You are on page 1of 24

MIGRASI DESA KE BANDAR : SUATU TINJAUAN KE

ATAS PENGALAMAN MASYARAKAT KELABIT DI


BARIO

HARRIS KEBING

Latihan Ilmiah ini dikemukakan untuk memenuhi sebahagian daripada syarat~


syarat untuk memperolehi Ijazah Sarjana Muda Sains Sosial Dengan Kepujian
Perancangan dan Pengurusan Pembangunan ( SmSS)

F AKUL TI SAINS SOSIAL


UNIVERSITI MALAYSIA SARAW AK

2001

, . . - - - - - - - - - - - - ..... - - - - -r

PENGHARGAAN
Jutaan terima kasih saya tujukan khas kepada Prof. Madya Dr. Spencer Empading
Sanggin atas sumbangan beliau selaku penyelia kepada latihan ilmiah saya. Segala
bimbingan, panduan dan curahan ilmu beliau kepada saya telah banyak membantu proses
penyiapan latihan ilmiah saya. Melalui didikan beliau, saya telah mempelajari tentang
banyak perkara yang amat berharga dan berguna kepada saya untuk bekalan mas a depan.
Ucapan terima kasih ini juga saya tujukan khas buat pensyarah-pensyarah dan
kakitangan di Fakulti Sains Sosial yang ban yak membantu saya dalam menyiapkan
latihan ilmiah ini. Tidak lupa juga kepada rakan-rakan seperjuangan yang lain (MAS
317) kerana sering membantu saya.
Akhir sekali, ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada keluarga saya dan
Agnes Nawah kerana memberi sokongan yang teguh kepada saya sepanjang pengajian di
UNIMAS.

HARRIS KEBING
MAC 2001'

""

't

Abstrak
Masyarakat Kelabit merupakan salah satu kumpulan minoriti masyarakat
peribumi di Sarawak yang mendiami tanah tinggi di bahagian timur kawasan Baram,dan
Bario menjadi petempatan terbesar komuniti inL Tujuan utama kajian ini adalah untuk
mengetahui kesan migrasi keluar di kalangan masyarakat Kelabit terhadap kumpulan
hukan migran di Bario. Kajian ini dijalankan dengan menggunakan dua kaedah yang
utama iaitu teknik temubual dan pengedaran borang soal selidik. Seramai 50 orang
responden terlibat dalam kajian ini. Data yang diperolehi ini dianalisis menggunakan
program SPSS (Statistical Package for Social Sciences). Melalui kajian ini, didapati
bahawa mereka yang kurang berpendidikan cenderung untuk tidak berhijrah dari Bario
dan kebanyakannya terdiri daripada kumpulan kanak-kanak dan orang tua. Aliran migrasi
yang pesat di kalangan masyarakat 1111 telah mengubah struktur demografi
masyarakatnya. SeJain itu, kesan daripada migrasi ini juga turut menimbulkan masalah
kekurangan gunatenaga masyarakatnya pada masa depan terutamanya dalam sektor
pertanian. Melihat kepada kadar migrasi keluar yang pesat ke bandar di kalangan
generasi mudanya, generasi tuanya mempunyai alasan untuk merasa bimbang tentang
masa depan komuniti di Dataran Tanah Tinggi ini. Kebimbangan terhadap penghijrahan
beramai-ramai ini ialah apabila meJihat daJam konteks kemapanan komuniti Kelabit di
tanah tinggi tersebut.

ii

I.

Abstract
The Kelabit is a minority indigenous community in Sarawak inhabiting the
highlands in the eastern part of the Baram District, with Bario constituting the largest
settlement.The primary aim of the study was to assess the impact of the out-migration
amongst the Kelabit to the nonmigrants in Bario. The study was conducted mainly using
two major techniques: interview survey and questionnaire. A total of 50 respondents were
involved in the study. The data collected were then analysed by using SPSS program
(Statistical Package for Social Sciences). From the survey, it was found that the less
educated population tended to stay in Bario, majority of them are younger children and
the elderly. The tide of out-migration amongst the Kelabit had brought changes to the
demographic structure of the community. Additionally, there is bound to be a critical
problem of labour shortage in Bario in the future especially in the agriculture sector
caused by the increasing outward mobility among the younger generation. Given the
current rate of urban-migration among the young and educated Kelabits, the older folks
have reason to worry about the future of the highlands. The impact of this exodus if of
concern when considered in terms of the sustainability of the Kelabit community in the
Highlands.

iii

KANDUNGAN

PENGHARGAAN

ABSTRAK

ii

SENARAI JADUAL

SENARAI RAJAH

vi

PENGENALAN

LATAR BELAKANG MASALAH KAJIAN

KENYATAAN MASALAH

OBJEKTIF KAJIAN

KEPENTINGAN KAJIAN

KERANGKA TEORITlKAL

KONSEP KAJIAN

10

METODOLOGI KAJIAN

11

KEPUTUSAN DAN PERBINCANGAN

14

KESIMPULAN

22

CADANGAN

22

BIBLIOGRAFI

24

LAMPIRAN

26

IV

au

4$

SENARAI JADUAL
ladual I : Pandangan Bukan Migran Terhadap Kehidupan Kampung

18

ladual 2 : Kekerapan Migran Balik Kampung

18

ladual 3 : Penetap Cadang Berpindah dan Menggalakkan Ahli Keluarga


Berpindah

20

ladual 4 : Re~ponden Menghadapi Masalah Akibat Ahli Keluarga Berhijrah

21

SENARAI RAJAH
Rajah I : Faktor Asal dan Destinasi, dan Halangan Perantaraan dalam
Teori Lee

Rajah 2 : Lokasi Daerah Bario di Sarawak

12

Rajah 3 : Pembolehubah Bersandar dan Pembolehubah Tidak Bersandar

13

Rajah 4 : Sebab Responden Tidak Berpindah

14

Rajah 5 : Umur Responden Mengikut Kategori

15

Rajah 6 : Tahap Pendidikan Responden

16

Rajah 7 : Pekerjaan Responden

17

Rajah 8 : Masa Keluarga Responden Balik Kampung

19

Rajah 9 : Taraf Hidup Migran di Bandar

21

vi

PENGENALAN
Migrasi merupakan salah satu daripada pengkajian tentang dernografi selain
fertiliti dan rnortaliti. Dernografi ini melibatkan kajian rnengenai saiz, struktur, ciri dan
taburan penduduk serta peru bahan-peru bah an yang berlaku ke atasnya dalarn satu ternpoh
tertentu. Namun begitu, kajian mengenai rnigrasi rnasih lagi kurang berbanding dengan
kajian tentang aspek fertiliti dan rnortaliti. Lazirnnya, kajian tentang fenomena rnigrasi ini
sejak tahun \960-an banyak rnenyentuh tentang pola, arah dan jarak rnigrasi dan isipadu
aliran rnigrasi, ciri-ciri rnigrasi dan bezaan antara rnigran dengan penetap. Kini, kajian
tentang fenornena rnigrasi mula rnendapat perhatian ekoran pengaruhnya yang besar
terhadap dernografi.

