You are on page 1of 26

Penternakan burung walit

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Penternakan burung walit untuk mendapatkan sarangnya merupakan satu industri yang
semakin penting. Dengan harga mencecah RM4,000 sekilogram, industri ini menjana
pendapatan RM1.5 bilion setahun di Malaysia. Sarang burung walit mendapat permintaan yang
tinggi di China di mana sup sarang burung itu dilihat menjadi pengukur kepada status seseorang
individu.[1] Malaysia merupakan negara pengeluar sarang burung ketiga terbesar di dunia
selepas Indonesia dan Thailand dengan purata lebih 12 tan sarang burung dihasilkan sebulan.[2]
Penternakan burung Layang-layang Gua atau burung walit ini dapat dilakukan kerana burung ini
mudah berhijrah ke kawasan-kawasan bandar mendiami bangunan-bangunan batu lama yang
menyerupai gua batu tempat habitat asalnya. Oleh itu penternak burung akan membuat
bangunan batu yang mempunyai ciri persamaan gua batu atau mengubahsuai bangunan lama
menjadi kawasan sarang burung ini.

Garis panduan[sunting | sunting sumber]


Dahulunya cuma membuat sarang di gua-gua, kini terdapat 50,000 premis burung walit di
rumah-rumah kedai di kawasan bandar di seluruh negara, menimbulkan bantahan penduduk
setempat berhubung masalah bau, bunyi dan penyakit. Burung Layang-layang Gua ini terbang
dalam jumlah yang banyak dan najis burung mengotorkan kereta, halaman rumah, kain di
penyidai dan sebagainya.
Berikutan itu Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) selaku agensi peneraju bagi pembangunan
industri burung walit akan mengeluarkan garis panduan membabitkan aspek perlesenan,
persampelan, pengeluaran dan pengeksportan sarang burung.
Garis Panduan Industri Burung Walit (1GP) ini melibatkan 4 kementerian iaitu Kementerian
Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar dan
Kementerian Kesihatan.
Setakat ini undang-undang sedia ada di Sarawak melarang premis burung dibina di kawasan
bandar. Pulau Pinang dan Melaka melarang pembinaan rumah burung di kawasan warisan
Pulau Pinang.[1]

Burung Walet Sapi (Collocalia esculenta) merupakan sejenis spesies burung dalam
familia Apodidae. Burung ini terdapat Australia,Brunei, Pulau Krismas, India, Indonesia, Malaysia, Myanmar, New
Caledonia, Papua New Guinea, Filipina, Singapura, Kepulauan Andaman, Kepulauan Solomon, Thailand dan Vanuatu.
Isi kandungan
[sorokkan]

1Ciri-ciri

2Makanan

3Pembiakan

4Habitat

5Rujukan

6Pautan luar

Ciri-ciri[sunting | sunting sumber]


Burung Walet Sapi ialah haiwan yang tergolong dalam golongan benda hidup, alam : haiwan, filum : kordata, subfilum : bertulang belakang (vertebrata), kelas : burung. Burung Walet Sapi ialah haiwan berdarah panas, mempunyai
sayap dan badan yang dilitupi bulu pelepah. Paruh Burung Walet Sapi tidak bergigi.

Makanan[sunting | sunting sumber]


biji-bijian

Pembiakan[sunting | sunting sumber]


Burung Walet Sapi membiak dengan bertelur. Telur Burung Walet Sapi bercangkerang keras.

Burung Walit
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Untuk burung dengan sarang air liur, lihat Burung Layang-layang Gua.

Burung Walit

Apus apus
Perhatikan bentuk sayap
berbeza dengan layang-layang

Pengelasan saintifik

Alam:

Haiwan

Filum:

Chordata

Kelas:

Aves

Order:

Apodiformes

Famili:

Apodidae
Hartert, 1897

Genus

Hampir 20, lihat teks.

Burung Walit ialah sejenis burung dalam aturan Apodidae. Rupanya hampir serupa dan sering dikelirukan
dengan burung layang-layang mereka sebenarnya bersaudara jauh; walit berada dalam order Apodiformes, yang
dikongsinya dengan burung madu. Manakala layang-layang dalam order Passeriformes.

Senarai taksonomi Apodidae[sunting

| sunting sumber]

Tribe Cypseloidini

Genus Cypseloides (9-10 spesies)

Genus Streptoprocne (3-4 spesies)

Tribe Collocalini

Genus Collocalia (3-4 spesies)

Genus Aerodramus (kira-kira 25 spesies, kadangkala dimasukkan dalam Collocalia)

Genus Hydrochous

Genus Schoutedenapus (2 spesies)

Tribe Chaeturini

Genus Mearnsia (2 spesies)

Genus Zoonavena (3 spesies)

Genus Telacanthura (2 spesies)

Genus Rhaphidura (2 spesies)

Genus Neafrapus (2 spesies)

Genus Hirundapus (4 spesies)

Genus Chaetura (12 spesies)

Tribe Apodini

Genus Aeronautes (3 spesies)

Genus Tachornis (3 living spesies)

Genus Panyptila (2 spesies)

Genus Cypsiurus (2 spesies)

Genus Apus (sekitar 17 spesies)


PROGRAM DAN PROJEK
Potensi Besar Industri Burung Walit
Industri burung walit yang memiliki potensi besar dalam pasaran menjadi antara pilihan
usahawan hari ini. Jika diimbas kembali dari segi sejarah, penuaian sarang burung walit
dari gua-gua secara komersial bermula sejak 100 tahun dahulu di Malaysia. Hasil tuaian
pertama adalah di Gua Niah, Sarawak pada 1878. Bermula dari hutan ke desa dan
bermastautin di bandar, industri burung walit semakin berkembang memandangkan ia
mendapat permintaan tinggi kerana kandungan khasiatnya yang tinggi. Ini mendorong
Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani untuk menggalakkan lebih ramai usahawan
terlibat dengan industri burung walit ini. Bagaimanapun, mereka perlu diberi persediaan
awal sebelum menceburi industri ini termasuk garis panduan dan spesifikasi model
penternakan berskala kecil dan besar serta keperluan-keperluan lain.
Justeru, menerusi Bahagian Khidmat Sokongan dan Pembangunan Industri (KSI) dan
Bahagian Industri Tanaman, Ternakan dan Perikanan (ITT P), Agrobank dan Jabatan
Perkhidmatan Veterinar ( JPV), Seminar Pembiayaan Industri Burung Walit akan diadakan
pada 13 Julai depan. Seminar ini menyasarkan 700 peserta terdiri daripada pengusaha
sedia ada, bakal pengusaha yang telah dikenalpasti oleh JPV di peringkat negeri dan orang
ramai yang berminat. Di samping memperkenalkan industri burung walit secara umum,
seminar
ini
juga
Bertujuan mempromosikan skim-skim pinjaman kerajaan di bawah Agrobank dan kriteriakriteria yang diperlukan bagi mendapatkan pembiayaan ini. Sekiranya anda berminat untuk
mengetahui lebih mendalam mengenai potensi dalam industri burung walit dan maklumat
mengenai pembiayaan, datang beramai-ramai ke Seminar Pembiayaan Industri Burung
Walit di Dewan Serbaguna, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Putrajaya.
Seminar
Pembiayaan
Industri
Burung
Walit
Tarikh
: 13
Julai
2010
Tempat : Dewan Serbaguna, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Putrajaya
Aturcara
8.00
9.00
pagi
:
Pendaftaran
Peserta
9.00
9.30
pagi
:
Majlis
Perasmian
9.30 - 10.30 pagi : Pembentangan Kertas kerja

