, sehingga tiga tahun).
peta dan model)

Pengaturan diri kognitif Menjadi lebih penting semasa alam prasekolah (tiga
hingga lima tahun) apabila kanak-kanak memperoleh
banyak strategi yang pelbagai dan perwakilan untuk
dipilih dan sumber kognitif yang lebih besar bagi
perancangan, monitor diri dan proses pengaturan
yang lain.

5.1.1 Perkembangan Strategik


Strategi penyelesaian masalah boleh didefinisikan sebagai prosedur yang
digunakan untuk mengatasi halangan dan mencapai matlamat. Menurut pengkaji,
strategi begini wujud sejak lahir lagi (Butterworth & Hopkins, 1998; Willats, 1990).
Ini dapat diperhatikan apabila bayi mengkomunikasikan kehendaknya untuk
menarik perhatian penjaga jika inginkan keselesaan dan makanan. Walau
bagaimanapun, hanya pemerhatian tanpa bahasa atau kriteria tingkah laku lain,
sukar untuk menentukan sama ada tindakan mereka menunjukkan kehendak
untuk mencapai matlamat atau dibuat tanpa apa-apa matlamat.

Satu bukti kukuh bagi menunjukkan perwakilan matlamat semasa bayi berumur
enam bulan adalah daripada eksperimen oleh Rovee-Collier (1987). Dalam
eksperimen ini (lihat Rajah 5.1), bayi mempelajari tindakan menendang
membuatkan mainan (yang diikat di kaki dengan tali) bergerak ke arah berbeza.
Terdapat pelbagai cara untuk menilai keupayaan berfikir bayi yang merangkumi
mempelbagaikan ciri-ciri mainan serta kedudukan di mana mainan itu diletakkan
dan juga jumlah masa antara sesi.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


106  TOPIK 5 PERKEMBANGAN DALAM PENYELESAIAN MASALAH

Rajah 5.1: Eksperimen Rovee-Collier


Sumber: http://psycnet.apa.org

Kajian yang dijalankan oleh Mast et al. (1980) menunjukkan bahawa bayi sekecil
tiga bulan boleh mengekalkan perwakilan peneguhan di luar jangkaan sehingga
24 jam dan pada masa yang sama emosi terganggu apabila mereka tidak dapat
matlamat asal sepenuhnya. Dalam satu kajian berasingan, Tronick (1989)
melaporkan bahawa tingkah laku bayi merupakan sejenis strategi penyelesaian
masalah dan sejauh mana mereka melibatkan diri dalam tingkah laku itu akan
menentukan kejayaan mereka. Case (1985) mencadangkan keupayaan untuk
mewakili bagaimana tindakan mencapai matlamat mempengaruhi perolehan
strategi baharu. Walaupun terdapat model untuk dicontohi dan tindakan adalah
dalam ruang tugasan bayi, bayi boleh menggunakan individu lain, terutamanya
ibunya, untuk membantu sebagai alat dalam penyelesaian masalah (Papousek &
Papousek, 1987). Ini adalah sama dengan dapatan Rogoff et al. (1992), iaitu bayi
menunjukkan strategi bagi mendapatkan pertolongan orang dewasa dalam
memanipulasi objek yang tidak mungkin boleh dilakukan oleh bayi itu sendiri.
Bayi memperoleh keupayaan menggunakan bentuk mudah analisis means-end
dalam separuh kedua tahun pertama bayi sepertimana dilaporkan oleh Willats
(1989).

Didapati bahawa pembangunan strategi penyelesaian masalah mengikut pola


yang berbeza apabila kanak-kanak memperoleh pengalaman luas dengan tugasan
berbanding dengan jika tiada pengalaman. Tugasan atau masalah yang kanak-
kanak hanya mempunyai sedikit pengalaman selalunya diselesaikan dengan satu
strategi. Sebaliknya, pelbagai strategi digunakan pada tugasan jika kanak-kanak
mempunyai pengalaman luas.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 5 PERKEMBANGAN DALAM PENYELESAIAN MASALAH  107

Inhelder dan Piaget (1958) menggunakan model penimbang sebagai cara menguji
operasi penaakulan formal (lihat Rajah 5.2). Salah satu sebab penggunaan
penimbang ini agak meluas kerana peraturan turutan hierarki yang mudah dan
melaluinya kanak-kanak sejak umur yang berbeza maju berkembang pada sesuatu
tugasan (Siegler, 1976). Ini disimpulkan dalam Jadual 5.2.

Rajah 5.2: Skala penimbang ă masalah yang ditunjukkan adalah masalah jarak,
dengan berat yang sama diletakkan pada jarak berbeza daripada fulkrum
Sumber: Inhelder & Piaget (1958)

Jadual 5.2: Peraturan yang Digunakan oleh


Kanak-kanak Umur Berbeza pada Skala Penimbang

Peraturan Huraian

Tiada peraturan Kebanyakan kanak-kanak berumur 3 tahun tidak menggunakan


digunakan apa-apa peraturan sistematik; sama ada mereka meneka atau kerap
kali bertukar antara pendekatan alternatif.

I Sesetengah kanak-kanak 3 tahun dan lebih ramai kanak-kanak


berumur 4 tahun menggunakan pendekatan separa sistematik
(Richard & Siegler, 1981).

Kanak-kanak 4 tahun yang lebih mahir dan kebanyakan kanak-


kanak 5 tahun menggunakan satu pendekatan sistematik secara
konsisten (Siegler, 1976).

II Kebanyakan kanak-kanak berumur 8 atau 9 tahun menggunakan


peraturan lebih canggih yang mengambil kira berat pada setiap
bahagian serta jarak dari penengah (Siegler, 1976).

III Satu pendekatan yang hanya jarak dikira apabila berat adalah sama
di kedua-dua belah.

IV Satu pendekatan yang mana pemahaman tentang berat relatif dan


jarak kedua-dua berat dari fulkrum telah dicapai.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


108  TOPIK 5 PERKEMBANGAN DALAM PENYELESAIAN MASALAH

Pada tahun 1992, Trudge mengarahkan kanak-kanak melakukannya:

(a) Seorang diri;

(b) Dengan seorang rakan yang pada mulanya menggunakan peraturan sama;
dan

(c) Dengan rakan yang pada mulanya menggunakan peraturan berlainan.

Beliau menyimpulkan bahawa:

(a) Dalam keadaan tanpa maklum balas, pasangan berada di peringkat


permulaan tidak akan berganjak ke tahap yang lebih tinggi.

(b) Dalam keadaan tanpa maklum balas, kanak-kanak dipasangkan dengan


seorang yang lebih mahir akan menampakkan kemajuan.

(c) Apabila seorang daripada pasangan adalah lebih mahir, peraturan yang
paling tinggi dicapai ialah peraturan daripada pasangan mahir (Miller &
Brownel, 1975; Mugny & Doise, 1978; Mackie, 1983; Russell et al., 1990;
Radziszewska, 1993).

Kebanyakan kajian melibatkan penyelesaian masalah yang bersifat kolaboratif


tidak memberikan kanak-kanak maklum balas berkenaan jawapan yang betul.
Secara umumnya, maklum balas menyediakan asas bagi memilih perspektif
alternatif dan juga kaedah kepada kanak-kanak. Ellis et al. (1993) mengkaji kesan
manfaat kolaborasi bersama kombinasi maklum balas pada keupayaan kanak-
kanak membandingkan saiz relatif pecahan perpuluhan. Pengkaji mendapati
bahawa:

(a) Lebih kurang 50% kanak-kanak yang melakukannya dengan pasangan dan
kerap kali menerima maklum balas, menunjukkan prestasi pasca ujian yang
betul.

(b) Kurang daripada 25% kanak-kanak yang melakukan seorang diri dan
menerima maklum balas, berprestasi sama baik.

(c) Kanak-kanak (sama ada melakukannya sendiri atau bersama pasangan)


yang tidak menerima maklum balas tidak menunjukkan prestasi baik.

Oleh itu, pelajar yang melakukannya dengan rakan dan menerima maklum balas
adalah yang terbaik. Ini mencadangkan bahawa maklum balas adalah kritikal bagi
janaan idea baik dan juga penggunaannya. Ellis et al. (1993) juga melaporkan
bahawa kanak-kanak yang melakukannya dengan pasangan menggunakan
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 5 PERKEMBANGAN DALAM PENYELESAIAN MASALAH  109

peraturan betul pada kedua-dua keadaan adalah dijangka akan menggunakan


peraturan yang betul juga apabila melakukannya sendiri semasa pasca ujian
berbanding dengan mereka dengan pasangan yang menggunakan peraturan betul
hanya pada peluang terkemudian (67% berlawanan 15%). Ini adalah disebabkan
pasangan yang menggunakan peraturan betul pada kedua-dua keadaan
menunjukkan hujah yang lebih meyakinkan; sebaliknya kanak-kanak yang
menggunakan peraturan betul hanya pada saat kemudian dan juga berdebat
tentang penggunaannya, membuatkan pasangan yang kurang mahir menjadi
kurang yakin dalam menggunakan peraturan itu. Ini menunjukkan maklum balas
tidaklah wajib bagi kanak-kanak pada tahap permulaan untuk menggunakan
pendekatan baharu dalam menyelesaikan masalah matematik. Tambahan lagi
bukti luaran tentang keesahan pendekatan lebih baik (tersedia daripada maklum
balas) atau hujah meyakinkan (diberi oleh kanak-kanak yang menggunakan
peraturan betul pada kedua-dua situasi) adalah penting bagi strategi baik untuk
sentiasa berjaya.

AKTIVITI 5.1

Lakukan carian dalam Internet bagi maklumat tentang kebolehan bayi


menggunakan bentuk mudah analisis means-end semasa dia berusia 18
bulan. Jelaskan dengan ringkas fenomena ini.

5.1.2 Perkembangan Perwakilan


Sejumlah besar kemajuan dalam penyelesaian masalah dalam kalangan kanak-
kanak selepas berumur setahun muncul daripada peningkatan keupayaan
mewakili secara dalaman matlamat, tindakan, objek dan peristiwa. Peningkatan
pada kemahiran perwakilan membuatkan kanak-kanak baru belajar berjalan
berupaya menggunakan julat lebih besar sumber dunia sosial. Umumnya, mereka
menggunakan perwakilan jangka panjang terhadap kaedah perhatikan orang lain
yang gunakan. Kemudiannya, mereka akan menggunakan kaedah ini dalam
kehidupan mereka nanti. Tambahan lagi, peningkatan pada keupayaan bahasa,
kedua-dua ekspresif dan reseptif, juga menyumbang kepada perkembangan
penyelesaian masalah. Ia adalah sesuatu yang mengejutkan apabila bayi boleh
menarik perhatian penjaga akan masalah yang dia hadapi dan ingin selesaikan.
Namun melalui kemahiran bahasa kanak-kanak boleh menyatakan apa yang dia
inginkan dan mengapa dia tidak boleh melakukannya.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


110  TOPIK 5 PERKEMBANGAN DALAM PENYELESAIAN MASALAH

Apabila mereka hampir mencecah usia satu tahun, bayi mula menunjukkan
keupayaan berjalan atau merangkak ke ruang yang pada mulanya tidak dapat
dilihat untuk mengambil mainan yang mereka tidak nampak pada mulanya
(Benson et al., 1989). Selepas itu, hingga umur bayi mencecah 18 bulan, mereka
mula mengambil langkah yang membantu mengekalkan perwakilan. Memberi
peluang kanak-kanak mengingat aksi yang bermatlamat ditunjukkan oleh orang
dewasa atau rakan sebaya merupakan sebahagian daripada cara bagaimana
meningkatkan kemahiran perwakilan yang dapat menyumbang kepada
perkembangan penyelesaian masalah (Meltzoff, 1985; Hannah & Meltzoff, 1993).
Selanjutnya, peningkatan perwakilan khusus dan berkekalan membolehkan
kanak-kanak mengambil jalan ke arah mencapai matlamat khusus dalam sesuatu
aktiviti, di sebalik memfokuskan pada aktiviti itu secara keseluruhan. Dapatan
menunjukkan reaksi afektif positif seperti senyuman dan pergerakan tangan dan
lengan secara tiba-tiba atas kejayaan membuat sesuatu tugasan, akan meningkat
dengan umur. Nampaknya, sebahagian daripada perkembangan penyelesaian
masalah pada kanak-kanak berumur dalam lingkungan satu hingga dua tahun
merangkumi perwakilan matlamat khusus yang lebih nyata dalam ingatan dan
mengikuti matlamat itu tanpa diganggu.

Keupayaan menyelesaikan masalah bertambah baik apabila kanak-kanak


berkebolehan untuk mengekspresikan diri mereka menggunakan bahasa dalam
pelbagai situasi. Ini disebabkan bahasa ialah medium untuk pindahan
pembelajaran daripada masalah terdahulu ke masalah baharu. Ini termasuklah
kebolehan memahami apa yang diperkatakan kepada mereka oleh orang lain.
Dapatan menunjukkan kanak-kanak semuda dua tahun sudah pun boleh
memindahkan strategi-strategi kepada masalah baharu dan apabila kanak-kanak
diingatkan bahawa masalah-masalah pada dasarnya sama sifatnya (Crisafi &
Brown, 1986).

Di samping perwakilan dalaman, kanak-kanak juga menunjukkan peningkatan


kebolehan untuk membentuk perwakilan luaran sebagai alat bagi menyelesaikan
masalah. DeLoache (1987) melaporkan pemahaman kanak-kanak tentang
hubungan antara model skala dan ruangan lebih besar adalah bergantung pada
darjah kesamaan secara fizikal antara kedua-dua ruang. Pengkaji ini menjalankan
satu eksperimen di mana kanak-kanak antara 2.5 dan 3.5 tahun memerhati satu
mainan disorok di sebuah lokasi dalam sebuah model rumah. Selepas itu, mereka
diminta mencari mainan serupa di dalam bilik sebenar. Secara keseluruhan,
kebolehan kanak-kanak mencari mainan meningkat dengan darjah peningkatan
kesamaan antara model skala dan bilik sebenar, walaupun kanak-kanak lebih
muda memerlukan darjah kesamaan yang lebih tinggi untuk memahami
hubungan antara model-bilik jika dibandingkan dengan kanak-kanak lebih
dewasa. Mereka menyimpulkan tahap kesamaan antara objek dalam dua ruang
dan saiz keseluruhan kedua-dua ruang mempunyai kesan kuat pada prestasi

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 5 PERKEMBANGAN DALAM PENYELESAIAN MASALAH  111

kanak-kanak. Oleh itu, kesamaan mungkin mempengaruhi akses yang


kebarangkalian bagi perwakilan satu ruang akan menyediakan akses kepada
perwakilan ruang lain. Oleh demikian, kanak-kanak boleh menggunakan model
skala sebagai alat untuk menyelesaikan masalah tetapi mempunyai kesamaan
untuk menjadi keliru antara perwakilan sebagai objek dengan peranannya sebagai
simbol dalam situasi lain.

SEMAK KENDIRI 5.1

Dalam eksperimen yang dijalankan oleh DeLoache (1987), kanak-kanak


berumur 2.5 tahun menunjukkan kesukaran dalam menukar antara
model dan bilik sebenar. Apakah sumber kesukaran kanak-kanak ini
dengan model skala? Cadangkan alat lain yang mungkin lebih mudah
untuk digunakan daripada model skala sebagai perwakilan objek lain.

Istilah „model mental‰ digunakan untuk merujuk kepada perwakilan


pengetahuan dalam ingatan jangka panjang, yang mungkin mempunyai
keserupaan struktur dengan model yang digunakan dalam penaakulan. Ahli
psikologi telah mengkaji model mental sistem fizikal seperti mesin kira, sistem
solar dan pengaliran elektrik (Gentner & Stevens, 1983). Mereka telah mengkaji
bagaimana kanak-kanak membentuk model seperti itu (Halford, 1993), bagaimana
mereka bentuk artifak dan sistem komputer yang mana mudah untuk
mendapatkan model (Ehrlich, 1996), dan bagaimana model satu domain mungkin
boleh menjadi analogi kepada domain lain. Menurut Halford (1993), ciri penting
sesuatu model mental ialah model mesti mewakili dengan tepat struktur masalah.
Sebaliknya, kejayaan model mental bergantung pada sama ada ciri-ciri struktur
penting sesuatu masalah adalah dikodkan. Kanak-kanak cenderung untuk
membina analogi yang mana sistem hubungan antara domain sasaran
menyerupai sistem hubungan asas. Objek dalam setiap domain tidak semestinya
perlu mempunyai kesamaan. Malah, kunci kepada analogi yang baik ialah
kesamaan hubungan sepadan antara dua situasi. Model mental bagi analogi klasik
„Haba mengalir seperti air mengalir‰ menekankan persamaan antara hubungan
struktur antara pemboleh ubah yang mempengaruhi dua jenis aliran itu (Gentner,
1989) (lihat Rajah 5.3).

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


112  TOPIK 5 PERKEMBANGAN DALAM PENYELESAIAN MASALAH

Rajah 5.3: Kesamaan struktur dalam analogi air/haba


Diadaptasi daripada: Gentner, 1989

Tidak seperti bahasa, imej mental dan perwakilan ruang diperoleh semasa kanak-
kanak berumur dua tahun, perwakilan khusus diperoleh lebih lambat dalam
kehidupan seseorang. Tambahan lagi, perolehan perwakilan khusus tidak begitu
universal dan lebih berubah-ubah dari segi masa daripada perolehan perwakilan
yang digunakan lebih meluas. Pertuturan, imej mental dan perwakilan ruang yang
dapat diperhatikan pada kanak-kanak adalah hasil interaksi antara kematangan
biologi dan pengalaman umum. Sebaliknya, keupayaan menulis pada kanak-
kanak; melukis peta dan rajah; memahami graf dan nombor garisan;
menggunakan alat ukuran konvensional; dan melakukan eksperimen saintifik
terkawal bergantung pada pengalaman kanak-kanak itu.

Peta adalah satu daripada perwakilan khusus dan selalu digunakan. Fungsi peta
merangkumi:

(a) Satu kaedah mewakili lokasi dan sempadan entiti politik seperti bandar raya,
negeri atau sistem jalan raya.

(b) Satu perwakilan aspek alam yang tidak boleh dipersepsi dalam bentuk yang
boleh dipersepsi.
(Liben & Downs, 1989)

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 5 PERKEMBANGAN DALAM PENYELESAIAN MASALAH  113

Kebanyakan kanak-kanak boleh memahami peta mudah yang dilukis oleh


individu lain pada umur 5 tahun, dan menggunakan peta ini sebagai alat untuk
mencari objek (Bluestone & Acredolo, 1979; Uttal & Wellman, 1989). Semakin
meningkat umur, keupayaan mereka untuk melukis peta dan melibatkan
hubungan topologi penting antara mercu tanda juga meningkat, dan pengambilan
satu perspektif konsisten datang kemudiannya (Piaget & Inhelder, 1956). Selain
daripada peta, perwakilan khusus lain merangkumi pembaris, skala, jam,
kalendar dan artifak budaya lain. Dapatan menunjukkan kesukaran utama bagi
kanak-kanak menggunakan pelbagai alat pengukuran bukan pada kegunaannya
tetapi pada pengetahuan bagaimana dan bila untuk menggunakannya. Sebagai
kesimpulan, alat pengukuran dan perwakilan khusus lain meningkatkan secara
signifikan potensi kanak-kanak dalam penyelesaian masalah. Walau
bagaimanapun, kegunaan mereka bergantung pada keupayaan pemahaman
kanak-kanak.

SEMAK KENDIRI 5.2

Sekumpulan kanak-kanak diarah memberi makan kepada dua ekor


kura-kura dengan jumlah yang sama. Mereka membahagikan makanan
dengan memberi secebis kepada seekor kura-kura, secebis lagi kepada
kura-kura lain, dan sebagainya. Bincang strategi yang digunakan oleh
kanak-kanak dalam memenuhi objektif eksperimen ini. Sebagai seorang
dewasa, bagaimanakah anda menasihat kanak-kanak dalam persediaan
strategi yang digunakan?

Menurut Brown et al. (1989), perbezaan utama antara masalah di sekolah dan
masalah dunia sebenar adalah kesukaran di sekolah bagi menentukan apakah
masalah sebenarnya. Kanak-kanak sering menginterpretasikan masalah supaya ia
masuk akal pada mereka, bukannya menyelesaikan masalah sebagaimana ia
dibentangkan. Apabila kanak-kanak diberi hipotesis tidak mungkin, mereka
mengelak menguji hipotesis itu dan sebaliknya menghasilkan hipotesis yang lebih
bermakna dan mengumpul bukti untuk menyokongnya. Sebaliknya, orang
dewasa akan menguji hipotesis tanpa mengira kemungkinannya, dan mendapati
hipotesis yang tidak mungkin itu sebenarnya betul. Oleh itu, sebahagian daripada
perkembangan penyelesaian masalah kanak-kanak yang lebih berusia melibatkan
penerimaan matlamat ditentukan oleh persekitaran sosial apabila tugasan
mendesaknya (Klahr et al., 1993).

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


114  TOPIK 5 PERKEMBANGAN DALAM PENYELESAIAN MASALAH

AKTIVITI 5.2

Cari maklumat tentang hipotesis lakaran matlamat yang disarankan oleh


Siegler & Jenkins (1989) di mana kanak-kanak boleh membuat satu
penemuan tanpa mengujinya dengan betul-betul. Bincang dapatan anda
dengan rakan.

5.1.3 Pengaturan Diri


Keupayaan kanak-kanak mengatur aktiviti pemikiran mereka secara berkesan
menjadi penting dalam penyelesaian masalah sebaik sahaja penggunaan strategi
dan perwakilan mereka meningkat. Salah satu daripada perkara penting dalam
proses pengaturan diri ialah perancangan. Oleh itu ia boleh digunakan dalam
banyak situasi berbeza untuk mengelak kesilapan. Puzzle Tower of Hanoi telah
dicipta oleh seorang ahli matematik berbangsa Perancis bernama Edouard Lucas
pada tahun 1883 di mana kanak-kanak diberi satu menara dengan lima cakera,
disusun menurut saiz menaik pada satu daripada tiga tiang. Objektif utamanya
ialah mengalihkan keseluruhan menara ke satu tiang lain (yang paling kanan
dalam Rajah 5.4), menggerakkan hanya satu cakera pada satu masa, yang besar
tidak boleh berada di atas cakera yang kecil dan menggunakan langkah yang
sangat minimum. Walaupun kita tahu pergerakan pertama adalah betul, kita
masih diperlukan untuk menggerakkan seluruh masalah dari mula hingga akhir.
Oleh sebab itu, menyelesaikan masalah sebegini dalam cara berterusan
memerlukan perancangan keseluruhan urutan peristiwa sebelum memulakannya.

Rajah 5.4: Tower of Hanoi


Sumber: http://www.labspaces.net

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 5 PERKEMBANGAN DALAM PENYELESAIAN MASALAH  115

Kebanyakan aktiviti penyelesaian masalah yang dijalankan oleh kanak-kanak


dalam kehidupan seharian mereka adalah bersama orang dewasa, bukannya
seorang diri. Dalam situasi sebegini, orang dewasa patut merancang aktiviti yang
mengurangkan beban kanak-kanak sebaliknya memberikan manfaat kepada
mereka. Istilah yang digunakan untuk menghurai apa yang dilakukan oleh orang
dewasa untuk membantu penyelesaian masalah kanak-kanak ialah scaffolding
yang melibatkan penggunaan strategi khusus difokuskan untuk membolehkan
kanak-kanak menyertai aktiviti, mengekalkan minat dan pada masa yang sama
meningkatkan kompetensi mereka (Wood et al., 1976). Secara umumnya, orang
dewasa melakukan bahagian tugasan yang paling penting dan sukar seperti
membahagi tugasan kepada submatlamat, menghasilkan perancangan dan
memantau kejayaan strategi berbeza, manakala kanak-kanak dibenarkan
melakukan bahagian tugasan yang mereka boleh lengkapkan dengan jayanya
(Wertsch, 1978). Ketika kanak-kanak menunjukkan peningkatan kemahiran pada
tugasan tertentu, orang dewasa akan secara perlahan-lahan melepas dan
membiarkan kanak-kanak melakukan tugasan secara bersendirian bagi kedua-
dua aspek, iaitu tindakan dan pengaturan diri tugasan itu. Kajian yang dilakukan
telah menunjukkan bahawa scaffolding melibatkan aktiviti dalam persekitaran
harian dan ia juga membantu kanak-kanak mempelajari perancangan dan
kemahiran pengaturan diri lain. Orang dewasa kerap kali menyediakan kanak-
kanak prasekolah dengan arahan scaffolding dan memodifikasi jenis arahan
mengikut kompetensi pelajar (Wertsch et al., 1980; Rogoff et al., 1984; Gauvain,
1992). Moss (1992) mendapati bahawa ibu bapa, khususnya ibu, menyediakan
scaffolding yang melibatkan tiga strategi berikut:

(a) Seorang ibu mengarah anaknya dengan strategi yang tidak mungkin
diketahui dan tidak mampu dibuat tanpa bantuan;

(b) Seorang ibu menggalakkan anaknya terus menggunakan strategi berguna


yang ditunjukkan oleh anak itu; dan

(c) Seorang ibu meyakinkan anaknya agar tidak menggunakan strategi yang
dianggap tidak matang.

Tambahan lagi Conner et al. (1997) mendapati bahawa bapa adalah sebaik ibu
dalam melakukan scaffolding. Mereka juga mendapati bahawa kanak-kanak yang
mendapat scaffolding menunjukkan peningkatan kemahiran dalam jangka
panjang dan jangka pendek.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


116  TOPIK 5 PERKEMBANGAN DALAM PENYELESAIAN MASALAH

Bahasa memainkan peranan penting dalam mengatur aktiviti pemikiran dan


digunakan untuk mengkomunikasikan pada orang lain serta mengarah
penyelesaian masalah kanak-kanak. Pada umumnya, pertuturan terarah kendiri
secara spontan wujud dalam penyelesaian masalah sekitar umur 4 atau 5 tahun.
Sebelum umur itu, kanak-kanak ada kalanya bercakap dengan diri sendiri,
walaupun, pertuturan berarah pada diri sendiri tidak diselaraskan dengan
tingkah laku penyelesaian masalah mereka (Luria, 1961). Sebaliknya, kanak-kanak
lebih tua juga menggunakan bahasa berarah pada diri untuk mengatur aktiviti
pemikiran mereka; walau bagaimanapun pertuturan mereka tidak didengari
seperti kanak-kanak prasekolah (Frauenglass & Diaz, 1985; Berk, 1986; Bivens &
Berks, 1990). Kanak-kanak selalunya bercakap dengan diri sendiri semasa
menyelesaikan masalah yang mencabar tetapi tidak semestinya ia tidak mungkin
diselesaikan (Berk & Garvin, 1984; Behrend et al., 1989). Ia paling kerap berlaku
semasa kanak-kanak menghadapi kesukaran menyelesaikan masalah atau gagal
dalam penyelesaian masalah (Goodman, 1981). Pertuturan berarah pada diri
sendiri memainkan peranan penting dalam situasi di mana masalah kanak-kanak
adalah untuk mengelak tindakan yang tidak optimum. Dengan kata lain, banyak
masalah adalah sukar tetapi bukan disebabkan oleh kesukaran menentukan apa
yang sepatutnya dilakukan tetapi sebab ia sukar untuk menghindar diri daripada
menggunakan laluan alternatif yang kurang diingini.

SEMAK KENDIRI 5.3

Bincang secara ringkas sebab-sebab mengapa pertuturan terarah kendiri


pada diri sendiri mungkin membantu dalam penyelesaian masalah.

Apabila berhadapan dengan beberapa strategi dalam menyelesaikan masalah,


kanak-kanak menggunakan pengetahuan fikiran sedar, eksplisit, metakognisi
tentang masalah yang dibentangkan, strategi tersedia dan keupayaan kognitif
mereka sendiri (Flavell & Wellman, 1977). Secara umumnya, strategi yang berjaya
pada masa lampau juga akan dipilih. Ketika kanak-kanak membesar, mereka
menjadi mahir dalam memantau perancangan dan menyesuaikan diri mereka
mengikuti situasi (Gardner & Rogoff, 1990). Sebaliknya, kanak-kanak yang lebih
muda tidak memodifikasi perancangan mengikut arahan berbeza. Namun
demikian, beberapa pengkaji melaporkan kegagalan kanak-kanak sekolah untuk
merancang pelbagai tugasan seperti menulis (Bereiter & Scardamalia, 1987),
merancang perjalanan (Gauvain & Rogoff, 1989), mengarah kanak-kanak lain
(Ellis & Rogoff, 1986) dan komunikasi rujukan (Cosgrove & Patterson, 1977).
Perancangan mempunyai kedua-dua kebaikan dan keburukan seperti yang
ditunjukkan dalam Jadual 5.3.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 5 PERKEMBANGAN DALAM PENYELESAIAN MASALAH  117

Jadual 5.3: Kebaikan dan Keburukan Perancangan dalam Penyelesaian Masalah

Kebaikan Keburukan

Membuat penyelesaian tepat dan Mengambil masa dan leceh.


langsung menjadi nyata.

Membenarkan masalah diselesaikan Tidak membawa kepada perolehan


secara sistematik. matlamat secara langsung.

