You are on page 1of 3

KESAN KEMASUKAN IMIGRAN LUAR

Pada arus pemodenisasi kini, isu kemasukan imigran dari luar negara lain semakin
menjadi buah mulut setiap individu terutamanya rakyat di Malaysia. Hal ini kerana, ramai
masyarakat luar negara yang memasuki Malaysia sama ada secara permit atau secara haram
(PATI). Hal ini dapat dibuktikan bahawa jumlah kemasukan imigran telah melebihi jumlah
kaum India. Berikutan dengan permasalahan tersebut, kemasukan imigran imigran boleh
memberikan kesan kepada Malaysia terutamanya dari segi ekonomi dan sosial. Di Malaysia,
kemasukan imigran yang tidak dikawal dan berterusan telah menjadi isu yang kritikal untuk
ditangani oleh kerajaan. Sejak beberapa tahun lalu, jumlah pendatang asing yang bekerja di
Malaysia telah dianggarkan seramai 2.3 juta orang atau 23 peratus (%) daripada pekerja yang
ada di Malaysia ( Rusniah Ahmad, 2014). Dengan perkembangan aktiviti industri dan
ekonomi yang pesat di Malaysia, penerimaan kemasukan pekerja asing merupakan sesuatu
yang sukar dielakkan. Tambahan pula, kekurangan sumber tenaga kerja tempatan bagi sektor
tertentu menyebabkan peluang pekerjaan terbuka kepada pekerja asing (Saadon Awang,
2014). Kemasukan imigran baru ini ke dalam negara Malaysia akan mewujudkan berbagai
permasalahan samaada kesan positif atau negatif.
Kemasukan imigran baru ini akan mewujudkan kesan positif terhadap sektor ekonomi
negara. Kesan positif boleh wujud apabila ramai tenaga buruh mahir dan separuh yang
digunakan untuk membangunkan negara. Hal ini dapat dilihat dari segi pertumbuhan negara
Malaysia dari sebuah bandaraya kepada metropolis yang megah di setiap pelosok dunia.
Perubahan ini dapat dilihat dari segi pembangunan negara menjadi lebih maju berbanding
pada masa yang lalu. Sebagai contoh, wujudnya menara yang tertinggi di Malaysia iaitu
Menara Berkembar Petronas telah menjadikan negara Malaysia sebagai buah mulut oleh
negara lain. Menara ini merupakan menara yang pernah berjaya menjadi sebuah menara yang
tertinggi di dunia dari tahun 1998 sehingga 2004. Penubuhan menara berkembar ini adalah
bantuan daripada buruh-buruh asing samaada pekerja separa mahir atau mahir. Manakala
arkitek yang telah membina reka bentuk bangunan tersebut adalah arkitek dari Argentina iaitu
Cesar Pelli. Selain itu, penubuhan Proton Holdings juga telah dibantu oleh idea luar negara
kerana ketika pelancaran Proton Saga yang pertama adalah berasaskan model Mitsubishi
Lancer Fiore iaitu dari Jepun. Selain daripada itu, pekerja imigran juga menyumbang kepada
perkembangan dalam sektor pertanian. Hal ini dapat dibuktikan dengan wujudnya Malaysia