Kertas 1 : Pengenalan Industri Burung Walit

Kertas 2 : Skim Pembiayaan Industri Burung Walit


11.30 - 12.30 Tengah hari : Sesi Soal Jawab
Tempat Adalah Terhad (700 peserta sahaja)
Muat Turun : Slaid Pembentangan Industri Burung Walit Malaysia atau
Slaid Pembentangan Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia
Slaid Pembentangan Agrobank
Sebarang Pertanyaan dan Pendaftaran, Sila Hubungi
Seksyen Aneka Industri Nilai Tinggi
Jabatan Perkhidmatan Veterinar
Aras G, Blok Podium

Wisma Tani, Lot 4G2


No. 28, Persiaran Perdana, Presint 4
Pusat Pentadbiran Kerajaan persekutuan
62624 Putrajaya
Telefon : 03 - 8870 2459 / 2461 /2469
Faks : 03 - 8870 2451

EPP 2 : Pengeluaran Sarang Burung Walit


Untuk membina status Malaysia sebagai pembekal yang diiktiraf dan menyelesaikan
cabaran besar dalam industri, kerajaan menyasarkan untuk menguasai 40 peratus daripada
pasaran global menjelang tahun 2020 melalui penambahan pengeluaran daripada 290
metrik tan kepada 870 metrik tan dan peningkatan pemprosesan domestik dalam produk
hiliran.
Maklumat

Projek

Menambah pengeluaran produk huluan dengan membina 2,000 premis baru


setiap tahun dan 6 Pusat Pengumpulan
2.
Menambahbaik pemantauan dan pelaksanaan skim Good Animal Husbandry
Practice(GAHP), dan Good Manufacturing Practice (GMP) untuk premis
burung walit dan kilang pemproses dengan memperkenalkan sistem
pengesanan
3.
Menambah pembuatan produk hiliran dan pembersihan sarang burung walit
di dalam negara dengan menjalankan aktiviti penyelidikan untuk
pemprosesan dan pembangunan produk.
Pegawai
yang
boleh
dihubungi
1.

Dr.
Jabatan
No
E-mel

Mohd
Telefon

Norhisham
Veterinar
:

Mohd

Haron
Malaysia
03-8870
2441
: hisham@dvs.gov.my

Muat Turun :

Kriteria dan Syarat Kelayakan Untuk Menyertai EPP 2

Pengiraan PNK

Pelan Perniagaan

Slaid Pembentangan

Penternakan burung walit Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.

Penternakan burung walit

Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.


Penternakan burung walit untuk mendapatkan sarangnya merupakan satu
industri yang semakin penting. Dengan harga mencecah RM4,000 sekilogram,
industri ini menjana pendapatan RM1.5 bilion setahun diMalaysia. Sarang burung
walit mendapat permintaan yang tinggi di China di mana sup sarang burung itu
dilihat menjadi pengukur kepada status seseorang individu.[1] Malaysia
merupakan negara pengeluar sarang burung ketiga terbesar di dunia
selepas Indonesia dan Thailand dengan purata lebih 12 tan sarang burung
dihasilkan sebulan.[2]
Penternakan burung Layang-layang Gua atau burung walit ini dapat dilakukan
kerana burung ini mudah berhijrah ke kawasan-kawasan bandar mendiami
bangunan-bangunan batu lama yang menyerupai gua batu tempat habitat
asalnya. Oleh itu penternak burung akan membuat bangunan batu yang
mempunyai ciri persamaan gua batu atau mengubahsuai bangunan lama
menjadi kawasan sarang burung ini.

Burung Walit Online


Membeli Sarang Burung Walit.
Pihak kami menawarkan perkhidmatan membeli sarang burung walit. Sekiranya anda berminat boleh terus
mnghubungi kami. Harga kami adalah mengikut pasaran semasa dan kualiti sarang burung walit seperti Grade
A,B, C dan sebagainya. Sila hubungi En. Megat 019 2294781 atau email burungwalit@ymail.com untuk
maklumat lanjut.

Pembinaan RBW.
Pihak kami telah menerima banyak pertanyaan tentang kos pembinaan rumah burung walit. Memandangkan
ada dikalangan pemanggil yang sangat berminat untuk menceburi industri burung walit tetapi kekurangan
modal, pihak kami akan berusaha untuk merealisasikan hasrat anda. Dengan mengubah rekabentuk, keluasan
dan bahan binaan pihak kami akan cuba membantu anda dangan budget yang sesuai. Sila hubungi En. Megat
019 2294781 atau email burungwalit@ymail.com untuk maklumat lanjut.

Projek Pembinaan Rumah Burung Walit di Kota Tinggi Menggunakan Tenaga Solar
Rumah Burung Walit 1 Tingkat (20 x 50 kaki).

Faktor Utama Kejayaan RBW - Sedikit maklumat utk di kongsi bersama

Lawatan saya ke Jerman baru-baru ini mendapati kaedah pembinaan bangunan di Jerman agak berbeza dgn Malaysia.
Mereka mempunyai standard yang ketat yang perlu di patuhi. Pengetahuan teknikal amatlah penting. Pengalaman saya
sendiri semasa membuat kerja2 konsultansi ada syarikat di Malaysia membayar RM 0.5 Juta untuk mendapatkan
khidmat jurutera Jerman untuk membantu mengeluarkan produk di Malaysia. Di Jerman atau kesatuan eropah U
value atau kadar kemasukan haba adalah perkara yg penting seblm sebarang pembinaan boleh di mulakan. Jika kadar
U value lebih daripada yg di cadangkan, bangunan tersebut tidak akan mendapat kelulusan. Semasa lawatan saya di
Jerman saya telah melawat beberapa syarikat dan ada syarikat yg sudah 100 tahun lebih beroperasi. Kebanyakan
syarikat menggunakan teknik-teknik terbaru dan terbaik untuk bersaing, dan sesetengah teknik ini telah dipatenkan,
contohnya serbuk kayu (baik untuk tebatan haba) yg tidak terbakar dan lantai bilik air yg menggunakan kayu yg tidak
telap air.
Apa pentingnya U value??? U value dijadikan ukuran penting untuk mengawal keselesaan dalaman bangunan tanpa
menggunakan tenaga yg berlebihan. Apa kaitannya dgn RBW?? Dengan menggunakan kaedah U value kita dapat
mengawal suhu dan kelembapan rumah burung walit dgn baik. Sudah tentu Tahap Keselesaan dan Kos Pembinaan
RBW menjadi isu yang sangat kritikal utk di bincangkan.
Pihak kami mencadangkan WWCB adalah bahan yang sesuai untuk pembinaan RBW. Bahan WWCB mampu
mengawal haba dgn baik (walaupun insultek lebih baik) akan tetapi harga WWCB lebih murah berbanding dengan
Insultek. Sila rujuk carta dibawah untuk perbandinan Insultek, WCB dan sistem Batu bata. Untuk makluman WCB
adalah bahan yang menepati standard Jerman DIN 1101. Contoh pengiraan lengkap sila scoll down.

