You are on page 1of 4

SAYURAN SEGAR

Sayuran seharusnya diberikan kepada arnab. Bergantung kepada size arnab tersebut,
2-4 cawan sayuran segar patut diberikan setiap hari. Kepelbagaian jenis sayur dapat
mengimbangi diet. Jika arnab sudah biasa dengan diet pelLet, peralihan kepada diet
baru hendaklah dibuat berperingkat agar sistem penghadaman arnab tidak terganggu.
Perkenalkan satu persatu jenis sayur kepada arnab, ini dapat mengesan sayuran yang
tidak sesuai dengan arnab anda sekiranya berlaku cirit-birit. Jangan sesekali beri
kepada arnab sayur yang telah layu dan tidak segar ini boleh menyebabkan cirit birit.
Basuh sayuran dengan aliran air dan jika was was rendam sayuran didalam air selama
30 minit. Ini bukan sahaja dapat membuang segala racun serangga yang digunakan..
tetapi juga memboleh sayuran menyerap lebih banyak air yang mana ia bagus untuk
arnab.

Sayuran boleh diperkenalkan kepada arnab yang berumur 12 minggu dalam jumlah
yang kecil. Tapi kebiasaannya saya memperkenalkan arnab kepada sayur hanya
setelah arnab berumur 4 bulan. Ini adalah kerana sistem penghadaman yang masih
muda dan dikhuatiri boleh menyebabkan cirit birit yang berlarutan dan boleh membawa
kepada kematian.

Sayur sayuran yang boleh diberi;

PERINGATAN!!!

Iceberg Lettuce atau Salad Bulat atau Bola tidak boleh diberikan kepada arnab.
Untuk maklumat lebih lanjut, berkenaan jenis dan kuantiti yang boleh diberikan boleh klik di “Suggested
Vegetable”

Snek untuk Arnab??

Kami mencadangkan 1-2 sudu besar buah buahan segar diberikan kepada arnab
sebagai snek. Memandangkan kandungan karbohidrat dan gula didalam snek ini terlalu
tinggi. Maka memberi arnab dalam kuantiti yang banyak dan kerap adalah tidak sesuai,
kerana ia akan mendatangkan masalah kepada arnab.

Untuk maklumat lebih lanjut, berkenaan jenis dan kuantiti yang boleh diberikan
boleh klik di “Suggested Fruits”

Adakah arnab perlu dimandikan?

TIDAK. Arnab tidak perlu dimandikan seperti memandikan kucing atau anjing. Ini kerana
merendam arnab di dalam air boleh mendatangkan stress kepada arnab. Jika arnab
anda betul betul kotor hanya basuh ditempat yang betul betul kotor. Ataupun lap dengan
mengunakan tuala yang dibasahkan. Hanrus diingat juga bulu arnab mengambil masa
yang lama untuk kering. Sekirannya arnab anda tidak stress bolehlah mengunakan
pengering rambut (Blow Dryer) pada suhu yang rendah dan tidak terlalu panas. Bunyi
alat pengering rambut ini juga boleh mendatangkan stress. Jadi sebagai alternatifnyer
lapkan arnab dengan mengunakan beberapa helai tuala yang bersih.

Atau anda boleh mengunakan dry shampoo yang memang dikhaskan untuk
membersihkan arnab tanpa perlu membasahkan atau memandikannya dengan air.

1 – Berapa lamakah arnab peliharaan saya akan hidup?

Kebanyakan haiwan rodensia mempunyai jangka hayat yang sederhana dan jika
mereka dapat menyesuaikan diri dengan perubahan keadaan sekeliling, arnab
akan dapat hidup sehingga 5 ke 10 tahun dan ianya adalah umur normal arnab.

2 – Bolehkah saya mempunyai beberapa arnab peliharaan bermain bersama di


dalam satu kawasan?

Ya,anda boleh buat begitu.Kadangkala mereka mungkin akan juga bergaduh


seperti anak-anak kucing bermain,tetapi ini adalah normal untuk pertama kali dan
haruslah berusaha untuk mengelakkannya atau tidak menggalakkannya lebih
kerap berlaku untuk mengelakkan kecederaan.

“Boys and girls together usually work fine.


Girl and girl often times fight a little.
Boy and boy will normally fight a little at first”.

