You are on page 1of 71

KAJIAN EMPERIKAL

AHLI :
o SAW SHEN YUAN o YEOH LIM FANG o ALICE WONG AI LI o WONG YIN YONG

Apakah Kajian Empirikal?


Kajian? Penyelidikan Penelitian Penyiasatan
Empirikal? Kaedah yang digunakan melalui kajian-kajian dengan pengumpulan data.

Apakah Kajian Empirikal


Bartlett (2001)
Pengumpulan data secara sistematik , pembentangan dan juga menganalisis data

Kerlinger (1973)
Kajian Empirikal bertujuan mengkaji hubungkaitan antara fenomena semulajadi yang boleh diperhatikan melalui kajian saintifik.

KAJIAN FLORA & FAUNA


Mengetahui penemuan-penemuan baru, fungsifungsi serta habitat f&f Mendekati diri dengan semulajadi 2 cara menjalankan kajian empirikal

Temu bual

Soal selidik

DEFINISI FLORA

Dalam botani flora mempunyai dua maksud.


o Semua tumbuhan yang hidup di dalam sesuatu kawasan atau zaman, khususnya tumbuhan yang asli. o Merujuk kepada buku atau karya yang memerihalkan spesies tumbuhan yang terdapat di dalam sesuatu kawasan atau zaman bagi tujuan mengenalpasti.

Flora asli

Pengkelasan flora

Flora rumpai

Flora pertanian / kebun bunga

flora asli sesuatu kawasan

tumbuhan yang ditumbuh dengan sengaja oleh manusia

merangkumi 3 jenis tumbuhan yang berbeza


Spesies rumpai Spesies invasif Spesies yang tidak diingini dari segi pertanian Banyak tumbuhan asli yang dahulu dianggap sebagai rumpai kini telah didapati berfaedah malah diperlukan oleh pelbagai ekosistem o Bakteria kekadang dimasukkan dalam kumpulan flora dan istilah flora bakteris dan flora tumbuhan telah digunakan. o o o o

Air
makan an

Flora

Tumbuhan yang boleh membekalkan sumber air

Akar Kayu
Kebanyakan akar kayu mengandungi air yang banyak. Air dari akar yang boleh diminum mempunyai ciri-ciri seperti:

o Jernih, cair dan tidak berbau o Akar yang dipilih hendaklah dipotong serong ke bawah.

Rotan
Semua jenis rotan mengandungi kandungan air yang oleh diminum. Pilih rotan yang besar agar kuantiti air yang banyak dapat diminum

Buluh
Menyimpan kandungan air yang boleh diminum Potong bahagian pangkal buluh di mana bahagian tersebut banyak mengandungi air yang terkumpul. Pastikan miang buluh tidak termasuk dalam air yang hendak diminum.

Ravenala madagascariensis
Mempunyai sumber air yang banyak. Oleh itu, tumbuhan ini selalu menjadi pilihan baik untuk menyelesaikan masalah dahaga di hutan.

Kenalpasti flora yang boleh dimakan


Hidu (Smell) Berbau busuk Mungkin beracun

Sapu (Touch) Tunggu 5-10 minit, kalau terasa gatal - mungkin beracun Kunyah (Chew) Selama 5-10 minit, jika terasa gatal atau panas dalam mulut, luahkan mungkin beracun

Flora yang beracun


UBI GADUNG
Dioscorea daemona (Tumbuhan memanjat, batanya terdapat duri halus) Keseluruhan tumbuhan ini adalah beracun Sebiji ubi sebesar epal boleh membunuh seorang manusia Menyebabkan sakit tekak, muntah darah, kesukaran bernafas merasa mengantuk dan letih dan kematian akan berlaku kira-kira 6 jam selepas makan ubi ini.

Bunga Tahi Ayam


Lantana Camara Menyebabkan kerosakan hati Simptom muntah, gangguan pernafasan, anak mata mengembang, lemah anggota badan, pucat, koma dan akhirnya membawa kematian Antara 2 hingga 6 jam

Penaga laut
Calophyllum inophyllum (tepi jalan dan pinggir pantai) Rasa demam, muntah-muntah dan cirit birit Cecairnya menyakitkan kulit dan mata Digunakan sebagai racun anak panah

Kecebung Hitam
Datura Fastuosa Bau yang busuk Muka menjadi merah, anak mata membesar, mulut melecur, keletihan dan hyperthermia Ketidaksengajaan menggosok mata mengakibatkan mata bengkak Kematian akan berlaku disebabkan oleh respiratori paralysis

Seri Pagi
Ipomoea Tricolor Rasa Loya, muntah, kabur penglihatan, hilang kawalan diri, halusinasi, kekejangan otot, koma dan kematian

Kemboja
Plumeria Rubra Sakit Perut jika termakan Sentuhan menyebabkan keradangan Saponin dalam tumbuhan mampu memecahkan sel-sel darah merah

Kenanga Ilang
Cananga odorata Menyebabkan keradangan

TUMBUHAN YANG MEMPUNYAI FUNGSI PERUBATAN

Sehingga kini, banyak preskripsi ubat yang digunakan dalam dunia Barat adalah diperolehi

daripada tumbuhan. 70%


tumbuhan telah dipastikan mempunyai ciri

anti- kanser oleh Institut Barah Nasional


Amerika Syarikat (US National Cancer Institute) hanya didapati di dalam hutan hujan tropika.