Status Rumah Burung Walit 1 Tingkat di Kuala Lipis (20 x 60 kaki).


Dalam masa 2 bulan setelah suara dibunyikan pihak kami telah mendapati 30 ekor lebih burung walit telah menjadikan
RBW yang telah dibina sebagai penempatan baru. (sila rujuk galeri photo untuk maklumat lanjut). Kepada sesiapa yang
berminat utk membina rumah burung walit bolehlah membuat lawatan ke rumah burung walit 1 tingkat pihak kami,
supaya pihak anda lebih yakin.
Pihak kami menggunakan teknologi yang berlainan kerana untuk mendapatkan suasana dalaman yang sesuai untuk
habitat burung walit. Dengan kemampuan jabatan kejuruteraan syarikat kami, pihak kami telah memilih bahan yang
sesuai yang dikeluarkan oleh syarikat tempatan dengan kadar harga yang kompetitif untuk RBW anda. Terima kasih

Rumah Burung Walit 2 Tingkat (20 x 50 kaki).

Dalam masa 4 hari sudah ada burung walit yang masuk ke dalam RBW yang baru di bina di daerah hulu langat. Kami
sempat mengambil video burung walit yg pertama masuk ke dalam RBW yg baru sahaja beroperasi. Copy dan paste link
dan search
http://youtu.be/Xqttj6mQZn4

Faktor Utama Kejayaan RBW - Sedikit maklumat utk di kongsi bersama


Antara Faktor utama kejayaan rumah burung walit ialah Keadaan Suasana Dalaman Yang Sesuai dan Tiada
Ganguan Dari Persekitaran. Antara elemen yang penting ialah SUHU yang sesuai. Ada beberapa kaedah yang boleh
digunakan untuk mengawal suhu contohnya menggunakan bahan penebat haba. Gambar di bawah adalah contoh
penebat haba yang boleh digunakan untuk mengawal suhu RBW. Yang mane lebih sesuai?? Ia bergantung kepada nilai
U (W/m2 K) dan harga. Lebih rendah nilai U adalah lebih baik, dan harga lebih mahal sedikit.

Sebagai contoh perbandingan diantara Teknologi Insultek, WWCB dan Bata.


Formulanya ialah Q(haba panas yg masuk) = Luas (meter persegi) x U (W/m2.K) x Suhu luar - suhu dalam (C)
Luas Dinding Bangunan (2 Tingkat - 20 kaki/6.096 meter x 50 kaki/15.24 meter. Luas dinding = 92.9 meter persegi.
U value Insultek = 0.3657, U value untuk WWCB = 0.8207, U value untuk Bata = 3.891
Jumlah haba panas yang masuk
Insultek Q = 92.9 x 0.3657 x (35C suhu luar - 25C - suhu ideal RBW = 10) = 339 Watt (jumlah haba panas yg nasuk
ke RBW)
WWCB Q = 92.9 x 0.8207 x (35C suhu luar - 25C - suhu ideal RBW = 10) = 762.4Watt (jumlah haba panas yg nasuk
ke RBW)
Bata Q = 92.9 x 3.891 x (35 - 25 - suhu ideal RBW = 10) = 3,615 Watt (jumlah haba panas yg nasuk ke RBW)
perbezaan yg jelas
Ini menunjukkan bahawa bahan binaan RBW adalah penting untuk mengawal sudu dalaman RBW. Anda juga dapat
melihat sesetengah RBW memasang Air Cond untuk mengawal suhu RBW, tetapi ia adalah mahal untuk jangkamasa
yang panjang, masaalah maintenance dan humidity. Yang terbaik ialah dgn menggunakan bahan penebat haba yang
baik, dan ia tidak memerlukan tenaga elektrik..

Burung Walit merupakan satu industri yang baru di Malaysia dan ia adalah industri jutaan ringgit nilainya. Ternakan
burung walit ataupun Swiflet Farming merupakan salah satu bidang yang di beri penekanan oleh kerajaan didalam ETP.
Burung Walit merupakan sejenis burung layang-layang ataupun dikenali juga sebagai Aerodramus Fuciphagus. Dengan
pelaburan yang kompetitif pengusaha mampu meraih pendapatan bulanan mencecah sekitar RM 15,000 hingga RM
20,000 sebulan dengan setingkat Rumah Burung Walit (RBW).
Khasiatnya sarangya burung walit sudah menjadi pengetahuan umum sejak berkurun lama. Sarang burung walit
dihasilkan dari air liurnya melalui kelenjar liur yang terletak dibawah lidahnya. Dengan permintaan global yang tinggi
terhadap saranganya . Tambahan lagi hanya negara asia tenggara sahaja yang lokasinya sesuai untuk penternakan
burung walit maka seharusnya peluang ini diambil secara agresif oleh penduduk Malaysia.
Dengan sokongan dari pihak kerajaan untuk menjadikannya salah satu sebagai sektor utama dalam program
ETP, maka seharusnya kita menyahut cabaran ini untuk menjadi salah seorang pengusaha Rumah Burung
Walit... SELAMAT BERJAYA..

Berita terkini walit online

Kenapa Burung Walit?

7/8, 2011 membaik


pulih rumah burung
walit. 6/8, 2011
membuat ujian suara
memanggil burung
walit. 7/8 membuat
penyelenggaraan
rumah burung walit.

Teknologi Rumah Burung Walit

Sarang Burung Walit


mempunyai
permintaan yang
tinggi dimana masih
terdapat 70%
permintaan dunia
masih belum dapat
dipenuhi.

Pihak kami
menawarkan harga
yang kompetitif
untuk pembinaan
rumah burung
Walit. Rumah
Burung Walit.....

Perkhidmatan Kami

Secara asasnya
Rumah Burung Walit
mestilah sesuai
untuk dihuni oleh
burung walit.
Burung Walit.

Kos pembinaan rumah burung Walit?

Pihak kami
menawarkan harga
yang kompetitif
untuk pembinaan
rumah burung Walit.

Hubungi Kami

Gelari Photo Rumah Burung Waliti


Kepada sesiapa
yang berminat
untuk memiliki
Rumah Burung
Walit bolehlah terus
menghubungi kami
di talian ......

