You are on page 1of 10

TUGASAN BERKUMPULAN

KURSUS PENDUDUK DAN KEPENDUDUKAN

HNG3013

MIGRASI ANTARABANGSA DI MALAYSIA : KESANNYA TERHADAP


PERKEMBANGAN SOSIO-EKONOMI NEGARA

PENSYARAH : DR. MUHAMMAD NADZIR BIN IBRAHIM

NAMA NO KAD MATRIK

1. ZULAIKA BINTI NORHISAM D20191089808

2. MUHAMMAD ZULFAQAR BIN D20191089774


DERIN

3. IDA SURAYA BINTI MOHD SABIRIN D20191089776

4. MUHAMMAD AMEEROL RASHEED D20191089810


BIN MUSA
PENGENALAN

Migrasi di Malaysia telah bermula seawal abad ke-19 dimana migrasi ini telah

memberikan kesan yang mendalam dari segi aspek politik, ekonomi dan juga sosial. Untuk

mendefinisikan migrasi ini, terdapat banyak tokoh yang telah memberikan takrifan yang

tersendiri. Menurut sarjana tempatan iaitu Usman (1989), telah mendefinisikan bahawa konsep

migrasi adalah pemindahan seseorang individu melintasi sempadan salah sebuah unit kawasan

tersebut. Migrasi adalah satu bentuk mobiliti ruang yang berlaku di antara unit atau kawasan

yang melibatkan perubahan tempat tinggal, iaitu tempat tinggal asal atau tempat bertolak, ke

tempat ditujui atau tempat yang baru. Migrasi antarabangsa ialah perpindahan seseorang dari

sesebuah negara ke sebuah negara yang lain. Seseorang yang bermigrasi keluar atau berpindah

daripada sesebuah dikenali sebagai emigrant manakala orang yang masuk ke dalam sesebuah

negara pula dikenali sebagai imigran. Ahli sarjana barat iaitu Appleyard (1992) telah

mengkategorikan migrasi antarabangsa kepada enam jenis iaitu, tetap (permanent) termasuk

‘family reunion’, pekerja kontrak sementara (temporary contract workers) yang menetap untuk

tempoh dua tahun. Pekerja dalam kategori ini termasuklah pekerja separuh mahir dan tidak

mahir, pekerja professional dan mahir yang bekerja untuk syarikat-syarikat multinasional,

pekerja tidak sah, orang ramai yang mencari perlindungan politik (asylum seeker) dan pelarian

(refugee). Secara umum kita dapat mendefinisikan migrasi sebagai penghijrahan seseorang

dari suatu tempat ke tempat yang lain dengan tujuan menetap secara sementara atau kekal.

Migrasi ini dapat dikategorikan kepada dua kategori iaitu migrasi dalaman dan migrasi

antarabangsa.

Jika kita lihat pada sejarah migrasi di Malaysia, Pada abad ke-19 merupakan masa yang

penting dalam sejarah Tanah Melayu yang telah membawa kepada perubahan landskap politik,

sosial dan juga ekonomi. Pencetus kepada migrasi berlaku ialah disebabkan perkembangan

perusahaan bijih timah dan getah yang telah membawa kepada kedatangan orang Cina dan
India ke Tanah Melayu. Kemasukan imigran ini semakin meningkat selepas campur tangan

British di Negeri-negeri Melayu. Malah, penghijrahan masyarakat luar ke Malaysia bukan

sahaja melibatkan kaum Cina dan India, tetapi juga orang Indonesia yang datang dari

Kalimantan, Jawa, Sumatera, Sulawesi, Riau dan lain-lain Kepulauan Indonesia. Migrasi

antarabangsa ini terjadi disebabkan faktor penarik dan penolak yang mempengaruhi seseorang

untuk berpindah negara. Selain itu, terdapat kesan positif dan negatif akibat daripada migrasi

antrabangsa ini terutamanya dalam aspek sosioekonomi negara.

KESAN BAIK TERHADAP SOSIAL

Migrasi antarabangsa telah mendatangkan kesan yang baik terhadap aspek sosial.

