You are on page 1of 2

4.

ENTITI UNDANG-UNDANG BERASINGAN

Entiti undang-undang berasingan adalah orang yang diakui oleh undang-undang, iaitu legal
person. Entiti itu mempunyai hak dan kewajiban undang-undangnya sendiri, terpisah dengan
yang menjalankan atau memiliki entiti tersebut.

Orang tersebut boleh menjadi syarikat, perkongsian liabiliti terhad atau entiti lain yang diakui
oleh undang-undang sebagai kewujudan undang-undang tersendiri.

Entiti pemerbadanan adalah seperti syarikat dan adalah entiti undang-undang yang berasingan. Ia
adalah kewujudan undang-undang yang berbeza dengan pengasas, pengarah dan pemegang
saham.

Istilah entiti undang-undang berasingan adalah konsep asas dalam undang-undang dalam
undang-undang perniagaan dan tanggungjawab undang-undang. Ianya boleh:

 Berdagang dengan cara sendiri secara peribadi dan bertanggungjawab untuk aktiviti
syarikat.
 Menandatangani kontrak dengan bertanggungjawab bersama pada kontrak.
 Menandatangani kontrak dengan entiti undang-undang yang tidak wujud, dan menjadikan
kontrak itu tidak dapat dilaksanakan.
 Menandatangani kontrak dengan syarikat yang salah dan membawa kepada proses
undang-undang. Prosiding boleh dilakukan akibat pelanggaran kontrak, penafsiran palsu,
tuntutan ganti rugi atau sebab tindakan lain. Sekiranya berjaya, ia boleh menyebabkan
tanggungjawab peribadi terhadap tuntutan tersebut.

Contoh Konsep Entiti Undang-undang Berasingan

Konsep entiti berasingan dalam undang-undang syarikat adalah mengasingkan tanggungjawab


undang-undang antara syarikat dengan ahli-ahli syarikat. Menurut seksyen 16(5) Akta Syarikat
1965, syarikat mempunyai entity nya sendiri di sisi undang-undang sebaik sahaja syarikat itu
ditubuhkan dengan berdasarkan kes Salomon v Salomon & Co Ltd (1897). Salomon
menjalankan satu perniagaan kasut. Salomon telah menubuhkan syarikat berhad iaitu Salomon
Co. Ltd. Salomon adalah pemegang saham utama syarikat tersebut. Kemudian beliau telah
memperbadankan syarikatnya itu sebagai sebuah syarikat yang mempunyai liabiliti terhad dan
akan memberikan satu syer kepada setiap seorang pada isterinya dan lima orang anaknya dan
termasuk beliau sendiri dengan memegang syer berjumlah 20001. Perniagaan dipindahkan
kepada syarikat dan sebagai balasan debentur dikeluarkan kepada Salomon. Selepas beberapa
tempoh syarikat itu menjalankan perniagaan, syarikat itu telah mengalami masalah kewangan.
Aset yang telah dinilai hanya mencukupi untuk membayar kepada pemiutang bercagar (termasuk
Salomon sebagai pemegang debentur), tetapi bagi pemiutang yang tak bercagar pula tidak dapat
dibayar. Oleh itu,tuntutan secara peribadi telah dibuat ke mahkamah.
Walaupun Salomon bertanggungjawab terhadap pengurusan syarikat itu, tidak bererti beliau
mesti bertanggungjawab secara peribadi terhadap hutang syarikat. Hutang syarikat merupakan
hutangnya sendiri dan bukan hutang ahli-ahlinya. Perbezaan ini merupakan entity berasingan
dalam syarikat.

You might also like