Siapa Kami

Ini adalah projek


rumah burung
kami. Dibina pada
pertengahan
tahun 2009 dan
telah
mengeluarkan
hasil.

Follow Kami di walit online


Pihak telah
berkecimpung dlm
perniagaan sejak 2007.
Bermula detik itu pihak
kami telah...

Berita Mengenai Industri Burung Walit


Status Rumah Burung Walit 1 Tingkat di Kuala Lipis

TRAJAYA: K
Tindakan guna nama Kementerian Pertanian serius

Peluang Pekerjaan dlm industri walit


Pihak kami
membuka peluang
pekerjaan kepada
mana-mana individu
yg berminat dgn
industri burung
walit. Sila
hubunngi...

2011/08/16
PUTRAJAYA: Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani memandang serius tindakan
pihak tertentu yang menggunakan nama kementerian berkenaan untuk memasarkan
produk sarang burung walit di luar negara.
Menterinya, Datuk Seri Noh Omar, berkata setakat ini, pihaknya tidak pernah
memberikan sebarang kebenaran kepada mana-mana individu atau syarikat untuk
menyampaikan apa-apa penerangan atau bercakap mengenai produk sarang burung
walit negara yang diiktiraf terbaik di dunia.
"Mereka yang terbabit dalam industri ini (sarang burung walit), mereka faham masalah
yang sedang kita hadapi, sebab itu mungkin ada di antara mereka cuba memberi
penerangan secara sukarela kepada pihak tertentu di China.
"Tetapi kita tidak suruh kerana kementerian sendiri ada perancangan disebabkan banyak
berlaku sarang burung walit itu dijual secara diam-diam," katanya selepas majlis
menandatangani memorandum persefahaman (MoU) bidang latihan pertanian di Wisma
Tani di sini, hari ini.
Noh diminta mengulas mengenai laporan berita agensi asing bahawa terdapat pihak
tertentu yang menggunakan nama kementerian berkenaan untuk memasarkan produk
sarang burung walit dari Malaysia di China.
Mengulas lanjut, Noh berkata, beliau sendiri akan mengadakan lawatan ke Shanghai,
China dalam tempoh terdekat bagi membincangkan dengan kerajaan negara itu tentang
produk sarang burung walit itu.
Selain bagi memastikan hanya produk sarang burung walit yang benar-benar diiktiraf
sahaja dieksport ke negara berkenaan, Noh berkata beliau sendiri memberikan
penekanan terhadap perkara itu kerana Indeks Petunjuk Prestasi (KPI) beliau menurun
disebabkan beberapa masalah berhubung produk terbabit.
Mengikut prosedur, beliau berkata, sarang burung walit yang hendak dijual atau
dieksport perlulah datang dari kilang yang mempunyai sijil VHM (Veterinary Health
Mark).
"Tetapi apa yang berlaku sekarang, ada di antara sarang burung walit ini dijual terus ke
Hong Kong atau China tanpa mempunyai sijil VHM. Jadi, saya akan minta China supaya
jangan membeli produk ini jika tiada sijil tersebut," katanya.
Noh berkata, beliau juga akan meminta Jabatan Perkhidmatan Veterinar dan wakil
kedutaan Malaysia di Shanghai untuk mendapatkan laporan berhubung perkara terbabit.
Sarang burung walit mendapat permintaan yang tinggi di China di mana sup sarang
burung itu dilihat menjadi pengukur kepada status seseorang individu.
Produk Sarang Burung Walit Tempatan Selamat Dimakan, Kata Liow
05 Ogos, 2011 19:08 PM
SUNGAI PETANI, 5 Ogos (Bernama) -- Kementerian Kesihatan memberi jaminan produk
sarang burung walit keluaran tempatan adalah selamat dimakan.
Menterinya Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata sarang burung walit yang dihasilkan di

negara ini diperakui berkualiti dan mengandungi khasiat secara semulajadi.


"Produk sarang burung walit yang dihasilkan oleh pengusaha tempatan mengandungi
khasiat semulajadi dan kandungan nitrat di bawah paras 30 bahagian per juta [ppm),"
katanya kepada pemberita pada konvensyen MCA Kedah di sini, Jumaat.
Beliau berkata paras nitrat tersebut dianggap sesuai dan tidak membahayakan kerana
piawaian antarabangsa menetapkan kandungan nitrat dalam makanan harus berada di
bawah 300 ppm.
Liow mengulas kekeliruan orang ramai mengenai dakwaan produk sarang burung walit
yang dihasilkan di negara ini tidak selamat dimakan kerana mengandungi bahan kimia
berbahaya.
Kekeliruan itu timbul selepas kerajaan China baru-baru ini mengumumkan produk
burung walit dari Malaysia mengandungi nitrat yang tinggi dan boleh mengancam
kesihatan.
Liow berkata kementerian dalam proses menyediakan garis panduan lengkap kepada
pengeluar sarang burung walit serta menetapkan peraturan supaya memaparkan
kandungan nutrien dan bahan-bahan yang digunakan pada label produk mereka.
Katanya kementerian akan membuat penjelasan kepada pengimport di China tentang
standard dan kualiti produk sarang burung walit Malaysia.
"Tindakan ini penting agar pengguna yakin dengan produk kita selain pasaran eksport
sarang burung walit Malaysia yang menyumbang pendapatan tinggi kepada negara tidak
terjejas," tambahnya.
Menteri itu turut menasihat orang ramai supaya berhati-hati dengan produk sarang
burung import jenama 'Blood Nest' tiruan yang dikhuatiri mengandungi bahan kimia
campuran yang mengancam kesihatan.
Katanya cara membezakannya ialah produk tiruan berwarna merah seragam dan
menghasilkan bau amonia manakala produk asli terdapat tompok kemerahan.

Rumah burung walit tempat seleweng diesel


ARKIB : 12/08/2011
BUKIT MERTAJAM 11 Ogos - Berselindung di sebalik rumah burung walit, satu sindiket
penyelewengan diesel bersubsidi bergerak aktif di Ladang Juru di sini sejak beberapa
bulan lalu.
Namun, kegiatan yang beroperasi di belakang sebuah premis syarikat pembinaan yang
terletak kira-kira dua kilometer dari Juru Heights itu berjaya dihidu Pejabat Perdagangan
Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Seberang Perai Tengah (SPT).