Antaranya, pertambahan bilangan penduduk. Hal ini dikatakan demikian kerana apabila

berlaku migrasi antarabangsa di sesebuah negara maka akan berlaku pertambahan bilangan

penduduk di negara tersebut dan akan ia akan melahirkan masyarakat yang terdiri daripada

pelbagai kaum dan bangsa. Sebagai contohnya, pada tahun 1870, bilangan penduduk Tanah

Melayu kira-kira 500 000 orang. Setelah kedatangan orang Cina dan orang India ke Tanah

Melayu, jumlah penduduk bertambah menjadi 3 300 000 orang pada tahun 1921. Pada tahun

1931, jumlah penduduk bukan Melayu lebih ramai berbanding dengan masyarakat tempatan di

Tanah Melayu. Situasi tersebut telah melahirkan situasi masyarakat majmuk di negara kita.

Kesan daripada migrasi tersebut telah menyebabkan negara kita menjadi sebuah negara yang

unik kerana mempunyai penduduk yang pelbagai kaum.

Selain itu, migrasi antarabangsa bukan sahaja berlaku dalam sektor primer atau

sekunder tetapi ia juga berlaku daloam sektor atau bidang professional. Kesannya, berlaku

interksi sosial yang baik diantara pekerja-pekerja dalam bidang professional. Hal ini kerana

kebanyakan negara mengambil atau menerima pakar-pakar dari luar negara. Sebagai

contohnya, negara kita menerima pakar atau pekerja mahir dari luar negara supaya dapat
membantu dalam bidang-bidang yang berkaitan. Perkara ini menyebabkan berlaku interaksi

yang baik antara pakar dari luar negara dengan pekerja atau pakar tempatan. Mereka akan

berkongsi bukan sahaja ilmu tetapi juga budaya, adab dan sebagainya. Hal merupakan sesuatu

perkara yang baik kerana migrasi antarabangsa ini mampu untuk mewujudkan kesan sosial

yang baik walaupun terdapat juga kesan negatif daripada migrasi ini.

KESAN BAIK TERHADAP EKONOMI

Terdapat beberapa kesan baik daripada migrasi antarabangsa terhadap ekonomi di

Malaysia ialah pertumbuhan ekonomi yang baik atau meningkat. Hal ini dikatakan demikian

kerana kehadiran pekerja asing yang semakin meningkat ke negara kita boleh dikaitkan dengan

pertumbuhan ekonomi yang pesat (Zaleha et al, 2011). Pengambilan pekerja asing ke Malaysia

diakui mampu untuk mengatasi masalah kekurangan pekerja di samping mampu untuk

meningkatkan kadar pertumbuhan ekonomi negara. Perkara ini juga telah diakui dalam hasil

kajian yang dilakukan oleh Simon Chapple, John Yearsbley. et al (1994). Beliau mendapati

bahawa migrasi pekerja atau buruh asing telah memberikan kesan positif terhadap ekonomi

sesebuah negara dan mampu untuk meningkatkan pertumbuhan ekonomi sesebuah negara.

Kadar pengangguran di sesebuah negara tidak melibatkan buruh asing. Hal ini kerana

penglibatan pekerja asing ini juga tidak menyekat peluang pekerjaan pekerja tempatan, malah

ia dapat membantu dalam membangunkan ekonomi negara.

Kebanyakan pekerja asing terlibat dalam sektor yang memerlukan tenaga kudrat atau

kategori yang dianggap kotor, bahaya dan sukar dan tidak diminati oleh rakyat tempatan

khususnya dalam sektor pembinaan. Malaysia merupakan negara yang sedang membangun

dengan pesat dan mempunyai projek pembangunan dalam hampir semua sektor ekonomi yang

memerlukan tenaga buruh yang ramai. Kedatangan buruh asing ini akan dapat menampung

kekurangan tenaga kerja dalam sektor pembinaan. Sektor pembinaan ini merupakan salah satu
sektor yang membantu dalam pertumbuhan ekonomi di Malaysia.Secara keseluruhannya,

migrasi antarabangsa ini mampu untuk meningkatkan pertumbuhan ekonomi sesebuah negara

melalui pengisian pekerjaan dalam sektor pembinaan.

Dalam pada itu, kesan baik seterusnya ialah meningkatkan pembangunan fizikal. Hal

ini dikatakan demikian kerana majikan gemar mengambil buruh asing sebagai pekerja kerana

majikan dapat menjimatkan kos dari segi upah serta pekerja asing ini juga bersedia untuk

bekerja lebih masa dan juga bersedia untuk melakukan kerja-kerja yang berbahaya dan kotor.

Perkara ini yang menyebabkan mereka digemari oleh majikan terutamanya di sektor

pembinaan kerana kebanyakan projek pembangunan mempunyai tempoh masa yang ditetapkan

dan majikan perlu memastikan projek yang dikendalikan oleh mereka dapat disiapkan dalam

tempoh masa yang ditetapkan. Perkara ini akan meyebabkan berlaku peningkatan terhadap

pembinaan projek-projek pembangunan.