Interaksi dengan orang dewasa ialah salah satu faktor utama yang menghasilkan
perancangan dalam kalangan kanak-kanak. Hudson dan Fivush (1991) mendapati
kanak-kanak lebih cenderung untuk merancang apabila mereka bekerjasama
dengan seorang dewasa berbanding dengan apabila mereka melakukannya
seorang diri. Tambahan lagi, pengalaman merancang dengan orang dewasa juga
menghasilkan perancangan yang lebih canggih apabila mereka kemudiannya
menyelesaikan masalah sendiri (Radziszewska & Rogoff, 1988; Gauvain, 1992).
Sebaliknya, pengalaman dengan rakan sebaya dan kanak-kanak lebih dewasa
didapati tidak begitu berkesan berbanding pengalaman dengan orang dewasa. Ini
mungkin disebabkan orang dewasa jika membincangkan strategi dengan kanak-
kanak lebih kecil, kerap mengingatkan mereka tentang matlamat tugasan dan
memantau kemajuan mereka. Lagi pun, orang dewasa adalah lebih sensitif dengan
memodifikasi jenis bantuan yang mereka berikan menurut keperluan kanak-
kanak itu (Rogoff et al., 1984; Gauvain, 1992).

Blaye et al. (1991) melaporkan kanak-kanak yang melakukannya secara


berpasangan berprestasi lebih baik dalam penyelesaian masalah berbanding rakan
sebaya yang melakukannya sendirian, dan berprestasi lebih baik pada pascaujian
individu. Ini disebabkan kanak-kanak yang melakukannya secara berpasangan,
sedar akan kepentingan membahagikan masalah kepada matlamat yang lebih
kecil, oleh itu mengarah aktiviti pemikiran mereka ke arah yang dapat
membuahkan hasil. Walau bagaimanapun, kanak-kanak di bawah umur
persekolahan jarang bekerjasama dengan jayanya disebabkan kesukaran mereka
dalam berfikir secara analitikal tentang penaakulan orang lain (Azmitia &
Perlmutter, 1989; Perlmutter et al., 1989).

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


118  TOPIK 5 PERKEMBANGAN DALAM PENYELESAIAN MASALAH

SEMAK KENDIRI 5.4

„Kesan kerjasama antara kanak-kanak kecil yang baru hendak belajar


dengan kanak-kanak lebih dewasa dan mahir kurang memberikan
faedah kepada kanak-kanak baru belajar berbanding apabila mereka
menyelesaikan masalah dengan orang dewasa.‰ Bincangkan pernyataan
ini.

Penyelesai masalah yang mahir selalunya mempraktikkan beberapa aktiviti


monitor diri merangkumi menyoal dan menghuraikan lebih lanjut pengetahuan
sendiri, menilai darjah pemahaman mereka, dan memikirkan contoh-berlawanan
dan kemungkinan generalisasi (Palincsar & Brown, 1984). Pengajaran resiprokal
ialah satu contoh keterlibatan ini dan ia menekankan empat aktiviti strategik, iaitu
menyimpulkan, menjelaskan, menyoal dan menjangkakan soalan akan datang
(Palincsar & Brown, 1984; Brown & Palincsar, 1989).

SEMAK KENDIRI 5.5

1. Bincangkan peraturan yang digunakan oleh kanak-kanak berbeza


umur terhadap skala timbang.

2. Nyatakan satu kebaikan maklum balas dalam penyelesaian


masalah kolaboratif.

3. Tentukan faktor-faktor yang menyumbang kepada kejayaan


model mental.

4. Nyatakan fungsi peta sebagai satu perwakilan khusus.

5. Apakah yang anda faham dengan istilah scaffolding?

6. Kenal pasti kebaikan dan keburukan perancangan dalam


penyelesaian masalah.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 5 PERKEMBANGAN DALAM PENYELESAIAN MASALAH  119

 Strategi-strategi penyelesaian masalah boleh didefinisikan sebagai prosedur


yang mengatasi halangan dan mencapai matlamat.

 Kebanyakan kajian terlibat dalam penyelesaian masalah kolaboratif tidak


melengkapi kanak-kanak dengan maklum balas jawapan yang betul.

 Kemajuan penyelesaian masalah dalam kalangan kanak-kanak selepas


berumur setahun wujud daripada penambahbaikan keupayaan untuk
mewakili matlamat, tindakan, objek dan peristiwa secara dalaman.

 Kebolehan menyelesaikan masalah bertambah baik ketika kanak-kanak


menjadi lebih berkebolehan untuk mengekspresikan diri mereka
menggunakan bahasa dalam pelbagai situasi dan peristiwa.

 Selain daripada pengaturan dalaman, kanak-kanak juga mempamerkan


peningkatan keupayaan untuk membina perwakilan luaran sebagai alat untuk
menyelesaikan masalah.

 Model mental merujuk kepada perwakilan pengetahuan dalam ingatan jangka


panjang, yang mungkin mempunyai struktur sama dengan model yang
digunakan dalam penaakulan.

 Tidak seperti bahasa, imej mental dan perwakilan ruang diperoleh semasa
kanak-kanak berumur dua tahun, perwakilan khusus diperoleh kemudiannya
dalam kehidupan kanak-kanak.

 Peta ialah salah satu perwakilan khusus dan selalu digunakan.

 Perbezaan utama antara masalah di sekolah dan dunia sebenar adalah di


sekolah sukar untuk menentukan apa masalah itu sebenarnya.

 Kebolehan kanak-kanak dalam mengatur aktiviti pemikiran secara berkesan


menjadi penting pada penyelesaian masalah mereka ketika mereka
memperoleh kedua-dua peningkatan dalam strategi dan keupayaan
perwakilan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


120  TOPIK 5 PERKEMBANGAN DALAM PENYELESAIAN MASALAH

 Bahasa memainkan peranan penting dalam meregulasi pemikiran,


berkomunikasi dengan orang lain dan mengarah penyelesaian masalah kanak-
kanak itu sendiri.

 Dalam menyelesaikan masalah, kanak-kanak menggunakan pengetahuan,


fikiran sedar, eksplisit dan metakognitif tentang masalah serta strategi tersedia
dan keupayaan kognitif mereka sendiri.

 Perancangan berkesan memerlukan keupayaan memformulasikan tindakan


terdahulu serta kemahiran memantau dan memodifikasikan perancangan;
mengikut kehendak situasi dan matlamat.

 Pengaturan aktiviti kognitif selalunya dicapai melalui interaksi antara orang


yang bekerja bersama bukannya melalui usaha seorang individu.

 Penyelesai masalah yang mahir selalunya mempraktikkan aktiviti monitor diri


merangkumi menyoal dan menghuraikan lebih lanjut pengetahuan sendiri;
menilai darjah kefahaman mereka; dan memikirkan tentang contoh
berlawanan dan generalisasi berkemungkinan.

Hipotesis lakaran matlamat Perancangan


Maklum balas Perkembangan perwakilan
Model mental Perkembangan strategik
Monitor diri Pertuturan terarah kendiri
Pengajaran resiprokal Peta
Penyelesaian masalah Scaffolding

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 5 PERKEMBANGAN DALAM PENYELESAIAN MASALAH  121

1. Nyatakan tiga aspek perkembangan penyelesaian masalah dan tahap


kehidupan signifikan yang berkaitan.

2. Strategi penyelesaian masalah wujud semenjak lahir lagi. Jelaskan


pernyataan ini dengan menggunakan eksperimen Rovee-Collier. Dalam
penjelasan anda, tunjukkan apa yang dimaksudkan dengan kemahiran
perwakilan.

3. Reka bentuk Tower of Hanoi menggunakan satu tiang dan tiga tiang
digunakan untuk membentuk mainan kanak-kanak berbeza kumpulan
umur. Bincangkan perkembangan kemahiran berkaitan dan kesesuaian
kumpulan umur untuk kedua-dua alat permainan.

Azmitia, M., & Perlmutter, M. (1989). Social influences on children cognition: State
of the art and future directions. Dlm. H. Reese (Pnyt.). Advances in child
development and behavior (Vol. 22, hlmn. 89ă144). San Diego: Academic
Press.

Behrend, D. A., Rosengren, K. S., & Perlmutter, M. (1989). A new look at childrenÊs
private speech: The effects of age, task difficulty, and parental presence.
International Journal of Behavioral Development, 12, 305ă320.

Benson, J. B., Arehart, D. M., Jennings, T., Boley, S., & Kearns, L. (1989). Infant
crawling: Expectations, action-plans and goals. Kertas kerja dibentangkan di
mesyuarat dwitahunan Society for Research in Child Development, Kansas
City, MO.

Bereiter, C., & Scardamalia, M. (1987). The psychology of written composition.


Hilsdale, NJ: Erlbaum.

Berk, L. E. (1986). Relationship of elementary school childrenÊs private speech to


behavioral accompaniment to task, attention and task performance.
Developmental Psychology, 22, 671ă680.

Berk, L. E., & Garvin, R. A. (1984). Development of private speech among low-
income Appalachian children. Developmental Psychology, 20, 271ă286.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


122  TOPIK 5 PERKEMBANGAN DALAM PENYELESAIAN MASALAH

Bivens, J. A., & Berk, L. E. (1990). A longitudinal study of the development of


childrenÊs private speech. Merill-Palmer Quarterly, 36, 443ă463.

Blaye, A., Light, P., Joiner, R., & Sheldon, S. (1991). Collaboration as a facilitator of
planning and problem solving on a computer based task. British Journal of
Developmental Psychology, 9, 471ă483.

Bluestone, N., & Acredolo, L. (1979). Developmental changes in map-reading


skills. Child Development, 50, 691ă697.

Brown, A. L., & Palinscar, A. S. (1989). Guided cooperative learning and individual
knowledge acquisition. Dlm. L. B. Resnick (Pnyt.). Knowing, learning and
instruction: Essays in honor of Robert Glaser (hlmn. 393ă451). Hilsdale, NJ:
Erlbaum.

Brown, J. S., Collins, A., & Duguid, P. (1989). Situated cognition and the culture of
learning. Educational Researcher, 18, 32ă42.

Butterworth, G., & Hopkins, B. (1988). Hand-mouth coordination in the newborn


baby. British Journal of Developmental Psychology, 6, 303ă314.

Case, R. (1985). Intellectual development: A systematic reinterpretation. Orlando,


FL: Academic Press.

Conner, D. B., Knight, D. K., & Cross, D. R. (1997). Mothers and fathers scaffolding
of their two-year-olds during problem-solving and literacy interactions.
British Journal of Developmental Psychology, 15, 323ă338.

Cosgrove, J. M., & Patterson, C. J. (1977). Plans and the development of listener
skills. Developmental Psychology, 13, 557ă564.

Crisafi, M. A., & Brown, A. L. (1986). Analogical transfer in very young children:
Combining two separately learned solutions to reach a goal. Child
Development, 57, 953ă968.

DeLoache, J. S. (1987). Rapid change in the symbolic functioning of young children,


Science, 238, 1556ă1557.

Ehrlich, K. (1996). Applied mental models in human-computer interaction. Dlm.


J. Oakhill and A. Garnham (Pnyt.), Mental Models in Cognitive Science.
Mahwah, NJ: Lawrence Erlbaum Associates.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 5 PERKEMBANGAN DALAM PENYELESAIAN MASALAH  123

Ellis, S., & Rogoff, B. (1986). Problem solving in childrenÊs management of


instruction. In E. Mueller & C. Cooper (Pnyt.), Process and outcome in peer
relationships (hlmn. 301ă325) Orlando, FL: Academic Press.

Ellis, S., Klahr, D., & Siegler, R. S. (1993). Effects of feedback and collaboration on
changes in childrenÊs use of mathematical rules. Kertas kerja dibentangkan
pada mesyuarat Society for Research in Child Development, New Orleans.

Feinman, S. (1992). Social referencing and the social construction of reality in


infancy. New York, NY: Plenum.

Flavell, J. H., & Wellman, H. (1977). Metamemory. Dlm. R. V. Kail & J. W. Hagen
(Pnyt.), Perspectives on the development of memory and cognition (hlmn.
3ă33). Hilsdale, NJ: Erlbaum.

Frauenglass, M. H., & Diaz, R. M. (1985). Self-regulatory functions of childrenÊs


private speech: A critical analysis of recent challenges to VygotskyÊs theory.
Developmental Psychology, 21, 357ă364.

Freund, L. S. (1990). Maternal regulation of childrenÊs problem solving behavior


and its impact on childrenÊs performance. Child Development, 61, 113ă126.

Gardner, W., & Rogoff, B. (1990). ChildrenÊs deliberateness of planning according


to task circumstances. Developmental Psychology, 26, 480ă487.

Gargiulo, R. (2003). Special education in contemporary society: An introduction to


exceptionality. Belmont, CA: Wadsworth/Thomson Learning.

Gauvain, M. (1992). Social influences on the development of planning in advance


and during action. International Journal of Behavioral Development, 15, 377ă
398.

Gauvain, M., & Rogoff, B. (1989). Collaborative problem solving and childrenÊs
planning skills. Developmental Psychology, 25, 139ă151.

Gentner, D. (1989). The mechanisms of analogical transfer. Dlm. S. Vosniadou &


A. Ortony (Pnyt.), Similarity and analogical reasoning. New York, NY:
Cambridge University Press.

Gentner, D., & Stevens, A. L. (Pnyt.). (1983). Mental models. Hillsdale, NJ:
Lawrence Erlbaum Associates.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


124  TOPIK 5 PERKEMBANGAN DALAM PENYELESAIAN MASALAH

Goodman, S. (1981). The integration of verbal and motor behavior in preschool


children. Child Development, 52, 280ă289.

Halford, G. (1993). ChildrenÊs understanding: The development of mental models.


Hilsdale, NJ: Erlbaum.

Hannah, E., & Meltzoff, A. N. (1993). Peer imitation by toddlers in laboratory,


home and day-care contexts: Implications for social learning and memory.
Developmental Psychology, 29, 701ă710.

Hudson, J. A., & Fivush, R. (1991). Planning in the preschool years: The emergence
of plans from general event knowledge. Cognitive Development, 6, 393ă415.

Inhelder, B., & Piaget, J. (1958). The Growth of Logical Thinking from Childhood
to Adolescence. Basic Books. (Diterjemahkan oleh A. Parsons dan S.
Milgram).

Klahr, D., Fay, A., & Dunbar, K. (1993). Heuristics for scientific experimentation:
A development study. Cognitive Psychology, 5, 111ă146.

Liben, L. S., & Downs, R. M. (1989). Understanding maps as symbols: The


development of map concepts in children. Dlm. H. W. Reese (Pnyt.).
Advances in child development and behavior (Vol. 22, hlmn. 145ă201) San
Diego: Academic Press.

Luria, A. R. (1961). The role of speech in the regulation of normal and abnormal
behavior. London, England: Pergamon.

Mackie, D. (1983). The effects of social interaction on conservation of spatial


relations. Journal of Cross-Cultured Psychology, 14, 131ă151.

Mast, V. K., Fagan, J. W., Rovee-Collier, C. K., & Sullivan, M. W. (1980). Immediate
and long-term memory for reinforcement contexts: The development of
learned expectancies in early infancy. Child Development, 51, 700ă707.

Meltzoff, A. N. (1985). Immediate and deferred limitation in fourteen and twenty-


four-month-old infants. Child Development, 56, 62ă72.

Miller, S. A., & Brownel, C. (1975). Peers, persuasion and Piaget: Dyadic interaction
between conservers and non-conservers. Child Development, 46, 972ă997.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 5 PERKEMBANGAN DALAM PENYELESAIAN MASALAH  125

Moss, E. (1992). The socioaffective context of joint cognitive activity. Dlm. L. T.


Winegar & J. Valsiner (Pnyt.), ChildrenÊs development within social context:
Vol. 1. Metatheory and theory (hlmn. 117ă154). Hillsdale, NJ: Erlbaum.

Mugny, G., & Doise, W. (1978). Socio-cognitive conflict abd structure of individual
and collective performances. European Journal of Social Psychology, 8, 181ă
192.

Palincsar, A. M., & Brown, A. L. (1984). Reciprocal teaching of comprehension-


monitoring activities. Cognition and Instruction, 1, 117ă175.

Papaousek, H., & Papousek, M. (1987). Intuitive parenting: A didactic counterpart


to the infantÊs precocity in integrative capacities: Dlm. J. Osofsky (Pnyt.).
Handbook of infant development (Ed. ke-2, hlmn. 669ă720). New York, NY:
Wiley.

Perlmutter, M., Behrend, S. D., Kuo, F., & Muler, A. (1989). Social influences on
childrenÊs problem solving. Developmental Psychology, 25, 744ă754.

Piaget, J., & Inhelder, B. (1956). The childÊs conception of space (F. J. Langdon &
J. L. Lunzer, Trans.) New York, NY: Norton.

Radziszewska, B. (1993). Sociocognitive processes in adult-child and peer


collaboration on area and volume tasks. Kertas kerja dibentangkan pada
mesyuarat Society for Research on Child Development, New Orleans, LA.

Radziszewska, B., & Rogoff, B. (1988). Influence of adult and peer collaborators on
childrenÊs planning skills. Developmental Psychology, 24, 840ă848.

Resnick, L. B., Levine, H. M., & Teasley, D. S. (Pnyt.). (1991). Perspectives on


socially shared cognition. Washington, DC: American Psychological
Association.

Rogoff, B. (1990). Apprenticeship in thinking: Cognitive development in social


context. New York, NY: Oxford University Press.

Rogoff, B., Ellis, S., & Gardner, W. P. (1984). Adjustment of adult-child instruction
according to childÊs age and task. Child Development, 20, 193ă199.

Rogoff, B., Mistry, J., Radzisewska, B., & Germond, J. (1992). InfantsÊ instrumental
social interaction with adults. In S. Feinman (Pnyt.), Social referencing and
the social construction of reality in infancy (hlmn. 323ă348). New York, NY:
Plenum.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


126  TOPIK 5 PERKEMBANGAN DALAM PENYELESAIAN MASALAH

Rovee-Collier, C. (1987). Learning and memory in infancy. Dlm. J. Osofsky (Pnyt.).


Handbook of infant development. New York, NY: Wiley.

Russell J., Mills, I., & Reiff-Musgrove, P. (1990). The role of symmetrical and
asymmetrical social conflict in cognitive change. Journal of Experimental
Child Psychology, 49, 58ă78.

Siegler, R. S. (1976). Three aspects of cognitive development. Cognitive


Psychology, 8, 481ă520.

Siegler, R. S., & Jenkins, E. A. (1989). How children discover new strategies.
Hilsdale, NJ: Erlbaum.

Siegler, R. S. (1993). Adaptive and nonadaptive characteristics of low-income


childrenÊs mathematical strategy use. Dlm. L. A. Penner, G. M. Batsche, H.
M. Knoff, & D. L. Nelson (Pnyt.), The challenge in mathematics and science
education: Psychology's response (hlmn. 341ă366). Washington, DC:
American Psychological Association.

Sternberg, R. J. (1998). Thinking and problem solving (Ed. ke-2). London, England:
Elsevier.

Tronick, E. Z. (1989). Emotions and emotional communication in infants. American


Psychologist, 44, 112ă119.

Trudge, J. R. H. (1992). Processes and consequences of peer collaboration:


A Vygotskian analysis. Child Development, 63, 1364ă1379.

Uttal, D., & Wellman, H. M. (1989). Young childrenÊs representation of spatial


information acquired from maps. Developmental Psychology, 25, 128ă138.

Wellman, H. M. (1990). The childÊs theory of mind. Cambridge, MA: MIT Press.

Wertsch, J. V., Mc Namee, G. D., McLane, J. B., & Budwig, N. A. (1980). The adult-
child dyad as a problem-solving system. Child Development, 51, 1215ă1221.

Willats, P. (1990). Development of problem solving strategies in infancy. In


D. Bjorklund (Pnyt.), ChildrenÊs strategies: Contemporary views of cognitive
development (hlmn. 23ă66). New York, NY: Erlbaum.

Wilats, P. (1989). Development of problem solving in infancy. In A. Slater & J. G.


Bremner (Pnyt.), Infant development (hlmn. 143ă182). Hilsdale, NJ: Erlbaum.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


Topik  Strategi
Penyelesaian
6 Masalah
HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Menerangkan bagaimana penyelesaian masalah boleh dijadikan
konsep;
2. Menghuraikan pendekatan penghuraian masalah atau submatlamat
dalam menyelesaikan masalah;
3. Menerangkan pendekatan mengundur (backward ) dan mendaki bukit
(hill climbing) dalam menyelesaikan masalah;
4. Menerangkan analisis menentukan matlamat akhir (means-end) dan
strategi perantaian ke depan (forward chaining) dalam menyelesaikan
masalah;
5. Menerangkan kaedah penyelesaian masalah lain seperti penggunaan
analogi, pengkhususan dan generalisasi; dan
6. Menerangkan penggunaan kaedah kes ekstrem untuk menyelesaikan
masalah.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


128  TOPIK 6 STRATEGI PENYELESAIAN MASALAH

 PENGENALAN
Dalam Topik 4, anda telah mempelajari dua garis panduan berbeza dalam
menyelesaikan masalah (rujuk Subtopik 4.4). Garis panduan ini berdasarkan
konsep yang telah ada. Kita akan membincangkan bentuk konsep lain sebelum
mempelajari beberapa strategi dalam penyelesaian masalah. Strategi ini
merupakan langkah penting dalam proses penyelesaian masalah yang boleh
membantu anda merancang tindakan anda. Diharapkan anda dapat
menggunakan pengetahuan dalam topik yang menarik ini dalam kehidupan anda.

6.1 KONSEP PENYELESAIAN MASALAH


Secara umumnya, kebanyakan pengkaji telah menjadikan konsep penyelesaian
masalah sebagai proses langkah demi langkah (stepwise). Pólya (1957), telah
mengenal pasti empat langkah penting dalam kaedah penyelesaian masalah yang
sepatutnya dilakukan, iaitu:

(a) Memahami masalah;

(b) Membina satu perancangan;

(c) Melaksanakan perancangan itu; dan

(d) Melihat kembali.

Kemudian, Hayes (1981) meluaskan lagi konsep ini dengan menambah rujukan
khusus untuk mewakilkan masalah dan mengembangkan langkah „melihat
kembali‰ kepada dua bahagian, iaitu menilai penyelesaian (masalah secara cepat),
dan pembelajaran yang berguna pada masa hadapan setelah penyelesaian dinilai.
Rajah 6.1 menunjukkan enam langkah tersebut.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 6 STRATEGI PENYELESAIAN MASALAH  129

Rajah 6.1: Susunan konsep dalam penyelesaian masalah


Sumber: Hayes (1981)

Seterusnya, Bransford dan Stein (1984) menyarankan satu lagi konsep


penyelesaian masalah yang berasaskan akronim berikut:

Identify I = Mengenal pasti masalah


Define D = Mendefinisikan dan mewakili masalah
Explore E = Meneroka strategi yang sesuai
Act A = Bertindak pada strategi
Look L = Melihat kembali dan menilai kesan aktiviti anda

Walau bagaimanapun, terdapat ramai lagi penyelidik lain telah memperkenalkan


variasi konsep stepwise masing-masing berdasarkan konsep asas penyelesaian
masalah yang telah diperkenalkan oleh Pólya (1954).

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


130  TOPIK 6 STRATEGI PENYELESAIAN MASALAH

AKTIVITI 6.1

Buat carian dalam Internet dan jelaskan secara ringkas senarai operasi
mental George Pólya yang terlibat dalam penyelesaian masalah dikenali
sebagai „PUPILS‰.

6.2 STRATEGI PENYELESAIAN MASALAH


Terdapat bukti menunjukkan ada banyak strategi yang khusus kepada bidang
tertentu. Walau bagaimanapun, terdapat juga strategi yang berkesan dalam semua
bidang. Secara umumnya, terdapat tukar ganti (trade-off ) antara julat kesesuaian
dengan kuasa. Lebih besar kesesuaian sesuatu strategi itu, semakin kurang ia
bergantung pada sesuatu bidang. Oleh itu, penting untuk kita mengetahui strategi
mana yang patut digunakan supaya kita memperoleh kelebihan/kebaikan yang
merentas pelbagai domain. Dalam subtopik seterusnya, kita akan mempelajari
beberapa kaedah strategi yang telah ditemui oleh pengkaji melalui kaedah
pengalaman, iaitu:

(a) Penghuraian masalah atau submasalah;

(b) Mengundur (backward);

(c) Mendaki bukit (hill-climbing);

(d) Analisis menentukan matlamat akhir (means-end ) ;

(e) Perantaian ke depan (forward chaining);

(f) Mempertimbangkan masalah analog;

(g) Pengkhususan dan generalisasi;

(h) Mempertimbangkan kes ekstrem; dan

(i) Mencampurkan strategi.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 6 STRATEGI PENYELESAIAN MASALAH  131

6.2.1 Penghuraian Masalah atau Submasalah


Pada masa tertentu, masalah boleh jadi terlalu besar untuk diselesaikan. Cara lain
yang sesuai merupakan memecahkan masalah kompleks kepada satu set urutan
masalah mudah dahulu. Kemudian, selesaikan masalah kompleks dengan
menggabungkan penyelesaian kepada submasalah yang lebih mudah (lihat
Rajah 6.2).

Rajah 6.2: Hierarki dan penghuraian sesuatu masalah kepada sub-submasalah

Aplikasi ini digunakan dengan meluas oleh pengaturcara komputer yang


program yang kompleks dianggap sebagai koleksi program-program yang lebih
mudah. Oleh itu, proses penghuraian ini boleh dilakukan pada beberapa tahap.
Apabila masalah besar dipecahkan kepada komponen-komponen lebih kecil,
kedua-dua penentuan penyelesaian menjadi lebih mudah. Malah, seseorang juga
boleh memahami masalah dengan lebih baik (Pólya, 1957; Hayes, 1981). Walau
bagaimanapun, terdapat risiko dalam kaedah ini. Risiko yang mungkin dihadapi
ialah pendekatan ini ialah sifat masalah boleh diubah dengan menghapuskan
aspek kritikalnya; sama ada semasa memecahkan masalah itu atau ketika
menggabungkan penyelesaian submasalah.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


132  TOPIK 6 STRATEGI PENYELESAIAN MASALAH

AKTIVITI 6.2

Terdapat beberapa cara untuk membuat penghuraian masalah. Antara


yang paling terkenal ialah penghuraian rekursif, penghuraian data,
penghuraian fungsian, penghuraian eksporatasi dan penghuraian
spekulatif. Cuba anda cari dalam Internet dan jelaskan dengan ringkas
strategi-strategi ini.

6.2.2 Melakukan Secara Mengundur (Backward )


Sesetengah pengkaji berpendapat sesuatu masalah sepatutnya digambarkan
sebagai satu perjalanan di mana seorang bermula di titik A (keadaan permulaan)
dan berusaha untuk tiba ke titik B (matlamat). Cabaran utama dalam pendekatan
ini merupakan menentukan laluan manakah yang boleh membawa seseorang itu
dari titik permulaan ke titik tamat dengan berjaya.

Terdapat dua cara untuk menyelesaikan masalah ini, iaitu:

(a) Mencari jalan dari titik A ke B; atau

(b) Mencari penyelesaian secara terbalik dari titik B ke A (seperti yang


ditunjukkan dalam Rajah 6.3).

Rajah 6.3: Strategi mengundur dalam penyelesaian masalah


Sumber: http://www.1000ventures.com/business_guide/
crosscuttings/problem_solving_workback.html

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 6 STRATEGI PENYELESAIAN MASALAH  133

Sebagai tambahan, seseorang juga boleh bergerak ke belakang bukan sahaja dari
segi matlamat terakhir, bahkan dari segi matlamat pertengahan. Ini boleh
dilakukan apabila ada cara yang dapat mengenal pasti matlamat pertengahan ini.

SEMAK KENDIRI 6.1

Joe terlupa memeriksa berapa banyak duit yang dimilikinya pada hari
ini. Seingatnya, dia telah berbelanja RM8.00 untuk sarapan,
mengeluarkan RM40.00 daripada mesin ATM, mengambil baju dari
kedai dobi dengan caj RM12.00, dan kemudian membeli lima helai baju
berjumlah RM22.00 sehelai (ditambah 8% cukai jualan). Pada
penghujung hari, Joe mempunyai baki RM100.00. Jadi, berapa
banyakkah wang beliau ada pada permulaan hari tersebut? Gunakan
strategi mengundur untuk menyelesaikan masalah ini.

6.2.3 Mendaki Bukit


Mendaki bukit ialah satu lagi pendekatan dalam penyelesaian masalah. Ia sesuai
digunakan untuk kes yang matlamat seseorang adalah untuk sampai ke puncak
bukit tetapi tiada laluan jelas untuk diikuti olehnya. Oleh itu, satu strategi yang
boleh digunakan oleh seseorang adalah dengan cara sentiasa bergerak ke atas.
Apabila dia sedar langkah yang diambilnya adalah ke bawah dan bukannya ke
atas, dia boleh berpatah balik dan mengambil laluan yang berlawanan. Dengan
kata lain, apabila diaplikasikan pada penyelesaian masalah, seseorang akan
sentiasa mengambil langkah yang membawanya dekat pada matlamat.
Kelemahan utama pendekatan ini ialah seseorang mungkin tersekat di puncak
bukit kecil atau kadangkala pada lereng bukit besar. Ada kalanya, dia perlu
mengambil beberapa langkah ke belakang dalam usaha untuk sampai ke puncak
(lihat Rajah 6.4). Kadangkala dalam strategi ini kita perlu mengambil langkah-
langkah lain yang seakan-akan jauh daripada matlamat sebenar dalam usaha kita
untuk sampai ke situ. Namun secara realitinya, tidak ramai orang yang dapat
melaksanakan jalan penyelesaian seperti ini (Anderson, 1990).

