You are on page 1of 3

HBEF1503/ XXX/ XXX

BAHAGIAN A

ARAHAN

Bahagian A mengandungi LIMA SOALAN. Jawab SEMUA.

SOALAN MARKAH

1. Nyatakan EMPAT ciri budaya menurut Ferraro (2006). Berikan contoh-contoh.

(4)

2. Sistem kekerabatan adalah amat penting dalam membantu manusia menyesuaikan


diri terhadap persekitaran sosial.
Berikan EMPAT kepentingan sistem kekerabatan tersebut.
(4)

3. Nyatakan DUA sebab mengapa perlunya pengkhususan jantina dalam


pembahagian tugas. Berikan setiap satu contoh.
(4)

4. Terangkan secara ringkas EMPAT fungsi agama dalam masyarakat.


(4)

5. Huraikan secara ringkas EMPAT bentuk kawalan sosial tidak formal. Berikan
contoh-contoh.
(4)

(Jumlah: 20)

1/3
HBEF1503/ XXX/ XXX

BAHAGIAN B

ARAHAN

Bahagian B mengandungi TIGA SOALAN. Jawab DUA sahaja.

SOALAN MARKAH

1. Terdapat pelbagai sistem pengeluaran dari segi kaedah mendapat, memproses dan
mengedar makanan. Dengan menggunakan contoh-contoh yang sesuai, huraikan:

(a) Sistem pengeluaran Pastoralisme.


(10)
(b) Sistem pengeluaran Agrikultur.
(10)
(Jumlah: 20)

2. Pertembungan antara masyarakat berlainan budaya pasti akan timbul masalah dari
segi interaksi sosial dalam kalangan mereka kerana masing-masing mempunyai
amalan budaya yang berlainan.

(a) Jelaskan perbezaan antara “ras” dan “etnik” berserta contoh-contoh yang
bersesuaian.
(8)

(b) Bincangkan pola-pola yang terdapat dalam hubungan ras dan etnik di seluruh
dunia.
(12)
(Jumlah: 20)

3. (a) Huraikan sejarah hidup dan latar belakang Ibn Khaldun sebagai seorang tokoh
ilmuan Islam.
(8)
(b) Bincangkan sumbangan Ibn Khaldun terhadap pembangunan tamadun Islam di
dunia.
(12)
(Jumlah: 20)

2/3
HBEF1503/ XXX/ XXX

BAHAGIAN C

ARAHAN

Bahagian C mengandungi DUA SOALAN. Jawab SATU sahaja.

SOALAN MARKAH

1. Bincangkan punca-punca rasisme dan etnosentrisme yang mendorong kepada konflik


dalam masyarakat.

(Jumlah: 20)

2. Bincangkan kesan-kesan negatif budaya K-Pop yang menular di Malaysia. Berikan


contoh-contoh.
(Jumlah: 20)

KERTAS SOALAN TAMAT

3/3

You might also like