sebagai sebuah negara yang kedua terbesar penyumbang minyak kelapa sawit dunia selepas
negara Indonesia. Kecenderungan pengusaha mengambil buruh asing bekerja di dalam sektor
ini adalah kerana bayaran kepada mereka adalah lebih sedikit berbanding dengan pekerja
tempatan. Oleh itu, tidak hairanlah sektor pertanian dan sektor pembinaan ramai dikalangan
penduduk imigran luar negara. Menurut Mohamed Naeim Ajis(2014), perkembangan
ekonomi Malaysia pesat terutamanya pada antara tahun 1970-an hingga 1990-an. Transisi
ekonomi daripada pertanian kepada perindustrian telah berlaku. Pada tempoh tersebut
ekonomi Malaysia menunjukkan perkembangan yang memberangsangkan dengan kadar
purata 6.7 peratus (%) setahun. Menurut Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Abdul
Rahman Bakar, kemasukan imigran ke Malaysia adalah memberikan manfaat kepada negara
kita kerana kebanyakan pekerja asing terlibat di dalam sektor yang memerlukan tenaga kudrat
atau kategori yang dianggap kotor, bahaya dan sukar dan tidak diminati oleh rakyat tempatan.
Pada masa kini, dianggarkan lebih empat juta (4 juta) orang pekerja asing berada di negara
Malaysia dan kebanyakan mereka terlibat dalam enam sektor iaitu sektor pembuatan,
perladangan, pembantu rumah, pembinaan, perkhidmatan dan pertanian (Che Hashim, 2009).
Seterusnya, kemasukan imigran baru ke dalam Malaysia turut memberikan tempias
kepada ekonomi Malaysia. Kemasukan imigran ini akan memberikan kesan negatif kepada
ekonomi negara. Kemasukan pendatang asing ini akan menyebabkan pengaliran nilai mata
wang negara kepada negara lain. Isu ini berlaku akibat daripada pembawaan keluar mata
wang negara Malaysia. Nilai mata wang yang telah dibawa keluar dari Malaysia akan
menyebabkan nilai mata wang negara akan semakin merosot akibat dibawa keluar oleh
imigran atau buruh asing yang bekerja di Malaysia. Hal ini juga akan menyebabkan kadar
pendapatan negara akan menjadi semakin merosot kerana nilai pendapatan negara kurang
daripada hutang. Sebagai contoh, negara Indonesia sangat menggalakkan rakyatnya untuk
bekerja ke negara lain. Hal ini kerana ramai dikalangan rakyat tempatan Indonesia yang
menganggur. Kadar pengangguran yang meningkat di Indonesia adalah disebabkan oleh
ketidakmampuan pemerintah Indonesia menyediakan peluang pekerjaan bagi rakyatnya
(Asgar, 2012). Hal ini akan menyebabkan ramai dikalangan rakyat Indonesia berhijrah untuk
bekerja di luar negara. Selain itu juga, kerajaan melakukan kaedah ini sebagai satu peluang
untuk memperoleh devisa (pendapatan kewangan negara) melalui Tenaga Kerja
Indonesia(TKI) itu (Asgar, 2012). Selain itu juga, kesan kemasukan imigran ini juga boleh
menyebabkan kadar pengangguran semakin meningkat di Malaysia. Kadar pengangguran ini
meningkat dari segi pekerjaan rakyat tempatan sendiri. Pada masa kini, dianggarkan kira-kira

12.5 juta peluang pekerjaan di Malaysia dan tenaga kerja yang ada adalah seramai 11 juta
orang. Kedatangan pekerja asing boleh dianggap dapat menampung keperluan tenaga kerja di
negara kita. Tetapi jika kedatangan mereka adalah melebihi peluang pekerjaan yang
disediakan, sudah pasti akan menjejaskan peluang pekerjaan bagi rakyat tempatan. Rakyat
tempatan terutamanya rakyat yang berpendapatan rendah akan sukar untuk mendapatkan
peluang pekerjaan akibat daripada isu persaingan untuk mendapatkan pekerjaan (Che
Hashim, 2009). Oleh itu, ramai dikalangan rakyat tempatan yang menganggur akibat daripada
isu tersebut.
Kemasukan buruh asing ke Malaysia secara berleluasa juga turut menyebabkan
berlakunya masalah perumahan terutamanya di kawasan bandar. Di Malaysia, khususnya di
kawasan bandar, kawasan perumahan setinggan amat banyak sekali. Hal ini akan
menyebabkan banyak kesan dari segi sosial dan ekonomi negara. Kawasan rumah setinggan
ini akan menyebabkan pemandangan landskap sesuatu kawasan akan menjadi buruk. Hal ini
akan menyusahkan kerajaan dalam membangun sesuatu kawasan. Kerajaan terpaksa
mengeluarkan dana untuk memindahkan isi-isi rumah ke kawasan yang lain bagi
mengurangkan masalah tersebut. Selain itu, pemandangan kawasan rumah setinggan ini turut
menjejaskan sektor pelancongan (ekonomi). Isu ini berlaku apabila pelancong yang
melancong ke negara kita melihat pemandangan buruk ini. Hal ini akan menyebabkan
jumlah pelancong yang datang ke negara kita akan berkurangan. Hal ini boleh menyebabkan
ekonomi negara boleh merosot akibat permasalahan tersebut.

You might also like