You are on page 1of 8

KONSEP KIK

Kerajaan sentiasa memberi perhatian terhadap usaha-usaha memperkenalkan inovasi dan membuat penambahbaikan terhadap perkhidmatan yang diberikan kepada pelanggan. Sesuai dengan keperluan semasa dan perubahan di dalam dan luar negara, Kerajaan telah mengkaji semula peranan dan kaedah yang digunakan oleh Kumpulan Meningkat Mutu Kerja (KMK) dalam penyelesaian masalah organisasi. Ia bertujuan untuk menggalakkan budaya inovatif dan kreatif serta memberi peluang kepada anggota Perkhidmatan Awam untuk menggilap kebolehan dan meningkatkan kompetensi diri. Ikutan daripada itu, KMK telah ditukar nama kepada Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK).

Berbeza dengan KMK, keahlian KIK tidak hanya terhad di kalangan anggota kumpulan sokongan dalam satu bahagian sahaja tetapi ia meliputi semua peringkat anggota dan boleh merentasi pelbagai bahagian dalam organisasi berkenaan. Program KIK bukan sahaja menyediakan teknik-teknik untuk menyelesaikan masalah yang wujud dalam organisasi, tetapi juga merangkumi kaedah untuk membolehkan ahli-ahli KIK bertindak secara kreatif dan inovatif bagi menghasilkan sesuatu yang baru atau dalam bentuk yang baru melalui kemahiran imaginasi yang membawa kepada peningkatan sistem penyampaian perkhidmatan kepada pelanggan.

KIK merupakan mekanisme pengurusan yang berkesan untuk membina modal insan dalam Perkhidmatan Awam yang berketerampilan tinggi bagi merealisasikan aspirasi Kerajaan untuk meningkatkan kecekapan dan keberkesanan agensi-agensi Kerajaan dalam menyampaikan perkhidmatan kepada rakyat. Di samping itu, KIK juga mempunyai prinsip asas yang mengiktiraf pekerja sebagai sumber paling bernilai dalam organisasi dan menyediakan forum kepada mereka untuk melibatkan diri dalam proses membuat keputusan dan seterusnya melaksanakan tindakan yang diputuskan secara berpasukan.

FAKTOR MENYOKONG KEJAYAAN KIK

Kumpulan Inovatif & Kreatif (KIK) adalah merujuk kepada sekumpulan kecil pekerja daripada unit kerja yang sama atau melintasi jabatan, bermesyuarat secara tetap untuk mengenalpasti, memilih, menganalisis masalah yang berkaitan dengan kerja dan mengemukakan cadangan penyelesaian kepada pihak pengurusan untuk pertimbangan dan keputusan pihak pengurusan serta melaksanakan keputusan tersebut setelah dipersetujui. Ia bertujuan untuk memberi penghargaan dan pengiktirafan kepada staf-staf yang terlibat dalam KIK dengan memberi peluang kepada kumpulan-kumpulan KIK membuat persembahan. Ia akan mengambil pendapat dan pandangan ahli keputusan terlebih dahulu bagi mendapatkan sesuatu keputusan. Keputusan yang telah diambil perlu mendapat persetujuan dan telah dibahaskan di kalangan ahli kumpulan terlebih dahulu. KIK juga dapat membuktikan dan memberi keyakinan kepada Perkhidmatan Awam bahawa KIK boleh dilaksanakan dalam sektor awam. KIK dapat melancarkan operasi sesuatu organisasi yang menggunakannya kerana segala keputusan yang diambil akan dibincangkan terlebih dahulu. Ini dapat memberikan persediaan untuk sesebuah organisasi untuk beroperasi dengan lancar. Di samping itu, KIK juga meyakinkan bahawa ia dapat membantu pengurusan menyelesaikan masalah berkaitan kerja dan seterusnya membuat penambahbaikan secara berterusan. Sebelum keputusan diambil, segala kebaikan dan keburukan sesuatu keputusan yang diambil telah di analisis terlebih dahulu. Perkara sebegini akan mengurangkan risiko kegagalan dan akan meningkatkan kualiti yang berterusan menerusi penambahbaikan dari semasa ke semasa. KIK juga dapat mendapatkan maklumbalas mengenai masalah-masalah yang dihadapi dalam melaksanakan KIK dalam sektor awam bagi tujuan untuk mempertingkatkan lagi keberkesanan program KIK. Segala operasi yang telah dijalankan akan diperhatikan dan dianalisis secara berterusan. Melalui pemantauan yang berterusan, kualiti keberkesanan KIK dapat dilihat melalui program-program yang telah dijalankan.