LATAR BELAKANG
Fenornena migrasi rnerupakan satu proses yang sebati dengan rnanusia sejak
dahulu lagi. Manusia sentiasa berhijrah dari kawasan asal ke kawasan baru dengan tujuan
yang tersendiri. Dalarn rnelihat isu rnigrasi ini. perbezaan pengalarnan yang dialarni
antara negara rnaju dengan negara rnernbangun dalarn rnenghadapi senario rnigrasi wajar
dijadi kan pengkajian.
Isu rnigrasi di negara Barat dilihat sebagai satu proses penjana kepada
perturnbuhan ekonorni rnereka. Migrasi yang berlaku secara besar-besaran di negara
BanH ketika era Revolusi Perindustrian pada abad ke-18 telah rnernbawa kepada
kemakrnuran ekonorni rantau tersebut. Menurut Todaro (1994), sejarah pernbangunan
ekonomi di Eropah Barat dan Amerika Utara biasanya difahami dalam konteks
kesinambungan pemindahan aktiviti ekonomi dan manusia dari kawasan desa ke bandar,
baik di dalam mahupun antara negara. Akibat daripada peluasan industri bandar, peluang
pekerjaan baru telah disediakan dan pada masa yang sama peJaburan dalam aspek
teknologi di sektor pertanian telah mengurangkan keperluan tenaga manusia di desa. Oleh
itu, rangkaian dua fenomena ini membolehkan negara-negara Barat berjaya menempuhi
pemindahan sumber manusia dari desa ke bandar secara sistematik.
Berbeza dengan Dunia Ketiga yang tergolong sebagai negara-negara membangun,
fokus utarna pembangunannya ialah melihat jenis ekonominya yang berbentuk dualistik
seperti dalam model Lewis, iaitu kewujudan sektor kapitalis moden di bandar dan sektor
sara diri tradisional di desa. Ahli-ahli ekonorni menyirnpulkan bahawa pembangunan
ekonomi di Dunia Ketiga lebih menumpukan kepada usaha untuk menggalakkan
kepesatan pertumbuhan industri bandarnya. Mereka cenderung untuk menganggap
bandar sebagai pusat pertumbuhan dan titik penumpuan peluasan ekonomi. Malangnya,
strategi untuk meningkatkan proses industrialisasi ini gagaJ untuk membawa kesan yang
diingini seperti yang dialami oleh negara Barat. KegagaJan Dunia Ketiga untuk rnenyerap
ledakan penduduk di bandar ekoran migrasi menimbulkan pelbagai permasalahan di
bandar. Kini, Dunia Ketiga dibayangi oleh masalah pengangguran ketara, perpindahan
kemiskinan dari desa ke bandar, kemerosotan produktiviti sektor pertanian dan kesesakan
bandar. Todaro (1994) mengutarakan bahawa dilema utama yang dihadapi oleh Dunia
Ketiga ketika ini yang menjadi punca kepada segala permasalahan ini ialah berlakunya
ketidakseimbangan pembangunan di rantau terse but.
Pada abad ke-19, kadar industrialisasi di Eropah Barat adalah lebih pes at
berbanding proses urbanisasi. Peratus peluang pekeljaan dalam bidang industri adalah
sentiasa tinggi berbanding jumlah popuJasi yang mendiami ban dar. Contohnya, negara

~--------

-y.'----

Perancis dan Jerman mengalami pertumbuhan jumlah guna tenaga tidak melebihi 1%
setahun tetapi sektor pembuatannya hanya perlu bertumbuh pada kadar 3.3% untuk
menyerap peningkatan jumlah buruh setahun pada sekitar 1850-an. Keadaan ini
menjelaskan bahawa negara Barat mampu menyerap pertumbuhan penduduknya kerana
sektor industrinya mampu menampung peningkatan tersebut. Todaro (1994) mengulas
keadaan ini sebagai keupayaan sektor perindustrian negara maju menyerap pertumbuhan
guna tenaganya yang menurun kesan daripada penurunan aJiran migrasi di rantau tersebut
pada masa kini.
SebaJiknya pula, kadar industrialisasi di Dunia Ketiga menurut Todaro (1994)
sangat perlahan sedangkan proses urbanisasinya lebih pesat. Di kebanyakan negam
membangun ini, peratus populasinya yang tinggal di bandar bertambah melebihi kadar
penglibatan dalam sektor pembuatan. Contohnya di Brazil yang mempunyai seramai 71 %
daripada jumlah populasinya tinggal di bandar tetapi hanya 20% sahaja yang terlibat
dalam sektor pembuatan pada tahun 1990. Dalam tempoh sarna, Colombia juga
mengalami kes yang serupa dengan Brazil iaitu kadar urbanisasinya adalah pada kadar
68% tetapi hanya 17% sahaja daripada populasinya yang terlibat dalam sektor
pembuatan. Melihat kepada senario ini, kita boleh menyimpulkan bahawa kadar
urbanisasi di rantau ini sebenarnya menyaksikan bahawa berlakunya ledakan penduduk di
ban dar yang menyumbang kepada permasalahan.
Dilema yang dihadapi oleh Dunia Ketiga pada masa kini ialah ledakan penduduk
yang pesat berbanding negara Barat yang berjaya memperlahankan kadar pertumbuhan
penduduknya. Dalam hal ini, Todaro (1994) memberi contoh pada tahun 1970, ban dar di
Dunia Ketiga mempunyai jumlah penduduk seramai 675 juta orang, meningkat kepada 2
bilion pada tahun 2000 dan dijangka mencapai angka 4 bilion pada tahun 2025. Dengan
melihat kepada beberapa ban dar, kadar pertumbuhan populasinya masa kini adalah di
bawah paras 1% setahun di dua buah bandaraya terbesar dunia, iaitu New York dan
London. Berbeza pula dengan kebanyakan bandar di negara Afrika seperti Nairobi, Lagos
dan Accra yang mempunyai kadar pertumbuhan populasi bandarnya melebihi 7%
setahun. Di Asia dan Amerika Latin, kebanyakan populasi bandarnya bertumbuh pada
kadar melebihi 5%. Namun begitu, peningkatan populasi bandar yang pes,ll di Dunia
Ketiga ini sebenarnya disumbangkan oleh migrasi dari desa ke bandar. Dalam
Persidangan Populasi Dunia Kedua di Bandar Mexico pada Ogos 1984, salah satu
pandangan yang disuarakan ialah menyentuh hal pertumbuhan populasi iaitu pelbagai
masalah sebenar tentang isu ini bukan timbul daripada saiz keseluruhan sebaliknya
akibat daripada peningkatan migrasi desa ke ban dar. Dengan peningkatan populasi inL
wujud satu kebimbangan dan persoalan kepada Dunia Ketiga bagaimana untuk
menyelesaikan isu kependudukannya.
Permasalahan Dunia Ketiga yang sering diutarakan pada masa kini ialah
menyentuh masalah pembangunan rantau ini yang tidak seimbang. Todaro (1994)
mengulas permasalahan ini sebagai kesilapan negara-negara membangun da1am
merangka strategi pembangunan yang berkesan. Menurut beliau, rata-rata negara ini yang
merupakan bekas tanah jajahan Barat telah mewarisi pembangunan yang pernah dibawa
oleh kolonialis masing-masing. Zaman dominasi oleh kolonial telah membawa kepada
pembukaan wilayah secara selektif atau terpilih dan tidak sempurna di Dunia Ketiga.
Keadaan ini menyebabkan tempat-tempat peninggalan penjajah ini tenlS menjadi
tumpuan pembangunan kepada Dunia Ketiga yang mencapai kemerdekaan. Akibatnya,