Buruh asing ini telah membantu mempercepatkan proses pembangunan fizikal dan

infrastruktur dengan menawarkan tenaga kerja yang mencukupi. Buruh asing didapati amat

penting dalam sektor pembinaan di Malaysia. Hal ini kerana tanpa buruh asing dalam sektor

pembinaan, projek pembinaan tidak dapat dijalankan kerana kebanyakan masyarakat di negara

kita tidak ingin bekerja dalam sektor ini. Tanpa adanya pembinaan, pembangunan negara tidak

akan dapat dilakukan dengan baik kerana tiadanya infrastruktur yang dapat dibina tanpa adanya

buruh yang membinanya. Oleh itu, buruh asing ini amatlah diperlukan dalam sektor pembinaan

bagi mewujudkan pembangunan fizikal di negara Malaysia. Peningkatan pembangunan ini

seterusnya dapat menyumbang kepada sektor lain seperti sektor pelancongan, perkhidmatan

dan sebagainya. Hal ini menunjukkan bahawa sektor pembinaan bukan sahaja meningkatkan

pertumbuhan ekonomi tetapi juga mempunyai hubungkait dengan pembangunan fizikal yang

mana menggalakan pembangunan fizikal.


KESAN BURUK KEPADA SOSIAL

Kesan migrasi yang pertama sekali kepada sosial ialah migrasi ini menyebabkan

masalah jenayah semakin berleluasa. Penghijrahan warga asing yang ramai ke dalam negara

ini membuatkan peluang pekerjaan terbatas, maka warga asing yang menganggur ini akan

melibatkan diri dalam kes jenayah. Seperti yang banyak dan hangat diperkatakan dalam sosial

media, berita dan akhbar tempatan bahawa kes jenayah banyak didominasi oleh warga asing

ini adalah seperti kecurian, dadah, rogol, gangsterisme dan lain-lain lagi menggugat

keselamatan rakyat di negara ini. Menurut Kementerian Dalam Negeri (KDN), sejumlah

42,451 kes jenayah dalam negara ini direkodkan dari tahun 2016 yang melibatkan warga asing.

Jika dilihat pada masa kini, banyak kes-kes rogol yang berlaku dalam kalangan wanita

melibatkan warga asing yang menganggur dan perkara ini sudah tentunya telah mengganggu

keselamatan para wanita di negara ini. Kemasukan warga asing ini juga tanpa kawalan akan

menyebabkan tercetusnya masalah pergaduhan yang akhirnya akan membawa kepada kes

jenayah dimana mereka ini terpaksa bersaing sesama mereka bagi mendapatkan pekerjaan.

Selain daripada itu juga, jumlah migrasi yang masuk ke dalam negara ini secara tidak

terkawal akan turut mengakibatkan penyebaran wabak penyakit berjangkit. Seperti yang kita

tahu, kedatangan warga asing ke negara kita ini membawa budaya yang tidak sihat, iaitu wujud

gejala meludah di kawasan dinding dan juga tempat awam yang lain. Ini menyebabkan ramai

rakyat berasa tidak selesa kerana kebersihan yang sudah tidak terjaga menyebabkan

penyebaran wabak penyakit. Menurut Perunding Dermatologis Pusat Perubatan Pantai, Dr

Nazirin Ariffin berkata, dianggarkan 206 kes dilaporkan pada tahun 2018 yang melibatkan

penyakit kusta dalam kalangan warga asing. Warga asing yang tidak bekerja dan tertekan

kerana tiada pekerjaan akhirnya akan melibatkan diri dengan dadah, manakala warga asing

wanita yang tiada pilihan pekerjaan yang lain akan melibatkan diri dengan kes pelacuran,

dimana ini akan menyebabkan belakunya gejala seks yang rambang dan ini yang menyebabkan
penularan penyakit HIV dan AIDS. Masalah ini akan memberi risiko kesihatan kepada rakyat

tempatan di negara ini

KESAN BURUK KEPADA EKONOMI

Kesan migrasi kepada ekonomi negara Malaysia sudah tentunya memberi kesan kerana

kedatangan mereka ini menyekat peluang pekerjaan kepada rakyat tempatan. Akibat daripada

terlalu ramai migran masuk ke dalam negara ini, membuatkan peluang pekerjaan pada rakyat

tempatan berkurang.Ini adalah kerana, majikan lebih memilih untuk mengupah pekerja asing

disebabkan para majikan berpendapat pekerja asing tidak memilih nilai upah yang diberi.