Ketua Cawangannya, Mohd. Zainal Yeop Dahari berkata, bertindak atas maklumat orang
awam, seramai lima anggota penguat kuasa diketuai Penolong Pegawai Penguat Kuasa
Shahrudin Sharif menyerbu lokasi itu kira-kira pukul 11 pagi semalam.
Menurutnya, ketika serbuan mereka hanya memeriksa dua lori tangki dan enam tangki
berisi diesel di belakang syarikat pembinaan terbabit sebelum menemui sebuah lagi
pintu yang tertutup menghala ke rumah burung walit itu.
"Anggota saya yang memeriksa ke dalam premis menemui 12 lagi tangki simpanan yang
memuatkan kira-kira 100,000 liter diesel dengan 40,000 liter daripadanya adalah diesel
subsidi.
"Pekerja premis itu dipercayai sempat melarikan diri melalui sebuah pintu yang
menghala ke hutan di bahagian belakang," katanya kepada pemberita di sini semalam.
Burung walit tawar pulangan lumayan?
ARKIB : 19/07/2011
KUALA TERENGGANU 18 Julai - Perusahaan burung walit dijangka menyumbang kira-kira
RM4 bilion hingga RM5 bilion daripada RM523 bilion anggaran Pendapatan Negara Kasar
(PNK) menjelang tahun 2020 ini.
Pengarah Bahagian Pembangunan Sumber Teknologi Ternakan, Jabatan Perkhidmatan
Veterinar (JPV), Dr. Kamaruddin Md. Isa berkata, jangkaan itu dibuat berdasarkan
sambutan yang kian meluas.
Katanya, ia menjadi tarikan kerana harga bagi satu kilogram sarang burung itu mampu
mencecah RM5,000 jika dinilai berdasarkan gred, saiz dan ketulenannya.
"Jika dieksport ke negara China pula, harganya dipercayai boleh meningkat sehingga
empat kali ganda kerana permintaan di sana sangat tinggi," katanya.
Beliau menyatakan demikian ketika ditemui pemberita semasa Persidangan dan Latihan
Pengurusan Ladang Walit Antarabangsa (Icotos) di Taman Tamadun Islam (TTI) di sini
semalam.
Hadir sama Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Datuk
Zolkipli Abdul; Naib Canselor UniSZA, Prof. Dr. Alias Daud serta Pengerusi Jawatankuasa
yang juga Dekan Fakulti Pertanian dan Bioteknologi UniSZA, Prof. Dr. Mat Zakaria.
Seminar selama tiga hari yang bermula semalam itu disertai oleh hampir 200 peserta
yang terdiri daripada pengusaha-pengusaha burung walit dari dalam dan luar negara.
Selain Malaysia, negara lain yang turut serta dalam program anjuran UniSZA itu ialah
Indonesia dan India.
Dalam pada itu, Dr. Kamaruddin berkata, sehingga kini, belum ada bukti kukuh yang
mengatakan bahawa perusahaan burung walit boleh menjejaskan tahap kesihatan
manusia.
"Berdasarkan kajian yang kita buat, burung walit tidak mendatangkan apa-apa masalah
kesihatan kepada pengusahanya, sebaliknya memberi manfaat kepada mereka," ujar
beliau.
Dalam perkembangan berkaitan, beliau menambah, perusahaan burung walit tidak sukar
untuk diusahakan kerana ia banyak bergantung kepada lokasi penempatan burung

berkenaan.
"Jika lokasi yang dipilih sesuai termasuk berdekatan dengan sumber makanan mereka,
maka perusahaan ini tidak akan memakan masa yang panjang," jelasnya lagi.

RM108 juta untuk bantu pengusaha burung walit


2011/03/01
TEMERLOH: Kerajaan memperuntukkan sebanyak RM108 juta bagi skim pinjaman dan
bantuan kepada pengusaha burung walit untuk tahun ini.
Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar, berkata daripada jumlah
itu, sebanyak RM68 juta disediakan melalui Skim Pinjaman Mikro Kredit Agro Bank
kerana industri berkenaan dilihat memberi pulangan yang besar. Selain itu, katanya
RM40 juta lagi disalurkan menerusi bantuan kepada keluarga miskin melalui Program
Meningkatkan Pendapatan Azam Tani yang berdaftar melalui e-kasih.
"Melalui bantuan e-kasih, keluarga miskin yang mengusahakan ternakan burung walit itu
akan diberi bantuan RM10,000 tiap seorang bagi membina bangunan," katanya kepada
pemberita selepas merasmikan kursus asas ternakan burung walit anjuran Pertubuhan
Peladang Negeri Pahang di Dewan Sekolah Intergrasi Kerdau di sini, hari ini.
Noh berkata, tahun lalu sahaja, kerajaan memperuntukkan sebanyak RM5.8 juta di
bawah skim bantuan e-kasih itu dengan setiap seorang diberi RM10,000 dan
berkelompok sebanyak RM35,000.
"Setakat ini terdapat seramai 6,480 pengusaha burung walit di seluruh negara,"
katanya.
Beliau berkata, kerajaan menyasarkan sebanyak 200 tan metrik sarang burung walit
untuk eksport dengan pulangan bernilai lebih RM1 bilion.
"Tahun lalu sebanyak RM1 bilion diperoleh hasil daripada eksport sarang burung walit,
ternakan burung walit menjanjikan pendapatan yang lumayan kerana ia mempunyai
banyak permintaan dalam dan di luar negara," katanya. BERNAM

Akta baru berkaitan burung walit

28/06/2011 3:26pm
KOTA BAHARU Akta baru yang memansuhkan burung walit sebagai haiwan yang
dilindungi dilihat memberi peluang kepada pengusaha sarang burung itu untuk turut
menyumbang kepada ekonomi negara.

Keputusan kerajaan memansuhkan burung walit daripada tertakluk di bawah Akta


Hidupan Liar dan Taman Negara sejak 28 Disember tahun lepas memberi peluang cerah
kepada pengusaha memperluaskan perniagaan mereka, kata Penolong Pengarah Kanan
Aneka Haiwan Jabatan Perkhidmatan Veterinar, Dr Fadzilah Aini Abd Kadir.
Beliau berkata, kajian yang dibuat oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan
Industri mendapati aktiviti ternakan sarang burung walit mampu menyumbang US$1.45
bilion kepada negara menjelang 2020.
Dr Fadzilah Aini berkata, sehingga kini terdapat kira-kira 50,000 rumah burung
berdaftar di seluruh negara dan ini tidak termasuk banyak lagi yang belum mendaftar
secara sah dengan Jabatan Perkhidmatan Veterinar.
Mengenai perusahaan sarang burung walit di Kelantan, katanya antara tiga hingga lima
tan metrik sarang burung dieksport ke luar negara terutama ke China dengan kadar
purata harga antara RM3,000 hingga RM5,000 sekilogram. Bernama

Pengusaha burung walit bantah kerajaan negeri


08/04/2011 9:57pm
GEORGETOWN 8 April Lebih 300 pengusaha burung walit hari ini mengadakan
perhimpunan membantah tindakan kerajaan negeri yang melarang penternakan haiwan
itu di Tapak Warisan Pertubuhan Pelajaran, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsabangsa Bersatu (UNESCO).
Perhimpunan hampir dua jam mulai kira-kira pukul 2.30 petang itu sarat dengan
kecaman para pengusaha industri berkenaan terhadap kepimpinan Ketua Menteri, Lim
Guan Eng yang disifatkan bersikap berat sebelah dalam menguatkuasakan larangan
tersebut pada 1 Januari lalu.
Mereka mendakwa, tiada sebarang notis pemindahan mahupun kompaun diterima
daripada pihak berkuasa sejak 50 tahun lalu tetapi keadaan mula berubah sebaik sahaja
kerajaan negeri beralih kepimpinan.
Salah seorang pengusaha burung walit, S.T Tan, 40, memberitahu, tindakan sekumpulan
anggota penguat kuasa Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) merobohkan struktur
bangunan itu kelmarin umpama merampas rezeki mereka.
Menurutnya, Kerajaan Pusat komited untuk mengembangkan industri burung walit
sebagai cabang perniagaan strategik negara tetapi kerajaan negeri pula seolah-olah cuba
mematikan industri tersebut.
``Pengusaha burung walit menyumbangkan pendapatan kepada negara dengan
membawa pelabur asing tetapi kerajaan pakatan pembangkang cuba memusnahkan
industri yang sangat berpotensi ini.

