You are on page 1of 1

5 FAKTA ASAS

KELULUT
1. Kelulut tidak menyengat
Kelulut juga mempunyai sengat, namun berbeza dengan
lebah madu biasa, bisa sengatan kelulut telah
dikurangkan dan tidak dapat digunakan sebagai
pertahanan diri kelulut.
2. Sistem kasta kelulut
Terdapat 3 kasta dalam koloni lebah kelulut iaitu ratu
(queen), pekerja (worker) dan kelulut jantan (drone).
Fungsi utama ratu ialah untuk bertelur dan menghasil
kesemua kasta dalam koloni berkenaan
Kelulut pekerja pula merupakan kelulut betina.
Kelulut jantan atau drone hanya berfungsi untuk mengawan
dengan ratu sahaja

3. Sumber makanan lebah kelulut


Kelulut bergantung kepada bunga untuk nektar dan
debunganya manakala bunga pula memerlukan khidmat lebah
kelulut sebagai agen pendebungaan.
Kelulut akan singgah pada bunga yang kembang sahaja

4.Beza sarang lebah kelulut dengan


lebah biasa
Bentuk sarang lebah kelulut mempunyai seperti tempayan
dengan satu ruangan masuk yang diperbuat daripada
propolis
Ia mempunyai muncung yang ditutup oleh batumen, satu
bahan istimewa diperbuat daripada campuran resin, lilin
dan pelbagai bahan seperti lumpur, minyak dan cat

5. Madu kelulut mengandungi gula


trehalulosa
Gula trehalulosa merupakan gula yang mempunyai Indeks
Glisemik yang rendah. Madu kelulut yang terhasilkan di
Malaysia didapati mempunyai kandungan trehalulosa yang
paling tinggi iaitu 84% daripada berat madu.

You might also like