corak pembangunan yang tidak seimbang dengan tumpuan kepada tempat tertentu
munakala tempat lain terpinggir dari program pembangunan telah berlaku. Corak
pembangunan yang tidak seimbang juga turut menyebabkan ketidakseimbangan dalam
taburan penduduknya. Kawasan yang mengalami kepesatan pembangunan teJah
mengaJami fenomena ledakan penduduk yang ban yak disumbangkan oleh migrasi. Jurang
ckol1omi antara wilayah telah mendesak kepada berlakunya migrasi dari kawasan mundur
kc kawasan moden terutamanya bandar-bandar besar. Sebagai contohnya ialah Jakarta di
PlIlau Jawa, Indonesia dan Pantai Barat Semenanjung Malaysia merupakan kawasan
pendlldllk yang padat kerana berfungsi sebagai pusat pembangunan yang menjadi
tllmpuun kepada migran sejak zaman penjajahan hingga kini.
Coruk pembangunan yang tidak seimbang di Dunia Ketiga ini juga mendedahkan
bahawa berlakunya pengagihan sumber kekayaan yang tidak adil di rantau terse but.
Konsep kapitaiisme yang dipelopori oleh kolonial semasa zaman penjajahan telah sebati
dengan masyarakat di negara-negara membangun. Konsep ini telah mewujudkan strata
dalam masyarakat di Dunia Ketiga yang memperlihatkan golongan kaya semakin kaya
kerana memonopoli sumber kekayaan negara sedangkan masyarakat miskin terus
tertindas. Tambahan pula, kos hidup yang semakin tinggi pada mas a kini semakin
mcmbebankan goJongan miskin yang kurang berkemampuan. Memandangkan bahawa
snmber kekayaan ini terdapat di kawasan ban dar, kebanyakan masyarakat desa tidak
berupaya menikmati sumber tersebut.
Berdasarkan ramalan Bank Dunia dalam laporannya pada tahun 1990,
dijangkakan bahawa kadar kemiskinan penduduk di Dunia Ketiga akan meningkat
sebanyak 72 juta orang, iaitu meningkat daripada 1.051 kepada 1.133 bilion antara tahun
1985 hingga 1990. Kajian oieh United Nations pula menganggarkan bahawa sebanyak
767 juta penduduk desa di Dunia Ketiga berada dalam keadaan 'kemiskinan mutlak' yang
didefinisikan sebagai kekurangan zat makanan, kadar kematian dan kelahiran yang tinggi,
rumah tidak mencukupi dan kllrang penyerapan ilmu. Todaro (1994) pula mendedahkan
bahawa ciri-ciri kemiskinan dalam isirumah di Dunia Ketiga adalah lebih banyak
diwakili oleh wanita yang dikaitkan dengan kadar buta huruf yang tinggi, pendapatan
minima dan kadar kelahiran yang tinggi. Kemiskinan yang tinggi di kalangan masyarakat
des a ini memperlihatkan berlakunya aliran mereka yang bergerak ke kawasan pusat
bandar untuk menebus kehampaan di tempat asa!.
Secara ringkasnya, pelbagai masalah, peluang dan perubahan yang berhubungkait
dengan proses pembangunan telah menjadi penggerak kepada proses migrasi di
kebanyakan negara Dunia Ketiga. Fenomena migrasi secara besar-besaran di rantau
Dunia Ketiga telah menjadi suatu ancaman dan menimbulkan kebimbangan kepada para
pemaju dalam usaha merancakkan lagi proses pembangunan.

Latarbelakang Masalah Kajian


Orang Kelabit ini merupakan masyarakat yang tinggal di sebuah kawasan tanah
tinggi di timur utara, Bahagian Miri. Dataran tinggi yang dikenali sebagai Dataran
Tinggi Kelabit ini terletak di sebuah kawasan yang dilingkari oleh sistem banjaran
gunung seperti Bukit Merigong, Gunung Murud, Batu Lawi, Batu Iran, Gunung Melepe
dan Gunung Murud Kecil. Harrison ( 1959) menceritakan panorama Bario ini seperti
berikut:

t114.)

"Psychologically, if not exactly phsical, smack in the middle of Borneo lies the plain of
Bario. Encircled in a great bowl of mountains ... The highest of the Kelabit villages and
the highest settled community in all this great island is ....Bario, right under the power
and blast of the glistening Tamabo cliffs. The placed is name for the great assaults of
wind hurled down from the surrounding mountains ...." ( ms 4-5).
Kawasan ini lebih terkenal dengan gelaran Bario yang bermaksud angin atau
berasal dari perkataan 'bariew' dalam bahasa Kelabit kerana cuacanya yang sejuk dan
dingin iaitu kira-kira 18c. Dataran ini merupakan tanah kelahiran kepada masyarakat
Kelabit sejak dahulu Jagi. Menurut Usun (1968), sejarah asal usul suku Kelabit ini
dikatakan berasal dari Lembah Sungai Matarang dan Kerayan yang merupakan jiran
kepada suku kaum Kenyah di Hulu Kapuas, Kalimantan. Disebabkan kekurangan tanah,
mereka ini telah berhijrah ke kawasan Bario manakala suku Kenyah pula berhijrah ke
dataran tinggi Usun Apau. Ini ada benarnya kerana kedudukan Bario adalah terletak
bcrhampiran dengan sempadan Indonesia dan penduduknya masih menjalinkan
perhubungan dengan penduduk jiran sehingga kini. Tambahan pula, masyarakat Kelabit
mempunyai sedikit persamaan dari segi bahasa dan eara hidup dengan penduduk
Kecamatan Krayan yang berhampiran sempadan.
Sebelum ini, masyarakat Kelabit yang terletak jauh di pedalaman ini terpisah
(iso/uted) dari dunia luar. Namun begitu, mereka adalah komuniti yang turut terlibat
dalam aktiviti perdagangan dengan penduduk sekitar terutamanya dengan orang Cina di
Marudi, Lawas dan Limbang. Memandangkan bahawa tiada sistem pengangkutan ketika
itu, mereka berurusniaga dengan masyarakat luar melalui sistem darat iaitu berjalan kaki
selama sebulan untuk berniaga di pekan. Perhubungan dengan Illasyarakat luar dipercayai
bermula selllasa Perang Dunia Kedua dengan kedatangan tentera Bersekutu terutamanya
British pada tahun ) 944. Pihak kolonial ini telah mendirikan markas Illereka di Bario
dalam usaha menentang tentera Jepun dan memperkenalkan teknologi yang asing kepada
masyarakat Kelabit seperti kelengkapan perang, hospital, kapal terbang dan alat
telekomunikasi. Peninggalan penjajah yang amat besar dalam kehidupan masyarakat
Kelabit ialah pembinaan lapangan terbang pada tahun 1953 dan siap pada tahun 1962.
Namun begitu, lapangan terbang yang berlandasan rumput ini mempunyai kekurangan
kerana penerbangan akan dibatalkan sekiranya cuaca tidak baik dan hujan. Namun
begitu, masalah ini tidak lagi timbul selepas tahun 1990-an apabila lapangan terbang
konkrit telah dibina yang membawa kepada penerbangan yang kerap. Menurut Harrison
( 1954), kedatangan tentera Bersekutu ini telah membawa perubahan hidup yang baru
kepada masyarakat Kelabit apabila mereka memeluk agama Kristian yang menjadi dasar
penjajah untuk menyebarkan agama mereka kepada dunia luar. Talla (1979) menyatakan
bahawa Perang Dunia Kedua telah mendedahkan masyarakat Kelabit baik yang muda
mahupun tua kepada 'Western Culture' melalui hubungan dengan tentera British dan
Australia.
Walaupun Perang Dunia Kedua tamar, perhubungan masyarakat Kelabit dengan
dunia luar sekali lagi terjalin erat dengan meletusnya Konfrontasi Malaysia-Indonesia
pada rahun 1963. Memandangkan bahawa petempatan Kelabit berselerak ketika itu,
mereka telah dipindahkan ke Bario atas faktor keselamatan kerana kedudukan Bario
berhampiran dengan negara jiran. Peristiwa konfrontasi ini telah mengukuhkan lagi
hubungan masyarakat Kelabit dengan dunia luar dan membuka lembaran yang baru
dalam hidup mereka. Langkah British merekrutkan orang tempatan sebagai anggota