``Kami berusaha bertahun-tahun untuk memelihara burung walit tetapi dengan sekelip
mata kerajaan zalim ini memaksa kami merobohkan sumber rezeki kami,'' katanya yang
ditemui selepas perhimpunan tersebut.
Tan berkata, walaupun sering melaung-laungkan prinsip keadilan, kerajaan negeri tidak
sepatutnya hanya bersikap adil kepada satu pihak tetapi zalim kepada pihak yang lain.
Berkuat kuasa 1 Januari lalu, kerajaan negeri mengarahkan pengusaha burung walit
yang tidak berdaftar perlu berpindah dari kawasan Tapak Warisan atau berhadapan
tindakan undang-undang. - Utusan

Utara: Pengusaha burung walet beli bangunan baru


2010/09/15
TELUK INTAN: Ramai kalangan pengusaha sarang burung layang-layang atau walit di
daerah Hilir Perak sanggup menyewa atau membeli bangunan baru dengan harga mahal
semata-mata untuk dijadikan premis bagi haiwan berkenaan membuat sarang.
Hampir semua bangunan rumah kediaman atau premis rumah kedai yang baru dibina
menjadi rebutan di kalangan penternak terbabit, berikutan harga sarang burung layanglayang sangat tinggi di pasaran antarabangsa. Pengerusi Persatuan Pedagang Sarang
Burung Hilir Perak, Goh Ah Seng, berkata pasaran sarang burung Walit melonjak naik
apabila Kerajaan Pusat menetapkan garis panduan perniagaan itu serta mengiktirafnya
sebagai pelaburan yang berpotensi. "Kawasan yang banyak burung Walit bersarang
dianggap sebagai lokasi panas dan menjadi tumpuan utama pengusaha untuk menyewa
atau membeli premis baru untuk dijadikan tempat pembiakan sarangnya.
"Kebiasaannya premis dua hingga enam tingkat menjadi pilihan dengan kadar sewa
mencecah antara RM10,000 hingga RM1 juta sebulan kerana lokasi itu menjadi tumpuan
banyak sarang burung Walit," katanya kepada Berita Harian di sini, kelmarin.
Beliau berkata, Perak antara kawasan perusahaan sarang burung Walit paling berpotensi
kerana beribu-ribu burung spesies berkenaan dari Sumatera, Indonesia, berhijrah ke
daerah Manjung dan Hilir Perak berikutan pembakaran hutan secara besar-besaran di
negara berkenaan.

Hukum makan sarang burung


ARKIB : 03/06/2011
Soalan
SAYA adalah antara yang suka makan sup sirip ikan yu. Apakah hukum memakannya.
Saya juga berminat untuk menjalankan ternakan burung walit. Apakah hukum makan
sarang burung dan juga menjana pendapatan daripada aktiviti ini.
Jawapan
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam

Malaysia Kali Ke-79 yang bersidang pada 6 - 8 September 2007 telah membincangkan
Hukum Memakan Sarang Burung Layang-Layang.
Muzakarah telah memutuskan bahawa hukum memakan sarang burung layang-layang
adalah harus.
Memandangkan hukum memakan sarang burung layang-layang harus maka
memeliharanya juga hukum harus.
Ayat-ayat al-Quran telah banyak menyentuh mengenai tuntutan memakan makanan
yang halal. Islam sama sekali tidak mengizinkan penganutnya memakan sesuatu yang
boleh membawa mudarat kepada fizikal mahupun spiritual.
Ini kerana ada makanan yang halal tetapi ia belum tentu baik untuk tubuh badan kita,
seperti gula, lemak yang berlebihan yang boleh mengundang pelbagai jenis penyakit.
Islam mengajak umatnya mengekalkan kesihatan badan melalui pematuhan kepada
makanan yang berkhasiat dan diet yang betul.
Perkara ini termasuklah persoalan memakan makanan yang belum pernah dimakan
sebelum ini.
Contoh memakan sarang burung layang-layang bukan suatu kebiasaan masyarakat
Malaysia, tetapi selepas mendapati ia (sarang burung layang-layang) dimakan oleh
segelintir kecil masyarakat yang tinggal di kawasan berhampiran dengan gua, mula
dikaji kelebihan dan khasiatnya sehinggalah hari ini sarang burung layang-layang ini
berjaya menembusi pasaran global.
Sarang layang-layang ini menjadi tersohor apabila kajian dijalan ke atas sarang burung
layang-layang dan mendapati ia sangat bermanfaat kepada tubuh badan manusia.
Firman Allah SWT yang bermaksud: Wahai sekalian manusia! Makanlah dari apa yang
ada di bumi yang halal lagi baik, dan janganlah kamu ikut jejak langkah Syaitan; kerana
sesungguhnya Syaitan itu ialah musuh yang terang nyata bagi kamu. (al-Baqarah 168)
Dalam ayat yang lain Allah SWT berfirman yang bermaksud: Wahai orang-orang yang
beriman! Makanlah dari benda-benda yang baik (yang halal) yang telah Kami berikan
kepada kamu, dan bersyukurlah kepada Allah, jika betul kamu hanya beribadat
kepadanya. (al-Baqarah: 172 )

Peraturan Kawal Industri Burung Walit Ke Kabinet Minggu Depan


Khamis Februari 18, 2010
KUALA LUMPUR: Selepas bertahun-tahun menunggu, Garis Panduan Industri Burung
Walit atau 1GP akan dibentangkan ke Kabinet minggu depan. Jika ia diguna pakai,
Malaysia akan maju selangkah dalam industri itu berbanding negara pengeluar sarang
burung walit lain seperti Indonesia dan Thailand.
"Ini kerana 1GP akan menjadi garis panduan industri burung walit yang pertama di
dunia," kata Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar Datuk Dr Abdul Aziz
Jamaluddin kepada Bernama di sini.