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


134  TOPIK 6 STRATEGI PENYELESAIAN MASALAH

Rajah 6.4: Strategi mendaki bukit

SEMAK KENDIRI 6.2

Anda dikehendaki menggunakan strategi mendaki bukit dalam


menyelesaikan masalah ini. Terdapat beberapa pemangsa di tepi sungai,
beberapa orang di seberang sungai dan sebuah sampan yang mempunyai
kapasiti terhad. Matlamatnya ialah semua orang perlu berada di sebelah
sungai yang berlawanan. Jelaskan bagaimana anda akan mengaplikasikan
strategi ini. Anda mesti menentukan keadaan asal dan matlamat tanpa
melupakan fakta baharu sampan mempunyai kapasiti terhad untuk
membawa penumpang. Perlukah anda menggunakan langkah „turun ke
bawah‰ dalam menyelesaikan masalah ini?

6.2.4 Analisis Menentukan Matlamat Akhir


(Means-end )
Secara umumnya, pendekatan ini sama dengan pendekatan mendaki bukit. Walau
bagaimanapun, ia lebih fleksibel dan sesuai bagi pelbagai jenis penyelesaian
masalah. Newell dan Simon (1972) telah menjelaskan pendekatan ini dengan teliti
dan menggunakannya dengan meluas dalam pembinaan program penyelesaian
masalah berkomputer. Perkara pertama yang perlu dilakukan oleh individu
apabila menggunakan strategi ini merupakan menentukan keadaan matlamat
diikuti dengan senarai menyeluruh perbezaan antara keadaan matlamat dengan
keadaan asal. Akhir sekali, individu perlu menentukan satu prosedur untuk
mengurangkan perbezaan antara keadaan asal dan keadaan matlamat.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 6 STRATEGI PENYELESAIAN MASALAH  135

Dua tindakan utama yang boleh diambil bagi mengurangkan jarak di antara
keadaan asal dan keadaan matlamat ialah:

(a) Mengambil langkah yang akan menyebabkan keadaan asal menyerupai


keadaan matlamat; atau

(b) Mengundur, iaitu individu akan membawa matlamat dekat dengan keadaan
asal.

Individu boleh terdampar jika tidak mengambil langkah yang boleh


mengurangkan jurang antara keadaan asal dan keadaan matlamat. Menurut
Anderson (1993), analisis menentukan matlamat akhir ialah komponen semula
jadi mesin berfikir bagi manusia dan primat. Analisis menentukan matlamat akhir
adalah penting bagi menyelesaikan masalah harian seperti menaiki komuter dan
mengambil transit yang betul. Bagi masalah menaiki komuter, pertama sekali,
anda perlu tahu di mana hendak mengambil komuter dan di mana anda hendak
pergi. Jika perlu bertukar tren, anda perlu mencari lokasi pertukaran transit. Akhir
sekali, anda perlu tahu apakah waktu yang paling sesuai untuk bertolak dan tiba,
platform mana untuk anda bertolak dan tiba serta perlu menggabungkan semua
maklumat ini bersama.

AKTIVITI 6.3

Buat carian dalam Internet tentang kebolehan bayi menggunakan


analisis menentukan matlamat akhir (means-end ) yang mudah dalam
kehidupan mereka selepas enam bulan pada tahun pertama. Jelaskan
dengan ringkas fenomena ini.

6.2.5 Perantaian ke Depan (Forward Chaining)


Dalam strategi ini, seseorang akan bermula dengan tugasan dan dibuat terus ke
arah matlamat (lihat Rajah 6.5). Rantaian hadapan bermula dengan data tersedia
dan individu boleh menggunakan peraturan inferens untuk mendapatkan lebih
data sehingga matlamat dicapai. Walau bagaimanapun, strategi ini hanya boleh
digunakan oleh individu yang mempunyai pemahaman cukup dan menyeluruh
tentang masalah, agar ia boleh membentuk perwakilan konkrit yang betul
daripada pernyataan masalah tersebut (Simon & Simon, 1978).

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


136  TOPIK 6 STRATEGI PENYELESAIAN MASALAH

Rajah 6.5: Strategi perantaian ke depan


Sumber: http://www.cs.bham.ac.uk/~mmk/Teaching/AI/12.html

Strategi ini selalunya digunakan oleh pakar, dan bukannya pelajar. Ini adalah
kerana pelajar lebih suka menggunakan strategi lain seperti analisis menentukan
matlamat akhir dan mengundur (Larkin et al., 1980a; 1980b) manakala pakar pula
mempunyai kebolehan mengkategorikan masalah dari segi prinsip asas. Malah,
pakar juga mempunyai pengetahuan yang lebih tentang strategi mana yang lebih
berkesan untuk mengatasi masalah tertentu. Walau bagaimanapun, apabila
individu diberi lebih latihan dengan masalah tertentu, mereka akan bertukar
secara spontan daripada strategi analisis menentukan matlamat akhir ke strategi
perantaian ke depan.

6.3 STRATEGI LAIN PENYELESAIAN MASALAH


Terdapat beberapa strategi lain selain daripada lima strategi yang telah anda
pelajari dalam bahagian sebelumnya. Ia berdasarkan beberapa konsep umum:
analogi, pengkhususan dan generalisasi. Kes ekstrem turut boleh digunakan
sebagai strategi dalam penyelesaian masalah. Kita akan mempelajari strategi ini
dengan lebih lanjut dalam subtopik yang seterusnya.

6.3.1 Analogi dalam Penyelesaian Masalah


Ada masanya individu boleh memperoleh penyelesaian bagi satu analogi dengan
mudah. Masalah beranalogi menjadi mudah disebabkan penyelesai masalah
(individu) mungkin telah menyelesaikan masalah yang serupa pada masa lalu.
Yang berikut ialah contoh yang menunjukkan bagaimana strategi ini digunakan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 6 STRATEGI PENYELESAIAN MASALAH  137

Terdapat enam orang pekerja di dalam sebuah lif. Bolehkah anda tunjukkan
bahawa sekurang-kurangnya tiga daripada mereka ialah kenalan atau
sekurang-kurangnya tiga daripada mereka ialah orang yang tidak dikenali?

(Adaptasi daripada Poundstone, 1990)

Poundstone menyelesaikan masalah ini dengan menggunakan kaedah analog


bergrafik (lihat Rajah 6.6) yang kelihatan sukar sekilas pandang. Menurut
analoginya, kita boleh mewakilkan enam orang pelawat tadi dengan enam titik
yang berbeza pada sehelai kertas. Titik-titik ini boleh diletak dalam apa juga cara,
melainkan tiada tiga antara mereka berada di atas garisan yang sama. Kita biarkan
satu garisan penuh membelah antara mana-mana dua titik bagi mewakili kenalan
dan biarkan garisan putus-putus menunjukkan individu tersebut adalah orang
yang tidak dikenali. Menurut Poundstone, dengan menggunakan sistem ini, satu
segi tiga penuh mewakili tiga kenalan manakala segi tiga terputus-putus mewakili
tiga orang tidak dikenali akan terhasil. Persoalan utama di sini adalah, dengan
menggunakan sama ada garisan penuh atau terputus-putus di antara mana-mana
pasangan titik, mungkinkah kita boleh menyambungkan setiap titik dengan titik
yang lain dengan syarat tiada segi tiga padu dan tiada segi tiga terputus-putus
terhasil? Pada dasarnya, masalah ini serupa dengan masalah lif dan penyelesaian
satu masalah ini akan secara automatik menunjukkan penyelesaian kepada
masalah lain.

Rajah 6.6: Analog bergrafik Poundstone

Oleh itu, boleh diperhatikan bahawa masalah menyambung titik adalah lebih
mudah untuk diselesaikan daripada masalah lif. Maka ini ialah prinsip utama
strategi ini, iaitu masalah terdahulu merupakan analogi yang membantu masalah
seterusnya. Kelemahan utama dalam penggunaan strategi ini ialah penentuan
satu analogi bagi masalah yang hendak diselesaikan dalam sesetengah kes,
nampak seperti cara yang betul tetapi sebenarnya tidak.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


138  TOPIK 6 STRATEGI PENYELESAIAN MASALAH

SEMAK KENDIRI 6.3

1. Nyatakan tiga sifat penting bagi satu analogi yang baik.

2. Analogi memudahkan kita untuk menggarap idea untuk pelbagai


perkara. Tahukah anda, pola pemahaman dalam minda kita adalah
seperti jigsaw puzzle? Analogi membantu kita dalam
melengkapkan cebisan-cebisan ini agar menjadi lebih jelas. Cuba
anda berikan jawapan yang sesuai bagi analogi-analogi berikut:

(a) Sepertimana bumi mengelilingi matahari _______________ .

(b) Kaedah diagnostik seorang doktor bersamaan dengan


_______________ .

(c) Sepertimana pedang ialah senjata seorang pahlawan


_______________ .

6.3.2 Pengkhususan dan Generalisasi


Menurut Masan et al. (1985), pengkhususan boleh didefinisikan sebagai
mengambil kira satu contoh konkrit tentang satu masalah abstrak. Dengan kata
lain, jika seseorang hendak menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan ciri-
ciri segi empat selari, maka beliau perlu mula dengan mengambil kira satu segi
empat selari tertentu atau beberapa segi empat selari tertentu. Sebaliknya,
penyelidik ini menyatakan generalisasi penaakulan melibatkan penumpuan
terhadap aspek umum tertentu kepada banyak contoh dan menghindarkan aspek
lain. Mereka menghuraikan dengan lebih lanjut bahawa proses generalisasi
bergerak daripada beberapa contoh untuk membentuk beberapa tekaan mengenai
satu kumpulan kes yang besar.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 6 STRATEGI PENYELESAIAN MASALAH  139

SEMAK KENDIRI 6.4

Cuba anda teliti dua huraian berikut. Tentukan huraian manakah yang
menjelaskan konsep generalisasi dan yang manakah pengkhususan.

(a) Konsep ini adalah satu cara penting bagi menjana pengetahuan
proposisi dengan mengaplikasi pengetahuan am. Misalnya, teori
graviti kepada contoh-contoh yang spesifik seperti „bila saya
lepaskan epal ini, ia akan jatuh ke lantai.‰

(b) Ia ialah elemen asas logik dan penaakulan manusia. Ia juga


merupakan asas penting bagi semua inferens deduktif yang sah.
Proses pengesahan adalah perlu untuk menentukan sama ada
konsep ini adalah benar bagi apa juga situasi.

6.3.3 Penggunaan Kes Ekstrem


Pendekatan ini ialah contoh pengkhususan. Ia telah dijelaskan dengan baik oleh
Pólya (1954). Pandangan tradisional kaedah ini ialah kes ekstrem menyumbang
pada pemikiran. Ia merupakan penyemak kepada sesuatu penyelesaian masalah;
apabila jawapan masalah dinyatakan dalam bentuk fungsi matematik, ketepatan
fungsi itu boleh disahkan dengan meletakkan nilai ekstrem seperti kosong atau
infiniti, bagi pemboleh ubah bebas (Pólya, 1954). Dalam kebanyakan keadaan,
seseorang boleh menyimpulkan jawapan yang sepatutnya dan dalam kes ini,
daripada situasi fizikal. Kemudian, dia boleh melihat sama ada fungsi tersebut
memberi ramalan yang sama terhadap situasi fizikal lain.

Rajah 6.7 menunjukkan perbandingan situasi dua tuas yang menerangkan perkara
ini. Secara umumnya, berdasarkan intuisi/gerak hati, pelajar akan mengatakan
bahawa adalah lebih mudah mengangkat muatan dalam Kes A berbanding
dengan Kes B. Oleh itu, boleh disimpulkan bahawa semakin kurang jarak dari
muatan ke fulkrum/sangga tuas, semakin kurang tenaga yang diperlukan bagi
mengangkat muatan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


140  TOPIK 6 STRATEGI PENYELESAIAN MASALAH

Rajah 6.7: Kes ekstrem menyediakan fakta data


Sumber: Zietsman & Clement (1997)

Ia dipercayai bahawa kes ekstrem boleh memberikan seseorang tentang „fakta


data‰ yang diperlukan untuk membuat kesimpulan yang lebih umum terhadap
sesuatu hubungan perubahan. Fungsi ini sepatutnya lebih berguna dalam
memahirkan diri dengan idea asas sains, di mana hubungan seperti ini selalunya
wujud. Tambahan lagi, boleh didebatkan bahawa hubungan seperti ini juga
memberi satu asas intuitif/gerak hati bagi pemahaman hubungan matematik
dalam sains.

AKTIVITI 6.4

Dave melawat muzium dan berjumpa dengan seorang wanita yang


cantik. Tanpa membuang masa, Dave meminta nombor telefon wanita
tersebut dan menulisnya di atas sehelai kertas. Malangnya ketika dalam
perjalanan pulang, kertas tersebut tercicir dan hilang dari poketnya.
Dave menjadi gelisah dan berusaha mengingat kembali nombor-nombor
tersebut sewaktu di dalam komuter. Akhirnya, dia berjaya mengingat
semua tujuh digit (4, 3, 7, 8, 2, 6, 5) nombor telefon wanita itu. Walau
bagaimanapun, beliau tidak dapat mengingat kembali turutan nombor
telefon tersebut dengan betul. Dave berazam untuk duduk di hadapan
telefon sepanjang malam untuk cuba menelefon wanita itu. Berapakah
kombinasi nombor telefon yang perlu Dave cuba dalam usahanya untuk
menghubungi wanita tersebut?

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 6 STRATEGI PENYELESAIAN MASALAH  141

Selain strategi yang dibentangkan dalam topik ini, terdapat pelbagai strategi lain
yang telah dibangunkan untuk penyelesaian masalah. Namun strategi yang
dibincangkan tadi adalah antara strategi yang mendapat banyak perhatian.
Beberapa orang penyelidik menekankan kepentingan strategi tertentu tetapi tiada
siapa yang dapat menyarankan bahawa satu strategi spesifik adalah cukup bagi
memastikan penyelesaian masalah yang berjaya. Dalam kes tertentu, adalah lebih
baik jika seseorang menggunakan gabungan strategi dalam penyelesaian masalah.
Yang berikut ialah contoh gabungan yang saling memperkuatkan antara satu
sama lain:

(a) Berundur dengan analisis menentukan matlamat akhir; dan

(b) Penghuraian masalah atau submasalah dengan salah satu strategi


penyelesaian masalah.

SEMAK KENDIRI 6.5

1. Nyatakan risiko yang mungkin dihadapi dalam pendekatan


penghuraian masalah atau submasalah.

2. Definisikan pendekatan berundur dalam penyelesaian masalah.

3. Apakah kelemahan utama dalam pendekatan mendaki bukit?

4. Tentukan dua tindakan utama yang boleh diambil untuk


mengurangkan jarak di antara keadaan semasa dan keadaan
matlamat dalam kaedah matlamat akhir.

5. Nyatakan kelemahan utama dalam pendekatan masalah analogi.

6. Definisikan istilah „pengkhususan‰ dan „generalisasi‰ dalam


penyelesaian masalah.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


142  TOPIK 6 STRATEGI PENYELESAIAN MASALAH

 Lebih besar kesesuaian sesuatu strategi itu, semakin kurang ia bergantung


pada sesuatu bidang.

 Penghuraian masalah atau submasalah melibatkan pemecahan satu masalah


kompleks kepada satu set masalah lebih mudah dan kemudian menyelesaikan
masalah kompleks dengan menggabungkan penyelesaian sub-submasalah
mudah.

 Berundur melibatkan penyelesaian satu masalah daripada matlamat ke


keadaan permulaan.

 Mendaki bukit ialah satu pendekatan dalam penyelesaian masalah, iaitu


individu sentiasa bergerak ke atas.

 Dalam analisis menentukan matlamat akhir, individu mengenal pasti keadaan


matlamat diikuti menyenaraikan secara menyeluruh perbezaan antara
keadaan matlamat dengan keadaan asal, dan pada akhirnya, menggunakan
satu prosedur terjamin bagi mengurangkan perbezaan antara keadaan asal
dan matlamat.

 Dalam meneliti masalah analogi, masalah itu mungkin menjadi lebih mudah
disebabkan penyelesai masalah mungkin telah menyelesaikan satu masalah
serupa pada masa lampau.

 Pengkhususan boleh didefinisikan sebagai penelitian satu contoh konkrit


tentang satu masalah abstrak, manakala penaakulan generalisasi melibatkan
pemfokusan terhadap aspek umum tertentu pada banyak contoh, dan
menghindarkan aspek lain.

 Mengambil kira kes ekstrem ialah satu pendekatan heuristik yang selalu
digunakan untuk penyelesaian masalah matematik dan bukan matematik.

 Dalam sesetengah kes penyelesaian masalah, cara terbaik adalah dengan


menggabungkan pelbagai strategi daripada menggunakan hanya satu
pendekatan sahaja.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 6 STRATEGI PENYELESAIAN MASALAH  143

Analisis matlamat akhir Mendaki bukit


Berundur Penghuraian masalah
Generalisasi Pengkhususan
Kes ekstrem Perantaian ke depan
Konsep Submasalah
Masalah analogi

1. Bincangkan pelbagai konsep yang boleh digunakan dalam penyelesaian


masalah.

2. Bincangkan kebaikan dan kelemahan strategi-strategi penyelesaian berikut:

(a) Penghuraian;

(b) Melakukan secara mengundur;

(c) Mendaki bukit;

(d) Analisis matlamat akhir; dan

(e) Perantaian ke depan.

3. Bincangkan penggunaan pelbagai strategi dengan menggunakan satu


contoh.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


144  TOPIK 6 STRATEGI PENYELESAIAN MASALAH

Anderson, J. R. (1990). Cognitive psychology and its implications (Ed. ke-3). New
York, NY: Freeman.

Anderson, J. R. (1993). Problem solving and learning. American Psychologist, 48,


35ă44.

Bransford, J. D., & Stein, B. S. (1984). The ideal problem solver: A guide for
improving thinking, learning and creativity. New York, NY: Freeman.

Hayes, J. R. (1981). The complete problem solver. Philadelphia: Franklin Institute


Press.

Kerber, M. (2004). Introduction to AI. Dicapai dari http:// www.cs.bham.ac.uk/


~mmk/Teaching/AI12.html

Larkin, J. H., McDermott, J., Simon, D. P., & Simon, H. A. (1980a). Expert and
novice performance in solving physics problems. Science, 208, 1335ă1342.

Larkin, J. H., McDermott, J., Simon, D. P., & Simon, H. A. (1980b). Modes of
competence in solving physics problems. Cognitive Science, 4, 317ă345.

Mason, J., Burton, L., & Stacey, K. (1985). Thinking mathematically. Menlo Park,
CA: Addison-Wesley.

Newell, A., & Simon, H. A. (1972). Human problem solving. Eaglewood Cliffs, NJ:
Prentice Hall.

Pólya, G. (1954). Mathematics and plausible reasoning (Vol. 1): Introduction and
analogy in mathematics. Princeton, NJ: Princeton University Press.

Pólya, G. (1957). How to solve it: A new aspect of mathematical method. Garden
City, NY: Dobleday.

Poundstone, W. (1990). Labyrinths of reason. New York, NY: Dobleday.

Simon, D. P., & Simon, H. A. (1978). The role of extreme case reasoning in
instruction for conceptual change. The Journal of the Learning Sciences, 6(1),
61ă89. Lawrence Erlbaum Associates.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


Topik  Alat
Penyelesaian
7 Masalah
HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Menyenaraikan alat paling umum yang digunakan dalam
penyelesaian masalah;
2. Menghuraikan brainstorming, penanda aras, gambar rajah kesan dan
sebab, carta alir, analisis SWOT dan matriks senarai keutamaan
sebagai alat penyelesaian masalah;
3. Menentukan bila dan bagaimana setiap alat penyelesaian masalah
digunakan; dan
4. Mengaplikasikan alat bersesuaian secara berkesan pada masalah yang
anda hadapi.

 PENGENALAN
Dalam bahagian ini, kita akan mempelajari pelbagai alat yang selalu digunakan
dalam penyelesaian masalah. Alat ini akan membantu anda dalam memahami
situasi yang rumit dan sukar. Tanpa alat ini, sesetengah masalah akan menjadi
kompleks. Jika digunakan dengan betul, alat ini boleh membantu anda dalam
memecahkan masalah kepada komponen yang boleh dikendalikan dan ini
seterusnya dapat membantu dalam pembinaan penyelesaian. Kita akan mulakan
dengan peralatan umum yang paling mudah, iaitu brainstorming. Ini diikuti oleh
alat yang lebih kompleks, iaitu penanda aras, gambar rajah sebab dan kesan, carta
alir, analisis SWOT, dan matriks keutamaan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


146  TOPIK 7 ALAT PENYELESAIAN MASALAH

7.1 BRAINSTORMING
(a) Apakah yang Dimaksudkan dengan Brainstorming?
Kita sebenarnya menggunakan brainstorming melalui cara yang tidak
formal dalam banyak situasi kehidupan harian. Katakan anda bersama
sekumpulan rakan cuba membuat keputusan hendak makan di mana. Anda
mungkin terlibat dalam bentuk brainstorming paling asas, iaitu semua orang
memberi cadangan hendak makan di mana dan tempat kebanyakan rakan
anda setuju, itulah yang dipilih.

Brainstorming boleh dimulakan oleh sesi „input‰ dengan perkataan-


perkataan terpilih secara rawak. Perkataan ini bertindak sebagai pemangkin
bagi menjana idea.

Memandangkan idea di sebalik brainstorming merupakan membuka satu


kemungkinan tak dijangka bersifat pelbagai dan menghapuskan
prakonsepsi yang mungkin dikaitkan dengan masalah, adalah penting tiada
kritikan idea semasa brainstorming. Idea sepatutnya dianalisis dengan
kritikal untuk membuang kemungkinan yang kurang berkesan atau
praktikal hanya selepas sesi brainstorming itu selesai.

(b) Siapakah yang Menggunakannya?


Sesiapa sahaja patut diundang bersama menyertai sesi brainstorming. Secara
umumnya, terdapat had praktikal bagi siapa yang sepatutnya menyertai
tetapi dengan alat yang betul (hardware), beratus-ratus orang boleh terlibat
(seperti sesi dalam talian). Lebih ramai yang terlibat, lebih lama idea
terkumpul, dan ini kadangkala menyebabkan lebih sukar untuk
menentukan satu idea yang terbaik. Namun, ada kebaikannya jika ramai
yang terlibat dalam sesi brainstorming, iaitu terjelmanya idea baharu dan
radikal. Jika anda mengundang orang dengan perspektif yang berbeza, anda
berkemungkinan dapat melihat lebih penjanaan idea inovatif oleh kumpulan
itu.

(c) Bagaimanakah Menggunakannya?


Brainstorming boleh dilaksanakan dengan mengikuti enam langkah berikut:

(i) Definisikan dan bersetuju dengan objektif. Jelaskan kepada ahli apa
tujuan sesi brainstorming ini dilakukan.

(ii) Jelaskan kaedah yang akan digunakan. Beritahu ahli yang anda
terbuka pada apa jua idea dan pandangan lain supaya ahli boleh
meluahkan banyak idea kreatif.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 7 ALAT PENYELESAIAN MASALAH  147

(iii) Berikan masa untuk merujuk kembali tujuan sesi itu. Minta ahli
memikirkan tentang objektif yang dicadangkan atau topik dalam satu
jangka masa yang ditetapkan.

(iv) Jana idea. Inilah bahagian sesi brainstorming yang sebenarnya. Ahli
kumpulan akan mencadangkan idea dan penyelesaian, manakala anda
mencatatnya di atas carta selak (flip chart).

(v) Bincangkan idea-idea. Apabila senarai sudah lengkap, berbincanglah


dengan ahli untuk:

 Menjelaskan maksud sesetengah idea;

 Menggabungkan idea yang mengandungi maksud yang sama; dan

 Membuang idea yang keluar daripada topik.

(vi) Akhir sekali, capai persetujuan. Semasa anda berbincang dengan yang
lain dalam kumpulan, akan ada yang bercanggah pendapat tentang
idea dan pendapat yang diberi. Walau bagaimanapun, pastikan
kumpulan bersetuju dengan idea yang diterima daripada sesi
brainstorming. Benarkan diri anda mengambil masa selama lima
hingga 15 minit untuk mencapai kata sepakat. Akhir sekali, anda dan
ahli-ahli lain perlu sedar bahawa idea yang dipersetujui ramai ialah
penyelesaian terbaik bagi masalah tersebut.

Bagi memastikan brainstorming sebagai teknik yang berguna dan berkesan,


mematuhi beberapa garis panduan perlu dipatuhi.

(i) Seorang ketua perlu dicalonkan bagi mengawal sesi brainstorming.


Beliau perlu mendefinisikan masalah, menetapkan kriteria dan
memantau sesi itu. Beliau juga perlu bertindak sebagai pemangkin
untuk memulakan perbincangan dan menggalakkan penyertaan aktif
daripada semua yang terlibat. Sebaik mungkin, beliau tidak perlu
memberikan ideanya sendiri kerana ini mungkin akan menyekat
peluang orang lain memberi idea.

(ii) Sebarang sesi brainstorming perlu melibatkan individu daripada


pelbagai bidang dan kepakaran agar keputusan yang dibuat
mengambil kira sudut dan pandangan dari pelbagai aspek dan bidang.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


148  TOPIK 7 ALAT PENYELESAIAN MASALAH

(iii) Elemen gembira atau lucu boleh dimasukkan ke dalam latihan


brainstorming. Ini dilakukan dengan cara menggalakkan kreativiti
seperti membenarkan penjanaan idea yang tidak praktikal. Anda perlu
ingat bahawa tiada isu „idea bodoh‰ dalam sesi brainstorming. Walau
bagaimanapun, ketua perlu memastikan ahli berada dalam perspektif
dan had yang munasabah. Misalnya, jika sekumpulan ahli perancang
bandar duduk bersama memikirkan masalah sampah berlebihan,
menghantar sampah ke Marikh bukannya satu idea yang munasabah.

(iv) Sebagaimana dinyatakan tadi, pentingnya tiada kritikan atau penilaian


idea semasa sesi dijalankan kerana ini mungkin mengehadkan
kreativiti.

(v) Sesi sepatutnya direkodkan untuk penilaian pada masa hadapan. Ini
boleh dilakukan dengan mencatat nota tetapi yang adalah lebih ideal
merekod secara audio atau video untuk menonjolkan atmosfera
kreativiti dan individu yang paling kreatif.

(d) Brainstorming Individu dan Kumpulan


Latihan brainstorming boleh dilaksanakan oleh individu secara berasingan,
dalam kumpulan atau gabungan kedua-duanya:

(i) Brainstorming secara individu mungkin boleh menghasilkan lebih


kepelbagaian dalam idea tetapi pembinaan idea itu tidak dilakukan
dengan baik.

(ii) Sebaliknya, brainstorming secara berkumpulan pula mungkin kurang


menjana idea tetapi cenderung untuk membina idea yang lebih
mendalam. Selain itu, tahap kreativiti dan pengetahuan antara ahli
kumpulan cenderung membenarkan lebih penerokaan terhadap apa
jua idea. Walau bagaimanapun, terdapat satu masalah dengan
brainstorming secara berkumpulan, iaitu individu yang amat kreatif
tetapi tidak suka bercakap atau malu bercakap cenderung untuk
kurang menyumbang.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 7 ALAT PENYELESAIAN MASALAH  149

AKTIVITI 7.1

Dalam sesi brainstorming, selalu terdapat kecenderungan untuk


mengenepikan idea-idea yang nampak seolah-seolah tidak/kurang
bagus, walaupun terdapat usaha untuk tidak melakukannya.

Fikirkan peraturan yang anda boleh guna untuk menggalakkan perkara


seperti ini tidak berlaku semasa sesi brainstorming (misalnya, idea-
stopper perlu tinggal lebih lama untuk membersih bilik mesyuarat
selepas sesi dibuat). Anda mungkin mahu brainstorming idea tentang
hal ini.

7.2 PENANDA ARAS


(a) Apakah yang Dimaksudkan dengan Penanda Aras?
Penanda aras ialah proses mengukur dan membanding proses dalaman
organisasi dengan proses dalaman organisasi lain yang mempunyai amalan
terbaik untuk mengkaji cara memperbaiki proses tersebut. Ia teknik yang
digunakan untuk membina idea baharu bagi penambahbaikan dengan cara
menentukan, memahami dan mengadaptasi proses terpilih.

(b) Siapakah Penggunanya?


Mana-mana pihak yang mempunyai minat tersendiri boleh
menggunakannya. Namun perlu diingat bahawa anda perlu melibatkan
individu yang berpengetahuan dalam proses yang sedang dianalisis
termasuk sebagai ahli kumpulan.

(c) Bagaimanakah Menggunakannya?

(i) Pilih sebuah organisasi yang anda hendak buat sebagai penanda aras.

(ii) Hubungi organisasi penanda aras bagi menjelaskan keinginan anda.

(iii) Jika boleh, lawati organisasi itu untuk mengumpul data:

 Fikirkan maklumat apa yang anda ingin kumpulkan.

 Hantar soalan ke organisasi yang hendak dilawati terlebih dahulu


supaya mereka boleh bersedia dengan lawatan anda.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


150  TOPIK 7 ALAT PENYELESAIAN MASALAH

(iv) Pastikan agenda lawatan anda sudah sedia dan lengkap.

(v) Tentukan mesyuarat, dan kemudian lawati organisasi penanda aras itu
dan kumpulkan jawapan kepada persoalan anda.

(vi) Perkongsian maklumat seharusnya wujud secara bersama, dan anda


sepatutnya bersetuju menyediakan data yang boleh dibandingkan
tentang organisasi anda sendiri dengan organisasi penanda aras.

(vii) Analisis perbezaan dalam proses antara organisasi anda dengan


organisasi penanda aras.

(viii) Bentangkan hasil penemuan kepada ahli kumpulan, kemudian


tentukan sasaran baru dan guna hasil dalam proses penambahbaikan
tersebut.