Namun bagaimanapun, kajian menunjukkan proses mengenalpasti projek atau masalah, kumpulan KIK adalah dinasihatkan supaya tidak membincangkan beberapa perkara seperti berikut antaranya dasar jabatan, perjanjian kesatuan, perkara mengenai tindakan tatatertib, halhal peribadi, gaji dan elaun-elaun, belanjawan jabatan, syarat-syarat perkhidmatan, pembahagian tugas, dasar kenaikan pangkat dan perkara-perkara lain yang tidak ada kaitan dengan masalah kerja. Faktor-faktor utama perkembangan kreatif dan inovatif dalam pembelajaran ialah salah satunya pengurusan. Pengurusan yang berkesan amat penting bagi memastikan segala perjalanan program dan keputusan yang diambil berjalan lancar. Pengurusan yang lancar akan memudahkan segala urusan dan dapat memberi keyakinan kepada ahli kumpulan KIK. Pengurusan yang berkesan akan menghasilkan kualiti yang baik. Kreativiti dan inovasi dalam pengurusan sekolah boleh menjadikan sekolah sebagai satu organisasi pembelajaran yang bebas daripada belenggu birokrasi, dan ia dapat menjadikan sekolah lebih dinamik, terbuka, ceria, cekap dan dapat menangani serta menyelesaikan masalah dengan lebih mesra dan berhemah. Dengan meluaskan lagi unsur-unsur kreatif dan inovatif dalam pengurusan sekolah, kebebasan dan demokrasi akan dapat berkembang dan mencorakkan amalan hidup masyarakat sekolah. Sistem komunikasi yang terbuka, pengaliran maklumat yang demokratik, kepimpinan sekolah yang berhemah, dan falsafah pengurusan yang berasaskan hubungan dan pembangunan insan yang harmoni boleh mencorakkan sekolah menjadi sebuah institusi sekolah yang kreatif dan inovatif. Komunikasi terbuka juga merupakan salah satu faktor yang penting bagi kejayaan sesebuah KIK. Menerusi kemunikasi yang berkesan, perbincangan dapat dilakukan secara menyeluruh. Keputusan yang diambil memerlukan persetujuan ramai melalui pendapat-pendapat dan pandangan-pandangan ahli KIK. Namun, komunikasi yang terbuka juga perlu dibataskan supaya tidak menyentuh isu-isu sensitif ahli-ahlinya. Ketua atau pemimpin perlu merangka strategi yang berkesan bagi membawa perubahan dinamik dan menjadikan sekolah sebagai organisasi pembelajaran yang kreatif dan inovatif. Organisasi sekolah perlu mempunyai dan membentuk kepimpinan kolektif bagi memimpin

