You are on page 1of 11

Pengajian Am

Esei
Soalan
Tadbir urus yang baik dapat memberi
pelbagai manfaat kepada negara dan
rakyat. Bincangkan.
Fokus Kata tugas
Isu
jawapan
Tadbir urus
Manfaat
02 Bincangkan
03
yang baik
kepada
negara dan
rakyat

Fokus isu Fokus isu


Kombinasi 1 2
2+3,3+2 Manfaat kpd Manfaat kpd
negara rakyat
Pendahuluan
Tadbir urus yang baik
dapateningkatkan keupayaan negara
bagi mencapai matlamat negara
serta membawa kebaikan kepada
semua pihak.
Idea 1
● Negara yang ditadbir urus dengan baik akan meningkatkan
kecekapan pentadbiran kerajaan. Pihak kerajaan dapat
menyelesaikan pelbagai permasalahan rakyat dengan
prosedur yang jelas. Sebagai contoh, urusan di kaunter-
kaunter perhidmatan kerajaan menjadi sistematik dengan
adanya piagam pelanggan yang dipenuhi setiap kakitangan
kerajaan.Tegasnya,pemantapan integriti dapat melahirkan
sumber manusia yang cekap dalam melaksanakan tugas
secara efisien.
Idea 2
Selain itu, tafbir urus yang baik dapat meningkatkan imej
negara. Hal ini kerana tadbir urus baik daoat meningkatkan
keselamatan negara di samping menjaga kedaulatan negara.
Kemakmuran dan kesejahteraan ini meningkatkan imej
Malaysia di persada dunia. Misalnya, pelaksanaan Islam
Hadhari menjadi contoh kepada negara islam yang lain. Oleh
yang demikian,kecekapan pentadbiran ini menunjukkan
Malaysia berupaya menyelesaikan pelbagai madalah dalaman
negara dengan baik.
Idea 3
Tadbir urus baik bukan sahaja membawa manfaat kepada
negara malahan rakyat juga mendapat faedah
daripadanya. Antara kebaikannya ialah kesejahteraan
rakyat akan meningkat.Pembangunan negara berjalan
lancar kerana negara ditadbir urus dengan baik.
Contohnya, pembangunan ekonomi, politik dan sosial yang
baik membolehkan rakyat hidup dalam keadaan harmoni.
Perhidmatan awam yang semakin baik memudahkan
rakyat hidup mencapai kemajuan dalam pelbagai
bidang.Maka,tadbir urus yang baik dapat meningkatkan
kesejahteraan rakyat.
Idea 4
Seterusnya,tadbir urus yang baik turut memudahkan
urusan orang ramai. Hal ini kerana perhidmatan kerajaan
yang cekap memudahkan urusan di kaunter-kaunter
jabatan kerajaan. Sebagai contoh, rakyat tidak perlu
menunggu dakam tempoh yang panjang untuk berurusan
di kaunter. Perhidmatan dalam talian juga memudahkan
rakyat berurusan dengan pelbagai organisasi walaupun
sepelas waktu pejabat.
Idea 5
Tadbir urus yang baik dapat menggalakkan budaya dan
nilai yang baik dalam kalangan rakyat.Hal ini demikian
kerana,tadbir urus yang baik dapat mengurangkan jenayah
dalam kalangan masyarakat. Contohnya, amalan rasuah
dalam kalangan rakyat yang semakin
berleluasa.Maka,tadbir urus yang mementingkan integriti
dan akauntabiliti akan mendidik masyarakat supaya
mengamalkan sikap yang positif.
Penutup

Kesimpulannya,tadbir urus yang


baik dapat memudahkan urusan
pelbagai pihak di samping dapat
mengurangkan masalah ekonomi,
politik dan sosial.
Sekian Terima Kasih

You might also like