You are on page 1of 6

NOTA PADAT HBML2103-MORFOLOGI DAN SINTAKSIS BAHASA

MELAYU

1. Definisi Morfologi

Nik Safiah Karim (1996): Kamus Dewan Edisi Keempat (2005):


Raminah Hj. Sabran dan Rahim Syam (1985): Marzukhi Nyak
Abdullah dan Samsu Yaacob (1993):

mengkaji

• Struktur.

• Bentuk.

• Penggolongan kata. kajian pembentukan kata

• Infleksi (pengimbuhan).

• Terbitan.

• Pemajmukan. mengkaji tentang perkataan dan cara-cara

pembentukannya. Kajian tentang struktur dalaman kata-kata atau


bentuk-bentuk kata

2. EMPAT bentuk imbuhan

• Imbuhan awalan ialah imbuhan yang diletakkan pada awal kata.

• Imbuhan akhiran ialah imbuhan yang diletakkan pada akhir kata.

• Imbuhan apitan ialah imbuhan yang letaknya pada awal dan akhir
kata.

• Imbuhan sisipan ialah imbuhan yang diletakkan pada tengah-


tengah kata.
3. DUA bentuk kata majmuk

• Kata majmuk dieja terpisah dan bertindak sebagai satu unit.

• Kata majmuk tidak boleh menerima sebarang penyisipan unsur lain.

4. EMPAT golongan kata bahasa Melayu

kata nama,

kata kerja,

kata adjektif

kata tugas.

4 DUA jenis kata ganda bahasa Melayu

(i) Penggandaan penuh

(ii) Penggandaan separa

5. Definisi bagi subjek dan predikat

Subjek - Konstituen yang sama ada terdiri daripada satu perkataan


atau beberapa perkataan, yang menjadi judul atau unsur yang
diterangkan

Predikat - Kumpulan perkataan yang tergolong dalam satu frasa dan


menjadi unsur yang menerangkan subjek
6. Dua jenis ayat tunggal

1. Unit yang bebas dan dapat berdiri sendiri. Cth:

(i) Kamu.

(ii) Sudah?

(iii) Ini?

2. Unit yang tidak dapat berdiri sendiri tetapi memerlukan sekurang-


kurangnya satu unit yang bebas untuk melaksanakan tugas nahunya.
Cth:

(i) di mana?

(ii) ke Kuala Lumpur

(iii) dari Terengganu

7. DUA jenis ayat majmuk keterangan

1. Keterangan musabab - merupakan unsur yang menerangkan


sebab-sebab sesuatu kejadian atau perbuatan berlaku

2. Keterangan akibat - menerangkan kesan atau hasil sesuatu


perbuatan.

8. Konsep morfem bebas dan morfem terikat.

Morfem ialah unit-unit tatabahasa yang menjadi unsur perkataan.

• Unit yang terkecil dalam bahasa dan berfungsi gramatis.

• Dibahagikan kepada dua mengikut sifatnya, iaitu morfem bebas dan


morfem terikat
9. Maksud kata kerja transitif dan kata kerja tak transitif.

Kata kerja transitif mesti diikuti oleh objek serta unsur-unsur lain.

Kata kerja tak transitif boleh hadir bersendirian atau diikuti oleh satu
atau sederetan perkataan,

10. Jenis-jenis kata adjektif bahasa Melayu.

(i) kata adjektif sifatan atau keadaan

(ii) kata adjektif warna

(iii) kata adjektif ukuran

(iv) kata adjektif bentuk

(v) kata adjektif waktu

(vi) kata adjektif jarak

(vii) kata adjektif cara

(viii) kata adjektif perasaan

(ix) kata adjektif pancaindera

11. Definisi imbuhan dan maksud imbuhan pinjaman.

Imbuhan bermaksud unit-unit bahasa tertentu yang ditambahkan


pada bentuk-bentuk lain yang menyebabkan perubahan makna
nahunya.
12. Definisi ayat.

ayat ialah unit pengucapan yang paling tinggi letaknya dalam


susunan tatabahasa dan mengandungi makna yang lengkap.

13.Konsep ayat aktif dan ayat pasif.

Ayat aktif dibahagikan kepada dua, iaitu aktif transitif, aktif tak transitif.

Ayat pasif dibahagikan tiga kumpulan, iaitu pasif dengan imbuhan


kata kerja pasif, ayat pasif dengan kata ganti nama pertama dan
kedua, dan pasif dengan perkataaan kena yang hadir sebelum kata
kerja.

14. Jenis-jenis ayat majmuk bahasa Melayu.

1. ayat majmuk gabungan

2. ayat majmuk pancangan

3. ayat majmuk campuran

4. ayat majmuk pasif

15. Definisi klausa

satu unit rangkaian perkataan yang mengandungi subjek dan


predikat, yang menjadi konstituen kepada ayat.

16. Pola-pola ayat dasar bahasa Melayu.

(a) Definisi Pola Ayat Dasar

Ayat dasar ialah ayat yang menjadi dasar atau sumber bagi
pembentukan semua ayat lain dalam sesuatu bahasa.
(b) Jenis-jenis Ayat Dasar

Dalam bahasa Melayu terdapat empat jenis pola seperti yang berikut:

Pola Jenis Pola Subjek Predikat

1. FN + FN Encik Shari ejen insuran

2. FN + FK Dia menjerit kesakitan

3. FN + FA Budak itu sangat nakal

4. FN + FS Pejabat saya di Kuala Terengganu

You might also like