Betik (Carica papaya)


Daun o digosok pada badan untuk mengubati bisa tulang dan sakit-sakit otot. o Melembutkan daging o diambil airnya dan diminum untuk menguruskan badan o melancarkan haid o penahan sakit dan jangkitan o digunakan bersama bawang untuk merawat kejang otot. o Jus dari daun untuk merawat mata kabur

Akar
o dikunyah bersama pinang mujarab bagi mengubati batuk.

Buah
o sumber vitamin C o bantu pencernaan Jus o bahan komestik bagi menghilangkan bintik-bintik

hitam atau ketuat di muka


o legakan sakit akibat terbakar

Betik

Ara Songsang (Foeniculum vulgare)


Tumbuh menjalar atau menegak dan lazimnya
dijumpai di bahagian utara Semenanjung di kawasan berpasir. digunakan untuk melawas air kecil (diminum atau dimakan air rebusnya.) mengubati bengak-bengkak dan luka (menampalkan daun yang telah dihancurkan.)

Pokok inai (Lawsonia inermis)


Menyembuhkan luka dan kudis di sekeliling kuku. (daun-daun ini dibersihkan dan ditumbuk, kemudiannya dsapukan pada tempat yaang sakit.) Air daun o mengawasi pendarahan yang berlebihan. Daun o menyembuhkan sakit kepala dan rasa panas di kaki.

Belimbing buluh (Averrhoa bilimbi)


Merawat jerawat di muka (buah belimbing buluh diparut dan dicampur dengan sedikit garam.) Air dari buah belimbing buluh boleh diminum o merawat penyekit darah tinggi. melegakan penyakit batuk (Daun, bunga dan buah direbus) untuk merawat penyakit beguk (daunnya ditumbuk bersama bawang putih dan ditampal pada tempat sakit.)

Tongkat ali (Eurycoma longifolia)


Ubat malaria dan ubat meroyan untuk ibu selepas bersalin. Ubat pupuk untuk mengubati penyakit sakit kepala, luka-luka, ulser dan kudis sifilis. Ubat gusi berdarah, busung, batuk berterusan dan penawar racun. Dalam campuran akar kayu tonik perangsang tenaga batin, ubat sakit pinggan, untuk keluarkan angin, ubat darah tinggi, kencing manis, mandul, ketumbuhan dan rahim. Meghadam makanan dan sebagai ubat cacing

Kajian mengenai habitat haiwan contohnya lintah yang tinggal di kawasan air yang tidak mengalir laju. Kajian tentang makanan yang dimakan oleh haiwan contohnya gajah makan tebu.

Mamalia
Definisi mamalia adalah vertebrata yang tubuhnya tertutup rambut, mamalia adalah haiwan yang menyusui. Mamalia betina mempunyai kelenjar mammae (air susu). Anggota gerak depan pada mamalia dapat bermodifiksi untuk berlari, menggali lubang, berenang dan terbang.

Ciri-ciri haiwan mamalia adalah seperti berikut : Mempunyai saraf tunjang. Bertulang belakang. Badan dilitupi oleh bulu. Mempunyai cuping telinga. Mempunyai kelenjar peluh. Mamalia betina melahirkan dan menyusukan anak, kecuali mamalia yang sangat primitif seperti Platypus dan sesetengah Tenggiling. Bernafas melalui peparu. Berdarah panas (suhu badan tetap).

Contoh-contoh haiwan mamalia :


Arnab Gajah Harimau Orang Utan Rusa Seladang Ikan paus Tikus Manusia

Harimau Selain kebesaran dan kegagahannya, ciri-ciri terpenting yang dimiliki harimau ialah corak belang menegak berwarna gelap yang melapisi bulunya yang berwarna keputihan atau merah kejinggaan. Harimau ialah binatang karnivor. Ia tidak memilih habitat, bermaksud mereka boleh hidup di pelbagai jenis habitat; dari paya gambut, ke kawasan hutan di dalam kawasan ladang, hingga ke hutan pergunungan rendah. Kawasan harimau biasanya mempunyai tiga ciri utama: Ia akan memiliki perlindungan bagus, terletak berhampiran air dan terdapat banyak mangsa. Harimau juga digeruni sebagai kucing yang paling berat di hutan belantara.

