You are on page 1of 13

PERLINDUNGAN

HAIWAN DARIPADA
CUACA MELAMPAU
CUACA YANG PANAS
Cuaca melampau boleh
menjejaskan aktiviti haiwan. Dalam
cuaca panas, masalah utama
yang dihadapi oleh haiwan ialah
kehilangan banyak air.
Oleh itu, haiwan mempunyai ciri-ciri
dan kelakuan khas bagi melindungi
diri daripada cuaca panas.
1.Bulu yang sedikit dan
berwarna cerah
2. Telinga yang panjang
- musang gurun mempunyai
telinga yang panjang untuk
membebaskan haba
dengan mudah.
3. Berkeupayaan menyimpan air
dan makan
- unta mempunyai bonggol.
- bonggol ialah tisu lemak yang
digunakan sebagai simpanan
makanan
4. Bersembunyi di dalam lubang atau bawah tanah
untuk mengelakkan cuaca panas dan keluar pada
waktu malam mencari makanan.
4. Berkubang di dalam lumpur atau air.
- Badak air, kerbau dan badak sumbu
berkubang untuk menyejukkan badan.
CUACA YANG SEJUK
Bhagian kutub bumi merupakan
kawasan yang paling sejuk.
Haiwan-haiwan yang tinggal
disini mempunyai ciri-ciri dan
kelakuan khas bagi melindungi
diri daripada cuaca sejuk.
1.Berbulu tebal
- beruang kutub mempunyai
bulu yang tebal bagi
mengelakkan kehilangan
haba daripada badan
2. Lapisan lemak yang tebal
- peguin , singa laut dan
anjing laut mempunyai lapisan
lemak yang tebal di bawah kulit
bagi memanaskan badan.
3. Bertelinga kecil- menghalang kehilangan
haba

4. Berhijrah
- sesetengah haiwan berhijrah
ke kawasan yang lebih panas
sebelum musim sejuk bermula.
Contohnya burung, flamingo dll
5. Berhibernasi
- sesetengah haiwan tidur hampir
sepanjang masa pada musim sejuk.
Ini membantunya mengurangkan
penggunaan tenaga.

TUPAI ULAR KATAK


Ular , katak dan tupai akan makan banyak
sebelum cuaca sejuk dan mereka akan
berhibernasi selepas itu.

You might also like