You are on page 1of 2

RUMUSAN 1 TAJUK: REVOLUSI INDUSTRI (m/s 66-67)

Rumusan membincangkan fungsi-fungsi dan kelebihan-kelebihan Revolusi Industri 4.0.

Antara fungsinya adalah untuk membuat pesanan pizza melalui telefon (B1). Selain itu,
Revolusi Industri memudahkan segala urusan rumah (B1). Seterusnya, urusan pemanduan akan
dikawal sepenuh melalui satelit (B1). Antara kelebihannya, Revolusi Industri dapat mengoptimumkan
keperluan dan keselesaan manusia (B1). Selain itu, membantu dalam bidang pertanian dengan
menjadikan tanaman terpelihara dan lebih hebat. (B2). Malahan, membantu dalam bidang
perubatan dengan mempercepat proses rawatan (B2). Justeru, membawa kepentingan dalam bidang
ketenteraan dan keselamatan negara (B2). Akhir sekali, membantu manusia menjalankan tugas
dalam pelbagai rutin kehidupan (B2).

Kesimpulannya, masyarakat hendaklah bijak memanfaatkan revolusi industri agar negara


maju di persada dunia.

KATA KUNCI B1 = BAHAN 1 B2 = BAHAN 2

RUMUSAN 2 TAJUK: SASTERA UNTUK MASYARAKAT (m/s 136-137)

Rumusan membincangkan punca sastera dilupakan, kepentingan dan fungsi sastera.

Punca sastera dilupakan ialah media sosial telah menjadi pilihan masyarakat (B1). Antara
kepentingan sastera ialah sastera menyuburkan minat membaca dalam masyarakat (B1). Seterusnya,
sastera memupuk semangat cinta akan negara, memupuk perpaduan dan menyerlah identiti bangsa
(B2). Antara fungsi sastera ialah mengemukakan ilmu dan pemikiran (B2). Selain itu, menyampaikan
suara golongan tertindas (B2). Malahan, sastera menyampaikan buah fikiran dan meluahkan
perasaan (B2). Justeru, sastera menggambarkan ketinggian budaya sesuatu masyarakat (B2). Akhir
sekali, sastera menjadi tulang belakang hampir semua disiplin ilmu. (B2)

Kesimpulannya, masyarakat hendaklah bertanggungjawab dalam menghargai sastera agar


imej bangsa dipandang tinggi.

KATA KUNCI B1 = BAHAN 1 B2 = BAHAN 2


RUMUSAN 3 TAJUK: SENI JALANAN: MURAL DAN GRAFITI (m/s 160-161)

Rumusan membincangkan ciri-ciri dan kepentingan seni jalanan.

Ciri-ciri seni jalanan ialah lukisan besar pada ruang bangunan atau ruang dinding (B1). Selain
itu, seni jalanan berkisarkan sesuatu benda, peristiwa, cerita atau pengalaman yang mengusik
perasaan (B1). Ciri seterusnya ialah seni jalanan dikaitkan dengan golongan muda yang mahu
meluahkan perasaan (B1). Malahan, seni jalanan berlatarkan cerita dongeng rakyat yang terkenal
(B2). Selain itu, membawa mesej keunikan kebudayaan dan kesenian dalam kalangan masyarakat
majmuk di Malaysia (B2). Antara kepentingannya ialah seni jalanan menceriakan sesuatu kawasan
(B1). Justeru, seni jalanan memperindah persekitaran bandar (B1). Akhir sekali, seni jalanan
menyebabkan kawasan tersebut menerima kunjungan daripada peminat seni dan pelancong dari
serata tempat. (B1)

Kesimpulannya, masyarakat hendaklah bertanggungjawab dalam mengekalkan tradisi


caklempong agar budaya warisan ini tak lapuk dek hujan, tak lekang dek zaman.

KATA KUNCI B1 = BAHAN 1 B2 = BAHAN 2

RUMUSAN 4 TAJUK: CAKLEMPONG (m/s 162-163)

Rumusan membincangkan ciri-ciri caklempong dan cabaran dalam menguasai caklempong.

Ciri-ciri caklempong ialah caklempong berasal dari Sumatera Barat yang dibawa oleh
masyarakat Minangkabau yang menetap di Negeri Sembilan (B1). Selain itu, caklempong tergolong
dalam kumpulan gong berukuran kecil (B1). Ciri seterusnya ialah caklempong diperbuat daripada
gangsa menggunakan teknik acuan (B1). Cabaran-cabaran dalam menguasai caklempong ialah
cabaran untuk diterima oleh masyarakat berbilang kaum (B1). Selain itu, cabaran untuk menarik
minat generasi muda untuk mempelajari dan menghayati muzik tersebut (B1). Malahan, cabarannya
ialah kesukaran untuk mendapatkan murid yang mahir atau mempunyai kemahiran asas caklempong
(B2). Justeru, cabaran kekangan waktu untuk latihan (B2). Akhir sekali, cabaran kekangan kewangan.
(B2)

Kesimpulannya, masyarakat hendaklah bertanggungjawab dalam mengekalkan tradisi


caklempong agar budaya warisan ini tak lapuk dek hujan, tak lekang dek zaman.

KATA KUNCI B1 = BAHAN 1 B2 = BAHAN 2

You might also like