Mereka ini sanggup diambil bekerja walaupun dengan upah yang minimum dan inilah yang

menjadi sebab utama mereka mengambil pekerja asing ini bekerja dengan mereka. Majikan

menganggap pekerja tempatan lebih memilih jenis kerja dan upah serta mengharapkan faedah

sampingan lain akan diberikan kepada mereka kelak. Berdasarkan statistik NGO (sebuah badan

bukan kerajaan), pada tahun 2014, lebih 6.7 juta pekerja asing bekerja dalam pelbagai sektor

terutama pembinaan dan perladangan dan daripada jumlah itu, hanya 2.1 juta mempunyai

permit, bermakna ketika itu ada lebih 4.6 juta warga asing secara tidak sah di Malaysia.

Proses migrasi yang semakin hari semakin tidak terkawal ke dalam negara Malaysia ini

juga akan memberikan kesan yang buruk iaitu menyebabkan berlakunya krisis ekonomi.

Masalah ini akan berlaku apabila lebih banyak pengaliran wang keluar, iaitu kos upah kepada

pekerja asing semakin meningkat. Pekerja asing yang telah lama bekerja di Malaysia selalunya

akan pulang semula ke negara asal mereka setelah berjaya mengumpulkan wang yang cukup

untuk kembali ke sana. Mengimbas kembali sejarah, Malaysia pernah menghantar balik

800,000 orang pekerja asing, manakala seramai 40,000 rakyat Malaysia kehilangan pekerjaan

pada ketika krisis kewangan Asia pada tahun 1997 sehingga tahun 1998. Penghijrahan keluar

para professional ataupun tenaga pakar di Malaysia juga amat membimbangkan kerana ini akan
merugikan negara kerana kerajaan telah banyak menghabiskan wang untuk pendidikan mereka,

maka inilah yang akan menyebabkan bidang ekonomi kita lambat berkembang berbanding

negara lain kerana penghijrahan keluar para tenaga pakar kita.

KESIMPULANNYA

Kesimpulannya, kedatangan migran ke sesebuah negara memberikan kesan kepada

pentadbiran sesebuah negara seperti dari aspek ekonomi, sosial, budaya dan politik negara.

Kedatangan migran ini bukan sahaja mampu membantu meningkatkan pembangunan negara

semata-mata tetapi sekiranya berlaku penambahan migran menetap di Malaysia, masalah

kepesatan penduduk akan berlaku dan kadar jenayah akan meningkat. Pihak kerajaan

seharusnya mengkaji semula dasar-dasar atau polisi pembawaan masuk pekerja asing bagi

mengelakkan masalah kependudukan berlaku di Malaysia. Pihak kerajaan juga perlu mengawal

kemasukan warga asing ke Malaysia bagi mengatasi masalah pengangguran dalam kalangan

masyarakat. Peluang pekerjaan terutamanya harus dibuka kepada penduduk bagi meningkatkan

kadar pertumbuhan relatif pembangunan negara dapat dicapai pada masa akan datang.

Faktor penarik antaranya seperti kestabilan ekonomi yang kukuh dan baik oleh hal yang

demikian taraf hidup yang lebih baik dan tinggi dari segi pendapatan dan nilai mata wang yang

kukuh dan tinggi daripada nilai mata wang negara asal sebagai contoh nilai mata wang Ringgit

Malaysia (RM) bernilai lebih tinggi berbanding mata wang Rupiah (IDR). Perkara ini

merupakan tarikan utama bagi imigran untuk berimigrasi ke Malaysia. Selain itu, kemudahan

sosial juga memberi pengaruh kepada imigran untuk datang berhijrah ke Malaysia kerana

Malaysia menawarkan kemudahan sosial yang luas seperti kemudahan pendidikan, kemudahan

kesihatan. Migrasi ini digelar sebagai migrasi pendidikan di mana warga asing ini berhijrah ke
Malaysia untuk melanjutkan pelajaran di universiti atau kolej-kolej di Malaysia sebagai contoh

pelajar dari Afrika Selatan yang menyambung pelajaran di universiti tempatan. Namun begitu,

migrasi warga asing dilihat memberi kesan terhadap pertumbuhan sosial dan ekonomi negara

Malaysia.

You might also like