Orang Utan
Orang Utan tidak berekor dan mempunyai telinga dan hidung yang kecil. Bulunya panjang, lembut dan berwarna keperangan. Bulu keningnya tidak begitu mudah dilihat manakala tulang mulut dan dagunya menonjol keluar. Kepalanya pula berbentuk bujur dan matanya bersaiz kecil. Orang Hutan mempunyai lengan yang panjang dan kuat. Punca orang utan terancam ialah : 1.Pembalakan 2.Perburuan haram 3.Perdagangan binatang kesayangan. Orang Utan hidup di hutan tropika.

Orang Utan

Burung
Burung merupakan haiwan bersayap, berkaki dua, berdarah panas dan bertelur dalam kumpulan haiwan vertebrata yang besar dan pelbagai terdapat di serata dunia.

Ciri-ciri utama haiwan burung adalah seperti berikut : Badan dilitupi oleh bulu pelepah. Mempunyai paruh yang tidak bergigi dan dua kepak. Mempunyai sisik pada kakinya. Bertelur dan telurnya dilindungi oleh cangkerang keras. Bernafas melalui peparu. Berdarah panas.

Contoh burung-burung
Burung Merak Burung Helang Burung layang-layang Burung Hantu Burung Pipit Burung Kiwi

Burung Hantu
Burung hantu merupakan spesies burung pemangsa yang aktif pada waktu malam (nokturnal) dan mempunyai bentuk muka yang berbeza dengan burung biasa. Muka burung hantu berbentuk rata seperti muka manusia dengan kedua belah matanya menghadap ke hadapan. Burung hantu mempunyai paruh bengkok ke bawah yang tajam, dan mempunyai bulu jambul yang lembut. Kedua-dua jantina kelihatan serupa, walaupun burung hantu betina biasanya 25% lebih besar berbanding burung hantu jantan.

Mata burung hantu dapat melihat dengan baik dalam cahaya yang kurang. Burung ini juga dapat memusingkankan kepalanya 135 darjah ke kedua-dua belah, memberikannya bidang penglihatan yang bagus. Bagaimanapun, burung ini mengalami rabun dekat, ia tidak dapt melihat dengan jelas apa-apa yang berada betul-betul di hadapannya. Makanan utama burung hantu ialah tikus. Burung hantu membiak dengan bertelur. Telurnya berwarna putih dan mempunyai cangkerang yang keras yang dieramkan di dalam sarang yang dibina oleh burung hantu betina.

Burung Helang
Helang merupakan salah satu daripada haiwan yang terdapat di seluruh Malaysia, termasuk Sabah dan Sarawak. Helang ialah haiwan berdarah panas, mempunyai sayap dan tubuh yang diselubungi bulu pelepah. Sebagai burung, helang membiak dengan cara bertelur telur yang mempunyai cangkerang keras di dalam sarang yang dibinanya. Ia menjaga anaknya sehingga mampu terbang. Helang merupakan haiwan pemangsa atau maging (karnivor).

Makanan utamanya haiwan mamalia kecil seperti tikus, tupai dan ayam. Terdapat sesetengah helang yang menangkap ikan sebagai makanan utama mereka. Paruh helang tidak bergigi tetapi mempunyai bengkok yang kuat untuk mengoyak daging mangsa. Burung in juga mempunyai sepasang kaki yang kuat dan kuku yang tajam bagi mencengkam mangsa serta daya penglihatan yang tajam untuk memburu mangsa dari jarak jauh. Helang mempunyai sistem pernafasan yang berkesan dan mampu untuk membekalkan jumlah oksigen yang banyak yang diperlukan ketika terbang. Jantung burung helang terdiri daripada empat kamar seperti manusia.

Burung Helang Hitam

Herbivor
Maun atau juga dikenali sebagai herbivor merujuk sejenis pemangsaan di mana haiwan tersebut memakan autrotof seperti tumbuhtumbuhan, alga serta bakteria yang menjalankan fotosintesis

Contoh haiwan Herbivor Arnab Gajah Kambing Lembu Kura-kura

Gajah merupakan haiwan daratan terbesar di dunia. Terdapat 3 spesies gajah di dunia. 1. Gajah Asia 2. Gajah Afrika 3. Gajah Kerdil Malaysia Ia menghabiskan 16 jam sehari untuk mengumpulkan makanan. Makanannya terdiri atas sedikitnya 50% rumput, ditambah dengan dedaunan, ranting, akar, dan sedikit buah, benih dan bunga. Gajah dewasa dapat mengonsumsi 300 hingga 600 pon (140-270 kg) makanan per hari. 60% daripada makanan tersebut tertinggal dalam perut gajah dan tidak dicerna. Habitat gajah ialah dalam pedalaman hutan terutamanya di Borneo. Berat anak gajah pada umumnya 120 kilogram dan seekor gajah bisa hidup selama kurang lebih 70 tahun.

