You are on page 1of 6

SOALAN:

Perbuatan tidak beretika dalam sistem


penyampaian perkhidmatan kerajaan masih terus
berlaku dan sukar untuk diatasi.Bincangkan kesan
akibat perbuatan tersebut dan langkah-langkah
yang perlu dilakukan untuk menanganinya.

Isu:Perbuatan tidak beretika dalam sistem


penyampaian perkhidmatan kerajaan
Kehendak soalan:Kesan dan langkah
Kombinasi soalan:2+3

Pendahuluan:

Sistem penyampaian perkhidmatan kerajaan yang


cekap dan berintegriti adalah amat penting untuk
pembangunan negara demi kesejahteraan hidup
rakyat. Namun demikian , perbuatan tidak
beretika dalam sistem penyampaian perkhidmatan
kerajaan memberi pelbagai kesan.Oleh itu,
langkah - langkah perlu dilakukan untuk
menangani perbuatan tersebut.
Idea 1:

Antara kesan perbuatan tidak beretika dalam


sistem penyampaian perkhidmatan kerajaan ialah
kos operasi meningkat. Kecuaian dan kesilapan
menyebabkan sesuatu tugas perlu dilakukan
berulang kali dan ini akan meningkatkan kos
operasi.Pertambahan tempoh menyiapkan kerja
akan meningkatkan perbelanjaan berikutan
terpaksa membayar kos tambahan seperti upah
pekerja pada tempoh yang lebih panjang. Kos
operasi yang meningkat akan menyebabkan
sesuatu projek akan dinilai semula dan ini akan
menyebabkan projek yang dijalankan tidak dapat
disiapkan pada masa yang ditetapkan.
Idea 2:

Selain itu,kesan perbuatan tidak beretika dalam


sistem penyampaian perkhidmatan kerajaan ialah
menjejaskan usaha pembangunan negara.
Penjawat awam yang tidak akur kepada polisi dan
dasar sistem penyampaian perkhidmatan kerajaan
akan menyebabkan setiap program pembangunan
negara tidak dapat dilaksanakan dengan
sempurna. Penjawat awam yang tidak mengikut
polisi dan sistem penyampaian perkhidmatan
kerajaan mungkin tidak mampu menyampaikan
maklumat berkenaan projek pembangunan negara
dengan baik. Rakyat mungkin keliru kerana tidak
mendapat maklumat yang tepat tentang projek
pembangunan yang dijalankan dan mungkin mudah
terpengaruh dengan pihak tidak
bertanggungjawab dalam membantah
projek tersebut.
Idea 3:

Langkah-langkah yang perlu dilakukan untuk


menanganinya ialah, menyelaras dasar dan polisi
antara jabatan dalam setiap kementerian.Hal ini
dikatakan demikian kerana, kerjasama antara
jabatan merupakan tulang belakang kepada
negara untuk mencapai misi dan visi.Oleh itu,
dapat membolehkan sistem penyampaian
perkhidmatan kerajaan berjalan dengan lancar
dan berkesan pada setiap bahagian bagi
meningkatkan ekonomi negara.
Idea 4:

Disamping itu, langkah yang perlu dilakukan untuk


menanganinya ialah, sistem penyampaian khidmat
perlu inovatif,kreatif dan cekap. Hal ini dikatakan
demikian kerana, penjawat awam haruslah
berfikir luar dari lingkungan
kebiasaan.Seterusnya, mereka perlu berfikiran
kritis,kreatif,inovatif bagi menambahkan
kakitangan yang lebih berkemahiran dalam
menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan
kepada mereka.Oleh itu, budaya kreatif dan
inovasi ini melibatkan etika dan integriti yang
perlu menjadi budaya masyarakat.
Idea 5:

Tambahan pula,mewujudkan persekitaran kerja


yang kondusif merupakan salah satu langkah yang
perlu dilakukan untuk menanganiya.Hal ini
dikatakan demikian kerana, dapat mewujudkan
budaya penyayang dan mesra pelanggan.Dengan
ini, dapat mewujudkan budaya kerja berpasukan
dan saling berkerjasama untuk meningkatkan
sistem penyampaian dan perkhidmatan kerajaan.

Penutup:

Kesimpulanya,perbuatan yang tidak beretika


dalam sistem penyampaian perkhidmatan kerajaan
tidak dapat menjamin kemajuan yang
berterusan.Pihak berkuasa haruslah mengambil
langkah yang seharusnya untuk menangani isu ini.
Oleh itu,negara perlu ditadbir urus dengan baik
supaya keupayaan negara dapat diperkukuh bagi
mencapai aspirasi negara.

You might also like