Dengan kata lain, industri yang bermula dengan migrasi besar-besaran spesies burung
itu dari Indonesia ke negara ini sejak 2000 yang kini bernilai RM1.5 bilion setahun itu
akan mempunyai "piawaian" tersendiri.
1GP akan menjadi garis panduan untuk mengawal selia pembangunan industri itu secara
holistik daripada aspek perlesenan, persampelan, pengeluaran hingga ke pengeksportan
sarang burung walit ke pasaran luar khususnya China.
Abdul Aziz berkata, 1GP akan dibawa ke Kabinet selepas ia mendapat sokongan penuh
daripada Kementerian Kesihatan selaku kementerian terakhir membuat ulasan mengenai
garis panduan itu.
Sebelum ini, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Noh Omar berkata, 1GP
akan dibentang ke Kabinet awal tahun ini selepas ia mendapat maklumat balas daripada
kementerian terbabit seperti Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan dan
Kementerian Kesihatan.
Sarang burung walit adalah antara sektor bukan makanan berimpak tinggi diberikan
perhatian oleh kementerian terbabit selain ikan hiasan dan rumpai laut sebagai
penyumbang kepada ekonomi negara.
Namun masalah perlesenan premis burung yang dibina di kawasan bandar terutamanya
di lot-lot rumah kedai seperti di Pulau Pinang, Melaka dan Sarawak menimbulkan dilema
dalam kalangan pemilik dan pedagang sarang burung.
Terdapat juga segelintir pihak khususnya penduduk kawasan sekitar yang khuatir risiko
penyakit selain masalah bau dan bunyi dari premis burung yang "diubah suai" itu.
Pengerusi Persekutuan Persatuan Pedagang Sarang Burung Walit Malaysia, Datuk Beh
Heng Seong berkata, pelaksanaan 1GP itu akan menjadi penyelesai kepada masalah itu,
bermakna setiap pemilik premis wajib mengikuti syarat yang ditetapkan jika mereka
mahu meneruskan perniagaan.
"Ia akan menjadi standard untuk semua PBT (pihak berkuasa tempatan)," kata Beh,
merujuk kepada Amalan Baik Penternakan Haiwan (GAHP) Burung Walit Jabatan
Perkhidmatan Veterinar yang digunakan sejak 2005.
GAHP yang mendapat standard MS2273(P) dari Jabatan Standard Malaysia awal bulan
ini, yang merupakan antara komponen penting dalam 1GP, menetapkan kaedah tertentu
untuk menangani masalah bau, bunyi dan penyakit.
Misalnya bagi menangani masalah bunyi, corong pembesar suara bertujuan memanggil
spesies burung itu bersarang, perlu ditetapkan pada kedudukan darjah tertentu serta
tidak melebihi 40 desibel.
Bagi mengatasi masalah bau dan penyakit, premis burung itu perlu dijaga dengan rapi
dan dicuci secara berkala selain mengekalkan tahap kelembapan mengikut suhu tertentu
bagi menyediakan persekitaran kondusif untuk spesies burung itu.

Kebanyakan negeri terbabit kini menunggu garis panduan itu diguna pakai, termasuk
Sarawak yang mempunyai peruntukan undang-undang melarang burung itu diternak di
kawasan bandar kecuali habitat asalnya dan kawasan tanah pertanian.
Di Pulau Pinang dan Melaka, isu itu melibatkan status "warisan" kawasan terbabit seperti
diwartakan UNESCO kerana beberapa premis terlibat berada di kawasan zon warisan.
Misalnya, di Melaka, 17 premis burung walit terletak di kawasan zon warisan.
Sumber industri berkata, 1GP akan menjadi jalan tengah bagi pihak berkuasa, orang
ramai dan pemilik rumah burung serta pedagang sarang burung, untuk menyelesaikan
masalah itu secara holistik tanpa membantutkan pembangunan industri yang
berkembang pesat itu.
1GP yang akan diguna pakai kelak memerlukan setiap premis burung didaftar dengan
Jabatan Perkhidmatan Veterinar bagi tujuan kawal selia dan pemantauan manakala
aspek perlesenan pula tertakluk kepada PBT.
Dianggarkan terdapat 50,000 premis burung walit di seluruh negara yang menghasilkan
lebih 12 tan sarang burung dalam sebulan dengan harga sarang belum diproses
mencecah RM4,000 sekilogram. - BERNAMA

Pameran Antarabangsa Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia


(MAHA)
2010/11/27
SERDANG: Orang ramai yang mengunjungi Pameran Antarabangsa Pertanian, Hortikultur
dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) di sini, semalam, berpeluang mendekati industri
burung walit yang juga industri baru bernilai tinggi dengan harga sarangnya bagi setiap
kilogram boleh mencecah ribuan ringgit.
Lebih menarik, pengunjung juga boleh melihat gambaran lebih jelas mengenai industri
sarang burung walit yang kali pertama menyertai itu, termasuk menyaksikan rumah
model ternakannya pada pameran yang berlangsung sehingga 5 Disember ini.
Penyelaras pameran ternakan di pameran itu yang juga Pengarah Bahagian
Pembangunan Sumber Teknologi Ternakan, Kementerian Pertanian dan Industri Asas
Tani, Dr Kamarudin Md Isa, berkata tarikan berkenaan penting kerana pengeluaran
sarang burung walit kini menjadi industri baru yang bernilai tinggi.
Industri sarang burung walit berpotensi besar, malah sarang mentahnya boleh
mencecah nilai RM4,000 hingga RM5,000 sekilogram dalam pasaran tempatan," katanya
ketika ditemui pada hari pertama pameran itu semalam.
Sementara itu, Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob, berkata kerajaan negeri
membuka peluang kepada 120 usahawan negeri itu bagi menggerakkan Laman Pavilion
Pahang di pameran berkenaan.

Katanya, peluang berkenaan terbuka kepada usahawan yang bersedia berkecimpung dan
menggerakkan secara kekal laman berkenaan.
Ia juga diberikan selaras mempromosikan industri kecil dan sederhana tempatan (IKS)
membabitkan pelbagai produk makanan seperti madu, kerepek, nangka, halwa dan
jem, katanya selepas melancarkan Laman Pavilion Pahang.