perubahan berasaskan kepada strategi dan pendekatan kreatif dan inovatif dalam pengurusan pendidikan sekolah. Kepimpinan sekolah perlu menunjukkan minat dan usaha bagi membangunkan sekolah sebagai organisasi pembelajaran yang kreatif dan inovatif. Ketandusan kreativiti dan inovasi dalam organisasi sekolah boleh dilihat sebagai punca utama kelemahan institusi sekolah dalam menghadapi perubahan dan cabaran inovasi yang berlaku dalam pelbagai kehidupan manusia seperti inovasi teknologi, inovasi pengetahuan dan inovasi belajar. Teknologi yang digunakan oleh sesuatu KIK juga memainkan peranan penting dimana ia dapat membantu mempercepatkan operasi dilakukan. Teknologi seperti e-mail, perisian-perisian komputer, telefon pintar dan sebagainya akan menambah kecekapan sesebuah KIK. KIK dapat menyimpan maklumat lebih lama dan berkomunikasi dengan lebih berkesan bagi menguruskan program yang telah dijalankan. Teknologi dalam pengurusan organisasi sekolah boleh mencetuskan perkembangan dinamik kreativiti dan inovasi. Teknologi bukan sahaja suatu alat tetapi boleh mempengaruhi sistem pengurusan yang lebih efisien dan kreatif. Pengurusan teknologi maklumat dan penggunaan teknologi komunikasi maklumat (ICT) dapat membina imej baru organisasi inovatif. Ia juga menjadikan organisasi pendidikan dan pembelajaran sekolah lebih berdaya saing dan menjadi lebih produktif. Penggunaan teknologi maklumat dan ICT menjadikan pengurusan lebih canggih dan moden. Revolusi maklumat dan perubaha teknologi memberi kesan yang positif kepada inovasi perubahan pengurusan organisasi pembelajaran, khususnya sekolah. Bagaimanapun penggunaan teknologi sering kali menimbulkan masalah dari segi cost effective, pembiayaan, penjagaan, dan kewangan. Penyelesaian masalaah juga merupakan antara faktor kejayan sesebuah KIK.Setiap hari kita dilanda dengan pelbagai masalah, sama ada di tempat kerja, rumah ataupun di sekolah. Sebagai contoh, kerapkali kita terdengar pelajar yang diberikan kerja seperti projek sejarah, masalah matematik, menulis karangan, mangatakan Kita tidak tahu tanpa mencuba. Aktivitiaktiviti penyelesaian masalah membawa pelbagai manfaat kepada pemantapan pemikiran kreatif dan inovatif pelajar.

Kegiatan penyelesaian masalah tidak hanya menambah penguasaan pengetahuan, memperkukuhkan kemahiran dan melahirkan sikap tertentu, tetapi memberi peluang kepada guru memerhati cara pelajar mendekati masalah, berkomunikasi dan belajar. Bagi menentukan sama ada pelajar memahami sesuatu prinsip atau butir maklumat ialah dengan memberinya masalah untuk diselesaikan. Aktiviti-aktiviti corak bermasalah juga memberi peluang kepada pelajar menunjukkan kebolehannya mengaplikasikan sesuatu prinsip, kaedah atau teori kepada penyelesaian masalah berkenaan. Faktor seterusnya ialah cirri-ciri budaya sekolah kreatif dan inovatif ialah wujudnya persekitaran belajar yang mendorong semangat belajar pelajar, membentuk minat yang mendalam, kesedaran dan daya usaha, dedikasi dan perkembangan potensi pelajar. Pelajar juga tidak menghadapi masalah bagi mendapatkan bimbingan dan tunjuk ajar daripada guru-guru yang dedikasi, terlatih dan profesional. Sekolah yang kreatif dan inovatif juga menonjolkan keceriaan fizikal, keceriaan budaya serta keceriaan iklim sekolah. Penonjolan ini menjadikan sekolah tempat belajar yang harmoni, menceriakan dan sesuai untuk perkembangan psikologi kreativiti dan inovasi berlaku. Perasaan dan pemikiran yang ceria juga boleh wujud dalam suasana dan iklim sekolah yang ceria. Sekolah yang ceria, kreatif dan inovatif boleh mengurangkan pelbagai gejala sosial dan moral yang tidak diingini. Organisasi pembelajaran yang kreatif dan inovatif perlu di rangka berlandaskan kepada pembelajaran yang berpusatkan pelajar. Kaedah tersebut dapat meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan mencungkil idea baru daripada pelajar. Juga dapat menggalakkan pelajar untuk berkomunikasi. Di samping itu,strategi pembelajaran yang berkesan dapat mengembangkan potensi, dan bakat pelajar yang terpendam dan seterusnya boleh diaplikasikan dalam kehidupan harian. Contoh-contoh yang boleh digunakan ialah seperti brainstorming, pembelajaran berpusat masalah, simulasi, kerja secara berkumpulan dan sebagainya. Akhir sekali, pemikiran kreatif dan inovatif dapat diwujudkan dengan menanya soalansoalan terbuka yang dapat mencungkil daya pemikiran pelajar untuk mengemukakan idea-idea

