You are on page 1of 6

PENJAGAAN HAIWAN

KESAYANGAN
-Tempat Tinggal-
• Jika anda beli kura-kura yang kecil anda boleh menggunakan ruangan besar seperti

akuarium atau bekas kecil.

• Pastikan bekas yang mempunyai sisi yang tinggi supaya kura-kura tak memanjat

keluar.

• sediakan sedikit batu untuk kura-kura tidur kerana kura-kura lebih suka tidur

dikelilingi batu kerana sifatnya yang pemalu jadi mereka suka menyorok.

• Jika anda menggunakan bekas,isikan air pada paras yang menenggelamkan separuh

cengkerang kura-kura.

• sediakan daratan seperti batu dan gunakan anti-chlorine bagi memastikan air yang

baik untuk haiwan air anda.


-Pemakanan-
• Kura-kura adalah jenis omnivor jadi mereka makan sayur-
sayuran,serangga dan haiwan. Kebiasaanya anda perlukan
makanan berupa pellets yang boleh didapati di kedai haiwan.
• Pellets amat penting kerana ia merupakan makanan yang
mempunyai vitamin dan makanan yang mempunyai segala
zat yang diperlukan.
• Anda boleh beri kura-kura anda sayur,ikan atau serangga
tetapi sayur memang susah untuk mereka makan mungkin
kerana tidak biasa.
Kebersihan-
• Kura-kura tidak suka air kotor.

• Anda boleh asingkan kura-kura anda dengan cara adakan satu lagi bekas untuk
kura-kura anda makan dan buang bahan buangan.

• Kura-kura biasakan akan buang air besar selepas beberapa minit selepas
makan jadi selepas anda beri makan kura-kura anda dibekas yang berasingan
tunggu beberapa minit sebelum anda letakkan ke bekas asal supaya mereka
tidak buang air besar di bekas asal.

• memberus cengkerang kura-kura dengan lembut seminggu sekali bagi


membersihkan cengkerang dari lumut atau fungi.

• JANGAN gunakan sabun gunakan air biasa kerana sabun boleh merosakkan
cengkerang mereka.
-Kasih Sayang-
• Membelai kura-kura sekurang-kurangnya seminggu sekali di atas
cengkerang lembut mereka bagi mereka mengenali tuan mereka.

• Elakkan dari mencium kura-kura kerana mereka membawa penyakit


seperti haiwan lain tetapi kura-kura membawa penyakit Samonella.
-Berjemur atau basking-
• Kura-kura perlu berjemur untuk kesihatan mereka.

• Mereka mungkin taknak berjemur walaupun ada batu/tempat untuk


berjemur. Jadi sediakanlah satu lagi bekas kering untuk mereka
berjemur dibawah lampu.

You might also like