You are on page 1of 2

KERTAS KERJA

JOM MENYUMBANG PSS SK LEFTENAN ADNAN


TAHUN 2021

1.0 PENDAHULUAN

Program Jom Menyumbang ialah sebuah program yang ingin dilaksanakan untuk membantu
menambah sumber kewangan di tabung untuk kegunaan membeli bahan-bahan hapus kira untuk
keceriaan dan penyelenggaraan di PSS SK Leftenan Adnan. Keperluan program ialah alternatif
sumber kewangan yang lain kerana sumber PCG tidak boleh digunakan untuk keceriaan dan
penyelenggaraan yang banyak. Program ini dapat menggalakkan pelibatan dan sumbangan
daripada para guru, ibu bapa, alumni, komuniti, NGO, badan swasta dan badan kerajaan untuk
meningkatkan dan menambahbaik PSS SK Leftenan Adnan.

2.0 RASIONAL

2.1 Program ini ingin dilaksanakan supaya dapat membantu menambah sumber kewangan
untuk keceriaan dan penyelenggaraan selain menggunakan wang PCG yang terhad.

3.0 OBJEKTIF

3.1 Menjadikan sumbangan sebagai alternatif lain selain daripada sumber wang PCG untuk
keceriaan dan penyelenggaraan.

3.2 Melibatkan warga sekolah, ibu bapa, alumni, komuniti, NGO, badan swasta dan badan
kerajaan.

4.0 KUMPULAN SASARAN

Warga sekolah, guru, ibu bapa, alumni, NGO, badan swasta dan badan kerajaan.

5.0 AHLI JAWATANKUASA

5.1 AHLI JAWATANKUASA INDUK

Pengerusi : Guru Besar


Naib Pengerusi I : Penolong Kanan
Naib Pengerusi II : Penolong Kanan HEM
Naib Pengerusi III : Penolong Kanan Kokurikulum
Naib Pengerusi IV : Penolong Kanan Petang
Penyelaras Aktiviti : Ketua Panitia
Pengurus Program : Setiausaha (Guru Perpustakaan dan Media)

5.2 AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA

AJK : AJK Kerja PSS


6.0 STRATEGI PELAKSANAAN

6.1 Mengadakan perbincangan dengan Guru Besar dan PK Pentadbiran untuk menentukan
perjalanan program.
6.2 Berbincang dengan Ketua Panitia tentang kaedah pelaksanaan yang sesuai.
6.3 Menubuhkan AJK.
6.4 Mesyuarat Pengurusan mengenai jadual waktu khas, aktiviti, pelaksanaan dan agihan tugas.
6.5 Taklimat kepada guru tentang perjalanan pelancaran program.
6.6 Menyediakan bahan.
6.7 Melaksanakan program.
6.8 Mentaksir dan menilai program.

7.0 TEMPOH DAN MASA PELAKSANAAN

7.1 Sepanjang tahun

8.0 SUMBER KEWANGAN

Tiada.

9.0 MEKANISME PEMANTAUAN

10.1 Jadual Waktu Program


10.2 Laporan Ketua Panitia
10.3 Penilaian Program

10.0 JK PELAKSANA PROGRAM

Penyelaras program & poster : Pn. Nik Faizah Binti Nik Hassan
Promosi dan pengurusan : Pn. Rasidah Binti Hadi Muin
Pn. Faridah Binti Mohd Zin
: Pn. Yusniza Binti Md Sabri
: Pn. Natrah Binti Abdul Rahman
Pn. Siti Rohani Binti Rashid
: Pn. Nadatul Nadwa Binti Shuib
: En. Muhammad Syafiq Bin Abdul Aziz
: En. Mohamad Ikram Amin Bin Adanan

11.0 KAEDAH PELAKSANAAN PROGRAM

11.1 Tabung PSS disediakan di bilik guru dan di PSS.


11.2 Duit sumbangan juga boleh diberikan secara terus kepada AJK Kerja PSS.
11.3 Jumlah satu sumbangan ialah RM10.

Disediakan Oleh, Disahkan Oleh,

(NIK FAIZAH BINTI NIK HASSAN) (ZAIDY BIN SALMAN)


Pengurus Program, Guru Besar
GPM SK Leftenan Adnan SK Leftenan Adnan

You might also like