You are on page 1of 1

Soalan Tutorial :

Cadang bagaimana objektif bagi standard pembelajaran dapat dicapai melalui satu
aktiviti dalam slot p&p.

Cadangan untuk membolehkan objektif bagi standard pembelajaran dapat


dicapai melalui satu aktiviti dalam slot p&p ialah bahan pembelajaran yang diajar
perlulah berhubung dan berkaitan di sekitar alam sekeliling kanak-kanak dalam
kehidupan seharian. Hal ini demikian kerana kanak-kanak tidak berasa susah untuk
mempelajari sesuatu pengetahuan atau kemahiran akibat kanak-kanak sudah
mempunyai pengalaman sedia ada sebelumnya. Contohnya, guru boleh mengajar
kanak-kanak tentang jenis-jenis tumbuhan. Kanak-kanak pernah melihat tumbuh-
tumbuhan sejak kecil. Dengan itu, guru dapat mencapai objektif pembelajaran
melalui aktiviti yang berkaitan.

Selain itu, cadangan untuk membolehkan objektif bagi standard pembelajaran


dapat dicapai melalui satu aktiviti dalam slot p&p ialah belajar melalui bermain. Hal
ini dikatakan kerana kanak-kanak pada peringkat umur ini suka bermain pada bila-
bila masa. Contohnya, guru boleh mengadakan aktiviti mengguli doh dan membina
lego. Dengan itu, kanak-kanak dapat mempunyai koordinasi mata dan tangan serta
menguasai kemahiran motor halus secara berkesan. Guru boleh menyuruh kanak-
kanak menggunakan doh untuk membina nombor-nombor. Melalui aktiviti ini, kanak-
kanak dapat belajar nombor-nombor berikut. Guru boleh mendidik kanak-kanak
secara konkrit kepada abstrak supaya kanak-kanak dapat lebih memahami apa yang
disampaikannya.

Di samping itu, cadangan untuk membolehkan objektif bagi standard


pembelajaran dapat dicapai melalui satu aktiviti dalam slot p&p ialah guru perlulah
mempunyai kaedah mengajar yang pelbagai dan menaik. Hal ini demikian kerana
pelbagai bahan bantu mengajar yang digunakan oleh guru semasa proses
pembelajaran dan pengajaran dapat menimbulkan minat kanak-kanak dalam
pembelajaran. Contohnya, guru boleh menggunakan bahan bantu mengajar yang
menarik untuk mengajar kanak-kanak supaya mereka dapat lebih memahami apa
yang sampaikan oleh guru. Dengan itu, kanak-kanak lebih menumpukan perhatian
terhadap pelajaran dan guru dapat mencapai objektif pembelajaran yang ditentukan
melalui penggunaan bahan bantu mengajar yang pelbagai dan menarik.

You might also like