keselamatan yang dikenali sebagai 'Border Scout' ketika itu memberikan mereka
pengaJaman tentang budaya Barat. Bala (2000) mengulas bahawa konfrontasi bukan
sahaja mengubah corak petempatan ma"yarakat Kelabit daripada berselerak kepada
bertumpu malah mengubah struktur sosiopolitik dan pandangan komuniti ini terhadap
dUllia.
Kesan penjajah yang agak ketara kepada kehidupan orang Kelabit ialah
herlakunya penghijrahan keluar masyarakat ini ke bandar berhampiran sejak rahun 1970
an. Pad a mulanya, migrasi keluar ini berlaku di kalangan anggota 'Border Scout' yang
dipindahkan oleh kerajaan Malaysia ke bandar Sererli Miri, Sibu, Limbang dan Kuching
selepas tamatnya era konfrontasi. Namun hegitu, aliran ini semakin pesat terutamanya
kesan daripada peluasan sistem pendidikan yang mula diperkenalkan sekitar tahun 1940
an. Mereka yang mendapatkan pendidikan di Bario ini terpaksa pergi ke bandar
berhampiran untuk melanjutkan lagi pelajaran ke peringkat lebih tinggi. Sejak itu,
kawasan petempatan ini mula mengalami perubahan jumlah dan komposisi penduduknya
yang menyaksikan kehilangan golongan produktif manakala kawasan ini majoritinya
didiami oleh golongan tua dan kanak-kanak hari inL Fenomena migrasi yang berterusan
ke bandar-bandar terutamanya Miri, Sibu, Kuching dan Bintulu di Sarawak dan jug" ke
Semenanjung Malaysia, Brunei dan luar negam telah menyumbang kepada perubahan
penduduk di kawasan inL
Migrasi yang dialami oleh kawasan terpeneil seperti Bario ini sebenarnya
merupakan suatu fenomena yang rutin. Penghijrahan penduduknya atas tujuan dan motif
lertentu adalah menggambarkan bahawa masyarakat setempal ini cuba melakukan
perubahan terhadap kehidupan mereka. Ledakan pembangunan terutamanya dalam
hidang pengangkutan telah menjadi pemangkin kepada aliran migrasi penduduk setempat
di Bario.

KENYA T AAN MASALAH.


Populasi masyarakat Kelabit yang mendiami kawasan Bario telah mengalami
perubahan sejak awal lagi hingga kini. Komuniti ini merupakan salah satu etnik minoriti
di Sarawak yang tinggal di sebuah kawasan dataran tinggi di pcdalaman Bahagian Miri.
Sebelum itu, komuniti ini dikatakan bemsal dari negara jiran iaitu Indonesia di bahagian
Sungai Kapuas Hulu sebelllm berhijrah ke sekitar kawasan yang dikenali Dataran Tanah
Tinggi Kelabit. Taburan mereka yang berselerak pada mUlanya telah berubah secanl
drastik ekoran meletusnya Konfrontasi Malaysia-Indonesia pada tahun 1963. Atas faktor
keselamatan, mereka yang berselerak ini telah dipindahkan ke sebuah kawasan yang
dikenali sebagai Bario. Sejak itu, taburan populasi komuniti ini bertumpu di sekitar
kawasan Bario sehingga kini. Namun begitu, fcnomena migrasi yang berlanjutan sejak
1970-an mewujudkan taburan populasi secara drastik yang menyaksikan penghijrahan
keluar masyarakatnya seeara besar-besaran ke ban dar.
Menurut labatan Statistik Sarawak ( 1980 ), poplliasi masyarakat Kelabit pada
lahun 1934 ialah seramai 1734 orang. 1612 orang pada tahun 1947, 2040 orang tahun
1960. 2541 orang pada tahun 1970. 3821 orang pada tahun 1980 dan dijangka mencapai
angb sekitar 5000 orang pada tahun 2000. Namun begitu. hampir separuh daripada
jumlah tersebut kini sukar dikesan kerana tclah berhijrah ke ban dar. Keadaan ini diulas
oJeh Saging dan Bulan (J 989) sebagai kesan daripada ledakan pembangunan,
terutamanya dalam bidang pendidikan telah mcnyebabkan kurang daripada separuh

.5

...