Mereka akan cuba untuk mengawan,dan jika anda tidak mahu arnab anda
melahirkan banyak anak,anda digalakkan untuk melakukan pembedahan
membuang organ peranakan arnab betina (spayed).

Pada permulaannya,mereka mungkin akan bergaduh sesama sendiri,tetapi


selepas beberapa lama mereka boleh mengenali bau dan rupa masing-masing
dan bermain bersama.Jika mereka tidak bergaduh,mereka boleh menjadi kawan
dalam masa beberapa hari.
Jangan biarkan arnab-arnab anda bergaduh untuk mengelakkan kecederaan dan
trauma kepada arnab-arnab lain dan juga anda sendiri.Apabila anda melihat salah
seekor arnab anda ingin memulakan pergaduhan,anda boleh mendisiplinkan
mereka dengan menyembur air menggunakan penyembur dan ini merupakan
salah satu kaedah bagus untuk mendisiplinkan mereka.

3 – Adakah OK jika kandang arnab saya diletakkan di luar rumah?

Ya,boleh.Cuma anda perlu memastikan haiwan-haiwan pemangsa tidak boleh


mendekati arnab-arnab anda.Anda boleh menggunakan kandang buatan sendiri
dengan menggunakan jaring yang mempunyai besar lubang 1cm x 1 cm.Pastikan
pengaliran udara adalah baik.ataupun jika anda mampu membina sebuah
kawasan untuk arnab anda lebih selamat dan selesa anda boleh bina kawasan
yang lebih luas dan besar serta selamat.

4 – Perlukah saya sediakan 2 buah kandang untuk 2 ekor arnab saya supaya
mereka boleh berkawan dan mempunyai teman?

Ya,anda digalakkan untuk berbuat begitu.Tambahan pula,jika anda ingin melihat


mereka anda boleh membuatkan arnab anda merasa mereka mempunyai kawan
dan tidak kesunyian.

5 – Adakah OK jika saya meletakkan arnab peliharaan saya di dalam kandang


yang berlantaikan jaring dawai dan bekas najis di bawahnya?

Lantai dawai mungkin keras untuk arnab lebih-lebih lagi untuk arnab yang
mempunyai tapak kaki yang sedikit lembut seperti arnab Anggora.Tetapi,lantai
dawai adalah sesuai dan normal untuk arnab dan pastikan saiz dawai adalah
bersesuaian dengan arnab anda supaya kaki mereka tidak tersekat ataupun
termasuk di antara celah-celah jaring.Jika arnab anda daripada jenis Rex ataupun
daripada spesis rendah atau berbulu pendek mereka memerlukan sesuatu untuk
berdiri.
Selain itu, anda juga perlu tahu jika anda meletakkan meletakkan rumput yang
banyak di dalam kandang arnab,mereka akan suka untuk berdiri di atas timbunan
rumput-rumput tersebut.Jangan lupa sebelum meletakkan rumput yang
baru,keluarkan rumput yang sudah kering agar kebersihan kandang tetap terjaga.

6 – Bagaimana menguruskan najis dan bekas najis arnab?

Jika anda membela arnab di dalam rumah,selalunya akan disediakan sekali bekas
najis di bawah kandang arnab.Jadi,kebersihan dan keselesaan arnab semestinya
harus dititik-beratkan.Seperti yang kita ketahui, kencing arnab adalah berbau kuat
dan boleh menyebabkan udara persekitaran menjadi hancing dan busuk.Untuk
mengelakkan masalah ini, anda dicadangkan menggunakan kaedah mudah dan
senang dengan meletakkan serbuk kayu manis supaya ia dapat menyerap bau-
bauan yang kurang menyenangkan tersebut.

Selain itu,setiap kali anda ingin membasuh bekas najis tersebut,najis arnab
tersebut jangan dibazirkan kerana ianya adalah sangat sesuai untuk digunakan
sebagai baja kerana sumber makanan arnab itu sendiri yang mempunyai serat
dan nutrisi yang bagus untuk tumbuhan.Semasa membasuh,cuba gunakan cuka
putih untuk menghilangkan baki bau-bauan yang kurang enak tersebut.
Perlu diingatkan,apa yang penting ialah penjagaan arnab memerlukan kawasan
yang mempunyai pengaliran udara yang sangat bagus supaya tidak mengganggu
kesejahteraan anda dan juga arnab anda.

You might also like