7.3 GAMBAR RAJAH SEBAB DAN KESAN


(a) Apakah yang Dimaksudkan dengan Gambar Rajah Sebab dan Kesan?
Gambar rajah sebab dan kesan merupakan teknik yang menggabungkan
brainstorming dengan kegunaan satu peta konsep. Ia berguna dalam
membantu kita mengambil kira kesemua sebab masalah lebih jauh dari apa
yang boleh kita bayangkan pada mulanya. Terdapat beberapa gambar rajah
alternatif berkaitan sebab dan kesan yang termasuklah gambar rajah ikan
atau tulang ikan dan gambar rajah Ishikawa (seperti dipaparkan dalam
Rajah 7.1 dan 7.2).

(b) Bagaimanakah Cara Menggunakan Alat Ini?


Lima langkah berikut merupakan garis panduan untuk membina dan
menggunakan gambar rajah sebab dan kesan (gunakan Rajah 7.1 dan 7.2
untuk menggambarkan bagaimana gambar rajah tulang ikan dibuat):

(i) Kenal Pasti Masalah


Pada sebelah kiri kertas, tulis masalah dan kemudian lukis satu garisan
secara mendatar merentas kertas bermula daripada masalah.

(ii) Fikirkan Faktor-faktor Utama yang Terlibat


Lukis garisan-garisan berlabel dari tengah garisan yang dilukis di atas
bagi mewakili setiap faktor yang menyumbang kepada masalah.
Teroka semua faktor terlibat sehingga semua telah termasuk. Faktor
yang diambil kira mungkin merangkumi keterlibatan orang, sistem,
alat, bahan dan sebagainya.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 7 ALAT PENYELESAIAN MASALAH  151

(iii) Kenal Pasti Sebab-sebab yang Mungkin


Ambil kira faktor yang mungkin berkaitan dengan sebab masalah yang
anda telah kenal pasti tadi. Lukiskan ini dengan garisan mendatar lebih
kecil daripada garisan yang dilukis pada bahagian (ii) tadi.

(iv) Analisis Gambar Rajah Anda


Teroka setiap faktor dengan lebih mendalam. Siasat sama ada
penilaian anda adalah betul dan sama ada anda perlukan pencarian
lebih lanjut tentang sebab-sebab masalah.

Rajah 7.1: Komponen utama gambar rajah tulang ikan

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


152  TOPIK 7 ALAT PENYELESAIAN MASALAH

Rajah 7.2: Satu contoh gambar rajah tulang ikan yang kompleks

SEMAK KENDIRI 7.1

Masalah: Lebih ramai pelajar sekolah pergi ke kafe siber selepas sekolah

Gunakan diagram tulang ikan untuk mengenal pasti punca sebab-sebab


masalah. Faktor penyebab dikategorikan kepada 4M (Manpower,
Machines, Methods, Materials). Kategori utama lain yang selalu
digunakan ialah:

(a) 4P (Place, Procedure, People, Policies)

(b) 4S (Surrounding, Suppliers, Systems, Skills)

Anda boleh menggunakan satu daripada kategori di atas, gabungan apa


jua cara atau kaedah sendiri. Kategori-kategori ini bukanlah acuan
dalam batu (cast in stone); ia adalah untuk membantu anda
mengorganisasikan idea anda dengan lebih tersusun.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 7 ALAT PENYELESAIAN MASALAH  153

7.4 CARTA ALIR


(a) Apakah yang Dimaksudkan dengan Carta Alir?
Carta alir ialah satu bentuk gambar rajah sistem yang dipermudahkan untuk
mempamerkan bagaimana langkah-langkah dalam satu proses berkaitan
antara satu sama lain. Ia alat yang berguna dalam penyelesaian masalah
kerana ia membantu kita mendefinisikan dan menganalisis masalah. Selain
itu, ia juga dapat memberi gambaran langkah demi langkah yang jelas
tentang potensi sebab masalah. Pendekatan langkah demi langkah ini
membenarkan kita mereka bentuk penyelesaian bagi bidang spesifik yang
memerlukan penambahbaikan.

(b) Bagaimanakah Cara Menggunakan Alat?

(i) Simbol yang dikaitkan dengan anak panah mewakili langkah-langkah


proses dan hubungan mereka.

(ii) Tiga simbol utama digunakan dalam melukis carta alir, iaitu bulatan
memanjang digunakan bagi mewakili permulaan atau tamatnya
sesuatu proses; segi empat bagi menunjukkan arahan atau tindakan;
dan tiga segi mewakili keputusan (lihat Rajah 7.3 dan 7.4).

(iii) Setiap simbol dilabel bagi menunjukkan apa yang diwakilinya dan
semua adalah berkait antara satu sama lain dengan anak panah bagi
menunjukkan kemajuan proses.

(c) Melukis Carta Alir

(i) Mula dengan menyenaraikan semua tugasan berhubung dengan


proses yang anda kaji;

(ii) Lukis dan labelkan MULA pada carta alir (dalam bulatan memanjang);

(iii) Teruskan membina carta alir dengan melukis tindakan dan keputusan
yang bersesuaian dalam turutan supaya semua ini dapat dihubungkan
dengan anak panah. Jangan lupa menggunakan simbol yang betul bagi
setiap tugasan.

(iv) Teruskan membuat carta alir sehingga anda sampai ke tamat. Label
tugasan akhir sebagai TAMAT (dalam bulatan memanjang, sama
seperti bahagian mula; dan

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


154  TOPIK 7 ALAT PENYELESAIAN MASALAH

(v) Cuba sedaya upaya memadankan setiap proses di atas pada SEHELAI
kertas sahaja. Jika proses anda terlalu rumit untuk dilukis, cuba lihat
semula. Sekiranya carta alir tersebut perlu diteruskan melangkaui
keluasan sehelai kertas, anda perlu menggunakan simbol dikenali
sebagai penyambung. Penyambung ini berbentuk bulatan nombor dan
ia digunakan untuk menghubungkan carta alir yang berasingan.

Rajah 7.3: Bahagian komponen satu carta alir biasa

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 7 ALAT PENYELESAIAN MASALAH  155

Rajah 7.4: Satu carta alir mudah menunjukkan satu proses


dan mengenal pasti bagaimana ia meneruskan/maju

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


156  TOPIK 7 ALAT PENYELESAIAN MASALAH

SEMAK KENDIRI 7.2

Proses: Bagaimana hendak membuat tiga cawan kopi yang berbeza:


(i) Tiada susu atau gula; (ii) Mengandungi susu atau gula; dan
(iii) Mengandungi susu tetapi tiada gula.

Lukiskan satu carta alir bagi proses di atas.

7.5 ANALISIS SWOT


(a) Apakah yang Dimaksudkan dengan SWOT?
SWOT ialah singkatan bagi Kekuatan (Strength), Kelemahan (Weaknesses),
Peluang (Opportunities) dan Ancaman (Treats). SWOT merupakan satu
teknik yang selalu digunakan dalam konteks perniagaan bagi membolehkan
organisasi mengenal pasti bidangnya dalam sesuatu pasaran. Ia juga boleh
digunakan secara peribadi untuk memahami cara terbaik bagi anda
mengambil kesempatan terhadap kebolehan dan kelebihan anda sendiri
untuk berjaya.

Analisis SWOT juga membolehkan anda membuka peluang yang mungkin


anda sendiri tidak sedar selain membantu anda bersedia untuk menghadapi
ancaman atau bahaya yang akan datang.

Analisis SWOT boleh digunakan dalam banyak konteks berbeza. Namun,


konteks yang paling berkesan adalah apabila digunakan sebagai alat dalam
situasi yang terdapatnya persaingan daripada orang lain. Ini merangkumi
bukan sahaja persekitaran perniagaan tetapi juga aktiviti lain seperti sukan
(terutamanya sukan berpasukan seperti bola sepak). Lihat Rajah 7.5 bagi
memahami bagaimana analisis SWOT dilakukan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 7 ALAT PENYELESAIAN MASALAH  157

Rajah 7.5: Ilustrasi analisis SWOT menyebabkan


analisis menyeluruh tentang keseluruhan situasi

(b) Bagaimanakah Cara Menggunakannya?

(i) Analisis Dalaman: Kaji kekuatan dan kelemahan organisasi anda, dan
berikan nilai keupayaan organisasi anda.

(ii) Analisis Luaran: Daripada fakta utama dalam analisis persekitaran,


kenal pasti peluang dan ancaman yang terbuka bagi organisasi anda.
Maklumat tambahan boleh didapati daripada pengguna atau
pelanggan anda dengan cara tinjauan atau menggunakan „lembaran
catatan‰ (tally sheet).

(iii) Tentukan sama ada data yang terkumpul merangkumi peluang luaran
atau ancaman.

(iv) Melalui maklumat yang dikumpulkan dalam Langkah i dan ii,


bentangkan data dalam bentuk jadual.

(v) Maklumat dalam bentuk jadual ini boleh digunakan untuk membina
strategi yang dapat:

 Memaksimumkan kekuatan dan peluang organisasi anda;

 Mengurangkan kelemahan; dan

 Meminimumkan ancaman yang dihadapi supaya objektif


organisasi boleh tercapai.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


158  TOPIK 7 ALAT PENYELESAIAN MASALAH

AKTIVITI 7.2

Cari maklumat lanjut tentang analisis SWOT dari laman web berikut dan
bincangkan dengan rakan anda manakah yang lebih bagus
penerangannya:

http://www.quickmba.com/strategy/swot/

http://www.mindtools.com/pages/article/newTMC_05.htm

7.6 MATRIKS KEUTAMAAN


(a) Apakah yang Dimaksudkan dengan Matriks Keutamaan?
Matriks Keutamaan ialah alat yang berguna untuk mencapai persetujuan
dalam satu kumpulan bagi penyelesaian masalah atau pembuatan
keputusan. Ia membenarkan anda menyusun isu-isu berdasarkan skor
dalam kriteria tertentu yang mengikut kepentingan anda atau pasukan anda.
Ini membuatkannya menjadi alat yang berguna bagi masalah mengikut
keutamaan.

(b) Bagaimanakah Cara Menggunakannya?

(i) Jalankan satu sesi brainstorming dan penuhkan matriks keutamaannya.

(ii) Dalam lajur pertama, tuliskan masalah yang dinyatakan dalam sesi
percambahan minda itu.

(iii) Dalam lajur kedua hingga keempat, definisikan kriteria anda. Contoh
kriteria biasa ialah:

 Kekerapan ă Berapa kerapkah masalah timbul?

 Kepentingan ă Masalah manakah yang paling penting berdasarkan


pada kriteria terpilih?

 Boleh dilaksanakan ă Sejauh manakah usaha menyelesaikan


masalah terpilih adalah praktikal dan realistik?

(iv) Anda boleh membina apa jua kriteria yang anda rasa penting bagi
masalah anda. Kriteria lain termasuklah kos, nilai, keselamatan, masa
dan tempoh.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 7 ALAT PENYELESAIAN MASALAH  159

(v) Selepas sahaja anda habis mendefinisikan kriteria, biarkan individu


yang menyertai dalam pembinaan penyelesaian mengundi. Setiap
orang boleh mengundi setiap kriteria (selalunya sebanyak tiga kali).
Jumlah undi ini membolehkan anda menyusun masalah anda
mengikut keutamaannya.

Jadual 7.1 menunjukkan contoh matriks keutamaan yang dibina oleh sekumpulan
individu. Ia untuk mendapatkan kata sepakat tentang bagaimana mengendalikan
masalah umum yang dihadapi oleh sebuah organisasi hospital tertentu.

Jadual 7.1: Menyusun Keutamaan Masalah Menggunakan Matriks Keutamaan

Boleh Jumlah
Masalah Kekerapan Kepentingan
Dilaksanakan Markah

1. Tiada janji temu


5 0 0 5
waktu tengah hari

2. Lewat mendaftar 6 1 5 12

3. Analisis makmal
9 11 6 26
tidak lengkap

4. Jagaan pergigian
10 12 8 30
tidak mencukupi

5. Doktor tidak
6 0 5 11
mencukupi

6. Tidak cukup
3 0 0 3
bahan makmal

7. Ambulans rosak 0 3 0 3

8. Pengasingan
7 12 11 30
pesakit

9. Masa menunggu
7 14 15 36
lama

10. Pesakit tidak


4 6 10 20
menghormati staf

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


160  TOPIK 7 ALAT PENYELESAIAN MASALAH

AKTIVITI 7.3

Bina satu Matriks Keutamaan dengan rakan sekuliah, rakan sekerja atau
keluarga anda. Pilih apa sahaja isu yang menarik perhatian anda (isu
kontemporari dan terkini adalah satu pilihan menarik; cuba cari dalam
suratkhabar isu-isu atau masalah yang anda fikirkan perlu diberi
perhatian). Kendalikan isu pilihan tersebut melalui Matriks Keutamaan.
Apakah isu semasa yang paling penting bagi anda dan rakan sekuliah/
sekerja anda?

Anda boleh melayari Internet untuk mengetahui alat penyelesaian masalah yang
lain. Antara alat menarik yang mungkin menarik perhatian anda ialah:

(a) Penghargaan (maklumat lanjut di http://www.mindtools.com/pages/


article/newTMC_01.htm);

(b) Drill down (maklumat lanjut di http://www.mindtools.com/newTMC_


02.htm); dan

(c) Gambar rajah sistem (maklumat lanjut di http://www.mindtools.com/


pages/article/newTMC_04.htm).

Yang berikut ialah garis panduan asas bagi mencari penyelesaian masalah:

(a) Jika masalah yang ingin anda selesaikan sudah pun diselesaikan orang lain,
pelajarilah terlebih dahulu penyelesaian tersebut, walau pun anda ingin
memperbaikinya.

(b) Mula dengan menyelesaikan versi termudah bagi masalah tersebut.

(c) Bina penyelesaian anda secara meningkat.

(d) Elakkan daripada memfokuskan pada satu penyelesaian.

(e) Elakkan tanggapan tersembunyi.

(f) Bersabar dan tekun.

(g) Jangan mengharap untuk menjumpai jawapan yang tekal.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 7 ALAT PENYELESAIAN MASALAH  161

 Alat penyelesaian masalah merangkumi teknik mudah dan biasa digunakan


seperti gambar rajah alir ke teknik khusus seperti analisis SWOT.

 Alat ini digunakan bagi mengendalikan analisis terperinci terhadap masalah


untuk membantu anda melihat banyak faktor dalam cara berstruktur dan
metodologi.

 Alat penyelesaian masalah boleh dibahagikan kepada dua kategori. Set


pertama mengandungi alat umum yang boleh digunakan untuk
menyelesaikan apa jua situasi. Ini merangkumi brainstorming, gambar rajah
kesan dan sebab; dan carta alir.

 Set kedua diaplikasikan pada situasi khusus. Ini termasuklah analisis SWOT;
meramal dengan spreadsheet; dan analisis risiko.

 Brainstorming ialah kaedah untuk membina penyelesaian kreatif bagi masalah


dengan memikirkan sebanyak mungkin penyelesaian dan dengan
menekankan idea sejauh mungkin.

 Penanda aras ialah satu tenik yang anda membandingkan proses-proses satu
organisasi dengan organisasi serupa untuk mengkaji cara bagi memperbaiki
proses itu.

 Gambar rajah sebab dan kesan membantu anda memikirkan melalui sebab-
sebab masalah dengan teliti. Pendekatan ini menggabungkan percambahan
minda dengan penggunaan peta konsep. Gambar rajah sebab dan kesan juga
dikenali sebagai gambar rajah tulang ikan dan gambar rajah Ishikawa.

 Carta alir ialah gambar rajah menunjukkan bagaimana langkah-langkah


dalam satu proses sepadan bersama. Ini membuatkannya menjadi alat yang
berguna bagi menunjukkan bagaimana proses dijalankan. Ia juga dapat
mendokumentasikan secara jelas bagaimana sesuatu kerja itu dilakukan.

 Analisis SWOT ialah teknik yang berkesan bagi memahami kekuatan


(strength) dan kelemahan (weakness), serta mencari peluang (opportunity)
dan ancaman (threat).

 Matriks Keutamaan ialah teknik yang berguna yang anda boleh


menggunakannya dengan ahli pasukan lain untuk mencapai persetujuan
tentang sesuatu isu. Matriks membantu anda menyusun masalah atau isu
(selalunya dijana melalui brainstorming) dengan kriteria tertentu yang
penting pada anda.
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
162  TOPIK 7 ALAT PENYELESAIAN MASALAH

Alat penyelesaian masalah Gambar rajah sebab dan kesan


Analisis SWOT Matriks Keutamaan
Brainstorming Penanda aras
Carta alir

1. Alat-alat penyelesaian masalah boleh dibahagikan kepada dua kategori.


Apakah DUA kategori ini? Berikan contoh alat dalam setiap kategori ini.

2. Sebelum menyelesaikan masalah dan sebelum memilih alat paling sesuai


untuk menyelesaikan masalah, anda terlebih dahulu perlu merancang
penyelesaian. Apakah kepentingan merancang proses penyelesaian masalah?

3. Apakah maksud brainstorming dan berapa kerap ia digunakan?

4. Bagi memastikan kejayaan brainstorming, terdapat beberapa peraturan yang


perlu diikuti. Apakah peraturan-peraturan tersebut?

5. Gambar rajah sebab dan kesan membantu anda memikirkan tentang sebab-
sebab masalah secara teliti. Pendekatan ini menggabungkan brainstorming
dengan kegunaan peta konsep. Kebaikan utamanya ialah ia membuatkan
anda memikirkan semua sebab masalah, daripada hanya memfokuskan
pada yang ketara sahaja. Ini dikenali sebagai gambar rajah tulang ikan dan
gambar rajah Ishikawa. Bagaimanakah gambar rajah-gambar rajah ini
dibina? Huraikan dengan ringkas langkah-langkah yang terlibat dan lukis
satu gambar rajah bagi menggambarkannya.

6. Apakah maksud carta alir? Bolehkah anda bina satu carta alir mudah untuk
menunjukkan sesuatu proses asas pilihan anda?

7. Apakah maksud analisis SWOT?

8. Matriks keutamaan ialah satu teknik yang bermanfaat untuk anda gunakan
bersama ahli pasukan bagi mencapai persetujuan tentang sesuatu isu.
Bagaimanakah caranya anda menyusun keutamaan isu-isu yang perlu diberi
perhatian?

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 7 ALAT PENYELESAIAN MASALAH  163

DeBono, E. (1992). Serious creativity. New York, NY: Harper Business.

Harris, R. (1998). Introduction to problem solving. Dicapai dari http://www.


virtualsalt.com/crebook3.htm

MindTools.com. (2010). Problem solving techniques. Dicapai dari http://www.


mindtools.com/pages/main/newMN_TMC.htm

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


Topik  Membuat
Keputusan
8
HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Mendefinisikan maksud membuat keputusan;
2. Menyenaraikan jenis keputusan yang berbeza dan faktor-faktor yang
mempengaruhi proses membuat keputusan;
3. Menerangkan Empat Kuadran Teori Otak dan bagaimana ia berkait
dengan kebolehan kita untuk membuat keputusan;
4. Menjelaskan pusingan membuat keputusan yang berpandukan bukti;
dan
5. Membincangkan pendekatan berbeza dalam membuat keputusan.

 PENGENALAN

„Tiada yang lebih sukar, dan oleh itu lebih berharga daripada kebolehan untuk
membuat keputusan.‰
(Napoleon)

Membuat keputusan yang baik ialah kemahiran penting untuk kejayaan peribadi
dan kerjaya dan ia juga penting khusus untuk kepimpinan yang berkesan. Kita
diperlukan untuk membuat keputusan setiap hari dan jika kita boleh belajar untuk
membuat keputusan yang dipertimbangkan dan tepat pada masanya, maka kita
boleh membawa diri atau pasukan kita kepada kejayaan. Namun, jika kita

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 8 MEMBUAT KEPUTUSAN  165

membuat keputusan-keputusan yang tidak baik, kita sudah pasti menghadapi


risiko kegagalan.

Topik ini memperkenalkan kita kepada proses membuat keputusan serta


membantu kita mengembangkan pemahaman mendalam mengenai apa yang
terlibat dalam membuat keputusan yang baik. Dengan menggabungkan teknik-
teknik berkesan dan pengetahuan yang relevan, kita boleh membuat keputusan
yang berkesan.

Anda juga akan diperkenalkan dengan konsep aliran keputusan, juga peranan
risiko. Perbincangan kita akan diakhiri dengan Topik 10 yang akan
memperkenalkan beberapa alat membuat keputusan.

8.1 APAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN


MEMBUAT KEPUTUSAN?
Membuat satu keputusan biasanya didefinisikan sebagai:

Tindakan atau proses memutuskan; menentukan, mengenai satu soalan atau


keraguan, dengan membuat pertimbangan; tindakan atau keperluan untuk
menetapkan pemikiran.
(http://english.stackexchange.com)

Sesuatu yang diputuskan, penyelesaian; pertimbangan, mengenai satu


keputusan yang dinyatakan oleh mahkamah; skor akhir dalam mana-mana
sukan atau pertandingan.
(http://dictionary.reference.com)

Anda mungkin lihat bahawa kesemua definisi ini berkongsi bersama pengakhiran
peristiwa keputusan. Keputusan selalunya dibuat pada kemuncak perdebatan,
peristiwa, pertandingan dan sebagainya. Dalam konteks ini, keputusan dibuat
pada akhir pusingan membuat keputusan. Jadi membuat keputusan boleh
dianggap sebagai aktiviti membuat keputusan yang dihentikan apabila satu
penyelesaian yang memuaskan hati ditemui.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


166  TOPIK 8 MEMBUAT KEPUTUSAN

Membuat keputusan logik adalah sebahagian daripada semua profesion sains


yang penting, iaitu pakar menggunakan pengetahuan mereka dalam bidang
tertentu untuk membuat keputusan yang bermaklumat. Membuat keputusan
perubatan, contohnya, sering melibatkan membuat diagnosis dan memilih satu
rawatan yang bersesuaian.

Dengan penerangan tadi, dua definisi piawai membuat keputusan boleh diterima
seperti yang berikut:

(a) Membuat keputusan ialah proses memilih apa hendak dilakukan dengan
mempertimbangkan kesan yang mungkin timbul mengenai pilihan yang
berbeza.
(von Winterfeldt & Edwards, 1986; Beyth-Marom et al., 1991)

Apabila kita membuat keputusan, kita membuat pilihan sendiri daripada


satu set alternatif. Untuk membuat penilaian yang bermaklumat, kita ingin
mengenal pasti sebanyak mungkin alternatif ini dan mempertimbangkan
kesan yang mungkin, dan kemudian memilih satu yang terbaik yang
memenuhi matlamat, keinginan, gaya hidup, nilai dan sebagainya.

(b) Membuat keputusan ialah proses mengurangkan secukupnya


ketidaktentuan dan keraguan mengenai alternatif untuk membolehkan
pilihan munasabah dibuat daripada kesemua alternatif tersebut (Harris,
2009).

Dalam definisi ini, fokusnya adalah terhadap membuat pilihan berasaskan


pengurangan risiko yang berkait dengan ketidaktentuan. Ia bermaksud
pengetahuan yang tidak lengkap mengenai isu di sekeliling pilihan yang
ada, dan pertimbangan adalah berdasarkan berapa banyak keraguan dan
ketidaktentuan boleh dikurangkan.

8.2 JENIS KEPUTUSAN


Keputusan-keputusan yang kita lakukan boleh dibahagikan kepada tiga jenis:

(a) Keputusan „sama ada‰ ialah asas: keputusan ya/tidak, sama ada/atau dan
bukan salah satu yang mesti dilakukan apabila kita berhadapan dengan
pilihan antara dua alternatif. Ini termasuklah keputusan asas yang kita
buat setiap hari seperti, „Patutkah saya pergi menonton wayang?‰ atau
„Patutkan saya beli kereta?‰

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 8 MEMBUAT KEPUTUSAN  167

(b) Keputusan „mana satu‰ ialah keputusan yang melibatkan pilihan satu atau
lebih daripada beberapa pilihan kemungkinan.

(c) Keputusan „kontingen‰ ialah keputusan yang hasilnya bergantung pada


sesuatu keadaan dipenuhi atau sesuatu kriteria dipenuhi. Apa-apa
keputusan ditangguhkan sehingga suatu masa merupakan keputusan
kontingen. Satu contoh yang baik ialah keputusan anda untuk membeli
kereta jika anda mendapat kenaikan gaji, kenaikan pangkat atau bonus
tahunan yang baik. Faktor penyumbang seperti masa, harga, pendapat
rakan dan keluarga, boleh mempengaruhi hasil keputusan kontingen.

AKTIVITI 8.1

Anda ialah ketua eksekutif sebuah syarikat farmasi yang besar. Anda
telah melabur RM100 juta wang syarikat dalam projek penyelidikan
untuk mengembangkan vaksin anti-HIV. Apabila projek tersebut 90%
siap, syarikat lain mula memasarkan jenis vaksin yang sama yang
dibangunkan oleh syarikat anda. Di samping itu, vaksin daripada
syarikat pesaing adalah lebih berkesan dan lebih murah daripada vaksin
yang dibangunkan oleh syarikat anda.

Anda mesti memutuskan tindakan seterusnya, sama ada untuk


menyambung penyelidikan tersebut, mengalihkan dana kepada projek
lain, memulakan kempen pengiklanan dan sebagainya.

Terangkan dalam kategori mana anda akan membuat keputusan:


keputusan sama ada, keputusan mana satu atau keputusan kontingen.

8.3 MEMBUAT KEPUTUSAN IALAH PROSES


REKURSIF
Membuat keputusan ialah proses rekursif, iaitu kita membuat keputusan dengan
bergerak ke belakang dan ke depan antara alternatif yang kita ada yang ditentukan
oleh kriteria tertentu. Ini bermaksud, selalunya kita kembali semula ke permulaan
untuk mempertimbangkan semula sesuatu pilihan. Jadi, membuat keputusan
bukan satu proses linear.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


168  TOPIK 8 MEMBUAT KEPUTUSAN

8.4 FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PROSES


MEMBUAT KEPUTUSAN
Beberapa kajian telah menunjukkan bahawa proses membuat keputusan adalah
sangat dipengaruhi oleh gaya kognitif seseorang. Kajian juga menunjukkan bukti
mengenai perbezaan silang budaya dalam gaya membuat keputusan. Terdapat
beberapa versi alternatif mengenai model gaya kognitif ini.

Bias juga mempengaruhi kebolehan kita untuk membuat keputusan. Bias ini
sentiasa menyumbang terhadap proses membuat keputusan kita dan sering
mengherotkan proses membuat keputusan dan pertimbangan kita. Bias boleh
membawa kepada persepsi palsu dan pertimbangan yang boleh melemahkan
keberkesanan dalam membuat keputusan yang baik.

Ahli sains tingkah laku Isabel Briggs Myers menyebut beberapa sumber bias yang
biasa dalam proses membuat keputusan kita:

(a) Pencarian bukti secara memilih: Kecenderungan untuk mengumpulkan


fakta-fakta yang menyokong kesimpulan tertentu.

(b) Penamatan awal pencarian bukti: Kecenderungan untuk menerima alternatif


pertama.

(c) Kebekuan (inertia): Ketidaksediaan untuk mengubah pola pemikiran.

(d) Bias menyokong pilihan: Kecenderungan mengherotkan ingatan kita.

(e) Kebaharuan: Kecenderungan untuk mempercayai maklumat baharu.

(f) Bias pengulangan: Bias untuk mempercayai maklumat yang kita sering
dengar.

(g) Pemikiran kumpulan: Kecenderungan untuk akur dengan pola yang


dipegang oleh orang lain.

(h) Bias sumber kredibiliti: Kecenderungan untuk bias terhadap orang yang kita
kenali.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 8 MEMBUAT KEPUTUSAN  169

Sekarang, mari kita lihat teori berkenaan membuat keputusan yang dipengaruhi
oleh urusan kita dalam proses pemikiran kita:

(a) Kesan kekaburan: Kita lebih memilih kebarangkalian pilihan yang disukai
daripada yang tidak diketahui.

(b) Bias titik buta (blind spot): Kita tidak mengimbangi dengan cukup bias, iaitu
kita menganggap diri sebagai tidak bias berbanding orang lain.

(c) Model kemungkinan penghuraian (elaboration likelihood model): Kita


berfikir sama ada secara logik atau sedar atau kita membiarkan ciri-ciri
luaran mempengaruhi keputusan kita.

(d) Model pemujukan heuristik sistematik: Kita menginterpretasikan hujah


sama ada secara impulsif atau logik.

(e) Hyperbolic discounting: Kita inginkan ganjaran segera, memilih faedah


untuk masa kini atau jangka masa pendek berbanding masa depan.

(f) Bias maklumat: Mencari fakta walaupun ia tidak relevan apabila membuat
keputusan.

(g) Teori pemprosesan maklumat: Pemujukan memerlukan perhatian dan


perbandingan dengan pandangan terdahulu dan fokus terhadap rangsangan
luaran.

(h) Sumber kredibiliti: Siapa yang kita lebih percaya.

(i) Teori pemikiran tidak sedar: Membiarkan pemikiran tidak sedar kita
berfikir.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


170  TOPIK 8 MEMBUAT KEPUTUSAN

AKTIVITI 8.2

1. Proses memutuskan calon mana untuk diundi dalam pilihan raya


tidak pernah bebas daripada bias. Pertimbangkan keputusan
Pilihan Raya Umum 2013. Bincangkan sumber-sumber yang
mungkin mengenai bias pengundi dan bagaimana bias tersebut
mempengaruhi keputusan pengundian.

2. Terdapat beberapa sumber bias yang lain. Teroka bias-bias ini di


Internet dan lihat mana yang relevan dengan anda secara kerap.
Pada pendapat anda, manakah antara bias ini mungkin membawa
kesan paling buruk dan manakah yang anda fikir paling
mempengaruhi proses pembuatan keputusan anda?