mereka ini dijumpai di petempatan rumah panjang kerana berhijrah. Lantaran itu, kajian
ini berhasrat untuk meneliti taburan populasi masyarakat Kelabit di Bario pada masa kini
dengan mengenalpasti corak aliran migrasi komuniti ini.
Dalam kajian tentang migrasi, perkara yang ban yak disentuh oleh para pengkaji
ialah tentang faktor-faktor yang mencetuskan aliran migrasi. Ravenstein ( 1885 & 1889)
mengemukakan bahawa faktor utama yang mendorong kepada migrasi ialah motif
ekonomi. Pandangan beliau ini turut dipersetujui oleh Todaro (1994) yang menyarankan
bahawa kadar kemiskinan yang tinggi di kawasan desa di Dunia Ketiga telah mendesak
masyarakat tersebut untuk berhijrah ke bandar-bandar besar untuk merebut peluang
ekonomi yang ada. Greenwood ( 1997) pula menyarankan terdapat hubungan yang positif
di antara peningkatan taraf pendidikan dengan kadar migrasi iaitu mereka yang
berpendidikan tinggi lebih bermobiliti tinggi untuk berhijrah. Namun begitu, terdapat
kekecualian di dalam hal ini iaitu golongan lepasan ijazah kedoktoran dan profesional
seperti doktor perubatan kurang cenderung untuk berpindah berbanding golongan
berijazah. Stone (1969) juga bersependapat dengan Greenwood iaitu perbezaan taraf
pendidikan dalam migrasi turut menyumbang kepada usaha melanjutkan pelajaran ke
peringkat lebih tinggi, kerana kemudahan ini hanya terdapat di kawasan bandar. Lantaran
itu, kajian ini ingin melihat faktor-faktor utama yang mempengaruhi kadar migrasi di
kalangan masyarakat Kelabit di Bario iaitu sarna ada faktor tersebut saling berkait atau
wujudnya faktor dominan berbanding yang lain.
Sementara itu, Uhlenberg (1973) pula mengatakan bahawa ahli demografi
biasanya lebih cenderung memperkatakan tentang mereka yang berhijrah, maka perhatian
juga perlu diberi kepada mereka yang 'nonmigrants' .MenurLlt beliau, golongan
'nonmigrants' ini boleh memberi jawapan tentang kelebihan tempat asal yang mendorong
mereka untuk tidak berhijrah. Pandangan Uhlenberg ini ada benarnya kerana mengkaji
golongan migran dan 'nonmigrants' akan menjelaskan tentang migrasi dad dua perspektif
iaitu tarikan kepada migran dan tarikan kepada 'nonmigrants'. Melalui cara ini, kita
boleh melihat eiri-eiI'i golongan migran dan 'nonmigrants' berdasarkan persepsi mereka
yang tersendiri. Saging dan Bulan (1989) menyatakan bahawa generasi muda Kelabit
yang berpendidikan menganggap bahawa diri mereka tidak sepatutnya berada di desa
sebagai petani tetapi bekerja di ban dar sebagai ganjaran kepada lIsaha mereka bersekolah.
Keadaan ini tUfut diulas oleh Amster (1999) berdasarkan data kajian yang dikumpulkan
antara 1993 hingga 1995 yang menganggarkan bahawa kira-kira 75% daripada populasi
Kelabit telah berhijrah ke bandar Llntuk mencari pekeljaan dan melanjutkan peJajaran.
Senario ini sudah tentu akan mengubah komposisi penduduk di Bario yang menyaksikan
kehilangan golongan muda dan hanya golongan tua dan kanak-kanak sahaja yang tinggal.
Menyedari hal ini, kajian ini juga ingin melihat perbezaan di antara migran dan
'nonmigrants' di kalangan komuniti Kelabit di Bario dari segi eiri-eiri sosioekonomi dan
persepsi terhadap migrasi.

OBJEKTIF KAJIAN.
Objektif Umum
Objektif umum kajian ini ialah untuk melihat corak aliran migrasi masyarakat
Kelabit di Bario. Fokus penyelidikan ini juga ditumpukan kepada kesan migrasi terhadap
struktur dan komposisi komuniti ini di Bario secara keseluruhan.
i)

Objektif Khusus
Objektif khusus kajian ini pula ialah:
a). Menentukan ciri-ciri demografi iaitu saiz, taburan dan komposisi penduduk Kelabit di
Bario.
b). Menentukan ciri-eiri sosioekonomi seperti umur, tarafpendidikan, tahap pendapatan,
pekerjaan dan saiz keluarga migran yang masih tinggal di Bario.
e). Mengenalpasti faktor-faktor pendorong migrasi
ii)

KEPENTINGAN KAJIAN.
Daripada keputusan kajian ini, diharapkan ia dapat memberikan suatu gambaran
yang jelas kepada komuniti Kelabit khususnya dan orang ramai umumnya berkenaan
dengan senario migrasi yang berlaku di kalangan masyarakat Kelabit. Dengan itu, mereka
akan menyedari impak daripada migrasi dan boleh membuat pertimbangan yang wajar
sebelum berhijrah. Tambahan pula, mereka akan memahami jenis migrasi yang
digalakkan atau tidak melalui peneiitian terhadap hasil kajian ini. Secanl tidak langsung,
pemahaman ini akan mendorong mereka untuk melibatkan diri mereka dalam mengatasi
masalah desa mahupun bandar yang mempunyai dilema tersendiri yang diakibatkan oleh
migrasi besar-besaran.
Selain itu. kajian ini juga mungkin berguna kepada para pemaju at1u kerajaan
dalam menyalurkan maklumat berguna tentang permasalahan penduduk. Keputusan
daripada kajian ini memberikan penjeJasan kepada pihak berkuasa tentang kekurangan
yang dihadapi oleh komuniti pedalaman seperti komuniti Kelabit di Bario. Masalah yang
dihadapi oleh masyarakat ini sebenarnya diluahkan oleh mereka melalui tindakan untuk
berhijrah. Melalui kajian ini juga, segaJa projek pembangunan yang dirancangkan di
kawasan setempat ini akan mempertimbangkan kcperluan sumber tenaga manusia yang
ada di kawasan ini. Begitu juga dengan usaha banei dan politik terutamanya semasa
pilihanraya yang memerlukan data melaiui kajian ini untuk mengenaipasti taburan
masyarakatnya. Oleh itu, kajian ini yang mengkaji sebab komuniti ini berhijrah akan
memberi jawapan kepada kita mengenai kemahuan mereka yang tidak wujud di tempat
:-,endiri.
Kajian ini juga diharapkan dapal membantu dan berguna dalam memperuntukkan
sumber-sumber maklumat untuk kajian masa depan. Pengalaman migrasi yang dialami
oleh komuniti Kelabit di Bario ini boleh dijadikan bandingan dan contoh kepada ahli-ahli
demografi ataupun akademik ten tang migrasi dalaman di negara ini. Dari kajian ini,
golongan ini dapat menghasilkan kajian tentang migrasi yang lebih baik dan memberi
sumbangan yang lebih berniJai dari segi akademik.

,.

tU

KERANGKA TEORITlKAL
Dalam mengkaji fenomena migrasi ini, pandangan yang dikemukakan oleh
Ravenstein dan Everett Lee wajar dilihat walaupun banyak teori dan model yang
diutarakan oleh pengkaji lain.
i)

Teori Ravenstein-"Hukum Migrasi"

Ravenstein mengemukakan teorinya yang berkaitan dengan isipadu, arah dan


destinasi rnigran rnelalui rurnusannya daripada penelitian ernpiris yang dilakukan secara
rnendalam di Britain pada akhir abad ke-19. Dalam kajiannya bertajuk 'The Laws of
Migration' (1885, 1889), beliau mengemukakan saranannya berkaitan jenis sifat arah
migrasi, aliran migrasi dan perbezaan migrasi antara kumpulan atau kategori kumpulan
manusia. Tambahnya lagi, faktor utama kepada migrasi ialah motif ekonomi iaitu
keinginan seseorang untuk membaiki taraf hidup dalam aspek material.
Melalui teorinya, Ravenstein menyentuh tentang jarak, peringkat, aliran, destinasi
desa-bandar. teknologi, motivasi ekonomi dan perbezaan jantina. Secara ringkas, hukum
Ravenstein boleh dirumuskan seperti berikut:
a). migran yang bergerak ke jarak yangjauh akan rnelalui pusat-pusat perdagangan dan
perindustrian utama
b). masyarakat asal bandar kurang berhijrah berbanding masyarakat desa
setiap aliran utama migrasi akan menghasilkan aliran migrasi balik yang bertentangan
d). wan ita lebih ramai berhijrah dalam jarak dekat
berlaku gantian penduduk iaitu kawasan des a yang ditinggalkan oleh migran yang ke
bandar akan dimasuki pula oleh rnereka yang jauh di pedalaman
bandar yang bertumbuh pesat banyak didiami oleh migran dari kawasan desa
berhampiran
kemajllan teknologi dan perindustrian akan menambahkan lagi kadar migrasi

n.

ii)