Gajah

Gajah Kerdil Malaysia

Zirafah
Zirafah adalah binatang herbivor yang tertinggi dalam semua spesies daratan. Zirafah jantan mampu mencecah ketinggian sehingga 4.8 hingga 5.5 meter dengan berat sehingga 900 kilogram. Zirafah betina biasanya rendah sedikit dan lebih ringan. Dalam keluarga Zirafah, hanya terdapat dua spesies, iaitu Okapi dan Zirafah.

Zirafah pula membentuk gabungan ciri-ciri seperti leher yang panjang, lidah, tengkorak, pipi dan bahu yang panjang membolehkan ia mencapai tinggi dipuncak pokok. Biasanya dahan kecil ditarik masuk ke dalam mulut zirafah dengan menggunakan lidahnya yang panjang dan kemudiannya kepalanya ditarik sementara daunnya disisir melalui giginya yang jarang. Habitat zirafah ialah di kawasan padang rumput yang kering.

Antara ciri-ciri zirafah adalah: ~mata dan telinga yang besar, ~belakangnya yang mencerun curam dari bahu ke bahagian belakang, ~Kaki seperti galah dengan tapak besar bagi menampung berat zirafah. ~Ekor halus dengan rambu hitam bagi menghalau lalat. ~2-4 tanduk khas yang lebih menonjol di kalangan jantan dari betina. ~Makan , minum dan aktiviti lain berlaku pada pagi dan petang sekitar 12 jam berehat pada malam,

Okapi Zirafah

Peralihan dari kehidupan air ke kehidupan darat

berdarah dingin Suhu badan mengikut suhu lingkungan


Kulit licin dan tidak bersisik Mempunyai 2 pasang kaki untuk berjalan dan berenang. Lidah dapat dijulurkan sehingga secara menggulung Bernafas dengan paru-paru dan kulit semasa dewasa

Katak Tanduk
Megophrys nasuta

Atas kepala terdapat tanduk yang lebar dan bersegi tiga menonjol dari tepi kelopak mata Bertelur pada musim hujan Hidup di atas tanah di hujan tropika / sungai

3/5/2007

Salamanders (katak berekor)


Habitat : sepanjang sungai kawasan tadahan air dan sungai

Telur salamander tiada cangkerang keras untuk melindungi mereka daripada pencemaran kimia

Cecilia

Mempunyai tulang belakang Bernafas melalui paru-paru.

Bersisik dan berdarah dingin itu hidup di darat Telur yang bercangkerang keras Contoh : penyu, labi-labi, kura-kura, buaya, ular, cicak, ular sawa

Penyu Belimbing
Cheloniidae / Dermochelyidae families

Penyu terbesar Cangkerang keras di bahagian belakang dengan kaki pendayung di hadapan berenang di dalam air tetapi bergerak ke pantai gelap, sunyi dan berpasir untuk bertelur mempunyai kulit yang bersisik (di bahagian tidak bercangkerang), bernafas melalui paru-paru, mempunyai suhu badan yang mengikut suhu persekitaran Hampis pupus Terdapat di Rantau Abang, Terengganu

biak dengan bertelur di tempat berpasir Terdapat perisai di punggung tetapi lunak Hidup di air tawar

Labi-labi
Dogania subplana

Kura-kura

Heosemys grandis

Jalan lambat Memiliki tempurung Habitat : sungai atau laut Evolusi paling lambat, boleh hidup ratusan tahun

Cicak

Draco sumatranus

berdarah sejuk dan bertelur mampu memanjat dinding yang tegak dan licin seperti cermin keupayaan untuk memutuskan ekornya apabila diancam

Ular sawa

Chrysopelea paradisi

Mampu menelan orang Kes : Ular Sawa Telan orang di Segamat, Johor pada 1995.

haiwan yang memakan daging dan tumbuhan terus hidup.

Beruang Madu
Panjang tubuh :1,4 meter Ketinggi punggung : 70 cm Berat : 50-65 kg berwarna hitam, bulu yang putih atau kuning yang berbentuk V di dadanya beruang terkecil di dunia hidup di hutan-hutan dataran rendah, hutan perbukitan, dan perbukitan atas sampai ketinggian 1.500 meter suka makan sarang lebah makan anai-anai

Kesimpulan
Pada zaman ini, kebanyakan flora dan fauna sedang atau

telah mengalami masalah pupus akibat aktiviti manusia


yang membinasakan alam sekitar seperti pembalak haram, pemburu haram dan peminat tumbuhan komersial. Kita perlu memelihara flora dan fauna dan berhentilah

aktiviti yang mengancam habitat flora dan fauna supaya


generasi seterusnya berpeluang menghayati flora dan fauna tersebut.

SEKIAN TERIMA KASIH

You might also like