8.5 EMPAT KUADRAN OTAK DAN GAYA


PEMIKIRAN BERBEZA
Beberapa ahli teori kognitif percaya bahawa otak manusia terbahagi kepada empat
kuadran gaya pemikiran. Idea ini dikembangkan oleh Ned Herrmann dan dikenali
sebagai Instrumen Otak Dominan Herrmann (HBDI ă Herrmann Brain
Dominance Instrument). Herrmann menggabungkan dua model fungsi otak
untuk membentuk model otak manusia dengan dua struktur pasangan (empat
kuadran), iaitu dua belah bahagian sistem serebrum dan dua belah bahagian
sistem limbik (lihat Rajah 8.1). Perhatikan bahawa empat kuadran dan juga gaya
pemikiran yang berkait dengan setiap kuadran. Anda jenis pemikir bagaimana?

Empat kuadran ini dicirikan sebagai:

A: Analitikal/Logik (Atas Kiri)

B: Organisasi (Bawah Kiri)

C: Emosional/Interpersonal (Bawah Kanan)

D: Konseptual/Imaginatif (Atas Kanan)

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 8 MEMBUAT KEPUTUSAN  171

Rajah 8.1: Model Empat Kuadran Otak, juga dikenali sebagai


Ned Herrmann Model Otak Keseluruhan (Whole Brain Model)
Sumber: Diadaptasi daripada Models of Brain:
Theories of Brain Organisation oleh Charles Cave

Contoh berikut menggambarkan bagaimana individu yang didominasi oleh setiap


kuadran membuat pembelian komputer:

(a) Individu yang menggunakan kuadran A analitikal akan berfikir: „Saya


mahu komputer ini kerana dengan harga $2,000 saya akan dapat 3 GHz
pemproses, 10/100 Ethernet, 4 GB RAM, 80 GB pemacu cakera keras (hard
drive), 2 GB DDR2 ingatan (memory), pemacu DVD boleh ditulis semula dan
sistem operasi Vista.‰

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


172  TOPIK 8 MEMBUAT KEPUTUSAN

(b) Individu yang menggunakan kuadran B organisasi akan berfikir: „Saya


mahu komputer ini kerana ia diundi mempunyai nilai terbaik oleh Laporan
Pengguna; ia mempunyai tiga tahun jaminan dan ia mempunyai sokongan
teknikal seumur hidup.‰

(c) Individu yang menggunakan kuadran C emosional akan berfikir: „Saya


mahukan komputer ini kerana saya suka warnanya. Saya juga ingin beli
komputer ini kerana jurujualnya sangat baik dan berkata saya sentiasa boleh
hubunginya jika saya mempunyai masalah.‰

(d) Individu yang menggunakan kuadran D konseptual akan berfikir: „Saya


ingin komputer ini kerana saya suka reka bentuknya yang baru dan kerana
sistem bunyinya menyerupai bunyi holophonic yang bermaksud saya boleh
bermeditasi dengan mendengar CD meditasi tanpa perlu menggunakan fon
telinga.‰

HBDI telah terbukti berguna dalam budaya organisasi korporat, memupuk


komunikasi antara individu dengan pilihan mental berbeza. Apabila perbezaan
dalam kalangan pekerja bergabung, salah faham dapat dikurangkan dan kerja
berkumpulan ditingkatkan. Satu sinergi akan muncul dan potensi penuh di
tempat kerja dapat dicapai.

Mempelajari kuadran mana yang dominan di otak adalah penting dalam proses
membuat keputusan. Dengan memahami kekuatan dan kelemahan, anda dapat
menjangka bias yang menghalang proses membuat keputusan anda. Contohnya,
jika gaya pemikiran anda didominasi oleh kuadran D, anda lebih mungkin melihat
gambaran keseluruhan tanpa memberi perhatian kepada perincian dan mungkin
memerlukan nasihat daripada individu yang mempunyai gaya pemikiran
kuadran A yang mungkin boleh melihat perincian sesuatu situasi untuk
melengkapkan perspektif luas anda.

AKTIVITI 8.3

Katalah anda ingin membeli kereta. Senaraikan alasan-alasan anda


memilih kereta tertentu, dan bukan kereta lain. Berdasarkan alasan-
alasan untuk keputusan anda, kenal pasti jenis pemikiran anda
mengikut model HBDI.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 8 MEMBUAT KEPUTUSAN  173

8.6 MEMBUAT KEPUTUSAN DALAM


KEHIDUPAN SEHARIAN
Kita membuat keputusan dalam kehidupan seharian dan kita sedar bahawa
kebanyakan keputusan, terutamanya keputusan yang penting dibuat selepas
kerahan mental yang banyak. Namun begitu, bahasa kita penuh dengan luahan
yang menunjukkan keputusan dibuat secara intuitif. Dalam bahasa Inggeris
contohnya, anda sering mendengar individu mengatakan, „I have a gut feeling
that....‰ atau „I can feel it in my heart that...‰ yang menunjukkan perasaan tahu
sebenarnya datang daripada bisikan hati.

Walaupun kecenderungan untuk menilai keputusan kita kepada pelbagai organ


dalaman, sebenarnya, secara sedar atau bawah sedar, kita menggunakan beberapa
alat atau teknik mudah untuk membuat keputusan setiap hari. Ini termasuklah:

(a) Menganalisis kekuatan dan kelemahan alternatif;

(b) Mencabut lidi atau melambung duit syiling;

(c) Beralih kepada kepercayaan tahyul, ibadat atau bentuk keagamaan lain;

(d) Bergantung pada tokoh berwibawa; dan

(e) Menerima pilihan paling mudah, paling cepat dan yang pertama.

Walaupun mekanisme untuk membuat keputusan ini berkesan, ia tidak


membenarkan kita membuat keputusan optimum. Malah dalam masa tertentu
boleh membuatkan kita membuat keputusan yang buruk. Oleh itu, kita
seharusnya menggunakan proses membuat keputusan yang betul dengan sekerap
mungkin.

AKTIVITI 8.4

Pertimbangkan keputusan anda untuk mengambil kursus yang sedang


anda pelajari sekarang. Senaraikan faktor-faktor yang mempengaruhi
keputusan anda. Jika anda diberi peluang untuk melakukannya semula,
tulis langkah-langkah yang anda akan ambil sekarang untuk mencapai
keputusan kali ini. Lihat jika kedua-dua keputusan adalah sama.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


174  TOPIK 8 MEMBUAT KEPUTUSAN

8.7 KITARAN MEMBUAT KEPUTUSAN


BERPANDUKAN BUKTI
Sebanyak mana kita cuba berfikir bahawa keputusan harian kita dibuat dengan
baik, kita sering mencapai keputusan tanpa mengikut proses sepatutnya. Untuk
membuat keputusan berkesan dan tepat, kita perlu mengikuti Kitaran Membuat
Keputusan Berpandukan Bukti.

Kitaran ini mengandungi beberapa siri langkah yang perlu diikuti untuk
menghasilkan keputusan yang tepat dan berkesan (lihat Rajah 8.2).

Rajah 8.2: Kitaran Membuat Keputusan

Langkah-langkah Kitaran Membuat Keputusan Berpandukan Bukti boleh


dikumpulkan dalam tiga tahap utama. Sekarang kita akan meneroka tahap-tahap
ini secara ringkas dengan melihat langkah-langkah yang wujud dalam setiap
tahap.

(a) Langkah Permulaan ă Tahap Pertama Proses

(i) Pencetus: Pencetus ialah apa yang membawa kepada perhatian anda
bahawa terdapat masalah atau bidang yang perlukan peningkatan. Ia
merangkumi mana-mana data, pemerhatian atau laporan yang
memulakan proses.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 8 MEMBUAT KEPUTUSAN  175

(ii) Meneroka: Ini ialah penerokaan apa-apa sahaja yang mencetus proses
untuk menentukan pendekatan paling baik untuk pusingan
seterusnya.

(iii) Menyoal: Ini ialah elemen paling penting. Ia bertindak menentukan


apa keputusan perlu dilakukan dan apa yang anda harap untuk capai
dan juga cadangkan beberapa potensi penyelesaian yang berpotensi.

(b) Memperoleh Maklumat ă Tahap Pertengahan Proses

(i) Mengumpul: Ini ialah proses mendapatkan semua data dan bukti yang
akan anda gunakan dalam proses membuat keputusan.

(ii) Menganalisis: Ini ialah proses menganalisis data dan maklumat yang
telah dikumpulkan untuk mencari trend dan untuk menjawab soalan
yang telah anda kemukakan.

(iii) Menginterpretasi: Ini adalah mengumpulkan jawapan daripada


analisis tadi. Apakah yang data anda beritahu? Apakah kesimpulan
yang boleh anda capai? Apakah tindakan boleh anda cadang
berdasarkan data yang telah anda kumpul? Pada tahap ini, adalah
penting untuk meneliti secara kritikal maklumat yang ada untuk
memastikan anda mencapai kesimpulan yang tepat dan boleh
dipercayai.

(c) Mengubah dan Menilai ă Tahap Akhir Proses

(i) Intervensi atau pelaksanaan: Tahap ini melibatkan melaksanakan


keputusan anda atau permulaan tindakan. Tindakan anda mestilah
berasaskan keputusan; ia mestilah sesuatu yang boleh dilakukan dan
praktikal, diberi sumber dan persekitarannya. Lebih penting, ia
mestilah boleh diukur supaya anda boleh menilainya (lihat langkah
seterusnya).

(ii) Menilai: Tahap ini membenarkan anda menilai bagaimana bagus


keputusan yang anda telah lakukan dan sama ada pencetus awal telah
dijawab.

(iii) Refleksi: Ini ialah tahap akhir proses dan melibatkan penilaian
kesilapan, pelajaran yang telah dipelajari dan penambahbaikan masa
depan. Refleksi membenarkan peningkatan berterusan mana-mana
proses untuk hasil lebih baik jika situasi sama dihadapi pada masa
hadapan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


176  TOPIK 8 MEMBUAT KEPUTUSAN

Proses ini boleh dilihat seperti kitaran yang ditunjukkan dalam Rajah 8.3 dan 8.4.
Perhatikan dalam Rajah 8.4, kotak pencetus dan langkah-langkah seterusnya
merangkumi penerokaan dan pengumpulan data, dan analisis seterusnya
membawa kepada intervensi dan kemuncak penilaian dan refleksi.

Rajah 8.3: Kitaran Membuat Keputusan Berpandukan Bukti

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 8 MEMBUAT KEPUTUSAN  177

Rajah 8.4: Satu contoh Kitaran Membuat Keputusan Berpandukan Bukti sebenar yang
digunakan untuk menentukan bila dan bagaimana memperbaiki prosedur pengajaran
untuk meningkatkan bilangan pelajar yang memperoleh gred yang dikehendaki

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


178  TOPIK 8 MEMBUAT KEPUTUSAN

AKTIVITI 8.5

Cari maklumat lanjut mengenai Kitaran Membuat Keputusan


Berpandukan Bukti dan bincangkannya dengan rakan-rakan sekuliah
anda.

SEMAK KENDIRI 8.1

1. Bolehkah anda berikan dua definisi piawai dalam membuat


keputusan?

2. Terdapat beberapa jenis keputusan ă keputusan sama ada,


keputusan mana satu dan keputusan kontingen. Bezakan antara
tiga jenis keputusan ini.

3. „Membuat keputusan ialah proses berbaik.‰ Apakah yang anda


faham dengan kenyataan ini?

4. Berikan beberapa contoh bias yang boleh mempengaruhi proses


membuat keputusan.

5. Senaraikan empat kuadran otak dan jelaskan secara ringkas ciri-


ciri pemikiran setiap kuadran. Gunakan contoh-contoh untuk
membantu anda menunjukkannya. Jenis gaya pemikiran apakah
yang anda miliki?

6. Bagaimanakah anda membuat keputusan dalam kehidupan


seharian? Adakah keputusan harian anda umumnya berkesan atau
adakah anda fikir terdapat ruang untuk peningkatan?

7. Apakah yang dimaksudkan dengan Kitaran Membuat Keputusan


Berpandukan Bukti? Jelaskan secara ringkas langkah-langkah yang
terlibat dalam pusingan ini. Buat satu contoh khayalan, mungkin
daripada pengalaman hidup sebenar anda, yang Kitaran Membuat
Keputusan Berpandukan Bukti telah digunakan untuk membuat
keputusan berkesan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 8 MEMBUAT KEPUTUSAN  179

8.8 KESAN KUANTITI APABILA MEMBUAT


KEPUTUSAN
Kita sering teringin untuk mengumpulkan lebih banyak maklumat daripada yang
diperlukan untuk membuat sesuatu keputusan. Ini kadangkala boleh membawa
kesan yang buruk. Jika kita mempunyai maklumat yang terlampau banyak, kita
boleh berhadapan dengan beberapa masalah, termasuk:

(a) Penangguhan dalam proses membuat keputusan yang disebabkan masa


yang diperuntukkan untuk mengumpulkan maklumat atau menganalisis
maklumat yang terlalu banyak;

(b) Maklumat berlebihan, menghasilkan ketidakmampuan mengurus dan


memproses maklumat, dan menyebabkan proses membuat keputusan tidak
berkesan atau tidak tepat;

(c) Keletihan mental disebabkan terlalu banyak pilihan yang menghasilkan


kerja yang buruk;

(d) Penggunaan maklumat terpilih disebabkan oleh ketidakmampuan


mendekati „maklumat terlalu banyak‰ secara objektif; dan

(e) Keletihan keputusan atau kelumpuhan keputusan yang terhasil akibat


terlalu banyak keputusan dan terlalu banyak pilihan, menyebabkan
keputusan yang dibuat tergesa-gesa dan tidak baik.

Untuk membayangkan kesan-kesan maklumat yang terlalu banyak terhadap


proses membuat keputusan, bayangkan anda terpaksa memilih pilihan makanan
daripada satu set menu seperti berikut:

(a) Menu 1 mengandungi 2 item yang memberikan hanya nama item;

(b) Menu 2 mengandungi 10 item yang memberikan hanya nama item;

(c) Menu 3 memberikan 10 item yang mengandungi nama item dan bahan-
bahannya; dan

(d) Menu 4 mengandungi 20 item yang memberikan nama item, bahan, kiraan
kalori, resipi, masa diambil untuk memasak, berat, warna dan sebagainya.

Saya berpendapat kebanyakan kita akan mendapati Menu 1 paling mudah


digunakan dan Menu 4 pastinya mustahil untuk digunakan? Adakah anda
bersetuju?

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


180  TOPIK 8 MEMBUAT KEPUTUSAN

8.9 ALIRAN KEPUTUSAN


Ia adalah penting untuk memahami bahawa keputusan bukanlah proses mental
terasing tetapi dilakukan dalam konteks keputusan lain. Setiap keputusan adalah
berdasarkan beberapa keputusan terdahulu dan akan seterusnya membawa
kepada beberapa keputusan lain. Interaksi antara keputusan ini dinamakan Aliran
Keputusan. Jadi, boleh dikatakan bahawa setiap keputusan:

(a) Mengikut keputusan terdahulu;

(b) Membolehkan keputusan masa depan dibuat; dan

(c) Menidakkan keputusan lain.

Faktor ini selalunya menghalang kita apabila membuat keputusan. Secara khusus,
pengetahuan kita bahawa satu keputusan menidakkan keputusan lain boleh
melumpuhkan kita secara mental dan boleh menjejaskan kebolehan kita untuk
membuat pilihan yang tepat. Bayangkan jika anda suka kedua-dua kek coklat dan
ais krim coklat dan tidak dapat memilih antara keduanya kerana anda terlalu malu
untuk meminta kedua-duanya di hadapan rakan anda. Namun, adalah lebih
penting bagi anda untuk membuat keputusan ă apa-apa keputusan ă kerana
keputusan yang tidak dibuat mungkin menyebabkan membuat keputusan secara
lalai atau keputusan dibuat untuk anda, yang selalunya lebih buruk daripada anda
membuat keputusan yang salah.

8.10 KUALITI KEPUTUSAN


Kualiti keputusan ialah ukuran sama ada sesuatu keputusan yang dibuat adalah
baik atau buruk. Ia adalah penting untuk mengambil ingatan bahawa keputusan
yang baik boleh menghasilkan hasil buruk dan kualiti keputusan tidak berkait
dengan hasil keputusan tetapi berkait dengan langkah-langkah yang diambil
untuk mencapai keputusan. Kita mungkin, secara kebetulan, membuat keputusan
yang menghasilkan hasil yang baik yang tidak dijangka tetapi ini masih lagi satu
keputusan buruk kerana kita tidak mengikut langkah-langkah membuat
keputusan yang betul. Satu contoh yang baik diberi di http://www.
virtualsalt.com/crebook5.htm: Jika anda membaling damak kepada senarai
saham dan membeli saham yang terkena damak, keputusan anda ialah keputusan
yang buruk, walaupun nilai saham mungkin meningkat.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 8 MEMBUAT KEPUTUSAN  181

Kualiti keputusan boleh dinilai dengan mempertimbangkan faktor berikut:

(a) Adakah keputusan itu memenuhi dengan lebih baik dan berkesan objektif
yang dinyatakan berbanding alternatif lain?

(b) Adakah keputusan itu mengambil kira kesan sampingan, kelemahan atau
pertimbangan etika?

(c) Adakah keputusan itu boleh diterima oleh orang yang menerima kesannya?

Perkara ketiga adalah penting untuk dipertimbangkan apabila anda membuat


keputusan yang mempengaruhi ramai orang. Bagi sesuatu keputusan untuk
dilaksanakan, ia adalah penting bahawa orang yang melaksanakannya ialah
mereka yang menerima kesan, menerima keputusan pada tahap emosional dan
intelektual. Satu keputusan yang sangat baik di atas kertas mungkin tidak
praktikal atas beberapa alasan sosial. Atas sebab inilah kerajaan selalunya
membuat keputusan yang nampak kurang sempurna apabila dilihat dari
perspektif individu. Perlu diingat bahawa kerajaan perlu memuaskan hati jutaan
rakyat dan apa yang nampak jelas dan mudah kepada anda mungkin tidak
selalunya boleh diterima oleh semua.

8.11 RISIKO
Risiko ialah komponen penting dalam membuat keputusan kerana hasil
keputusan melibatkan ketidaktentuan. Jangan cuba untuk mengelak risiko apabila
membuat keputusan kerana jika anda melakukan demikian, anda mungkin
mengetepikan pilihan yang radikal dan bagus. Sebaliknya, cubalah untuk
meminimumkan risiko sebanyak mungkin sambil terus membuat keputusan
berdasarkan langkah-langkah betul dan logik. Secara umumnya, sebelum anda
memasuki situasi bahaya, terdapat beberapa perkara untuk diambil kira mengenai
pengambilan risiko:

(a) Putuskan sama ada risiko itu perlu atau diingini.

(b) Letakkan risiko kepada sebab yang betul bila anda tenang dan dapat berfikir.

(c) Mempunyai matlamat.

(d) Tentukan kemungkinan kerugian dan juga keuntungan.

(e) Apabila mungkin, mengambil satu risiko pada satu masa.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


182  TOPIK 8 MEMBUAT KEPUTUSAN

(f) Gunakan bayangan atau main peranan untuk bekerja melalui pelbagai
kemungkinan.

(g) Gunakan perancangan.

(h) Bertindak dengan tegas.

(i) Jangan mengharap kejayaan sempurna.

Untuk mengurangkan risiko, terdapat beberapa strategi pengurusan risiko untuk


dipertimbangkan:

(a) Singkirkan kemungkinan terpencil dan tidak realistik.

(b) Sejauh mungkin, elakkan bencana/kegagalan.

(c) Kenal pasti kompromi.

(d) Maksimumkan nilai jangkaan.

AKTIVITI 8.6

Kebanyakan orang ada insurans. Insurans ialah satu bentuk


pemindahan risiko, iaitu pihak yang diinsuranskan memindahkan
kerugian kontingen kepada pihak yang menginsuranskan untuk satu
premium.

Adakah dengan memiliki insurans mengurangkan risiko? Bagaimanakah


apabila diinsuranskan untuk sesuatu risiko mempengaruhi pembuatan
keputusan berkait dengan risiko tersebut? Bincangkan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 8 MEMBUAT KEPUTUSAN  183

 Membuat keputusan ialah proses mengurangkan ketidaktentuan dan


keraguan mengenai alternatif untuk membenarkan pilihan munasabah dibuat
daripadanya.

 Terdapat tiga jenis keputusan asas ă keputusan sama ada, keputusan mana
satu dan keputusan kontingen.

 Membuat keputusan ialah proses tidak linear, berkesinambungan.

 Bias sering mempengaruhi proses membuat keputusan kita. Sesetengah


daripada sumber biasa bias dalam proses membuat keputusan termasuklah
pencarian bukti berpilih, penamatan awal pencarian bukti, kebekuan (inertia),
kebaharuan dan bias pengulangan.

 Beberapa ahli teori kognitif percaya bahawa otak manusia dibahagi kepada
empat kuadran gaya pemikiran ă Analitikal/Logik (Atas Kiri); Organisasi
(Bawah Kiri); Emosional/Interpersonal (Bawah Kanan); dan Konseptual/
Imaginatif (Atas Kanan). Mempelajari kuadran mana yang dominan dalam
otak anda adalah penting untuk proses membuat keputusan.

 Untuk membuat keputusan yang berkesan dan tepat, kita perlu mengikut
Kitaran Membuat Keputusan Berpandukan Bukti. Kitaran ini mempunyai
langkah-langkah bersiri: pencetus; meneroka; menyoal; mengumpul;
menganalisis; menginterpretasi; intervensi; menilai dan refleksi.

 Ramai membuat keputusan cenderung mencari lebih banyak maklumat


daripada yang diperlukan untuk membuat keputusan yang baik. Ini
mengakibatkan penangguhan dalam membuat keputusan.

 Terdapat banyak keputusan di sekeliling sesuatu keputusan, banyak


keputusan yang dibuat terlebih dahulu membawa kepada keputusan ini dan
menjadikannya sesuatu yang boleh direalisasi dan terbatas. Banyak lagi
keputusan akan terhasil daripadanya.

 Kualiti sesuatu keputusan tidak berkait dengan hasilnya: satu keputusan yang
baik ialah keputusan logik yang berasaskan maklumat yang ada dan ia
menggambarkan pilihan-pilihan pembuat keputusan.

 Semua keputusan melibatkan risiko. Risiko ini mesti dipertimbangkan dan


diuruskan bila mana mungkin.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


184  TOPIK 8 MEMBUAT KEPUTUSAN

Aliran keputusan Kebaharuan


Bias menyokong-pilihan Kualiti keputusan
Bias pengulangan Membuat keputusan
Bias sumber boleh dipercayai Pemikiran kumpulan
Instrumen Otak Dominan Herrmann Risiko
Kaku

1. Bagaimanakah anda mendefinisikan membuat keputusan?

2. Terdapat tiga jenis keputusan asas ă keputusan sama ada, keputusan mana
satu dan keputusan kontingen. Bolehkah anda membezakan ketiga-tiganya?

3. Membuat keputusan ialah proses tidak linear, berkesinambungan. Apakah


yang anda faham dengan kenyataan ini?

4. Bias sering mempengaruhi proses membuat keputusan kita. Bias ini selalu
mengurangkan kebolehan kita untuk membuat keputusan yang tepat atau
mempengaruhi keputusan kita ke arah yang tidak ideal. Senaraikan dan
jelaskan beberapa bentuk biasa bias-bias yang mempengaruhi kebolehan
membuat keputusan kita.

5. Apakah empat kuadran otak dan apakah ciri-ciri pemikiran yang dimiliki
oleh individu yang didominasi oleh setiap satu kuadran ini?

6. Kitaran Membuat Keputusan Berpandukan Bukti dibentuk oleh langkah-


langkah bersiri. Senarai dan terangkan dengan ringkas setiap langkah ini.
Bolehkah anda gambarkan dengan satu contoh bagaimana pusingan
membuat keputusan berpandukan bukti boleh digunakan untuk
menghasilkan kesimpulan?

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 8 MEMBUAT KEPUTUSAN  185

7. „Keputusan dibuat sebenarnya dalam konteks keputusan-keputusan lain.‰


Apakah maksud kenyataan ini kepada anda?

8. Bagaimanakah anda mendefinisikan satu keputusan yang baik?

9. Setiap keputusan melibatkan elemen risiko. Apakah perkara yang perlu


diberi pertimbangan sebelum anda memasuki situasi bahaya?

Bellamy, L., Evans, D. L., Linder, D. E., McNeill, B. W., & Raupp, G. (1994). Team
training workbook. Arizona State University. Dicapai dari http://www.
eas.ase.edu/~asufc/teaminginfo.teamwkbk.pdf

Beyth-Marom, R., Fsichoff, B., Jacobs-Quadrel, M. & Furby, L. (1991). Teaching


decision making to adolescents: A critical review. Dlm. J. Baron & R. V.
Brown (Pnyt.), Teaching decision making to adolescents, (hlmn. 19ă60).
Hillsdale, NJ: Lawrence Erlbaum Associates.

Butler, G. A. (2007). Whole brain thinking. Dicapai dari http://holistic-personal-


development.com/2007/11/13/whole-brain-thinking/

Butler, G. A. (2007). Whole brain thinking. Dicapai dari http://holistic-personal-


development.com/2007/11/13/whole-brain-thinking/

Changing Minds. (2011). Theories about decision making. Dicapai dari http://
changingminds.org/explanations/theories/a_decision.htm

Dudiy, S. (2005). Use a decision tree analysis to systematically arrive at your


smartest choice. Dicapai dari http://www.time-management-guide.com/
decision-tree.html

Harris, R. (2009). Introduction to decision making. Dicapai dari http://www.


virtualsalt.com/crebook5.htm

Infinite Innovations Ltd. (2006). Dicapai dari www.brainstorming. co.uk

MindTools.com. (2010). Decision making techniques. Dicapai dari http://www.


mindtools.com/pages/main/newMN_TED.htm

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


186  TOPIK 8 MEMBUAT KEPUTUSAN

Ministry of Education (New Zealand). (t. t.). The evidence-driven decision making
cycle. Dicapai dari http://www.tki.org.nz/r/governance/consider/decision
-making-cycle_e.php

New Zealand Ministry of Education. (2010). The evidence-driven decision making


cycle. Dicapai dari http://www.tki.org.nz/r/governance/consider/decision
-making-cycle_e.php

Swinton, L. (t. t.). Kurt LewinÊs force field analysis: Decision making made easy.
Dicapai dari http://trans4mind.com/counterpoint/swinton 4.html

Von Winterfeldt, D. & Edwards, W. (1986). Decision analysis and behavioral


research. New York, NY: Cambridge University Press.

Wikipedia. (2010). Decision making. Dicapai dari http://en. wikipedia.org/wiki/


Decision_making

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


Topik  Strategi dan
Alat untuk
9 Membuat
Keputusan
Akhir
HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Menerangkan pendekatan berbeza dalam membuat keputusan;
2. Mengenal pasti strategi membuat keputusan dan peranan risiko dalam
proses membuat keputusan;
3. Menghuraikan bentuk berbeza membuat keputusan secara
berkumpulan; dan
4. Menerangkan bagaimana menggunakan alat atau teknik membuat
keputusan dalam proses membuat keputusan.

 PENGENALAN

„Saya tidak perlu lebih banyak keputusan! Saya perlu lebih banyak orang!‰

(Seorang Jeneral tanpa nama dalam pertempuran


Stalingrad semasa Perang Dunia Kedua)

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


188  TOPIK 9 STRATEGI DAN ALAT UNTUK MEMBUAT KEPUTUSAN AKHIR

Dalam topik terdahulu telah diterangkan proses membuat keputusan dan bentuk
keputusan berbeza yang kita perlu lakukan seharian. Kemudian kita telah terokai
corak pemikiran berdasarkan instrumen Herrmann Brain Dominance yang
memberi kesan kepada proses membuat keputusan kita. Kita telah bincang
Kitaran Membuat Keputusan Berpandukan Bukti yang berupaya menjadi alat
dalam membantu membuat keputusan yang tepat dan berkesan. Kita akhiri
dengan membincangkan kualiti bagi keputusan yang baik.

Topik ini akan memfokuskan kepada bagaimana untuk membuat keputusan


muktamad melalui beberapa pendekatan dan strategi yang berguna. Kita
kemudian akan membandingkan proses membuat keputusan individu dan
kumpulan. Akhir sekali, pengenalan kepada beberapa alatan dalam membuat
keputusan yang biasa diguna dalam perniagaan dan politik akan dilakukan.

9.1 PENDEKATAN MEMBUAT KEPUTUSAN


Satu keputusan boleh dianggap sebagai kemuncak proses membuat keputusan
seperti yang dibincangkan dalam Topik 8.

Dalam kehidupan peribadi, kita mungkin menjadi orang yang kerap membuat
keputusan akhir bila berhadapan pelbagai isu dan pilihan. Dalam kumpulan,
organisasi atau perniagaan yang ada beberapa orang yang terlibat dalam operasi
seharian, membuat keputusan boleh dilakukan sama ada di salah satu tahap
berikut:

(a) Autoritarian
Dalam membuat keputusan autoritarian, ketua atau individu yang berkuasa
membuat keputusan akhir berdasarkan pertimbangan beliau atau selepas
perbincangan dengan rakan sekerja dan para pekerja. Ketua ini
kemudiannya perlu menjelaskan keputusan tersebut kepada ahli kumpulan
lain yang terlibat dan memantau daripada penerimaan kepada perlaksanaan
dan penilaian.