Teori "Membuat Keputusan" oleh Lee

Everett Lee (1966) mengemukakan pandangan berdasarkan rumusan yang dibuat


oleh Ravenstein. Teori yang dikemukakannya adalah cadangan pengembangan satu
rangka kelja umum yang lebih sistematik. Lee mendefinisikan migrasi sebagai perubahan
tempat tinggal secara tetap dan secara separuh tetap dalam teorinya ini. Lee
menganjurkan empat faktor utama yang diperolehinya melalui siri hipotesis migrasi. Lee
memulakan teorinya dengan mengatakan bahawa setiap keputusan untuk berhijrah
mesti lah ada:
i). Faktor kawasan asal
ii). Faktor kawasan destinasi
ii). Halangan-halangan perantaraan
iv).Faktor peribadi
Menurut Lee, kawasan asal dan destinasi dinilai oleh seseorang clengan positif
at au negatifnya kawasan tersebut sebelum mengambiJ keputusan untuk berhijrah. Di
tempat asal dan destinasi, terdapat keadaan-keadaan yang boleh menarik (positif) at au
menoJak (negatif) keluar migran dan juga keadaan yang tidak mempunyai sebarang
pengaruh terhadap penduduk. Faktor positif dan negatif ini termasuklah peluang
pekerjaan, situasi hidup. iklim, kewujudan kemudahan rekreasi dan kebudayaan. wujud

Ji;;

atau tidaknya ancaman diskriminasi dan faktor koso Setiap keadaan tersebut mempunyai
kesan yang berlainan terhadap ciri dan peribadi seseorang penduduk. Oi temp at yang
l1lel1lpunyai lebih ban yak unsur-unsur positif berbanding negatif, maka migrasi mungkin
akan l1leni ngkat.
Walau bagaimanapun, halangan-halangan perantaraan seperti janIk, kos
pengangkutan, undang-undang imigresen dan halangan geografi akan menghadkan
l1ligrasi kepada mereka yang mampu menempuhi halangan ini. Lee merumuskan bahawa
l1lereka yang tertarik kepada unsur positif di destinasi terdiri daripada mereka yang lebih
baik cirinya seperti berpendidikan berbanding mereka yang tertarik kepada unsur negatif
di kawasan asal. Oalam hal ini, Lee menyatakan bahawa set positif dan set negatif baik di
kawasan asal mahupun destinasi ditakrif secara berbeza oleh setiap migran. Tambah Lee
lagi, faktor teknologi kurang penting dalam mencetuskan migrasi berbanding faktor
peribadi.
Namun begitu, Lee merumuskan bahawa keputusan untuk berhijrah bukanlah
semuanya dibuat secara rasional. Lee berpandangan sedemikian kerana manusia tidak
mempunyai sikap, cara berfikir dan tanggapan yang sarna terhadap sesuatu keadaan.
Rujuk diagram berikut yang menjelaskan pandangan Lee:

- + -

-0--+

() +
- +

Halangan Perantaraan

+0+

+ +

()

+ = faktor tarikan

faktor tolakan

Rajah 1 : Faktor Asal dan Destinasi, dan Halangan Perantaraan dalam Teori Lee
Sumber: Everett S. Lee, " A Theory of Migration."Oemography 3 ( 1996) pp 47-59 .

....................................................................

Konsep Kajian
Konsep-konsep yang akan dibincangkan berkaitan dengan kajian ini ialah
berkaitan dengan konteks kajian yang dinyatakan. Antaranya ialah seperti berikut:
Migrasi
Menurut Kirk ( J 960 ) kajian migrasi telah lama dianaktirikan dalam kajian
demografi kerana migrasi sukar diberi takrifan atau definisi yang tepat seperti kelahiran
dan kematian. Keadaan ini dilllas oleh Greenwood ( 1997 ) sebagai kesan perbezaan
setiap negara dalam mentakrifkan migran dalam konteks mempertimbangkan jenis
pergerakan, tempoh masa pergerakan dan kaedah pengukuran migrasi yang jallh berbeza.
Terdapat ban yak konsep asas migrasi yang telah diutarakan oleh para pengkaji dan
pertubuhan tertentu. Dalam Multilingual Demographic Dictionary. United Nations
(1956) mendefinisikan migrasi sebagai snatu bentuk mobiliti ruang yang berlaku di
antam satu unit atau kawasan, yang melibatkan perubahan kediaman atau tempat tinggal
dan takrif ini dianggap sebagai migrasi tetap dan berbeza dengan mobiliti yang lain.
Nabi.N. dan Krishnan, P. (1993) pula memberi takrifan migrasi sebagai 'as a
permanent change in place oj residence hy the crossing oj spec4ied administrative or
political boundaries' dan mereka yang memenuhi kedua-dua kriteria akan dianggap
migran. Menurut Abdul Samad Hadi (1989) pula, migrasi merupakan pengaliran
penduduk dari satu tempat asal ke destinasi, dan melibatkan penyeberangan suatu
sempadan dan pentadbiran. Tambah beliau, selalunya pengaliran penduduk ada1ah satu
hala dari suatu tempat asal ke destinasi.
Secara umumnya, migrasi boleh ditakrifkan sebagai perpindahan seseorang dari
kawasan asal yang biasa didiami ke kawasan banI untuk memulakan hidup banl.
ii)
Desa
KamLls Dewan mendefinisikan desa sebagai kampung yang terdapat di luar
bandar seperti dusl1n. udik dan daerah pedalaman. Dalam kajian inL Bario digolongkan
dalam kategori desa kerana terletak jauh dari pusat bandar dan sukar dihubungi dengan
kawasan bandar serta mempunyai popuJasi yang keci I.
iii)
Bandar
Menurut Kamus Dewan, bandar diertikan sebagai tempat atau pusat yang ramai
penduduknya dan terdapat banyak urusan dan perniagaan dijalankan atau kota.
Corak
iv)
Takrifan corak dalam Kamus Dewan ialah bentuk yang digambarkan oleh sifar,
rupa dan siri-ciri sesuatu itu.
v)
Urbanisasi
Todaro ( 1994) mendefinisikan urbanisasi sebagai proses pertumbuhan ekonomi
dan demografi di pusat bandar.
vi)
Migrasi desa-bandar
Migrasi jenis ini ditakrifkan oleh Todaro sebagai pergerakan penduduk dari
kawasan desa seperti kampung, pekan dan ladang ke pusat ban dar dalam usaha mencari
pekeljaan.
vii)
Dunia Pertama 'First World'
Todaro ( 1994 ) mentakrifkannya sebagai negara kapitalis yang telah maju
ekonominya seperti Eropah Barat, Amerika Utara, Australia, New Zealand dan Jepun.
i)

10

Tambah beliau lagi, negara ini merupakan kumpulan pertama mengalami pertumbuhan
ekonomi yang mapan dan berpanjangan.

viii)

Dunia Ketiga 'Third World'

Konsep ini dimaksudkan oleh Todaro ( 1994) sebagai merujuk kepada 144 buah
negara membangun di Asia, Afrika, Timur Tengah dan Amerika Latin yang mempunyai
ciri-ciri utama seperti taraf hidup yang rendah. kadar pertumbuhan populasi yang tinggi,
pendapatan per kapita rendah dan ekonomi dan teknologi masih bergantung kepada
ekonomi First World.

ix)

Demografi

Konsep ini menurut Bateman & Snell ( 1996) merujuk kepada ciri-ciri manusia
dalam sesebuah kumpulan. Ciri-ciri ini ialah umur, jantina, pekerjaan, pendapatan dan
lain-lain.

