You are on page 1of 1

Cerita Penternak Ayam

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Hai, senangnya dalam hati


Punya ladang yang luas
Pelbagai jenis arnab
Kuternak di sini

Hai, kawan-kawan!
Saya akan menyampaikan sebuah cerita yang bertajuk “Penternak Arnab yang
Berjaya”.

Di pinggir bandar Besut, Terengganu, tinggal sepasang suami isteri, iaitu Encik
Rahmat dan Puan Salbiah. Mereka mengusahakan sebuah ladang ternakan arnab.
Mereka menternak arnab tempatan dan juga arnab yang diimport dari luar
negara.

Encik Rahmat memiliki kawasan penternakan yang luas. Beliau memiliki


kira-kira 30 000 ekor arnab pedaging daripada baka tempatan. Antara arnab
yang diternak ialah arnab hiasan daripada baka luar negara, iaitu New Zealand,
Amerika Syarikat dan Sepanyol. Arnab hiasan yang diternak comel-comel kerana
mempunyai pelbagai warna, saiz dan bulu.

Mereka Suami isteri memberi arnab makan dengan penuh kasih sayang.
Mereka mengusap dan memeluk arnab-arnab tersebut. Encik Rahmat selalu
memberikan pelet kepada arnab-arnabnya.

Kini, Encik Rahmat merupakan pembekal daging arnab segar di Malaysia.


Beliau telah menghasilkan pelbagai jenis produk baharu seperti sosej, sate,
buger dan daging salai. Produk-produknya telah dieksport ke semua destinasi
pelancongan di Asia Tenggara.

Kawan-kawan, pengajaran yang kita peroleh daripada cerita di ini ialah kita
hendaklah berusaha untuk menjadi orang yang berjaya.

Sekian dan terima kasih.

You might also like