(b) Kumpulan
Dalam membuat keputusan secara berkumpulan beberapa orang yang
membentuk kumpulan berkongsi input masing-masing dalam membuat
keputusan akhir. Mereka boleh mencapai keputusan ini dengan bertukar-
tukar idea dan analisis serta lambat laun bersetuju dengan perincian
perlaksanaan dan susulan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 9 STRATEGI DAN ALAT UNTUK MEMBUAT KEPUTUSAN AKHIR  189

Membuat keputusan secara berkumpulan boleh dicapai melalui sekurang-


kurangnya dua bentuk proses membuat keputusan:

(a) Perbincangan Bebas


Satu masalah dibincangkan secara bebas dan terbuka dalam kumpulan dan
pelbagai pendekatan terhadap penyelesaian masalah dicari.

(b) Perbincangan Perkembangan (juga dikenali sebagai perbincangan


berstruktur)
Melibatkan pemecahan masalah kepada beberapa komponen. Kumpulan
perlu mencapai matlamat yang ditetapkan bagi setiap bahagian masalah.
Pendekatan ini kurang inovasi namun lebih menyeluruh, berkesan dan
menjimatkan penggunaan sumber. Memandangkan membuat keputusan
secara berkumpulan lebih berkesan dan menjimatkan maka ia perlu
dilakukan sekerap mungkin. Sama seperti dalam kehidupan peribadi, kita
kerap mendapati dalam membuat keputusan yang besar adalah lebih baik
dengan bantuan dan pertolongan keluarga dan rakan.

Dalam senario perniagaan dan kumpulan, membuat keputusan secara


berkumpulan telah terbukti penting bagi alasan lain. Orang lebih cenderung untuk
melaksanakan idea yang dianggap kepunyaan mereka berbanding dengan idea
yang dipaksakan orang yang berautoriti.

9.2 STRATEGI MEMBUAT KEPUTUSAN


Setiap masalah mempunyai beberapa penyelesaian dan sebahagian daripada
proses membuat keputusan ialah memilih penyelesaian terbaik daripada beberapa
pilihan. Pemilihan dalam mencari penyelesaian terbaik ditentukan oleh faktor
berikut:

(a) Sumber yang ada termasuk sumber tenaga dan kewangan;

(b) Kekangan masa;

(c) Teknologi yang ada;

(d) Kemungkinan membuat keputusan yang salah (terutamanya dalam kes


yang melibatkan keputusan berkenaan kesihatan atau nyawa manusia); dan

(e) Pandangan umum.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


190  TOPIK 9 STRATEGI DAN ALAT UNTUK MEMBUAT KEPUTUSAN AKHIR

Ia adalah penting untuk mengambil kira kesulitan yang dihadapi dalam


melaksanakan sebarang keputusan tanpa hilang arah terhadap matlamat.
Bersandarkan perkara ini dalam ingatan, terdapat beberapa strategi yang
digunakan dalam memilih penyelesaian yang optimum:

(a) Maximin (Memaksimumkan Minimum)


Kemungkinan terburuk setiap keputusan dianalisis dan keputusan yang
mengandungi paling kurang kesan buruk sebagai hasil akan dipilih. Strategi
ini berguna terutamanya apabila kesan membuat keputusan salah adalah
sangat tidak diingini.

(b) Maximax (Memaksimumkan Maksimum)


Alternatif yang mengandungi hasil pulangan tertinggi dipilih. Strategi ini
berguna kerana mengambil risiko adalah sesuatu yang amat diterima dan
kurang kemungkinan untuk menghasilkan kesan negatif yang ekstrem.

(c) Optimising
Pilihan terbaik bagi menyelesaikan masalah dipilih. Ini ialah strategi yang
mengandaikan sumber dan keupayaan tanpa had bagi menyelesaikan
sebarang masalah tertentu.

(d) Satisficing (Memuaskan dan Mencukupi)


Pilihan pertama yang memuaskan dipilih. Ini ialah strategi yang paling
banyak digunakan dalam membuat keputusan harian seperti memilih di
mana untuk meletakkan kereta di parkir atau minuman apa yang hendak
diminum pada hari yang panas.

9.3 MEMBUAT KEPUTUSAN SECARA


BERKUMPULAN: KAEDAH
Kita telah lihat dalam Subtopik 9.1 bahawa membuat keputusan secara
berkumpulan adalah lebih berkesan dan sempurna berbanding dengan membuat
keputusan secara individu. Kita sekarang akan bincang secara ringkas sebahagian
kaedah membuat keputusan secara berkumpulan.

Johnson dan Johnson (2000) menerangkan tujuh kaedah yang kumpulan boleh
guna untuk membuat keputusan yang berkesan. Ini boleh diringkaskan seperti
yang berikut:

(a) Keputusan yang dibuat pihak berwajib tanpa perbincangan kumpulan;

(b) Keputusan oleh pakar;

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 9 STRATEGI DAN ALAT UNTUK MEMBUAT KEPUTUSAN AKHIR  191

(c) Keputusan dengan mengambil purata pandangan individu;

(d) Keputusan yang dibuat oleh pihak berwajib setelah perbincangan


berkumpulan;

(e) Keputusan oleh minoriti;

(f) Keputusan oleh undian majoriti; dan

(g) Keputusan sebulat suara.

Walaupun setiap keputusan tadi ada kekuatan dan kelemahan masing-masing,


kaedah terakhir, keputusan sebulat suara selalunya ialah kaedah paling berkesan
dan memberikan keputusan terbaik dalam tempoh lama. Oleh itu, jika anda
berada dalam keadaan membimbing atau memandu arah terhadap proses
membuat keputusan kumpulan, cuba untuk mengemudi arah agar keputusan
akhir yang dibuat berdasarkan keputusan sebulat suara kumpulan.

SEMAK KENDIRI 9.1

1. Terdapat dua pendekatan utama dalam membuat keputusan, iaitu


membuat keputusan secara autoritarian dan membuat keputusan
secara berkumpulan. Bandingkan kedua-dua pendekatan ini.
Antara dua pendekatan ini manakah yang lebih baik? Kenapakah
anda berfikir sedemikian?

2. Kita telah bincang empat strategi membuat keputusan. Secara


ringkas terangkan setiap strategi dan bandingkannya.

3. Kita telah lihat lima cara untuk membuat keputusan. Bolehkah


anda senaraikan dan terangkan setiap satu daripadanya?

4. Kita juga telah bincangkan tujuh kaedah yang boleh digunakan


untuk membuat keputusan kumpulan. Bolehkah anda mengingati
semula kesemuanya? Kaedah mana satukah yang anda akan
gunakan sekiranya anda berada dalam kumpulan? Huraikan
pilihan anda.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


192  TOPIK 9 STRATEGI DAN ALAT UNTUK MEMBUAT KEPUTUSAN AKHIR

AKTIVITI 9.1

1. Layari http://www.foundationcoalition.org/home/keycompone
nts/teams/decision2.html dan buat nota kelebihan dan
kekurangan (disebut Kekuatan dan Kelemahan dalam jadual yang
tertera di laman web) bagi setiap kaedah membuat keputusan
kumpulan. Catatkan masa yang paling sesuai menggunakan setiap
kaedah ini. Dengan menggunakan informasi tersebut, bincang
sesama sendiri contoh kisah benar mana yang salah satu daripada
kaedah ini boleh digunakan bagi mendapatkan keputusan terbaik
dan juga sebahagian daripada kaedah yang terbukti berkesan.

2. Membuat keputusan kebiasaannya ialah soal antara hidup dan mati


bagi askar dalam perang. Pilih tiga kaedah membuat keputusan
secara berkumpulan yang boleh digunakan dalam situasi
berperang. Terangkan bgaimana anda rasakan kaedah ini berkesan.

3. Fikirkan keputusan yang baru dibuat oleh sebuah kumpulan yang


anda telah menjadi sebahagian daripada ahli (misalnya, keluaga,
jabatan, kumpulan tutorial, kumpulan sukan dan kelab peminat).
Senaraikan kekuatan dan kelemahan kaedah yang digunakan dalam
pembuatan keputusan tersebut. Adakah keputusan tersebut
berkemungkinan menjadi keputusan terbaik?

9.4 ALAT MEMBUAT KEPUTUSAN


Ada beberapa alat atau teknik yang boleh digunakan untuk membantu anda
membuat keputusan yang sesuai. Alat ini membantu anda untuk melakar
kebarangkalian keputusan, menentukan kepentingan faktor individu dan
pemilihan tindakan terbaik untuk diambil. Contohnya, alat membuat keputusan
termasuklah:

(a) Analisis Grid ă Membuat pemilihan antara pilihan yang baik;

(b) Pokok Keputusan ă Pemilihan antara pilihan dengan memberi tumpuan


kepada hasil berkemungkinan berlaku;

(c) Plus, Minus, Interesting (PMI) ă Menimbang persetujuan dan penolakan


keputusan;

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 9 STRATEGI DAN ALAT UNTUK MEMBUAT KEPUTUSAN AKHIR  193

(d) Analisis Force Field ă Menganalisis tekanan yang menyokong dan


menentang perubahan;

(e) Analisis Pareto ă Memilih perubahan paling penting untuk dibuat;

(f) Analisis Perbandingan Berpasangan ă Menilai kepentingan relatif pilihan


berbeza;

(g) Enam Topi Pemikiran ă Melihat keputusan daripada pelbagai arah;

(h) Analisis Kos/Keuntungan ă Mengambil kira sama ada perubahan wajar


dilakukan.

Teknik ini dibentuk ke atas alatan yang telah dibincangkan dalam bahagian Alat
Penyelesaian Masalah (Topik 7), dalam membuat keputusan ia mengikut
pemahaman situasi tersebut. Walau bagaimanapun, alat ini hanya wujud bagi
membantu keintelektualan dan akal budi yang sebenarnya merupakan aset
penting dalam membuat keputusan yang baik.

Sekarang kita akan lihat sebahagian alat ini dengan lebih terperinci.

9.4.1 Analisis Grid: Membuat Pemilihan yang Banyak


Faktor Perlu Dipertimbangkan
Analisis Grid ialah teknik mudah yang biasa digunakan untuk memilih antara
beberapa pilihan yang baik. Ia ada kalanya juga dikenali sebagai Analisis Matriks
Keputusan atau Analisis Matriks Pugh. Analisis Grid dilakukan dengan
membentuk grid jadual dan menyenaraikan pilihan sebagai baris dalam jadual
dan faktor sebagai lajur. Bila ini telah dilakukan, anda memberi markah kepada
setiap kombinasi pilihan/faktor dan kemudian jumlahkan markah bagi
mendapatkan markah keseluruhan bagi setiap pilihan.

Proses dalam Analisis Grid boleh diringkaskan seperti yang berikut:

(a) Senaraikan pilihan anda sebagai baris dalam jadual dan senaraikan faktor
dalam lajur;

(b) Tentukan kepentingan setiap faktor dan letakkan nombor bagi


melambangkan kepentingan berbanding pilihan lain;

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


194  TOPIK 9 STRATEGI DAN ALAT UNTUK MEMBUAT KEPUTUSAN AKHIR

(c) Bagi setiap pilihan faktor, beri markah dalam julat 0 (lemah) kepada 5
(sangat baik) sehingga jadual penuh.

(d) Darab markah bagi setiap pilihan dengan pemberat yang ditentukan untuk
setiap faktor pada No. 2 di atas; dan

(e) Tambah markah bagi setiap pilihan dan bandingkan keputusan keseluruhan
untuk mencapai keputusan anda.

Jadual 9.1 memberi ilustrasi proses dalam Analisis Grid.

Jadual 9.1: Analisis Grid Menunjukkan Penilaian Pemberat


Bagaimana Setiap Jenis Kereta Memuaskan Setiap Faktor

Ruang
Faktor Kos Board Keselesaan Kegembiraan Paparan Jumlah
Simpan

Berat 4 5 1 2 3 4 19

Kereta
4 0 0 2 9 12 27
sukan

SUV/44 0 15 2 4 3 4 28

Kereta
8 10 1 6 0 0 25
keluarga

Wagon 8 15 3 6 0 4 36

Sumber: http://www.mindtools.com/pages/article/newTED_03.htm

AKTIVITI 9.2

Menggunakan Jadual 9.1 sebagai templet, bina analisis grid untuk


membuat keputusan. Satu contoh yang baik adalah untuk menentukan,
sama seperti tadi, kereta apa yang hendak dibeli untuk diri sendiri.
Isikan jadual yang setara untuk menentukan bagaimana anda akan
sampai kepada membuat keputusan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 9 STRATEGI DAN ALAT UNTUK MEMBUAT KEPUTUSAN AKHIR  195

9.4.2 Analisis Pokok Keputusan: Memilih antara


Pilihan dengan Memaparkan Hasil yang Besar
Kemungkinannya
Pokok keputusan ialah alat yang boleh digunakan untuk membolehkan anda
memilih beberapa tindakan yang berkemungkinan. Dengan menggambarkan
risiko dan pilihan yang berkaitan dengan setiap pilihan tindakan membolehkan
anda untuk menimbang akibat kebarangkalian keputusan sebelum anda benar-
benar membuat keputusan tersebut.

Rajah 9.1 menunjukkan gambaran pokok keputusan yang mudah. Ikut cara
berikut untuk melukis pokok keputusan:

(a) Keputusan anda dilambangkan dengan sebuah kotak pada bahagian kiri
kertas anda;

(b) Lukiskan garisan ke bahagian kanan dari kotak itu bagi memberi gambaran
setiap kemungkinan keputusan;

(c) Pada hujung setiap garisan, pertimbangkan keputusan bagi pemilihan. Jika
pemilihan membawa kepada keputusan yang jelas jadikan ia pengakhiran
garisan. Jika pemilihan membawa kepada keputusan yang samar tunjukkan
ia dengan melukis bulatan. Jika satu lagi pemilihan perlu dibuat tunjukkan
dengan melukis satu lagi kotak; dan

(d) Teruskan proses ini sehingga kesemua hasil anda telah dilukis dengan jelas.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


196  TOPIK 9 STRATEGI DAN ALAT UNTUK MEMBUAT KEPUTUSAN AKHIR

Rajah 9.1: Contoh pokok keputusan

Pokok keputusan boleh menjadi sangat rumit dan juga boleh melibatkan nilai
yang dikira bagi setiap nod. Layari laman sesawang berikut untuk maklumat
lanjut dan contoh bagaimana untuk membina pokok keputusan yang berkesan:
http://www.time-management-guide.com/decision-tree.html

9.4.3 PMI: Menimbang Persetujuan dan Penolakan


Keputusan
PMI bermakna Plus/Minus/Interesting (Campur, Tolak, Menarik) dan ia alat
yang sangat mudah serta berguna untuk membuat keputusan yang cepat dan
berkesan. Ia juga amat berguna bagi menentukan sama ada anda perlu membuat
keputusan pada peringkat awal kerana ada ketikanya pilihan terbaik mungkin
merupakan tidak mengambil tindakan langsung.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 9 STRATEGI DAN ALAT UNTUK MEMBUAT KEPUTUSAN AKHIR  197

Sama seperti Analisis Grid, PMI juga dalam bentuk jadual:

(a) Buat jadual dengan tiga lajur dengan label Plus, Minus dan Interesting;

(b) Dalam lajur Plus, senaraikan semua akibat positif daripada pengambilan
tindakan tertentu;

(c) Dalam lajur Minus, senaraikan semua akibat negatif;

(d) Dalam lajur Interesting, tulis sebarang implikasi, ketidaktentuan, komen dan
sebagainya yang mungkin mempengaruhi keputusan atau mengubah
pilihan ada; dan

(e) Berikan markah positif atau negatif bagi setiap poin kemudian jumlahkan
markah bagi menunjukkan tindakan mana yang perlu diambil; jika ada.

Contoh berikut menunjukkan bagaimana kaedah PMI dilakukan.

Andaikan seorang ahli profesional muda sedang memilih di mana hendak tinggal.
Soalan beliau, „Adakah saya perlu berpindah ke bandar besar?‰ Beliau melakar
jadual PMI seperti Jadual 9.2.

Jadual 9.2: Menimbang Persetujuan dan Penolakan Keputusan

Plus Minus Interesting

Banyak perkara berlaku Perlu jual rumah (-6) Lebih mudah untuk
(+5) mencari kerja baharu? (+1)
Lebih banyak pencemaran
Lebih mudah berjumpa (-3) Bertemu lebih ramai
kawan-kawan (+5) orang? (+2)
Kurang ruang (-3)
Lebih mudah ke banyak Sukar menyiapkan kerja
tempat (+3) Tiada luar bandar (-2) sendiri? (-4)
Susah ke tempat kerja (-4)

+13 -18 -1

Sumber: http://www.mindtools.com/pages/article/newTED_05.htm

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


198  TOPIK 9 STRATEGI DAN ALAT UNTUK MEMBUAT KEPUTUSAN AKHIR

AKTIVITI 9.3

Buat carian di Internet untuk mendapatkan contoh bagaimana


membentuk kerangka PMI.

Terdapat beberapa alat membuat keputusan lain yang tidak dibincangkan. Ini
termasuk Analisis Pareto, Analisis Perbandingan Berpasangan, Analisis Force
Field, Teknik Enam Topi Pemikiran dan Analisis Kos/Keuntungan. Anda boleh
meneroka teknik ini dengan mencari informasi di Internet. Sebahagian daripada
teknik ini seperti Analisis Kos/Keuntungan adalah spesifik kepada senario
perniagaan manakala yang lain seperti Teknik Enam Topi Pemikiran mungkin
bermanfaat dalam membuat keputusan individu.

Gunakan laman web berikut sebagai langkah permulaan untuk mendapatkan


maklumat lanjut bagi teknik berikut:

(a) Analisis Pareto


http://www.mindtools.com/pages/article/newTED_01.htm

(b) Analisis Perbandingan Berpasangan


http://www.trans4mind.com/counterpoint/swinton4.shtml
http://wwwmindtools.com/pages/article/newTED_02.htm

(c) Analisis Force Field


http://www.mindtools.com/pages/article/newTED_06.htm

(d) Teknik Enam Topi Pemikiran


http://www.mindtools.com/pages/article/newTED_07.htm

AKTIVITI 9.4

Imbas kembali masa anda membuat keputusan untuk mengambil


kursus yang anda ikuti sekarang. Gunakan alat membuat keputusan
yang diberi dalam bahagian ini untuk melihat keputusan anda dari
perspektif berbeza. Adakah keputusan anda akan berbeza sekiranya
anda menggunakan alatan ini pada waktu itu?

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 9 STRATEGI DAN ALAT UNTUK MEMBUAT KEPUTUSAN AKHIR  199

9.5 BEBERAPA PANDUAN DALAM MEMBUAT


KEPUTUSAN AKHIR
Poin berikut hanyalah sebahagian daripada garis panduan umum kepada
membuat keputusan yang baik. Kebanyakannya adalah common sense dan anda
mungkin telah memikirkannya pada masa tertentu.

(a) Buat keputusan hanya pada keputusan yang anda perlu buat sahaja.

(b) Membuat keputusan adalah dengan membuat pemilihan daripada pelbagai


alternatif. Ia bukanlah membuat pilihan antara betul dengan salah.

(c) Elakkan daripada membuat keputusan yang terburu-buru. Buat segera bagi
keputusan boleh berubah tetapi ambil masa bagi keputusan yang tidak boleh
berubah.

(d) Buat keputusan bila mana masih ada masa. Ini kerana membuat pilihan tepat
pada masa yang salah sama seperti membuat keputusan yang salah pada
masa yang betul.

(e) Tulis pemikiran anda sewaktu membuat keputusan. Nota dan idea anda
akan membantu anda menimbangkan semua informasi berkaitan bila
membuat keputusan akhir.

(f) Pemikiran anda akan menjadi lebih jelas dan hujah menjadi lebih senang
difahami sekiranya anda menyenaraikan kelebihan dan kelemahan setiap
tindakan. Ini juga akan menjadikan keputusan yang dibuat lebih mantap.

(g) Jangan biarkan keputusan yang kecil terkumpul menjadi keputusan yang
besar, pemutusan kompleks yang mungkin akan membebankan dan
menjadi sukar untuk ditangani. Buat keputusan yang kecil dari semasa ke
semasa.

(h) Mereka yang terlibat dalam keputusan anda perlu turut dilibatkan dalam
proses membuat keputusan bila mana perlu. Ini akan meningkatkan
komitmen mereka.

(i) Anda tidak mungkin mendapat kepastian sepenuhnya bahawa anda telah
membuat keputusan yang tepat kerana kesan keputusan anda hanya akan
berlaku di masa akan datang. Buat keputusan dan jangan risaukannya lagi.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


200  TOPIK 9 STRATEGI DAN ALAT UNTUK MEMBUAT KEPUTUSAN AKHIR

(j) Gunakan pendekatan OAR dalam membuat keputusan. Lihat pada O


(objektif) yang ingin dicapai, A (alternatif) yang ada untuk anda dan R
(risiko) terhadap alternatif yang anda sedang pertimbangkan.

(k) Ingat bahawa tidak membuat keputusan adalah keputusan untuk tidak
mengambil tindakan.

(l) Yakin pada diri sendiri untuk membuat keputusan dan berupaya untuk
menghadapi akibat sewajarnya.

(m) Jangan buang masa membuat keputusan yang tidak perlu dibuat.

(n) Tentukan langkah alternatif sesuatu tindakan sebelum mengumpul data.

(o) Sekiranya anda membuat keputusan individu sebagai ganti keputusan


kumpulan, berhati-hati bahawa ada kemungkinan kurang komitmen
daripada mereka yang terlibat.

(p) Proses membuat keputusan anda perlu memasukkan rancangan


perlaksanaan.

(q) Anda perlu melangkah ke hadapan apabila keputusan sudah dibuat. Kesan
keputusan tersebut telah pun berjalan. Oleh itu jangan toleh ke belakang atau
menyesal. Ia langkah yang betul pada masa tersebut. Apakah langkah
sepatutnya sekarang?

(r) Buat gambaran mental bagaimana anda hendak melaksanakan keputusan


dan bayangkan hasilnya.

(s) Bagi mendapatkan idea yang segar, anda boleh dapatkan komitmen
daripada kakitangan anda sekiranya anda libatkan mereka dalam sesi
sumbang saran yang dijalankan.

(t) Jangan ambil masa terlalu lama untuk membuat pertimbangan, mahupun
memikirkan keputusan. Buat dan laksanakannya.

(u) Setelah keputusan dibuat, usah fikirkan „bagaimana jika‰ dan beri
komitmen kepada melaksanakan rancangan tindakan anda.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 9 STRATEGI DAN ALAT UNTUK MEMBUAT KEPUTUSAN AKHIR  201

 Terdapat dua pendekatan utama membuat keputusan dalam organisasi, iaitu


kaedah autoritarian yang seorang eksekutif membuat keputusan bagi
kumpulan; dan kaedah secara berkumpulan yang kumpulan menentukan apa
yang hendak dilakukan.

 Terdapat dua jenis sesi membuat keputusan secara berkumpulan, iaitu diskusi
bebas yang masalah dibentangkan untuk kumpulan bincangkan; dan diskusi
perkembangan atau diskusi berstruktur yang masalah dipecahkan kepada
langkah-langkah dan bahagian-bahagian kecil dengan matlamat khusus.

 Terdapat beberapa strategi digunakan untuk memilih daripada beberapa


keputusan ă Optimising, Satisficing, Maximax dan Maximin.

 Terdapat banyak cara untuk membuat keputusan akhir, untuk mendapat


keputusan penyelesaian atau mencari persetujuan. Sebahagian daripada cara
yang popular dalam membuat keputusan termasuklah persetujuan, sebulat
suara, tolak ansur, undian majoriti, keputusan oleh ketua dan timbang tara.

 Banyak model membuat keputusan yang boleh digunakan. Ini termasuklah


keputusan yang dibuat oleh autoriti tanpa keputusan kumpulan, keputusan
oleh pakar, keputusan dengan mempuratakan pandangan-pandangan
individu, keputusan oleh pihak berautoriti setelah diskusi kumpulan,
keputusan oleh minoriti, keputusan oleh undi majoriti dan keputusan dengan
persetujuan sebulat suara. Keputusan dengan persetujuan sebulat suara
mungkin sebagai alatan paling berguna yang mempunyai kesan positif
berhubung dengan membuat keputusan berpasukan lama.

 Terdapat beberapa alatan atau teknik yang boleh digunakan untuk mencapai
keputusan yang bersesuaian. Alatan ini membantu untuk melakar kesan
keputusan, melaksana kepentingan faktor individu dan memilih jalan terbaik
untuk diambil. Contoh bagi alatan membuat keputusan ini termasuklah:

ă Analisis Grid: Membuat pemilihan antara pilihan yang baik;

ă Analisis Pokok Keputusan: Pemilihan antara pilihan dengan memberi


tumpuan kepada hasil berkemungkinan berlaku;

ă PMI: Menimbang persetujuan dan penolakan keputusan;

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


202  TOPIK 9 STRATEGI DAN ALAT UNTUK MEMBUAT KEPUTUSAN AKHIR

ă Analisis Force Field: Menganalisis tekanan yang menyokong dan


menentang perubahan;

ă Analisis Pareto: Memilih perubahan paling penting untuk dibuat;

ă Analisis Perbandingan Berpasangan: Menilai kepentingan relatif pilihan


berbeza;

ă Teknik Enam Topi Pemikiran: Melihat keputusan dari pelbagai arah; dan

ă Analisis Kos/Keuntungan: Mengambil kira sama ada perubahan wajar


dilakukan.

Analisis Grid Perbincangan bebas


Analisis Pokok Perbincangan perkembangan
Membuat keputusan autoritarian PMI
Membuat keputusan secara
berkumpulan

1. Terdapat dua pendekatan utama membuat keputusan dalam organisasi,


iaitu kaedah autoritarian dan kaedah secara berkumpulan. Bandingkan
kedua-dua kaedah tersebut.

2. Terdapat beberapa strategi digunakan untuk memilih keputusan. Berikan


satu contoh dan terangkannya secara ringkas.

3. Terdapat tujuh kaedah/proses yang sebuah pasukan mungkin


menggunakannya untuk membuat keputusan. Apakah tujuh kaedah ini?
Bincangkan dan bandingkan kelebihan dan kelemahan mana-mana dua
daripada tujuh kaedah itu.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 9 STRATEGI DAN ALAT UNTUK MEMBUAT KEPUTUSAN AKHIR  203

4. Terdapat beberapa alatan yang boleh digunakan untuk mencapai sesuatu


keputusan yang sesuai. Alatan ini membantu anda untuk melakar
kemungkinan kesan keputusan, menentukan kepentingan faktor individu
dan memilih jalan terbaik untuk diambil. Jelaskan berserta contoh
penggunaan satu daripada alatan ini.

5. Bandingkan antara Analisis Pareto dengan Analisis Perbandingan


Berpasangan.

6. Apakah teknik membuat keputusan PMI? Bilakah teknik ini patut


digunakan?

Bellamy, L., Evans, D. L., Linder, D. E., McNeill, B. W., & Raupp, G. (1994). Team
training workbook. Arizona State University. Dicapai dari http://www.eas.
asu.edu/~asufc/teaminginfo/teamwkbk.pdf

Buttler, G. A. (2007). Whole brain thinking. Dicapai dari http://holistic-personal-


development.com/2007/11/13/whole-brain-thinking/

Dudiy, S. (2005). Use a decision tree analysis to systematically arrive at your


smartest choice. Dicapai dari http://www.time-managementguide.com/
decision-tree.html

Infinite Innovations Ltd. (2006). Dicapai dari www.brainstorming.co.uk

Johnson, D. W., & Johnson, F. P. (2000). Group theory and group skills (Ed. ke-7).
Boston, MA: Allyn & Bacon.

MindTools.com. (2010). Decision making techniques. Dicapai dari http://www.


mindtools.com/pages/main/mewMN_TED.htm

Ministry of Education (New Zealand). (t. t.). The evidence-driven decision making
cycle. Dicapai dari http://www.tki.org.nz/r/governance/consider/decision
-making-cycle_e.php

Swinton, L. (t. t.). Kurt LewinÊs force field analysis: Decision making made easy.
Dicapai dari http://trans4mind.com/counterpoint/ swinton4.shtml

Wikipedia. (2010). Decision making. Dicapai dari http://en.wikipedia.org/wiki/


Decision_making

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


Topik  Penyelidikan
Mengenai
10 Pemikiran dan
Penyelesaian
Masalah
HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Menghuraikan anteseden utama sains psikologi;
2. Menerangkan psikologi pemikiran;
3. Mengenal pasti pelbagai konsep penyelesaian masalah;
4. Membincangkan penyelidikan yang dijalankan dalam penyelesaian
masalah dan penaakulan; dan
5. Menerangkan transisi ke era kognitif baharu.

 PENGENALAN
Perwakilan mental dan komputasi mental ialah dua isu utama yang mencirikan
psikologi moden. Kebanyakan individu merasakan bahawa pemikiran adalah
berkaitan dengan sesuatu aspek dalaman atau kognitif, bukannya tingkah laku
sahaja. Dengan kata lain, berfikir adalah sesuatu yang berlaku secara tersirat;
maka kita tidak boleh membuat pemerhatian secara langsung terhadapnya.
Pemikiran tentang berfikir bermula sejak zaman ahli falsafah kuno lagi seperti
Aristotle. Kita akan mempelajari sesetengah teori moden tentang berfikir dalam

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 10 PENYELIDIKAN MENGENAI PEMIKIRAN DAN PENYELESAIAN  205
MASALAH

topik ini. Kita juga akan meneroka lebih jauh tentang penyelidikan mengenai
proses berfikir berkaitan dengan penyelesaian masalah dan penaakulan.