METODOLOGI KAJIAN
Menurut Marshall, G. ( 1994) dalam ' The Concise Oxford dictionary of
sociology', metodologi adalah philosophY of' science issues in social science, und the
study of hOH', in practice, sociologist and others go ahout their work, how they conduct
investigatiolls and assess evidence, how they decide ...vllat is true and false. Oleh itu,
metodologi merujuk kepada cara penyelidikan yang digunakan oleh pengkaji bennula
dari proses mendapatkan maklumat hinggalah kepada analisis keputusan kajian. Dalam
kaiian ini. beberapa teknik digunakan dalam setiap peringkat kajian berdasarkan
keses L1ai an.

Lokasi Ka jian
Lokasi kepada kajian ini ialah Bario yang terletak di timur utara Bahagian Miri,
Sarawak (rujuk Rajah 2). Kawasan petempatan orang Kelabit ini merupakan sebuah
kawasan dataran tallah tinggi yang dilingkari oleh sistem banjaran gunung. Topografinya
yang sedemikian rupa menyebabkan kawasan ini sukar dihubungi oleh kawasan luar.
Lazimnya, hanya pengangkutan uclara yang sering digunakan oleh masyarakat setempat
mahupun orang luar untuk berhubLlng di antara Bario dengan ban dar di sekitar. Dari
Bario ke pekan Marudi, masa yang diambil dengan menggunakan kapal terbang ialah
kim-kira 35 minit manakala dari Bario ke Miri pula ialah selama 50 minit. Sekiranya
menggunakan jalan darat pula, tempoh masa yang diambil untuk sampai ke bandar
tersebut ialah kira-kira seminggu. Oleh itu, jalan pengangkLltan yang utama di daerah
yang jauh terpeneil ini ialah pengangkutan udara.

II

'

Rajah 2 : Lokasi Daerah Bario di Sarawak.


Populasi Kajian.
Sebelum kajian dijalankan, populasi kepada kajian tebh ditentukan terlebih
dahuJu. Sulaiman (\966) mendefinisikan populasi sebagai kumpulan seJuruh unit yang
eiri-eirinya hendak diterangkan. Memandangkan bahawa kajian ini dihadkan kepada
kawasan Bario sahaja, maka masyarakat Kelabit yang tinggal di Bario sahaja dijadikan
sebagai populasinya walaupun komuniti ini turut mendiami kawasan lain seperti Long
Seridan, Long Lelang, Long Apir dan Long Peluan.
Persampelan
Menurut Sulaiman ( 1966) sampel adalah subset daripada populasi. Tambah
beliau lagi, tujuan penyelidikan adalah menentukan eiri-eiri sampel yang hasilnya
digu nakan untu k melakukan inferens terhadap eiri-eiri populasi. Rangka persampelan
ialah senarai unit dari tempat sampel itu diambil.
Dalam kajian ini, pengkaji memilih teknik 'stratified random sampling' dalam
memi lih sampel daripada populasi . Teknik ini dipilih kerana pengkaji menyedari terdapat
kategori-kategori tertentu yang menjadi faktor lltama dalam mempengaruhi
pembolehubah bersandar. Sumber variasi ini boleh clilihat di antara strata. Melalui teknik
ini, sampling erros hanya akan wujuel eli antara variasi tetapi elihapuskan eli antara variasi
strata. Teknik ini juga membolehkan pengkaji memilih sam pel yang keeil tetapi mampu
mewakili populasi seeara keseluruhan kerana ahli-ahli dalam populasi didapati
mempunyai eiri-eiri 'homogenous ' atall persamaan yang tinggi. Saiz sam pel yang dipilih
ialah seramai 50 orang tetapi pengkaji memilih 30 orang lagi sebagai Jangkah
penggantian. Tlljllan pengkaji berbuat demikian ialah ingin memastikan Kadar
Maklumbalas 'Response Rate' yang tinggi dan mengelak 'sample mortality' iaitu
kehilangan responden yang akan mengakibatkan pembaziran masa dan kos dalam
memperolehi data. 'Response Rate' yang tinggi ini penting untuk mengukuhkan

12

- - - - - - - - .. -..

--

kredibiliti kajian melalui data yang lengkap hasil maklumbalas yang positif daripada
responden.
Pemilihan sampel ini mengambilkira kriteria-kriteria tertentu yang dikenali
sebagai Pembolehubah Tidak Bersandar yang akan mempengaruhi Pembolehubah
Bersandar. Pembolehubah bersandar dalam kajian ini ialah migrasi dan kesam migrasi
manakala pembolehubah tidak bersandar pula ialah seperti jantina, peringkat umur, tahap
pendidikan, taraf pendapatan, bilangan ahli keluarga dan pekerjaan. Rajah 3 di bawah
menerangkan pembolehubah-pembolehubah dalam kajian ini.

Pembolehubah Bersandar

Aliran
Migrasi

Pembolehubah Tidak Bersandar

Jantina
~

Peringkat Umur
Tahap Pendidikan

Kesan
Migrasi

~
~

Taraf Pendapatan
Bilangan Ahli Keluarga
Pekerjaan

Rajah 3 : Pembolehubah Bersandar dan Pembolehubah Tidak Bersandar


Pengumpulan Data
Dalam mengumpulkan data, pengkaji telah mengenalpasti dua sumber data iaitu
data primer dan data sekunder. Pengumpulan data ini penting bagi membantu pengkaji
meneapai objektif kajian.
i)

Data Primer

Data utama ini merupakan sumber maklumat yang diperolehi seem'a langsung
daripada masyarakat yang dikaji. Maka itu, pengkaji perlu mendekati masyarakat yang
dikaji kerana mereka merupakan saluran maklumat yang utama. Dalam kajian ini, kaedah
pengumpulan data yang akan diaplikasikan iaJah pengedaran borang soal selidik yang
mengemukakan soaJan dalam bentuk 'open-ended' dan 'close ended" temuduga,
pemerhatian dan penyertaan. Borang soal selidik berstruktur ini akan mengemukakan
soalan yang menyentuh tentang demografi dan sosioekonomi responden.
ii)

Data Sekunder

Data sekunder merupakan maklumat tambahan yang menyokong sumber data


primer. Dalam memperolehi data ini, pengkaji membuat rujukan di perpustakaan dan
meJihat kertas-kertas kelja, kajian ilmiah lepas, internet dan juga merujuk banei yang
lepas. Data sekunder ini penting untuk mendapatkan panduan dan mengukuhkan hasiJ
dapatan kajian ini.

