You are on page 1of 2

NAMA : NURUL FATIN NAJWA BINTI SHAHARIN

NO. KAD PENGENALAN : 950218105518

MENJANA NEGARA SEJAHTERA DAN BAHAGIA

Malaysia merupakan negara membangun yang sentiasa memikirkan dan


melaksanakan idea-idea untuk memastikan negara dalam keadaan yang sejahtera
dan bahagia. Menurut Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), ‘Sejahtera’ didefinisikan
sebagai terpelihara daripada bencana seperti kesusahan, gangguan, dan sebagainya.
Manakala ‘Bahagia’ pula merujuk kepada sesuatu perasaan atau suasana yang
senang serta hidup yang beruntung.

Oleh itu, terdapat beberapa aspek atau usaha yang boleh dilakukan untuk
menjadikan Malaysia sebuah negara yang sejahtera dan bahagia. Kedua-dua pihak
iaitu kerajaan dan rakyat perlu memainkan peranan masing-masing agar proses
mensejahtera dan membahagiakan negara berjalan dengan lancar. Rakyat perlu
yakin dengan usaha kerajaan iaitu dalam meningkatkan taraf hidup golongan miskin,
menyediakan peluang untuk meningkatkan pendapatan rakyat Malaysia,
menyediakan kemudahan pendidikan, kesihatan, perumahan dan kemudahan asas
yang lain, memastikan persekitaran kerja yang lebih kondusif, dan melindungi alam
sekitar serta mewujudkan prasyarat yang adil untuk pembangunan.

Selain itu, demi mencapai kesejahteraan dan kebahagiaan negara, kerajaan


telah mewujudkan satu Dasar Transformasi Nasional yang di bawahnya terdiri
daripada beberapa program iaitu Program Transformasi Kerajaan (GTP) iaitu program
yang merealisasikan tagline “Rakyat Didahulukan” melalui tujuh (7) NKRA dan juga
tagline “Pencapaian Diutamakan”. Malah, terdapat juga Program Transformasi
Ekonomi (ETP) yang mengamalkan pendekatan serampang dua mata iaitu
memfokuskan kepada 12 bidang ekonomi utama negara dan enam (6) inisiatif
pembangunan strategik.

Di samping itu, Program Transformasi Politik (PTP) pula memfokuskan kepada


pemilihan pemimpin berwibawa dan juga mengimbangkan antara keselamatan
kebangsaan dan kebebasan individu. Manakala, Program Transformasi Luar Bandar
(RTP) lebih kepada mempertingkatkan pembangunan infrastruktur dan ekonomi
sekaligus menggiatkan peluang pelaburan dan pekerjaan. Akhir sekali Program
Transformasi Digital (DTP) yang dikendalikan oleh Perbadanan Pembangunan
Multimedia Malaysia (MDeC) yang banyak membantu usahawan digital
mempertingkatkan ekonomi digital.

Tambahan pula, rakyat mestilah bersama-sama dengan kerajaan dalam


memupuk budaya dan nilai hidup yang lebih bermakna. Contohnya, mengamalkan
budaya berfikir secara kritis untuk inovasi dan kreativiti, menyuburkan budaya
membaca dan menyebarkan ilmu, mentransformasikan pendidikan ke arah
pembelajaran abad ke-21, mengamalkan budaya berprestasi tinggi, mengamalkan
pengurusan berintegriti, mengeratkan silaturahim dan perpaduan antara kaum.
Menjamin dan memastikan keadilan sosial, serta mengamalkan budaya ketepatan
dalam melaksanakan tugasan.

Betapa banyaknya usaha murni kerajaan dalam menjana negara sejahtera dan
bahagia. Namun begitu, apalah maknanya sejahtera dan bahagia sekiranya
perpaduan tidak dipupuk dalam masyarakat berbilang kaum di negara Malaysia
tercinta ini. Alangkah baiknya jika rakyat dan kerajaan sama-sama bersatu hati
menggembleng tenaga demi menggapai cita-cita menjadi negara maju, sejahtera, dan
bahagia.

Sumber rujukan internet :


https://prpm.dbp.gov.my/cari1?keyword=sejahtera

https://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=bahagia
https://www.scribd.com/document/216545487/Menjana-Negara-Sejahtera-Dan-
Bahagia

You might also like