10.1 ANTESEDEN UTAMA SAINS PSIKOLOGI


Pemikiran yang dibuat terhadap versi dunia luaran dikenali sebagai perwakilan
yang wujud dalam otak manusia. Pemikiran juga melibatkan proses memodifikasi
atau mempertingkatkan perwakilan ini yang merupakan aspek fungsi atau
komputasi pemikiran. Menurut Dellarosa (1988), sejak dahulu lagi usaha-usaha
terawal memahami pemikiran manusia dalam bidang falsafah dan domain-
domain persoalan lain, telah menitikberatkan pada salah satu atau kedua-dua isu
perwakilan dan komputasi ini.

AKTIVITI 10.1

Rutin berfikir merupakan alat berguna dalam menjadikan berfikir satu


proses yang boleh diperhatikan. Satu rutin berfikir yang kita temui
berguna dalam banyak keadaan melibatkan dua persoalan utama: „Apa
yang berlaku di sini?‰ dan „Apa anda nampak yang membuatkan anda
berkata begitu?‰ Bincangkan dua persoalan utama ini di dalam kelas.

10.1.1 Asosianisme
Asosianisme ialah gerakan pertama dalam sains dan falsafah untuk menghuraikan
secara formal masalah perwakilan dan komputasi yang bermula sejak Aristotle,
yang menyatakan bahawa dunia ini diwakili dalam diri kita, dan tingkah laku kita
diarah oleh perkaitan yang terbentuk dalam kalangan idea ini. John Locke (lihat
Rajah 10.1), seorang ahli falsafah Inggeris yang mencirikan psikologi sebagai
kajian kehidupan mental, menyatakan minda mewakili dunia sebagai satu
rangkaian idea-idea, yang saling berkaitan dengan yang lain melalui pengalaman.
Satu idea boleh didefinisikan sebagai unit perwakilan pemikiran manusia yang
terkecil yang mewakili makna, pengetahuan dan abstraksi. Apa sahaja yang boleh
difahami oleh minda manusia adalah diwakili oleh satu set idea-idea kompleks
yang boleh dianalisis kepada komponen elemen idea. Locke meneruskan dengan
berkata bahawa idea bukannya datang secara semula jadi atau diwarisi,
sebaliknya dibina daripada pengalaman (Boring, 1950). Locke menyatakan
bahawa minda manusia tanpa pengalaman boleh diumpamakan sebagai sehelai
kain putih; maka pengalaman mesej pada kain ini dan meninggalkan tanda yang
diterjemahkan kepada idea.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


206  TOPIK 10 PENYELIDIKAN MENGENAI PEMIKIRAN DAN PENYELESAIAN
MASALAH

Rajah 10.1: John Locke


Sumber: http://www.philosophypages.com/ph/lock.htm

Idea kompleks ialah hasil daripada ikatan dan kaitan idea mudah. Tahap
kerumitan dan perkaitan antara idea dibentuk dari zaman kanak-kanak ke zaman
dewasa melalui pengalaman. Dua sumber eksperimental idea mudah adalah
pancaindera kita yang merasa perubahan dalam persekitaran dan minda itu
sendiri, melalui refleksi terhadap aktivitinya sendiri. Maka, minda berupaya
untuk sedar tentang subjek dan prosesnya sendiri; satu fenomena yang disebut
introspeksi. Berdasarkan kenyataan bahawa minda adalah secara asas berdikari
daripada tingkah laku ketara, keupayaan individu untuk menjelaskan ialah satu-
satunya cara aktivitinya boleh diketahui. Sekali lagi, hal ini mengandaikannya itu
satu tahap kesedaran tentang perwakilan mental dan/atau komputasi.

Prinsip di sebalik perkaitan idea dan tetap utuh sehingga ke hari ini termasuklah:

(a) Kontiguiti ă Dua idea yang berlaku secara serentak dari segi masa atau ruang
berkemungkinan berkaitan atau berhubung antara satu sama lain;

(b) Persamaan ă Makin tinggi darjah kesamaan antara dua idea, makin besar
kebarangkalian mereka adalah berhubungan; dan

(c) Ulangan ă Makin kerap dua idea wujud bersama, makin besar kekuatan
perkaitan mereka.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 10 PENYELIDIKAN MENGENAI PEMIKIRAN DAN PENYELESAIAN  207
MASALAH

Ahli falsafah British, James Mill dan anaknya John Stuart Mill, membezakan antara
sensasi dengan idea sebagai kelas asas elemen dalam minda. Menurut mereka,
sensasi ialah elemen utama fikiran sedar yang idea, iaitu abstraksi tulen,
dikeluarkan. Mereka membina kriteria kekuatan yang merangkumi:

(a) Ketetapan ă Lebih tegar sesuatu perkaitan sepanjang masa berlalu, lebih
besar kekuatan permulaannya;

(b) Kepastian ă Lebih yakin seorang individu dengan perkaitan, lebih besar
kekuatan; dan

(c) Kemudahan ă Lebih besar kelajuan dan kemudahan dari mana perkaitan itu
datang, lebih besar kekuatannya.

10.1.2 Fakulti Minda


Menurut Sekolah Falsafah Scottish (Boring, 1950), minda bukanlah satu set idea
atau perwakilan dunia tetapi satu set fakulti, kuasa atau keupayaan komputasi
yang beroperasi terhadap sensasi yang mendatang. Perselisihan utama mereka
tentang perkaitan ialah kepentingannya terhadap elemen asas, yang antara lain,
kelihatan seperti bertentangan dengan pendapat agama konvensional pada masa
itu tentang kesatuan minda dan roh.

Walau bagaimanapun, lama-kelamaan, psikologi semakin cenderung kepada


Asosianisme. Thomas Brown menyarankan bahawa adalah perlu untuk
mengemukakan prinsip-prinsip perkaitan atau perwakilan, bersama fakulti-
fakulti untuk memberikan penjelasan berkenaan siri pemikiran yang tipikal
dengan kehidupan mental. Brown menyarankan satu siri hukum sebagai panduan
bagi proses perkaitan dan menjelaskan perbezaan jitu dalam kalangan idea seperti
frekuensi relatif, kebaharuan dan keterangan.

SEMAK KENDIRI 10.1

Aristotle telah memperkenalkan satu lagi prinsip untuk mengawal


perkaitan idea yang dikenali sebagai The Law of Contrast. Apakah yang
anda faham tentang teori ini?

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


208  TOPIK 10 PENYELIDIKAN MENGENAI PEMIKIRAN DAN PENYELESAIAN
MASALAH

AKTIVITI 10.2

Brown telah memperluaskan prinsip-prinsip Asosianisme dan dengan


itu menjadi orang pertama mengenal pasti hukum-hukum sekunder
Asosianisme. Hukum-hukum utama bertanggungjawab mengubah
idea-idea mudah kepada idea-idea kompleks. Hukum-hukum sekunder,
walau bagaimanapun, menjelaskan mengapa satu perkaitan boleh
menjadi lebih kuat daripada yang lain. Jalankan pencarian dalam
Internet tentang enam hukum sekunder perkaitan ini.

10.2 PSIKOLOGI PEMIKIRAN


Secara umumnya, ahli psikologi awal Amerika lebih mementingkan „mengapa‰
dan „bagaimana‰ fikiran sedar dan tingkah laku berlaku daripada „apa‰
kandungannya. Kepentingan terletak pada kesignifikanan fungsi minda,
peranannya dalam adaptasi organisme dengan persekitaran dan sifatnya sebagai
satu mekanisme yang mengawal tingkah laku manusia.

10.2.1 William James


Seorang ahli teori dan seorang penyusun yang mempunyai kedudukan penting
dalam psikologi telah diperkenalkan dalam sebuah buku klasik bertajuk
Principles of Psychology (1890). Menurut James, minda manusia boleh dihuraikan
sebagai satu susunan fungsi-fungsi dan fikiran sedar sebagai satu aliran dinamik
peristiwa-peristiwa yang berinteraksi. Beliau menyifatkan psikologi sebagai satu
kajian proses ubah suai. Sebagai seorang yang mempercayai pada yang praktikal,
beliau cuba menjelaskan kedua-dua tingkah laku dan fikiran sedar melalui konsep
minda sebagai satu organ kuasi biologi yang fungsinya boleh digunakan untuk
adaptasi persekitaran. Selain daripada kerumitan, abstraksi dan kompleksiti yang
tinggi, minda adalah hampir sama dengan struktur tubuh lain seperti jantung dan
paru-paru. Tambahan lagi, menurut James, minda juga telah berkembang dalam
manusia sehingga fungsinya lebih versatil dan pervasif berbanding organ lain.

10.2.2 Fungsionalisme
Fungsionalisme memfokuskan pada fikiran sedar dan Elementisme, dan
diperkenalkan oleh William James dan John Dewey. Prinsip James ialah asas
kepada Fungsionalisme, namun ia dipertingkatkan dengan penanggapan dan
pemerhatian oleh Dewey dan lain-lain.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 10 PENYELIDIKAN MENGENAI PEMIKIRAN DAN PENYELESAIAN  209
MASALAH

(a) Kesignifikanan Fikiran Sedar


Walaupun kepentingan fikiran sedar tidak disangkal oleh ahli
fungsionalisme, namun mereka tidak bersetuju bahawa ia merupakan
masalah utama dalam bidang psikologi. Fikiran sedar dianggap oleh ahli
fungsionalis sebagai pengantara dan proses simbolik.

(b) Teori Pemikiran Dewey


Dewey (1910) mendefinisikan pemikiran sebagai proses pelbagai tahap dan
berorientasikan matlamat yang mempunyai ciri-ciri berikut:

(i) Pengecaman satu masalah atau satu „kesulitan yang dirasai‰;

(ii) Lokasi dan definisi masalah serta pengasingan sifat-sifatnya;

(iii) Formulasi kemungkinan penyelesaian alternatif;

(iv) Memikirkan atau menaakul melalui pelbagai kemungkinan untuk


menentukan pilihan penyelesaian yang paling berkemungkinan; dan

(v) Menguji kemungkinan penyelesaian yang dipilih.

Satu analisis menyerupai tahap pemikiran telah dimurnikan oleh Graham


Wallas berdasarkan satu tinjauan bukti anekdot tentang proses simbolik ahli
saintis kreatif. Empat tahap tindakan kreatif merangkumi:

(i) Persediaan ă Pengumpulan dan penyusunan maklumat masalah


relevan;

(ii) Inkubasi ă Tempoh renungan;

(iii) Iluminasi atau wawasan ă Konsepsi satu penyelesaian; dan

(iv) Pengesahan ă Proses memastikan penyelesaian adalah berkesan.

SEMAK KENDIRI 10.2

1. Berikan takrifan bagi istilah „pragmatisme‰. Bagaimanakah


William James dikatakan seorang pragmatik?

2. Anda menghadapi kesukaran apabila memikirkan situasi bebanan


kerja anda sekarang dan sikap bos anda yang susah untuk
ditangani. Jelaskan bagaimana anda mengaplikasikan Teori
Pemikiran Dewey dalam menangani senario ini.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


210  TOPIK 10 PENYELIDIKAN MENGENAI PEMIKIRAN DAN PENYELESAIAN
MASALAH

10.2.3 Fungsionalisme yang Kemudian


Menurut kajian-kajian yang dijalankan oleh Thorndike (1898), pembelajaran dan
penyelesaian masalah adalah, umumnya, proses beransur-ansur berdasarkan
peningkatan kekuatan perkaitan antara situasi rangsangan dan kemungkinan
respons tertentu. Hukum Pengulangan atau latihan dan Hukum Akibat
menguatkan perkaitan antara rangsangan dengan tindak balas.

Hukum Akibat yang hampir sama dengan prinsip peneguhan moden menyatakan
bahawa satu tindakan atau respons yang diikuti dengan satu keadaan yang
menyenangkan lazimnya dikaitkan dengan situasi rangsangan yang
meninggalkan kesan pada masa ia berlaku. Sebaliknya, perkaitan antara satu
respons yang diikuti oleh satu keadaan yang tidak menyenangkan dan
rangsangan yang wujud biasanya menjadi lemah. Berdasarkan hakikat bahawa
data eksperimen kedua-dua subjek manusia dan haiwan adalah sama, Thorndike
menyatakan bahawa respons adalah berhubung secara langsung pada situasi
rangsangan sebagaimana ia dikesan oleh subjek.

10.2.4 Behaviorisme
Sistem yang diperkenalkan oleh Watson (1924), yang dikenali sebagai
Behaviorisme, meletakkan tingkah laku atau prestasi sebagai tumpuan perhatian;
membuatkannya elemen yang asas dalam psikologi. Menurut ahli behavioris,
tiada gunanya untuk cuba memahami fikiran sedar yang tidak boleh dicapai dan
mungkin tidak wujud apabila data psikologi yang sebenar adalah terbuka, boleh
diperhatikan dan tersedia untuk diukur secara langsung. Hukum Akibat: Teori
Pengelakan Kesakitan berlawanan dengan Teori Keseronokan telah dikemukakan
oleh Edward L. Thorndike (lihat Rajah 10.2) yang mencadangkan bahawa tingkah
laku yang memberikan hasil menyeronokkan, mempunyai kecenderungan
diulangi; manakala tingkah laku yang membawa akibat yang tidak
menyeronokkan, tidak akan diulangi.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 10 PENYELIDIKAN MENGENAI PEMIKIRAN DAN PENYELESAIAN  211
MASALAH

Rajah 10.2: Edward L. Thorndike


Sumber: http://www-distance.syr.edu/pvitaelt.html

Watson berpendapat bahawa keadaan dan proses fikiran sedar yang dirujuk
adalah tidak penting bagi ahli psikologi, mereka hanya berminat untuk
mengetahui tentang prestasi yang biasa dilakukan.

Watson turut menambah bahawa kita akhirnya patut mengetahui bahawa apa
yang lazimnya dianggap mentalisme (mentalistic) adalah sebenarnya aktiviti
motor yang tidak diluahkan atau yang kecil, kebanyakannya dalam bentuk
mekanisme suara. Perkataan, juga dikenali sebagai simbol, adalah respons yang
kita telah pelajari untuk diaplikasikan pada objek dan peristiwa dalam
persekitaran.

Seseorang boleh memikirkan objek atau peristiwa ini dari segi pasangan lisannya.
Apabila kita „berfikir pada diri sendiri‰ tentang mereka, kita pada dasarnya
memendam respons lisan yang ketara untuk menamakan sehingga ke tahap ia
menjadi sukar atau tidak mungkin untuk orang lain mengetahuinya. Walau
bagaimanapun, dengan alat rakaman dan pengukuran yang sensitif dan sesuai,
kita patut menjumpai bukti tentang mereka dalam pergerakan kecil anak tekak.
Maka, berfikir adalah sebenarnya pertuturan di bawah tahap yang boleh
didengari atau apa yang dikenali sebagai teori motor berfikir, yang memberi
penekanan pada perubahan muskular atau glandular dan bukannya pada
perubahan idea.

Dapatan daripada kajian Jacobson (1930) menunjukkan bahawa pola aktiviti


muskular tertentu mengiringi dan berkorelasi dengan kandungan proses
pemikiran. Tambahan lagi, Freeman (1931) melaporkan bahawa aktiviti mental
asas boleh dibantu dengan mendorong satu peningkatan dalam nada muskular
biasa dalam subjek. Ini membawa kepada kesimpulan bahawa terdapat korelasi

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


212  TOPIK 10 PENYELIDIKAN MENGENAI PEMIKIRAN DAN PENYELESAIAN
MASALAH

antara pergerakan muskular (terutamanya vokal) dengan pemikiran. Dengan kata


lain, mungkin juga aktiviti mental bergantung pada nada muskular tertentu.
Walau bagaimanapun, tiada bukti yang cukup untuk meyakinkan semua ahli
psikologi bahawa pemikiran dan tindakan adalah sama atau pemikiran boleh
diwakili oleh pola aktiviti periferal.

10.2.5 Psikologi Gestalt


Gestalt ialah satu perkataan Jerman yang bermaksud „keseluruhan berorganisasi‰
atau „konfigurasi‰. Pengikut psikologi ini merasakan bahawa pengalaman
psikologik ialah antielementaristik atau dengan kata lain, tidak dibentuk daripada
elemen perwakilan yang berasingan tetapi beberapa peristiwa tersusun dinamik
yang berinteraksi atau saling mempengaruhi satu sama lain. Satu organisme
bertindak pada keseluruhan konfigurasi apabila ia merasai persekitarannya. Ciri-
ciri keseluruhan bidang psikologi adalah berlainan daripada campuran bahagian-
bahagian individu. Maka dengan itu tiada analisis kepada bahagian-bahagian
boleh berjaya secara keseluruhannya. Ia juga menyatakan bahawa sensasi,
persepsi, imej, perkaitan, refleks dan apa-apa yang sama; tidak boleh diterima
sebagai unit-unit elemen psikologi yang bermakna. Bagi memahami fenomena
psikologi, seseorang perlu mengambil kira satu sistem rangsangan, iaitu
perubahan dalam apa jua bahagian boleh mempengaruhi semua bahagian lain.

(a) Huraian Gestalt tentang Pemikiran


Dalam pandangan Gestalt, satu masalah dianggap wujud apabila terdapat
ketegangan atau tekanan yang tidak boleh diselesaikan dalam bidang
psikologi, yang terhasil daripada interaksi faktor perseptual dan/atau
ingatan. Pemikiran terjadi apabila tekanan wujud, seterusnya memaksa
organisme yang berfikir untuk bertindak. Ia menekankan proses komputasi
yang mengikuti prinsip teori dalam bidang fizik. Pengalaman lepas dengan
masalah berkaitan tidak menjanjikan penyelesaian; sebaliknya, penyelesaian
timbul daripada masalah sepertimana ia dipersepsi. Berfikir ialah proses
penyelesaian tekanan. Melihat masalah dari sudut berbeza adalah penting
sebelum interaksi peristiwa-peristiwa membawa kepada gambaran lebih
jelas tentang penyelesaian. Dengan kata lain, sebaik sahaja seseorang
menganalisis masalah dengan betul, penyelesaian menjelma dengan serta-
merta. Teori Gestalt mempercayai terdapat satu hubungan yang jelas dan
kuat antara berfikir dan persepsi yang kedua-duanya dikawal oleh prinsip
yang sama dalam teori bidang. Perbezaan utama antara keduanya adalah
berfikir terjadi secara simbolik dan tidak banyak di bawah kawalan faktor
luaran.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 10 PENYELIDIKAN MENGENAI PEMIKIRAN DAN PENYELESAIAN  213
MASALAH

(b) Penilaian
Penekanan ahli-ahli psikologi Gestalt pada kepentingan fundamental dan
asas celik akal sebagai satu prinsip pembelajaran membuatkan mereka
terlibat dalam kontroversi berpanjangan dengan individu yang menganggap
pembelajaran sebagai satu proses beransur-ansur. Psikologi Gestalt muncul
semasa eksperimentalisme berada dalam genggaman kuat Behaviorisme
yang melihat organisme sebagai sebuah mesin, tertakluk kepada banyak
sumber rangsangan luaran yang berbeza dan bertindak balas padanya secara
automatik. Secara keseluruhan, teori Gestalt membantu psikologi mendapat
satu keseimbangan yang lebih dan pandangan praktikal tentang tingkah
laku kompleks manusia yang mungkin sukar untuk dihuraikan berdasarkan
Behaviorisme.

SEMAK KENDIRI 10.3

Kesamaan, kesinambungan, penutupan, kedekatan dan bentuk serta


latar adalah antara prinsip-prinsip Gestalt. Dalam contoh-contoh
berikut, kenal pasti prinsip yang telah diaplikasikan:

(a) Bayangan: Adakah 11 objek yang kelihatan sebagai satu unit


tunggal yang nampak sama?

(b) Bayangan: Walaupun panda tidak lengkap, apa yang


dipersembahkan adalah memadai bagi mata untuk melengkapkan
bentuk; persepsi pemerhati melengkapkan satu bentuk.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


214  TOPIK 10 PENYELIDIKAN MENGENAI PEMIKIRAN DAN PENYELESAIAN
MASALAH

10.3 PENYELIDIKAN TENTANG KONSEP


Dua persoalan penting yang diperlukan bagi memahami tingkah laku konseptual
manusia adalah:

(a) Bagaimanakah konsep didefinisikan?

(b) Bagaimanakah konsep diperoleh?

10.3.1 Elemen Umum Konsep


Hull (1920) mendefinisikan konsep sebagai abstraksi elemen yang lazim bagi satu
kategori rangsangan dan terikatnya satu respons tunggal terhadap elemen itu.
Beliau menambah bahawa rangsangan baharu yang berkongsi elemen tersebut
akan mengeluarkan respons yang sama, menghasilkan satu fenomena disebut
generalisasi rangsangan. Menurut Hull, proses pembelajaran secara relatifnya
berlaku secara tidak sedar dan automatik. Walau bagaimanapun, kedua-dua idea,
iaitu konsep-konsep adalah didefinisikan oleh elemen umum dan konsep
pembelajaran adalah satu proses beransur-ansur, proses perkaitan automatik,
telah kekal popular untuk tempoh masa yang panjang. Sebaliknya, Osgood (1953)
merasakan bahawa pendekatan elemen umum adalah terlalu sempit dan tidak
menjelaskan maksud pembentukan konsep. Selanjutnya, banyak konsep yang
tidak berasaskan elemen-elemen umum memerlukan pelajar menunjukkan hanya
satu respons konsisten, tidak membezakan antara pelabelan mudah dengan
pemahaman menyeluruh tentang satu konsep.

10.3.2 Proses Pengantara dan Hipotesis


Bertentangan dengan konsep elemen umum, Smoke (1932) mengkaji pembelajaran
konsep yang tidak berdasarkan elemen fizikal umum tetapi pada hubungan
perseptual umum atau pengalaman kederiaan langsung. Osgood (1953)
menyatakan bahawa hubungan perseptual umum tidak mencukupi untuk
menghuraikan banyak konsep. Satu contoh baik ialah persepsi umum bahawa
Singapura, Malaysia dan Myanmar, semuanya negara. Walau bagaimanapun,
Osgood menambah bahawa tanggapan utama ialah konsep mencerminkan proses
pengantara didapati daripada konsep novis dan bukannya daripada faktor luaran.

Heidbreder (1946) menjelaskan idea bahawa konsep boleh berasaskan pada jenis
kriteria berbeza. Walau bagaimanapun, tiada konsep yang beliau tunjukkan
adalah berasaskan elemen fizikal umum; malah kategori adalah berdasarkan sama
ada objek-objek konkrit (contohnya, pokok), bentuk spatial (contohnya, apa-apa
yang bulat) atau nombor (contohnya, lima objek). Menurut kajian Heidbreder, ahli

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 10 PENYELIDIKAN MENGENAI PEMIKIRAN DAN PENYELESAIAN  215
MASALAH

dalam satu konsep selalunya memperoleh „sesuatu yang umum‰, walau


bagaimanapun, „sesuatu‰ itu mungkin kompleks atau abstrak. Bagi Osgood,
menerbitkan satu respons simbolik umum bagi bahan rangsangan fizikal berbeza
adalah pada dasarnya berbeza daripada respons pada elemen fizikal umum.

Kedua-dua Hull (1920) dan Heidbreder (1924) memberi pandangan bertentangan


tentang proses pembelajaran konsep. Menurut pendekatan Hull, pembelajaran
adalah pasif, iaitu elemen bahan rangsangan dilazimkan bagi respons secara
automatik. Sebaliknya, Heidbreder melaporkan dua jenis tingkah laku, iaitu
tingkah laku peserta dan penonton. Bagi peserta, mereka memformulasikan dan
menguji secara aktif hipotesis berdasarkan konsep yang mereka pelajari. Namun,
orang yang memerhati, selalunya selepas satu siri memberi respons yang salah,
memberi respons „secara rambang‰ dalam mengkategorikan rangsangan,
menanti satu hipotesis baharu untuk dicadangkan sendiri.

Dua kesimpulan penting yang boleh kita capai pada tahap ini adalah:

(a) Orang yang mempelajari konsep pada sesuatu masa melanjutkan idea
mereka secara aktif tentang apa konsep yang mungkin; dan

(b) Satu tugas pembelajaran-konsep mungkin didekati dalam lebih daripada


satu kaedah.

10.3.3 Strategi dan Jenis Konsep


Penekanan yang besar difokuskan pada kegunaan strategi bagi memperoleh
konsep. Beberapa strategi berbeza telah dijelaskan, dengan setiap strategi
mengambil kira dari segi logik, sifat perolehan maklumat, juga ketegangan
kognitifnya. Bruner dan rakan-rakan (1956) menghuraikan ketegangan kognitif
dengan beban pada ingatan dan inferens. Pengkaji ini juga menyedari bahawa
terdapat konflik antara memaksimumkan perolehan maklumat dan
meminimumkan ketegangan kognitif, supaya orang yang belajar tentang konsep
boleh menggunakan satu strategi kurang daripada optimum bagi mengekalkan
ketegangan kognitif pada satu tahap yang boleh ditanggung.

Satu strategi dikenali sebagai pemfokusan konservatif boleh diaplikasikan pada


pembelajaran konsep elemen umum di bawah prosedur pemilihan, kedua-duanya
memaksimumkan perolehan maklumat dan pada masa yang sama mengekalkan
ketegangan kognitif pada satu tahap rendah. Strategi ini merangkumi pemilihan
satu contoh yang berbeza dalam satu dan hanya satu ciri daripada contoh positif
permulaan, mengambil perhatian sama ada contoh terpilih adalah positif atau
negatif. Strategi ini ialah satu kaedah terbaik bagi mengenal pasti satu konsep
konjunktif (penyambung) (lihat Rajah 10.3).
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
216  TOPIK 10 PENYELIDIKAN MENGENAI PEMIKIRAN DAN PENYELESAIAN
MASALAH

Rajah 10.3: Satu kajian pembentukan konsep (Bruner et al., 1956)


Sumber: http://www.palgrave.com/psychology/malim/pdfs/chap_15.pdf

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 10 PENYELIDIKAN MENGENAI PEMIKIRAN DAN PENYELESAIAN  217
MASALAH

Pengimbasan berturutan ialah satu lagi strategi diperkenalkan oleh Bruner dan
rakan-rakan (1956) yang mengandungi tekaan tentang apa kemungkinan konsep
sasaran dan hanya berpegang padanya sehingga ia dibuktikan salah, diikuti
dengan membuat satu lagi tekaan, dan seterusnya. Didapati bahawa semasa tugas
pembelajaran-konsep menjadi lebih „tertekan‰, kebarangkalian pelajar akan
menggunakan strategi yang lebih mudah dan kurang berkesan akan meningkat.

Mengikut logik, ramalan betul selalunya membawa kepada pengekalan hipotesis,


manakala ramalan salah sepatutnya diikuti oleh penggunaan hipotesis baharu
dalam harmoni dengan maklumat yang dipersembahkan. Jenis contoh (positif
atau negatif) tidak menjadi hal; walau bagaimanapun, ia boleh dijangka
mempengaruhi prestasi disebabkan oleh kehendak pemprosesan yang lebih besar
selalunya dikaitkan dengan contoh negatif. Pengkaji ini terus menambah bahawa
pelajar kurang cenderung menghasilkan inferens betul daripada percubaan yang
melibatkan ramalan salah tentang contoh negatif. Mereka juga menyatakan
bahawa strategi berbeza mempunyai peluang yang tidak sama menjumpai
pelbagai jenis percubaan, maka menyediakan satu penjelasan pemprosesan
percubaan demi percubaan tentang keseluruhan perbezaan dalam kadar kejayaan
strategi.

AKTIVITI 10.3

Bersama dengan seorang kawan lakukan simulasi prosedur Bruner


melalui cara berikut: Ambil satu pek kad daun terup yang mempunyai
atribut-atribut sut (heart, diamond, spade dan club), warna (hitam dan
merah) dan nombor (ace ke 10, Jack, Queen dan King). Minta kawan
anda pilih satu konsep dan semak prosedur Bruner. Mula-mula minta
kawan tunjukkan satu contoh positif konsep yang dipilih, kemudian
pilih kad-kad seterusnya dan bagi setiap satu tanya, „Adakah yang ini?‰
Ambil kedua-dua strategi yang dihuraikan atas satu persatu dan
putuskan strategi yang mana adalah paling berkesan.

10.4 KAJIAN TENTANG PENYELESAIAN


MASALAH
Terdapat persetujuan rasional bahawa ciri-ciri penting sesuatu masalah ialah
individu mempunyai satu matlamat tetapi kurang jelas tentang laluan yang perlu
untuk mencapai matlamat tersebut. Maka kepentingan dalam kajian tentang
penyelesaian masalah adalah pada penemuan respons atau dengan kata lain,
bagaimana individu tiba ke tingkah laku berkesan, pencapaian-matlamat.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


218  TOPIK 10 PENYELIDIKAN MENGENAI PEMIKIRAN DAN PENYELESAIAN
MASALAH

10.4.1 Cuba-cuba
Disebabkan oleh fakta bahawa seorang penyelesai masalah perlu mencari satu
penyelesaian bersesuaian, dijangka bahawa satu aktiviti penting adalah mencuba
pendekatan berbeza dan melakukan kesalahan sehingga berjaya menemui
pendekatan yang betul. Cuba-cuba dikaitkan dengan pandangan bahawa
perolehan penyelesaian ialah satu proses berperingkat, tidak berarah yang tidak
melibatkan persepsi atau pemahaman keperluan atau struktur masalah. Dalam
kajiannya tentang tingkah laku haiwan (lihat Rajah 10.4), Thorndike (1898)
meletakkan seekor kucing lapar di dalam sebuah sangkar di mana makanan tidak
boleh dicapai dari dalam sangkar melainkan kucing itu memicu mekanisme sama
ada dengan menarik tali atau menolak satu tiang di dalam sangkar itu.

