You are on page 1of 2

Kerajaan sentiasa menghadapi pelbagai cabaran dalam usaha untuk

mewujudkan tadbir urus baik. Keadaan tersebut perlu ditangani secara bijak
bagi memastikan sistem penyampaian khidmat awam sentiasa cekap dan
berintegriti.

Usaha kerajaan untuk meningkatkan sistem penyampaian


perkhidmatan awam ialah membangunkan budaya kerja berkualiti. Kerajaan
perlu tegas dengan mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana
pegawainya yang terlibat dengan rasuah, salah guna kuasa, masalah disiplin,
mensabotaj organisasi, dan sebagainya. Hal ini dapat membantu meningkatkan
kualiti budaya kerja.

Seterusnya, menyelaras dasar dan polisi antara jabatan dalam setiap


kementerian juga salah satu usaha kerajaan untuk meningkatkan sistem
penyampaian perkhidmatan awam. Hal ini penting kerana kerjasama antara
jabatan merupakan tulang belakang kepada Negara untuk mencapai misi,
visinya dan seterusnya membolehkan sistem penyampaian khidmat awam
berjalan lancar dan berkesan pada setiap bahagian.

Selain itu, mewujudkan persekitaran kerja yang kondusif merupakan


usaha kerajaan untuk meningkatkan sistem penyampaian perkhidmatan
awam. Usaha ini dapat mewujudkan budaya penyayang dan mesra pelanggan
dalam sistem penyampaian khidmat awam. Hal ini dapat mewujudkan budaya
kerja berpasukan dan saling bekerjasama untuk meningkatkan sistem
penyampaian dan perkhidmatan awam.

Kesimpulannya, kerajaan sentiasa menghadapi pelbagai cabaran


dalam usaha untuk mewujudkan tadbir urus baik. Semua pihak kerajaan
haruslah bekerjasama untuk memastikan sistem penyampaian khidmat awam
sentiasa cekap dan berintegriti.
Perniagaan atas talian adalah satu trend perniagaan maya yang
amat digemari oleh golongan muda dewasa ini. Namun demikian, sambutan
dan penerimaan terhadap terhadap trend ini masih rendah di Negara kita
berbanding di Negara-negara maju.

You might also like