baru serta mencetuskan pemikiran bertahap tinggi. Ia mendorong proses akomodasi iaitu penyusunan semula pengetahuan dan proses asimilasi iaitu menggabungkan pengetahuan baru dengan pengetahuan yang sedia ada. Organisasi pembelajaran yang kreatif dan inovatif dapat mengembangkan pemikiran divergent atau lateral, imaginatif di kalangan pelajar. Ahli psikologi telah mengkaji fenomena pemikiran kreatif dan inovatif dengan tujuan menerangkan hasil (produk) dan proses pemikiran. Tumpuan ialah kepada heuristik yang digunakan sebagai pemikiran. Pendekatan pemikiran kreatif dan inovatif untuk mengkaji proses pemikiran berbeza mengikut teori pemikiran yang diamalkan.

KESIMPULAN Masalah di tempat kerja sering dialami oleh pekerja tidak kira dari sektor awam mahupun swasta. Bagi mengatasi masalah di tempat kerja kakitangan sektor awam, kerajaan telah memperkenalkanPekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam Bilangan 7 tahun 1991, Kumpulan KIK. Ia bertujuan meningkatkan kualiti perkhidmatan kakitangan kerajaan dengan penubuhan pasukan-pasukan kerja di kalangan kakitangan untuk menyelesaikan masalah-masalah yang dihadapi di tempat kerja. Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam Bilangan 7 tahun 1991 mendefinisikan KIK sebagai penubuhan sekumpulan kecil pekerja antara 6 hingga 10 orang daripada unit kerja yang sama akan bermesyuarat secara tetap untuk mengenalpasti,memilih dan menganalisis masalahmasalah yang berkaitan dengan kerja mereka. Kumpulan ini akan mengemukakan cadangan penyelesaian kepada pihak pengurusan untuk pertimbangan dan keputusan. Seterusnya, mereka melaksanakan keputusan yang telah dipersetujui oleh pihak pengurusan. Pekerja adalah aset yang paling bernilai kepada majikan disamping sumber pengurusan yang lain. Bagi memastikan pekerja bekerja dengan seronok, KIK dilaksanakan menggalakan pekerja bekerja secara berkumpulan dan berbincang bagi menyelesaikan masalah ditempat kerja. Dengan ini, ia dapat memperbaiki sistem cara kerja sekaligus meningkatkan kreativiti dan produktiviti jabatan.

Inovasi dan kreativiti merupakan penyumbang ke arah perubahan organisasi, perkembangan dan pembangunan negara. Bagi menghasilkan sebuah organisasi pembelajaran yang kreatif dan inovatif faktor-faktor yang perlu diberi perhatian ialah pengurusan organisasi, kepimpinan, budaya, teknologi, pemikiran, strategi pembelajaran, penyelesaian masalah dan juga komunikasi terbuka. Kreativiti dan inovasi yang dibentuk atau dibina perlulah bersesuaian dengan keperluan dan kehendak masyarakat, individu dan juga negara. Ianya juga hendaklah bebas daripada sebarang kebimbangan dan ketakutan yang merupakan pra syarat untuk mengembangkan potensi pelajar yang seharusnya mempunyai daya kreativiti dan inovasi yang aktif dan berdaya maju. Individu yang bersifat kreatif dan inovatif perlu diganjari dengan sepatutnya supaya bakat yang ada tidak dipersiakan begitu sahaja.

LAMPIRAN 1. http://tonggakduabelas-muhammad.blogspot.com/ 2. http://www.mampu.gov.my/pdf/arkib/gp_kik011109.pdf 3. http://hazaldn.wordpress.com/t-o-p-o-g-r-i-malaysia/jenis-perintah-am-jabatan/ 4. http://ppdmuar.my/laporanunit/attachments/article/792/edaran%20adobe%20cetak.pd f

You might also like