Kenyataan Media : Pembangunan Industri Burung Walit Negara


Oleh;
Y.B. DATUK SERI NOH BIN HAJI OMAR
Menteri Pertanian & Industri Asas Tani Malaysia
12 Julai 2010 (Isnin)
ROAD MAP
PEMBANGUNAN INDUSTRI BURUNG WALIT NEGARA
Pada 1 April 2009, Kerajaan telah memutuskan Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV)
dilantik sebagai agensi peneraju bagi merancang pembangunan industri burung walit di
negara ini. Berikutan dari arahan itu, JPV telah melaksanakan usaha-usaha menyelaras
undang-undang dan peraturan beserta garis panduan yang menjadi wadah utama untuk
memantapkan Industri Walit keseluruhannya. Kementerian Pertanian dan Industri Asas
Tani menerusi JPV telah mengambil beberapa tindakan bagi pembangunan industri
burung walit seperti:
menyediakan satu Garis Panduan (1GP) Pembangunan Industri Burung Walit Negara
yang menyeluruh untuk diguna pakai oleh pelbagai agensi yang terlibat bertujuan untuk
menyelaras dan mengharmonikan pelbagai peraturan pelaksanaan aktiviti penternakan
dan pemprosesan serta kegiatan import dan eksport sarang burung walit agar ia lebih
tersusun dan berdaya maju; dan menyediakan Kerangka Pelan Induk Pembangunan
Industri Burung Walit. Justeru itu, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani telah
merangka pelan induk pembangunan industri sarang burung walit bagi menambah
bilangan pengusaha yang mampan dari kalangan pelbagai lapisan masyarakat untuk
melibatkan diri dalam penternakan burung walit dan perusahaan sarang burung walit.
Perancangan pelaksanaan pelan induk ini merangkumi tempoh sehingga tahun 2020
telah menggariskan tindakan-tindakan yang perlu dilaksanakan oleh pelbagai agensi
yang terlibat dalam menjayakan pembangunan industri sarang burung walit di negara
ini. Objektif serta strategi pelan induk ini adalah bertujuan untuk mencapai Bidang
Keberhasilan Utama (KRA) dalam meningkatkan pengeluaran sarang burung walit
daripada 250 tan metrik bernilai RM1 bilion pada tahun 2008 kepada 500 tan metrik
dengan anggaran nilai sebanyak RM5 bilion pada tahun 2020.
Bagi mencapai pengeluaran yang telah dirancang, pelan induk pembangunan industri
sarang burung walit ini menggariskan 7 Bidang Keberhasilan Utama yang perlu dicapai
iaitu:

Undang-undang dan peraturan serta garis panduan yang menyeluruh bagi


pembangunan industri burung walit;

Premis perladangan burung walit yang mapan dan mesra alam;

Pengeluaran produk sarang burung walit bebas penyakit haiwan;

Pembangunan peluang pemasaran dan pengiktirafan standard sarang burung


walit di persada dunia;
Peningkatan kecekapan dalam penghasilan produk melalui penyelidikan dan
pembangunan (R&D);
Mengadakan dana bagi perladangan dan pemprosesan sarang burung walit
melibatkan penyertaan golongan miskin dan miskin tegar; dan
Pembangunan guna tenaga manusia yang mahir dan cekap dalam
membangunkan industri sarang burung walit.

Sehubungan itu, 1GP telah dibentangkan di Mesyuarat Jemaah Menteri pada 9 Julai 2010
dan telah diluluskan. Ia merangkumi Tatacara Good Animal Husbandry Practices (GAHP)
MS 2237:2009 (P), Good Manufacturing Practice (GMP) dan Edible-Birdnest (EBN)
Spesifikasi MS 2334:2010 (P), Import/Eksport, Penyelarasan Jabatan Perancang Bandar
dan Desa Semenanjung Malaysia, Pendaftaran, Perlesenan serta rujukan norma-norma
berkaitan.
Di samping itu, garis panduan ini turut memperuntukkan kaedah pendaftaran premis
burung walit di seluruh negara. Untuk tujuan ini, JPV akan membangunkan sistem
pendaftaran premis penternakan burung walit melalui laman web burungwalit.com.my
secara berperingkat-peringkat. Pendaftaran premis burung walit boleh dicapai oleh
pelbagai pihak secara maya. Setiap premis akan diberikan nombor Radio Frequency
Identification (RFID) bagi memudahkan pengenalan dan tindakan daya jejak. Kad
pengenalan premis akan dikeluarkan oleh JPV. Pendaftaran premis burung walit boleh
dibuat sehingga akhir tahun 2010. Akta Binatang 1953 (Kaedah-Kaedah Binatang
Pendaftaran Premis Burung Walit 2010) akan diwujudkan dan ketika ini sedang diteliti
oleh Jabatan Peguam Negara.
Sehingga kini 5 buah loji pengeluaran produk sarang burung walit untuk eksport telah
mendapat pensijilan Veterinary Health Mark (VHM). Eksport sarang walit terus
menunjukkan peningkatan dan pasaran eksport ke negara China telah meningkat dari
4,965 kg tahun 2006 kepada 51,763 kg pada tahun 2007. Singapura, Hong Kong,
Indonesia dan Taiwan juga merupakan pengimport utama sarang burung walit dari
negara ini. Kebanyakan eksport sarang burung walit adalah dalam bentuk mentah (raw
unclean).
Kesedaran awam perlu dipupuk bagi meningkat kefahaman yang jelas tentang industri
walit dari aspek pengenalan burung walit serta kesan industri pada orang awam. Justeru,
perusahaan walit memberi tambah nilai kepada eko-sistem, tanah terbiar dan hutan. Ini
juga membantu dalam meningkatkan pendapatan kemiskinan bandar dan luarbandar
dengan program yang telah dirangka oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar.

Bentuk Dan Jenis Burung Walet Sapi


By Penulis on in BurungTagged burung walet sapi, jenis walet sapi, walet sapi

Bentuk Dan jenis Burung Walet sapi.Walet sapi sering juga disebut white-bellied
swiftlet yang berarti walet berperut putih. Ada yang menyebut burung ini dengan nama
sriti. Ukuran tubuhnya hanya sekitar 10 cm dengan lebar bentangan sayap mencapai 21
cm tubuh bagian atas berwarna hitam kehijau hijauan, bagian bawahnya abu-abu gelap.
Bagian perut yang berwarna keputihan merupakan ciri khusus bagi walet sapi. Model
ekor sedikit tampak berbeda, belahannya dangkal. Ujung paruh burung ini melengkung,
seperti kuku. Paruh ini juga berfungsi sebagai alat menempel di tempat yang akan
dibangun sarang, karena kedua kakinya yang kecil dan lemah.

Burung ini mudah beradaptasi dengan manusia sehingga tidak takut untuk bersarang di
rumah penduduk, pertokoan, perkantoran, pasar, masjid, sekolahan, dan sebagainya.
Lengkingan nada tinggi ciir ciir adalah suara khas walet sapi. Ia suka sekali terbang
berputar-putar pelan secara berkelompok. Umumnya walet ini berada di semua
ketinggian daerah Jawa dan Bali.
Sama seperti walet lainnya, walet sapi juga termasuk walet pemakan serangga. Di antara
jenis-jenis serangga pakannya yaitu tawon kiara, serangga ini adalah menu
kesukaannya.

Walet sapi membuat sarang dengan hasil yang tidak teratur, terdiri dari lumut, rumput
yang direkatkan dengan sedikit liur, sarang ini dapat dimakan tapi kandungan rumput
dan lumutnya yang banyak perlu dibersihkan terlebih dahulu sebelum diolah.
Ia suka membuat sarang di tempat yang agak terang dekat mulut gua, celah-celah batu
atau sudut-sudut bangunan. Selama masa kawin si perut putih menghasilkan dua butir
telur. Di alam ia tersebar di kawasan Himalaya, Asia, Papua nugini, dan Australia.

You might also like