13

KEPUTUSAN DAN PERBINCANGAN


Melalui kajian inL beberapa aspek yang menyentuh ten tang fen omena migrasi di
kalangan masyarakat Kelabit di Bario akan dibincangkan. Perbincangan ini merangkumi
aspek-aspek seperti sebab kumpuJan bukan migran tidak berhijrah, demografi bukan
migran, pandangan migran terhadap desa dan bandar, hubungan bukan migran dengan
migran dan kesan migrasi terhadap setempat.
Alasan Tidak Berpindab
Dapatan kajian menunjukkan sebab utama yang mendorong responden tidak
berhijrah adalah atas faktor pekerjaan. Rata-rata golongan ini yang berumur dalam
lingkungan 30 hingga 50 tahun adaJah bekerja sebagai petani yang mengusahakan padi
sawah. GoJongan yang tidak berhijrah atas faktor pekerjaan ini adalah terdiri daripada 36
responden. Alasan yang turut mendorong segolongan komuniti Kelabit di Bario untuk
menetap terus di tanah asaJ mereka ialah kerana menjaga harta, rumah dan sawah.
Lazimnya, golongan ini yang mewakili 22 % daripada sampel populasi adalah terdiri
daripada mereka yang sudah lanjut usia at au berumur dalam lingkungan 50 tahun ke atas.
Bagi petani yang sudah tua ini, mereka mengupah pekerja atau buruh dari Indonesia
untuk mengerjakan sawah padi mereka dengan bantuan kewangan daripada anak-anak
mereka di bandar. Alasan-alasan lain yang turut mendorong masyarakat KeJabit untuk
tidak berpindah ialah kerana menyukai suasana kehidupan di kampung ( 7 o/c ). suka
berdikari (5
), tidak digalakkan oleh ahli keluarga untuk berpindah ( 4
) dan lain
lain sebab ( 5 % ).Sila rujuk Rajah 4.
20~------------------------------------------~

10

Frekuensi
(orang)

o
jaga hartalsawah/rum

suka berdikari

tidak galakkan kelua

suka kampung

bekerjaibertani

lain-lain

Rajah 4:Sebab Responden Tidak Berpindah

14

Lmur Bukan Migran


Rajah 5 di bawah menunjukkan bahawa majoriti ( 68 % ) daripada mereka yang
tidak berhijrah adalah terdiri daripada golongan tua iaitu yang berumur 50 tahun ke atas.
Situasi ini menggambarkan bahawa golongan tidak produktif di Bario adalah terlalu
tinggi ekoran penghijrahan golongan belia ke bandar untuk melanjutkan pendidikan
mahupun mencari pekerjaan. Kehilangan golongan produktif di kalangan komuniti
Kelabit di Bario ini telah mengubah komposisi atau struktur demografi dan guna tenaga
terutamanya dalam sektor pertanian di kalangan masyarakat tersebut.
20~----------------------------------------------~

18
16
14

12

10
8
6

Frekuensi

(orang) 4

2 J----

Rajah 5 : Umur Responden Mengikut Kategori

Tahap Pendidikan Bukan Migran


HasH kajian mendapati bahawa tiada seorang pun daripada responden yang memiliki
kelulusan daripada mana-mana institusi pengajian tinggi baik dalam bentuk sijil
kemahiran. diploma, ijazah dan ijazah lanjutan. Ini menunjukkan yang golongan bukan
migran di Bario ini terdiri daripada mereka yang berpendidikan sehingga sekolah
menengah sahaja. Berdasarkan rajah 6, didapati bahawa
% daripada responden adalah
terdiri daripada mereka yang tidak mempunyai pendidikan formal, 28 % berpendidikan
setakat sekolah rendah sahaja,
adalah berpendidikan sehingga sekolah menengah
dan 18 % pula menerima pendidikan tidak formal.Melihat kepada aliran ini, kita
merumuskan bahawa kebanyakkan golongan berpendidikan sederhana dan tiada
pendidikan formal di Bario inl kurang mobiliti untuk berhijrah ke bandar berbanding
golongan berpendidikan tinggi.

15

18~------------------------------------------------.

16

14

12

Frekuensi
(orang)
10

8.J--_ _
tidak formal

sekolah menengah
sekolah rendah

tiada

Rajah 6 : Tahap Pendidikan Responden


Pekerjaan Bukan Migran
Rajah 7 menggambarkan komposisi pekerjaan penduduk di Bario. Majoriti (42 %)
golongan yang tidak berhijrah ini terlibat dalam sektor pertanian terutamanya padi sawal1.
Penglibatan dalam sektor perniagaan (16%) menunjukkan perkembangan yang positif
berbanding hanya 5 % sahaja sebelum tahun 1990-an ekoran pembinaan pasar mini di
daerah ini. Penduduk di daerah Bario yang tidak berhijrah ini juga ban yak terlibat dalam
sektor kerajaan iaitu kira-kira 18 % daripada responden. Angka statistik ini
menggambarkan bahawa institusi-institusi kerajaan seperti sekolah rendah dan
menengah, klinik desa, pondok polis, jabatan pertanian, imigresen dan kerja ray a sudah
sedia ada di Bario walaupun daerah ini jauh terpeneil. Penglibatan penduduk di Bario
dalam lain-lain sektor juga mencatat angka yang tinggi iaitu 24
daripada responden
yang terlibat. Antaranya ialah pekerjaan dalam sektor swasta seperti Syarikat
Penerbangan Malaysia ( MAS ), pembinaan bangunan, penghasilan kraftangan dan ketua
gereja (gembala).

16

22~----------------------------------------------~

20

18

16

14

12

Frekuensi
(orang) 10
8

J----

petanl

peniaga

kerajaan

lain-lain

Rajah 7: Pekerjaan Responden

Pandangan Bukan Migran Terhadap Keadaan Setempat


Hasil kajian mendapati bahawa majoriti (76 %) daripada responden menYl1kai
suasana kehidupan kampung (Sila rujuk Jadl1al I). Rata-rata daripada mereka
menyatakan kehidupan kampung amat sesuai dengan corak hidup mereka. Corak hidup
kampung yang aman, kurang pencemaran bunyi dan udara, sejuk dan saling ziarah
Illenziarahi sesama mereka menyebabkan mereka berasa seronok dengan sitl1asi hidup di
kampung. Namun begitu, dapatan kajian juga mendapati bahawa 24 % responden pula
tidak menggemari corak kehidupan di kampung yang dikatakan membosan berbanding
ban dar yang banyak tarikan. Menyentl1h ten tang keadaan kampung dari aspek
infrastruktur, institusi kerajaan dan sosial, dan kawasan rekreasi, sebanyak 58 670
responden menyuarakan rasa tidak puas hati dengan kekurangan tersebut, 32 % pula
berpuas hati, manakala 10 % sahaja yang tidak memberi komen. Hasil kajian juga
mendapati bahawa kesemua responden bersetuju bahawa kos hidup di Bario agak mahal.
Menurut mereka, keadaan ini disebabkan oleh kos pengangkutan yang tinggi untuk
membawa barang keperluan dari bandar-bandar berhampiran meJaJui kapal terbang.
Untuk mengurangkan masalah ini, ramai masyarakat di Bario meminta bantuan daripada
ahli keluarga mereka di ban dar untuk Illengirimkan barang keperJuan seperti gu\a,
minyak masak, pakaian dan makanan. Lazimnya, ahli keluarga mereka mengirinkan
bantuan terse but melalui penduduk telllpatan yang pergi ke bandar untuk menge\akkan
barangan tersebut dikenakan tambang. Kadang-kadang, mereka sendiri akan pergi ke
bandar untuk membeli barang keperluan tersebut sekiranya mempunyai tugasan lain
seperti urusan pendaftaran, perubatan, persekolahan anak yang melanjutkan pe\ajaran dan
sebagainya.

17

You might also like