You are on page 1of 4

JENIS-JENIS TANAMAN ANGGUR YANG SESUAI DI

MALAYSIA
Posted on March 16, 2016 by khadijah salleh
Tanaman anggur di Malaysia adalah masih baru dalam peringkat pembangunan dimana
mula ditanam di Perlis. Penanaman anggur di Malaysia bermula sekitar tahun 1980’ an
dan semakin meningkat hasilnya sehingga kini. Ramai yang telah cuba menanam
anggur secara kecil-kecilan dirumah dan pengeluaran anggur di Malaysia masih belum
mencapai tahap komersial di pasaran. Secara umumnya  Anggur (Vitis spp) ialah
tumbuhan beriklim sederhana dari keluarga Vitaceae yang digunakan sebagai buah
segar dan diproses untuk dibuat minuman, kismis, jus, wain dan sebagainya.
Penanaman anggur banyak di negara beriklim sub-tropika atau sederhana sejuk dan
kini telah ada varieti yang telah sesuai diadaptasikan dengan iklim tropika. Terdapat
banyak spesis tanaman anggur di dunia dan telah dikhususkan untuk kegunaan
penanaman. Untuk artikel kali ini marilah kita mempelajari klon (jenis-jenis) anggur
yang sesuai dan popular ditanam di Malaysia.

Senarai anggur yang ditanam di Malaysia

1.
Anggur Isabella

Varieti Isabella dipercaya boleh diadaptasi  di mana sahaja, mempunyai ketahanan
terhadap suhu yang rendah dan panas, di iklim tropika juga isabella mampu
bertahan. mempunyai ketahanan terhadap penyakit kulat dan akar rintang dari
serangan nematod dan Phyloxera. ditanam secara komersil dibeberapa buah negara
dan dibuat jus serta wine.

2.
Anggur IAC

Anggur IAC mempunyai buah yang sedikit lonjong dan gugusan yang padat.

3.
White malaga

White malaga menghasilkan buah berwarna hijau, bentuk yang bulat, dan rasa yang
sedikit masam. Mampu hidup diiklim tropika seperti Malaysia.
4.
Anggur Cardinal

Anggur cardinal mempunyai gugusan buah yang yang lebat, berwarna ungu
kehitaman dan mempunyai rasa masam-masam manis.

5.
Anggur Black muscat

Buah merah tua kehitaman. Termasuk pilihan penanam. Senang hidup senang
diurus. Buah yang besar dan tandan lebat. Banyak ditanam diseluruh negara
termasuklah Malaysia
6.
Anggur Thompson

Anggur thompson mempunyai buah yang berwarna hijau kuning dan rasa yang
enak. tempoh berbuah ialah 14-16bulan.

7.
Anggur CBR

CBR tahan pada iklim tropika walaupun kadar ketahanan terhadap kelembaban
tidak sehebat Isabella, namun CBR mampu menghasilkan buah  di negara kita.

You might also like