Rajah 10.4: Kotak puzzle Thorndike


Sumber: http://www.nickyhayes.co.uk/nicky/OHP/ch18ohp.html

Thorndike memerhati sepanjang percubaan berulangan, tingkah laku kucing


beransur-ansur berubah dan selepas banyak percubaan haiwan melakukan usaha
langsung secara relatif untuk mengaktifkan mekanisme membuka pintu. Beliau
memerhati corak tingkah laku ini, tiada bukti menunjukkan kucing „memahami‰
masalah itu. Malah, penyelesaian masalah dianggap sebagai satu proses yang
respons gagal dihapuskan beransur-ansur dan respons berjaya diperlihatkan. Satu
ciri penting masalah kotak puzzle masalah ialah mekanisme penyelesaian
disembunyikan dan elemen kritikal sesuatu situasi tidak wujud untuk diperiksa.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 10 PENYELIDIKAN MENGENAI PEMIKIRAN DAN PENYELESAIAN  219
MASALAH

Woodworth dan Scholsberg (1954) dengan jelas menyatakan bahawa kaedah cuba-
cuba adalah perlu pada masa tertentu, sebagai satu strategi meneroka persekitaran
dan mendapat maklumat. Tambahan lagi, pengujian hipotesis juga boleh
dianggap sebagai satu bentuk cuba-cuba.

10.4.2 Wawasan
Thorndike menyimpulkan bahawa tiada persepsi tentang hubungan kritikal yang
terlibat. Sebaliknya, Yerkes (1916) melaporkan satu peralihan secara mengejut
daripada cuba-cuba kepada penyelesaian masalah dalam kalangan beberapa ekor
cimpanzi, yang menunjukkan pengekalan penyelesaian yang baik dan ada
antaranya dipindahkan kepada situasi baharu. Kohler (1925; 1976) menyedari
bahawa apabila diberi masalah, cimpanzi mencuba beberapa kaedah lain seperti
meregang, melompat, mencapai sehingga memukul apa-apa objek yang boleh
dicapai. Selepas beberapa ketika, cimpanzi ini menjadi tenang seketika, mungkin
memikirkan misi mereka secara menyeluruh. Lama-kelamaan, melalui
pergerakan secara tiba-tiba dan dirancang, cimpanzi ini menggunakan objek
kritikal untuk mendapatkan buah-buahan yang diinginkan (lihat Rajah 10.5).

Rajah 10.5: Hasil kerja Kohler yang sangat terkenal tentang kognisi
cimpanzi adalah dalam penggunaan alat untuk mendapatkan makanan
Sumber: http://wkprc.ev.mpg.de/english/files/wolfgang_joehler.htm

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


220  TOPIK 10 PENYELIDIKAN MENGENAI PEMIKIRAN DAN PENYELESAIAN
MASALAH

Kohler menunjukkan bahawa terdapat pelbagai perbezaan signifikan dalam masa


yang diperlukan untuk sampai kepada satu penyelesaian. Sesetengah haiwan
dapat menyelesaikan tugas dalam masa kurang dari 15 minit, sementara
sesetengah memerlukan berjam-jam sebelum berupaya mendapat satu
penyelesaian. Tambahan pula, Kohler juga memerhati bahawa kedudukan
objektif dan pelaksanaan dalam ruang visual haiwan adalah penting. Kedudukan
buah-buahan dan pelaksanaan kritikal yang digunakan pada hujung yang
berlawanan di dalam sangkar secara mendadak telah mengurangkan pencapaian
penyelesaian. Ini disebabkan haiwan tersebut tidak berupaya melihat kedua-dua
objek ini pada masa yang sama. Maka, kesan pemisahan visual adalah sangat
penting semasa terdedah dengan situasi masalah, satu penemuan yang selari
dengan pendapat mengatakan bahawa menyelesaikan sesuatu masalah
melibatkan perubahan dalam persepsi tentang sesuatu persepsi.

10.4.3 Penetapan Penyelesaian Masalah


Fenomena penetapan berlaku dalam banyak situasi, mencerminkan satu keadaan
persediaan bagi satu input dan respons tertentu. Dalam kebanyakan situasi
apabila reaksi cepat dan tepat diperlukan, penetapan memainkan peranan yang
positif. Oleh itu, sentiasa bersedia sebenarnya bermaksud mengenal pasti dan
bertindak lebih pantas daripada apa yang sebaliknya. Kesan positif penetapan
yang disebut tadi adalah paling baik difahami sebagai persediaan biasa. Aspek
lain penetapan ialah menyediakan individu dengan jenis input atau respons
tertentu.

Sebagaimana dinyatakan oleh Woodworth dan Schlosberg (1954), istilah „arah‰


disarankan oleh Maier (1930) yang memandu usaha penyelesaian masalah, ialah
satu jenis penetapan. Arah bukanlah tabiat tetapi menunjukkan pengaruh situasi
masalah. Dengan kata lain, struktur situasi masalah dikekalkan untuk
mempengaruhi arah yang diikuti. Maier (1940) membezakan antara arah
kebiasaan dengan arah baharu sebagaimana disimpulkan dalam Jadual 10.1.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 10 PENYELIDIKAN MENGENAI PEMIKIRAN DAN PENYELESAIAN  221
MASALAH

Jadual 10.1: Arah Kebiasaan dan Arah Baharu

Arah Kebiasaan Arah Baharu


Diatasi apabila penyelesaian masalah Dihasilkan apabila penyelesaian masalah
memerlukan sesuatu yang baharu memerlukan sesuatu yang baharu
dilakukan. dilakukan.
Dihasilkan semasa mengeluarkan semula Menerbitkan satu gabungan baharu
penyelesaian lama. pengalaman.
Diambil kira oleh ingatan dan proses Memerlukan satu arah yang dibentuk
perkaitan. dalam situasi masalah dan mengawal
integrasi ingatan.

Kebekuan fungsi, salah satu contoh ketetapan negatif, ialah satu istilah yang
disarankan oleh Duncker (1945) yang merujuk kepada fakta bahawa sesuatu objek
yang mempunyai fungsi yang sangat diinginkan dengan satu jangkaan fungsi
yang kuat tidak boleh diperhatikan sebagai objek yang memainkan peranan
berbeza. Dalam satu eksperimen klasik menjelaskan kebekuan fungsi, Duncker
(1945) memberi subjek eksperimen sebatang lilin, satu kotak paku dan beberapa
objek lain, dan meminta mereka melekatkan lilin pada dinding supaya ia tidak
menitik pada meja di bawah (lihat Rajah 10.6).

Rajah 10.6: Eksperimen klasik kotak lilin yang mengilustrasikan kebekuan fungsi

Beliau mendapati bahawa kebanyakan subjek sama ada mencuba memaku lilin
secara langsung pada dinding atau meletakkan gam padanya di dinding dengan
mencairkannya. Tidak ramai daripada mereka terfikir untuk menggunakan
bahagian dalam kotak paku tersebut sebagai pemegang lilin dan memakunya ke

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


222  TOPIK 10 PENYELIDIKAN MENGENAI PEMIKIRAN DAN PENYELESAIAN
MASALAH

dinding. Dalam istilah Duncker, peserta „tertumpu‰ kepada fungsi biasa kotak
iaitu untuk menyimpan paku dan tidak boleh mengkonsepsikannya dalam satu
pendekatan yang membenarkan mereka menyelesaikan masalah.

Kajian tentang kebekuan fungsi menekankan pada kegunaan objek tertentu. Satu
pendekatan yang agak berlainan bagi ketetapan penyelesaian masalah mengambil
kira dominasi jenis respons tertentu pada situasi yang mempunyai darjah
kesamaan permukaan yang tinggi. Prosedur biasa adalah menyediakan individu
dengan satu siri masalah serupa yang diselesaikan dengan „cara sama‰, diikuti
dengan menguji mereka dengan masalah serupa yang mungkin atau mesti
diselesaikan menggunakan satu pendekatan berbeza. Satu contoh yang sesuai
ialah demonstrasi masalah „jag air‰ (Luchin, 1942). Dalam eksperimen ini,
individu disediakan dengan tiga jag berlainan dengan isian khusus tetapi tanpa
sebarang penandaan. Mereka diperlukan menunjukkan bagaimana mereka
mendapatkan satu isi padu air tertentu. Misalnya, satu isi padu 100 kuart boleh
didapati daripada tiga jag berasingan 21 kuart (jag A), 127 kuart (jag B) dan 3 kuart
(jag C) dengan mulanya memenuhkan jag B yang terbesar, diikuti dengan
memenuhi jag kedua terbesar jag A sekali daripada B, dan akhirnya memenuhi jag
terkecil jag C, iaitu dua kali daripada B. Ini akhirnya meninggalkan sejumlah isi
padu 100 kuart dalam jag terbesar jag B sebagaimana ditunjukkan oleh persamaan
B ă A ă 2C.

SEMAK KENDIRI 10.4

Bayangkan anda ada tiga jag: A, B dan C. Bagi setiap tujuh masalah
berikut, kapasiti tiga jag disenaraikan. Anda mesti menggunakan jag-jag
ini bagi mendapat amaun cecair khusus dalam ruang Matlamat. Anda
boleh mendapatkan amaun matlamat dengan menambah atau menolak
kuantiti yang disenaraikan dalam A, B dan C.

Masalah A B C Matlamat
1 24 130 3 100
2 9 44 7 21
3 21 58 4 29
4 12 160 25 98
5 19 75 5 46
6 23 49 3 20
7 18 48 4 22

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 10 PENYELIDIKAN MENGENAI PEMIKIRAN DAN PENYELESAIAN  223
MASALAH

10.4.4 Pemindahan Prinsip


Pemindahan yang baik kepada situasi baharu yang bersesuaian dianggap sebagai
satu ciri celik akal dalam penyelesaian masalah. Misalnya, Thorndike (1898)
mendapati kucing-kucing yang telah mahir menyelesaikan satu kotak puzzle
mempelajari versi yang diubah suai masalah tersebut dalam satu tempoh masa
yang singkat. Begitu juga, Kohler (1925; 1975) melaporkan bahawa cimpanzi-
cimpanzi yang telah menggunakan kotak sebagai platform untuk mendapatkan
buah yang tergantung mempunyai kecenderungan yang lebih tinggi untuk
menggunakan objek lain seperti meja atau batu untuk mencapai matlamat mereka.
Kajian yang dijalankan oleh Harlow (1949) bersependapat dengan kajian tadi
menunjukkan bahawa latihan mendalam dengan beberapa contoh masalah
diskriminasi objek menjadikan cimpanzi lebih efisien dalam menyelesaikan
masalah.

Dua pendekatan berbeza dicadangkan dalam kajian pemindahan penyelesaian


masalah yang melibatkan latihan sebelum diberi masalah ujian. Pendekatan
pertama memfokuskan pada latihan yang menekankan pemahaman prinsip
penyelesaian yang menghasilkan pemindahan yang lebih baik (Katona, 1940;
Bartlett, 1951). Latihan kedua pula menekankan pada „penghafalan‰ dalam
penyelesaian.

10.5 KAJIAN TENTANG PENAAKULAN


Penaakulan boleh didefinisikan sebagai melakar inferensi dan menilai maklumat
tersedia dan merupakan satu komponen penting bagi kesemua tugasan berfikir.
Individu mungkin menggunakan satu strategi berkesan secara logik untuk
menyelesaikan satu masalah trouble-shooting atau sebaliknya, memperoleh
inferensi-inferensi bersesuaian daripada percubaan dalam satu eksperimen
pembelajaran konsep. Proses penaakulan menggunakan tugas yang menekankan
penggunaan maklumat terutamanya berkaitan dengan tugasan. Ahli psikologi
telah berupaya membezakan antara penaakulan manusia „biasa‰ dengan kawalan
logik yang formal.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


224  TOPIK 10 PENYELIDIKAN MENGENAI PEMIKIRAN DAN PENYELESAIAN
MASALAH

10.5.1 Kesan Atmosfera


Cara latihan konvensional dan menaksir penaakulan dikenali sebagai silogisme.
Dalam kaedah ini, dua premis dan satu kesimpulan dipersembahkan yang
sejumlah tiga terma terlibat. Pada umumnya, kesimpulan menghubungkan dua
terma yang belum hadir secara serentak dalam premis-premis yang berkaitan.
Dalam peristiwa ini, persoalan paling penting adalah sama ada kesimpulan
mengikuti secara logik dari premis-premis yang dipersembahkan. Satu contoh
bersesuaian dipersembahkan seperti yang berikut:

Premis 1: Semua X ialah N.


Premis 2: Sesetengah N ialah Y.
Kesimpulan: Sesetengah X ialah Y.

Kesimpulan di atas adalah tidak sah sebab kesimpulan secara logiknya tidak
mematuhi premis yang ditunjukkan. Kajian telah menunjukkan bahawa orang
kerap menerima kesimpulan yang tidak sah.

Woodworth dan Sells (1935) mencadangkan atmosfera yang dihasilkan premis


merupakan penentu penting kesilapan ini. Biasanya, atmosfera menunjukkan
pengubahsuaian yang dijumpai dalam premis (kesemua, sesetengah, tiada)
dengan pandangan bahawa premis negatif akan mewujudkan satu atmosfera
negatif dan seterusnya. Ia adalah dipercayai satu premis negatif boleh
menentukan atmosfera, dan oleh itu menyimpulkan jenis kesimpulan tidak sah
yang diterima oleh individu. Tambahan pula, Sells (1936) mendapati bahawa
kesimpulan tidak sah kerap diterima jika disokong oleh atmosfera.

Penaakulan deduktif dilibatkan dengan silogisme kesimpulan yang mengikut


secara logik dari premis-premis tersebut. Satu contoh bersesuaian tentang
penaakulan deduktif adalah seperti yang berikut:

Premis 1: Amar tahu bahawa seseorang memerlukan baju sejuk dalam


cuaca sejuk.
Premis 2: Sangat sejuk di London semasa musim sejuk.
Kesimpulan: Amar memerlukan baju sejuk di London.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 10 PENYELIDIKAN MENGENAI PEMIKIRAN DAN PENYELESAIAN  225
MASALAH

Sebaliknya, proses pemerhatian mudah terhadap sesuatu perkara dibuat dan


diaplikasikan melalui generalisasi pada masalah berbeza bagi membuat
keputusan dikenali sebagai penaakulan induktif. Satu contoh penaakulan induktif
yang baik diberi di bawah:

Premis: Semua cengkerik dilihati oleh Eric dan isterinya adalah hijau.
Kesimpulan: Maka, mereka menaakul bahawa semua cengkerik di bumi ini
adalah hijau.

Rajah 10.7 menunjukkan hubungan antara penaakulan deduktif dan induktif,


manakala Jadual 10.2 menunjukkan perbezaan antara kedua-dua jenis
penaakulan.

Rajah 10.7: Hubungan antara penaakulan deduktif dan induktif

Jadual 10.2: Perbezaan antara Penaakulan Deduktif dengan Induktif

Penaakulan Deduktif Penaakulan Induktif


Premis- Dinyatakan sebagai fakta atau Berdasarkan pemerhatian
premis pernyataan biasa. terhadap kes khusus.
Kesimpulan Kesimpulan adalah lebih khusus Kesimpulan adalah lebih biasa
daripada maklumat yang daripada maklumat yang
disediakan oleh premis-premis. Ia disediakan oleh premis-premis. Ia
dicapai secara langsung dengan dicapai dengan
mengaplikasikan peraturan- menggeneralisasikan maklumat
peraturan logik pada premis- premis-premis.
premis.
Keesahan Jika premis-premis adalah benar, Jika premis-premis adalah benar,
maka kesimpulan mestilah benar. maka kesimpulan adalah mungkin
benar.
Penggunaan Lebih sukar digunakan. Digunakan selalu dalam
Seseorang perlu fakta-fakta yang kehidupan harian. Bukti
sememangnya benar. digunakan bukannya fakta-fakta
yang telah terbukti.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


226  TOPIK 10 PENYELIDIKAN MENGENAI PEMIKIRAN DAN PENYELESAIAN
MASALAH

10.5.2 Kesan Kandungan


Dari segi logiknya, jenis kandungan tertentu yang ditemui dalam satu tugas
penaakulan tidak penting. Dengan kata lain, tanpa menghiraukan apa X, Y dan N,
keesahan kesimpulan pada satu silogisme tetap tidak berubah. Walau
bagaimanapun, pengkaji terus meneroka jika penaakulan individu mungkin
dipengaruhi oleh kandungan masalah. Perbezaan antara kandungan abstrak
dengan konkrit dijelaskan oleh dua silogisme berikut:

Silogisme A (Silogisme Abstrak): Silogisme B (Silogisme Konkrit):


Diberi: Semua P ialah R Diberi: Semua gajah ialah mamalia
Diberi: Semua Q ialah R Diberi: Semua lembu ialah mamalia
Maka: Semua P ialah Q Maka: Semua gajah ialah lembu.

Ia adalah dipercayai bahawa sejumlah peratusan pelajar dalam pendidikan tinggi


yang signifikan akan menerima kesimpulan tidak sah yang didapati daripada
silogisme abstrak yang mempunyai sedikit kelebihan berbanding dengan
silogisme konkrit (Wilkins, 1928). Pada keseluruhannya, seseorang menaakul
lebih baik dengan bahan konkrit kerana mereka lebih biasa dengannya. Morgan
dan Morton (1944) melaporkan bahawa seseorang biasanya memilih bias
berbanding dengan atmosfera atau logik. Kemudian, pengkaji menyatakan kesan
bias kekuatan yang berbeza; minat kepada kesan kandungan sehingga kepada
tugasan penaakulan lain; dan kerumitan isu yang dileraikan mengikut masa.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 10 PENYELIDIKAN MENGENAI PEMIKIRAN DAN PENYELESAIAN  227
MASALAH

SEMAK KENDIRI 10.5

1. Adam: Saya perasan setiap kali saya menyepak bola ke atas


sebelum itu, ia jatuh balik ke bawah. Jadi saya rasa lain kali
bila saya menyepaknya ke atas, ia akan jatuh balik ke
bawah juga.

Razak: Itu Hukum Newton. Apa sahaja yang naik ke atas mesti
jatuh ke bawah. Oleh itu, jika anda menyepak bola ke
atas, ia mesti jatuh ke bawah.

Apakah penaakulan yang digunakan oleh kedua-dua Adam dan


Razak?

2. Manakah antara pernyataan berikut paling terbaik menunjukkan


penaakulan deduktif?

A. Kadar pertumbuhan populasi California menurun tahun


lepas.
B. Penduduk California menghargai cuaca baik.
C. Penduduk California ialah penduduk Amerika.
D. Lebih banyak kereta berdaftar di California berbanding
negeri-negeri lain.

3. Mana antara pernyataan berikut paling baik diekspreskan oleh


penaakulan induktif?

A. Gred kuiz anda yang pertama selalunya menunjukkan


bagaimana prestasi anda dalam kursus.
B. Peperiksaan akhir mengambil kira 30% daripada gred
kursus.
C. Kertas yang lambat tidak akan diterima.
D. GravityÊs Rainbow adalah pembacaan yang diperlukan
dalam kursus anda.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


228  TOPIK 10 PENYELIDIKAN MENGENAI PEMIKIRAN DAN PENYELESAIAN
MASALAH

10.6 TRANSISI KE ERA KOGNITIF BAHARU


Kajian dalam pemikiran mengambil satu perubahan baharu pada permulaan 1960
apabila ia mula menunjukkan dinamisme signifikan, terutamanya pada konsep
pembelajaran dan penyelesaian masalah. Konsep kognitif seperti hipotesis,
strategi, heuristik, pengekodan dan ingatan kembali digunakan dalam
perbincangan tentang konsep pembelajaran dan penyelesaian masalah. Lanjutan
itu, perkembangan teori maklumat (Shannon & Weaver, 1949) telah memandu
pengkaji psikologi untuk mengkaji tugas dari segi beban maklumat dan menumpu
perhatian bagaimana maklumat diproses. Ahli linguistik seperti Noam Chomsky
(1957) menangani keterangan tentang bahasa oleh ahli behavioris dengan
memfokuskan kepada aspek kreatif bahasa, iaitu menghasilkan dan memahami
ayat-ayat baharu. Pengkaji ini mencadangkan satu keterangan berdasarkan
perbezaan antara kompeten (pengetahuan) dan prestasi (tindakan), menjelaskan
kompeten linguistik dari segi peraturan-peraturan abstrak, dan tidak setuju
bahawa perkembangan bahasa memerlukan tanggapan terhadap satu alat
perolehan bahasa yang tersedia secara biologi. Teori-teori yang diberi oleh ahli
linguistik adalah berbeza daripada keterangan ahli behavioris dan hujah mereka
adalah agak meyakinkan.

Psikologi pemikiran adalah sangat dipengaruhi oleh kemunculan teknologi


komputer yang dianggap sebagai sistem pemprosesan simbol-simbol, bagi operasi
maklumat. Newell et al. (1958) menyimpulkan satu teori pemikiran manusia
berdasarkan pada fakta bahawa manusia ialah sistem pemprosesan maklumat dan
menjalankan satu perbandingan menyeluruh antara pemprosesan manusia dan
komputer. Kehadiran teknologi komputer menyokong hipotesis tentang proses-
proses berfikir yang „tidak nampak‰. Ini membawa kepada kajian aktiviti-aktiviti
yang lebih kompleks dan satu jenis mekanisme baharu sebagai satu keterangan
tentang tingkah laku manusia.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 10 PENYELIDIKAN MENGENAI PEMIKIRAN DAN PENYELESAIAN  229
MASALAH

 Asosianisme menyatakan bahawa dunia adalah diwakili daripada dalaman


diri kita dan tingkah laku kita diarah oleh perkaitan yang terbentuk daripada
idea-idea ini.

 Minda ialah satu set fakulti, kuasa atau keupayaan komputasi mengoperasi
sensasi yang datang.

 William James menghuraikan minda manusia sebagai satu susunan fungsi-


fungsi, dan fikiran sedar sebagai satu aliran dinamik peristiwa-peristiwa yang
saling berinteraksi.

 Fungsionalisme memfokuskan terutamanya kepada fikiran sedar dan


Elementisme.

 Pembelajaran dan penyelesaian masalah ialah proses beransur-ansur


berasaskan peningkatan kekuatan hubungan antara situasi rangsangan dan
kemungkinan respons tertentu.

 Behaviorisme memberi fokus tumpuan pada tingkah laku atau prestasi dan
membuatkannya fakta asas psikologi.

 Psikologi Gestalt mempercayai bahawa pengalaman-pengalaman psikologi


ialah „antielementaristik‰ atau tidak terbentuk daripada elemen-elemen
perwakilan yang berasingan tetapi ialah satu peristiwa tersusun, dinamik
yang berinteraksi atau saling mempengaruhi satu sama lain.

 Konsep elemen biasa mendefinisikan konsep-konsep sebagai abstraksi


elemen-elemen biasa pada satu kategori rangsangan dan ikatan satu respons
tunggal pada elemen-elemen tersebut.

 Cuba-cuba adalah dikaitkan dengan pandangan bahawa mendapatkan satu


penyelesaian ialah satu proses beransur-ansur, tidak terarah yang tidak
melibatkan persepsi atau keperluan pemahaman atau struktur masalah.

 Kebekuan fungsi merujuk kepada fakta bahawa satu objek dengan fungsi
tertentu tidak boleh diperhatikan dalam peranan berlainan.

 Silogisme ialah satu cara konvensional penaakulan latihan dan penilaian


penaakulan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


230  TOPIK 10 PENYELIDIKAN MENGENAI PEMIKIRAN DAN PENYELESAIAN
MASALAH

 Penaakulan deduktif adalah berkenaan dengan silogisme yang penyelesaian


mengikuti premis-premis secara logik.

 Penaakulan induktif ialah proses satu pemerhatian mudah dibuat dan


diaplikasikan melalui generalisasi pada masalah yang sangat berbeza untuk
membuat keputusan.

 Transisi ke era kognitif baharu merangkumi konsep seperti hipotesis, strategi,


heuristik, pengekodan dan ingatan kembali, dan dipengaruhi oleh kehadiran
teknologi komputer.

Behaviorisme Kesan kandungan


Cuba-cuba Penaakulan deduktif
Elemen biasa Penaakulan induktif
Elementisme Pemfokusan konservatif
Fikiran sedar Pengimbasan berturutan
Fungsionalisme Perkaitan
Kebekuan fungsi Psikologi Gestalt
Kesan atmosfera Silogisme

1. Nyatakan dua masalah utama yang mencirikan psikologi moden.

2. Terangkan prinsip-prinsip yang menguasai gabungan idea dan telah


bertahan ujian masa dan data.

3. Nyatakan tahap analisis pemikiran yang diperkenalkan oleh Graham


Wallas.

4. Terangkan „Behaviourisme‰ secara ringkas yang diperkenalkan oleh John B.


Watson.

5. Apakah yang anda faham dengan istilah „Psikologi Gestalt‰?

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 10 PENYELIDIKAN MENGENAI PEMIKIRAN DAN PENYELESAIAN  231
MASALAH

6. Berikan takrifan bagi konsep elemen biasa.

7. Bandingkan antara „pemfokusan konservatif‰ dengan „pengimbasan


berturutan‰.

8. Nyatakan tiga perbezaan utama antara arah kebiasaan dengan arah baharu.

9. Apakah faedah pemindahan yang baik kepada situasi baharu yang sesuai
dalam menyelesaikan masalah?

10. Terangkan secara ringkas „kesan atmosfera‰.

Bartlett, F. C. (1951). The mind at work and play. London, England: Allen &
Unwin.

Boring, E. G. (1950). A history of experimental psychology. New York, NY:


Appleton-Century-Crofts.

Bruner, J. S., Goodnow, J. J., & Austin, G. A. (1956). A study of thinking. New York,
NY: Wiley.

Chomsky, N. (1957). Syntactic structures. The Hague: Mouton.

Dellarosa, D. (1988). A history of thinking. Dlm. R. J. Sternberg & E. E. Smith


(Pnyt.), The psychology of human thought. Cambridge, England: Cambridge
University Press.

Dewey, J. (1910). How we think. Boston, MA: Heath.

Duncker, K. (1945). On problem-solving. Psychological Monographs, 58(5), Whole


No. 270).

Freeman, G. L. (1931). Mental activity and the muscular process. Psychological


Review, 38, 428ă447.

Harlow, H. F. (1949). The formation of learning sets. Psychological Review, 56,


51ă65.

Heidbreder, E. (1946). The attainment of concepts: II The problem. Journal of


General Psychology, 35, 191ă223.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


232  TOPIK 10 PENYELIDIKAN MENGENAI PEMIKIRAN DAN PENYELESAIAN
MASALAH

Hull, C. L. (1920). Quantitative aspects of the evolution of concepts. Psychological


Monographs (Whole No. 123).

Jacobson, E. (1930). Electrical measurements of neuro-muscular states during


mental activities: IV. Evidence of contraction of specific muscles during
imagination. American Journal of Physiology, 93, 703ă712.

James, W. (1890). Principles of Psychology. New York, NY: Holt.

Katona, G. (1940). Organizing and memorizing. New York, NY: Columbia


University Press.

Kohler, W. (1925; 1976). The mentality of apes. New York, NY: Liveright.

Luchins, A. S. (1942). Mechanization in problem solving: The effect of Einstellung.


Psychological Monographs, 54 (Whole No. 248).

Maier, N. R. F. (1930). Reasoning in humans: I. On direction. Journal of


Comparative Psychology, 10, 115ă143.

Maier, N. R. F. (1940). The behavior mechanisms concerned with problem solving.


Psychological Review, 47, 43ă58.

Morgan, J. J. B., & Morton, J. T. (1944). The distortion of syllogistic reasoning


produced by personal convictions. Journal of Social Psychology, 20, 39ă59.

Newell, A., Shaw, J. C., & Simon, H. A. (1958). Elements of a theory of human
problem solving. Psychological Review, 65, 151ă16.

Osgood, C. E. (1953). Method and theory in experimental psychology. Oxford,


England: Oxford University Press.

Sells, S. B. (1936). The atmosphere effect: An experimental study of reasoning.


Archives of Psychology of New York, 200.

Shannon, C. E., & Weaver, W. (1949). The mathematical theory of communication.


Urbana, IL: University of Illinois Press.

Smoke, K. L. (1932). An objective study of concept formation. Psychological


Monographs, 42 (Whole No. 191).

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 10 PENYELIDIKAN MENGENAI PEMIKIRAN DAN PENYELESAIAN  233
MASALAH

Thorndike, E. L. (1898). Animal intelligence: An Experimental study of the


associative processes in animals. Psychological Monographs, 8.

Thorndike, E. L. (1911). Animal intelligence. NewYork, NY: Macmillan.

Watson, J. B. (1924). Behaviorism. New York, NY: PeopleÊs Institute.

Wilkins, M. C. (1928). The effect of changed material on ability to do formal


syllogistic reasoning. Archives of Psychology of New York, 102.

Woodworth, R. S., & Schlosberg, H. (1954). Experimental psychology (Ed.


semakan) New York, NY: Holt.

Woodworth, R. S., & Sells, S. B. (1935). An atmosphere effect in formal syllogistic


reasoning. Journal of Experimental Psychology, 18, 451ă460.

Yerkes, R. M. (1916). The mental life of monkeys and apes, a study of ideational
behavior. Behavior Monographs, 12.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


MODULE FEEDBACK
MAKLUM BALAS MODUL

If you have any comment or feedback, you are welcome to:

1. E-mail your comment or feedback to modulefeedback@oum.edu.my

OR

2. Fill in the Print Module online evaluation form available on myINSPIRE.

Thank you.

Centre for Instructional Design and Technology


(Pusat Reka Bentuk Pengajaran dan Teknologi )
Tel No.: 03-27732578
Fax No.: 03-26978702

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


Copyright © Open University Malaysia (OUM)

You might also like